kontrak sosial

6
Kontrak Sosial Normurni binti Mohamad Jabatan Pengajian Am Politeknik Banting

Upload: normurni-mohamad

Post on 14-Apr-2017

399 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kontrak sosial

Kontrak SosialNormurni binti Mohamad

Jabatan Pengajian AmPoliteknik Banting

Page 2: Kontrak sosial

• Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Malaysia merupakan kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.

• “Kontrak sosial” tidak terkandung di dalam

Perlembagaan. • Kontrak sosial merujuk bentuk permuafakatan yang

ulung antara rakyat dan pemimpin tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India yang masing-masing mewakili parti UMNO, MCA dan MIC yang dimeterai menerusi Perlembagaan Persekutuan.

Page 3: Kontrak sosial

• Tolak ansur dalam permuafakatan ini melibatkan persetujuan dalam memberi sesuatu dan menerima sesuatu yang lain seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman:

“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbuat oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.”

Page 4: Kontrak sosial

Quid Pro Quo (penggantian beri-memberi) antara orang Melayu dan bukan Melayu

merupakan kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan

Perkongsian orang Melayu• Kewarganegaraan

berdasarkan prinsip jus soli

Balasan orang bukan Melayu• Kedudukan istimewa orang

Melayu• Agama Islam• Bahasa Melayu• Kedudukan Raja-Raja Melayu

Page 5: Kontrak sosial

• Permuafakatan dan tolak ansur antara orang Melayu dan bukan Melayu ini juga merupakan nilai-nilai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.

• Tun Mohamed Suffian Hashim (bekas Ketua Hakim Negara) : • Perlembagaan Persekutuan masih mengekalkan unsur

tradisi, iaitu institusi beraja, agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.

• Beliau menerangkan:“Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu.”

Page 6: Kontrak sosial

Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan

Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada

sistem Raja Berpelembagaan

Kedudukan Istimewa Orang

MelayuDipelihara

sebagai tanggungjawab khas Yang di-

Pertuan Agong

Agama IslamDijadikan sebagai

agama rasmi Persekutuan

Bahasa MelayuDijadikan sebagai

bahasa kebangsaan