masyarakat feudal

33
SEJARAH DUNIA: 940/1 (1500 – 1955) Tema 1: Masyarakat (Masyarakat Feudal England dan Jepun serta Perbandingan) Oleh: En. Mohammadia Wahab Guru Akademik Sejarah STPM

Upload: herrmah-syoyozz

Post on 23-Jun-2015

2.343 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Masyarakat Feudal England dan Jepun serta Perbandingan

TRANSCRIPT

Page 1: Masyarakat feudal

SEJARAH DUNIA: 940/1 (1500 – 1955)

Tema 1: Masyarakat(Masyarakat Feudal England dan

Jepun serta Perbandingan)

Oleh: En. Mohammadia Wahab Guru Akademik Sejarah STPM

Page 2: Masyarakat feudal

•Masyarakat Feudal di England

1.1•Masyarakat Feudal di Jepun

1.2

•Perbandingan Sistem Feudal Eropah dengan Jepun

1.3

KANDUNGAN

Page 3: Masyarakat feudal

Konsep Masyarakat

Sekumpulan manusia yang hidup bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, jaringan hubungan pelbagai individu dan keseluruhan hubungan sosial.

Masyarakat Feudal adalah masyarakat yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan

Page 4: Masyarakat feudal

Konsep FeudalismeMerujuk kepada sistem politik di Eropah pada

Zaman Pertengahan yang mengandungi satu set tanggungjawab undang-undang dan ketenteraan yang saling memerlukan di antara tuan tanah (lords), orang biasa atau petani (vassals) dan tanah (fiefs).

Walaupun diambil daripada perkataan Latin (feodum), istilah feudalisme dan sistemnya bukan satu sistem politik formal pada zaman itu.

Feudalisme terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke-14.

Page 5: Masyarakat feudal

Faktor kemunculan sistem Feudal di Eropah Keperluan mendapatkan perlindungan

Tidak wujud pemerintahan pusat yang berkesan Rakyat menyerahkan tanah kepada tuan tanah “lords”

Pengaruh Rom Golongan bangsawan mengambil alih pentadbiran

tempatan Amalan masyarakat Rom – Patrocinium iaitu rakyat bekerja

dengan bangsawan bagi menyara kehidupan mereka

Pengaruh Jerman Membawa sistem Lord dan vassal Tentera Jerman memberi naungan kepada Patron-patron

Rom yang membentuk tentera persendirian

Page 6: Masyarakat feudal

Ciri-ciri Pada Zaman Feudal

Tiada pentadbiran pusat yang berkesan Wujudnya sistem feudal di Eropah Kemunculan golongan baron Petani mencari perlindungan daripada tuan tanah Petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada

tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba kerana tidak mampu membayar cukai

Tuan tanah mendapat naungan dan perlindungan daripada raja dan memberi khidmat dan membayar cukai kepada raja

Page 7: Masyarakat feudal

MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND ABAD KE-

16 HINGGA KE-17 M

Page 8: Masyarakat feudal

Masyarakat Feudal England

Penubuhan sistem Monarki di England pada abad ke-16 telah membawa kepada sistem Feudal selepas Perang Bunga Ros “ The War of Rose”, 1450-1485 (35 Tahun) iaitu:

Raja adalah dilantik oleh tuhan untuk memerintah rakyatnya

Tugas rakyat adalah untuk membantu raja tanpa soal

Mendapat sokongan institusi gereja dan raja

Page 9: Masyarakat feudal

Hierarki Masyarakat

Masyarakat England terbahagi kepada dua Golongan, iaitu:

Golongan Pemimpin Raja Bangsawan – Baron dan Knight

Golongan yang dipimpin Petani dan Rakyat Biasa dikenali Serf

Page 10: Masyarakat feudal

Kuasa Mutlak Raja sebelum 1688 Raja pusat segala kekuasaan yang menjalankan

pemerintahan mutlak Rakyat tidak mempunyai hak untuk membantah

raja Raja hanya bertanggungjawab kepada tuhan

dalam menjalankan pemerintahan bukan kepada rakyat

Rakyat tidak mempunyai hak dan suara dalam pemerintahan kerana kuasa raja adalah suci yang diperturunkan oleh tuhan

Rakyat perlu memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja walaupun raja kejam

Page 11: Masyarakat feudal

Pemerintah Feudal di England Era Dinasti Tudor (1485-1603)

Raja Henry VII, 1485-1509 Ratu Elizabeth I, 1603

Era Dinasti Stuarts (1603-1688) Raja James I, 1603-1625 Raja Charles I, 1625-1629 Raja Charles II, 1629-1685 Raja James II, 1685-1688

Era Dinasti William of Orange (1688) Raja William, 1688

Page 12: Masyarakat feudal

Perubahan Kuasa Mutlak Raja 1688 Selepas Revolusi Cemerlang, Raja William dan

Parlimen membuat perisytiharan iaitu: Parlimen mesti mengadakan persidangan dari

semasa ke semasa Rakyat mempunyai hak untuk menghadapkan

raja ke muka pengadilan Individu beragama Roman katolik tidak boleh

menjadi raja England Hanya Parlimen yang boleh mengenakan cukai

dan raja tidak mempunyai kuasa Kebebasan kepada puak Puritan membina

Gereja dan menjalankan ibadat agama denga bebas.

Page 13: Masyarakat feudal

Perubahan Kuasa Mutlak Raja 1688

Ciri-ciri berkuasa mutlak selepas tahun 1688: Raja tidak berkuasa sepenuhnya melakukan

semua perkara yang berkaitan dengan soal pentadbiran

Raja dibantu oleh jentera pentadbirannya Raja berkuasa untuk melantik pentadbir yang

bertanggungjawab sepenuhnya kepada raja Jentera pentadbiran negara dimonopoli oleh

golongan bangsawan

Page 14: Masyarakat feudal

Golongan Bangsawan “Baron” Memainkan peranan dalam pentadbiran dan

ekonomi Raja mengurniakan gelaran duke, count, baron

dan vassal Bangsawan yang menerima tanah daripada

raja akan memerintah tanahnya yang diusahakan oleh petani “serf”

Golongan bangsawan dikenakan cukai tanah, taat setia kepada raja, serta menyediakan knight sebagai tentera kepada raja.

Sistem Primogeniture memberikan hak kepada anak lelaki tertua sahaja mewarisi harta bagi mengelak harta dibahagikan

Page 15: Masyarakat feudal

Golongan Pahlawan “knight” Ciri-ciri golongan knight:

Diberikan tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam tentera raja – mengagihkan tanah kepada serf untuk diusahakan dan knight akan melindungi serf dan keluarganya

Berkhidmat kepada raja, Lord atau baron dan mendapat ganjaran tanah, harta dan barang rampasan

Melindungi baron dan keluarga baron daripada diserang

Terikat dengan sumpah mereka berkhidmat untuk raja dan baron

Boleh dipanggil untuk berperang pada bila-bila masa

Page 16: Masyarakat feudal

Golongan Serf Ciri-ciri golongan Serf:

Kehidupan tidak bebas dan tidak boleh berpindah

Berada di bawah pengawasan raja dan baron

Mengusahakan tanah dan menternak binatang di atas tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian mereka

Memberi khidmat kepada tuan tanah dengan mengerjakan tanah dan keperluan lain

Page 17: Masyarakat feudal

Golongan Serf Pada abad ke-16, kehidupan golongan

petani berubah apabila banyak tanah dibuka untuk pertanian komersial

Golongan serf bebas daripada tuan tanah apabila berlakunya peningkatan pertanian komersial, kemunculan bandar dan perkembangan sektor perusahaan.

Kebebasan ini membolehkan mereka bekerja sebagai buruh upahan di ladang, menyewa tanah dari tuan tanah, berpindah ke bandar untuk bekerja sebagai buruh.

Page 18: Masyarakat feudal

MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN ABAD KE-16

HINGGA KE-17 M

Page 19: Masyarakat feudal

Era Masyarakat Feudal Jepun Era Feudal bermula pada 1192 sehingga 1868

apabila maharaja tidak mempunyai kuasa dalam sistem pemerintahan di Jepun.

Toyotomi Hideyoshi 1536-1598 melaksanakan masyarakat Feudal sepenuhnya apabila telah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada maharaja.

Hideyoshi telah melaksanakan dasar sistem feudal di Jepun atas nama maharaja dan menjalankan perintah maharaja bagi memastikan tidak berlaku pemberontakan.

Page 20: Masyarakat feudal

Hierarki Masyarakat

Masyarakat Jepun terbahagi kepada dua Golongan, iaitu:

Golongan Pemimpin Maharaja dan Pembesar “Daimyo”

Golongan yang dipimpin Samurai, Petani, Tukang Mahir dan

saudagar.

Page 21: Masyarakat feudal

Pemerintah Feudal di Jepun Toyotomi Hideyoshi 1536-1598 telah melaksanakan

dasar sistem feudal di Jepun setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada maharaja.

Hideyoshi mengukuhkan kuasa dengan melantik suruhanjaya 5 Elders (Go-Tairo) yang memerintah ibu kota dan wilayah.

Pada tahun 1600, Tokugawa Leyasu memerintah Jepun dan berjaya memusnahkan saki-baki keluarga Hideyoshi.

Shogun Tokugawa 1603-1867 lebih berkuasa daripada maharaja.

Maharaja dianggap ketua negara tetapi tidak mempunyai kuasa pemerintahan.

Page 22: Masyarakat feudal

Golongan Daimyo

Daimyo terbahagi kepada 3 Kumpulan, iaitu: Daimyo Fudai – ahli keluarga Tokugawa Daimyo Shimpan – membantu Tokugawa Daimyo Tozama – musuh Tokugawa

Golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Jepun Mereka bermula dari status ketua yang

popular dalam kalangan bangsawan

Page 23: Masyarakat feudal

Golongan Daimyo

Menguasai kawasan tertentu dan mengharapkan kesetiaan keluarga tentera

Dikenali sebagai bangsawan daerah yang digelar Daimyo

Daomyo dibantu oleh kelas pegawai tadbir dan pegawai tentera yang membentuk pemerintahan kecil di istana pusat daimyo

Ada di antara Daimyo lebih berkuasa hingga menakluki wilayah lain.

Page 24: Masyarakat feudal

Golongan Samurai Mempunyai kedudukan istimewa dalam

masyarakat. Ciri-ciri: Tinggal berhampiran bandar atau istana Menjaga keamanan negara dan memelihara

kepentingan Daimyo Taat setia kepada Daimyo Tidak dibenarkan terlibat dalam pekerjaan lain

walaupun dalam keadaan aman Samurai tidak dibenarkan meninggalkan

tugasnya dan meminta para petani menyerahkan senjata kepada kerajaan

Page 25: Masyarakat feudal

Golongan Petani “Nomin”

Tempat yang tertinggi kerana Jepun sebuah negara pertanian

Merangkumi 80-90 peratus dari jumlah penduduk terpaksa menanggung beban cukai yang tinggi dengan kadar 40-50 peratus sebagai cukai tahunan kepada Daimyo

Petani yang gagal membayar cukai akan dikenakan hukuman yang berat

Page 26: Masyarakat feudal

Kelas Tukang mahir (artisan) Memiliki pengetahuan dan keupayaan

serta mendapat penghormatan kerana hasil pertukangan mereka digunakan oleh golongan daimyo.

Tukang senjata dan tukang pedang diberi layanan istimewa.

Mereka diberikan gaji yang lumayan dan rumah yang baik

Dibenarkan memakai pedang selain daripada Samurai.

Page 27: Masyarakat feudal

Kelas Pedagang “Chonin” Mereka dipandang rendah dan tidak

dibenarkan berlakunya mobiliti sosial Peranan mereka menyebabkan berlakunya

kemunculan bandar seperti Edo, Osaka, Nagoya dan Sendai.

Bandar tersebut menjadi pusat perdagangan berasaskan beras kepada berasaskan wang.

Abad ke-17, muncul ramai pedagang yang cekap dan menjadi peminjam wang di bandar-bandar utama Jepun.

Berjaya mengubah status dengan mengikat golongan bangsawan melalui hutang

Page 28: Masyarakat feudal

PERBANDINGAN MASYARAKAT FEUDAL

DI ENGLAND DAN JEPUN ABAD KE-16 HINGGA

KE-17 M

Page 29: Masyarakat feudal

Persamaan Sistem Feudal Eropah dan Jepun

Konsep Feudal masyarakat Pemusatan undang-undang diraja dan

tradisi semula jadi sebuah organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan

Pembinaan masyarakat Dasar keturunan atau sistem kelas

Page 30: Masyarakat feudal

Persamaan Sistem Feudal Eropah dan Jepun

Mobiliti sosial Kurangnya perubahan status atau

mobiliti sosial Peperangan

Sering dilanda peperangan Peralatan perang

Menggunakan kuda, pedang dan baju besi

Page 31: Masyarakat feudal

Perbezaan Sistem Feudal Eropah dan Jepun Pembinaan Istana

Eropah – Batu Jepun - Kayu

Konsep undang-undang Eropah - Menekankan hak, undang-undang

dan kewajipan Jepun - Menekankan aspek moral

Perkongsian Kuasa Eropah – Berkongsi kuasa dengan badan

perwakilan Jepun – kekuasaan dan kesetiaan menjadi

sesuatu yang mutlak

Page 32: Masyarakat feudal

Perbezaan Sistem Feudal Eropah dan Jepun

Pemilikan Tanah Eropah – Golongan Knight dapat tanah Jepun – Samurai tidak mempunyai tanah

Penyatuan Eropah – raja-raja Jepun – Jeneral tentera

Page 33: Masyarakat feudal

Latihan Perbincangan Huraikan sistem masyarakat Feudal di

England pada abad ke-16 hingga ke-17.

Huraikan sistem masyarakat Feudal di Jepun pada abad ke-16.

Bandingkan ciri-ciri feudalisme di Eropah dan Jepun.