pentadbiran kontrak

49
1 Seksyen Pembangunan Dasar Perolehan Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Malaysia PENTADBIRAN KONTRAK KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Upload: iszwan-shah

Post on 16-Dec-2014

577 views

Category:

Government & Nonprofit


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pentadbiran Kontrak

1

Seksyen Pembangunan Dasar PerolehanBahagian Perolehan Kerajaan

Kementerian Kewangan Malaysia

PENTADBIRAN KONTRAK

KEMENTERIAN KEWANGANMALAYSIA

Page 2: Pentadbiran Kontrak

2

1. Surat Niat (jika perlu) (SPP 5/2007) (apakah ciri-ciri SN)

(Bolehkah SN dibatalkan?)

2. Surat Setuju Terima (tidak perlu rujuk) (apakah ciri-ciri SST) (Bolehkah SST dibatalkan, apakah implikasinya ?) (Siapa boleh tt SST?)

Pernahkah anda membaca/melihat contoh SN/SST – contoh dlm. SPP 5/2007?

3. Dokumen Kontrak (disertakan bersama dokumen tender/sebut harga)

(a) Dokumen kontrak hendaklahmengandungi perkara-

perkara berikut:

i. Syarat-syarat am kontrak; dan

ii. Syarat-syarat khas yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak jika berkaitan.

PENTADBIRAN KONTRAK

Page 3: Pentadbiran Kontrak

3

b) Kontrak hendaklah ditandatangani olehpegawai yang diberi kuasa oleh Menteriyang berkenaan selaras dengan peruntukanAkta Kontrak Kerajaan 1949 (Disemak 1973).(Siapakah boleh t.t. kontrak?)

c) Dalam tempoh sebulan selepas kontrakditandatangani, satu salinan kontrakhendaklah diedarkan kepada pihak:

i. Ketua Audit Negara/Wakil KetuaAudit Negara di peringkatNegeri;

ii. Akauntan/Bendahari Negeri.

Page 4: Pentadbiran Kontrak

4

d) Setiap kontrak hendaklah menjaga kepentingan dan dasar-dasar Kerajaan. Format perjanjian

yang telah disemak dan diluluskan oleh Peguamcara atau Penasihat Undang-undang hendaklah digunakan (draf hendaklah disertakan dalam dokumen tender).

e) Agensi Kerajaan hendaklah sentiasa mengawasi

prestasi kontrak. Tindakan sewajarnya hendaklah

diambil jika kontraktor gagal memenuhi obligasi

di bawah kontrak (dari awal).

Page 5: Pentadbiran Kontrak

5

Klausa-klausa berikut hendaklahdiberikan perhatian:-

i. Bon pelaksanaan;

ii. Waranti/kualiti barangan;

iii. Jadual penghantaran/ tempoh siap;

iv. Tempoh tanggungan kecacatan;

v. Bayaran pendahuluan;

vi. Bayaran kemajuan;

(Pernahkah anda membaca kontrak?)

Page 6: Pentadbiran Kontrak

6

vii. Arahan Perubahan Kerja(V.O) (untuk kontrak kerja sahaja);

viii. Perlanjutan/perubahankontrak;

ix. Syarat perubahan harga;

x. Ganti rugi kelewatan (LAD);

xi. Set-off;

xii. Penamatan kontrak; dan

xiii. Klausa-klausa lain.

(Klausa Pendaftaran dengan PKK/Kementerian

Kewangan sepanjang tempoh kontrak)

Page 7: Pentadbiran Kontrak

7

4. BON PELAKSANAAN

a) Bon Pelaksanaan ialah deposit dalambentuk:-

i. Jaminan Bank

ii. Jaminan Insurans

iii. Jaminan Syarikat Kewangan

iv. Jaminan Bank Islam

v. Jaminan Takaful

Page 8: Pentadbiran Kontrak

8

vi. Jaminan Bank Pembangunan Malaysia Berhad;

vii. Wang Jaminan Pelaksanaan (untuk kontrak kerja sahaja).

(PENGESAHAN BON PELAKSANAAN)

(Apakah bentuk-bentuk BP yang boleh diterima untuk B/P/K)

(Bolehkah Bekalan/Perkhidmatan/Kerja dimulakan sebelum BP dikemukakan?)

(Bolehkah tempoh untuk mengemukakan BP dibenarkan)

(Bolehkah BP dalam bentuk wang tunai/cek, draf bank diterima?

Page 9: Pentadbiran Kontrak

9

b) Kadar bon pelaksanaan bagi kontrakbekalan/perkhidmatan: AP 176 (baru)

i) 2.5% daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak yang bernilai RM200,000 hingga RM500,000;

ii) 5% daripada jumlah harga kontrak bagi

kontrak yang bernilai melebihi RM500,000;

dan

Page 10: Pentadbiran Kontrak

10

iii) Bagi kontrak bermasa yang berkuatkuasa bagi tempoh dua tahun atau lebih, peratusan perkiraan bon pelaksanaan hendaklah dikira mengikut nilai kontrak

satu (1) tahun sahaja.

(KONTRAK DI BAWAH RM200 RIBU TIDAK LAGI DIKENAKAN BON PELAKSANAAN)

(kontrak dua tahun, anggaran nilai setahun RM150,000, adakah dikenakan bon pelaksanaan?)

(Apakah kadar BP untuk B/P)

(Bagi kontrak yang dilanjutkan BP juga perlu dilanjutkan)

Page 11: Pentadbiran Kontrak

11

PENGIRAAN KADAR BON PELAKSANAAN

CONTOH 1 (Bekalan/Perkhidmatan)

(i) Tempoh Kontrak : 3 tahun(ii) Nilai Kontrak : RM 4.5 juta (iii) Kadar Bon : 5%

(berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM1.5 juta) (iv) Jumlah (RM1.5 juta X 5%) = RM75,000.00

CONTOH 2 (Bekalan/Perkhidmatan)

(i) Nilai Kontrak : RM 800,000.00 (ii) Tempoh Kontrak : 2 tahun(iii) Kadar Bon : 2.5%

(berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM400,000.00)(iv) Jumlah (RM400,000.00 X 2.5%) = RM10,000.00

(bukan RM800,000 X 5%=RM40,000 atau RM400,000 X 5% =RM20,000)

Page 12: Pentadbiran Kontrak

12

PENGIRAAN KADAR BON PELAKSANAAN

CONTOH 3 (Bekalan/Perkhidmatan)

(i) Tempoh Kontrak : 3 tahun(ii) Nilai Kontrak : RM 300,000 (iii) Kadar Bon : 2.5%

(berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM100,000) (iv) Jumlah (RM100,000 X 2. 5%) = RM2,500.00

(Masih dikenakan bon kerana kontrak asal melebihi RM200,000)

Page 13: Pentadbiran Kontrak

13

C) Kadar Bon Pelaksanaan bagi kontrak kerja:

- 5% daripada nilai keseluruhan kontrak(AP 200.2)- baru

CONTOH (KERJA)

(i) Tempoh Kontrak/Siap : 3 tahun/36bulan

(ii) Nilai Kontrak : RM 15 juta (iii)Kadar Bon : 5%(iv)Jumlah (RM15 juta X 5%) = RM750,000.00

Page 14: Pentadbiran Kontrak

14

5. Tempoh Sah Laku Bon Pelaksanaan

a) Kontrak Kerja

Dua belas (12) bulan selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan.

b) Kontrak Bekalan

Dua belas (12) bulan selepas penghantaran terakhir atau

tarikhtamat kontrak yang mana

terkemudian.

Page 15: Pentadbiran Kontrak

15

c) Kontrak Perkhidmatan

Dua belas (12) bulan selepas tamat kontrak.

(Berapa lamakah tempoh sah laku BP?)

Sebarang tuntutan daripada BP perlu dibuat dalam tempoh sah laku

(Bagi kontrak yang dilanjutkan BP juga perlu dilanjutkan)

Page 16: Pentadbiran Kontrak

16

PELEPASAN BON PELAKSANAAN

Kontrak Bekalan/Perkhidmatan

-setelah obligasi kontrak selesai-keluarkan surat pelepasan (letter of discharge)-barang guna habis boleh lepaskan lebih awal

Kontrak Kerja-50% selepas Sijil Perakuan Siap dikeluarkan-permohonan secara bertulis -minta bon baru-selepas terima baru lepas yang asal-baki dilepaskan selepas 12 bulan kemudian

(Bilakah BP boleh dilepaskan)

Page 17: Pentadbiran Kontrak

17

6. WANG TAHANAN

a) Wang tahanan dikenakan bagi kontrak kerja antarabangsa sahaja.

b) Sekiranya kontrak kerja antarabangsa ditawarkan kepada kontraktor tempatan, wang tahanan tidak perlu dikenakan.

c) Kadar yang dikenakan adalah 10% daripada nilai kerja tertakluk kepada had maksimum lima peratus (5%) daripada jumlah harga kontrak.

d) Nilai wang tahanan bagi kerja-kerja sub-kontraktor yang dinamakan hendaklah mengikut nilai dan

had yang ditetapkan dalam kontrak utama.

Page 18: Pentadbiran Kontrak

18

7. DENDA

Jika kontraktor gagal memenuhi obligasi kontrak, denda hendaklah dituntut dari kontraktor. Jika kontraktor gagal

membayarnya,denda hendaklah dituntut dari bayarankemajuan atau sebarang baki bayaran

yang kontraktor berhak menerima. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan tuntutan hendaklah dibuat daripada bon pelaksanaan.

(Bolehkah denda dikurang/dikecualikan?)

(Siapa boleh mengurangkan/mengecualikan denda?)

Page 19: Pentadbiran Kontrak

19

8. TOLAKAN (SET-OFF)

a) Jika denda dan bayaran-bayaran lain

yang dikenakan itu melebihi nilai bon

pelaksanaan dan kontraktor gagal membayarnya, denda boleh

juga ditolak daripada apa-apa bayaran yang kontraktor berhak menerima daripada kontrak kontrak lain dengan Kerajaan.

b) Tuntutan sivil dan tindakan selanjutnya

hendaklah diambil jika semua tindakan di atas tidak berhasil.

Page 20: Pentadbiran Kontrak

20

c) Klausa mengenai denda dan cara Kerajaan

boleh memperolehinya hendaklah di-masukkan dalam kontrak.

d) Agensi Kerajaan hendaklah memaklumkan

kepada Perbendaharaan/PKK/CIDB mengenai apa-apa denda yang dituntut dan diterima daripada pembekal/kontraktor.

Page 21: Pentadbiran Kontrak

21

9. TANGGUNGAN KECACATAN

a) Kerja

Kontraktor hendaklah memperbaiki apa- apa kecacatan ke atas kerja yang telah disiapkan. Jika kontraktor tidak berbuat demikian, perbelanjaan yang dikenakan untuk

memperbaiki apa-apa kecacatan hendaklah dituntut daripada bon pelaksanaan.

Page 22: Pentadbiran Kontrak

22

Tempoh tersebut dikira selepas penyiapan

praktikal (practical completion). Tempoh tanggungan kecacatan hendaklah ditentukan berdasarkan kepada nilai-nilai berikut:

i. Bagi kontrak kerja yang bernilaiRM20,000 hingga RM 500,000

tempoh tanggungan kecacatan

ialah enam (6) bulan dari tarikhkerja diperakukan siap; (AP200.5

baru)

Page 23: Pentadbiran Kontrak

23

ii. Bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi

RM 500,000 tempoh tanggungan kecacatan hendaklah

sekurang- kurangnya dua belas (12) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap.

(AP 200.5(ii)-baru)

iii. Bagi kontrak kerja antarabangsa tempoh

tanggungan kecacatan adalah sekurang-kurangnya 12 bulan

dari tarikh kerja diperakukan siap.

Apakah tempoh-tempoh kecatatan bagi kontrak kerja?

Page 24: Pentadbiran Kontrak

24

iv) Bagi kerja-kerja yang dilaksanakan oleh sub-kontraktor yang dinamakan tempoh tanggungankecacatan adalah mengikut tempoh yang di-tetapkan dalam kontrak utama.

v) Bagi kerja-kerja yang rumit, Jabatan hendaklah menetapkan tempoh tanggungan kecacatan tidak kurang daripada tempoh minimum yang ditetapkan di atas.

(Apakah tempoh untuk tanggungan kecatatan bagi sub kontraktor yang dinamakan?)

Page 25: Pentadbiran Kontrak

25

b) Bekalan dan Perkhidmatan

Kontraktor hendaklah memperbaiki apa-apakerosakan atau mengganti barang yang

dibekalkan.Jika kontraktor tidak berbuat demikian, perbelanjaan untuk memperbaiki apa-apa

kerosakan hendaklah dituntut daripada bon pelaksanaan.

Jika kontraktor gagal mengganti barang yang ditolak penerimaannya, kos barang hendaklah dituntut daripada bon pelaksanaan. Jangka masa tempoh tanggungan kecacatan/waranti adalah bergantung kepada jenis, kerumitan barang dan tempoh waranti pembuat.

Page 26: Pentadbiran Kontrak

26

10. BAYARAN PENDAHULUAN

Kerja

a) Dibenarkan bagi kerja yang dipelawa secaratempatan sahaja.

b) Jumlah pembayaran sehingga 25% daripada nilai

kerja pembina (builder’s works) sahaja atau maksimum RM10 juta mengikut mana yang

lebih rendah bagi kontraktor utama.

c) Jumlah pembayaran sehingga 20% daripada nilai

pakej kerja atau maksimum RM5 juta mengikut mana yang lebih rendah bagi Nominated Sub Contractor (NSC).

Page 27: Pentadbiran Kontrak

27

d) Sebelum bayaran pendahuluan boleh dibayar:

i. Surat setuju terima telah ditandatangani

dan dikembalikan;

ii. Bon pelaksanaan telah dikemukakan;

dan

iii. Polisi-polisi insurans seperti yang di-tetapkan dalam syarat-syarat

kontraktelah dikemukakan.

Page 28: Pentadbiran Kontrak

28

e) Kontraktor dikehendaki mengemukakanJaminan Bank/Insurans/Syarikat Kewangan/ Bank Islam/Takaful yang sama nilainya dengan dengan jumlah pendahuluan. (berlainan daripada BP)

f) Agensi hendaklah mendapatkan bayaran balik pendahuluan melalui potongan bayaran kemajuan. Tempoh pembayaran balik tidak boleh melebihi keseluruhan tempoh kontrak.

(Sudahkah pendahuluan dikutip balik?)

(Apakah kadar Bayaran Pendahuluan (BP) dan syarat-syarat untuk BP?)

Page 29: Pentadbiran Kontrak

29

Bekalan dan Perkhidmatan

a) Dibayar kepada kontraktor bekalan, perkhidmatan dan kontraktor bertaraf pembuat oleh Kementerian Kewangan dan membekalkan barangan secara kontrak kuantiti sahaja.

b) Jumlah pembayaran sehingga 25% daripada

nilai keseluruhan kontrak atau maksimum RM10 juta mengikut mana yang lebih rendah bagi pembuat dan pembekal tempatan.

c) Jumlah pembayaran sehingga 15% daripada nilai kontrak atau maksimum RM5 juta mengikut mana yang lebih rendah bagi pembekal pekhidmatan tempatan.

Page 30: Pentadbiran Kontrak

30

d) Kontraktor dikehendaki mengemukakan satu jaminan bagi jumlah yang sama nilainya dengan bayaran pendahuluan. Jaminan tersebut dalam bentuk Jaminan Bank / Syarikat Kewangan / Insurans / Bank Islam / Takaful / Bank Pembangunan Malaysia Berhad.

e) Agensi hendaklah mendapatkan balik bayaran pendahuluan melalui potongan ke atas bayaran kemajuan mengikut peringkat kerja atau mengikut peringkat bekalan yang telah disempurnakan. Tempoh pembayaran balik ini tidak boleh melebihi keseluruhan tempoh kontrak.

(Apakah kadar BP dan syarat-syarat untuk BP – B/P/K)

Page 31: Pentadbiran Kontrak

31

Bayaran Kemajuan

a) Untuk kontrak kerja boleh dibuat tidak lebih dari tiga (3) kali dalam tempoh empat (4) bulan pertama selepas keluarnya surat setuju terima tawaran dan sebelum perjanjian

ditandatangani secara rasmi.

b) Bayaran kemajuan yang seterusnya akan hanya dibuat selepas perjanjian kontrak rasmi ditandatangani.

c) Bayaran kemajuan perlu dibayar dalam tempoh 14 hari.

Page 32: Pentadbiran Kontrak

32

11. ARAHAN PERUBAHAN KERJA(Untuk Kontrak Kerja)

Definasi Arahan Perubahan Kerja

Sesuatu perubahan kontrak kerja adalah sebarang penyimpangan daripada apa-

apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian kontrak berkaitan dengan pelan, spesifikasi dan/atau senarai kuantiti sama ada dipinda, ditambah atau dikurangkan.

Page 33: Pentadbiran Kontrak

33

Cara Pelaksanaan Arahan Perubahan Kerja

a) Kerja tambahan hendaklah seboleh-bolehnya dilaksanakan secara tender / sebut harga berasingan mengikut kehendak Arahan Perbendaharaan (AP) yang berkenaan dengannya. Pelaksanaan secara Arahan Perubahan Kerja hanya dibenarkan sekiranya pelaksanaan secara tender / sebut harga berasingan akan menjejaskan atau mengganggu kontrak yang sedang berjalan.

b) Sebelum mengeluarkan arahan perubahan kerja, pastikan peruntukan mencukupi untuk menampung perbelanjaan tambahan dan kelulusan telah diperolehi terlebihi dahulu mengikut AP.

Page 34: Pentadbiran Kontrak

34

Kriteria Arahan Perubahan Kerja

Setiap perubahan kerja dalam kontrak kerja hendaklahmemenuhi kriteria berikut:-

a) Tempoh kontrak masih berjalan semasa arahan

perubahan kerja dikeluarkan atau tempoh lain jika dibenarkan di bawah syarat-syarat kontrak;

b) Perubahan tidak menukar sebahagian besar skop

kerja asal;

c) Bagi kerja tambahan, pelaksanaannya hendaklah

ditapak bina kontrak sahaja; dan

d) Bagi kerja gantian, perubahan adalah di dalam skop kontrak asal dan kerja yang ditentukan dalam

kontrak asal.

Page 35: Pentadbiran Kontrak

35

Asas Perkiraan Nilai Arahan Perubahan Kerja dan Pihak Berkuasa Melulus

Asas perkiraan nilai arahan perubahankerja dan pihak berkuasa yang

boleh meluluskannya hendaklah mengikut Arahan Perbendaharaan yang berkenaan

(Rujuk SPP Bil. 7 Tahun 2007 dan AP 202 dan 203 baru).

(Apakah kriteria/syarat untuk APK?)

Page 36: Pentadbiran Kontrak

36

Perubahan Dan Perlanjutan Tempoh Kontrak Bagi Kontrak Bekalan dan Perkhidmatan(hanya terpakai apabila kontrak dicadang dilanjutkan)

a) Perubahan atau perlanjutan tempoh sesuatukontrak bekalan dan perkhidmatan

hendaklahdiluluskan oleh pihak berkuasa yang

meluluskantender asal dengan syarat berikut:-

i. Perubahan atau perlanjutan tempohkontrak tidak melibatkan perubahan

harga;

Page 37: Pentadbiran Kontrak

37

ii. Perlanjutan tempoh kontrak hanya diberisekali sahaja dan tempoh

maksimum adalah sehingga dua (2) tahun; dan

iii. Tambahan kuantiti atau nilai tidak melebihi

50% daripada kontrak asal tertakluk kepada maksimum RM7.5 juta dengan syarat jumlah tambahan ini dan nilai kontrak asal tidak melebihi RM25 juta.

(Apakah tindakan yang perlu diambil selepas kontrak dilanjutkan, lanjut BP, addendum kontrak?)

(AP 201 baru) (Kontrak yang diuruskan melalui Sebut Harga boleh dilanjutkan)(Apakah syarat-syarat pelanjutan kontrak tender/sebut harga?)

(Bolehkah kontrak yang sudah tamat dilanjutkan oleh agensi? – tidak boleh)

Page 38: Pentadbiran Kontrak

38

Perubahan Harga Yang Dibenarkan Dalam Kontrak Kerja

a) Kontraktor kerja, jika diperuntukkan dalamkontraknya, boleh membuat tuntutan

kenaikan harga bagi bahan-bahan binaan yang diluluskan oleh Perbendaharaan. Kadar kenaikan hendaklah

berasaskan siaran Jabatan Perangkaan Malaysia.

b) Bagi kontrak kerja yang berasaskan jadualharga, kontraktor tidak layak membuat

tuntutan kenaikan harga bahan binaan.

Page 39: Pentadbiran Kontrak

39

Perlanjutan Masa Bagi Kontrak Kerja (EOT)(rujuk surat edaran – 14/5/07)

Boleh dibenarkan berpandukan kepada syarat-syarat kontrak. Pertimbangan biasanya boleh diberi berasaskan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkanoleh pihak kontraktor iaitu:-

a) Force Majeure;

b) Kelewatan atau kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana perkara luar

jangka yang disebut dalam kontrak;

c) Arahan yang diberi oleh Pegawai Penguasa yang mengakibatkan penangguhan projek;

Page 40: Pentadbiran Kontrak

40

d) Kelewatan disebabkan oleh Pengawai Penguasa berpunca dari arahan, lukisan, penamaan subkontraktor / pembekal yang diperuntukkan dalam kontrak atau kelewatan yang disebabkan oleh Kerajaan dalam melaksanakan kerja kemahiran yang tidak menjadi sebahagian daripada kontrak;

e) Kelambatan memberi milik tapak bina mengikutkontrak;

f) Apa-apa tindakan yang berpunca dari penyatuanpekerja-pekerja setempat atau mogok atau tutuppintu; dan

g) Kontraktor tidak berupaya kerana sebab-sebab yang

tidak dapat dikawal dan diramal olehnya denganmunasabah.

Page 41: Pentadbiran Kontrak

41

Gantirugi Yang Ditentukan Dan Ditetapkan (Liquidated and Ascertained Damages) (LAD)a) Sekiranya berlaku kelewatan yang tidak

melayakkan kontraktor diberikan lanjutanmasa, maka sejumlah gantirugi tertentu hendaklah dikenakan seperti dinyatakan di dalam dokumen kontrak.

Pengecualikan bayaran LAD bagi tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan selepas tempoh kontrak kepada kontraktor Bumiputera tidak lagi dibenarkan (rujuk SAP bertarikh 18 Mac 2011) (terbaru)

(Bolehkah LAD dikurangkan/dikecualikan?)(Siapa boleh mengurangkan/mengecualikan LAD?)

Page 42: Pentadbiran Kontrak

42

Penamatan Kontrak

a) Agensi Kerajaan hendaklah memastikan klausa

mengenai hak Kerajaan untuk menamatkankontrak pada bila-bila masa apabila

kontraktorgagal memenuhi obligasi kontrak dimasukkanke dalam perjanjian dan dikuatkuasakan

apabilaperlu.

b) Sebelum menamatkan kontrak, peluang yang munasabah hendaklah diberikan kepada kontraktor. Ini termasuk memberi peringatan,

amaran yang cukup dan mengeluarkan surat tunjuk sebab. (maklum

PKK/CIDB/Perbendaharaan)(Apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil sebelum menamatkan kontrak?)

Page 43: Pentadbiran Kontrak

43

PEMILIKAN TAPAK/PERMULAAN KERJA

- tarikh milik tapak tidak melebihi 4 minggu dari tarikh SST

- Kontraktor mula kerja 2 minggu selepas milik tapak

- Kerajaan berhak menamatkan kontrak jika kerja tidak dimulakan

Page 44: Pentadbiran Kontrak

44

Isu-isu Pentadbiran Kontrak

1. Tidak mengadakan kontrak. 2. Kontrak lewat ditandatangani. 3. Tidak mentadbir atau menguatkuasakan kontrak

4. Tiada pemantauan dari awal lagi

5. Tindakan tidak diambil atas kelewatan membekal/gagalbekal

6. Projek lewat siap (SPP Bil. 8 Tahun 2009)                

Page 45: Pentadbiran Kontrak

45

Isu-isu Pentadbiran Kontrak

7. Tiada atau kurang ujian kualiti. 8. Tindakan memberi amaran tidak dibuat. 9. Tindakan denda/LAD tidak atau lewat diambil

10.Pegawai tidak tahu syarat dan terma

11.Tiada pegawai dilantik memantau kontrak

12.Kontrak lewat dibaharui/dilanjutkan 

Garis Panduan Mengenai Peranan Dan Tanggunjawab Pegawai

Penguasa Projek  (SPP Bil.6 Tahun 2011 bertarikh 8 Julai 2011)        

Page 46: Pentadbiran Kontrak

46

PENTADBIRAN KONTRAK YANG BERKESAN

Dapatkan salinan kontrak (proaktif)

Baca kontrak dan ketahui obligasi kontraktor dan hak Kerajaan

Dapatkan maklum balas daripada pengguna

Adakan perbincangan/perjumpaan untuk menjayakan kontrak

Adakan checkist pemantauan kontrak

Page 47: Pentadbiran Kontrak

47

PENTADBIRAN KONTRAK YANG BERKESAN

Kuatkuasakan kontrak dari awal lagi

Lantik pegawai tertentu untuk mentadbir kontrak

Minta laporan berkala mengenai semua kontrak

Selenggara Daftar Kontrak

Page 48: Pentadbiran Kontrak

48

PENTADBIRAN KONTRAK YANG BERKESAN

Ambil tindakan atas kontraktor yang subkontrak

Salinan surat peringatan/amaran kepada Kem Kewangan/PKK

PENERIMAAN KAUNTITI, KUALITI DAN SPESIFIKASI YANG BETUL

Page 49: Pentadbiran Kontrak

49