masyarakat

10
KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142 ) PENSYARAH : PUAN ZAWIAH BINTI ABDUL SHUKUR AHLI KUMPULAN : JESSICA ANAK MOHD ALIF BIN ASMARA KAHARUDDINSAH BIN KAHAR KUMPULAN: PISMP 7C

Upload: jessica-michael

Post on 18-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Point for assignment

TRANSCRIPT

TUTORIAL 1 BANDING BEZA DI ANTARA KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING DARI PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM

KEBUDAYAAN MELAYU(BMM3142 )

PENSYARAH : PUAN ZAWIAH BINTI ABDUL SHUKURAHLI KUMPULAN :JESSICA ANAKMOHD ALIF BIN ASMARAKAHARUDDINSAH BIN KAHAR

KUMPULAN:PISMP 7CKONSEP MASYARAKAT

Menurut Roureck dan Warren (1979), masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif serta merasakan bahawa mereka hidup bersama.

Masyarakat juga dikatakan sebagai satu kumpulan atau kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta melahirkan satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.CIRI-CIRI MASYARAKAT1. Berkelompok

Manusia ialah mereka yang hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok inilah yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain.2. Melahirkan Kebudayaan

Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generassi berikutnya dnegan proses penyesuaian.3. Mengalami Perubahan

Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu4. Berinteraksi

Salah satu syarat kewujudan masyarakat ialah terdapatnya perlakuan berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan. Komunikasi berlaku apabila masyarakat bertemu di antara satu sama lain.5. Terdapat Kepimpinan

Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan.

6. Stratifikasi Sosial

Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya atau merujuk kepada susun lapis masyarakat. Stratifikasi sosial boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta. Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasaarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahanSEKIAN,TERIMA KASIH