pend islam

Download Pend Islam

Post on 09-Apr-2018

237 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Pend Islam

    1/28

    HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM

    1.0 PENGENALAN

    Pendidikan merupakan suatu proses berterusan yang mengandungi unsur-unsur

    pengajaran, latihan, bimbingan dan pimpinan dengan tumpuan khas kepada pemindahan

    pelbagai ilmu, nilai agama dan budaya serta kemahiran yang berguna untuk

    diaplikasikan oleh individu (pengajar atau pendidik) kepada individu yang memerlukan

    pendidikan itu. Justeru, pendidikan itu merujuk kepada manusia sebagai objek utama

    dalam proses pendidikan.

    Dalam hal ini, pelbagai definisi diberikan berhubung istilah pendidikan.

    Antaranya ialah pandangan pakar pendidikan dari Amerika iaitu John Dewey, dalam

    Abdul Halim el-Muhammady, Januari 1984. Pendidikan Islam Skop DanMatlamatnya,

    Jurnal Pendidikan, Tahun 1, bil. 1, ABIM, Selangor, menegaskan bahawa pendidikan

    ialah satu proses membentuk kecenderungan asas yang berupa akliah dan perasaan

    terhadap alam dan manusia. Hassan Langgulung pula merumuskan pengertian

    pendidikan itu sebagai menambah dan memindahkan nilai kebudayaan kepada individu

    dalam masyarakat.

    Pendidikan Islam boleh diertikan sebagai prosesmendidik dan melatih akliah,

    jasmaniah, dan ruhaniah manusia. Ia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan

    al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w bagi melahirkan insan yang bertakwa dan

    mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Untuk mencapai matlamat tersebut,

    pendidikan akliah atau intelektual amat penting dalam mendidik akal. Ini kerana akal

    merupakan unsur paling berharga kepada manusia yang bertindak (berfikir) secara

    rasional tetapi kemampuannya agak terbatas. Fungsi tersebut telah dijelaskan dalam

    perkataan iqra yang mana keadaan akal sentiasa menerima bimbingan Allah. Oleh

    itu, pendidikan Islam menekankan peri pentingnya pengisian dalam melatih akliah

    manusia dengan nilai-nilai ketuhanan (ilmu tauhid), sifat ketaatan (taabbud) dan

    penyucian rohani (tazkiyyah). Dengan demikian, pendidikan akal atau mental tidak

    tersisih daripada nilai-nilai kerohanian.

    Pendidikan Islam berasaskan aqidah dan syariat Allah SWT. Sesuatu sistem

    pendidikan hanya dapat dianggap sebagai sistem pendidikan Islam apabila segala

    prinsip, kepercayaan serta kandungannya berasaskan Islam. Secara umumnya,

    Pendidikan Islam ialah satu proses mendidik dan melatih akal, jasmani dan roh manusia

    berasaskan nilai-nilai Islamiyah bersumberkan Al-Qurandan Sunnah untuk melahirkanmanusia yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.

    1

  • 8/8/2019 Pend Islam

    2/28

    HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM

    Pendidikan Islam dilaksanakan untuk mengembangkan tasawwur (konsep) dan

    kefahaman terhadap kehidupan berlandaskan al-Quran di dalam jiwa anak-anak. Asas

    dan teras sistem pendidikan ini adalah hakikat tauhid kepada Allah. Di dalam al-Quran

    (dan Sunnah Rasulullah) terdapat metodologi (kaedah) untuk mendidik manusia.

    Metodologi itu telah terbukti berkesan mendidik generasi awal. Rahsia utama kejayaan

    metodologi itu ialah memahami jiwa manusia yang tidak ubah bagaikan peti yang

    berkunci rapat manakala memahami jiwa menjadi kuncinya. Sebenarnya sistem

    pendidikan yang paling berkesan dan mampu membawa perubahan menyeluruh dalam

    diri manusia adalah sistem pendidikan yang berupaya berbicara dengan jiwa. Hanya

    pendidikan Islam sahaja mempunyai metodologi itu dan mampu merawat jiwa manusia.

    Oleh yang demikian, dalam proses mendidik murid-murid untuk memahami isi

    pelajaran secara maksimum perlukan pendekatan yang berkesan. Dalam konteksPendidikan Islam, peranan pendidik atau guru amat penting sama pentingnya dengan

    kepentingan alat yang meningkatkan kefahaman dan penghayatan. Tanpa kefahaman dan

    penghayatan, tidak akan lahir nilai murni yang bakal memandu tingkahlaku. Pendekatan-

    pendekatan yang digunakan oleh para guru dalam pengajaan Pendidikan Islam ini

    hendaklah berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran. Ini akan mewujudkan

    keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah.

    Pendekatan dalam pengajaran Pendidikan Islam boleh dipelbagaikan. Ia boleh ditentukan

    oleh cara sesuatu kandungan itu diolah, sejauh mana penglibatan pelajar dalam proses

    pengajaran serta teknik pengajaran yang digunakan. Pendekatan ini hendaklah

    mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat pengajaran. Sebagai guru

    Pendidikan Islam, pengetahuan yang berkaitan dengan pendekatan pengajaran dan

    pembelajaran yang berkesan perlulah dikuasai dengan baik supaya guru dapat

    mempraktikkan di dalam bilik darjah dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan

    diminati.

    Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah

    2

  • 8/8/2019 Pend Islam

    3/28

    HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM

    Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari

    tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang

    perlu dikuasai oleh individu muslim meliputi aspek keimanan, kemanusiaan,

    kemasyarakatan dan kenegaraan. Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, pertama;

    pendidikan asas tilawah al-Quran, kedua; pembentukan akidah dan bimbingan Asas

    Fardu Ain, ketiga; pemupukan amalan Fardu Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh

    Syariat Islam dan keempat; penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam

    diri murid. Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan.

    Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-

    murid agar mempunyai citacita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha

    dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa

    dan negara.Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan

    kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat

    menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab,

    berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal

    2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

    potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

    seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

    Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

    diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

    negara.

    3.0 FALSAFAH DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

    3.1 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

    3

  • 8/8/2019 Pend Islam

    4/28

    HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM

    Sebelum kita meninjau Falsafah Pendidikan Islam, adalah lebih elok diperincikan

    dahulu tentang Falsafah Islam itu sendiri dan juga asal perkataan falsafah. Perkataan

    falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno, dan dalam pengertian yang bebas ia

    bermaksud "Cintakan Hikmah"(Al-Syaibany, 1991) Hikmah ialah satu pandangan dan

    fikiran yang tinggi atau jauh serta matang. Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh

    pengetahuan biasa.

    Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai:

    "Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with ultimate

    reality, or with the most general causes and principles of things and ideas and human

    perception and knowledge of them, physical phenomena and ethics" Jadi, falsafah

    merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran, (seeking the thruth), dan kebenaran itu

    sebenarnya hanya Allah. Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini adalahfalsafah. Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Yang

    kita tahu berdasarkan apa yang diberitahu oleh Allah, maka itulah yang benar dan

    mutlak. Yang kita fikirkan sendiri menjadi falsafah kita dan tidak bersandarkan kepada

    kitab Allah, maka itu tidakalah sebenar, ia tidak mutlak dan ianya bersifat relatif. Sebab

    itu bermacam-macam falsafah timbul hasil pemikiran manusia. Seperti Liberalisme,

    Idealisme, Asetisme, Eksistensialime, Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme dan

    banyak lagi. Jika falsasfah itu berpunca daripada Allah atau wahyu, maka ia akan sama

    sahaja perinsipnya dan juga matlamatnya.

    Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

    Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah, tidak

    kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain,

    perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Sebaliknya,

    seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah lebih dahulu

    mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi sangat susah ia menerima falsafah

    Islam. Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak hal bertentangan

    dengan kehendak Islam.

    Jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah atau kebenaran" maka falsafah

    Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berasaskan ajaran Islam. Dan ajaran

    Islam itu bersumberkan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Failasuf Islam dari

    setiap zaman, apabila membincangkan tentang falsafah biasanya mereka tidak akan lari

    daripada soalan-soalan berikut sebagai asas perbincangan, iaitu: Siapa anda (apa hakikat

    4

  • 8/8/2019 Pend Islam

    5/28

    HBIS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM

    diri anda)? Dari mana anda datang? Kenapa anda berada di sini (alam dunia)?