memartabatkan profession perguruan

55
KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA 59200 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH MATEMATIK AMBILAN NOVEMBER 2008 SEMESTER 8 TUGASAN PERANAN YANG BOLEH DIMAINKAN UNTUK MEMARTABATKAN PROFESYEN KEGURUAN KE ARAH MENGINOVASIKAN KUALITI PENDIDIKAN UNTUK MENJAYAKAN WAWASAN PENDIDIKAN NEGARA EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA NAMA : ANNAKKELI A/P SONAMUTHU NOMBOR INDEX : 2008212360052 TARIKH SERAHAN : 29.06.2012

Upload: annakkeli

Post on 24-May-2015

12.564 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

profession perguruan

TRANSCRIPT

Page 1: Memartabatkan profession perguruan

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

59200 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

MATEMATIK AMBILAN NOVEMBER 2008

SEMESTER 8

TUGASAN

PERANAN YANG BOLEH DIMAINKAN UNTUK MEMARTABATKAN PROFESYEN KEGURUAN KE ARAH MENGINOVASIKAN KUALITI PENDIDIKAN UNTUK

MENJAYAKAN WAWASAN PENDIDIKAN NEGARA

EDU 3109

GURU DAN CABARAN SEMASA

NAMA : ANNAKKELI A/P SONAMUTHU

NOMBOR INDEX : 2008212360052

TARIKH SERAHAN : 29.06.2012

NAMA PENSYARAH : DR.RAJAGOPAL A/L PONNUSAMY

ISI KANDUNGAN

Page 2: Memartabatkan profession perguruan

1. Pengenalan

2. Definisi Etika

3.0Tatasusila profesion perguruan

4.0Etika Guru Muslim

5.0Ciri-ciri guru yang berkesan

6.0Program pendidikan guru

7.0 Isu-isu berbangkit

8.0Cadangan

9.0 Penutup

Page 3: Memartabatkan profession perguruan

1. Pengenalan

Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini bukanlah

semudah yang disangka - kerjanya separuh hari dan cutinya panjang. Sebagai arkitek

sosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar, bukan sekadar memberi

pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk

merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru

kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan

dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara.

Lebih daripada itu, guru juga perlu menjadi model utama kepada anak didiknya. Oleh itu

mereka perlu berjiwa besar. Bukan sembarangan orang layak menjadi guru. Hanya

mereka yang luhur jiwa dan kental semangatnya yang sanggup mencurahkan bakti

untuk menjadi guru. Kecintaan terhadap profesion ini juga seharusnya bukan sekadar

secara luarannya sahaja, sebaliknya sifat keguruan itu perlu mendarah daging.

Selain itu, guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda sosial, politik

dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan selalunya

disalurkan melalui falsafah dan matlamat ( juga merupakan input ) yang perlu

diterjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko kurikulum.

Falsafah Pendidikan Negara (PPN) pula memberikan matlamat yang jelas mengenai

Page 4: Memartabatkan profession perguruan

jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insan

harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor

perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi

memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani

cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh

terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar

lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri.

Oleh yang demikian, bagi memastikan jatidiri guru terus utuh, seseorang guru haruslah

mematuhi Etika Profesion Keguruan. Etika ini merupakan panduan tingkah laku yang

menjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Melalui etika inilah

masyarakat boleh menganilisis, menilai serta menentukan sama ada tingkah laku guru

telah mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya. Melalui etika ini juga dapat

membantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabar

dewasa ini.

2.0 DEFINISI ETIKA

Etika berasal dari perkataan Greek iaitu ethos dan ethikos. Ethos bererti sifat, watak,

kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya manakala ethikos pula ialah

tatasusila, beradab atau kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut Thiroux (2001),

etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang

mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau

fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan

atau tingkahlaku manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu,

Page 5: Memartabatkan profession perguruan

bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu, Ismail

Ibrahim (1995) menyebut, etika ialah sebagai proses pemikiran tentang baik dan buruk

berkaitan perilaku seseorang. Etika juga merupakan suatu disiplin ilmu yang mengkaji

tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang

betul. Oleh itu etika memperkatakan tentang apa yang betul dan salah, perbuatan yang

baik dan buruk, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, yang patut dan tidak

patut serta yang berkaitan dengan tanggungjawab. Tegasnya, etika adalah sains

perlakuan atau “behavioral science” yang mengkaji tentang perlakuan manuisa dalam

masyarakat, membuat tafsiran mengenai tingkahlaku mereka dan memberi panduan

cara-cara bertingkahlaku yang betul berdasarkan kepada piawaian etika atau moral

manusia serta masyarakatnya.

Menurut Martin [1993], etika didefinisikan sebagai "the discipline which can act as the

performance index or reference for our control system". Oleh demikian, etika akan

memberikan batasan ataupun standard yang akan mengatur pergaulan manusia

didalam kelompok sosialnya. Dalam pengertiannya yang secara khusus dikaitkan

dengan seni pergaulan manusia, etika ini kemudian dirupakan dalam bentuk aturan

(code) tertulis yang secara sistematik dibuat berdasarkan prinsip-prinsip moral yang

ada, dan pada saat yang diperlukan akan berfungsi sebagai alat untuk mengadili segala

tindakan yang secara logika-rasional umum (common sense) dinilai menyimpang dari

kode etik Dengan demikian etika adalah refleksi dari apa yang disebut dengan "self

control", kerana segalanya dibuat dan diterapkan untuk kepentingan sosial (profesi) itu

sendiri.

Selain dari itu, kerana kelompok profesional merupakan kelompok yang berkemahiran

Page 6: Memartabatkan profession perguruan

yang diperolehi melalui proses pendidikan dan latihan yang berkualiti dan mempunyai

standard tinggi yang dalam menerapkan semua kemahirannya yang tinggi itu hanya

dapat dinilai dari dalam oleh rakan sejawat, sesama sendiri. Kehadiran organisasi

profesion dengan perangkat "built-in mechanism" berupa kode etik profesi dalam hal ini

jelas akan diperlukan untuk menjaga martabat serta kehormatan profesi, dan disisi lain

melindungi masyarakat dari segala bentuk penyimpangan maupun penyalah-gunaan

keahlian (Wignjosoebroto, 1999).

Oleh kerana itu dapatlah disimpulkan bahwa sebuah profesi hanya dapat memperoleh

kepercayaan dari masyarakat, apabila dalam diri para elit profesional tersebut ada

kesadaran kuat untuk mengindahkan etika profesi bila mereka ingin memberikan jasa

kepada masyarakat yang memerlukannya. Tanpa etika profesi, apa yang semula

dikenal sebagai sebuah profesi yang terhormat akan jatuh menjadi sebuah pekerjaan

pencarian nafkah biasa yang sedikitpun tidak diwarnai dengan nilai-nilai idealisme dan

ujung-ujungnya akan berakhir dengan tidak-ada lagi respek maupun kepercayaan yang

diberikan kepada para golongan profesional ini.

2.1 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati

berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-

Niat yang betul

Perlakuan yang baik

Pengerak ke arah kebaikan

Memperkotakan apa yang dikatakan

Page 7: Memartabatkan profession perguruan

Berdisiplin dan beradab

Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

2.2 NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

(KPM)

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika

Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah:

Amanah

Benar

Bijaksana

Bersyukur

Dedikasi

Ihklas

Penyayang

3.0 TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

Tatasusila profesion perguruan merupakan suatu garis panduan atau kod-kod

tingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang menggelar dirinya sebagai

pendidik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tatasusila tersebut dibahagikan kepada

empat bidang tanggungjawab termasuklah pelajar, ibubapa, masyarakat dan negara

dan juga rakan sejawat dan profesionnya sendiri.

3.1 Tanggungjawab terhadap pelajar

· Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

Page 8: Memartabatkan profession perguruan

· Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,

mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

· Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka

yang berhak mengetahuinya.

· Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam

matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

· Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat

memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

· Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,

lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya

pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

3.2 Tanggungjawab terhadap ibu bapa

· Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka.

· Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi

pendidikan dengan rumahtangga.

· Menganggap semua makumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan

rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan

membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

· Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan

menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

· Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan

ekonomi ibu bapa pelajar.

· Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh

Page 9: Memartabatkan profession perguruan

menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

3.3 Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

· Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan

kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan

Rukun Negara.

· Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan

membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab

dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan

kebudayaan, keturunan dan agama.

· Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala

tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil

bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

· Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi

pendidikan dengan masyarakat.

· Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan

kecendekiawanan masyarakat.

· Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan

menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

3.4 Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan

· Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh

mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau

Page 10: Memartabatkan profession perguruan

berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

· Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami

sebagai guru.

· Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin

dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan

sosial.

· Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu

dalam profesion perguruan.

· Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion

perguruan.

· Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan

pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi,

termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan

pendidikan.

4.0 Etika Guru Muslim

Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh

berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh

diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh

khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan .

Antara yang boleh dirumuskan ialah:

4.1 Tanggungjawab Terhadap Allah Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti

Page 11: Memartabatkan profession perguruan

berikut:

· Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada

Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.

· Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi

amalan harian.

· Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.

· Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan

berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.

· Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan

menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.

· Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya

dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.

4.2 Tanggungjawab Terhadap Diri

· Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek

fizikal, emosional, mental mahupun moral.

· Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.

· Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan

dari segenap aspek.

· Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak

mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.

· Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti

profesion sebagai seorang guru.

Page 12: Memartabatkan profession perguruan

4.3 Tanggungjawab Terhadap Ilmu

Guru muslim hendaklah :

Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.

Beriltizam dengan amanah ilmiah.

Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.

Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang

berkaitan.

Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi

spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.

Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan

umat manusia sejagat.

4.4 Tanggungjawab terhadap Profesion

Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan

sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai

terhadap profesion perguruan.

Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya

maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan

jujur.

Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para

Page 13: Memartabatkan profession perguruan

pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan

masyarakat, persatuan atau persendirian.

Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira

bangsa, agama atau kepercayaan.

Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah

laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.

Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.

Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar

tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal

keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.

Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan

memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya

cipta dan rohani.

Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai

diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.

Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh

membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,

masyarakat awam atau negara.

Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka

dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.

Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan

keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

Page 14: Memartabatkan profession perguruan

Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap

pelajar.

Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk

pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti

sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.

Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran

persendirian.

Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap

para pelajarnya.

Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau

ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.

Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.

Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-

cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).

Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan

namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

4.5 Tanggungjawab Terhadap Pelajar

Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari

hal-hal lain.

Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,

emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.

Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan

Page 15: Memartabatkan profession perguruan

contoh yang baik kepada pelajar.

. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-

mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan

menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran

mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

4.6 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat

Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau

ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau

ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.

Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan

bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam

profesion perguruan.

Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

4.7 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan

kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan

dengan Rukunegara.

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan

Page 16: Memartabatkan profession perguruan

membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab

dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya

perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala

tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil

bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi

pendidikan dengan masyarakat.

Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan

dan kecendikiawanan masyarakat.

Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan

menjalani kehidupan harian dengan baik.

4.8 Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi

pendidikan dengan rumahtangga.

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan

rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada

sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan

menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan

ekonomi ibu bapa pelajar.

Page 17: Memartabatkan profession perguruan

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang

boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Kod etika keguruan Islam ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan akan membantu

keberkesanan pangajaran guru. Perkataan keberkesanan pengajaran guru ini mungkin

kabur pagi setengah pihak. Oleh itu ada baiknya kita menjelaskan maksud perkataan

tersebut. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai puncak

matlamat yang digariskan.

5.0 CIRI-CIRI GURU YANG BERKESAN

Perbincangan mengenai ciri seseorang guru yang amat berkesan (highly effective)

boleh dikategorikan kepada tiga aspek iaitu:

· Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan.

· Ciri mengajar yang memberikan hasil.

· Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri.

1. Ciri Peribadi: seorang yang 'bermatlamat' (mission-driven) dan juga seorang yang

'asyik' dalam pekerjaannya. Kedua , ianya bersikap positif dan 'real' yakni yakin dalam

apa pun yang dilakukan di samping sabar menerima 'kenyataan' biar pun pahit untuk

ditelan. Ketiganya ia merupakan seorang 'guru-pemimpin'; di samping mengajar ia juga

membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dan

siapa sahaja.

2. Ciri Mengajar: seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek 'dengannya'

("with-it-ness") dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mesti

buat. Ia juga mempunyai stail yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan dan

Page 18: Memartabatkan profession perguruan

persekitaran, nilai dan budaya, peraturan dan undang-undang. Ianya juga memiliki

kepakaran memotivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Ciri Intelektual: seorang yang suka 'membaca buku', dan mempunyai 'mental life'

yang segar, berkembang dan bersifat self-actualization dengan minda yang sihat dan

terbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh

(banyak) di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang

banyak.

Falsafah Pendidikan Negara (PPN) memberikan matlamat yang jelas mengenai jenis

manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insan harmoni

dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor

perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi

memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani

cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh

terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar

lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri.

6.0 PROGRAM PENDIDIKAN GURU

Program pendidikan guru ialah satu program latihan praktik dan sistematik berasaskan

sekolah yang bersifat "developmental". Program ini membolehkan guru pelatih

membina, menguasai, dan mengukuhkan ilmu profesional keguruan untuk menjadi guru

permulaan yang berkesan.

Namun begitu, kualiti pengajaran dan pembelajaran sesebuah sekolah banyak

bergantung kepada kualiti gurunya. Kelayakan dan keprofesionalan guru menentukan

kualiti program. Mack (1975) mengatakan ciri-ciri personaliti guru dan setakat mana

Page 19: Memartabatkan profession perguruan

latihan profesionali yang dimiliki adalah menyumbang kepada kebolehannya. Ciri-ciri

personaliti guru termasuklah: mempunyai kematangan, menghormati pelajar dan ibu

bapa, berkeyakinan, fleksibel, suka belajar, perawakan baik, fizikal yang sesuai,

beretika dan mempunyai latihan yang cukup. Guru-guru perlu mendapat latihan

professional untuk memahami bagaimana murid-murid berkembang dan belajar.

Guru yang berkualiti dilihat dari segi hubungan erat yang berjaya diwujudkan dengan

pelajar, kemampuannya mengembangkan program dan merancang aktiviti,

kejayaannya mewujudkan komunikasi yang baik dengan ibu bapa dan rakan sejawat

yang lain dan kemahirannya dalam pentadbiran dan perkembangan professional.Guru

yang baik ialah guru yang efektif. Guru yang efektif merupakan guru yang berkemahiran

serta dapat meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. Kemahiran yang ada pada guru

tidak lahir begitu sahaja. Ia perlu dipupuk dan dibajai melalui latihan yang sistematik

sebelum melibatkan diri di dalam profesion perguruan. Latihan adalah penting bagi

seseorang guru sekolah bagi mencapai kemahiran, kecekapan serta keberkesanan di

dalam perlaksanaan tugas. Sebagaimana apa yang dinyatakan oleh Yu- Wei Lin dan

Spodek (1992) iaitu latihan berfungsi meningkatkan kualiti pengajaran guru sekolah.

Walau bagaimanapun selain latihan yang diikuti minat yang mendalam terhadap kerjaya

juga membantu keberkesanan pengajaran seseorang guru prasekolah. Motivasi juga

merupakan faktor penting yang boleh meningkatkan kualiti guru-guru prasekolah kerana

ia akan menaikkan semangat untuk berusaha dan mencapai matlamat yang hendak

Page 20: Memartabatkan profession perguruan

dicapai.

Penglibatan sekolah dalam melaksanakan program ini dapat mewujudkan jalinan

hubungan kerjasama antara Universiti dan sekolah, memupuk rasa tanggungjawab

bersama, rasa kesepunyaan (ownership) dan mengukuhkan konsep "partnership" bagi

membantu perkembangan profesionalisme.

Dalam melaksanakan program pendidikan guru ini, bimbingan dan latihan lebih

diutamakan daripada penilaian. Jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman serta

kepakaran antara Universiti dan sekolah, yang menjadi teras pelaksanaan praktikum

dapat membantu perkembangan sekolah terutamanya dari segi peningkatan ikhtisas

guru pelatih.

Komponen utama yang perlu ada dalam program pendidikan guru ialah:

(a)pengajaran dan pengalaman di bilik darjah,(b)pengajaran dan pengalaman luar bilik

darjah, dan(c)pembentukan ciri sahsiah yang sesuai dengan profesion keguruan.

6.1 Objektif Program Pendidikan Guru

Program pendidikan guru memberi peluang kepada guru pelatih mengenal secara lebih

dekat peranan dan fungsi guru dan pengelolaan serta pengurusan sebenar bilik darjah.

Secara khusus, program ini memberi peluang kepada guru pelatih belajar:

· tentang tugas dan tanggungjawab asas keguruan.

· mengenal pasti dan memahami murid-murid yang mempunyai perbezaan individu dan

merancang persediaan pengajaran bagi memenuhi keperluan individu tersebut.

· mengamal dan mencuba kaedah pengajaran mata pelajaran serta menilai kerja murid

seperti yang telah dipelajari di dalam kursus.

· menilai kelebihan dan kelemahan kesan-kesan pengajaran dan pembelajaran.

Page 21: Memartabatkan profession perguruan

· prosedur dan teknik pengelolaan kurikulum dan kokurikulum

· mempraktikkan etika keguruan.

· sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah.

· mengamalkan, mengubah suai dan mencuba teori-teori dan metodologi pengajaran

berasaskan keseluruhan ilmu keguruan dan disiplin pengkhususan.

· menganalisis perbezaan-perbezaan pelajar dan menghubungkan isu-isu disiplin dan

gerak laku serta berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.

· membina daya usaha, kreativiti, kepekaan dan keyakinan diri serta sikap yang lebih

positif dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang berbeza.

· mengalami proses sosialisasi di dalam masyarakat sekolah supaya dapat berfungsi

secara positif dalam bidang perguruan.

· melibatkan diri secara aktif dalam pengelolaan kokurikulum sekolah dan mencuba

pendekatan-pendekatan yang sesuai dan inovatif.

6.2 Guru Sebagai Penyelidik

Penyelidikan dalam konteks globalisasi ini menekankan kepada pembentukan satu

budaya kolaboratif, kerjasama, perkongsian dan penyayang dalam masyarakat. Di

samping itu, penglibatan yang meluas dalam proses penyelidikan akan menimbulkan

“sense of ownership” di kalangan semua pihak guruyang terlibat dalam penyelidikan

tersebut. Setiap pihak yang terlibat akan lebih terbuka dalam memberikan kerjasama

dan maklumat yang diperlukan. Pandangan di atas menunjukkan bahawa guru

memerlukan trdisi penyelidikan yang sesuai dengan teori dan amalan mereka yang

dapat menyumbang terhadap peningkatan kepada kemahiran menyelesaikan masalah.

Page 22: Memartabatkan profession perguruan

Satu tradisi penyelidikan yang berkembang dalam kemasyarakatan perlu di cuba dan di

bangunkan. Organisasi, firma dan kilang-kilang, tempat kerja, rumahtangga dan

sekolah adalah merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori sosial dan

kemasyarakatan. Perwakilan seperti ‘NGO’, ‘key personal’, wakil dari organisasi, suri

rumah, ketua tempat kediaman, adalah sebenarnya dikelilingi oleh sumber-sumber dan

bahan yang kaya yang boleh dijadikan bahan penyelidikan.

Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika guru hendaklah merealisasikan aspirasi

negara mereka, adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai penyelidik.

Penyelidikan perlu dijadikan sebagai salah satu tugas utama masyarakat. Pendidikan

menjalankan penyelidikan perlu diberi kapada gurusupaya aspirasi negara untuk

membina insan yang mempunyai kemahiran meneroka jati diri terbena secara intrinsik.

Donald Schon (1983) yang menyarankan perubahan amalan gurudari berbentuk

‘technical rationality’ kepada ‘reflective rationality’ yang menekankan amalan refleksi

sebagai asas perkembangan profesional.Schon mengemukakan konsep ‘reflection-in-

action’ dan ‘knowing-in-action’ sebagai proses penyelidikan yang menjadi saluran untuk

perkembangan ilmu profesional dan peningkatan profesional. Konsep ‘reflection-in-

action’ dan ‘knowing-in-action’ membawa maksud refleksi yang dilakukan semasa

seseorang itu melakukan sesuatu untuk mempastikan apa yang dilakukan itu berkesan

ataupun mungkin persepsi yang baru diperolehi bagi membaiki amalan. Keadaan ini

banyak berlaku semasa guru mengajar misalnya guru sentiasa (sama ada secara sedar

atau tidak) membuat refleksi ke atas pengajaran yang sedang mereka jalankan. Proses

Page 23: Memartabatkan profession perguruan

ini sebenarnya memerlukan seseorang itu mengesan maklumat dan menganalisis

maklumat bagi membuat keputusan yang pantas bagi membaiki amalannya secara

berterusan.

Elliott (1993) menekankan betapa perlunya refleksi yang sistematik sebagai cara untuk

mempertingkatkan mutu keputusan dan tindakan profesional yang dibuat oleh seorang

pengkaji Elliott telah mengutarakan paradigma sains praktikal yang merangkuami

konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal refleksi. Proses ini melibatkan

penyelidikan tindakan dan inkuiri tindakan. Bagi Elliott, perubahan pendidikan perlu

berlandaskan inkuiri yang sistematik.

Dari pandangan-pandangan di atas, jelaslah bahawa penglibatan guru sebagai

penyelidik ini perlu diperkembangkan. Penglibatan pakar-pakar penyelidik dalam

membimbing guru untuk melakukan penyelidikan secara berterusan boleh membentuk

budaya menyelidik dan reflektif. Budaya ini memungkinkan suara dan pandangan wakil

guru didengar dan diambil perhatian oleh pihak pembuat dasar dan pihak-pihak yang

berkepentingan dalam pendidikan. Ini sekurang-kurangnya dapat menigkatkan

keyakinan dan ‘self-esteem’ guru

Budaya menyelidik juga didapati telah dapat menigkatkan keberkesanan guru yang

seterusnya dapat menyumbangkan kepada kualiti pendidikan. Dalam konteks

pendemokrasian penyelidikan konsep guru sebagai penyelidik ini akan mula

Page 24: Memartabatkan profession perguruan

berakarumbi di kalangan guru di negara ini. Penglibatan guru dalam penyelidikan

terutama penyelidikan tindakan perlu dijadikan amalan harian.

Pembudayaan penyelidikan yang menyeluruh adalah perlu supaya penyelidikan dapat

dijadikan sebagai amalan yang boleh membantu dalam membuat keputusan serta

tindakan yang lebih baik. Penyelidikan bukanlah cara yang boleh menyelesaikan

sesuatu masalah, tetapi penyelidikan dapat membantu dalam melihat masalah secara

lebih terancang dan sistematik supaya penyelesaian kepada masalah itu dapat dibuat

dengan lebih berkesnn. Untuk membolehkan penyelidikan memberi sumbangan yang

berkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan gurudi setiap peringkat, metodologi,

proses dan dapatan penyelidikan perlu dapat difahami dan digunakan sebaik-baiknya

oleh pelbagai pihak yang terlibat dan berkepentingan.

7.0 ISU-ISU BERBANGKIT

7.1 ISU DISIPLIN

Sejauh manakah guru-guru di sekolah sedar akan etika keguruan seperti yang tercetak

di dalam Buku Rekod Pengajaran (Tatasusila Profesion Perguruan, Malaysia) ?

Walaupun Pengetua/Guru Besar dan guru memegang Buku Rekod Pengajaran dan

merekodkan rancangan pengajaran mereka tiap-tiap hari, tetapi adakah mereka

membaca dengan teliti dan memahami Tatasusila Profesion Perguruan , Malaysia yang

merupakan garis panduan kod etika perguruan? Berapa peratuskah Pengetua/Guru

Besar dan guru-guru seluruh Malaysia yang memahami kod etika ini dan betul-betul

mengamalkannya?

Page 25: Memartabatkan profession perguruan

Menurut Dr. Mohammed Sani (2001) dalam menggariskan sifat dan kualiti peribadi

seseorang guru, di antaranya termasuklah sifat bertanggungjawab, mempuyai

keyakinan diri, mempuyai daya kepimpinan dan menghayati nilai keagamaan dan nilai

murni melalui program tarbiyah ruhiyyah yang berterusan. Menurut Rohaty (2002), guru

perlu memahami dan menghayati etika dan profesion keguruan supaya dianggap

professional. Malangnya terdapat juga segolongan guru dan Pengetua/Guru Besar

yang seolah-olah telah ‘terlupa’ tentang kewujudan kod etika keguruan, dan salah satu

faktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku ialah faktor materialistik. Menurut Dr.

Tajul Ariffin (1997), tugas mendidik sekarang telah dicemari dengan kegilaan guru untuk

mencari kekayaan, kemegahan dan pangkat. Ini menyebabkan guru menggunakan

lebih banyak masa untuk kepentingan sendiri ke arah perkara-perkara tesebut daripada

memberi tumpuan kepada perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Ini jelas sekali

menjejas etika dan profesion keguruan. Sebagai kesan sampingannya, pada masa kini

telah berlaku kes-kes salah guna kuasa dan salah laku serta jenayah yang melibatkan

pengurus sekolah atau/dan guru-guru sekolah.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah, Zulqarnain Hassan

dalam pembentangan kertas kerja yang bertajuk Jenayah Rasuah – Salah Guna Kuasa

dan Penyelewengan Dalam Pengurusan Sekolah pada Seminar Kepengetuaan

Kebangsaan Ke-3 di Institut Pengetua Universiti Malaya, Mac 2004, beliau telah

mengatakan bahawa pengurus sekolah menyedari peruntukan undang-undang

mengenai penyalahgunaan kuasa itu, ``Tetapi mereka dengan sengaja melakukannya

…,''. Menurut beliau, kes-kes sedemikian didapati bertambah setiap tahun, dan ini telah

Page 26: Memartabatkan profession perguruan

menunjukkan peningkatan dalam kes penyalah gunaan kuasa oleh pihak berkenaan.

``Namun begitu ada juga pengurus sekolah yang tidak tahu perbuatan mereka itu

menyalahi peraturan,'' katanya.

Dalam pembentangan kertas kerja tersebut, belaiu telah memberi contoh kes-kes yang

tidak beretika yang berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia seperti berikut:

1. Contoh Kes Suapan

a. Guru Jasmani menerima wang daripada kontraktor didorong bahawa beliau

meluluskan pembelian alat sukan.

b. Pengetua sekeluarga menerima tiket kapal terbang secara percuma untuk

melancung ke luar negeri dari syarakat buku yang menjual buku di sekolah berkenaan.

c. Pengetua menerima wang bulanan untuk dirinya daripada pengusaha kantin asrama

sekolah kerana telah berusaha mendapatkan tender untuknya.

d. Pengurus sekolah meminta kontraktor membaiki rumahnya secara percuma kerana

beliau telah menganugerahkan kontrak kepada kontraktor berkenaan.

e. Anak pengurus sekolah telah diberikan pekerjaan sebagai kerani di pejabat

kontraktor sebagai balasan kerana mendapat kontrak.

2. Contoh penggunaan dokumen palsu untuk mengelirukan majikan

a. Pengurus sekolah membuat tututan perjalanan kepada pihak atasan kononnya

perjalanan dibuat daripada tempat A ke C, tetapi sebenarnya perjalanan adalah

daripada A ke B.

b. Pengetua berpakat dengan kontraktor menuntut kos baik pulih perabot sekolah

dengan menggunakan resit/invois tetapi kerja baik pulih tidak dijalankan sebaliknya

Page 27: Memartabatkan profession perguruan

kerja lain dibuat.

c. Pengetua meluluskan bayaran kepada kontraktor membekal makanan untuk pelajar-

pelajar asrama sekolahnya dalam keadaan beliau tahu bahawa tuntutan adalah tidak

betul iaitu 100 orang pelajar diberi makanan tetapi tuntutan daripada kontraktor ialah

200 orang pelajar yang diberikan makanan.

3. Contoh kes pengurus sekolah yang mengambil kesempatan daripada

kedudukannya/jawatannya untuk kepentingan peribadi atau saudara

a. Seseorang pengurus sekolah mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarakat

abangnya untuk mendapat bekalan kertas, kapur, pasu bunga dan peralatan sukan

sekolah.

b. Pengurus sekolah membeli peralatan peti sejuk dan televisyen bagi kegunaan bilik

guru sekolah dengan mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarikat elektrik milik

isteri/suaminya.

c. Pengetua memberikan tender mengusahakan kantin sekolah kepada pengusaha

kantin yang ada hubungan persaudaraan iaitu adik ipar.

4. Contoh kes pecah amanah

a. Pengurus sekolah memberikan wang bantuan kerajaan kepada pelajar berada, dan

bukannya pelajar miskin seperti dikehendaki oleh peraturan.

b. Pengurus sekolah dikehendaki membayar sejumlah wang kepada Perbendaharaan

tetapi bayaran tidak dibuat kepada Perbendaharaan sebaliknya dimasukkan ke dalam

akaun sendiri maka beliau telah melakukan pecah amanah.

Page 28: Memartabatkan profession perguruan

Selain daripada contoh kes-kes penyalah gunaan kuasa yang tersebut di atas, dalam

tahun 2004 ini telah pun berlaku beberapa kes yang tidak beretika di kalangan guru

kerana terlibat dalam penjenayahan dan salah tingkahlaku.

Selain daripada itu, satu kes yang berlaku di Sekolah Menengah Sains di Kuantan,

Pahang ialah ibubapa seorang pelajar telah mengadu bahawa anaknya telah dirotan

walaupun kesalahan yang dilakukannya terlalu kecil (Berita Harian, 30/6/2004).

Satu kes yang lain pula melibatkan penjenayahan yang telah dilakukan oleh seorang

guru lelaki di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur yang telah menculik seorang

budak perempuan yang hanya berusia empat tahun dan telah meminta wang tebusan

sebanyak RM200,000 (Berita Harian, 24/6/2004).

Selain daripada kes-kes yang tersebut di atas, kita juga sering dapati adanya

kecenderungan pihak-pihak tertentu, khususnya syarikat-syarikat pengeluar, penguasa,

penerbit, pengedar dan individu-individu yang ingin membuat jualan terus kepada

pelajar-pelajar dan guru-guru atau pun ingin mengadakan promosi melalui pameran dan

demonstrasi dengan tujuan yang sama (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988,

Kementerian Pendidikan Malaysia). Menurut pekeliling berkenaan, Pengetua dan Guru

Besar diingatkan bahawa

“ … kebenaran tidak boleh diberi kepada mana-mana syarikat atau mana-mana individu

Page 29: Memartabatkan profession perguruan

... Walau bagaimanapun, kelonggaran kepada larangan ini boleh diberi kepada pihak-

pihak yang memohon untuk membuat jualan … keadaan-keadaan tertentu seperti …

perayaan Hari Ibubapa, Hari Guru, Hari Sukan … [atau] demonstrasi dan promosi

hanya mendapat perhatian dan pertimbangan … tanpa melibatkan pelajar-pelajar dan

lain-lain guru.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988, Kementerian Pendidikan

Malaysia).

7.2 ISU SEMASA PROGRAM LATIHAN GURU

Isu profesion guru juga sering dikaitkan dengan latihan mengajar. Persoalan seperti

bagaimana pihak universiti, maktab, Kementerian Pelajaran dapat menguruskan

progam latihan mengajar bagi guru pelatih dengan cara lebih berkesan? Latihan

mengajar bagi bakal guru adalah pendidikan awal dalam hidup pendidik. Pengetahuan

akademik tidak cukup untuk menjadi seorang guru, pengalaman dan amali praktikal

menentukan kejayaan seseorang guru. Keberkesanan penyampaian pengetahuan

adalah hasil sebenar kerja mereka. Keberkesanan pengajaran guru bergantung kepada

konsep guru sebagai berikut:

Agen mangkin dalam pertumbuhan dan perkembangan pelajar.

Fasilitator dalam pembelajaran pelajar.

Penggerak kepada usaha pelajar.

Pembimbing dan model.

Pembuat keputusan dalam penggunaan peluang ada untuk kebajikan pelajar.

Page 30: Memartabatkan profession perguruan

Latihan mengajar memberi peluang bagi guru menggunakan teori dan prinsip-prinsip

pendidikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di samping

meningkatkan keyakinan diri untuk mengurus bilik darjah. Keseluruhan jangka masa

latihan mengajar lebih kurang 12 minggu, waktu mengajar antara 8 hingga 10 waktu

seminggu. Tumpuan khusus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah mengikut opsyen guru pelatih itu. Terdapat beberapa kelemahan dalam program

latihan pengajar:

Kemahiran profesional belum mantap

Latihan mengajar menekankan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran,

sedangkan tuntutan profesion perguruan lebih daripada itu kerana guru menghadapi

banyak tekanan sosial seperti masalah berkaitan dengan disiplin, tuntutan ibu bapa dan

masyarakat yang mementingkan pencapaian akademik cemerlang.

Kekurangan bimbingan dan tunjuk ajar

Guru pelatih diselia antara 5 hingga 8 kali semasa latihan mengajar. Penyeliaan dibuat

untuk menilai kecekapan guru mengajar dan respons dari pelajar di dalam mata

pelajaran. Sebagai perbandingan, latihan profesion kedoktoran, doktor perlu menjalani

housemanship selama setahun. Semasa menjalankan housemanship, doctor pelatih

adalah di bawah pegawasan doktor pakar. Selepas itu, doktor tersebut perlu mendapat

pengiktirafan dan mendaftar dengan persatuannya untuk latihan dan seterusnya terikat

dengan tatasusila profesion kedoktoran di bawah pengawasan persatuan perubatan.

Page 31: Memartabatkan profession perguruan

Jangka masa latihan yang singkat

Salah satu ciri profesion ialah latihan ahli-ahlinya memakan masa panjang dan seragam

di semua institusi pengajian. Tempoh latihan perguruan berubah mengikut institusi dan

permintaan tenaga manusia. Misalnya, tempoh masa perguruan di maktab berkurang

dari tiga tahun ke dua setengah tahun. Program diploma pendidikan di universiti

mengambil masa 9 bulan termasuk latihan mengajar. Jangka masa terlalu singkat

menyebabkan calon tidak didedah kepada suasana sebenar di sekolah dengan masa

yang cukup.

7.2.1 Kekurangan latihan pendidikan guru dalam perkhidmatan

Pendidikan guru dalam perkhidmatan adalah pendidikan terancang dan berterusan

untuk membantu guru yang sedang berkhidmat bagi mengemaskini pengetahuan dan

kemahiran profesional mengenai pendekatan dan penemuan mutakhir untuk

membolehkan mereka menjalankan tugas dengan efektif.

Pendidikan guru dalam perkhidmatan sentiasa menekankan strategi pengajaran baru

terutamanya apabila sesuatu kurikulum baru diperkenalkan untuk dilaksanakan oleh

guru. Program ini membantu guru menjalankan tugas, mempertingkatkan kebolehan

mengajar dan mendalami pengetahuan dan pengalaman guru. Di samping itu, sijil atau

diploma yang dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan membantu para guru

melanjutkan pelajaran ke universiti, kenaikan pangkat atau gaji.

Mengikut kajian Dr Mohammed Sani Bin Ibrahim (1992), hanya seramai 1,485 orang

guru iaitu 0.83 % daripada jumlah guru di Malaysia pada 30 Jun 1989 seramai 178,666

guru yang berpeluang mengikuti program pendidikan guru dalam perkhidmatan. Punca-

Page 32: Memartabatkan profession perguruan

punca minoriti guru yang menghadiri program adalah:

Bilangan kursus yang ditawarkan dan bilangan peserta yang diambil adalah terhad.

Sistem pemilihan peserta kursus tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak

penganjur. Menurut pegawai kanan di Kementerian Pendidikan dan pengetua maktab

perguruan bahawa pengetua cenderung mencalonkan guru bermasalah manakala guru

yang berprestasi baik diminta terus mengajar di sekolah untuk memastikan proses

pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terjejas dan keputusan peperiksaan sekolah

dapat dikawal dan dipertingkatkan. Jabatan Pendidikan Negeri juga tidak menyokong

kebanyakan pemohonan guru yang dicalonkan oleh pengetua. Masalah mendapat

calon yang sesuai menyebabkan berlakunya guru-guru pernah mengikuti kursus dipilih

semula untuk berkhusus.

Maklumat mengenai kursus tidak sampai ke pengetahuan guru dan ini menyebabkan

ramai guru tidak boleh memohon untuk mengikutinya.

7.3 ISU CALON GURU

Antara calon-calon yang menawarkan dirinya menjadi guru ada yang terdiri daripada

golongan tidak berminat terhadap profesion guru, oleh kerana memerlukan pekerjaan

dan merupakan pilihan terakhir mereka selepas gagal memasuki program lain. Malaysia

dilandar dengan “banjir siswazah” akibat daripada dasar pendemokrasian pendidikan

dibawa oleh Dasar Ekonomi Baru. Peluang-peluang pekerjaan yang berkurangan akibat

kemerosotan ekonomi menyebabkan pengangguran segolongan besar siswazah, maka

sebahagian mereka telah diserapkan ke profesion perguruan.

Page 33: Memartabatkan profession perguruan

Kriteria bercorak akademik digunakan dalam pemilihan calon perguruan tanpa

menitikberatkan sikap, aptitude atau kecenderungan dan personaliti disertai dengan

iltizam untuk berjaya merupakan faktor penentu sama ada seseorang itu menjadi guru

baik atau sebaliknya. Profesion perguruan dan skim perkhidmatan pendidikan masih

belum menandingi profesion-profesion lain seperti peguaman, perniagaan, perakuanan

dan kedoktoran yang menarik pelajar terbaik. Misalnya, syarat umum kemasukan

universiti adalah lulus SPM dengan kepujian BM termasuk lulus ujian lisan, mendapat

sekurang-kurangnya gred E bagi Pengajian Am, gred E bagi dua mata pelajaran lain

bagi calon dari STPM.

Isu tentang kelulusan akademik guru bukan sahaja menarik minat orang ramai di

Malaysia sahaja. Laporan dari Amerika tentang keadaan kurang memuaskan bagi

keupayaan akademik (scholastic aptitude) di kalangan pelajar berminat menjadi guru.

Kebolehan intelektual bakal-bakal guru didapati jauh lebih rendah daripada kebolehan

kebanyakan pelajar yang mengkhusus dalam bidang lain seperti kejuruteraan dan

perubatan. Justeru itu, pendidikan hanya dapat menarik pelajar-pelajar yang kurang

kebolehan dalam bidang akademik. Untuk menaikkan imej penguruan di Amerika

Syarikat, syarat kelulusan akademik memasuki bidang perguruan dinaikkan dari CGPA

2.00 ke 2.5 (Laman dan Reeves, 1983). Kajian-kajian seterusnya menunjukkan latar

belakang akademik pelajar pendidikan perguruan sama baik dengan latar belakang

akademik pelajar dalam bidang lain (Fisher dan Reldman, 1985; Book, Freeman dan

Brousseou, 1985).

Page 34: Memartabatkan profession perguruan

Gambaran yang jelas telah menunjukkan kelulusan akademik calon pendidikan kurang

daripada pelajar yang mengikuti pengajian perubatan, kejuruteraan dan undang-

undang. Walau bagaimanapun, untuk menjadi guru baik, kelulusan akademik semata-

mata tidak dapat menjadi ukuran, banyak sifat lain seperti dedikasi, sabar, akhlak baik

adalah sangat penting.

Perlukah temuduga lebih ketat bagi pemilihan calon program pendidikan diadakan?

Keberkesanan guru bergantung kepada latihan yang diterima dan keperibadian. Calon

yang tidak berminat, dan menganggap guru sebagai satu pekerjaan tidak dapat menjadi

seorang guru yang baik. Kredibiliti guru bergantung kepada:

Nilai sikap motivasi

faktor personaliti

faktor aspirasi

dedikasi, komitmen dan kepuasan diperolehi.

sikap penyayang terhadap kanak-kanak dan bercita-cita mengeksploitasi potensi

mereka sepenuhnya.

8.0 CADANGAN

Disarankan beberapa tindakan yang boleh diambil bagi meningkatkan nilai etika dan

kualiti profesion perguruan dalam sistem pendidikan di negara ini, diantaranya seperti

berikut :

Topik Etika dan Profesion Keguruan dengan berpandu kepada Tatasusila Profesion

Page 35: Memartabatkan profession perguruan

Perguruan, Malaysia yang tercatat dalam Buku Rekod Pengajaran, dimasukkan ke

dalam agenda Mesyuarat Pertama Tahunan dan apabila adanya guru baru yang

melapor ke sekolah untuk mengingatkan guru-guru tentang kod etika perguruan yang

harus dipatuhi. Dengan membuat demikian, pengetua dan guru besar juga akan

sentiasa mengingati wujudnya kod etika yang harus dipatuhi dalam pengurusan

sekolah. Selain daripada itu, juga pamerkan Tatasusila Profesion Perguruan dalam Bilik

Guru supaya ianya dapat dibaca oleh seluruh masyarakat sekolah agar guru akan

sentiasa sedar akan kod etika profesion keguruan.

Laksanakan program peningkatan profesionalisme guru

Melalui program berkenaan membolehkan guru sekolah terbabit bekerjasama dengan

pensyarah maktab perguruan mengusahakan program yang dikenal pasti berdasarkan

keperluan masing-masing, seperti membina bahan pengajaran dan pembelajaran

(P&P), kursus padagogi dan motivasi serta meningkatkan profesionalisme guru.

3. Memberi bimbingan profesional berterusan kepada guru, sekaligus menaikkan

prestasi pelajar di kawasan pedalaman dalam pelbagai aspek, bertepatan matlamat

mempertingkatkan akses, ekuiti serta kualiti pendidikan dan strategi memperkasakan

sekolah kebangsaan.

4. Kualiti pengajaran dan pembelajaran guru di padalaman perlu ditangani dengan

melaksanakan strategi berbeza daripada guru lain. Geografical isolation perlu dipecah

bagi mengurangkan jurang perbezaan pendidikan antara kawasan pedalaman, luar

Page 36: Memartabatkan profession perguruan

bandar dan bandar

5. Guru perlu menyusun dan menentukan keutamaan kerja mereka sendiri. Dalam hal

ini Omardin Ashaari (1996) menyatakan dalam teori moden, kaedah yang paling

berkesan untuk mencapai matlamat bukan dengan menggunakan kuasa (autokratik)

tetapi dengan memenuhi hasrat dan keperluan individu, di mana pihak pentadbiran

sentiasa mengambil daya usaha untuk memotivasikan guru dan kakitangan sekolah.

6. Pembangunan Profesionalisme Melalui Pengurusan Ilmu

Secara jelasnya, pengurusan ilmu sebenarnya mendorong kita untuk meningkatkan

profsionalisme dengan memberikan yang terbaik melalui konsep pengurusan ilmu

dengan menekankn konsep perkongsian, mencari maklumat yang baru. Maklumat ini

seterusnya akan digunakan untuk perkembangan profesionalisme pendidik. Fullan dan

Hargreaves (1992) menjelaskan bahawa konsep `collaberative’ di dalam pekerjaan

akan memberikan lebih pendekatan untuk menjadikan pendidik lebih profesionalisme

terutama di kalangan mereka yang baru berkhidmat serta langkah-langkah yang

dijalankan oleh Fullan dan Hargreaves merupakan cadangan yang sama dengan

konsep pengurusan ilmu ialah:

a. Menggalakkan kerjasama di kalangan pendidik berkaitan dengan projek dan

pembangunan pelajar.

b. Sering bertukar pendapat,kerjasama di dalam seminar, mesyuarat, atau perjumpaan

yang diadakan oleh pihak sekolah bagi tujuan pembangunan profesionalisme pendidik.

Page 37: Memartabatkan profession perguruan

c. Bermatlamatkan kejayaan. Pendidik bekerjasama menjalankan idea yang dicipta

untuk mencapai matlamat mereka.

d. Menganjurkan perjumpaan secra tetap bertujuan berbincang mengenai masalah

pelajar. Mereka sentiasa bertukar pendapat, meneliti semula penilaian dan pencapaian

pelajar, dan menggunakan kesempatan untuk membina alat bantu mengajar.

9.0 PENUTUP

Kesederan kepada etika dalam memartabatkan profesion perguruan perlu datang dari

pengalaman guru-guru sebagai pendidik itu sendiri. Nilai etika dan gaya profesional

keguruan perlu diterapkan dalam organisasi pengurusan guru dan aspek pedagogi

keguruan agar matlamat pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dimanfaatkan

kepada pelajar. Nilai etika dan gaya ini haruslah di pupuk dalam program pendidikan

guru lagi agar mereka dapat mengetahui lebih mendalam tentang objektif sebenar

menjadi seorang pendidik. Guru perlu memastikan pencapaian matlamat dan objektif

dasar pendidikan, guru juga perlu berdepan dengan tanggapan dan persepsi pelajar

dan masyarakat yang pelbagai terhadap etika dan profesion keguruan.

Page 38: Memartabatkan profession perguruan

RUJUKAN

Book, C.L, Freeman, D.J.& Brousseau B. 1985. “Comparing academic backgrounds

and career aspirations of education and non-education majors”. Journal of Teacher

Education, vol.36(No.3): 27 – 30

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.2.1

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.23

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.37

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.57

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.63

Donald Schon (1983) A guide to innovation in education. Ann Arbor, ISR: University of

Michigan.

Fisher, R.E.and Feldman, M.E. 1985. “Some answers about the quality of teacher

education students. Journal of Teacher Education, vol.36(No.3): 37-40.

Fullan, M & Hargreaves, A. 1992. What’s Worth Fighting for in your School? Together

for Improvement. Buckingham : Open University.

Mack. (1975) Dalam Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan

Kualiti. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammed Sani Bin Ibrahim. 1992. Satu penilaian terhadap pendidikan guru dalam

perkhidmatan di Malaysia dan implikasinya untuk masa depan. Tesis Doktor Falsafah.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Page 39: Memartabatkan profession perguruan

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan Kualiti. Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Stenhouse (1975) Professional Ethics In Teaching: Towarda The Development Of A

Code Of Practise. Journal of Education, 0305764X, Jun 2000, Vol. 30, Issue 2.

Academic Search Premier.

Suprihadi dan Soehartono (1982) “Comparing academic backgrounds and career

aspirations of education and non-education majors”. Journal of Teacher Education,

vol.36(No.3): 27 – 30

Thiroux J.P. 2001. Ethics, Theory and Practice (7th Edition). New Jersey : Prentice Hall.

Yu-Mei Lin dan Spodek. (1992). Early Childhood Teacher Preparation In Taiwan. Early

Child Development and Care Journal, 78, 95-109.

Page 40: Memartabatkan profession perguruan