8 laporan (rakyat malaysia perlu memahami kontrak sosial)

21
8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL) http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 1/21 LAPORAN 15 RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL . BAGAIMANA KONTRAK SOSIAL DAPAT MENJAMIN KEHARMONIAN DAN PERPADUAN ETNIK DI MALAYSIA 1.0 DEFINISI KONTRAK SOSIAL Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya(Mohamad Syafiqe Bin Abdul Rahim 22 Mac, 2008). Kontrak pada dasarnya bermaksud individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya bagi memerintah diri sendiri kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Kontrak sosial merupakan salah satu inisiatif yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam menjaga keharmonian dan keamanan sesebuah negara. Selain itu, kontrak sosialini juga merupakan satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara dua pihak atau lebih dan kontrak tersebut dibuat dalam bentuk lisan atau bertulis. Sehubungan dengan itu, kontrak sosial dapat dinyatakan sebagai persetujuan yang telah dicapai sebelum zaman kemerdekaan dalam kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri dar ipada kaum Melayu, Cina dan India. Setiap kaum tersebut mewakili parti politik masing-masing antaranya adalah UMNO, MCA dan MIC. Kontrak sosial ini juga merupakan persetujuan yang telah dilakukan bukan sahaja daripada kalangan pemimpin -pemimpin atau kumpulan elit tertentu tetapi merupakan persetujuan yang telah dicapai dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Permuafakatan ini telah mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya 1955 dim ana berdasarkan keputusan tersebut terbukti bahawa kepercayaan telah diberikan oleh majoriti rakyat Melayu dan bukan Melayu kepada parti perikatan. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial ini

Upload: noor-najihah-dzafaruddin

Post on 08-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 1/21

LAPORAN

15

RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL .

BAGAIMANA KONTRAK SOSIAL DAPAT MENJAMIN KEHARMONIAN DAN

PERPADUAN ETNIK DI MALAYSIA

1.0 DEFINISI KONTRAK SOSIAL

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah

seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia

mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap

individu itu bersetuju kepadanya(Mohamad Syafiqe Bin Abdul Rahim 22

Mac, 2008). Kontrak pada dasarnya bermaksud individu-individu yang

bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya bagi memerintah diri sendiri

kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.

Kontrak sosial merupakan salah satu inisiatif yang telah diambil

oleh pihak kerajaan dalam menjaga keharmonian dan keamanan

sesebuah negara. Selain itu, kontrak sosialini juga merupakan satu

bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau

tujuan antara dua pihak atau lebih dan kontrak tersebut dibuat dalam

bentuk lisan atau bertulis. Sehubungan dengan itu, kontrak sosial dapat

dinyatakan sebagai persetujuan yang telah dicapai sebelum zaman

kemerdekaan dalam kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri dar ipadakaum Melayu, Cina dan India. Setiap kaum tersebut mewakili parti politik

masing-masing antaranya adalah UMNO, MCA dan MIC.

Kontrak sosial ini juga merupakan persetujuan yang telah

dilakukan bukan sahaja daripada kalangan pemimpin -pemimpin atau

kumpulan elit tertentu tetapi merupakan persetujuan yang telah dicapai

dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Permuafakatan

ini telah mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui

kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya 1955 dimana

berdasarkan keputusan tersebut terbukti bahawa kepercayaan telah

diberikan oleh majoriti rakyat Melayu dan bukan Melayu kepada parti

perikatan. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang

dipertandingkan manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Oleh itu,

rakyat Malaysia perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial ini

Page 2: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 2/21

LAPORAN

16

merupakan salah satu wadah perpaduan kaum yang dicapai melalui

konsep muafakat dan musyawarah.

2.0 ISI KANDUNGAN KONTRAK SOSIAL

2.1 Orang Melayu Menerima Dan Mengiktiraf Orang Cina Dan

India Sebagai Warganegara

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan

sosial untuk negara. Oleh sebab itu, isi kandungan yang terdapat

di dalam kontrak sosial ini merupakan salah satu platform yang

telah digunakan oleh kerajaan dalam mengekalkan keamanan

negara. Isi kandungan pertama yang terdapat di dalam kontrak

sosial ini adalah orang Melayu menerima dan mengiktiraf orang

Cina dan India sebagai warganegara sepertimana yang

terkandung di dalam prinsip jus soli.

Penerimaan orang Cina dan orang India sebagai

warganegara ini telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu

di Malaysia mempunyai semangat akomodatif yang tinggi iaitu rela

berkongsi kuasa dan sedia berkorban demi keamanan negara.

Masyarakat Melayu telah melonggarkan syarat kerakyatan bagi

kaum bukan Melayu dan ini akan memudahkan mereka untuk

mendapatkan hak kewarganegaraan.

Berdasarkan prinsip yang terdapat di dalam jus soli, syarat

kerakyatan bagi orang bukan Melayu yang lahir sebelum merdeka

dilonggarkan. Justeru itu, daripada jumlah bilangan orang bukan

Melayu yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran,

lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu telah mendapat hak

kerakyatan tersebut (Dipetik daripada Mohd Suffian Hashim, 1987: Mengenal PerlembagaanMalaysia, Kuala Lumpur, Dewan

Bahasa dan Pustaka). Daripada jumlah tersebut, dapat kita

simpulkan bahawa hak kewarganegaraan yang telah diberikan

kepada kaum bukan Melayu ini merupakan salah satu cara untuk

menjamin keharmonian dan perpaduan etnik di Malaysia.

Page 3: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 3/21

LAPORAN

17

Sekiranya kaum bukan Melayu diberi peluang untuk

mendapat hak kewarganegaraan, maka akan wujud sebuah

negara demokrasi dimana segala keputusan akan dicapai hasil

daripada persetujuan semua kaum di Malaysia. Kaum bukan

Melayu juga akan mendapat hak mereka bagi menyuarakan

pendapat dan menentukan hala tuju negara kita serta berpeluang

untuk menduduki tampuk kepimpinan negara.

Oleh sebab itu, organisasi pemerintahan negara pada hari

ini bukan sahaja diterajui oleh kaum Melayusemata-mata tetapi

turut dianggotai oleh kaum Cina dan India seperti Datuk Seri Liow

Tiong Lai yang memegang jawatan sebagai Menteri Kes ihatan

Malaysia.

2.2 Orang Cina Dan India Mengiktiraf Bahasa Melayu Sebagai

Bahasa Persekutuan

Kontrak sosial sememangnya mampu menjamin keharmonian dan

perpaduan etnik di Malaysia. Keharmonian tersebut dapat dilihat

melalui isi kandungan kotrak sosial itu sendiri iaitu orang Cina dan

India mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.

Hal ini telah termaktub melalui Perlembagaan perkara 152 yangmemperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

dimana bahasa ini telah digunakan dalam urusan rasmi negara

seperti persuratan, pentadbiran dan perundangan.

Walaubagaimanapun persefahaman dan permuafakatan

yang terjalin antara semua kaum ini dalam menjadikan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak menjejaskan

penggunaan bahasa ibunda kaum lain . Hal ini telah termaktub

dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut:

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah

dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang -undang 

oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa- 

Page 4: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 4/21

LAPORAN

18

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang 

daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi),

atau daripada mengajarkan atau belajar, apa -apa

bahasa lain; dan 

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh

menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak 

mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan

meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana -

mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Salah satu contoh yang boleh dilihat adalah melalui Akta

Pendidikan 1996, yang telah menyatakan bahawa Bahasa

Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama di semua sekolah

kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan atau sekolah-sekolah lain

yang diberi pengecualian (Seksyen 17 ). Oleh itu, dalam sistem

pendidikan negara pada hari ini, Sekolah Rendah Jenis

Kebangsaan Cina SRJK (C) dan Tamil SRJK (T) boleh

menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar 

di sekolah. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah

menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta sahaja.

Disamping itu, pada bulan April 2005 pula, kerajaan telah

menawarkan mata pelajaran Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil

sebagai mata pelajaran elektif di sekolah aliran kebangsaan.

Penawaran mata pelajaran ini diharapkan dapat memberi peluang

kepada para pelajar daripada etnik lain untuk mempe lajari bahasa

Mandarin dan Tamil sebagai bahasa kedua. Pendedahan kepada

kedua-dua bahasa bertujuan sebagai pemangkin kepada proses

interaksi dan integrasi antara kaum sekaligus dapat menjadi nilai

tambah kepada pencapaian akademik para pelajar.

Sehubungan dengan itu, berdasarkan hipotesis utama yang

boleh dibuat disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukan

pelbagai kaum. Perpaduan yang terjalin sekaligus dapat

Page 5: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 5/21

LAPORAN

19

mengekalkan keharmonian negara yang telah dikecapi oleh rakyat

Malaysia hampir 54 tahun ini.

2.3 Orang Cina Dan India Mengiktiraf Agama Islam Sebagai

Agama Persekutuan

Isi kandungan kontrak sosial yang seterusnya adalah orang Cina

dan India mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan

dimana mereka mengakui hak-hak keutamaan yang diberikan

kepada individu yang beragama Islam. Kedudukan agama Islam

sebagai agama rasmi telah termaktub di dalam perkara 3 (1) iaitu

³Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama -

agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana -

mana bahagian Persekutuan´.

Penetapan agama Islam sebagai agama rasmi ini

ditetapkan setelah terdapat pelbagai kaum berbilang bangsa di

Tanah Melayu. Wujudnya pelbagai agama ini adalah disebabkan

oleh kehadiran imigran Cina dan India ke Tanah Malayu semasa

penjajahan British dan secara tidak langsung membawa sekali

agama Hindu, Buddha, dan Kristian (Mohd Salleh Abas, 1985).

Walaupun agama Islam ini merupakan agama rasmi,

namun agama-agama lain juga mendapat hak keistimewaan

dimana Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan dimana

agama-agama lain yang terdapat di Tanah Melayu boleh

diamalkan dengan aman di mana -mana bahagian persekutuan.

Kebebasan beragama ini diberikan kepada semua agama di

Malaysia adalah bertujuan untuk menjaga keamanan dan

keharmonian kaum sekaligus memberikan hak kepada setiap

individu untuk memilih dan mengamalkan agama yang mereka

anuti.

Perkara 3 tersebut telah menetapkan bahawa setiap agama

mempunyai hak untuk menguruskan hal ehwal agama mereka

sendiri. Misalnya, penganut agama Hindu boleh mengadakan apa -

Page 6: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 6/21

LAPORAN

20 

apa jenis perayaan berdasarkan kepercayaan mereka selagi

perayaan tersebut tidak melanggar etika dan undang-undang

negara. Hal ini boleh dilihat melalui perayaan Thaipussam yang

diraikan pada bulan 'Thai' iaitu bulan kesepuluh dalam kalendar 

Tamil. Hari Thaipusam ini merupakan perayaan yang disambut

oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi

menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali

sebagai Dewa Subramaniam (Wikipedia).

Kebebasan beragama ini memberi peluang kepada semua

warganegara Malaysia untuk membuat pilihan yang terbaik dalam

kehidupan mereka. Selain itu, setiap agama dibenarkan untuk

menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-

maksud agama atau khairat. Penubuhan institusi-institusi ini

bermaksud, setiap agama di Malaysiaboleh menubuhkan

organisasi-organisasi bagi menjaga kebajikan setiap penganutnya.

Organisasi tersebut merupakan salah satu cara untuk memastikan

kepentingan serta pelaksanaan agama mereka dapat dijalankan

dengan berkesan.

Agama-agama lain juga memperoleh hak untuk memiliki

harta benda serta memegang dan mentadbirka n harta tersebut

mengikut undang-undang. Ini bermaksud, bukan individu

beragama Islam sahaja yang dibenarkan untuk memiliki harta

benda tetapi penganut agama Hindu, Buddha, Kristian dan lain -

lain juga mempunyai hak yang sama. Kebebasan beragama yang

diberikan kepada warganegara Malaysia bertujuan untuk

memastikan bahawa kepentingan kaum-kaum lain terjamin kerana

seperti yang kita tahu negara kita merupakan sebuah negara

demokrasi dan setiap warganegaranya mempunyai hak dalam

memilih yang terbaik di dalam kehidupan mereka.

Tambahan pula, kebebasan beragama ini juga dapat

menjaga keharmonian dan keamanan negara kita kerana tidak

akan wujud unsur ketidakpuasan hati bagi penganut -penganut

Page 7: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 7/21

LAPORAN

21

agama lain. Hal ini demikian kerana, mereka juga mendapat

kepentingan sepertimana individu yang memeluk agama Islam

tetapi keistimewaan yang diberikan adalah dalam bentuk yang

berbeza. Justeru itu, kontrak sosial ini merupakan salah satu

inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan untuk menyuburkan

semangat perpaduan dalam kalangan etnik-etnik di Malaysia.

2.4 Orang Cina Dan India Mengiktiraf Kedaulatan Raja-raja

Melayu

Melalui isi kandungan kontrak sosial ini, pengiktirafan kedaulatan

raja-raja Melayu oleh kaum Cina dan India telah membuktikan

bahawa permuafakatan yang terjalin berupaya mengekalkan

keamanan dan perpaduan negara. Dalam hal ini, kaum Cina dan

India bersetuju bahawa Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri

Melayu serta Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada

kalangan Raja-Raja Melayu) hendaklah terdiri daripada orang

Melayu dan beragama Islam. Perkara ini sebenarnya telah

memperlihatkan sikap tolak ansur kaum bukan Melayu yang akur 

kepada keistimewaan yang telah diberikan kepada orang Melayu.

Kedaulatan pemerintahan raja-raja Melayu ini turuttermaktub dalam Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan yang

menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang,

menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi

Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Sehubungan

dengan itu, setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai

kemerdekaan, institusi beraja diteruskan dengan beberapa

pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi

berparlimen dan kemerdekaan. Sebenarnya, raja-raja Melayumenggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia yang menekankan

kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti

negara.

Page 8: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 8/21

LAPORAN

22 

Hasil penerimaan sistem Raja BerPerlembagaan, raja-raja

perlu bertindak mengikut lunas-lunas Perlembagaan yang telah

ditetapkan. Misalnya, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa

memerintah Persekutuan tetapi dikehendaki mengikut nasihat

jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah

menteri. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan

Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu unsur daripada

tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen.

Justeru itu, dapatlah diperlihatkan bahawa permuafakatan yang

terjalin antara masyarakat Malaysia dalam mengekalkan institusi

beraja ternyata dapat melicinkan lagi pentadbiran negara

seterusnya menjamin keharmonian dan perpaduan rakyat

Malaysia pada hari ini. Tanpa adanya sistem pemerintahan

berkonsepkan Raja BerPerlembagaan ini, sudah tentu negara kita

akan menjadi kucar- kacir kerana rakyatnya yang telah berpecah

belah.

2.5 Orang Cina Dan India Mengiktiraf Hak Keistimewaan Orang

Melayu

Isi kandungan seterusnya yang terdapat di dalam kontrak sosial

adalah dimana orang Cina dan India mengiktiraf hak keistimewaan

orang Melayu sepertimana yang telah dinyatakan di dalam

Perlembagaan Perkara 153. Namun begitu, terdapat juga

beberapa perkara yang perlu ada di dalam seseorang individu itu

sebelum mereka diiktiraf sebagai orang Melayu antaranya adalah

seseorang Melayu itu hendaklah menganuti agama Islam, secara

lazim bercakap Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu

(Perkara 160 ). Sekiranya seseorang individu itu dapat memenuhi

ketiga-tiga perkara di atas, maka secara tidak langsung individu

tersebut diiktiraf sebagai orang Melayu dan boleh mendapat hak

keistimewaan tersebut. Dalam konteks yang sama, keistimewaan

yang diberikan kepada orang Melayu juga dapat dilihat daripada

Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang -undang

Perlembagaan kepada undang-undang sedia ada yang melindungi

Page 9: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 9/21

LAPORAN

23 

tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang

bukan Melayu.

Secara umumnya, dapat kita lihat terdapat unsur 

ketidaksamaan antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu.

Peruntukan khas yang telah disediakan oleh pihak kerajaan ini

seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan

Perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan. Namun,

peruntukan tersebutmerupakan satu pertimbangan bagi

menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang

lain khususnya kaumCina samada dalam bidang ekonomi,

pendidikan dan agihan kekayaan. Antara kaum yang masih lemah

dan ketinggalan ini adalah kaum Melayu. Rata-rata orang Melayu

terdiri daripada golongan pesawah padi, penoreh getah dan

nelayan berada dalam kemiskinan (64.8 %) berbanding bukan

Melayu (26 %) pada tahun 1970 (Banci Penduduk, Jabatan

Perangkaan 1979).

Seperti yang dapat kita lihat di dalam arus kemodenan hari

ini, taraf ekonomi kaum Cina sudah jauh kehadapan. Menurut

Shamsul Amri Baharuddin dalam bukunya Modul Hubungan Etnik

2011, masih terdapat jurang pendapatan antara kaum Melayu dan

bukan Melayu. Sebagai contoh, RM 1 pendapatan bagi orang

Melayu berbanding RM 2.3 bagi orang Cina dan RM 1.8 bagi

orang India pada tahun 1920. Oleh itu,salah satunya

keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu ini adalah

untuk menjamin hak dan kepentingan kaum Melayu itu sendiri.

Namun, keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu

ini tidak mutlak kerana terdapat perkara-perkara yang masih bolehdipertimbangkan bagi menjaga kepentingan kaum lain yang

merangkumi aspek agama, bahasa, pendidikan dan sebagainya.

Hak-hak keistimewaan orang Melayu ini masih dikawal oleh

beberapa peruntukan dalam Perlembagaan. Kawalan ini dilakukan

adalah bertujuan untuk memastikan negara kita Malaysia masih

Page 10: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 10/21

LAPORAN

24 

dapat mengekalkan keamanan tanpa perselisihan faham antara

kaum-kaum yang ada. Kelonggaran ini juga merupakan salah satu

cara untuk mewujudkan perpaduan antara semua etnik di

Malaysia agar keharmonian dan perpaduan dapat dikekalkan.

2.6 Layanan Sama Rata Bagi Pekerja -Pekerja Persekutuan

Kontrak sosial juga boleh mengekalkan perpaduan negara

berdasarkan Perlembagaan dalam Perkara 136 iaitu yang

berkenaan dengan layanan sama rata bagi pekerja-pekerja

persekutuan. Dalam hal ini tertakluk kepada terma dan syarat

pekerjaan mereka, semua individu walau apa pun rasnya, dalam

gred yang sama dalam perkhidmatan persekutuan hendaklah

diberi layanan yang saksama. Memberi layanan dan keistimewaan

sama rata kepada semua kaum merupakan cara terbaik untuk

membangunkan negara ini.

Menurut Timbalan Menteri Sarawak , Datuk Patinggi Tan

Sri Dr George Chan ketika berucap pada majlis makan malam

sempena ulang tahun ke-120 Dewan Perdagangan dan

Perindustrian Cina Kuching (KCGCCI) berkata, manfaat layanan

sama rata ini harus dinikmati setiap kaum tanpa pengecualian

kerana keupayaan hidup bersama walaupun berbilang kaum

membawa kemakmuran kepada sesebuah negara. Layanan

sama rata ini boleh dilihat berdasarkan jawatan profesional yang

diiktiraf terbuka kepada semua kaum kerana dianggap tidak

mungkin terdapat cukup untuk bilangan orang Melayu untuk

mengisi jawatan-jawatan tersebut. Menerusi hal ini, masyarakat di

Malaysia dapatlah bersatu hati dalam memajukan negara

sekaligus dapat meningkatkan lagi perpaduan dan keharmonian

negara sepanjang zaman.

Page 11: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 11/21

LAPORAN

25

3.0 TUJUAN KONTRAK SOSIAL

3.1 Menyelesaikan Perbezaan Kepentingan Diri Atau Kelompok

Masing-Masing

Kerjasama yang lebih erat di antara Melayu dan bukan Melayu ini

sebenarnya telah lama terjalin apabila British mensyaratkan

kemerdekaan hanya akan diberikan sekiranya setiap kaum di

dalam negara ini bersatu padu dan bekerjasama. Melalui hal ini,

dapatlah digambarkan tujuan utama kontrak sosial ini adalah untuk

menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing

± masing. Orang Melayu khususnya mempunyai semangat

akomodatif, rela berkongsi kuasa dan sedia berkorban dalam

memberikan beberapa keistimewaan kepada kaum lain untuk

mengekalkan perpaduan negara. Hal ini telah ditegaskan oleh

Tunku Abdul Rahman iaitu´ ;

³  ... orang Melayu sedia memberikan hak-hak yang 

munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu.

Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang 

begitu banyak daripada hak-hak sebagai Bumiputera

Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa bukanMelayu.Belum ada satu bangsa anak negeri yang 

berbudi sebegitu banyak seperti yang diperbuat oleh

orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak 

keistimewaan orang Melayu dalam Perjanjian

Persekutuan , tetapi ini btidak sekali-kali mencegah dan

menyekat bangsa-bangsa bukan Melayu daripada

mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga

sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belummenghasilkan keadaan ang setaraf antara orang Melayu

dan bukan Melayu. ( Malaya Merdeka, dipetik dari 

Ramlah Adam , 1993 )

Page 12: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 12/21

LAPORAN

26

Secara umumnya, orang Melayu dan bukan Melayu sentiasa

bertolak ansur dalam menyatakan kata sepakat untuk

memakmurkan negara. Menurut Mohamed Suffian Hashim ( 1987 ),

perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam

PerlembagaanMalaysiasentiasa diimbagi dengan peruntukan lain

yang juga memberi hak kepada kaum bukan bumiputera. Sekiranya

hak keistimewaan ini hanya diberikan kepada orang Melayu tanpa

menitikberatkan kebajikan kaum lain, sudah pasti perpaduan yang

terbina selama 54 tahun ini akan tertanam begitu sahaja.

Salah satu keseimbangan yang boleh dilihat adalah melalui

penggunaan bahasa kebangsaan negara. W alaupun bahasa

Melayu ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan namun ianya dapat

diimbangi dengan peruntukan bahawa tidak ada seorang pun yang

boleh dilarang daripada menggunak an ( melainkan bagi maksud

rasmi ) atau mengajar atau mempelajari bahasa lain. Begitu juga

dengan perkara yang menetapkan kedudukan istimewa orang

Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak telah diimbangi

dengan peruntukan bahawa kerajaan tidak boleh melucut , menarik

balik atau menyebabkan hak kaum lain terhakis. Manakala perkara

yang telah termaktub dalam menjadikan agama Islam sebagaiagama rasmi telah diimbangi dengan peruntukan kebebasan bagi

rakyat bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama lain

dalam suasana aman dan harmoni.

3.2 Memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira

tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing -masing

Selain itu, kontrak sosial ini dapat memperkukuhkan lagi perpaduan

negara dengan memastikan kepentingan majoriti dan minoriti diambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing -masing.

Selaras dengan pembangunan dan kemajuan negara, sistem

pendidikan secara umumnya memainkan peranan yang penting

bagi melahirkan sebuah generasi yang cemerlang, gemilang dan

terbilang pada masa akan datang. Justeru itu, peluang pendidikan

Page 13: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 13/21

LAPORAN

27

ini mestilah diberikan kepada semua kaum. Sebagai contoh,

kewujudan Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM ) dan matrikulasi

bukan hanya dikhususkan kepada orang Melayu , tetapi turut

diberikan keistimewaan kepada orang bukan Melayu demi

merapatkan lagi hubungan antara etnik dan perpaduan dalam

kalangan pelajar.

Pada hari ini, kerajaan telah membenarkan mereka

memasuki MRSM dan matrikulasi dengan kuota 10 %. Selain itu,

kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang

dahulunya menggunakan sistem kuota telah ditukar kepada sistem

meritokrasi iaitu pemilihan pelajar berdasarkan presta si akademik

tanpa mengira golongan etnik. Dalam hal ini, walaupun kaum

Melayu mendapat hak keistimewaan dalam sistem pendidikan,

namun dengan adanya sikap akomodatif antara Melayu dan bukan

Melayumaka semua hak dan kepentingan etnik -etnik di Malaysia

dapatlah dipelihara. Konklusinya, melalui perpaduan yang terjalin

antara semua kaum ini secara tidak langsung dapat memupuk

semangat patriotisme dalam semua etnik demi membina sebuah

negara aman dan makmur.

3.3 Memastikan Setiap Pihak Yang Bersetuju Mematuhi Dan

Menyampaikan Kepada Generasi Seterusnya Agar Ia Tidak

Bercanggah Di Masa Depan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah sentiasa memupuk dan

membudayakan semangat perpaduan dan integrasi demi

kesinambungan perpaduan yang sedia wujud. Justeru itu,

permuafakatan atau persetujuan yang terjalin melalui kontrak sosial

ini boleh memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi danmenyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak

bercanggah pada masa hadapan. Dalam pembentukan

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu misalnya, Suruhanjaya

Reid telah meminta pandangan dan cadangan bukan sahaja

daripada parti-parti politik tetapi juga orang ramai termasuk

Page 14: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 14/21

LAPORAN

28

individu-individu dan Raja-raja Melayu. Malahan suruhanjaya ini

turut menerima sebanyak 131 memorandum bertulis dan

kerapbersidang dari bulan Jun hingga Oktober 1956. Inilah yang

dikatakan kontrak sosial dimana kaum Melayu dan bukan Melayu

bersetuju atas beberapa perkara yang memainkan peranan penting

kepada kelicinan pentadbiran bagi sesebuah negara.

Menurut pandangan Prof, Ahmad Ibrahim ( 1992 ), beliau

telah menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia

digubal hasil daripada persetujuan bersama yang telah dicapai

antara penduduk di Malaysia daripada kalangan Melayu, Cina dan

India. Perlembagaan ini bukan sahaja merupakan dokumen

perundangan bahkan juga kontrak sosial dan perjanjian

perdamaian antara semua kaum di Malaysia. Oleh itu, setiap kaum

mestilah memahami setiap persetujuan yang telah dipersetujui

khususnya dalam pembentukan Perlembagaan ini kerana tidak

terdapat mana-mana institusi yang boleh mengatasi Keluhuran

Perlembagaan Persekutuan.

Hal ini dapat diperkukuhkan lagi dengan pernyataan oleh

Mohamed Suffian Hashim ( 1987 ), iaitu ketiga-tiga badan kerajaan

( perundangan , kehakiman dan eksekutif ) mahupun Yang Di-

Pertuan Agong ( Ketua Negara ) juga tertakluk kepada

Perlembagaan Negara. Misalnya, Parlimen tidak boleh membuat

undang-undang bagi perkara-perkara yang berada diluar bidang

kuasanya. Kuasa kehakiman mahkamah tertakluk kepada

kehendak Perlembagaan.Berdasarkan Utusan Malaysia 17 Oktober 

2008, Majlis-Majlis Raja-Raja Melayu telah meminta semua pihak

menghormati Perlembagaan negara serta tidak menguji mahupun

mencabar kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin

terdahulu. Justeru itu, setiap kaum di Malaysia ini mestilah sentiasa

memahami pemuafakatan yang telah terjalin sejak sekian lama

supaya perpaduan dan keharmonian dapat dikekalkan demi

memajukan lagi negara Malaysia supaya dapat bergerak seiringan

dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Russia dan

Page 15: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 15/21

LAPORAN

29

Jepunseperti kata pujangga ³ duduk sama rendah , berdiri sama

tinggi´.

3.4 Memastikan Persetujuan Yang Dicapai Kekal Dan Diwarisi

Turun-Temurun Kerana Persetujuan Dianggap Memenuhi

Kepentingan Yang Berpanjangan

Bagi menjamin keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia,

kontrak sosial juga dapat memastikan persetujuan yang dicapai

kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap

memenuhi kepentingan yang berpanjangan. Sebagai contoh

Perlembagaan yang telah diwujudkan melalui kontrak sosial

mengandungi satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur 

serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu

hubungan antara satu autoriti dengan autor iti lain serta antara

autoriti dengan rakyat awam ( Nazaruddin Mohd. Jali et.al. 2001 ).

Dalam hal ini, Perlembagaan telah dijadikan sebagai satu

panduan kepada masyarakat di Malaysia bagi menjamin kestabilan

politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil.

Kepentingan semua kumpulan etnik juga dapat dipelihara sekaligus

dapat mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei berulang kembali.Justeru itu, melalui kontrak sosial ini, semua rakyat Malaysia

mestilah mengikuti pelan tindakan bersandarkan ke pada teras

yang telah dibina oleh arkitek perpaduan negara terdahulu iaitu

Rukun Negara dan PerlembagaanMalaysia dalam memupuk dan

memperkasakan lagi perpaduan antara semua kaum . Semangat

Rukun Negara dan Perlembagaan inilah yang telah dijadikan

sebagai penanda aras dalam dasar-dasar kerajaan ke arah

pembinaan masyarakat berbilang etnik dan budaya yang bersatupadu.

Dalam menjaga kepentingan yang berpanjangan ini,

kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi memupuk

perpaduan nasional kaum-kaum di Malaysia. Antaranya seperti

Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar 

Page 16: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 16/21

LAPORAN

30 

Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Dasar Ekonomi Baru

pada umumnya berfungsi sebagai serampang dua mata iaitu bagi

membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula

masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan

pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Justeru tu,

jelaslah bahawa kontrak sosial ini memainkan peranan penting

dalam menjamin keberlangsungan perpaduan dan keamanan

negara Malaysia.

4.0 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL

4.1 Mewujudkan Keadaan Politik Yang Stabil

Kontrak sosial merupakan salah satu langkah kerajaan dalam

menjamin kepentingan rakyatnya. Oleh itu, sudah pasti

pelaksanaan kontrak sosial ini mempunyai kepentingan yang

tersendiri antaranya adalah untuk mewujudkan keadaan politik

yang stabil. Keadaan politik yang stabil dapat dilaksanakan kerana

wujudnya pelbagai kaum serta parti-parti di Malaysia. Kerakyatan

yang diberikan kepada kaum bukan Melayu memberi mereka

peluang untuk menyokong parti-parti berdasarkan pilihan mereka

sendiri dan ini secara langsung akan mewuiudkan sebuah negarademokrasi dimana setiap masyarakat mempunyai hak untuk

menentukan hala tuju perjalanan sesebuah negara dan secara

tidak langsung akan menjaga kepentingan mereka sebagai rakyat

Malaysia.Justeru itu, tidak akan timbul isu ketidakadilan dalam

sistem pemerintahan negara.

Sehubungan dengan itu, jika keadaan politik negara kita

berada dalam keadaan stabil, secara tidak langsung keadaan

ekonomi negara juga turut akan meningkat dari masa ke masa.

Keadaan politik yang stabil dapat meningkatkan keyakinan

pelabur-pelabur asing untuk datang melabur di negara kita. Hal ini

kerana, pelaburan di negara-negara yang mempunyai keadaan

politik yang stabil akan memberikan keuntungan kepada individu

Page 17: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 17/21

LAPORAN

31

yang melabur dan sekaligus meningkatkan taraf ekonomi negara

kita.

4.2 Melanjutkan Kelangsungan Pentadbiran Yang Cekap

Dalam pada itu, kepentingan kontrak sosial ini juga adalah untuk

melanjutkan kelangsungan pentadbiran yang cekap. Apabila

kontrak sosial ini dilaksanakan, maka perpaduan antara kaum

dapat dibina sekaligus meningkatkan kerjasama yang terjalin

antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Seperti yang kita

sedia maklum, negara kita mempunyai sistem Raja-raja

Berperlembagaan dimana mereka menjalankan tugas-tugas

mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan. Ini bermakna, mereka

tidak boleh sewenang-wenangnya mempertikaikan hak dan

kepentingan kaum lain di Malaysia. Namun begitu, pentadbiran

negara kita ini tidak hanya diterajui oleh Raja-raja

Berperlembagaan tetapi turut dibantu oleh pemerintah -pemerintah

lain yang juga menjaga keamanan dan kestabilan negara.

Menurut Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak,di dalam

artikel Pentadbiran Kita Cekap, 16 Disember 2010,Malaysia bukan

sebuah negara yang ditadbir oleh ahli politik yang tidak cekap,sebaliknya pemimpin negara ini adalah daripada parti pemerintah

yang berwibawa. Oleh sebab itu , dapat kita lihat bahawa

pemerintahan politik negara kita pada hari berada pada tahap

memberangsangkan kerana kita mempunyai ahli-ahli politik yang

sentiasa menjaga kepentingan rakyatnya. Permuafakatan yang

terjalin antara semua kaum juga akan dapat menjadikan sistem

pentadbiran negara kita bertambah maju kerana terdapat pelbagai

pendapat yang boleh digunakan bagi memajukan negara danmenjadikan negara kita sebagai sebuah negara maju menjelang

abad 2020.

Page 18: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 18/21

LAPORAN

32 

Sistem pemerintahan negara secara keseluruhannya terdiri

daripada 3 badan utama iaitu badan pemerintah, badan

perundangan dan badan kehakiman dan kesemua badan-badan

pemerintahan ini mempunyai tanggungjawab yang tersendiri.

Penubuhan badan-badan pemerintahan ini juga merupakan salah

satu langkah progresif yang telah diambil oleh pihak kerajaan

untuk memajukan dan melicinkan pentadbiran negara. Apabila

pentadbiran sesebuah negara berada dalam keadaan baik, maka

tidak akan timbul sebarang permasalahan yang akan menggugat

keamanan dan menyebabkan perpecahan. Oleh itu, jelaslah

bahawa kontrak sosial dapat melanjutkan kelangsungan

pentadbiran yang cekap dan menjamin kepentingan rakyat

Malaysia supaya sentiasa bersatu padu dalam mempertahankan

kemerdekaan negara yang telah kita kecapi pada hari ini.

4.3 Memupuk Semangat Patriotisme Dan Cintakan Tanah Air 

Serta Mencapai Integrasi Nasional

Kepentingan kontrak sosial yang seterusnya adalah untuk

memupuk semangat patriotisme dan cintakan tanah air serta

mencapai integrasi nasional. Kepentingan ini dapat kita lihat

secara jelas daripada konsep kontrak sosial itu sendiri iaitu untuk

menjamin keharmonian dan perpaduan rakyat di Malaysia.

Sekiranya kontrak sosial ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,

maka kita tidak akan berhadapan dengan masalah perpecahan

kaum seperti tragedi 13 Mei yang pernah melanda negara kita

suatu masa dahulu. Semangat patriotisme ini akan dapat

diwujudkan apabila semua individu yang bergelar rakyat Malaysia

berpeluang untuk menyertai pilihan raya bagi memilih tampuk

kepimpinan negara. Mereka akan berusaha untuk memilih yang

terbaik kerana sekiranya negara kita mempunyai pemerintah yang

adil dan berkaliber, maka kita akan dapat membentuk sebuah

negara yang cekap.

Page 19: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 19/21

LAPORAN

33 

Selain itu, kewarganegaraan yang telah diberikan kepada

kaum bukan Melayu akan membuatkan mereka lebih menghargai

detik-detik bergelar rakyat Malaysia sekaligus akan memupuk

perasaan cintakan tanah air di dalam diri mereka. Peluang ini

akan membuatkan mereka lebih menghargai kehidupan kerana

dapat hidup di dalam sebuah negara yang aman dan terhindar 

daripada perpecahan seperti negara-negara bergolak pada hari

ini. Permuafakatan yang terjalin dapat membentuk persefahaman

antara semua kaum sekaligus dapat membentuk sebuah negara

demokrasi yang sentiasa menjaga kepentingan dan keharmonian

rakyatnya.

4.4 Mewujudkan Masyarakat Dan Adil Dan Menjamin

Keselamatan,Keamanan Dan Kesejahteraan Rakyat

Mewujudkan masyarakat yang bebas dan adil juga merupakan

salah satu kepentingan yang terdapat di dalam kontrak sosial.

Kebebasan yang diberikan kepada rakyat Malaysia ini terdiri

daripada aspek agama, bahasa, pendidikan, kewarganegaraan

dan perkhidmatan awam. Individu yang bergelar rakyat Malaysia

berpeluang untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan

selagi perkara tersebut tidak melanggar etika, undang -undang dan

rukun negara. Sebagai contoh, mereka bebas untuk memilih

agama mereka sendiri dan setiap agama di Malaysia juga

berpeluang untuk menentukan pemerintahan mereka sendiri.

Perkara ini sudah termaktub di dalam PerlembagaanMalaysia

Perkara 3 / 1 iaitu berkaitan dengan pengiktirafan agama Islam

sebagai agama persekutuan. Walaupun agama Islam dijadikan

agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan

dengan aman tanpa sebarang sekatan.

Pemilihan penggunaan bahasa juga terletak kepada

individu masing-masing kerana mereka berhak untuk memilih

bahasa yang ingin mereka gunakan. Walaupun bahasa

Melayutelah dijadikan sebagai bahasa k ebangsaan sepertimana

Page 20: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 20/21

LAPORAN

34 

yang terdapat di dalam Perlembagaan 152, tetapi perkara ini turut

melindungi bahasa-bahasa lain dimana tiada sesiapa pun boleh

dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar 

bahasa-bahasa lain. Kebebasan yang telah diberikan ke pada

rakyat Malaysia ini membuktikan bahawa Malaysia sebuah negara

yang adil kerana memberikan layanan yang sama rata kepada

semua rakyatnya. Selain itu, kontrak sosial ini juga adalah untuk

menjamin keselamatan, keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.

Kepentingan ini dapat kita lihat secara jelas berdasarkan mesej

yang hendak disampaikan oleh pihak kerajaan di dalam kontrak

sosial itu sendiri.

5.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, dalam melihat kepada konteks Malaysia pada

hari ini, kontrak sosial yang merupakan satu persetujuan atau pakatan

murni yang melibatkan toleransi antara kaum tidak harus dimanipulasi

oleh ahli-ahli politik demi kelangsungan politik masing -masing. Tindakan

sedemikian akan menimbulkan pelbagai permasalahan yang begitu

kompleks dan sering mengakibatkan ketegangan hubungan antara

kaum. Justeru itu, sebagai warganegara Malaysia, kita perlulah sentiasa

menghayati PerlembagaanMalaysia agar terhindar daripada sebarang

konflik yang wujud dengan menghormati hak dan kepentingan setiap

golongan etnik di Malaysia. Dalam hal ini, sikap akomodatif masyarakat

Melayu dan bukan Melayu mestilah dijadikan sebagai satu kemestian

dalam menjamin perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia.

Penerimaan kontrak sosial ini memainkan peranan penting dalam

menjaga hubungan etnik di Malaysia sebagai sebuah negara majmuk

dan harmoni. Janganlah kita, bersikap pentingkan diri seb aliknya kitaperlu mengambil ik tibar daripada pengorbanan yang telah ditu njukkan

oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban,

berakomodatif dan rela berkongsi kuasa dalam mengekalkan perpaduan

kaum sehingga ke hari ini.

Page 21: 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

8/7/2019 8 LAPORAN (RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL)

http://slidepdf.com/reader/full/8-laporan-rakyat-malaysia-perlu-memahami-kontrak-sosial 21/21