tuntutan kontrak

18
1 TUNTUTAN KONTRAK KURSUS PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK KE JKR NEGERI April 2014

Upload: ibnusina2013

Post on 07-Dec-2015

490 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Contract

TRANSCRIPT

Page 1: Tuntutan Kontrak

1

TUNTUTAN KONTRAK

KURSUS PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK KE JKR NEGERI

April 2014

Page 2: Tuntutan Kontrak

2

.

Menurut peruntukkan kontrak, adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk menjalankan kerja dengan

tekun dan teratur

Kontraktor juga perlu menyiapkan kerja sebelum atau pada tarikh siap yang ditetapkan

Apabila Kerajaan atau pihak dibawah kawalannya menjejaskan kemajuan kerja yang menyebabkan kontraktor

tidak dapat menjalankan kerja dengan tekun dan teratur,maka ia merupakan satu tindakan kemungkiran

kontrak

MENGAPA WUJUD TUNTUTAN ?

Page 3: Tuntutan Kontrak

PRA-SYARAT TUNTUTAN

3

Sehubungan itu, kontraktor bolehlah menuntut

kerugian dan perbelanjaan

tambahan dengan syarat ia membuktikannya

dengan secukupnya

Namun demikian, menurut

peruntukkan kontrak Klausa 44,

kontraktor perlu memberi notis

hasrat menuntut dalam tempoh 30

hari selepas daripada hal

keadaan kejadian berlaku atau arahan

PP.

Ini bermakna notis hasrat menuntut

yang dikemukakan selepas PKLM

dikeluarkan bukanlah sejajar

dengan klausa 44 tersebut.

Page 4: Tuntutan Kontrak

PUNCA-PUNCA TUNTUTANMenurut Klausa 44.1, sekiranya kemajuan kerja secara materialnya terjejas dibawah klausa;

43.1(c) Penangguhan kerja dibawah klausa 50

43.1 (d) Arahan PP disebabkan pertikaian diantara tuan-tuan punya berjiran dengan syarat bukan kemungkiran kontraktor

43.1 (e) Arahan PP dibawah klausa 5 dengan syarat bukan kemungkiran kontraktor

43.1 (f) Kontraktor tidak menerima arahan dalam tempoh sewajarnya berhubung penamaan NSC, NSP atau arahan-arahan perlu berkaitan lukisan atau aras dengan syarat bukan kemungkiran kontraktor

43.1 (h) Kelewatan disebabkan oleh artisan, tukang (tradesman) atau lain-lain yang dilantik Kerajaan yang bukan sebahagian dari kontrak

4

Maka sekiranya kontraktor menanggung kerugian dan/atau perbelanjaan tambahan secara lansung dan tidak akan dibayar ganti dibawah mana-mana peruntukkan kontrak, kontraktor boleh menuntutnya.

Page 5: Tuntutan Kontrak

◦ Tindakan kemungkiran Kerajaan◦ Pertalian diantara tindakan

kemungkiran Kerajaan dengan kerugian yang di alami (cause and effect)

◦ Pembuktian kerugian yang dialami◦ Prinsip keterpencilan ganti rugi

(remoteness of damage)◦ Tindakan membendung kerugian oleh

kontraktor

5

Dalam hal ini,kontraktor hendaklah membuktikan perkara-perkara berikut;

PEMBUKTIAN TUNTUTAN

Page 6: Tuntutan Kontrak

Kontraktor perlu membuktikan pertalian diantara tindakan kemungkiran Kerajaan dengan kerugian yang dialaminya

6

Kaedah pembuktian

kerugian

Inbois dan Resit-resit

Buku Harian Tapak

Surat menyurat

Minit mesyuarat

CPMArahan PP

PKLM

Carta Organisasi

KAEDAH PEMBUKTIAN TUNTUTAN

Page 7: Tuntutan Kontrak

KETERPENCILAN DAN PEMBENDUNGAN KERUGIAN (REMOTENESS AND MITIGATION OF LOSSES)

7

• Kerugian yang dituntut hendaklah terbit secara lansung daripada tindakan kemungkiran Kerajaan

• Kerugian tidak langsung seperti tuntutan “sub-sub kontraktor” tidak boleh dipertimbangkan atau kerugian keuntungan prospektif (prospective loss of profit) seperti keuntungan yang boleh diraih daripada kontrak lain sekiranya kontrak ini tidak dilanjutkan di masa hadapan.

• Di sisi undang-undang, Kontraktor sebagai pihak yang terkilan (aggrieved party) hendaklah membendung kerugian yang dialaminya

Contoh – sekiranya arahan penangguhan kerja dikeluarkan, maka kerugian yang dialami bagi loji-loji yang tersadai perlulah dibendung dengan mengeluarkannya dari tapak binaan.

• Klausa 50.2 – berhubung dengan penangguhan kerja dimana kontraktor perlulah melindungi dan menjaga keselamatan kerja yang dilaksanakan daripada kerosakan dan juga membendung perbelanjaan yang ditanggung.

Page 8: Tuntutan Kontrak

8

PP menerima notis secara bertulis dari Kontraktor tentang hasratnya menuntut kerugian & perbelanjaan

tambahan

PP maklumkan kepada Kontraktor

Notis sejajar dengan syarat-syarat kontrak

Notis tidak sejajar dengan syarat-syarat kontrak

PP menolak tuntutan

Kontraktor

Kontraktor merayu

Kontraktor mengemukakan tuntutan berserta dengan dokumen sokongan/bukti

kepada PP PP menyediakan laporan dan

perakuan

C

BA

PROSES TUNTUTAN

Page 9: Tuntutan Kontrak

9

A B C

PP menilai tuntutan &

menyediakan laporan & perakuan

PP mengemukakan laporan & perakuan kepada Urusetia JK

Tuntutan

Pembentangan Laporan & Perakuan kepada JK Tuntutan

PP memaklumkan keputusan kepada

Kontraktor

PP menolak tuntutan

Kontraktor

Kontraktor merayu

PP menyediakan

laporan & perakuan

Page 10: Tuntutan Kontrak

KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN Sebuah projek jalan di Perak Darul Ridzuan. Setelah milikan tapak bina diberikan, masih ada

beberapa lot-lot tanah yang masih belum diambil milik Kerajaan oleh kerana proses pengambilan tanah masih belum lagi selesai.

Namun demikian kontraktor masih boleh menjalankan kerja di kawasan di mana masalah pengambilan tanah tidak timbul.

Apakah yang perlu dilaksanakan oleh kontraktor sekiranya dia berhasrat untuk menuntut kerugian dan pembayaran tambahan?

Apakah tanggungjawab P.P. untuk menangani tuntutan kontraktor tersebut?

10

Page 11: Tuntutan Kontrak

P.P. perlulah memberi lanjutan masa sekiranya kelewatan pengambilan tanah ini didapati secara material melewatkan penyiapan kerja.

Kontraktor perlulah memberi notis hasrat menuntut sejajar dengan syarat-syarat kontrak selepas arahan berhenti kerja atau hal keadaan berkaitan dengan masalah pengambilan tanah dalam tempoh yang ditetapkan dalam kontrak (Borang kontrak konvensyional dalam tempoh 30 hari atau 60 hari bagi kontrak reka dan bina)

Kontraktor hendaklah menyenggarakan kesemua rekod-rekod semasa berkaitan dengan perkara-perkara yang hendak dituntut.

Kontraktor perlulah mengemukakan bukti-bukti kerugian dan perbelanjaan tambahan yang ditanggung/dibayar olehnya berkaitan dengan tuntutannya dengan syarat ia tidak dibayar ganti di bawah mana-mana peruntukan kontrak.

11

KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN

Page 12: Tuntutan Kontrak

KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN

Kontraktor dikehendakki untuk mengemukakan butir-butir tuntutannya disokong dengan bukti-bukti dalam tempoh 90 hari dari tarikh projek siap.

Secara lazimnya apabila masalah pengambilan tanah berlaku, loji-loji di tapak bina akan tersadai dan para pekerja akan sedia tunggu di tapak bina.

Namun demikian sekiranya tempoh pengambilan tanah melibatkan tempoh yang lama, maka di sisi undang-undang kontraktor perlulah membendungkan kerugian yang dialaminya.

Sehubungan dengan itu sewajarnya kontraktor membawa keluar loji-loji dan peralatan berserta dengan para pekerjanya dari tapak bina.

12

Page 13: Tuntutan Kontrak

KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN Apabila kontraktor mengemukakan notis hasrat

menuntut kepada Pegawai Penguasa, maka P.P. hendaklah mengambil maklum akan notis hasrat tersebut dan pada masa yang sama hendaklah memantau kelewatan yang didakwa oleh kontraktor yang menyebabkan ia membuat tuntutan.

P.P. perlulah memastikan Buku Harian Tapak mencatatkan kemajuan kerja, aktiviti kerja, bilangan pekerja dan juga bilangan loji-loji serta perkakasan setiap hari.

Apabila kontraktor mengemukakan butiran tuntutannya dengan terperinci maka P.P. hendaklah menilainya sebagaimana yang ditetapkan di dalam syarat-syarat kontrak.

Proses penilaian tuntutan adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam proses kerja SPB tuntutan.

13

Page 14: Tuntutan Kontrak

Butiran Yang Boleh Dituntut Kontraktor Kontraktor bolehlah menuntut perkara-perkara berikut

tertakluk dengan bukti-bukti kerugian dan perbelanjaan tambahan yang ditanggung.

Di antara perkara-perkara yang boleh dituntut adalah:

Tuntutan Di Bawah Kerja Awalan

a) Bayaran premium insurans – bukti bayaran hendaklah dikemukakan di atas nama kontraktor.

b) Bayaran tambahan bagi melanjutkan tempoh jaminan bon pelaksanaan – bukti bayaran dikemukakan di atas nama kontraktor.

c) Bayaran kerja-kerja awalan seperti air, elektrik, talipon dsb – bukti bayaran dikemukakan di atas nama kontraktor.

d) Kakitangan tapak yang berada sepenuh masa di tapak bina – bukti bayaran dikemukakan di atas nama kontraktor.

e) Kakitangan Kawalan Keselamatan - bukti bayaran dikemukakan di atas nama kontraktor.

14

KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN

Page 15: Tuntutan Kontrak

KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN

f) Kenderaan Projek – Bukti bayaran penyenggaraan kenderaan projek yang berkaitan dengan pelaksanaan projek dikemukakan di atas nama kontraktor.

g) Lapuran Kemajuan Kerja dan gambar kemajuan – bukti bayaran berkaitan dengan projek dikemukakan di atas nama kontraktor.

h) Dan kerja-kerja awalan lain dengan syarat bukti bayaran projek dikemukakan

Tuntutan Disebabkan Pemberhentian Kerja

i) Kos loji yang tersadai hendaklah berdasarkan bilangan loji sebenar yang berada di tapak bina dan juga melibatkan bilangan hari yang terlibat. Dalam hal ini bayaran sebenar yang dibuat oleh kontraktor hendaklah dibuktikan. Rujukan perlulah juga dibuat kepada Buku Harian Tapak.

j) Begitu juga para pekerja yang sedia tunggu di tapak - kontraktor hendaklah membuktikan bayaran gaji yang telah dibuat di atas namanya berserta dengan bilangan hari dan juga bilangan pekerja yang terlibat. Rujukan perlulah juga dibuat kepada Buku Harian Tapak.

15

Butiran Yang Boleh Dituntut Kontraktor

Page 16: Tuntutan Kontrak

KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN

Hanya resit bayaran di atas nama kontraktor sahaja yang boleh diterima sebagai bukti. Ini akan menunjukkan bahawa kontraktor telah benar-benar menanggung kerugian dan perbelanjaan tambahan disebabkan lanjutan masa yang telah diberikan.

Sekiranya resit bayaran adalah di atas nama subkontraktor, maka ini menunjukkan bahawa subkontraktor yang menanggung kerugian dan bukannya pihak kontraktor; walhal yang menuntut terhadap Kerajaan adalah pihak kontraktor.

Sehubungan dengan itu tuntutan sedemikian hendaklah ditolak.

16

Butiran Yang Boleh Dituntut Kontraktor

Page 17: Tuntutan Kontrak

BUTIRAN YANG TIDAK BOLEH DITUNTUT Kos perubatan yang tiada kena mengena dengan

kemungkiran oleh pihak Kerajaan. Kos keuntungan prospektif seperti kerugian

keuntungan 10 tahun di masa hadapan. Kos kerugian yang berdasarkan kepada formula. Kos keraian (entertainment cost). Kos pembelian kenderaan projek. Kepala tuntutan yang tiada kena mengena

dengan kemungkiran oleh pihak Kerajaan. Apa-apa perbelanjaan tambahan dalam tempoh

lanjutan masa yang disebabkan oleh sebab-sebab neutral seperti hujan, force majure dan juga kekurangan bahan-bahan binaan.

17

KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN

Page 18: Tuntutan Kontrak

18