media digital dan komunikasi · berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti...

12
TEMPLATE FOR COURSE ASSESSMENT COVER SHEET BMCO 3105 Disediakan Oleh: NUR FAIZZATUL AIN BINTI MD FADIL NAUFAL BIN MD SAIDI ELI AIMA SHAZILA BINTI AMRAN NUR HIDAYAH BINTI MD ARIFFIN No Matrik & HP/Whatssapp: 1618712 / 0123640484 1625931 / 0172061269 1628696 / 0192156220 1618738 / 0134117222 Tugasan #: LAPORAN II Tajuk Tugasan: LAPORAN PROJEK II : ISU MAKANAN DI HUB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH (PEMBENTANGAN HARI MEDIA DIGITAL) Course Coordinator/Facilitator: ASSOC. PROF. DR. ROSSENI DIN Tarikh Hantar: 16.11.2018 MARKS Marker’s Signature: Date: Student’s Signature: Date: 16.11.2018 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

Upload: others

Post on 09-Nov-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti ketiadaan gerai makanan ataupun restoran yang mencukupi di luar kolej kediaman mahupun

TEMPLATE FOR COURSE ASSESSMENT COVER SHEET BMCO 3105

Disediakan Oleh: NUR FAIZZATUL AIN BINTI MD FADIL

NAUFAL BIN MD SAIDI ELI AIMA SHAZILA BINTI AMRAN NUR HIDAYAH BINTI MD ARIFFIN

No Matrik & HP/Whatssapp: 1618712 / 0123640484 1625931 / 0172061269 1628696 / 0192156220 1618738 / 0134117222

Tugasan #: LAPORAN II

Tajuk Tugasan: LAPORAN PROJEK II : ISU MAKANAN DI HUB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH

(PEMBENTANGAN HARI MEDIA DIGITAL)

Course Coordinator/Facilitator: ASSOC. PROF. DR. ROSSENI DIN

Tarikh Hantar:

16.11.2018

MARKS

Marker’s Signature:

Date:

Student’s Signature:

Date: 16.11.2018

MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

Page 2: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti ketiadaan gerai makanan ataupun restoran yang mencukupi di luar kolej kediaman mahupun

1.0 PENGENALAN

Fenomena kekurangan kemudahan yang serba serbi lengkap adalah merupakan suatu

fenomena yang dianggap biasa bagi sesetengah tempat yang baru dibuka atau baru sahaja ingin

dibangunkan. Hal ini demikian kerana, faktor persekitarannya yang masih lagi baharu dan tidak

mempunyai prasarana yang cukup bagi memenuhi keperluan dan kehendak mahupun

permintaan penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut. Hub Pendidikan

Tinggi Pagoh, bukanlah nama yang asing lagi di Malaysia, apetah di Negeri Johor Darul

Takzim ini. Hub pendidikan ini baru sahaja dihuni pada tanggal 9 September 2017 yang lalu

yang memiliki empat institusi pengajian tinggi awam iaitu Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia (UIAM) , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) , Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) dan Politeknik Syed Nasir (PSN). Kesemua institusi ini terletak di bawah

kampus Pagoh yang mempunyai seramai lebih kurang 10,000 orang penuntut. Namun begitu,

rentetan daripada pembukaan institusi baru seperti ini, terdapat beberapa kekangan yang harus

dihadapi oleh semua penuntut di sini. Salah satu dari isu yang kerap didengari keluhan adalah

berkaitan isu makanan di dalam kawasan ini. Hal ini terjadi disebabkan oleh keadaan kawasan

ini yang masih lagi belum dibangunkan sepenuhnya. Terdapat banyak lagi kemudahan yang

berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti ketiadaan gerai makanan

ataupun restoran yang mencukupi di luar kolej kediaman mahupun di fakulti. Selain dari itu,

ketiadaan bangunan makanan segera seperti KFC, McD, Pizza Hut, Secret Recipe, Domino

Pizza dan banyak lagi juga menjadi punca perbualan kepada isu makanan ini. Bukan hanya itu,

malah di dalam kolej kediaman juga makanan seringkali tidak mencukupi dan rata-rata dari

penuntut di Pagoh ini menyuarakan hasrat ketidakpuasan hati mereka terhadap masalah ini.

Kurangnya bilangan café yang beroperasi dan kepelbagaian makanan yang dijual juga

penyebab kepada isu makanan ini kerana tidak mampu menampung jumlah penuntut yang

ramai yang datang membeli makanan. Oleh yang demikian, terdapat satu solusi bagi

permasalahan dan isu yang hangat menjadi bualan ini iaitu melalui khidmat pesanan dan

penghantaran makanan kepada sesiapa sahaja yang membuat pesanan terutamanya di kawasan

Hub Pendidikan Tinggi Pagoh ini. Khidmat ini menawarkan pesanan dan penghantaran

makanan mengikut kehendak penuntut mahupun sesiapa sahaja yang memesan. Khidmat ini

juga memiliki aplikasi yang memudahkan para pemesan untuk membuat pesanan makanan.

1

Page 3: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti ketiadaan gerai makanan ataupun restoran yang mencukupi di luar kolej kediaman mahupun

2.0 PERSOALAN

Merungkai persoalan bagi isu yang diketengahkan iaitu mengenai isu makanan di Hub

Pendidikan Tinggi Pagoh, persoalan yang dapat dikaitkan adalah seperti di bawah :

i. Sejauh manakah isu makanan ini menjadi masalah di Hub Pendidikan Tinggi

Pagoh terutamanya kepada penuntut UIAM?

ii. Apakah punca berlakunya isu makanan di kawasan ini?

iii. Apakah jalan penyelesaian ataupun solusi yang wajar dilakukan terhadapa isu ini?

3.0 OBJEKTIF

i. Untuk mengenal pasti permasalahan dari segi isu makanan di Hub Pendidikan Tinggi Pagoh

terutamayanya kepada penuntut UIAM.

ii. Mengetahui punca berlakunya isu makanan di kawasan ini.

iii. Mencari jalan penyelesaian ataupun solusi yang sewajarnya terhadap isu ini.

2

Page 4: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti ketiadaan gerai makanan ataupun restoran yang mencukupi di luar kolej kediaman mahupun

4.0 SOROTAN LITERATUR

Perkhidmatan makanan iaitu kafetaria di institusi pendidikan merupakan tempat utama

yang menjadi tumpuan para pelajar untuk memperolehi makanan pada sesi pengajian mereka.

Oleh kerana ia menjadi tempat penting bagi sesebuah institusi, maka pihak institusi tidak boleh

mengabaikan kebersihan persekitaran dan makanan yang disediakan oleh pihak kafeteria

(Mohd Rizal dan Noraini, 2010). Apabila perkhidmatan makanan di tahap yang baik, maka

boleh dikatakan kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah ditahap yang sangat memuaskan.

Walaupun kualiti perkhidmatan makanan agak sukar untuk diukur, tetapi ianya boleh diukur

dengan tahap kepuasan pelanggan selepas mereka melihat, merasa dan mendapat manfaat dari

perkhidmatan tersebut. Banyak kajian yang telah dilakukan mendapati kualiti produk atau

perkhidmatan mempunyai kaitannya dengan kepuasan pelanggan (Seung Ah Yoo, 2012).

Faktor kualiti yang biasa diukur dalam perkhidmatan makanan seperti kualiti makanan,

kepelbagaian, kemudahan dan harga telah dibuktikan oleh Xi dan Shuai (2009) mempunyai

kesan terhadap kepuasan seseorang pelajar. Manakala keputusan yang diperolehi dalam kajian

Jian dan Sameeha (2014) membuktikan bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan

makanan akan meningkat jika kafeteria mempelbagaikan menu makanan. Contohnya, jika

pelajar menilai tinggi kualiti perkhidmatan makanan yang diberikan oleh kafetaria, maka

kepuasan yang diperolehi juga tinggi. Di sini dapat dilihat bahawa kepuasan terhadap

perkhidmatan makanan akan dapat dicapai sekiranya mutu perkhidmatan yang disediakan

dipelihara dan dipertingkatkan dari masa kesemasa.

Disamping itu juga, sistem perkhidmatan makanan yang baik dapat memberikan

keselesaan kepada pelajar dan juga dapat mencerminkan imej baik sesebuah institusi itu. Faktor

utama yang menyumbang kepada perkhidmatan makanan yang baik adalah kebersihan

kafeteria itu sendiri. Selain itu Abu Bakar dan Noraini (2009) telah mendapati terdapat tiga

faktor yang dikaji merangkumi persepsi pelajar terhadap kebersihan kafetaria, iaitu kebersihan

makanan yang dihidangkan, suasana persekitaran, kemudahan yang disediakan dan juga

kebersihan diri pekerja kafetaria. Sehubungan dengan itu, kebersihan premis makanan dan

pengendali makanan merupakan faktor yang juga penting dalam menentukan pemilihan tempat

makan.

3

Page 5: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti ketiadaan gerai makanan ataupun restoran yang mencukupi di luar kolej kediaman mahupun

Kebersihan ini merangkumi item-item seperti perlalatan pinggan dan mangkuk, dapur

memasak, meja makan, lantai, persekitaran premis dan tandas serta amalan kebersihan

pengendali makanan. Jika tempat tersebut tidak bersih ia akan menyebabkan pelanggan yang

datang merasa tidak selesa dan mungkin juga tidak ada pelanggan yang akan berkunjung ke

tempat itu (Mohd Azlan dan Noraziah, 2011).

Penentuan harga makanan adalah faktor yang amat penting bagi kafetaria. Harga

makanan yang diletakkan di papan kenyataan perlu sama dengan harga yang dikenakan, ini

bertujuan untuk memastikan harga yang dikenakan tidak berubah-ubah serta pihak yang

bertanggungjawab dapat memastikan pengusaha kafetaria tidak mengambil kesempatan ke atas

pelajar (Mohd Rizal dan Noor Aini, 2008). Dalam industri perkhidmatan makanan seperti

kafetaria di institusi pendidikan, harga yang munasabah dengan nilai kualiti makanan yang baik

dapat menyumbang kepada kepuasan hati pelanggan itu sendiri (Ng, 2005; Xi dan Shuai,

2009). Sekaligus pelanggan akan membuat pembelian jika harga yang ditetapkan oleh kafetaria

pada kadar yang sewajarnya dengan nilai mutu dan perkhidmatan yang disediakan (Kerstin

Bergstrom, 2005).

Faktor kebersihan makanan juga perlu dipandang serius dalam hal ini. Abdul Wahid

dan Mazilah (2010) menegaskan bahawa pekerja dan pengendali makanan perlu senantiasa

menjaga kebersihan tangan semasa bertugas dalam penyediakan dan membungkus makanan.

Manakala bagi pengusaha kafetaria pula, mereka perlu memastikan bahan-bahan yang

digunakan untuk memasak makanan haruslah sentiasa bersih. Disamping itu, keselamatan

makanan juga merupakan satu isu penting bagi dalam kesihatan pelajar yang tidak boleh

dipandang enteng, khususnya di dalam persekitaran universiti (Linda, 2006). Melalui kajian

yang dilakukan oleh Mohd Anuar dan Asmah (2011), penggunaan peralatan tidak hanya

terhadap penyediaan bahan mentah, malahan terhadap makanan yang telah dimasak.

Penyebaran bakteria berlaku amat pantas apabila peralatan yang sama digunakan dalam

mengendalikan bahan mentah dan juga bahan makanan yang telah dimasak. Penyediaan bahan-

bahan mentah juga perlu dititikberatkan kebersihan juga, ini kerana apabila bahanbahan

mentah itu tercemar ia akan menyebabkan makanan itu tidak lagi bersih dan boleh

mengakibatkan berlakunya keracunan makanan.

4

Page 6: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti ketiadaan gerai makanan ataupun restoran yang mencukupi di luar kolej kediaman mahupun

Kepelbagaian menu makanan juga menjadi kriteria penting kepada mencapai kepuasan

pelajar terhadap perkhidmatan makanan. Di dalam kajian Nurul Aini dan Mohd Rizal (2008),

responden bersetuju kepelbagaian menu yang ditawarkan oleh pihak kafetaria dapat memenuhi

kehendak dan kepuasan mereka sekaligus membuatkan mereka merasa ingin kembali membeli

makanan di kafetaria tersebut. Adibah & Puvaneswari (2010) juga berpendapatan, perancangan

menu adalah satu aspek yang kritikal dalam bidang perkhidmatan makanan yang mana didapati

pelajar tidak berpuas hati dengan menu yang disediakan oleh pengusaha kafetaria. Menu yang

disediakan itu tidak dipelbagaikan malahan kesemua menu yang disediakan telah siap dimasak.

Oleh itu, pelajar tiada pilihan untuk memilih menu yang mereka suka dan ini akan

menyebabkan pelajar tidak berpuas hati dengan menu yang sedia ada. Oleh itu pihak

pengendali kafetaria perlu peka terhadap keperluan pelajar yang mana, menu yang ditawarkan

hendaklah dibaiki secara menyeluruh meliputi makanan yang sesuai dengan citarasa

pelanggan.

5.0 METODOLOGI

Mahasiswa Hub Pendidikan Pagoh terutamanya golongan mahasiswa daripada Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia mempunyai masalah berkaitan dengan makanan. Oleh hal yang

demikian, para pengkaji yang terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan yang lain, bersama-sama

mengembleng tenaga bagi mencari solusi yang mampu membantu komuniti Hub Pendidikan

Pagoh. Perancangan yang rapi dan tersusun telah mencorakkan keputusan yang dicapai.

Terlebih dahulu, para pengkaji melakukan beberapa pemerhatian dalam mengenal pasti

sejauhmanakah permasalahan bagi isu ini. Setelah melakukan beberapa pemerhatian dan

perbincangan, terdapat beberapa masalah utama telah dikenal pasti yang berkait dengan isu

makanan ini.

Setelah itu, para pengkaji telah menjalankan beberapa pencarian maklumat menerusi

internet. Pencarian maklumat di internet ini dijalankan bagi melihat sebarang penyelesaian

yang boleh diadaptasi kedalam tugasan ini.

5

Page 7: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti ketiadaan gerai makanan ataupun restoran yang mencukupi di luar kolej kediaman mahupun

Antara idea yang bernas yang tercetus adalah dengan menggunakan perkhidmatan

membeli makanan dengan kadar upah yang ditetapkan mengikut jarak. Idea ini tercetus

daripada perkhidmatan Food Panda, iaitu sebuah perkhidmatan penghantaran makanan. Malah

perkhidmatan yang disediakan ini turut boleh didapati menerusi aplikasi yang boleh dimuat

turun melalui google play store atau apps store. Namun begitu, perkhidmatan hanya terdapat

di sekitar Kuala Lumpur sahaja, tidak meliputi kawasan pagoh. Oleh hal yang demikian para

pengkaji telah bersetuju sebulat suara untuk mencipta sebuah aplikasi seperti aplikasi food

panda ini sebagai satu inisiatif bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Seterusnya, setelah mengenal pasti masalah dan penyelesaian yang boleh diambil bagi

tugasa on, para pengkaji telah memulakan aktiviti membuat video. Video ini dibuat bagi

menyampaikan mesej tentang penyelesaian masalah ini. Persediaan sebelum membuat video

seperti mencipta papan cerita dan jalan cerita yang menarik telah dilakukan untuk

menyampaikan maklumat. Pengkaji juga telah mengambil kira sudut pengambilan video,

lokasi, tema dan watak yang sesuai untuk membuat satu video yang kreatif dan menarik.

Pengkaji telah membentangkan hasil video untuk tatapan umum dan terus berusaha

menyelesaikan masalah yang sedia ada.

6

Page 8: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti ketiadaan gerai makanan ataupun restoran yang mencukupi di luar kolej kediaman mahupun

6.0 DAPATAN

Isu yang menjadi topik pilihan adalah berkenaan dengan isu makanan. Oleh hal yang

demikian terdapat beberapa masalah yang menjadi punca kepada timbulnya permasalah ini.

Antara permasalahan tersebut adalah seperti:

1. Kekurangan pilihan makanan.

Kewujudan 2 buah kafe di Mahallah masih lagi tidak dapat menampung permintaan para

pelajar dalam aspek menu makanan yang disediakan. Malah, jenis menu yang disediakan juga

dilihat hampir sama bagi setiap sem. Hal ini pastinya membuatkan para pelajar berasa agak

jemu untuk makan makanan di café.

2. Masalah pengangkutan.

Seperti yang sedia maklum, para pelajar tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri kecuali

bagi pelajar tahun 3 dan keatas. Di tambah pula dengan keadaan kawasan persekitaran yang

baru hendak membangun, sudah tentu agak terhad pekhidmatan yang disediakan. Walaupun

terdapat servis sewa kereta di sekitar kawasan Pagoh ini, akan tetapi harga yang ditawarkan

agak mahal bagi seorang pelajar. Hal ini pastinya sedikit sebanyak memberi bebanan kepada

pelajar itu sendiri.

3. Para pelajar tidak tahu kedai yang menawarkan harga yang berpatutan di sekitar kawasan

Pagoh.

Oleh kerana kawasan EDU HUB ini merupakan sebuah kawasan yang baru dibangunkan, jadi

para pelajar agak kurang tahu kedai mana yang menawarkan harga makanan yang berpatutan.

Lebih lebih lagi jika pelajar tersebut bukan berasal daripada daerah itu sendiri. Jadi, perkara ini

juga boleh menjadi satu masalah bagi isu ini.

7

Page 9: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti ketiadaan gerai makanan ataupun restoran yang mencukupi di luar kolej kediaman mahupun

4. Harga makanan di kafe mahallah atau kuliyah agak mahal.

Harga makanan di mahallah yang agak mahal juga boleh membawa kepada isu ini. Hal ini

kerana, sudah sering kali para pelajar UIA mengadu tentang harga makanan yang kadang kala

agak berbeza sedangkan kuantiti lauk dan nasi yang diambil adalah sama bagi setiap hari. Oleh

hal yang demikian, para pengkaji turut mengambil masalah ini untuk dimasukkan kedalam isu

ini.

Setelah masalah-masalah ini dikenal pasti, para pengkaji meneruskan tugasan ini

mengenal pasti penyelesaian yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Sebagai solusi,

pengkaji telah merancang untuk membuat satu aplikasi yang terus dapat menyelesaikan

masalah makanan di Hub Pendidikan Pagoh ini. Aplikasi ini menawarkan kemudahan dalam

menyediakan perkhidmatan pembelian makanan. Mahasiswa yang lapar dan orang yang ingin

mencari pendapatan sampingan boleh menggunakan aplikasi ini. Kemudahan aplikasi ini

menambahkan keberkesanan dari segi komunikasi dengan adanya bantuan internet dan telefon

pintar. Dengan ini, komunikasi antara pelanggan dan orang yang menyediakan perkhidmatan

semakin mudah. Hal ini boleh menjimatkan masa dan membuat kerja dengan lebih efisyen.

Oleh itu, pengkaji telah mengambil kira kemudahan sedia ada dan menerapkan ke dalam

aplikasi yang dipanggil LAUK ini.

8

Page 10: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti ketiadaan gerai makanan ataupun restoran yang mencukupi di luar kolej kediaman mahupun

Kesukaran membeli makanan di kawasan kedai yang jauh juga dapat diatasi dengan

mudah. Hal ini kerana khidmat penghantaran makanan ini mewajibkan untuk semua orang

yang berdaftar memiliki kenderaan agar dapat memenuhi kehendak orang yang menggunakan

aplikasi ini. Dengan adanya kenderaan juga, pemesanan makanan boleh dibuat dalam jumlah

yang banyak. Dengan ini, pengkaji berpendapan bahawa situasi ini merupakan situasi “win-

win situation” di mana memberi keuntungan dan kepuasan semua pihak. Untuk memudahkan

lagi, aplikasi ini menunjukkan lokasi kedai yang menyediakan makanan untuk dipilih. Manusia

mudah bosan dengan makan makanan yang sama setiap hari. Aplikasi ini memudahkan pilihan

pembeli dan memaparkan pelbagai makanan yang boleh didapati di sekitar pagoh dan muar.

Segala maklumat telah disenaraikan secara terperinci seperti harga, jarak kedai, upah kepada

perkhidmatan pembeli makanan, dan lain-lain. Teknologi yang kini berada di hujung jari

memudahkan manusia dan terus menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Setelah itu, para pengkaji meneruskan tugasan dengan mencipta jalan cerita dan

membuat papan cerita. Hal ini bertujuan bagi mendapatkan satu gambaran berkenaan video

tugasan yang akan dibuat.

Setelah menyiapkan papan cerita, kerja diteruskan dengan merekod setiap babak berpandukan

pada jalan cerita yang telah dibincangkan.

9

Page 11: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti ketiadaan gerai makanan ataupun restoran yang mencukupi di luar kolej kediaman mahupun

Pengkaji telah menyediakan 1 video untuk memasarkan aplikasi LAUK ini. Pengkaji

merancang secara mendalam untuk membuat strategi pemasaran yang berkesan dan mampu

menarik perhatian pengguna telefon pintar. Hasil perbincangan yang padat dan ringkas,

pengkaji telah membina papan cerita dan membentuk 1 jalan cerita yang boleh difahami oleh

semua lapisan masyarakat. Papan cerita untuk membuat video ini telah menjadi rujukan

pengkaji sepanjang proses pembuatan video ini. Idea dan pendapat orang awam telah diambil

kira dalam proses pembuatan papan cerita. Jalan cerita yang dirangka telah di inspirasikan oleh

beberapa video pengiklanan yang ada di kaca televisyen. Pengkaji telah merangka satu jalan

cerita yang kreatif dan cantic

Proses rakaman video telah dilakukan dengan menggunakan sebuah kamera dslr.

Pengkaji telah merakamkan video ini dengan menggunakan kepelbagaian sudut rakaman.

Selain itu, pengkaji telah menggunakan beberapa lokasi yang berbeza di sekeliling Hub

Pendidikan Pagoh. Pengkaji juga berjalan kaki ke kedai berdekatan dengan kediaman

mahasiswa dan merakamkan situasi di kedai makanan yang tutup. Pelbagai cabaran yang

dihadapi dalam proses pengambilan gambar ini yang tidak dapat dilupakan. Setelah habis

proses rakaman, pengkaji menyunting video dan memasukkan pelbagai elemen yang boleh

membantu menarik perhatian penonton. Antaranya ialah sari kata, bunyi yang bertetapan

dengan situasi, dan penyuntingan video yang tidak menarik. Lagu yang bersesuaian telah

dipilih dan dijadikan muzik latar belakang. Pengkaji juga telah mengambil kira panjang video

yang dibuat. Panjang video yang optimum adalah sebanyak 5-7 minit. Hal ini kerana penonton

akan berasa bosan apabila terlalu lama, dan menjadi masalah apabila terlalu sekejap.

10

Page 12: MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI · berkaita rapat dengan makanan masih lagi menjadi kekangan seperti ketiadaan gerai makanan ataupun restoran yang mencukupi di luar kolej kediaman mahupun

7.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, tugasan ini sedikit sebanyak memberi penyelesaian kepada isu

makanan yang sememangnya berlaku di Hub Pendidikan Pagoh. Oleh itu, aplikasi LAUK ini

boleh membantu menyelesaikan masalah makanan yang dihadapi oleh mahasiswa di sekitar

Hub Pendidikan Pagoh. Aplikasi ini bukan sahaja mampu membantu mahasiswa yang

kelaparan. Namun, aplikasi ini boleh membantu petugas yang membelikan makanan kepada

pelanggan. Dengan keberkesanan teknologi ini, pengkaji mendapati bahawa masa digunakan

untuk tempoh urusan pembelian makanan lebih efisyen dan efektif. Dengan kemudahan

internet dan telefon pintar, urusan ini boleh diselesaikan dengan menekan paparan skrin sahaja

dan informasi dihantar secara terus kepada pembeli makanan. walaupun aplikasi ini masih

belum diwujudkan lagi, aplikasi ini boleh jadi sebagai suatu rujukan untuk masa hadapan.

11