masyarakat agraria

43
MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUN Pengenalan/Definisi Masyarakat Feudal • masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau pemerintah ke atas golongan diperintah/bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis yang ditetapkan berdasarkan keturunan dan hubungan di antara keduanya berasaskan saling memerlukan antara satu sama lain. masyarakat feudal di England memperlihatkan raja mempunyai kuasa mutlak dan berada pada kedudukan teratas, diikuti oleh count (bangsawan), lord (tuan tanah), manor dan serf (petani) manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan tertinggi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala aspek dalam pemerintahan termasuklah tanah. Namun demikian, maharaja telah mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga syogun dan dibantu oleh daimyo serta samurai. Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England 1. Setiap serf (rakyat bawahan biasanya petani) memberi sumpah kesetiaan kepada golongan yang lebih tinggi daripada mereka. Golongan yang lebih tinggi ini ialah knight(pahlawan), bangsawan (baron, duke , lord) dan akhir sekali ialah Raja.

Upload: kartini-ismail

Post on 16-Apr-2015

196 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: masyarakat agraria

MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUNPengenalan/Definisi Masyarakat Feudal

• masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau pemerintah ke atas golongan diperintah/bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis yang ditetapkan berdasarkan keturunan dan hubungan di antara keduanya berasaskan saling memerlukan antara satu sama lain.

• masyarakat feudal di England memperlihatkan raja mempunyai kuasa mutlak dan berada pada kedudukan teratas, diikuti oleh count (bangsawan), lord (tuan tanah), manor dan serf (petani)

• manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan tertinggi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala aspek dalam pemerintahan termasuklah tanah. Namun demikian, maharaja telah mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga syogun dan dibantu oleh daimyo serta samurai.

Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England

1. Setiap serf (rakyat bawahan biasanya petani) memberi sumpah kesetiaan kepada golongan yang lebih tinggi daripada mereka. Golongan yang lebih tinggi ini ialah knight(pahlawan), bangsawan (baron, duke , lord) dan akhir sekali ialah Raja.

2. Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan Raja. Punca kekayaan golongan ini ialah tanah yang dianugerahkan oleh Raja.

3. Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada seseorang hulubalang lain yang diangkat sebagai tuan (lord) kepada vassal tersebut.

4. Harta feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca kekayaan kepada tuan tanah iaitu raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh

Page 2: masyarakat agraria

raja kepada seseorang lord kemudian lord pula akan memberikan tanah kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan.

5. Dalam aspek ketenteraan, wujud kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai penerimaan fief.

6. Kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi kewangannya.

Susun lapis masyarakat feudal di England

1. Masyarakat di England atau Eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan. Susunan masyarakat feudalnya berbentuk piramid iaitu raja atau pemimpin utama terletak di lapisan paling tinggi. Di bawahnya terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi pengikut raja atau vassal yang memberi kesetiaan kepada raja. Golongan bangsawan ini terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan kedua.

2. Golongan Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief. Bangsawan lapisan pertama pula membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua. Proses ini dikenali sebagai subinfeudation . Bangsawan lapisan ke dua seterusnya membahagikan fief mereka kepada bangsawan yang lebih rendah daripadanya atau golongan petani. Setiap bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas petani yang menentap difiefnya. Hampir kesemua petani terdiri daripada serf yang bertaraf antara orang bebas dengan hamba.

3. Golongan yang dipimpin pula merupakan golongan rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali

Page 3: masyarakat agraria

sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain.Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga petani bebas yang menyewa tanah daripada golongan bangsawan.

4. Selain itu terdapat golongan paderi yang merupakan satu kelas yang berasingan. Sebilangan besar daripada mereka terdiri daripada daripada golongan bangsawan yang mempunyai tanah sebagai Vassal dalam sistem feudal. .Menurut Ferguson dan Brunn, pada abad ke-12 dan ke-13, hampir 1/3 daripada tanah yang boleh digunakan di Eropah barat di kawal oleh greja. Bishop, abot dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan.Justeru itu mereka sering campur tangan dalam pemilihan jawatan bishop dan jawatan-jawatan lain untuk salah seorang dari ahli keluarga mereka. Akibatnya pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan meterial dan mempunyai dua tanggungjawab

Ciri-ciri Masyarakat Feudal di Jepun

1. Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas di Jepun, iaitu maharaja yang berada di kemuncak struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya termasuklah tanah. Hakikat ini dapat dilihat pada zaman Kamakura antara abad ke-12 dan 14, di mana keluarga Minamoto menjadi keluarga yang penting di Jepun. Keluarga ini mampu membekalkan keperluan keselamatan yang diperlukan oleh maharaja dan mereka turut menguasai tanah dan segala penghasilannya.

2. Sebagai ketua kepada keluarga Minamoto, Yoritomo misalnya telah melantik mereka yang setia kepadanya mewarisi jawatan jito atau pengurus tanah dan bertanggungjawab mengutip cukai. Shugo merupakan pegawai yang bertanggungjawab memastikan agar semua cukai di bayar walaupun kekerasan terpaksa digunakan. Sistem sebegini terus kekal sehingga zaman Meiji apabila beberapa perubahan besar dilakukan.

3. Menurut Abdullah Zakaria Ghazali, dalam usaha melihat sejarah sistem Feudal di Jepun, maka zaman Kamakura tidak harus ditinggalkan kerana zaman ini merupakan akar kepada keberlangsungan sistem feudal yang hanya tamat pada

Page 4: masyarakat agraria

pertengahan abad ke-19. Menurutnya lagi, sistem feudal tumbuh subur di Jepun kerana kewujudan estate persendirian yang dikenali sebagai syo atau syoen. Pertumbuhan estet-estet persendirian ini telah dipercepatkan oleh kemerosotan golongan aristokrat dan kebangkitan golongan perwira (buke).Golongan ini memberi taat setia kepada Kamakura dan hasil daripada ketaatsetiaan ini menyebabkan mereka mendominasi jawatan jito serta shugo. Gabungan organisasi inilah yang menjadi asas kepada kemunculan sistem feudal di Jepun.

4. Sehubungan itu kita dapat melihat sistem feudal di Jepun telah melahirkan dua golongan yang saling bergantung antara satu sama lain, iaitu golongan birokrasi pemerintahan dan golongan tentera. Golongan birokrasi pemerintahan termasuklah tuan-tuan tanah atau daimyo yang bertanggungjawab menyumbangkan sebahagian daripada hasil tanah kepada maharaja.

5. Selain itu perjalanan sistem feudal di Jepun agak unik dan berbeza dengan negara lain. Ini disebabkan wujud keterikatan yang kuat antara golongan daimyo dengan tentera dan petani , manakala maharaja tidak mempunyai sebarang peranan.Kemunculan golongan tentera khusus (profesional) di Jepun begitu berpengaruh dalam menentukan hala tuju pemerintahan. Golongan daimyo merupakan kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya dikatakan mengalahkan kuasa maharaja.

6. Golongan tentera mempunyai kebolehan yang besar dalam peperangan dan digunakan oleh golongan bangsawan sama ada untuk mempertahankan hak milik mereka atau menjaga keselamatan tuan-tuan mereka. Kekuatan ketenteraan ini menjadi tulang belakang kepada kebangkitan daimyo di Jepun sehingga maharaja tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.

Susun lapis masyarakat feudal di Jepun

1. Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun, Daimyo dan Samurai. Golongan diperintah terdiri daripada petani, tukang dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa.

Page 5: masyarakat agraria

2. Dalam hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas. Namun semasa pemerintahan Shogun Tokugawa Maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir. Baginda hanya menjadi lambang perpaduan rakyat. Kuasa pemerintah terletak kepada Shogun Tokugawa. Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun terjamin. Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang penyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.

3. Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan telah dikurniakan tanah yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada Shogun. Daimyo Tozama terdiri daripada mereka yang memusuhi Shogun. Mereka telah ditempatkan jauh daripada Shogun untuk mengelak ancaman daripada mereka.

4. Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa. Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan negara dan Daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain.

5. Dalam kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi. Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi upah hanya secukup makan sahaja kerana hasil beras untuk negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja.

6. Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada dibawah petani. Mereka mahir dalam pembuatan pedang dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang.

7. Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial. Namun keadaan aman telah

Page 6: masyarakat agraria

menyebabkan ekonomi berkembang dan para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah memperbaiki status diri mereka.Perbandingan ciri-ciri masyarakat feudal di England dan Jepun Persamaan:

1. Konsep masyarakat feudal yang berasaskan saling memerlukan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah dan berbentuk piramid2. Pembentukan masyarakat adalah berdasarkan keturunan dan sistem kelas3. Kurang perubahan status atau mobiliti sosial4. Peperangan adalah fenomena biasa dalam kalangan masyarakat5. Peralatan peperangan adalah bersifat tradisional iaitu menggunakan kuda, pedang dan baju perisai

Perbezaan:

1. Masyarakat feudal di England menekankan hak, undang-undang dan kewajipan manakala di Jepun menekankan aspek moral, kesetiaan dan dipengaruhi oleh etika Confucius2. Pembinaan istana di England menggunakan batu manakala di Jepun menggunakan kayu3. Kuasa pemerintahan dikongsi dalam badan perwakilan di England tetapi di Jepun4. kuasa dan kesetiaan adalah sesuatu yang mutlak5. Di England, sesiapa boleh memiliki tanah asalkan berjasa kepada pemerintah (Knight) tetapi di Jepun golongan samurai tidak berhak untuk mempunyai tanah6. Di England, penyatuan rakyat dijalankan oleh Raja tetapi di Jepun ia dilaksanakan oleh ketua tentera

Page 7: masyarakat agraria

MASYARAKAT AGRARIA : DEFINISI/MAKSUD

Konsep/Definisi:

Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kepada pertanian iaitu bercucuk tanam dan menternak binatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi; tanaman bijirin pula ialah gandum, barli, oat, kubis, kekacang dan sebagainya. Selain itu, masyarakat juga menjalankan aktiviti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada peringkat awal. Penempatan mereka terbentuk di sekitar kawasan yang subur seperti lembah-lembah sungai, kawasan berbukit, serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap. Pada masa yang sama masyarakat agraria mempunyai hubungan dengan masyarakat maritim dan saling bergantungan.Masyarakat agraria di China menjalankan kegiatannnya atas arahan golongan pembesar.

Manakala di Eropah telah berlaku perubahan politik dan ekonomi yang pesat terutama selepas keruntuhan sistem feudal sehingga telah terbentuk beberapa buah negara bangsa yang baru seperti Portugal, Sepanyol, England dan Belanda. Pentadbiran berpusat ini telah dikuasai oleh raja yang berkuasa mutlak dan pentadbiran ini telah membolehkan kerajaan menyeragamkan sistem pemerintahan. Penyeragaman pentadbiran ini telah memberi kesan yang besar kepada sistem ekonomi yang dijalankan.

Pada abad ke-16 dan 17, negara Belanda dan China mengamalkan ekonomi mekantilisme iaitu kerajaan akan campur tangan dalam kegiatan ekonomi bagi tujuan mengukuhkan lagi kekuasaan politik dan kekayaan negara.Campur tangan kerajaan ini dapat memastikan perkembangan ekonomi selaras matlamat kerajaan.

Page 8: masyarakat agraria

Terdapat beberapa unsur di dalam pengamalan ekonomi mekantilisme yang dijalankan oleh negara Belanda dan China seperti unsur nasionalisme, paternalisme dan imperialsme. Bagi negara Belanda masyarakatnya mengamalkan unsur paternalisme dan imperialisme. Manakala negara China pula mengamalkan unsur nasionalisme dan paternalisme.

Unsur nasionalisme merupakan sesebuah negara atau masyarakat menjalankan ekonomi yang kendiri iaitu tidak bergantung kepada negara lain untuk memenuhi keperluannya. Unsur paternalisme pula memperlihatkan kerajaan memainkan peranan penting dalam mengatur kegiatan ekonomi, sosial dan politik. Manakala unsur imperialisme sangat penting dalam ekonomi mekantalisme iaitu negara tersebut perlu mempunyai tanah jajahan diseberang laut yang mampu memenuhi keperluan dalam negara. Dengan mempunyai unsur-unsur inilah maka negara Belanda dan China dapat memperkembangkan ekonomi agraria sepanjang abad ke-16 dan 17.

MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA 1. Ekonomi negara Belanda mula berlaku perkembangan terutama selepas

Belanda berjaya bebas daripada cengkaman kuasa Sepanyol pada tahun 1585. Taraf hidup masyarakat Belanda semakin meningkat apabila berlaku revolusi pertanian dan revolusi perkapalan telah menjadikan Belanda sebagai kuasa perdagangan di Eropah serta menjadikan pelabuhan Amsterdam sebagai pelabuhan yang sibuk pada abad ke-16 dan 17.

2. Masyarakat petani terutama disebelah utara Belanda telah mengusahakan kegiatan pertanian secara kecil kecilan dan secara sistem pertanian padang terbuka. Hasil pertanian ini untuk pasaran tempatan di bandar-bandar negara Belanda sahaja.

3. Dalam sistem ini, tanah pertanian dibahagi kepada bidang tanah iaitu setiap bidang tanah dibahagi kepada beberapa lajur tanah secara memanjang untuk diusahakan oleh petani. Petani hanya akan mengusahakan beberapa bidang tanah sahaja dan sebidang lagi akan dibiarkan kosong atau tanah rang sahaja untuk mengembalikan kesuburan tanah bagi musim akan datang.

4. Pada abad ke-17, revolusi pertanian yang berlaku telah mendorong pertambahan tanah pertanian kepada 36 ribu ekar sekitar tahun 1590 hingga

Page 9: masyarakat agraria

tahun 1615, begitu juga dengan masyarakat petani dan penggunaan kuda dalam pertanian turut bertambah. Kegiatan dan pengeluran hasil pertanian semakin meningkat apabila kerajaan Belanda berjaya menambak laut untuk dijadikan kawasan pertanian. Penggunaan teknologi kincir angin semakin merancakkan lagi kegiatan pertanian di Belanda kerana kawasan tanah tinggi boleh disalurkan air untuk pertanian.

5. Masyarakat agraria Belanda menggunakan kaedah tanaman giliran antara tanaman ubi-ubian, kekacang dan bijirin. Kaedah ini akan mengembalikan kesuburan tanah dan meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian. Tumpuan utama masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijirin seperti gamdum, barli, oat yang menjadi sumber utama Belanda. Tanaman lain pula yang diusahakan ialah kobis, kekacang, jagung dan bunga-bungaan. Hasil-hasil ini akan dieksport keluar negara.

6. Selain itu, masyarakat agraria Belanda juga mengusahakan kegiatan penternakan binatang terutama lembu tenusu untuk pengeluaran hasil tenusu. Belanda telah menjadi pusat utama penternakan lembu ini. Lembu-lembu daging pula diternak untuk disembelih dan dieksport ke kawasan lain di Belanda antara tahun 1500 hingga tahun 1660.

7. Masyarakat agraria Belanda di desa turut mengusahakan industri tekstil terutama di Flanders dan Brabant. Mereka mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Masyarakat di bandar pula, menggunakan mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain kemudian dipasarkan sehingga tahun 1568.

8. Pada abad ke-17, industri tekstil di Leiden semakin berkembang terutama dalam pengeluaran kain-kain jenis woolen, says, fustians dan camlets. Perkara ini telah mendorong pertambahan pengeluaran kain sehingga meningkat sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an. Selain Leiden, Haarlem telah menjadi bandar pengeluran kain linen utama untuk dipasarkan ke Eropah.

9. Hampir 1/5 masyarakat agraria Belanda telah mengusahakan kegiatan menangkap ikan terutama di kawasan Holland dan Zealand merupakan perairan yang kaya dengan ikan herring berkualiti tinggi. Pada abad ke-17, masyarakat Belanda telah menangkap ikan dari Laut Utara hingga ke Selat Inggeris dengan menggunakan kapal-kapal yang bersaiz besar sehingga menjangkau 30 tan

Page 10: masyarakat agraria

beratnya. Mereka berjaya mengatasi nelayan Jerman untuk menguasai pasaran ikan di kawasan Baltik. Mereka akan berada di laut selama 8 minggu dengan anak kapal antara 10 hingga 15 orang.

10. Masyarakat agraria Belanda juga terkenal dalam industri pembinaan kapal yang terbaik di Eropah iaitu bermutu tinggi, tahan lasak, dan boleh memuatkan muatan yang lebih.Industri ini telah mendapat kepercayaan masyarakat pedagang di Eropah pada abad ke-17. Sekitar tahun 1630-an, Belanda telah berjaya membina 2 500 buah kapal dan separuhnya untuk kegunaan di Eropah seperti negara England, Perancis dan Sepanyol. Perkembangan industri perkapalan ini telah mendorong perkembangan perdagangan Belanda terutama pada tahun 1648.

11. Kapal-kapal Belanda telah digunakan untuk mengangkut gandum dan barli dari Poland dan Timur Prusia, seterusnya ke Perancis, Sepanyol dan Mediterranean. Kapal-kapal ini juga turut digunakan untuk mengangkut besi dari Sweden dan barangan perdagangan dari Rusia, Timur Hindia, Brazil, Jepun, Asia Tenggara dan Kepulauan Barat Afrika. Perkembangan ini membolehkan Belanda menguasai perdagangan Eropah pada abad ke-16.

12. Pada abad ke ke-16, hubungan antara pelabuhan Antwerp di Belanda dengan pelabuhan Lisbon di Portugal amat rapat. Apabila pelabuhan Antwerp jatuh ke tangan Sepanyol pada tahun 1585, aktiviti perdagangan telah berpindah ke pelabuhan Amsterdam dan telah muncul sebagai pusat perdagangan yang baru. Akibat pemberontakan oleh orang Belanda di bahagian utara telah mendorong Raja Phillip II menutup pelabuhan Lisbon dan menghalang kapal-kapal dari Belanda memasuki pelabuhan Lisbon.

13. Keadaan ini telah menyebabkan pedagang-pedagang Belanda mencari sendiri barangan mereka sehingga mendorong Belanda menawan Kepulauan Rempah di Asia Tenggara. Tujuan Belanda bertindak demikian untuk menguasai perdagangan di Timur, menghapuskan monopoli Portugal dan Sepanyol, mengumpul kewangan untuk menentang kekuasaan Sepanyol di Belanda dan menawan pusat perdagangan Portugal di Timur.

Page 11: masyarakat agraria

14. Pada tahun 1596, Belanda di ketuai oleh De Houtman telah sampai ke pelabuhan Bantam yang kaya dengan lada hitam, kemudian singgah di Jakarta, Pulau Madura, Bali dan kembali semula ke Amsterdam pada tahun 1597.

15. Pada tahun 1598, 22 buah kapal dari Belanda menuju ke Timur dan telah meningkat kepada 60 buah kapal menuju ke Kepulauan Rempah di Timur antara tahun 1595 hingga tahun 1601. Mereka telah mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan di Kepulauan Rempah di Asia Tenggara dengan memberi perlindungan kepada pemerintah tempatan seperti dengan Pulau Ambon (1600) dan Pulau Banda (1602). Sebagai balasan Belanda dapat memonopoli perdagangan buah pala.

16. Bagi menjamin dan mengukuhkan kedudukan Belanda di Kepulauan Rempah ini, maka pada tahun 1602, parlimen Belanda bersetuju menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda atau Vereenigde Oostindische Compagine (VOC). Dengan bermodal sebanyak 6½ juta guilder. Pengusaaan ini telah membolehkan Belanda mengawal sepenuhnya perdagangan import seperti lada hitam, bunga cengkih, buah pala, kulit kayu manis dan bunga lawang di Eropah. Pada tahun 1690, VOC telah memperkenalkan tanaman kopi di Jawa setelah berjaya dalam tanaman rempah.

17. Pada awal abad ke-17, usahawan atau pemodal Belanda yang berjaya telah menceburi perniagaan insuran dan perdagangan mata wang asing serta turut memberi pinjaman kepada negara Denmark, Austria dan Sepanyol. Sebagai contoh, usahawan atau pemodal Nouis de Geer telah mengusahakan kilang senjata di Sweden dan ada usahawan Belanda memonopoli perdagangan eksport di Rusia.

18. Bank Amsterdam adalah bank yang paling berjaya di Eropah iaitu antara tahun 1611 hingga tahun 1701, deposit Bank Amsterdam meningkat daripada 1 juta florin kepada 16 juta florin. Perkembangan perdagangan luar negara, industri dan pertanian di Belanda telah menarik kedatangan pedagang luar dan tempat ke Amsterdam pada tahun 1609. Perkembangan dan pengukuhan perdagangan dan mata wang telah meningkatkan perdagangan antarabangsa di Amsterdam.

19. Penubuhan bank dan badan kewangan yang lain telah meningkatkan urusan perdagangan seperti Bank Amsterdam. Penubuhan bank ini telah memudahkan

Page 12: masyarakat agraria

lagi pemindahan wang dan pinjaman kepada pedagang sebagai pelaburan jangka panjang. Keadaan ini telah meningkatkan keupayaan pelabuhan Amsterdam dalam perdagangan antarabangsa. Kerajaan Belanda telah berusaha menaik taraf pelabuhan Amsterdam seperti mendalamkan lagi pelabuhan Amsterdam, menyediakan lebih banyak gudang menyimpan barang dagangan, menyediakan kemudahan asas lain dan menghubungan pelabuhan dengan jalan darat yang lain.

20. Usaha kerajaan Belanda ini telah memberi peluangan pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan ekonomi Belanda juga mencapai tahap kegemilangannya pada abad ke-17

MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA

1. Negara China mempunyai keluasan hampir 9.6 juta km persegi tetapi tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian hanyalah 15% sahaja. Kawasan lain terdiri daripada pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara China. Negara China juga sebahagian besarnya berada dalam kawasan hawa sederhana mengalami perubahan iklim dari kawasan tropika ke kawasan sejuk. Walaupun berkeadaan demikian, negara China masih lagi mampu mengeluarkan makanan daripada perlbagai jenis tanaman untuk kegunaan masyarakat dan untuk dieksport ke negara luar.

2. Pada zaman pemerintahan Dinasti Ming dan Qing, negara China masih dipanggil masyarakat agraria iaitu meliputi 85% daripada keseluruhan penduduk dan tinggal di desa. Masyarakat agraria China tertumpu di kawasan timur laut China dengan Mongolia. Kawasan ini mempunyai dataran loes yang subur disepanjang Sungai Kuning. Di sebelah selatan pula terdapat pula Sungai Yangtze (sungai terbesar di China) yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat agraria di China.

3. Tanah di negara China semua dimiliki oleh maharaja dan dikurniakan kepada golongan bangsawan atau pembesar (tuan tanah). Tanah merupakan satu aset yang amat berharga yang dapat menentukan status sosial seseorang itu. Tuan-

Page 13: masyarakat agraria

tuan tanah ini akan memberikan kepada golongan rakyat masyarakat agraria untuk diusahakan.

4. Tanah ini akan diusahakan dari satu generasi ke satu generasi secara bersama dan tidak mengutamakan hak individu. Masyarakat agraria China mengusahakan tanah pertanian secara tradisional dengan menggunakan peralatan lama dan najis binatang untuk menyuburkan tanah. Namum, hasil yang diperolehi masih cukup untuk menampung keperluan harian mereka tetapi tidak dapat menyimpan.

5. Walaupun negara China mempunyai tanah yang subur dan masyarakat agrarianya cekap bercucuk tanam, namum mereka masih hidup dibelenggu dengan kemiskinan.

6. Tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning. Tanaman lain turut diusahakan seperti menanam kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin lain. Masyarakat China yang tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam padi huma, sekoi dan kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.

7. Masyarakat agraria China mula mengalami perubahan di zaman Dinasti Ming apabila wujudnya hubungan luar dengan negara-negara luar seperti selatan India, Sri Lanka, Hormuz, dan persisir pantai timur Afrika. Hubungan ini telah meningkatkan aktiviti perdagangan China dengan pedagang-pedagang dari luar terutama di pelabuhan Canton.

8. Kedatangan pedagang luar ini telah menyebabkan negara China menerima pelbagai aspek dari tamadun luar. Perkara ini secara langsung telah membawa banyak perubahan dalam bidang pertanian dan ini akan meningkatkan lagi ekonomi negara China. Seterusnya, membolehkan negara China menikmati kemakmuran dan kekayaan dalam pertambahan penduduk dan bidang pertanian.

9. Semasa pemerintahan Dinasti Ming, China telah berusaha untuk meningkatkan hasil pertanian mereka dengan memperkenalkan sistem pengairan, mengamalkan tanaman giliran mengikut musim, memperkenalkan peralatan

Page 14: masyarakat agraria

pertanian yang baru, meningkatkan keluasan kawasan pertanian dan penggunaan baja.

10. Penanaman padi jenis baru telah diperkenalkan dari selatan Vietnam yang boleh ditanam dua kali setahun dan tidak memerlukan air yang banyak. Ini telah memboleh padi ini di tanam di kawan tanah tinggi yang kekurangan air. Tanaman baru yang lain turut diperkenalkan seperti tanaman kekacang, ubi kentang manis, barli dan jagung yang dibawa dari Asia Barat. Tanaman baru ini telah meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian masyarakat agraria.

11. Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan; teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan selatan Kingsu; kapas di Kinagsu dan daerah utara; perlombongan di Yunnan; perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan, dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.

12. Seterusnya negara China semakin berkembang ekonominya terutama dalam pembuatan porselin, pembuatan kertas, sutera dan kapas di bandar Nanjing dan Beijing.

13. Industri porselin memberi sumbangan dalam pendapatan negara China dan bandar Kiangsi muncul sebagai pusat pengeluran porselin utama. Soochow pula sebagai bandar pusat industri tekstil dan Sungkiang menjadi pusat pengeluran kain kapas. Tanaman kapas menjadi tanaman penting di zaman Dinasti Ming. Industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang kepada ekonomi masyarakat agraria di China.

14. Semasa pemerintahan Dinasti Ching (1644-1911), kerajaan China hanya membiarkan ekonomi berada di tangan golongan bangsawan. Golongan ini hanya mengawasi sistem pao-chia (tanggungjawab kolektif) untuk mengawal kaum petani. Manakala di zaman Kang-hsi, ekonomi China berlaku pemulihan dan hasil pengeluaran pertanian bertambah. Sebagai contoh pada tahun 1661, kawasan pertanian seluas 549 juta ekar (mu) meningkat kepada 724 juta ekar (mu) pada tahun 1725 dan 781 ekar pada tahun 1766.

15. Masyarakat agraria China juga turut menjalankan kegiatan perusahaan pertukangan secara perkongsian modal dan tanggungjawab untuk memajukan

Page 15: masyarakat agraria

perusahaan ini. Mereka akan bergabung mengikut wilayah menjadi satu kesatuan peniaga yang akan disertai oleh kesatuan peniaga, kesatuan penenun, kesatuan peniaga bank, kesatuan peniaga pakaian, dan kesatuan peniaga emas. Persatuan berperanan sebagai badan yang akan mengawal harga barangan, menatapkan nilai barangan, dan menyelesaikan segala masalah atau pertikaian antara ahli-ahli persatuan.

16. Masyarakat agraria China turut menjalankan ekonomi perdagangan walaupun kegiatan ini dianggap hina dan rendah tarafnya di negara China. Namum kegiatan ini sebenarnya memberi pulangan yang cukup besar kepada negara dan masyarakatnya.

17. Aktiviti perdagangan berkembang dengan baik kerana adanya sistem pengangkutan yang baik iaitu sungai sebagai jalan perhubungan yang utama seperti Sungai Yangtze, Sungai Peiho dan Sungai Kuning. Manakala terusan turut dibina untuk merancakkan lagi aktiviti perdagangan seperti Terusan Besar (menganjur dari Peking ke Hangchow di selatan Sungai Yangtze) dan terusan-terusan kecil di bahagian tengah dan selatan China. Sistem perhubungan darat masih primitif iaitu masyarakat masih menggunakan unta dan keldai sebagai pengangkutan utamanya.

18. Aktiviti perdagangan China bukan hanya tertumpu kepada perdagangan dalam negara dan kawasan Asia sahaja tetapi turut berlaku dengan pedagang dari negara Barat terutama di abad ke-16 dan 17. Kekayaan negara China dengan hasil perlombongan arang batu, besi, tembaga, bijih timah, timah hitam, antimoni dan perak telah menarik ramai pedagang dari Barat ini. Pada abad ke-16, pedagang dari Portugal, Sepanyol, Belanda, Rusia dan British telah mula berdagang dengan China.

19. Pada tahun 1532, aktiviti perdagangan dengan pedagang Portugal telah bermula di pelabuhan Macau dan dibenarkan berdagang di Canton pada masa-masa tertentu sahaja dengan dipantau ketat oleh pembesar China. Melalui aktiviti perdagangan ini China dapat membeli barangan perak dari Portugal dan pedagang Portugal pula membeli sutera untuk dibawa ke Eropah.

20. Pada tahun 1575, pedagang Sepanyol telah tiba di China dan diikuti boleh pedagang Belanda pada tahun 1604. Rusia pula telah menghantar wakilnya untuk

Page 16: masyarakat agraria

menjalinkan hubungan perdagangan dengan China pada tahun 1654. Seterusnya pedagang British pula tiba di China pada tahun 1639 untuk berdagang dengan China. Aktiviti perdagangan ini telah menyebabkan pengaliran keluar wang perak China dengan banyak dan ini telah mengakibatkan China berada di ambang inflasi.

21. Oleh itu di zaman Dinasti Ching, kerajaan China telah mula mengamalkan dasar pintu tertutup terhadap aktiviti perdagangan dan hanya membuka pelabuhan Canton sahaja untuk aktiviti perdagangan, itupun dikawal ketat oleh peraturan negara China.

22. Pedagang-pedagang Barat mula tidak berpuasa hati dengan dasar kerajaan China dalam aktiviti perdagangan ini kerana bertentangan dengan amalan prinsip atau konsep perdagangan bebas yang diamalkan oleh Barat. Wakil-wakil Barat terutama British telah dihantar untuk berunding dengan kerajaan China tetapi semuanya menemui kegagalan.

23. Kegagalan ini akhirnya telah mencetuskan ketegangan hubungan dan telah menbawa kepada Perang Inggeris-China 1 atau Perang Candu 1 pada tahun 1839 hinga tahun 1842.

Page 17: masyarakat agraria

MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMANPengenalan

Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan revolusi industri selepas di England pada 1860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.

Pertambahan penduduk juga telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri seperti di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin ramai telah membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di kawasan industri.

Longgokan sumber bahan mentah yang banyak juga menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jerman seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada abad ke19.

Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman

1. Kemajuan dalam sistem pertanian

- Kemajuan teknologi telah meningkatkan mekanisme dalam kegiatan pertanian seperti masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan penggunaan kuda.

- Kemajuan dalam pertanian juga menghasilkan kajian saintifik tentang tanah, misalnya melalui penemuan Humphry Davy (1802) tentang sumbangan ilmu kimia dalam mengatasi masalah kesuburan tanah dan tanaman. Pada tahun 1840 pula,

Page 18: masyarakat agraria

saintis Jerman, Justus von Leibig telah menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan (kimia)

- Selain itu petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak lembu dengan diselangi oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang.

2. Perkembangan perindustrian

- Pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia telah mendorong kepada kewujudan masyarakat industri.

- Kemajuan dalam industri kulit melahirkan perubahan dalam gaya hidup

- Kemajuan dalam industri tekstil khususnya di Berlin

- Ciptaan-ciptaan baru mencetuskan inovasi baru dalam teknologi di Jerman seperti industri kimia dan elektrik.

3. Kemajuan dalam sistem pengangkutan

- Masyarakat industri di Jerman juga maju dalam sistem pengangkutan.

- Kemajuan yang pesat dalam industri besi dan keluli telah membawa perkembangan dalam sektor pengangkutan khususnya dalam pembinaan jalan kereta api.

- Borsig telah muncul sebagai pengeluar utama kereta api dan kemudian diikuti oleh pembinaan jalan kereta api ke bandar-bandar lain di Jerman.

4. Perdagangan antarabangsa

- Pada tahun 1870an berlaku perkembangan pesat dalam perindustrian di Jerman yang menyebabkan pertambahan dalam eksport sehingga mencetuskan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah.

- Daripada perkembangan tersebut, perluasan wilayah perlu dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan.

Page 19: masyarakat agraria

- Pada tahun 1897, Jerman mempunyai hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu serta membina pengkalan tentera di sana

5. Kemajuan dalam sistem kewangan

- Pada tahun 1840an, Bank of Prussia menjalankan perniagaan perbankan sebagai join stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.

- Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellschaft of Stuttgart (1851), Deutsche Bank (1870), Darmstadter Bank (1870) dan Dresdener Bank (1872)

- Melalui sistem perbankan, membawa kemunculan kelas pengusaha industri baru pada abad ke 18 kerana mereka mendapat bantuan modal daripada bank.

- Penyaluran modal tersebut membolehkan pihak bank mempunyai kuasa mengawal perusahaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat industri.

- Selain itu penubuhan kartel di Jerman juga membantu perkembangan industri apabila menguasai bekalan dan harga jualan bagi produk-produk

6. Dasar kerajaan

- Kewujudan masyarakat industri di Jerman juga dirangsang oleh dasar kerajaan Jerman yang menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal untuk melahirkan ramai tenaga mahir.

- Undang-undang insurans sosial juga dikuatkuasakan pada tahun 1883

- Selain itu banyak pusat-pusat kesihatan dibina yang mana kos pembiayaan 2/3 ditanggung oleh oleh pekerja dan selebihnya oleh majikan

- Kerajaan juga memanipulasi pengeluaran akhbar sebagai satu langkah mengawal pemikiran rakyat

Page 20: masyarakat agraria

- Seterusnya kerajaan Jerman mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank

- Kerajaan Jerman fokus kepada kilang pengeluaran peralatan tentera dan senjata di Eropah

MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLANDPengenalan

Pada umumnya, revolusi perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu ekonomi yang kompleks. Revolusi perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada tahun 1760 hingga tahun 1860. Manakala tahap kedua pula revolusi perindustrian telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun antara tahun 1860-an hingga tahun 1914.

Revolusi perindustrian mempunyai beberapa maksudseperti perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Ia juga mempunyai pengertian lain iaitu melibatkan proses perubahan dalam industri, dalam bidang penggunaan sumber tenaga, bidang sosial dan intelektual. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin pengeluaran dan proses kimia.

Menurut Straubhaar dan LaRose , masyarakat industri wujud selepas berlakunya Revolusi Industri yang dikaitkan dengan penemuan mesin wap di Eropah (Britain) pada tahun 1712. Masyarakat industri mengalami perubahan yang pesat dalam bidang ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi agraria kepada ekonomi industri yang penggunaan mesin dalam memproses bahan mentah menjadi barangan siap atau barangan kilang.

Perkembangan revolusi ini telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme iaitu satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian ke atas aset-aset kilang yang dianggap sebagai modal. Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan England berubah daripada negara agraria (pertanian) kepada

Page 21: masyarakat agraria

negara perindustrian serta menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk yang tinggi.

Revolusi Perindustrian yang berlaku juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera, sistem kilang dengan pengeluaran yang berlibat ganda, pengumpulan modal yang memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan berlakunya pertambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik kilang, saudagar, peniaga, ahli-ahli bank, doktor, peguam dan jurutera.

Faktor-Faktor Yang Mendorong Tercetusnya Revolusi Perindustrian di England.

1. Berlakunya perkembangan pesat dalam sektor pertanian telah menambahkan pengeluaran makanan di England.

2. Perkembangan industri tekstil yang merupakan perusahaan tertua di England telah mendorong pengambilan beribu-ribu tenaga kerja untuk menghasilkan barangan tekstil.

3. Revolusi ini juga berlaku kerana England mempunyai modal yang banyak yang dipusatkan di Bank England dan juga mempunyai bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih timah. Bekalan bahan mentah ini juga dibekalkan oleh empayar England di luar negara.

4. Di England juga berlaku pertambahan penduduk turut menyumbang kepada bekalan tenaga buruh yang tinggi untuk kilang dan pasaran yang tersedia sama ada dalam negara dan empayar luar England.

5. England juga mempelopori perindustrian di Eropah kerana mempunyai hasil kekayaan yang dikumpul daripada pengamalan dasar mekantilisme. England juga muncul sebagai negara yang pertama berlaku revolusi perindustrian kerana tidak mendapat persaingan daripada negara-negara Eropah yang lain seperti Perancis dan Jerman.

Page 22: masyarakat agraria

6. Pada abad ke-18, England mengamalkan satu bentuk sistem aristokrat yang terbuka iaitu golongan aristokrat (bangsawan) diberi keistimewa yang banyak, memiliki kekayaan dan pengaruh politik. Di bawah sistem terbuka ini golongan pedagang diterima secara terbuka dan mempunyai hubungan yang rapat antara kedua-duanya.

7. Golongan puritan merupakan sebahagian kecil golongan agama bermazhab protestan yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja kebangsaan di England) terhadap pengekalan amalan dan sifat gereja tradisional Kristian. Golongan ini turut membantu perkembangan rovolusi perindustrian di England dengan melabur sejumlah wang dalam industri. Mereka juga memperkenalkan kemajuan sains dan teknologi dalam bidang industri.

8. Penciptaan baharu dalam revolusi pertanian seperti mesin menyemai benih, mesin pembajak Rotterham, jentera berkuasa wap dan mesin memukul yang menggunakan kuasa wap telah mendorong berlakunya revolusi perindustrian di England. Penciptaan mesin-mesin ini telah dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia dan meningkatkan hasil pertanian seterusnya hasil yang berlebihan ini dijadikan sebagai sumber bahan mentah dalam sektor industri.

Ciri-Ciri Masyarakat Industri di England

1. Kemajuan dalam sistem pertanian

- Sistem pertanian yang berkonsepkan pemagaran tanah untuk mengasingkan kawasan tanah yang dimiliki di antara individu. Kesannya antara tahun 1761 hingga 1793, hampir 5 juta ekar tanah telah dipagar melalui Akta Pemagaran Tanah.

- Sistem Tanaman Bergilir Norfolk telah diperkenalkan pada akhir abad ke-18. Dalam sistem ini tanah pertanian akan digunakan sepanjang tahun melalui penanaman secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan seperti lobak, gandum, barli dan rumput. Kaedah ini dapat megekalkan kandungan nitrogen dalam tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa

Page 23: masyarakat agraria

- Petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak biri-biri serta menanam rumput dalam kawasan yang sama.

- Pengenalan teknik penanaman baru dan jentera seperti alat penggali dan penabur benih yang dicipta oleh Jethro Tull

- Pengenalan baja kimia

- Coke of Holkham memperkenalkan sistem pengurusan ladang yang lebih moden dan tebus guna tanah secara heavy manuring

2. Masyarakat yang berasaskan kepada perindustrian

- Perkembangan industri tekstil membawa kepada penciptaan mesin pemintal dan mesin tenun yang menggunakan kuasa air.

- Perindustrian besi telah membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang bagi menghasilkan besi tempa

- Pada akhir abad ke-18, kuasa wap tealah digunakan untuk mengendalikan jentera

3. Kemajuan dalam sistem pengangkutan

- Masyarakat industri juga menikmati kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, jalan keretapi dan terusan/sungai.

- Pembinaan kapal menggunakan rangka besi pada 1787 dan penggunakan enjin berkuasa wap pada 1802 menjadikan industri pembuatan kapal semakin berkembang

- Pembinaan lokomotif pada 1801 dan penggunaan minyak tar untuk menurap jalan menjadikan sistem pengangkutan lebih lancar.

- Landasan kereta api yang moden dibina pada 1825 yang menghubungkan lombong arang batu Durham di Stockton dengan Darlington merancakkan perindustrian di England

4. Penghijrahan dan pertambahan penduduk

- Masyarakat industri menyumbang kepada pertambahan penduduk. Penduduk England telah meningkat dengan mendadak antara tahun 1800 hingga 1850 dan lebih separuh populasi tinggal di bandar-bandar terutamanya London

Page 24: masyarakat agraria

- Selain itu kemajuan infrastruktur telah menyumbang kepada penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Antara kawasan yang mengalami pertambahan penduduk yang pesat ialah Lancashire, Yorkshire dan Nottinghamshire

- Penghijrahan penduduk dari Ireland juga memajukan industri tekstil di England

- Kehidupan penduduk yang semakin berkualiti juga menyebabkan peningkatan jumlah penduduk yang ketara di negara berkenaan.

5. Perluasan perdagangan antarabangsa

- Masyarakat industri juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa apabila berlaku pertambahan penghasilan barangan dalam industri pembuatan. Kemajuan dalam industi tekstil telah menyebabkan pengeksportan kain kapas dari Manchester dan Leeds.

- Demi untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa, England telah memansuhkan tarif import bahan mentah bagi membolehkan barang-barang dieksport ke luar negara.

6. Perubahan gaya hidup

- Kehidupan bebas masyarakat di bandar membawa kepada pelbagai masalah sosial yang kritikal seperti keruntuhan moral, kegiatan pelacuran dan perlakuan jenayah dan sebagainya.

- Justeru masyarakat yang tinggal di bandar harus menyesuaikan cara hidup yang penuh mencabar dan berlandaskan material dengan lebih berdikari, berilmu pengetahuan dan mengejar kekayaan.

7. Masalah pencemaran dan kesihatan

- Industri perkilangan menyebabkan berlakunya pencemaran yang menjejaskan kesihatan masyarakat

- Pencemaran air menyebabkan merebaknya pelbagai penyakit dan bertambahnya kematian di kawasan bandar

- Akta kesihatan awam telah ditubuhkan pada 1875 untuk mengurang dan memperbaiki keadaan kesihatan masyarakat

8. Kemunculan kelas baharu masyarakat

Page 25: masyarakat agraria

- Selain kelas pekerja wujud golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada pemilik kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam dan jurutera.

- Pertumbuhan ekonomi yang pesat menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kedudukan dan pendapatan kelas pertengahan.

- Golongan ini mempunyai kuasa politik yang berjuang mendapatkan perwakilan di parlimen untuk menyuarakan kepentingan mereka dalam bidang perdagangan dan ekonomi.

9. Kemunculan golongan proletariat

- Kesan daripada akta Pemagaran Tanah menyebabkan hampir 85% tanah pertanian dikuasai oleh pemajak-pemajak yang mempunyai modal manakala golongan petani yang tidak memiliki tanah menjadi buruh untuk mendapat upah di ladang atau berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang dan dikenali sebagai golongan proletariat.

- Pekerja-pekerja ini terdiri daripada pelbagai golongan termasuk wanita dan kanak-kanak yang dibayar upah minimum dan dipaksa bekerja dalam tempoh yang panjang iaitu 12 jam sehari

- Kebajikan pekerja yang tidak terbela menyebabkan golongan yang tidak berpuas hati dengan majikan telah mengadakan rusuhan pada tahun 1800 dan masyarakat pekerja dibenarkan untuk menubuhkan Kesatuan sekerja.

- Sehubungan dengan itu beberapa akta telah digubal antaranya Akta Kilang 1833 dan Akta Lombong 1842.

10. Kelahiran idea-idea baru

- Masyarakat industri maju dalam pemikiran apabila melahirkan idea-idea baru yang berupaya menyumbang kepada keadilan dalam bidang ekonomi dan sosial

- Hasilnya lahirlah pemikir sosialis awal seperti Claude Henri de Saint-Simon yang menyeru kerajaan agar memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan ekonomi dan meningkatkan kebajikan rakyat.

- Manakala pemikir terkenal Robert Owen pula mengatakan bahawa kapitalisme harus bersifat kemanusiaan dalam mengejar keuntungan. Majikan perlu membayar upah yang tinggi, mementingkan kebajikan pekerja dan masa bekerja tidak lebih 10 jam sehari.

Page 26: masyarakat agraria

Perkembangan Masyarakat Maritim Di Jepun.

1. Di zaman pemerintahan Ashikaga, masyarakat Jepun telah mengalami perubahan ekonomi seperti perdagangan, pembuatan kertas, pengeluaran kain, barangan logam, tenunan dan sebagainya yang sedang berkembang maju.

2. Pada abad ke-16, masyarakat Jepun telah mengadakan hubungan perdagangan dengan perdagang Portugal. Menjelang tahun 1550, ramai pedagang Portugal memasuki Jepun dan menjalankan aktiviti perdagangan. Hubungan yang terjalin turut membawa masuk teknologi barat seperti teknologi kapal, teknik perang, persenjataan, kesenian dan berlaku penyebaran agama Kristian.

3. Pada tahun 1570, Shogun Ashikaga telah menanda tangani satu perjanjian perdagangan dengan pedagang Portugal. Melalui perjanjian ini, pedagang Portugal dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki dan perkara ini telah mendorong berlaku peningkatan perdagangan dengan dunia luar dan menjadi pintu keluar bagi pedagang Jepun untuk ke luar negara.

4. Perkembangan ekonomi ini telah menyebabkan beberapa buah bandar semakin berkembang sebagai pusat ekonomi seperti Kyoto, Osaka, Seto dan Edo. Bandar diraja Kyoto telah menjadi pengeluaran barangan kraf tangan dan kekal sebagai bandar raya terbesar di Jepun. Bandar Osaka pula telah menjadi bandar perdagangan dan perindustrian. Manakala bandar Seto di wilayah Owari telah menjadi pusat pengeluaran barangan tembikar di Jepun. Kemudian muncul pula bandar Edo sebagai bandar baru dan berjaya mengatasi bandar-bandar lama.

5. Masyarakat Jepun telah mengimport barangan tropikal dari Asia Tenggara, barangan sutera, tembikar, buku, lukisan dan wang tembaga daripada China. Menjelang abad ke-15 dan 16, Jepun telah mengeksport sejumlah barangan siap ke China dan negara-negara lain seperti pedang, kipas berlibat dan pemidang. Kipas berlipat dan pemindang mendapat permintaan yang tinggi di China.

6. Pada zaman pemerintahan Shogun Ieyasu, Jepun mengamalkan dasar terbuka dalam perdagangan dengan negara luar dengan harapan Jepun akan memperolehi keuntungan daripada persaingan Barat dalam perdagangan. Shogun Ieyasu mengharapkan bantuan teknikal dan perdagangan dengan Sepanyol di Filipina dalam kepakaran perlombongan dan pembinaan kapal. Oleh itu Ieyasu

Page 27: masyarakat agraria

telah mengutuskan surat kepada Sepanyol tetapi malangnya gabenor Sepanyol di Filipina lambat memberi jawapannya dan hal ini telah menyebabkan Ieyasu marah. Perkara ini telah mendorong Shogun Ieyasu memberi perhatian pula kepada kedatangan pedagang British dan Belanda.

7. Walaupun Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan negara barat, tetapi hubungan yang terjalin adalah secara terhad. Perkembangan perdagangan di Jepun dengan negara luar seperti dengan Portugal, British, Belanda dan Sepanyol pada abad ke-16 dan 17 telah menggalakkan penggunaan mata wang perak bagi mengantikan penggunaan beras dan kain sebagai tukaran di Jepun. Penggunaaan mata wang perak ini telah menggalakkan lagi aktiviti perlombongan perak, perak dan emas.

8. Perkembangan ekonomi wang telah mempercepatkan kemajuan perdagangan tempatan dan luar negara terutamanya dengan China. Namum hubungan perdagangan antara Jepun dengan China terputus akibat serangan lanun Jepun ke atas China. Oleh kerana Jepun mahukan barangan sutera dan mewah China manakala China pula memerlukan barangan perak Jepun maka mereka menjadikan pedagang Portugal di Macau sebagai orang tengah dalam hubungan perdagangan.

9. Perkembangan ekonomi ini juga telah membawa kepada pengkhususan pekerjaan dan telah membawa pertambahan jumlah bilangan golongan tukang (artisan) dan saudagar. Persatuan mula muncul terutama persatuan kewangan (mujinko).

10. Perubahan pesat ekonomi perdagangan di Jepun telah membawa perubahan dalam kehidupan golongan samurai. Sebelum ini golongan samurai bergantung hidup dengan menerima pendapatan berbentuk berguni-guni beras daripada shogun dan daimyo telah menjualnya kepada golongan saudagar di Osaka. Perkara ini telah menyebabkan golongan saudagar menjadi semakin kaya di Jepun walaupun dalam sistem feudalnya berada tahap paling rendah.

11. Pada abad ke-17, muncul ramai golongan pedagang yang cekap dan berpengalaman serta golongan peminjam wang di bandar seperti Mitsui yang mempunyai syarikat persendirian.

12. Di Jepun juga telah berlaku perkembangan dalam penghasilan barangan tembikar yang halus dan barangan porselin yang cantik. Teknik pembuatan tembikar telah diperolehi daripada pembuat tembikar Korea dan telah menjadi

Page 28: masyarakat agraria

industri penting di Jepun. Industri tekstil turut berkembang pesat di Jepun terutama dalam penghasilan broked sutera yang cantik. Jepun juga menghasilkan secara besar-besaran barangan laker yang bermutu dan mempunyai hiasan yang indah.

13. Walaubagaimanapun perkembangan perdagangan di Jepun terhenti apabila Shogun Tokogawa telah mengubah dasar pemerintahan Jepun daripada dasar buka pintu kepada dasar pemencilan secara relatif dari dunia luar pada tahun 1638 kerana timbulnya perasaan syak wasangka terhadap orang barat.

14. Segala aktiviti perdagangan telah diharamkan dan semua orang asing atau pedagang asing di halau keluar dari Jepun. Ini terdapat dalam arahan larangan yang dikeluarkan pada tahun 1633, 1635 dan 1639. Antara larangan yang dibuat ialah melarang kapal-kapal Jepun meninggalkan negara, rakyat Jepun juga dilarang meninggalkan negara dan mengharamkan kapal-kapal asing masuk ke Jepun.

MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL

Pengenalan

Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan-pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan di lembah sungai bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut.

Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry bersungguh-sungguh mempromosi kegiatan penjelajahan melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui akademi ini beliau telah mengundang

Page 29: masyarakat agraria

ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha Putera Henry ini telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Portugal

1. Lokasi di pesisiran pantai

Portugal merupakan kerajaan pertama di Eropah mula menjalankan penerokaan tanah baru yang serius melalui aktiviti pelayaran ke dunia luar. Hal ini berlaku kerana Portugal mempunyai geografi tempatan di Lautan Atlantik, mempunyai pantai yang panjang dan memiliki pelabuhan yang baik seperti Lisbon. Selain daripada itu, Portugal tidak menghadapi persaingan dengan negara-negara Eropah yang lain seperti Sepanyol yang masih belum teguh dan bersatu padu, Itali pula masih tidak bersatu, Belanda menghadapi masalah dalam negara, manakala negara England dan Perancis terlibat dalam Perang 100 Tahun. Keadaan ini telah memberi peluang kepada Portugal untuk muncul sebagai negara maritim yang terunggul ketika itu.

2. Terdapat pelabuhan pembekal

Page 30: masyarakat agraria

Portugal mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Eropah iaitu pelabuhan Lisbon dan Antwerp. Portugal menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barangan dagangan Portugal. Dalam masa 30 tahun, Portugal berjaya menembusi pasaran rempah-ratus yang dikuasai oleh pedagang Venice di Itali. Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, pedagang Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagang di Venice dengan harga yang tinggi. Pedagang di Venice pula bertindak sebagai orang tengah pula telah menjual barangan tersebut kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang lebih tinggi. Oleh itu, dengan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi akan membawa kepada penguasaan perdagangan rempah-ratus dan boleh mengambil alih peranan pedagang Venice sebagai orang tengah.

3. Memiliki pelabuhan entrepot

Menjelang abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung Pengharapan dan membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu permata. Mereka juga berjaya membawa hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil. Portugal juga telah membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, menternak lembu dan kuda untuk diperdagangkan. Ini semua telah memberikan keuntungan kepada masyarakat Portugal. Pelabuhan Lisbon juga telah menjadi pusat agihan rempah-ratus kepada pedagang-pedagang Eropah yang lain bagi menggantikan pelabuhan Venice di Itali.

4. Mampu membuat perahu dan kapal layar

Masyarakat maritim Portugal mempunyai teknologi membuat kapal walaupun kapal yang dibina lebih kecil daripada kapal buatan China. Kapal orang Portugal

Page 31: masyarakat agraria

yang dibina mempunyai dasar yang lebih dalam dan badan kapal yang agak bulat sesuai untuk perjalanan di Lautan Atlantik.

5. Mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran dan mencari jalan ke Timur

Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran hasil usaha Putera Henry. Beliau mahu orang Portugal mahir dalam bidang pelayaran untuk menguasai kekayaan di Afrika. Tujuan lain ialah mencari Prester John yang menjadi raja sebuah kerajaan Kristian di Afrika bagi mendapatkan bantuannya untuk menguasai kerajaan Islam di Maghribi.

Usaha Putera Henry ini telah berjaya melahirkan ramai pelayar Portugal seperti Bartholomew Diaz, Vasco da Gama dan Alfonso de Albuquerque. Mereka telah berjaya menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai Barat benua Afrika. Bartholomew Diaz telah belayar dan sampai ke Cape of Good Hope iaitu bahagian paling selatan di Afrika pada tahun 1487. Vasco da Gama pula berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan pada tahun 1497 dan seterusnya telah sampai di Malindi (1487) dan seterusnya beliau telah belayar ke Kalikat (1499). Selepas itu beliau telah kembali ke Lisbon dengan membawa penuh muatan barangan daripada Timur.

Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah berjaya menguasai Melaka dan ini membolehkan Portugal menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang Portugal berjaya memasuki negara Jepun melalui pelabuhan Kyushu. Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga iaitu mereka dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki.

Page 32: masyarakat agraria

Seterusnya pedagang Portugal telah sampai ke pelabuhan Canton di China pada tahun 1517.

6. KEMAJUAN TEKNOLOGI PELAYARAN

Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai teknologi pelayaran yang diambil daripada negara lain seperti penemuan baru seperti peta Benua Eropah (kartografi), kompas magnetik, reka bentuk kapal, memiliki teknologi senapang dan meriam, dan astrolab.

Pelayar Portugal mempunyai catatan wilayah baru di atas peta dan seni catatan peta yang tepat dalam peta gaya baru. Mereka juga mempunyai teknologi kompas yang diambil daripada orang Cina. Kompas ini menunjukkan utara iaitu satu petunjuk penting bagi kapal-kapal yang belayar dari timur ke barat. Orang Portugal juga mempunyai teknologi membina kapal yang baik sesuai untuk belayar di Lautan Atlantik dan memiliki astrolab hasil ciptaan orang Arab yang membenarkan seorang kapten kapal laut mengagak kedudukan kapal mereka sejauh mana dari garisan Khatulistiwa. Masyarakat maritim Portugal juga memiliki teknologi senjata api seperti senapang dan meriam. Mereka menggunakan bahan letupan daripada China dan kemudian diubah suai dengan ciptaan senjata api mereka. Senjata api digunakan semasa pelayaran untuk menakutkan dan mengalahkan musuh-musuh yang ditentang.

Kesimpulan

Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun.

Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah pada masa tersebut .

Page 33: masyarakat agraria

Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman.