memahami kontrak sosial dan kedudukannya menurut an

24
MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL DAN KEDUDUKANNYA MENURUT PERLEMBAGAAN MALAYSIA Posted by syafiqe on March 22, 2008 Oleh: MOHAMAD SYAFIQE BIN ABDUL RAHIM PENGENALAN Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara. Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan. Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan.[1] APA ITU KONTRAK SOSIAL? Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. [2] Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.[3] Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.[4] Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak.[5] Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.[6] Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia. Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.[7] Pengajaran utama yang harus

Upload: kilut

Post on 05-Jul-2015

239 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL DAN KEDUDUKANNYA MENURUT PERLEMBAGAAN   MALAYSIA

Posted by syafiqe on March 22, 2008Oleh: MOHAMAD SYAFIQE BIN ABDUL RAHIMPENGENALANNegara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara.Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya

mereka diberikan kerakyatan.Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan.[1]APA ITU KONTRAK SOSIAL?Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.[2] Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.[3]Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.[4] Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak.[5] Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.[6] Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang

Page 2: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.[7] Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.[8] Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu (yang lain).[9]Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman:“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbua oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.” [10]Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum.[11] Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian:[12]“Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu”Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan.[13] Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:

1. KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan British pun raja-raja masih dianggap sebagai raja yang berdaulat[14] dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi negeri masing-masing meskipun mereka dipaksa menerima beberapa triti dengan British untuk menerima penasihat British.Apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan.[15] Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi

Page 3: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.[16]Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri.[17] Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan[18] dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen.[19]Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan[20] boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.[21]Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan berja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan (imunity) raja. Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.[22]Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri.[23]Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut;Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu.(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah

Page 4: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.[24] Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.[25]Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.[26]Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak.[27] Ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.[28] 3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMIKedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia.Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”[29]Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.[30] Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam.[31]Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.

Page 5: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendirib) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, danc) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undangBerikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu.[32] Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2). 4.   BAHASA MELAYU Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju”[33]Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut:(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:Dengan syarat bahawa-(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.[34]

[1] Nazaruddin Mohd Jalil et.al (2001) “Pengajian Malaysia:Kenegaraan dan Kewarganegaraan“, Petaling Jaya : Prentice Hall, hal. 151[2] Syed Ahmad Hussein(1994), Pengantar Sains Politik, Kuala Lumpur : USM, hal. 189[3] Ibid.[4] Lihat dalam Kamus Dewan[5] Ibid.[6] Ibid.

Page 6: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

[7] Mohamed Jauhar Hassan, “Keadilan Sosial dan Hubungan Kaum dalam Konteks Masyarakat Yang Berubah” dalam Keadilan Sosial, Azizan Bahari dan Chandra Muzaffar (edi.) (1996), Kuala Lumpur : Institut Kajian Dasar, hal. 147-148[8] Ahmad Mohd Ibrahim (Prof. Tan Sri Datuk), “Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam dalam Perlembagaan Malaysia“, dalam Seminar Persidangan Pemerintahan Islam, anjuran IKIM pada 17 dan 18 Ogos 1995[9] YAM Sultan Azlan Shah, “The Role of Constitutional Rulers in Malaysia” dalam The Constitution of Malaysia Further Perspectives and Development, F.A Trindade dan H.P. Lee (ed.) (1998), Singapura : Oxford University Press, hal. 78[10] Malaya Merdeka, 26 April 1956[11] Mohamed Suffian Hashim (1984), Mengenal Perlembagaan, (terj.) Abdul Majid Abd. Latiff dan Ridzuan Omar, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 24[12] Ibid, hal. 251[13] Abdul Aziz Bari, “Perlembagaan sebagai Pernyataan Sejarah dan Nilai-Nilai asal Negara” dalam Kongres Sejarah Malaysia II, 26-28 November 1996[14] Lihat misalnya dalam kes Mighell lwn Sultan Johor [1894] 1 QBD 149[15] Salleh Abbas (1997), Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 39[16] Abdul Aziz Bari, “Institusi Ketua Negara, Ketua Negeri dan Majlis Raja-Raja” dalam Perkembangan Undang-Undang Persekutuan Malaysia, Ahmad Ibrahim et.al (1999), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 43[17] Perkara 39 dan 40[18] Perkara 41[19] Perkara 44[20] Perkara 159(5)[21] Perkara 38(4)[22] Perkara 18(1) yang asal, yang memberi imuniti raja secara mutlak telah dipinda pada 1992. Akibat pindaan ini, raja boleh didakwa tetapi perbicaraan ke atasnya hanya boleh dijalankan dalam Mahkamah Khas. Lihat juga Perkara 182 dan 183[23] Nazaruddin Hj Mohd Jali, op. cit., hal. 181[24] Salleh Abbas, op. cit., hal. 54[25] Ibid.[26] Nazaruddin Hj Mohd Jali, op. cit.[27] Salleh Abbas, op. cit., hal. 55[28] Ibid.[29] Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan[30] Salleh Abbas (1986), Traditional Element of Malaysia Constitutions : Its Development 1957-1977, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 3[31] Ahmad Ibrahim 1987), “Islam and Constitutions” dalam Kertas Kerja Persidangan The Malaysia After 30 Years, Kuala Lumpur : Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya[32] Perkara 12(2)[33] Perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957[34] Salleh Abbas, op.cit., hal. 52PERLEMBAGAAN DAN KONTRAK SOSIALNovember 18, 2008 · Print This Article

Page 7: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

Saya telah menghadiri satu seminar mengenai perlembagaan minggu lepas. Penceramah dalam seminar tersebut ialah Dato’ Mohamad Noor bin Abdullah iaitu bekas hakim Mahkamah Rayuan.Beliau telah memulakan ceramahnya dengan menyampaikan wasiat Raja Raja Melayu yang telah dimaktubkan pada 31 Ogos 1957.Wasiat tersebut mempunyai tujuh (7) perkara seperti berikut:-1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA)2. Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.3. Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini.5. Kami tetapkan ISLAM ialah agama Persekutuan.6. Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan,7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).Persoalan saya, Adakah kalian pernah mendengar tentang WASIAT 7 PERKARA ini dan apakah pandangan kalian mengenai wasiat ini.MEMPERKASAKAN KONTRAK SOSIAL : ANTARA CABARAN DAN   HARAPAN

Posted by syafiqe on January 4, 2009

Oleh:

Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim

Page 8: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni.

Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik

antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara.

Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat

dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan

bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa

bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu

orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan.

Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap

kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah

Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini

menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan

menjejaskan perpaduan. [Nazaruddin Mohd Jalil, 2001]

Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum

merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada

kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan

dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC.

Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari

perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan

permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya

menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan

sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan

ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang

dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di

negara ini. [Mohamed Jauhar Hassan, 1996]

Elemen-Elemen Kontrak Sosial Menurut Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara

penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan

Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan

perjanjian perdamaian. [Ahmad Mohd Ibrahim, 1995]

Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen

penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal

mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan

dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang

berbilang kaum [Mohamed Suffian Hashim, 1984]. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar

menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan

perlembagaan tahun 1957.

Page 9: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan

memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian

komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian

besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak

sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah.

Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik

dan kebudayaan [Abdul Aziz Bari, 1996]. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa

Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam

Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:

1. KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi

beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan

konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997]. Raja-raja Melayu

menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah

dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu

mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan

menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya

menekankan ciri-ciri kemelayuan [Abdul Aziz Bari, 1999]

2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan

memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan

bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa

menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak

dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa

atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan

termasuk permit atau lesen perniagaan.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90

yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang

sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang

bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan

pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga

dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana

ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di

Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

Page 10: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan” [Perkara 3

Perlembagaan Persekutuan]

4. BAHASA MELAYU

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara.

Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi

kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang

masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai

bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub

dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan.

Kontrak Sosial Sebagai Pemangkin Perpaduan Masyarakat

Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah

dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang

konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia

supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan

persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan

menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini

yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.

Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding

kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa

berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik

antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak

sosial yang telah ditetapkan.

Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak sosial

sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan kepada mereka

yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran.

Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu yang

sudah berlalu.

Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia adalah sesuatu

yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan

sebahagian daripada kontrak sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan

atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-

fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu.

Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem

kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula

harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang

Page 11: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan

membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami.

Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini

kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan. Penulis teringat polemik berkaitan isu

kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya

Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu iaitu tentang 83 tuntutan

yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat semua perkara yang dianggap

sebagai hak mereka dan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.[Utusan Malaysia,

"Suqiu keterlaluan - PM -Kerajaan menolak sama sekali tuntutan hapuskan hak

istimewa orang Melayu", 24 Disember 1998].

Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik

yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara kaum yang

dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.[Utusan Malaysia, "Lupakan formula

kontrak sosial antara kaum - Keng Yaik", 14 Ogos 2005]. Menurut beliau, formula kontrak

sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati.

Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu agama iaitu tentang

cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan usaha Kumpulan Artikel 11

yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama kebebasan individu untuk bebas

beragama sehingga menimbulkan suasana tegang dan kemarahan umat Islam setiap kali

mengadakan kempen-kempen penerangan mereka.[Utusan Malaysia, "Agama: Amaran

Pemuda UMNO bangkit kesedaran", 16 November 2006]. Ini adalah rentetan daripada

polemik kes Lina Joy dan juga kes perebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru

Rayappan antara keluarga si mati dan juga Jabatan Agama Islam.

Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin keharmonian

kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak sedangkan formula

tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara perpaduan antara kaum. Mungkin

jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka akan memebi lebih banyak kesan kepada

setiap kaum di Malaysia.

Ini kerana jika ini berlaku sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini sekaligus boleh

menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu bagi mengelakkan

rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah lebih wajar jika kita

mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang kontrak sosial secara terbuka.

Kontrak Sosial Menurut Sejarah Islam

Hakikat yang tidak boleh dinafikan, Islamlah agama terawal yang merumuskan satu formula

berkaitan kontrak sosial sebagaimana terangkum dalam Piagam Madinah. Bahkan kontrak

sosial yang terbentuk melalui piagam Madinah pada tahun 622 Masihi itu merupakan

dokumen perlembagaan terawal yangmenggariskan prinsip kebebasan dan jaminan hak

yang sama rata di kalangan pelbagai kaum.

Page 12: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

Kontrak sosial tersebut jelas memperincikan dan mempertahankan hak, keistimewaan,

kebebasan dan keadilan setiap kaum di Madinah termasuklah kaum minoriti Yahudi dan

bangsa Arab lain yang bukan beragama Islam.Malah jika diperhatikan, daripada 47 fasal

yang terkandung dalam Piagam tersebut, 24 daripadanya adalah peruntukan hak dan

kewajipan masyarakat minoriti Yahudi.

Prinsip kebebasan agama amat dititikberatkan Rasullulah S.A.W hingga baginda secara

jelas menegah sebarang usaha merobohkan gereja dan tempat peribadatan agama lain bagi

digantikan dengan pembinaan masjid. Paderi-pader dan ketua-ketua agama lain yang tinggal

di Bukit Sinai umpamanya turut diberikan perlindungan khusus oleh Rasullulah daripada

sebarang ancaman musuh.

Dr Yusuf Qardawi dalam bukunya Ghayr al-Muslimeen fil Mujtama’ al-Islami turut

membahaskan hak-hak golongan minoriti bukan Islam yan wajib dipertahankan oleh

kerajaan Islam. Dalam bukunya, beliau menukilkan bagaimana di zaman Khalifah Umar al-

Khatab, rakyat di Ilya (Juruselem) yang terdiri daripada pelbagai agama termasuklah Islamm

Kristian dan Yahudi dikehendaki memeterai kontrak sosial yang menjamin kebebasan dan

hak mereka sebagai warganegara.

Ini termasuklah hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa penindasan dan

penganiyaan. Malah penegasan turut dibuat bagi menghalang sebarang unsur-unsur

paksaan terhadap penganut agama lain termasuklah yang bersangkutan dengan harta

mahupun agama.

Khalid al-Walid pula dalam memeterai kontrak sosial bersama masyarakat ‘Anat yang terdiri

daripada penganut agama Kristian jelas menyebut: ” Penganut Kristian mesti dibenarkan

membunyikan loceng pada bila-bila masa sama ada siang mahupun malam kecuali ketika

waktu umat Islam menunaikan solat. Mereka juga mesti dibenarkan mempamerkan salib

pada hari-hari perayaan.“

Begitulah betapa hebatnya prinsip keadilan dan kebebasan yang menjadi bukti perakuan

Islam terhadap pembentukan kontrak sosial di kalangan masyarakat berbilang kaum dan

agama. Semuanya bagi menjamin keharmonian dan kestabilan yang berkekalan khususnya

dalam realiti masyarakat plural dalam sesebuah negara.

Oleh itu, dalam mencari formula terbaik untuk merangka pelan tindak memperkasakan

persefahaman dan perpaduan kaum di Malaysia kini, semua pihak khususnya generasi

muda negara ini harus kembali menelusuri sejarah serta menjunjung prinsip dan nilai luhur

yang terkandung di dalam ajaran Islam. [Asyraf Wajdi Dusuki, 2006]

Hanya dengan memahami sejarah dan menjiwai prinsip Islam sejati generasi muda akan

lebih menghargai kontrak sosial dan sensiviti kaum yang menjadi teras pembentukan

masyarakat Malaysia yang aman, makmur dan bahagia.

Apa Itu Kontrak Sosial

Page 13: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

Oleh Hassan Karim

Idea tentang kontrak sosial (social contract) telah dikemukakan oleh Plato, seorang ahli falsafah Greek lebih 2500 tahun yang lalu dalam tulisannya Republic. Ramai ahli falsafah terkemudiannya menerangkan konsep kontrak sosial ini, antaranya ialah Hugo Grotius, Kant, Rousseau dan Hobbes. Ahli-ahli falsafah ini bersetuju tentang wujudnya kontrak sosial antara pemerintah dengan rakyat. Idea kontrak sosial itu diasaskan atas premis bahawa kuasa terletak pada rakyat jelata.

Dalam masyarakat Melayu purba pernah dikisahkan tentang perjanjian semacam kontrak sosial sifatnya antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba, mengenai sama ada raja itu boleh ditentang atau tidak. Kontrak sosial itu menegaskan perlunya rakyat patuh kepada raja kalau raja ituadil. Tetapi dalam sejarah tamadun Melayu kemudiannya berlaku peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dalam kerajaan Melayu Johor lama yang berpusat di Kota Tinggi. Dalam tragedi di mana isteri Laksamana yang sedang mengandung dibunuh oleh Sultan hanya kerana memakan seulas nangkamilik Sultan telah mencetuskan penentangan terbuka Laksamana terhadap Sultan. Kata-kata yang keluar dari mulut Laksamana ketika dia mencabar  Sultan Mahmud itu ialah:

“Raja adil raja disembah;Raja zalim, raja disanggah,”

Dialog Laksamana itu berupa satu kontrak sosial antara raja dengan rakyat. Perkataan disembah itu membawa erti dipatuhi atau dituruti; manakala disanggah bererti ditentang atau dilawan. Dalam kejadian itu Laksamana menuntut membela kematian isterinya ditangan Sultan yang zalim itu dengan membunuh Sultan Mahmud yang ketika itu sedang dijulang. Ini cerita benar dan Sultan Mahmud yang mangkat ketika dijulang atau diusung itu dikebumikan di Kota Tinggi [ di Kampung Makam, berdekatan jalan ke Desaru]

Terdahulu dari peristiwa itu telah berlaku peristiwa penderhakaan Hang Jebat terhadap Sultan Melaka. Hang Jebat telah menentang Sultan Melaka secara terbuka kerana Sultan telah menjatuhi hukuman bunuh secara tidak adil terhadap Hang Tuah, sahabat Hang Jebat. Peristiwa penentangan Hang Jebat itu merupakan cabaran terbuka kontrak sosial antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba. Seperti Laksamana di Kota Tinggi, Hang Jebat juga berpendirian raja yang zalim tidak wajar dipatuhi, sebaliknya perlu ditentang. Tetapi karekter Hang Tuah menggambarkan watak yang mahumempertahankan status quo bahawa “pantang Melayu menderhaka terhadap rajanya”.

Hang Tuah ingin mengekalkan kontrak sosial yang bersifat sepihak iaitu raja perlu dipatuhi. Rakyat tidak boleh menentang. Pendirian ini semacam ada persamaan dengan definisi kontrak sosial yang dikemukakan oleh seorang ahli falsafah Inggeris bernama Hobbes (1588-1679) iaitu rakyat perlu mengikut perintah raja secara mutlak dan kontrak itu tidak boleh dirungkai sampai bila-bila.

Dalam masyarakat Malaysia moden hari ini wujud juga kontrak sosial  antara pemerintah satu pihak dan rakyat di pihak yang lain. Dalam sistem demokrasi yang wujud pilihanraya, setiap lima tahun pemerintah perlu menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat. Untuk berkuasa semula, pemerintah perlu mendapatkan mandat baru daripada rakyat melalui proses pengundian sulit; satu orang, satu undi. Kerajaan yang dilihat tidak adil, rasuah, zalim, menyeleweng dan sebagainya akan ditolak oleh rakyat melalui proses undi. Syaratnya sistem pilihanraya itu dijalankan secara adil tanpa penyelewengan dan penipuan seperti wujudnya “Pengundi Hantu”.

Pilihanraya kecil di Lunas baru-baru ini satu contoh di mana BN yang merupakan parti yang

Page 14: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

sedang memerintah tewas dalam pilihanraya itu. Walaupun BN menggunakan wang kerajaan untuk membeli undi rakyat di Lunas melalui projek segera mengetar jalanraya dan sebagainya, tetapi rakyat  tetap menolak. Walaupun BN disokong oleh jentera-jentera kerajaan seperti Pejabat Penerangan, Kemas, BTN, dan media massa milik kerajaan (RTM) serta televisyen swasta serta akhbar-akhbar harian, BN tewas juga akhirnya. Melalui keputusan pilihanraya Lunas itu bermakna rakyat di Lunas telah membatalkan kontrak sosialnya dengan BN. Penentangan rakyat di Lunas itu dalam bentuk demokratik tidak seperti Hang Jebat di Melaka atau Laksamana Bentan di Kota Tinggi.

Tetapi penentangan terbuka terhadap pemerintah masih berterusan dalam masyarakat Melayu moden dan masyarakat Malaysia waktu kini. Kebangkitan gerakan reformasi terutama reformasi jalanan yang dimanifestasikan dengan demonstrasi dan perhimpunan awam besar-besaran adalah satu fenomena bahawa rakyat sekarang sedang mencabar kontrak sosial antara kerajaan yang berkuasa sekarang dengan rakyat jelata. Slogan-slogan seperti “menegakkan keadilan”; “memperjuangkan kebebasan”; “lawan tetap lawan”; serta “undur Mahathir undur” adalah tanda jelas bahawa kesahan atau legitimasi kerajaan yang berkuasa sekarang telah terhakis di hati rakyat kerana berlaku ketidakadilan dan kezaliman yang nyata.

Dari kezaliman dengan perobohan rumah-rumah setinggan dan peneroka bandar miskin; penindasan para pekerja bawahan terutama pekerja-pekerja kilang dan estet; penahanan tanpa bicara di bawah ISA; skandal penyelwengan dalam syarikat dan dalam pentadbiran kerajaan; gejala nepotisme dan kronisme sehinggalah kepada kes Anwar Ibrahim, telah menyebabkan sebahagian besar rakyat menolak kerajaan yang ada sekarang kerana dianggap tidak adil, zalim dan rasuah. Ini bermakna rakyat mahu  kontrak sosial antara BN dengan rakyat jelata tidak dipakai lagi kerana BN, parti yang memerintah itu tidak lagi bersikap adil, bersih dan amanah.

Dalam Manifesto Bersama Barisan Alternatif yang bertajuk “Ke Arah Malaysia yang Adil” ada disebutkan idea kontrak sosial. Pada muka surat 26 manifesto itu, disebut:

“Keghairahan Kerajaan BN memajukan projek ‘mega’ dan menswastakan kemudahan-kemudahan sosial telah mengenepikan kepentingan dan keperluan rakyat jelata. Maka, perlu dijalin satu ‘kontrak sosial’ baru antara pemerintah dan rakyat- yang akan mengutamakan keperluan dan kepentinganrakyat pada masa depan,”.

Tetapi dalam beberapa minggu ini di Malaysia, rangkap kata kontrak sosial telah muncul kembali iaitu berkaitan dengan kontroversi rayuan pilihanraya Suqiu. Penentang-penentang rayuan Suqiu itu menggunakan hujah bahawa rayuan 17 perkara itu telah melanggar kontrak sosial. Kontrak sosial yang mereka maksudkan ialah persefahaman dan perjanjian tak bertulis antara masyarakat Melayu dengan masyarakat bukan Melayu pada awal pembentukan negara ini ketika mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957. Sebahagian daripada kontrak sosial itu dikatakan telah dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang bertulis yang tidak boleh dipinda tanpa majoriti dua pertiga di Parlimen. Manakala sebahagian lagi kontrak sosial itu wujud dalam bentuk tidakbertulis, semacam konvensyen dalam tradisi British yang tidak mempunyai perlembagaan bertulisnya.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 (Islam ialah agama Persekutuan); Perkara 32 (Yang di-Pertuan Agong Ketua Utama Negara bagi Persekutuan); Perkara 152 (bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan); dan Perkara 153 (Perizapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dsb untukorang Melayu dan bumiputera bagi mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak) adalah

Page 15: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

dianggap oleh sesetengah pihak sebagai sebahagian daripadakontrak sosial antara orang-orang Melayu dengan orang-orang bukanMelayu.

Mereka yang menentang Suqiu berhujah bahawa rayuan Suqiu telah mencabarPerkara 153 apabila mengesyorkan supaya dihapuskan sistem kuota yangberasaskan “kaum” dan menggantikannya dengan sistem pengagihan yangberasaskan “kebolehan”. Hujah mereka ialah peruntukan Perkara 153 itumerupakan kedudukan istimewa Melayu. Apabila ia mahu dihapuskan berertiSuqiu mahu menghapuskan kedudukan istimewa Melayu itu.

Amat membimbangkan lagi menakutkan apabila membaca komen-komen yangtersiar di akhbar sepanjang kontroversi terhadap rayuan Suqiu itu.Hujah-hujah rasional berdasarkan legalistik atau perundangan tidak lagidiambil kira. Ia dianggap tidak penting dan tidak relevan. Sebaliknyaretorik politik dengan sentimen kaum mengambil tempat di atas pentas.Misalnya banyak pihak yang menentang Suqiu berhujah Perkara 153 itusebagai hak istimewa Melayu. Tetapi jika dihalusi, istilah undang-undangyang dipakai dalam Perlembagaan itu bukan “hak istimewa Melayu” tetapi“kedudukan istimewa Melayu”. Dalam keadaan normal, tenang dan warastentu dapat dilihat perbezaan yang besar antara “hak” dengan“kedudukan”. Lebih-lebih lagi satu kegemaran ahli-ahli undang-undangialah “membelah rambut” iaitu setiap perkataan di dalam statut atau bukuundang-undang, lebih-lebih lagi Perlembagaan akan didefinasikan dengantepat dan jelas. “hak” tentu lebih kuat berbanding “kedudukan”.

Tetapi itu semua tidak relevan apabila masing-masing dengan hati panasberhujah dan berpolemik mempertahankan apa yang dipanggil kontrak sosialantara Melayu dan bukan Melayu. Jika telah reda, ada eloknyamasing-masing melihat kembali Perkara 153 dalam Perlembagaan. Antaranya“kedudukan istimewa orang-orang Melayu” di bawah Perkara 153 itumengenai jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, bantuan danlain-lain keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya, permitatau lesen hendaklah diberi kepada orang-orang Melayu dan bumiputera diSabah dan Sarawak pada suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yangdi-Pertuan Agong [atas nasihat Kabinet atau Perdana Menteri]. Inibermakna perizaban kuota di bawah Perkara 153 itu bukan bersifateksklusif hanya untuk orang Melayu. Ia perlu dilaksanakan pada kadaryang patut. Patut itu bersifat subjektif dan banyak bergantung padabudibiacara yang boleh membawa kepada kesewenangan. Apabila ini berlakumaka wujudlah ketidakadilan dan bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaanyang menyebut semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang danberhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Tetapi apabila Suqiu dan penyokong-penyokongnya cuba berhujah secarailmiah untuk mempertahankan pendiriannya bersandarkan hujah-hujahperundangan dan peruntukan Perlembagaan, pendirian mereka akan dicabardengan hujah bahawa peruntukan dalam Perlembagaan hanya merupakansebahagian sahaja daripada kontrak sosial. Manakala sebahagian lagi apayang dipanggil kontrak sosial itu wujud tidak bertulis, semacamkonvensyen dalam tradisi Perlembagaan British. Tetapi apakah kontraksosial yang tidak bertulis itu? Mungkin ini yang hendak dicatatkansecara bertulis dalam tuntutan100 perkara GPMS. Satu kemungkinan.

Jadi GPMS memikul tanggungjawab moral untuk menjelaskan janjinya kepada

Page 16: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

umum untuk mengemukakan tuntutan 100 perkara itu. Mungkin antaranyaterdapat kontrak sosial yang tidak bertulis selama ini untuk disebutkansecara bertulis, dan mungkin dilembagakan di dalam undang-undangterutama Perlembagaan. GPMS berhak mengemukakan syor atau tuntutannyatetapi ia mestilah bersedia mempertahankannya dengan hujah-hujah,termasuk alasan-alasan perundangan dan bukti-bukti sejarah. SepertiSuqiu, GPMS juga tidak boleh memaksakan tuntutan-tuntutannya diterimasepenuhnya begitu sahaja. Terima atau tidak tuntutan-tuntutan itu bukanhak mutlak pemerintah yang sedang berkuasa. Kerana menurut kontraksosial seperti yang disebut oleh ahli falsafah Kant dan Rousseau, kuasadalam sesuatu negara sebenarnya terletak di tangan rakyat.

19hb Disember 2000Rukun Negara : Sejauh Mana Kita Mengamalkannya ? ENTRI OLEH SULTANMUZAFFAR TUESDAY, JANUARY 26, 2010 BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ; memelihara satu cara hidup demokratik ; mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati

bersama secara adil dan saksama ; menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan

berbagai corak ; dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi

moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 17: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

Rukun Negara tidak seharusnya ditinggalkan usang dalam lipatan buku sekolah lama...

Bagi setiap rakyat Malaysia, pastinya pernah melafazkan Rukun Negara sewaktu berada di sekolah satu ketika dahulu dan bagi mereka yang masih bersekolah, pastinya rutin itu masih diteruskan sehingga sekarang. Doktrin itu telah pun disemai sejak alam persekolahan lagi, namun sejauh mana doktrin itu telah meresap dalam tubuh kita dan mengalir bersama darah dalam tubuh kita ?

Mungkin hanya sekadar lafaz tetapi tidak memahami isi yang selalu kita baca sejak dulu lagi. Di manakah silapnya ? Adakah kita mengetahui akan sejarah mengapa Rukun Negara diwujudkan ? Saya sendiri tidak tahu tetapi setelah melakukan beberapa kajian di internet, barulah saya faham. Persoalannya, adakah kita mahu belajar dari sejarah untuk melangkah ke hadapan ?

Prinsip Rukun Negara dihasilkan setelah melihat pepecahan yang berlaku angkara tragedi 13 Mei 1969. Tragedi hitam itu turut melanda beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Kita harus melihat sejarah walau sepahit mana pun sejarah itu sebagai penawar untuk langkah-langkah kita yang akan datang.

Oleh itu dengan terhasilnya Rukun Negara yang lahir hasil pemikiran Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak selepas tragedi itu bertujuan untuk menyatukan semua kaum di bawah satu ideologi kenegaraan yang sama dan bersepadu. Rukun Negara harus menjadi panduan kepada setiap rakyat negara ini dan perlu diteruskan bagi melahirkan rakyat yang berkualiti dan bersatu dalam satu kesepaduan.

Page 18: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

Kesedaran rakyat berbilang kaum tentang hidup dalam suasana harmoni perlu ditekankan agar setiap rakyat tidak bertindak mengikut prinsip tertentu atas dasar politik, agama mahu pun bangsa. Kehidupan tidak harmoni yang telah diterapkan kesan penjajahan British dan Jepun telah memberikan kesan yang cukup mendalam pada negara kecil ini. Dasar pecah dan perintah telah merosakkan usaha untuk mengharmonikan rakyat Malaysia. Justeru, rakyat perlu kembali disedarkan bahawa wujudnya nilai-nilai yang menyeluruh kea rah perpaduan dan persefahaman kaum.

Maka Rukun Negara digariskan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dalam melahirkan rakyat yang hidup aman dan damai walaupun berbeza bangsa dan agama. Masyarakat yang demokratik yang meletakkan kuasa di tangan rakyat dalam menentukan kerajaan menerusi pilihanraya yang bebas. Masyarakat yang adil dalam pengagihan kekayaan dan kemakmuran negara. Masyarakat yang progesif dalam mewujudkan warganegara yang berbudaya ilmu demi mewujudkan rakyat yang cukup pengetahuan untuk membangunkan negara. Masyarakat yang liberal yang diberikan kebebasan mengamalkan budaya kaum serta memelihara budaya kebangsaan.

Demi mengikat dan membina perasaan dan semangat cintakan negara di kalangan rakyat, Rukun Negara diisytiharkan secara rasminya oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970. Usaha itu diteruskan untuk kekal sebagai panduan kepada rakyat di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung.

Saya cuba untuk melihat kembali 5 prinsip dalam Rukun Negara sebelum melihat situasi negara yang berlaku kini atau mungkin mengimbas kembali sejarah-sejarah yang pernah berlaku di negara ini apabila prinsip tersebut tidak dihayati.

Saya mengambil contoh blog adukataruna yang kini sedang hangat diperkatakan ramai. Perbuatan blogger tersebut yang menghina Almarhum Sultan Johor jelas melanggar lima prinsip Rukun Negara yang mana saya pasti blogger tersebut di zaman persekolahannya pernah melafazkan lima prinsip tersebut.

Kepercayaan kepada Tuhan : Harus kita percaya, kurangnya atau ketiadaan kepercayaan pada agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, bangsa dan juga negara. Kerendahan peribadi tanpa asas kepercayaan agama yang kukuh antara menyebab berlakunya kes sedemikian. Tetapi malangnya, kes sedemikian masih lagi berlaku di negara ini.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara : Melihatkan kenyataan yang dilontarkan oleh blogger tersebut ternyata prinsip kedua ini tidak diendahkan. Bagi seorang rakyat, mereka harus menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada SPB Yang Di Pertuan Agong dan Sultan yang memerintah.

Keluhuran Perlembagaan : Nampaknya blogger tersebut sebagai seorang rakyat Malaysia gagal untuk menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran serta kemuliaan Perlembagaan Negara sebagai asas dan sumber perundangan yang tertinggi.

Kedaulatan Undang-Undang : Kita perlu sedar, tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat di negara ini tidak akan aman dan stabil. Undang-undang akan menjamin kehidupan anggota

Page 19: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

masyarakat untuk berasa selamat di negaranya sendiri. Apa yang telah dilakukan oleh blogger tersebut jelas melanggar undang-undang.

Kesopanan dan Kesusilaan : Di mana letaknya personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat apabila sanggup menghina seorang Sultan ? Asas ini amat penting dalam membentuk seorang warganegara yang bersopan santun dan bersusila baik sesama manusia walau tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama.

Menilai kembali lima asas Rukun Negara, apakah kita sebagai rakyat Malaysia telah dan masih mengamalkan apa yang telah digariskan?

Read more: http://sultanmuzaffar.blogspot.com/2010/01/rukun-negara-sejauh-mana-

kita.html#ixzz10XSQ5hr1

Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

kONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA. SATU PENILAIAN DARI

SUDUT SEJARAH.

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang memperlihatkan perkembngan politik

yang diwarnai oleh politik komunal. Ia merupakan sebahagian daripada warisan penjajah

yang telah meninggalkan impak yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat kita. Dasar

kolonialisasi oleh kuasa- kuasa barattelah membawa kepada kewujudan masyarakat

Pluralisme malah mencorak dan mempengaruhi perkembangan sejarah tanah air kita. Dapat

dilihat sebagai satu bentuk hubungan yang yang bersifat dominasi dan eksplotasi krn

kolonialisme bukan sekadar melibatkan penguasaan ekonomi dan politik malah turut

cenderung menguasai minda penduduk.

Penggubalan Perlambagaan ersekutuan Tanah Melayu 1957, telah mengambil kira pelbagai

aspek. Perkara yang penting ialah toleransi dan tolak ansur antara penduduk berbilang kaum

telah berjaya membentuk satu pakatan murni dan menerima satu kontrak sosial dalam

dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Kontrak sosial terdiri darpd dua elemen,

pertama, penerimaan orang melayu terhadap sebilangan besar penduduk bukan melayu

sebagai rakyat 'jus soli' bagi negara yang baru merdeka. Kedua, penerimaan penduduk

bukan melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan kaum melayu. Aspek

penting yang dimaksudkan di sini ialah kepentingan dan hak istimewa orang melayu,

kedaulatan sultan melayu, kedudukan agama islam, dan bahasa malaysia sebagai bahasa

kebangsaan.

Page 20: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

Kontrak sosial merupakan persoalan yang sering dibahaskan oleh ahli- ahli politik mahupun

gol. akademik. persoalan yg timbul sejauhmanakah ia masih releven dn kepentingan

perjanjian tersebut dalam usaha pembentukan sebuah negara bangsa di Malaysia. Idea

Kontrak sosial bermula di Eropah pada abad 17 dan 18 dan dipelopori oleh tokoh- tokoh

seperti Jacque Rosseau, John Locke, dan Thomas Hobbes. Pada dasarnya, ia merujuk

kepada persetujuan bersama di kalangan rakyat sesebuah negara berkaitan dengan hak dan

tanggungjawab mereka.

Menurut John Locke ( 1632- 1704)dalam karyannya An Essay Concerning the True Original,

Extent and End of Civil Government dalam SOSIAL CONTRACT. Beliau menjelaskan

bahawa wujudnya tiga pihak dalam proses kontrak sosial ini iaitu, orang yang mencipta

kepercayaan ( The Trustor), orang yang diberi kepercayaan (The trustee), dan mereka yang

beroleh manfaat daripada pemberian kepercayaan tersebut (The Beneficiary).

manakala istilah Kontrak sosial mula mewarnai politik negara pada tahun 1986 dan ia

digunakan buat kali pertama oleh ahli parlimen UMNO, Abdullah Ahmad menegaskan

bahawa kemerdekaan neara serta kesinambungan politik Malaysia adalah berdasarkan

kepada sistem politik yang didominasi oleh orang melayu. Kedudukan orang melayu dalam

politik Malaysia perlu dipelihara dan sebarang usaha untuk mengahapuskannya bakal

menggugat kestabilan negara.

Kontrak Sosial telah diperkenalkan dengan konsep dominasi melayu atau ketuanan melayu.

Ia dilihat sebagai kesinambungan kuasa politik orang melayu dan turut memberi jaminan

terhadap kedudukan serta keistimewaan orang melayu di Malaysia. malah Kontrak sosial

dilihat semakin 'rigid' dibawah dominasi UMNO yang sering menajdikan isu tersebut sebagai

modal untuk kepentingan politik masing- masing.

Ini jelas, apabila isu kontrak sosial mahupun ketuanan melayu sering menjadi tumpuan

dalam setiap Perjimpunan Agong UMNO dimna para perwakilan mengambil kesempatan

untuk menonjolkan diri dengan mamanipulasi isu kontrak sosial mahupun hak- hak orang

melayu. Misalnya dalam Perhimpunan UMNO pada 2006, Perwakilan dari Melaka Hasnoor

Sidang Hussin dengan lantang menegaskan bahawa UMNO sanggup berkorban dan

bermandi darah untuk pertahankan bengsa dan agama mereka. Manakala, Perwakilan dari

Terennganu pula memberi amaran bahawa hak orang melayu tidak harus dipertikaikan dan

jika ia berlaku orang melayu bakal mengamuk dan peristiwa 13 Mei 1969 bakal berulang.

Konsep Ketuanan melayu yang dianggap sebagai pelindung orang Melayu dan dikaitkan

dengan hak raja- raja melayu sebagai pemerintah negara sering menimbulkan perasaan

kurang senang kaum lain. Ia seolah- olah meletakkan kaum lain di satu kelas yang lebih

rendah daripada orang melayu. Ini jelas bercanggah dengan perlembagaan negara yang

Page 21: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

menekankan persamaan hak bagi semua warganegara tanpa adanya diskriminasi terhadap

mana- mana bangsa mahupun agama. Malah konsep Ketuanan melayu dilihgatr sebagai

satu elemen yang berunsur negatif dan melemahkan orang melayu dan boleh dikatakan

sebagai bersifat perkauman. Menurut Datuk aid IBRAHIM, BEKAS MENTERI DI JABATAN

PM.'ia mencerminkan orang melayu hanya mahu menjadi tuan tanpa mahu berusaha dan

bertanggungjawab kepada diri sendiri. Ini jelas, memebri satu gambaran negatif kepada

orang melayu yang dianggap hanya mahu hak- hak tertentu dan penghormatan serta

pengiktirafan tetapi tidak mahu berusaha. Pada masa yang sama mereka tidak mahu

membuktikan kemampuan diri sendiri serta mengelak daripada persaingan secara global.

Isu kontrak sosial makin menjadi panas selepas pilihan raya umum ke- 12 pada 8 mac 2008.

Ia menyaksikan kehadiran lebih ramai ahli Pe=arlimen bukan melayu yang dipelopori oleh

PKR dan PAP. Pelbagai polemik dan kontroversi yang tercetus dalam membicarakan

kontrak sosial yang jelas menggambarkan ketidakmatangan politik negara yang masih

diselubungi oleh politik perkauman. selain itu, turut disaksikan apabila ada segelintir

pemimpin yang sengaja menegeluarkan kenyataan yang berbau perkauman yang tindakan

tersebut dilihat mencurah minyak ke atas api yang marak. Dalam usaha untuk mengawal

situasi yang semakin genting ini, kerajaan telah bertindak dengan menggunakan Akta

Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan aktivis- aktivis mahupun wartawan yang

terlibat dalam forum mahupun penghasilan artikel yang dikatakan menyentuk sentimen

perkauman.

Tindakan sesetengah phak yang mempertikaikan kontrak sosial mendapat perhatian serius

MAJLIS Raja- RAJA Melayu yang meminta semua pihak menghormati Perlembagaan

Negara serta tidak menguji mahupun mencabare kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh

pemimpin terdahulu.

kONTRAK sosial merupakan satu persetujuan bersama di kalangan pemimpin- pemimpin

berbilang kaum dalam menentukan hala tuju negara kita ketika era kemerdekaan. Ia dilihat

sebagai satu pakatan murni yang melibatkan toleransi antara kaum. Nmaun begitu, kontrak

sosial sering dimanipulasikan oleh ahli- ahli politik demi kelangsungan politik masing-

masing. Tindakan ini boleh mengakibatkan pemasalahn yang lebih kompleks dan sering

mengakibatkan ketegangan antara kaum.

Lantaran itu, kontrak sosial terus diselubungi pelbagai kontroversi akibat daripada corak

politik perkauman yang terlalu sempit. Ia sering menajdi percaturan politik oleh sesetengah

ahli politik yang ingin menonjolkan diri sebagai jaguh untuk kaum tertentu. Tindakan yang

menghalang untuk diadakan sebarang perbincangan tentang isu- isu yang dianggap sensitif

Page 22: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

tidak mampu menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menjadikannya lebih rumit.

Sebaliknya perbincangan secara terbuka yang dilakukan secara terkawal dan penuh

diplomasi dan profesional mampu untuk menyelesaikan pelbgai pemasalahan yang telah

merenngangkan hubungan antara kaum.

28 okt 2009

Rujukan.

Berita Harian, 5 November. 2008

The Star, 31 August. 1986

Malaysiakini, 22 Novenber. 2006

Utusan Malaysia 17 Oktober 2008

New Sunday Times, 23 Disember 2007

PRINSIP ASAS UNTUK RAKYAT MALAYSIA KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Oleh : Brig. Jen Dato’ Paduka Dahari Hj. Hussin

 Pada 6hb Jun yang lalu rakyat negara ini telah sama-sama menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung, sebagaimana kebiasaan, Istiadat Perarakan Panji-panji Diraja merupakan salah satu acara utama yang dipertontonkan dan disaksikan oleh setiap lapisan masyarakat negara ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kepentingan atau nilai Panji-panji Diraja ini. Pada zaman dahulu kala, panji-panji atau colours digunakan untuk membezakan warisan kekeluargaan, suku kaum, bangsa dan dalam konteks ketenteraan sebagai titik berkumpul (rallying point) di medan pertempuran.  Apabila senjata api diperkenalkan panji-panji tidak lagi dibawa bersama ketika satu-satu pasukan bertempur. Pengunaan terakhir panji-panji dibawa ke medan pertempuran adalah pada bulan Januari

1881 apabila ianya dibawa oleh Rejimen Northamptonshire ke Liangs Nek di Afrika Selatan.

Panji-panji Diraja melambangkan ketaatsetiaan Kor/Rejimen kepada negara dan bangsa. Dalam erti kata yang lain, ianya dianugerahkan sebagai tanda pengiktirafan perjuangan dan penghormatan segenap lapisan warga anggota tentera dalam memastikan kedaulatan dan keamanan negara sentiasa terjamin, selain daripada menjadi lambang kestiaan kepa Raja dan negara. Kesetiaan kepa Raja dan negara adalah prinsip-prinsip yang terdapat dalam Rukun Negara kita. Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung sebagai Ketua Negara serta Raja-raja Melayu yang lain adalah merupakan lambing perpaduan rakyat. Prinsip ini juga bermaksud, bahawa setiap warga negara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung serta kerajaan yang memerintah. Sesungguhnya institusi raja adalah sebahagian daripada budaya warisan bangsa Melayu dan warga Malaysia. TANPA PERPADUAN NEGARA TERANCAM Kita merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu perpaduan negara adalah merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam

SPB YDPA SULTAN MIZAN

Page 23: Memahami Kontrak Sosial Dan Kedudukannya Menurut an

bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlaku huru-hara rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya. Perpaduan merupakan perkara yang ditikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran agar mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang stabil. Keharmonian masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Persoalan selanjutnya adalah apakah peranan kita untuk merealisasikan cita-cita ini? Jawapannya adalah mudah, kedaulatan negara perlulah dipertahankan dengan sebaik-baiknya supaya anak-anak kita serta generasi akan datang dapat mengecapi kebebasan seperti yang kita miliki sekarang.

Kemerdekaan adalah satu perkara yang amat bermakna kepada kita sebagai perajurit yang mempertahankan kedaulatan tanah air dan amalan demokrasi berperlembagaan. Kita harus menghayati dan mencontohi keberanian dan kecekalan mereka yang terdahulu daripada kita dalam mempertahankan kedaulatan tanah air. Sifat kepahlawanan yang ditunjukkan oleh para perjuang tanah air telah memberi kebebasan kepada kita untuk mencorakkan bumi Malaysia yang tercinta ini. Kini tiba masanya untuk kita, warga masa kini pula, menyambung perjuangan mereka dalam mengekalkan kemerdekaan negara ini. Inilah sumpah keramat setiap warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khasnya.

Sebagai anggota pasukan keselamatan, selain daripada berbangga kerana dapat menetap di negara bertuah yang dipanggil Malaysia, kita adalah di antara golongan yang dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan kemerdekaan negara. Kita perlu terus menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara, bersesuaian dengan ikrar Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, bersatu padu dan sedia berkorban.

Semangat kekitaan dan tidak kenal menyerah perlulah sentiasa dipupuk demi menjamin kemerdekaan negara. Setiap dari kita perlu beriltizam untuk membentuk keperibadian serta akhlak yang baik serta mengamalkan budaya kerja yang berkualiti. Ini amatlah perlu untuk mengekalkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan TD mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta. Sejarah telah membuktikan bahawa kedua-dua ini amat penting dalam mengekalkan keamanan negara.

Oleh yang demikan, disiplin, kepimpinan, profesionalisme, latihan dan semangat kesetiakawanan perlu dipertingkatkan dikalangan kita bagi bagi membolehkan TD menjadi satu pasukan yang efisyen dan berkesan. Sememangnya perjuangan mempertahankan kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah.

Harapan untuk melihat negara ini terus aman damai memerlukan penggembelengan seluruh warga ATM dan rakyat negara ini untuk mengekalkannya di mana kaedah ‘Tentera Bersama Rakyat’ amatlah perlu untuk mempertahankan negara. Pertahanan negara adalah tanggungjawab semua dan mempertahankan kedaulatannya memerlukan komitmen daripada semua pihak sama.

Marilah kita sebagai anggota tentera dan rakyat, sama-sama memikul tanggungjawab diamanahkan iaitu sebagai teras utama kedaulatan negara.