memartabatkan mata pelajaran pend seni visual

15
Jemputan Isu Memartabatkan Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Oleh : Prof.Madya Hj. Iberahim Hassan Dekan Fakulti Seni dan Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris Kurikulum pendidik seni sering menerima perubahan demi perubahan. Sebagai pendidik seharusnya berupaya untuk menilai atau memeriksa semula bidang-bidang seni tertentu supaya sentiasa terkini selari dengan keperluan semasa. Lebih-lebih lagi jikalau kita berupaya menilai semula pemikiran kita terhadap kemungkinan apa yang akan kita ajar nanti. Pemikiran itu bersangkutan dengan kepercayaan apakah fungsi seni dalam pendidikan pelajar dan bagaimana seni itu perlu diajar. Kita juga mempersoalkan terhadap pandangan bahawa perkembangan pelajar yang umumnya mengenai kreativiti itu adalah sebagai matlamat utama pendidikan seni. Kita juga mempersoalkan jikalau peranan guru hanya sebagai penyedia bahan dan sumber dan kurang mengajar. Kita mempercayai bahawa melalui pelajaran pendidikan seni banyak yang boleh dilakukan untuk perkembangan pelajar. Melalui pembelajaran artistik itu peranan guru bukan setakat memandu pelajar menggunakan alat dan bahan semata-mata tetapi menjana minda pelajar ke arah berfikir secara kreatif dan inovatif, juga bukan sekadar hanya sebagai menstabilkan emosi murid-murid melalui aktiviti ekspresif semata-mata. Idea daripada pensyarah universiti yang diterima oleh pelajar- pelajarnya diharapkan akan dibawa dan dilaksanakan di sekolah- sekolah kelak. Tetapi sejauh manakah idea yang telah dikonsepsikan itu akan dilaksanakan di peringkat sekolah. Berbanding dengan sambutan masyarakat sekolah dan juga masyarakat setempat terhadap mata pelajaran lain yang lebih diutamakan seperti mata-mata pelajaran matematik dan sains, mata pelajaran pendidikan seni diletakkan sebagai pelajaran yang tidak berkepentingan. Atas keadaan inilah memberi tekanan kepada guru bagi merealisasikan konseptual pendidikan seni yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi bahan-bahan dan sumber sokongan untuk melaksanakan pelajaran ini secara yang lebih berkesan memerlukan peruntukan yang agak tinggi berbanding dengan mata pelajaran kemanusiaan dan sains yang lain. Sejauh manakah sumbangan pihak swasta atau NGO lain sanggup membantu pihak pelajar dan sekolah menjayakan perlaksanaan mata pelajaran ini. Di negara kita usaha begini belum dicuba secara menyeluruh. Usaha guru untuk memastikan keistimewaan mata pelajaran ini tinggal usaha sahaja jikalau tidak mendapat sokongan sama ada dalam bentuk moral atau kewangan daripada pihak berkenaan. Pendidikan Seni Visual dan Kerjaya: Saya percaya bahawa dengan perkembangan dunia semasa dan perubahan keperluan dalam pembangunan negara bangsa kita, sumbangan mata pelajaran pendidikan seni ini adalah relevan dengan 1

Upload: joe-lozzoll

Post on 26-Jun-2015

388 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Memartabatkan Mata Pelajaran Pendidikan seni visual

TRANSCRIPT

Page 1: Memartabatkan Mata Pelajaran Pend Seni Visual

Jemputan

Isu Memartabatkan Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

Oleh : Prof.Madya Hj. Iberahim HassanDekan Fakulti Seni dan Muzik

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kurikulum pendidik seni sering menerima perubahan demi perubahan. Sebagai pendidik seharusnya berupaya untuk menilai atau memeriksa semula bidang-bidang seni tertentu supaya sentiasa terkini selari dengan keperluan semasa. Lebih-lebih lagi jikalau kita berupaya menilai semula pemikiran kita terhadap kemungkinan apa yang akan kita ajar nanti. Pemikiran itu bersangkutan dengan kepercayaan apakah fungsi seni dalam pendidikan pelajar dan bagaimana seni itu perlu diajar. Kita juga mempersoalkan terhadap pandangan bahawa perkembangan pelajar yang umumnya mengenai kreativiti itu adalah sebagai matlamat utama pendidikan seni. Kita juga mempersoalkan jikalau peranan guru hanya sebagai penyedia bahan dan sumber dan kurang mengajar. Kita mempercayai bahawa melalui pelajaran pendidikan seni banyak yang boleh dilakukan untuk perkembangan pelajar. Melalui pembelajaran artistik itu peranan guru bukan setakat memandu pelajar menggunakan alat dan bahan semata-mata tetapi menjana minda pelajar ke arah berfikir secara kreatif dan inovatif, juga bukan sekadar hanya sebagai menstabilkan emosi murid-murid melalui aktiviti ekspresif semata-mata.

Idea daripada pensyarah universiti yang diterima oleh pelajar-pelajarnya diharapkan akan dibawa dan dilaksanakan di sekolah-sekolah kelak. Tetapi sejauh manakah idea yang telah dikonsepsikan itu akan dilaksanakan di peringkat sekolah. Berbanding dengan sambutan masyarakat sekolah dan juga masyarakat setempat terhadap mata pelajaran lain yang lebih diutamakan seperti mata-mata pelajaran matematik dan sains, mata pelajaran pendidikan seni diletakkan sebagai pelajaran yang tidak berkepentingan. Atas keadaan inilah memberi tekanan kepada guru bagi merealisasikan konseptual pendidikan seni yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi bahan-bahan dan sumber sokongan untuk melaksanakan pelajaran ini secara yang lebih berkesan memerlukan peruntukan yang agak tinggi berbanding dengan mata pelajaran kemanusiaan dan sains yang lain. Sejauh manakah sumbangan pihak swasta atau NGO lain sanggup membantu pihak pelajar dan sekolah menjayakan perlaksanaan mata pelajaran ini. Di negara kita usaha begini belum dicuba secara menyeluruh. Usaha guru untuk memastikan keistimewaan mata pelajaran ini tinggal usaha sahaja jikalau tidak mendapat sokongan sama ada dalam bentuk moral atau kewangan daripada pihak berkenaan.

Pendidikan Seni Visual dan Kerjaya:

Saya percaya bahawa dengan perkembangan dunia semasa dan perubahan keperluan dalam pembangunan negara bangsa kita, sumbangan mata pelajaran pendidikan seni ini adalah relevan dengan keperluan itu. Masyarakat seharusnya mempunyai tanggapan bahawa memberi pendidikan kepada anak-anak mereka bukan setakat duduk belajar menerima ilmu dan kemahiran matematik, sains dan teknologi sahaja, pendidikan yang harus diterima oleh pelajar adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi menyeluruh anak-anak mereka secara optimum bukan sahaja menjurus kepada mata pelajaran utama,

1

Page 2: Memartabatkan Mata Pelajaran Pend Seni Visual

juga melalui mata pelajaran pelengkap yang lain termasuk kesenian. Dalam sistem persekolahan kita, Pendidikan Seni Visual adalah mata pelajaran wajib daripada tahun satu sekolah rendah hingga ke tingkatan tiga sekolah menengah. Dan merupakan mata pelajaran elektif untuk sekolah menengah atas. Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual telah disemak semula dan merupakan yang terbaik untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Ianya mampu memberi persediaan awal bagi sebahagian daripada syarat masuk ke pusat pengajian tinggi khususnya untuk bidang-bidang yang relevan seperti, bidang yang memerlukan kemahiran melukis dan kreativiti yang tinggi seperti seni binaan, pereka, dan sebagainya. Banyak universiti telah menawarkan kursus-kursus yang memerlukan kemahiran dalam bidang seni ini.

Sebenarnya di dalam dunia pekerjaan sangat banyak bidang-bidang yang memerlukan kemahiran dalam seni ini apa lagi jikalau dicantumkan kebolehan pelajar dengan mata pelajaran sains dan teknologi. Seni, sains dan teknologi adalah kombinasi yang wujud dalam kehidupan era post-moden kini. Daripada kajian yang pernah dibuat terdapat antara 120 hingga 150 jenis pekerjaan di dalam dunia ini yang bersangkutan dengan kemahiran seni visual. Malangnya ada pihak tertentu yang tidak pernah peka tentang perubahan paradigma ini sengaja mengetepikan mata pelajaran ini untuk pelajar-pelajar aliran sains walaupun kita telah mengamalkan konsep sijil terbuka. Malah daripada hasil kajian yang telah dilakukan banyak sekolah-sekolah menengah yang tidak memasukkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam jadual waktu rasmi atas alasan tidak cukup waktu belajar. Pelajar-pelajar yang membuat pilihan Pendidikan Seni Visual sebagai elektif, terpaksa belajar sendiri di luar jadual waktu tanpa diurus secara rasmi, di samping bergantung kepada kesanggupan guru untuk mengajar lebih masa, selalunya di waktu petang.

Pendidikan Seni Visual Untuk Kana-kanak dan Remaja

Kita juga bersetuju Pendidikan Seni Visual ini merupakan salah satu mata pelajaran yang memberi peluang kepada pelajar mengeksploitasi emosinya sebagai sebahagian daripada sumber kandungan yang menggalakkan keupayaan imaginasi khususnya untuk kanak-kanak sekolah rendah ke bawah. Pendidikan senilah yang memberi peluang kepada mereka sebagai tempat pelarian sementara daripada kurikulum yang penuh dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa , tempat yang didominasi dengan keriuhan kata-kata, huruf dan angka-angka. Menerusi pendidikan seni juga kanak-kanak digalakkan menemui visi peribadinya dan kerja-kerjanya yang merupakan coretan peribadi. Sekolah penuh dengan peraturan-peraturan yang ditentukan oleh kurikulumnya, yang merupakan arahan guru, yang lebih merupakan hanya satu sahaja jalan penyelesaian bagi sesuatu persoalan, dengan hanya satu jawapan yang betul bagi setiap soalan. Apa yang sangat-sangat diperlukan oleh pelajar ialah ruang, tempat dan yang lebih diperlukan lagi adalah kebenaran daripada pihak yang lebih berkuasa membenarkan mereka membuat sesuatu mengikut rentak mereka, membenarkan mereka menghadapi cabaran, mengikut tempoh dan menghadapi erti kegagalan. Apa yang diperlukan oleh mereka adalah ruang untuk hidup (lebensraum). Pendidikan seni seharusnya tidak kaku, tidak berunsur mekanikal, lifeless dan pembelajaran akademik yang hambar . Jikalau

2

Page 3: Memartabatkan Mata Pelajaran Pend Seni Visual

terlalu bercorak akademik pun akan mengakibatkan keistimewaan yang boleh ditawarkan oleh mata pelajaran ini akan pudar.

Eisner dalam rencananya bertajuk Structure and Magic in Discipline-based Art Education dalam Al Hurwitz (1991) m.s. 17 menyatakan pentingnya pengalaman yang cukup dalam pembinaan konsep amalan pendidikan. Untuk berpengalaman bagi mendapatkan pendidikan yang signifikan seseorang individu itu perlu berupaya menggunakan kecerdasannya untuk menghadapi permasalahan dalam kehidupannya. Hal ini boleh berlaku dalam mana-mana mata pelajaran pendidikan seni, kerana dalam mata pelajaran ini amat sesuai untuk pelajar berfikir dengan lebih bijak tentang seni dan manifestasi terhadap dunia sekitarnya. Melalui pengalaman yang diterima boleh merangsang pelajar untuk berfikir dan mengaitkan apakah disiplin yang berkaitan dengannya. Inilah yang hendak dicapai melalui mata pelajaran pendidikan seni visual. Apakah yang akan mereka belajar ? Apakah bentuk permasalahan yang akan mereka hadapi apabila mereka belajar pendidikan seni visual? Apakah yang kita lakukan dengan seni ?

Terdapat empat perkara penting yang kita lakukan dengan seni. Iaitu, kita menghasilkannya. Kita melihatnya. Kita memahami bahawa seni sentiasa berada di dalam budaya. Kita juga membuat penilaian tentang kualiti sesebuah bentuk seni itu. Dalam pendidikan seni visual terdapat empat bahagian yang menjadi struktur kurikulumnya iaitu, menghasilkan produk seni, mengkritik seni, sejarah seni dan estetika. Aktiviti menghasilkan produk seni boleh membantu pelajar berfikir secara bijaksana tentang mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta imej yang mempunyai tenaga ekspresif, coherence, celik akal ( insight) dan pandai mencipta ( ingenuity).

Manakala melalui kritikan seni pula akan membantu keupayaan pelajar melihat, bukan sekadar memandang sahaja, melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh membina kualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya yang berselerakan dengan hasil kerja-kerja seni yang formal. Disiplin sejarah seni pula boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya seni atau hasil-hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadun merentasi dimensi masa dan ruang serta bangsa secara perbandingan. Tiada hasil seni yang berada dalam konteks vakum, sebahagian daripada makna yang dipancarkan menerusi karya seni bergantung kepada kefahaman dan penerimaan dalam konteks semasa atau setempat.

Disiplin estetika pula merupakan satu disiplin yang perlu diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan seni visual, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu yang kita lihat. Manusia adalah makhluk yang sentiasa gemar membuat penilaian. Kita akan berhujah dan memberi pendapat terhadap sesuatu nilai dan kita bersungguh-sungguh mengamalkannya. Umpamanya di dalam situasi yang ada pilihan, kita tidak langsung terus membuat keputusan membeli kain ela untuk pakaian kita, kita akan

3

Page 4: Memartabatkan Mata Pelajaran Pend Seni Visual

membuat pilihan demi pilihan, penilaian demi penilaian. Kadang-kadang kita akan menggunakan masa yang lama dan melawat beberapa buah kedai untuk membuat perbandingan, macam-macam kriteria kita gunakan untuk menilai dan membuat pilihan terakhir. Inilah situasi membuat penilaian estetika. Memahami tentang kepelbagaian kriteria estetika boleh di aplikasi ke dalam kerja-kerja seni, yang akan merangkaikan hubungan antara makna yang hendak dilahirkan melalui bahan dan teknik, dikendalikan secara bijaksana dan teratur akhirnya lahirlah sebuah hasil seni yang mempesonakan. Yang mempesonakan itulah yang dikatakan estetika. Mata pelajaran ini bertujuan untuk mengembangkan keupayaan pelajar menangani masalah bagi keempat-empat disiplin yang dikemukakan. Ini adalah pandangan secara umum tentang pendidikan seni visual.

Matlamat dan Objektif Pendidikan Seni Visual

Saya ingin menarik perhatian tuan-puan kepada matlamat pendidikan seni visual yang tercatat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah dan Menengah:

Matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah:

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah ,2000)

Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah:

Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginasi, kritis, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah, 2000)

Dan sepuluh objektif Pendidikan Seni Visual yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Lampiran 1).

4

Page 5: Memartabatkan Mata Pelajaran Pend Seni Visual

Sebuah kajian telah dibuat oleh Iberahim dan Mohd Nasir (2003) terhadap keberkesanan Pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual KBSR. Suatu aspek yang berkaitan dengan keperluan dan tahap kompeten guru-guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan seni visual di sekolah rendah, didapati kebanyakan guru-guru kurang berpengetahuan tentang matlamat dan objektif, pengetahuan tentang sukatan pelajaran, kejelasan isi kandung dan keupayaan menghurai objektif ke dalam bentuk operasi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Seni Visual KBSR.(Jadual 1)

SENARAI KOMPETENSI (KECEKAPAN) guru pendidikan seni visual DALAM PENGAJARAN KEPERLUAN

TAHAP KOMPETENSI

PERANCANGAN PENGAJARAN Tidak perlu Perlu Sangat

perluSangat rendah Sederhana Sangat

tinggi

1. Pengetahuan tentang matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual KBSR

11 (16.4%)

26 (38.1%)

30 (44.8%)

22 (33%)

34(51%)

11(16.4%)

2. Pengetahuan tentang Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR

9 (13.5%)

22 (32.8%)

36 (53.8%)

20 (30.0%)

32 (48.0%)

15 (22.0%)

3. Kejelasan isi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR

3 (4.5%)

25 (37.3%)

39 (58.3%)

24 (36.0%)

29 (43.0%)

14 (21.0%)

4. Keupayaan menghurai objektif ke dalam bentuk operasi Pengajaran dan Pembelajaran

3 (4.5%)

33 (49.3%)

31 (46.2%)

20 (30.0%)

33 (49.0%)

14 (21.0%)

Jadual 1:Senarai Kompetensi (kecekapan) guru pendidikan seni visual Dalam Pengajaran _ Perancangan Pengajaran.

Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor: Yang jelas adalah kerana kurang mendapat latihan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual . Hanya 50.7%(34) sampel kajian mendapat latihan khusus dalam bidang seni semasa berkhidmat, mana kala 49.3%(33) tidak pernah mendapat latihan khusus dalam bidang seni semasa berkhidmat. Faktor berikut adalah guru yang mengajar mata pelajaran ini tidak langsung mendapat latihan dalam mata pelajaran berkenaan. Tentulah mereka tidak faham selok-belok mata pelajaran ini. (Kajian ini hanya dibuat di sekolah rendah di 41 buah sekolah rendah dengan 67 orang guru dan 1088 orang murid tahun enam. Sekolah-sekolah itu terdiri daripada sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan (Cina) dan sekolah jenis kebangsaan (Tamil). )

Apakah implikasi kepada senario di atas kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini ? Sudah tentulah matlamat dan objektif yang diharapkan dicapai melalui proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual itu tidak akan tercapai. Akan terbinalah konsep yang salah atau tidak tepat di kalangan murid, ilmu yang tidak cukup, corak pengajaran dan pembelajaran yang tidak inovatif, kreatif dan menjemukan, membantutkan minat murid untuk lebih mendekati mata pelajaran ini.

5

Page 6: Memartabatkan Mata Pelajaran Pend Seni Visual

Jikalau guru kurang jelas dan kurang pengetahuan dalam kandungan sukatan pelajaran pendidikan seni visual ini bagaimanakah guru boleh membuat perancangan pelajarannya dengan berkesan. Lebih-lebih lagi guru tidak upaya menghurai objektif sukatan pelajaran ke dalam bentuk operasi bagaimanakah pelajaran pendidikan seni visual ini benar-benar berkesan seperti yang diharapkan.

Di dalam situasi sedemikian berbalik kepada persoalan yang berkaitan dengan isu bagaimana untuk memenuhi hasrat yang terkandung dalam matlamat dan objektif sukatan pelajaran ini iaitu untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif seterusnya di peringkat menengah pula untuk melahirkan generasi yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginasi, kritis, inovatif dan inventif. Untuk mencapai matlamat ini memerlukan guru yang berpengetahuan dan sentiasa mengikuti perkembangan budaya bangsanya dan berkualiti seperti diharapkan. Bagaimana hasrat ini dapat dicapai ?

Sudah sampai masanya untuk kita sedar bagi meletakkan martabat mata pelajaran ini setara dengan mata pelajaran lain memerlukan guru yang berkualiti. Sikap pihak tertentu yang menganggap pelajaran ini suatu yang mudah dan membenarkan sesiapa sahaja mengajarnya telah memberi kesan jangka panjang. Pemikiran sebegitu telah menjiwai bukan sahaja di kalangan pelajar malah guru-guru dan masyarakat pendidikan sendiri terus meletakkan mata pelajaran ini di tahap kini. Cuba kita renungkan kembali kepada pernyataan matlamat dan objektif bagi sesuatu sukatan pelajaran itu. Pernyataan itu adalah sesuatu yang ‘keramat’. Adakah sewenang-wenangnya kenyataan itu ditulis di dalam dokumen rasmi ? Tentulah ia tertakluk kepada tuntutan pencapaiannya, perlaksanaannya. Ia juga mempengaruhi sejumlah wang peruntukan untuk melaksanakannya. Memerlukan tenaga sumber manusia, memerlukan infrastruktur dan memerlukan dasar yang perlu dipatuhi. Sudah tentu amanah yang telah dipertanggungjawab ini perlu dipenuhi dan pulangannya perlulah setara dengan matlamat dan objek yang telah dipersetujui.

Mari kita membuat refleksi sejauh manakah kualiti out put hasil daripada perlaksanaan kurikulum pendidikan seni visual selama enam tahun di sekolah rendah dan selama tiga tahun di sekolah menengah rendah dipilih secara elektif dua tahun lagi di sekolah menengah telah menghasilkan masyarakat yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif seterusnya di peringkat menengah pula untuk melahirkan generasi yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginasi, kritis, inovatif dan inventifAdakah kita telah puas hati dengan pencapaian dan kualiti kemahiran pelajar lepasan PMR dan lepasan SPM dalam pelajaran Pendidikan Seni Visual? Dan telah setanding dengan kualiti ilmu dan kemahiran mereka dalam mata pelajaran lain seperti Matematik, Bahasa Melayu, Sains dan lain-lain mata pelajaran. Di manakah kekuatan mata pelajaran ini dan di manakah kelemahan-kelemahan yang perlu dibaiki supaya mata pelajaran ini terus dapat dimartabatkan.

Saya ingin menyentuh isu yang berkaitan dengan Objektif 4 sukatan pelajaran pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah:

6

Page 7: Memartabatkan Mata Pelajaran Pend Seni Visual

Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti

Kita perlu teliti kembali sejauh manakah objektif-objektif lain yang ditetapkan di dalam sukatan pelajaran pendidikan seni visual itu telah kita penuhi. Melalui kesedaran untuk melaksanakannya dan kejelasan terhadap maksud setiap objektif tersebut di terjemah ke dalam bentuk operasi, baharulah perancangan pelajaran dapat disediakan dengan sempurna. Jikalau saya membuat analogi, isi kandung pelajaran setiap bidang dan aktiviti pelajaran ini adalah sebagai jasad manakala penyempurnaan objektif yang telah digariskan itu adalah sebagai roh kepada jasad tersebut. Semoga dengan terlaksana matlamat dan objektif tersebut harapan untuk melahirkan generasi dan masyarakat yang berkualiti akan tercapai, ianya juga tertakluk kepada sejauh mana kita dapat menyediakan guru-guru yang berkualiti, dengan ruang dan teknologi yang secukupnya selari dengan hasrat yang telah termaktub dalam dokumen rasmi sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual itu sendiri.

Pendidikan Seni Visual dan Kemahiran Teknologi

Sudah sampai masanya mata pelajaran ini dilengkapkan dengan peralatan dan teknologi serta media yang sesuai dengan peranannya untuk meningkatkan berbagai kemahiran di kalangan pelajar seperti yang tertera di dalam objektif sukatan pelajaran ini. Usaha telah dilakukan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mendapatkan tiga buah komputer untuk bidang komunikasi visual khususnya dan untuk mata pelajaran pendidikan seni visual ini amnya bagi setiap sekolah. Ini menunjukkan keprihatinan pihak PPK tentang pentingnya teknologi terkini untuk mendedahkan pelajar berkemahiran menggunakan teknologi ICT selaras dengan perkembangan teknologi untuk komunikasi visual di pasaran kini. Bidang–bidang pendidikan seni yang dinyatakan di dalam sukatan pelajaran itu boleh dikatakan semuanya memerlukan bahan, peralatan dan mesin bagi melatih kemahiran penggunaan teknologi dan memudahkan proses penghasilan kerja-kerja seni. Umpamanya bidang reka bentuk : Reka bentuk Industri, reka bentuk persekitaran, kraf tradisional dan dimensi baru seperti; tembikar, ukiran, tenunan memerlukan masin-masin asas tertentu untuk memudahkan proses pembuatannya. Mesin tersebut amat penting khususnya untuk peringkat kemasan dan ketepatan kerja-kerja seni pelajar, di samping membina disiplin kerja, sifat cermat, tepat dan hebat.

Jikalau mata pelajaran ini dibekalkan dengan mesin-mesin yang berkaitan maka sudah tentu objektif menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti boleh tercapai, dengan syarat guru yang mengajarnya cekap dan terlatih menggunakan peralatan tersebut dan para pelajar pula dengan mudah tanpa halangan dibimbing meningkatkan kemahirannya. Maka akan lahirlah pelajar-pelajar yang mahir menggunakan teknologi pembuatan setara dengan keperluan asas oleh pasaran pekerjaan kini. Saya tertarik dengan kemudahan yang terdapat di makmal Kemahiran Hidup. Berbagai peralatan dan mesin yang canggih-canggih dibekalkan untuk sekolah-sekolah menengah. Mengapa

7

Page 8: Memartabatkan Mata Pelajaran Pend Seni Visual

peralatan yang dibekalkan di sekolah itu tidak boleh diguna pakai bersama oleh pelajar-pelajarnya untuk mata pelajaran pendidikan seni visual. Sebagai contoh terdapat mesin pelarik, pemotong logam, gergaji elektrik, ketam kayu elektrik, mesin penebuk lubang, dan sebagainya yang boleh diguna sama untuk ukiran, membuat binaan dan sebagainya. Makmal komputer terdapat di setiap buah sekolah, mengapa makmal itu tidak boleh diguna pakai atau amat sukar untuk digunakan oleh pelajar pendidikan seni visual bagi menghasilkan motif-motif corak batik, poster, logo reka bentuk industri , konsep-konsep landskap dan seni hiasan dalam dan sebagainya.

Persoalannya mengapa pendidikan seni visual sukar di bekalkan dengan peralatan dan mesin yang canggih ? Sebabnya adalah kerana pihak berkuasa masih tidak menaruh kepercayaan bahawa tahap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan seni visual ini memerlukan peralatan dan mesin tersebut. Kerana ramai yang masih beranggapan Pendidikan Seni Visual hanya sekadar menggunakan pensel, warna dan kertas sahaja. Sekadar membuat gambar di atas sekeping kertas, dan akhirnya kertas yang dilukis itu dibuang ke dalam tong sampah. Jikalau beginilah proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan seni visual ini mengapa perlu dibekalkan dengan mesin-mesin dan perkakasan yang canggih ? Guru pendidikan seni visual tidak cekap dan tidak mahir dan tidak berupaya mengawal penggunaan peralatan dan mesin yang canggih di makmal Kemahiran Hidup. Jikalau begitu siapa yang berani memberi pakai kemudahan tersebut ? Segala-galanya bertitik tolak pada kualiti guru pendidikan seni visual itu sendiri.

Wujudkan Standard Kemahiran dan Pencapaian Pelajar Di Semua Peringkat

Di samping itu suatu yang agak penting ialah sejauh manakah tahap kemahiran dalam sesuatu bidang seni itu perlu diberikan kepada pelajar-pelajar seperti persoalan yang telah saya kemukakan di atas. Tahap kecekapan dan kemahiran dalam bidang-bidang seni di SPM perlu ada standard pencapaian minimumnya. Jikalau pelajar tingkatan empat atau lima membuat kerja-kerja ukiran, batik, dan seumpamanya, standard kemahirannya jikalau diukur dari sudut pasaran yang mudah ialah karya itu bermutu dan boleh dijual dan ada pembelinya, wang boleh di kumpul sebagai pusingan membeli bahan dan keperluan lain. Kemahiran ini menjadi asas untuk mereka memajukannya ke tahap separa profesional dan boleh menjadikan kemahiran itu sebagai mata pencariannya. Begitu juga dengan kemahiran-kemahiran dalam bidang-bidang seni yang lain. Jikalau ini boleh dilakukan baharulah selaras dengan objektif ke lapan iaitu menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya. Jikalau beginilah yang dapat dilakukan oleh guru-guru pendidikan seni visual pihak Kementerian Pelajaran tidak perlu lagi memperkenalkan mata pelajaran MPV bagi bidang-bidang yang ada kaitan dengan bidang-bidang yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual ini, seperti papan tanda, landskap, seni hiasan dalam, pembinaan perabot, membuat batik dan sebagainya.

8

Page 9: Memartabatkan Mata Pelajaran Pend Seni Visual

Dari pengalaman saya membuat pemantauan dan penilaian latihan mengajar selama 20 tahun berkecimpung dalam latihan perguruan, melatih guru-guru pendidikan seni sehinggalah pada awal tahun 2004, setiap kali saya membuat penyeliaan latihan mengajar pelajar saya yang mengajar pendidikan seni di sekolah-sekolah menengah, saya dapat mengesan tidak ada perubahan dari segi tahap kemahiran yang diterima oleh pelajar-pelajar sekolah menengah dalam mempelajari mata pelajaran pendidikan seni visual ini. Setiap kali alasan yang diberikan kepada saya adalah pelajar tidak ada asas itu dan ini. Malahan baru-baru ini pelajar di tingkatan empat masih tidak tahu membancuh warna, masih tidak tahu menggunakan warna air untuk membuat gambar, masih tidak tahu apa itu logo. Adakah wajar keadaan ini berlaku setelah mereka mempelajari mata pelajaran ini tiap-tiap minggu sepanjang persekolahannya.

Kita akan mempersalahkan kepada sistem, kerana tiada peperiksaan di peringkat PMR. Adakah alasan begini boleh diterima ? Atau, dengan alasan, murid tidak berminat belajar kerana tiada peperiksaan . Adakah dengan alasan ini maka pelajaran pendidikan seni visual tidak perlu dilaksanakan dengan serius. Atau alasan lain; bagaimana untuk mengajar, alatan tidak ada, bahan pun tidak ada. Inilah alasan-alasan yang sering kita dengar yang akhirnya menjatuhkan imej mata pelajaran ini. Tetapi di suatu sudut lain setengah alasan itu boleh diterima khususnya yang berkaitan dengan bahan dan peralatan serta peruntukan yang disediakan. Walau apa pun alasannya, yang segera perlu dilakukan adalah tentukan standard pencapaian dan kemahiran bagi setiap tahap pembelajaran pendidikan seni visual ini supaya jelas dan menjadi panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasnya.

Standard kemahiran dalam Pendidikan Seni Visual masih tidak jelas. Oleh itu satu langkah segera perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Ia perlu dimulakan dari tahap dua sekolah rendah sekolah , diteruskan di tingkatan satu, dua dan tiga di sekolah menengah rendah dan disambung ke tingkatan empat dan lima, yang akhirnya dinilai di peringkat SPM. Penilaiannya pula dilakukan secara berterusan.

Sikap Pelajar terhadap Pendidikan Seni:

Satu isu lagi adalah yang berkaitan dengan sikap murid-murid terhadap mata pelajaran pendidikan seni ini. Daripada kajian yang telah dilakukan terhadap 1,088 orang murid-murid darjah enam di kawasan tengah Semenanjung di dapati sikap mereka terhadap mata pelajaran ini amatlah positif Jadual 2 menunjukkan skor min antara 3.9 hingga 4.03 (daripada skor tertinggi 5) Murid-murid amat suka mempelajari mata pelajaran ini

9

Page 10: Memartabatkan Mata Pelajaran Pend Seni Visual

A. ITEM SIKAP (KOMPONEN AFEKTIF)Min Tahap

1. Saya berasa gembira semasa mengikuti kelas pendidikan seni visual.

4.03 Setuju

2. Pada saya kelas pendidikan seni visual amat menarik dan saya berminat untuk mengikutinya.

3.99 Setuju

3. Pada pendapat saya, pendidikan seni visual adalah sebagai satu mata pelajaran yang tidak membosankan

3.94 Setuju

4. Penyertaan saya dalam aktiviti kelas pendidikan seni visual memberi keseronokan dan kepuasan kepada saya

3.90 Setuju

Jadual 2: Taburan Min Item Sikap (Komponen Afektif) Pelajar Terhadap pendidikan seni visual

Berbanding dengan beberapa faktor yang mempengaruhi sikap murid-murid terhadap pelajaran pendidikan seni visual ini didapati : Pengaruh guru berada pada min antara 2.98 hingga 3.76.

Jadual 3: Taburan Min Item Faktor Pengaruh Guru yang mempengaruhi Sikap Pelajar terhadap pendidikan seni visual

C. PENGARUH GURU Min Tahap

1. Guru-guru pendidikan seni visual, di sekolah saya menunjukkan minat dalam mata pelajaran pendidikan seni visual

3.61 Tidak pasti

2. Mengajar tajuk demi tajuk mengenai Seni Visual dengan baik dan berkesan

3.68 Tidak pasti

3. Menggunakan masa mengajar pendidikan seni visual untuk mengajar mata pelajaran yang lain

2.98 Tidak setuju

4. Menggunakan pelbagai kaedah mengajar seperti perbincangan kumpulan, komputer, lawatan, kuiz, keratan akhbar dan sebagainya.

3.76 Tidak pasti

5. Sering diberi peluang untuk membuat penerokaan bagi mewujudkan idea yang lebih mantap

3.67 Tidak pasti

10

Page 11: Memartabatkan Mata Pelajaran Pend Seni Visual

Jadual 3 menunjukkan taburan min item faktor pengaruh guru yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap pendidikan seni visual. Min tertinggi 3.76 item 4 iaitu menggunakan pelbagai kaedah mengajar seperti perbincangan kumpulan, komputer, lawatan, kuiz, keratan akhbar. Min terendah 2.98 item 3 iaitu menggunakan masa mengajar pendidikan seni visual untuk mengajar mata pelajaran yang lain. Ini menunjukkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar dalam pengajaran pendidikan seni visual merupakan faktor pengaruh guru yang dapat mempengaruhi sikap pelajar terhadap pendidikan seni visual sebaliknya pelajar tidak setuju jika guru menggunakan masa mengajar pendidikan seni visual untuk mengajar mata pelajaran yang lain.

Dibandingkan dengan pengaruh guru yang menggunakan pelbagai kaedah mengajar seperti perbincangan kumpulan, komputer, lawatan, kuiz, keratan akhbar di tahap min tertinggi 3.76 item 4, murid-murid tidak setuju guru menggunakan masa mengajar pendidikan seni visual untuk mengajar mata pelajaran yang lain (min terendah 2.98 item 3). Ini menunjukkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar dalam pengajaran pendidikan seni visual merupakan faktor pengaruh guru yang dapat mempengaruhi sikap pelajar terhadap pendidikan seni visual sebaliknya pelajar tidak setuju jika guru menggunakan masa mengajar pendidikan seni visual untuk mengajar mata pelajaran yang lain.

D. PENGARUH IBU BAPA Min Tahap

1. Ibu bapa saya juga berminat dalam pendidikan seni visual

3.11 Tidak pasti

2. Tidak membantah pengajaran pendidikan seni visual di sekolah

3.80 Tidak pasti

3. Selalu berbincang dengan saya, mengenai pendidikan seni visual

2.94 Tidak setuju

4. Melihat pendidikan seni visual sebagai satu mata pelajaran yang penting bagi saya

2.85 Tidak setuju

5. Sering mengingatkan saya supaya mengambil berat dalam pelajaran pendidikan seni visual

2.85 Tidak setuju

Jadual 4: Taburan Min Item Faktor pengaruh ibu bapa yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap pendidikan seni visual.

Manakala pengaruh ibu bapa pula dapatan menunjukkan bahawa ibu bapa murid tidak membantah mempelajari mata pelajaran ini di sekolah tetapi kurang mengambil berat tentangnya. Sedangkan untuk menjayakan lagi keberkesanan mata pelajaran ini sokongan daripada ibu bapa amatlah penting kerana sumbangan daripada ibu bapa dalam menyediakan alat dan bahan boleh mempengaruhi keberkesanan perlaksanaan pelajaran ini di bilik darjah.

11

Page 12: Memartabatkan Mata Pelajaran Pend Seni Visual

Persoalannya mengapakan keadaan ini berlaku. Pada anggapan saya adalah disebabkan oleh kurangnya keyakinan dari kalangan ibu bapa tentang kepentingan, sumbangan dan faedah mata pelajaran ini untuk anak-anak mereka. Alasan ini adalah berdasarkan pengalaman mereka melihat hasil setiap kali pelajaran ini berlaku di kalangan anak-anak mereka yang tidak memberangsang dan meyakinkan.

Kesimpulannya:

Untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini memerlukan guru-guru yang benar-benar terlatih. Mata pelajaran ini memiliki disiplinnya tersendiri. Anggapan yang mengatakan sesiapa sahaja boleh mengajarnya perlulah dikikis kerana akibatnya adalah begitu mengecewakan, kerana hasrat melahirkan anak-anak yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual dan untuk melahirkan belia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginasi, kritis, inovatif dan inventif akan terus gagal.

Matlamat dan objektif mata pelajaran ini perlulah mampu dikupas dan dengan penuh kesedaran dilaksanakan oleh guru-guru yang mengajarnya. Bagi memastikan tercapainya objektif itu satu sistem penilaian yang boleh dipercayai dari segi kesahannya dan ketepatannya perlulah digunakan bagi mengukur pencapaiannya.

Manakala untuk memastikan mata pelajaran ini bermartabat perlulah dilihat semula keperluan teknologi dan peralatan serta bahan yang diperlukan selari dengan ketetapan standard pencapaian dan kemahiran bagi setiap tahap pembelajaran . Sehingga di peringkat akhir proses pembelajaran pelajaran ini mampu melahirkan pelajar yang mempunyai asas kemahiran, kreatif dan inventif dalam mencipta karya seni yang bermutu yang mampu menggunakan teknologi yang setara .

Ibu bapa juga haruslah memberi sokongan untuk menjayakan proses perlaksanaan mata pelajaran ini tetapi mereka perlu diyakini oleh pihak sekolah yang anak mereka benar-benar mendapat faedah dari pelajaran ini. Sekian terima kasih.

Bahan rujukan :

12

Page 13: Memartabatkan Mata Pelajaran Pend Seni Visual

Eisner (1991), Structure and Magic in Discipline-based Art Education dalam Critical Studies in Art and Design Education. Edt. Oleh Thistlewood. (!991) UK. Longman Group. ms. 17

Iberahim, Md Nasir dan Jamilah (2003). Kajian Keberkesanan Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. UPSI. Tidak diterbitkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

Sekolah Rendah ,2000) Kuala Lumpur. DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

Sekolah Menengah ,2000) Kuala Lumpur. DBP.

Bates, J.K.(2000) Becoming an art tercher. Singapore: Thomson Learning. (ms 282-285)

Beattie, D.K. (1997) Assessment in art education. Massachusetts:Davis Pub.Inc.

Lampiran 1

13

Page 14: Memartabatkan Mata Pelajaran Pend Seni Visual

pendidikan seni visual sekolah rendah

OBJEKTIFSetelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendahmurid boleh:1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatifdan menyeronokkan,3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan senivisual,6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat danselamat,7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri danbertanggungjawab,8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan senivisual, dan10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktivitikesenggangan yang berfaedah.

Objektif Sekolah Menengah:

1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni

visual3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta

kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya

4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti

5. membuat deskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual

6. mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain

7. menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa

8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya9. menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan

perkaitan dengan keselesaan hidup10. membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa

14