master in usul fiqh a9425 (1)

20
SULIT LAPORAN PENILAIAN PENILAI PERMOHONAN PERAKUAN AKREDITASI – SELEPAS LAWATAN Nama Program : Master in Usul al Fiqh No. Ruj. Permohonan : A 9425 Nama PPT : Al Madinah International University (MEDIU), 11 th Floor, Plaza Masalam, No. 2 Jalan Tengku Ampuan Zabedah E/9E, Section 9, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Latar Belakang Program ini ditawarkan pada peringkat sarjana dengan menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Struktur program ini dibahagikan kepada dua iaitu Struktur B dan Struktur C. Tempoh program Struktur B sepenuh masa adalah 1½ tahun bersamaan dengan 3 semester manakala separuh masa adalah 3 tahun bersamaan dengan 6 semester. Tempoh program Struktur C pula ialah bagi program sepenuh masa adalah 2 tahun bersamaan dengan 4 semester manakala bagi program separuh masa adalah 4 tahun bersamaan dengan 8 semester. Pelajar perlu menyempurnakan 34 kredit bagi Struktur B yang dipecah kepada 22 kredit untuk kerja kursus dan 12 kredit untuk penyediaan tesis untuk bergraduat. Manakala bagi Struktur C memerlukan 43 kredit yang dipecahkan kepada 40 kredit kerja kursus dan 3 kredit bagi kertas projek atau kajian kes. Program ini dijalankan secara PJJ melalui kaedah kuliah dan tutorial. Kelayakan masuk ialah ijazah sarjana muda yang berkaitan atau kelayakan profesional yang berkaitan. Penganugerahan kelayakan akademik adalah oleh pihak MEDIU sendiri. Selepas Lawatan: SULIT 1

Upload: nesan

Post on 16-Dec-2015

110 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

master in usul fiqh

TRANSCRIPT

SULIT

LAPORAN PENILAIAN PENILAI

PERMOHONAN PERAKUAN AKREDITASI SELEPAS LAWATANNama Program

: Master in Usul al FiqhNo. Ruj. Permohonan: A 9425

Nama PPT: Al Madinah International University (MEDIU),

11th Floor, Plaza Masalam, No. 2 Jalan Tengku Ampuan Zabedah E/9E, Section 9, 40100 Shah Alam, Selangor Darul EhsanLatar BelakangProgram ini ditawarkan pada peringkat sarjana dengan menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Struktur program ini dibahagikan kepada dua iaitu Struktur B dan Struktur C. Tempoh program Struktur B sepenuh masa adalah 1 tahun bersamaan dengan 3 semester manakala separuh masa adalah 3 tahun bersamaan dengan 6 semester. Tempoh program Struktur C pula ialah bagi program sepenuh masa adalah 2 tahun bersamaan dengan 4 semester manakala bagi program separuh masa adalah 4 tahun bersamaan dengan 8 semester. Pelajar perlu menyempurnakan 34 kredit bagi Struktur B yang dipecah kepada 22 kredit untuk kerja kursus dan 12 kredit untuk penyediaan tesis untuk bergraduat. Manakala bagi Struktur C memerlukan 43 kredit yang dipecahkan kepada 40 kredit kerja kursus dan 3 kredit bagi kertas projek atau kajian kes. Program ini dijalankan secara PJJ melalui kaedah kuliah dan tutorial. Kelayakan masuk ialah ijazah sarjana muda yang berkaitan atau kelayakan profesional yang berkaitan. Penganugerahan kelayakan akademik adalah oleh pihak MEDIU sendiri.Selepas Lawatan:1. MEDIU adalah disyorkan mencapai minimum 40 kredit bagi semua program sarjana seperti disyaratkan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM). Walaupun MEDIU telah mendapat kelulusan mengendalikan program sarjana ini, syor ini adalah bagi memenuhi pengendalian kohort yang akan datang. 2. Bagi mencukupkan nilai kredit minimum tersebut, MEDIU dicadangkan menawarkan kursus elektif di samping kursus major yang lain.

40 1. Visi, Misi, Matlamat Pendidikan dan Hasil Pembelajaran1.1. Kekuatan:

1.1.1. Pihak MEDIU telah menyediakan visi, misi dan hasil pembelajaran (HP) yang jelas dan baik bersesuaian dengan kehendak semasa. 1.1.2. Terdapat 4 hasil pembelajaran (LO) telah dikemukakan dan didapati sesuai dengan tahap program yang antara lain memberi penekanan kepada pengetahuan mendalam serta kajian saintifik, kemahiran praktikal, kemahiran sosial dan tanggungjawab, etika, profesionalisme dan kemanusiaan dan lain-lain hasil pembelajaran seperti digariskan oleh MQA. 1.1.3. Objektif kursus adalah munasabah iaitu menyediakan pelajar yang berkemampuan melaksanakan penyelidikan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan Usul al Fiqh. Begitu juga dengan pemetaan kepada visi dan misi di dalam hasil pembelajaran turut diberi penekanan.

1.2. Perkara yang perlu diberi perhatian:

1.2.1 Menjelaskan secara lanjut kelayakan-kelayakan lain sebagai syarat kemasukan yang sesuai bagi mengikuti program ini.

2. 1.3. Cadangan penambahbaikan: Tiada

1.4. Syarat: Tiada

2. REKABENTUK KURIKULUM DAN PENYAMPAIAN 2.1. Kekuatan:

2.1.1 Daripada apa yang dinyatakan di dalam dokumen, didapati MEDIU mementingkan ketinggian mutu sama ada berkaitan program pengajian, mahupun perkhidmatan dan kemudahan asas. 2.1.2 Tanggungjawab penuh diberikan kepada fakulti untuk merangka kurikulum. Kawalan mutu dibuat pada peringkat jabatan, fakulti, dan senat. 2.1.3 MEDIU juga memberi autonomi kepada staf akademik dalam menentukan aktiviti akademik. 2.1.4 Bagi maksud menjayakan program pengajian ini, MEDIU telah mengaplikasikan metod pengajaran yang berbagai-bagai. 2.1.5 Pandangan pihak luar luar juga diambilkira oleh MEDIU khususnya mengenai program pengajian yang dicadangkan, pasaran dan penerimaan ke atas graduan yang akan dihasilkan dan lain-lain. 2.1.6 Syarat yang menetapkan bahawa pelajar mesti menguasai Bahasa Arab dengan baik sahaja layak mengikuti jelas menunjukkan bahawa MEDIU mengutamakan kualiti pelajarnya. 2.1.7 Bagi menjamin mutu juga, MEDIU menetapkan bahawa pelajar-pelajar akan dibimbing oleh satu jawatankuasa yang akan memantau secara berterusan terhadap kemajuan pelajar. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Kursus-kursus bagi Struktur B/ Struktur C Semester 1/ Tahun 11. GMET 5053 Research Methodology (Manahij al Bahth)

2. GUF1 5063 Foundation of Islamic Jurisprudence 1 (Usul al Fiqh 1)

3. GFIQ 5233 Comparative Fiqh 1 (Al Fiqh al Muqaran 1)

4. GFIQ 5253 Islamic Legal Maxims 1 (Al Qawaid al Fiqhiyyah 1)

Kursus-kursus bagi Struktur B / Struktur C Semester 2/ Tahun 11. GUF1 5073 Foundation of Islamic Jurisprudence 2 (Usul al Fiqh 2)

2. GUFI 5123 The Objective of Shariah (Al Maqasid al Shariah)

3. GUFI 5104 The Usuls Fundamental on Differences among Fiqh Scholars (Al Qawaid al Usuliyah fi Ikhtilaf al Fuqaha)

Kursus bagi Struktur B Semester 1/ Tahun 21. Tesis

Kursus bagi Struktur C Semester 1/ Tahun 21. GUHD 5183 Studies in the Sciences of Sunnah ( Dirasah fi Ulum al Sunnah)

2. GUFI 5083 Foundation of Islamic Jurisprudence 3 (Usul al Fiqh 3)

3. GFIQ 5263 Islamic Legal Maxims 2 (Al Qawaid al Fiqhiyyah 2)

Kursus bagi Struktur C Semester 2/ Tahun 21. GUF1 5093 Foundation of Islamic Jurisprudence 4 (Usul al Fiqh 4)

2. GFIQ 5243 Comparative Fiqh 2 (Al Fiqh al Muqaran 2)

3. GUFI 5113 The Ranks of the Scholars of Usul (Tabaqat al Usuliyin)

4. GMPP 5013 Project Paper/ Case Study (Bahth Fasli / Dirasah Qadiyah)

2.1.8Kursus-kursus yang disenaraikan adalah relevan dengan program pengajian yang ditawarkan.

2.2. Perkara yang perlu diberi perhatian:2. Penilai mendapati kaedah pemilihan topik, penyediaan kertas cadangan penyelidikan (research proposal), pemilihan penyelia serta kaedah penyeliaan tesis secara terperinci tidak diterangkan di dalam dokumen. 3. 4. 5. 5.2.1. Keberkesanan pengendalian program pengajian melalui pendekatan PJJ secara online. 5.2.2. Catatan hasil pembelajaran bagi struktur B dan Stuktur C muka surat 9-11 adalah tidak sama dengan catatan hasil pembelajaran bagi setiap kursus yang ditawarkan. 5.2.3. Kandungan bagi setiap kursus terlalu terperinci. Sepatutnya memadai dengan menyebut tajuk besar sahaja tidak melebihi 4 tajuk utama. Penilai bimbang kandungan yang banyak tidak sempat dihabiskan dengan masa begitu terhad pada setiap kali kuliah hanya 3 jam sahaja.6. 6.2.1. Kaedah penyeliaan tesis dan kertas projek tidak disebut di dalam dokumen. 6.2.2. Penilai juga sangsi dengan keberkesanan kaedah tutorial yang dilakukan memandangkan kursus ini dikendalikan secara jarak jauh. 7. 7.2.1. Dalam dokumen yang dikemukakan tidak memberikan penerangan terhadap sistem kod yang digunakan bagi setiap kursus.8. 8.2.1. Penilai berpuas-hati dengan senarai bahan-bahan rujukan sama ada bahan rujukan utama atau bahan rujukan tambahan. Cuma penilai mendapati senarai bahan-bahan rujukan hanya dalam bentuk digital yang disediakan atau ditempatkan di e-library MEDIU.9. 2.3 Cadangan penambahbaikan:

2.3.1. Menjelaskan kaedah yang diguna pakai berkaitan pemilihan topik, penyediaan kertas cadangan penyelidikan (research proposal), pemilihan penyelia serta kaedah penyeliaan tesis secara terperinci di dalam dokumen.2.3.2 Menjelaskan sistem kod yang digunakan bagi setiap kursus.2.4. Syarat: Tiada

Selepas Lawatan:

1. Laporan awal mendapati MEDIU tidak mempunyai Jawatankuasa Khas bagi membentuk kurikulum dan penyampaian. Namun hasil lawatan mendapati MEDIU telah melantik panel penasihat akademik bagi menilai kurikulum yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, kesemua panel terdiri dari Pensyarah Universiti Al Azhar (Dr. Helmi Abdul Raof, Dr. Ali Ali Mustafa dan Dr. Abdul Karim Iwad) dan dua penasihat dalaman (Dr. Abdullah Shakir dan Dr. Muhammad Yusri). Memandangkan MEDIU ditubuhkan di Malaysia, dicadangkan agar MEDIU turut melantik panel penasihat akademik dari Malaysia agar dapat memberi input serta pandangan-pandangan yang sejajar dengan keperluan tempatan.2. 3. Tiada surat perlantikan dan tiada minit mesyuarat difailkan secara konvensional. Sebaliknya semua didokumentasi secara dalam talian (online).

4. 5. Semua kursus yang ditawarkan adalah berkaitan. Namun pecahan topik-topik perbincangan terlalu terperinci dan terdapat pengulangan topik perbahasan. MEDIU dicadangkan membuat sedikit rombakan dengan menyenaraikan topik-topik utama tanpa memperincikannya di dalam dokumen. Hal ini bagi memberi ruang kepada staf akademik mengembangkan perbincangan dan perbahasan sesuai dan lebih menjurus sejajar dengan peringkat pengajian. 6. .7. MEDIU dicadangkan meneliti dan menyelaras semula hasil pembelajaran (LO) khususnya di area 1 dan area 2. Perkara ini dibangkitkan kerana terdapat ketidaksamaan LO diantara kedua-dua area tersebut.8. 9. MEDIU perlu menjelaskan sistem kod bagi setiap kursus seperti dikehendaki MQA.10. 11. Hasil lawatan mendapati bahan-bahan rujukan mencukupi dan memuaskan walaupun ianya disediakan secara digital. MEDIU juga telah mengambil langkah-langkah alternatif dengan membuat pendua (copy) di dalam hard disk sekiranya sistem mengalami gangguan atau apa-apa kemungkinan lain. Panel penilai telah ditunjuk suatu demo bagaimana bahan-bahan rujukan tersebut boleh diperolehi dan dimanfaatkan.12. Kesangsian penilai mengenai kaedah pengendalian tutorial dijelaskan oleh pihak MEDIU dengan menerangkan kaedah-kaedah yang diguna pakai dan sememangnya dipantau secara cermat dan komprehensif.

13. 3. PENILAIAN PELAJAR 3.1. Kekuatan

3.1.1. Berdasarkan dokumen, badan penggubal kurikulum dan penggubal bahan penilaian pelajar MEDIU terdiri dari pakar-pakar yang menduduki pelbagai jawatankuasa serta keseluruhan tenaga pengajar yang berpengalaman. Jawatankuasa Akademik adalah jawatankuasa induk yang bertanggungjawab terhadap penilaian pelajar. Ianya dibentuk oleh Jawatankuasa Penilaian, Jawatankuasa Kursus-Kursus Akademik, Jawatankuasa Standard Akademik dan lain-lain.3.1.2. Penilaian berterusan oleh ahli jawatankuasa tesis sama ada seseorang pelajar layak untuk meneruskan ke peringkat yang seterusnya. Terakhir, pelajar dikehendaki menghasilkan dan mempertahan (defend) tesisnya di hadapan jawatankuasa yang turut melibatkan juga penilai luar.3.1.3. Proses penilaian pelajar menekankan sama ada hasil pembelajaran (LO) benar-benar dicapai. (Regulations for Postgraduate Studies adalah dirujuk)

3.2. Perkara yang perlu diberi perhatian:

3 Penilaian pelajar perlu mencakupi aspek praktikal atau mempelbagaikan aspek-aspek penilaian.

4 3.3. Cadangan penambahbaikan: Tiada

3.4. Syarat: 3.4.1 Meningkatkan tahap soalan peperiksaan akhir bagi semua kursus agar bersesuaian dengan tahap sarjana.

4 4.4.1 Memastikan pemilihan tajuk tesis, kertas projek/kajian kes adalah spesifik dan menjurus kepada bidang program. Contoh: Kaedah Qisas dalam Usul Fiqh sebagai Sumber Perundangan Islam.5 Selepas Lawatan:

1. Panel penilai mendapati tahap soalan bagi beberapa kursus tidak sesuai malah terlalu rendah dengan tahap program sarjana. MEDIU disyorkan supaya mempelbagai dan meningkatkan tahap soalan.4. PEMILIHAN DAN KHIDMAT SOKONGAN PELAJAR 4.1. Kekuatan:

4.1.1. Sistem pengurusan hal ehwal pelajar yang sistematik dan tersusun.

4.1.2. Dokumen juga menjelas secara terperinci pentadbiran sistem rekod akademik dan pentadbiran hal ehwal pelajar.4.2. Perkara yang perlu diberi perhatian:

4.2.1. Memastikan sistem pengurusan seperti yang dinyatakan di dalam dokumen dipatuhi dan dilaksanakan.

4.3. Cadangan penambahbaikan:

4.3.1.Mempertingkatkan kualiti khidmat sokongan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang tidak saja cemerlang dalam bidang akademik tapi juga dalam aspek pembinaan syakhsiyah.

4.4. Syarat: 4.3.1Menghentikan pengambilan pelajar yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang Pengajian Islam di peringkat ijazah sarjana muda untuk menyambung pelajaran ke program ini. 4.3.2Mendapatkan kebenaran dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) bagi pelajar yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang Pengajian Islam di peringkat ijazah sarjana muda yang telah diterima mengikuti program ini.4.3.3Mewujudkan persatuan pelajar secara rasmi bagi mewakili suara pelajar. 4.3.4 Melantik kaunselor yang berkelayakan dan bertauliah.

5 Selepas Lawatan:

1. Hasil lawatan mendapati beberapa pelajar memiliki kelayakan akademik yang tidak berkaitan dengan program pengajian. Adalah dicadangkan agar MEDIU hanya menerima kelayakan akademik yang berkaitan sahaja atau kelayakan-kelayakan lain berserta pengalaman dalam bidang berkaitan seperti diperuntukkan di bawah open entry requirement.2. Walaupun MEDIU mensyaratkan mereka mengambil mata pelajaran pre-requisite (tidak dinyatakan di dalam dokumen), namun penilai sepakat berpendapat bahawa mata pelajaran yang lebih relevan dan menjurus kepada program yang ditawarkan wajar diperkenalkan.3. 4. Bagi mengatasi isu syarat kelayakan masuk, MEDIU dicadangkan menawarkan program Diploma dalam bidang-bidang berkenaan tanpa mencacatkan kualiti dan standard program Sarjana. 5. 6. Empat pelajar telah ditemubual dan secara amnya mereka berpuashati dengan pengendalian kursus. Pelajar diberi tunjuk ajar dan bimbingan tentang bagaimana mengikuti pengajian melalui online. Pelajar-pelajar yang ditemubaul ialah: Muhammad Fauzi Abdul Aziz, Muhammad Ikhwan Mohd Rosdi, Khairul Syazwan Yahya dan Said Mikail.7. MEDIU juga dicadangkan supaya mewujudkan khidmat kaunseling dengan melantik kaunselor berkelayakan atau bertauliah bagi menangani dan mengendali kes-kes yang dihadapi pelajar.

5. STAF AKADEMIK

5.1. Kekuatan:

5.1.1. Staf-staf akademik yang memiliki kelayakan akademik yang sesuai bagi mengendalikan program pengajian.5.1.2. Staf-staf akademik akan diperhati dan dinilai oleh pihak atasan HEP (Human Resource Policies and Regulations adalah dirujuk).5.1.3. Peraturan menetapkan bahawa staf-staf akademik mesti mematuhi peranan dan tanggungjawab di mana kegagalan berbuat demikian penalti akan dikenakan.5.1.4. Staf akademik digalakkan mengikuti seminar dan melibatkan diri dalam kajian dan penerbitan. 5.1.5. Kebanyakan mempunyai pengalaman mengajar di peringkat universiti, sekolah sekolah menengah dan pernah terlibat dalam pentadbiran. 5.1.6. Kebanyakan mereka terlibat dengan penyelidikan.5.1.7. Dari senarai yang dikemukakan terdapat majoriti staf akademik berstatus tetap dan sepenuh masa kecuali Dr Taheer Muhammed.

5.2 Perkara yang perlu diberi perhatian:

5.2.1. Memastikan pensyarah mahir IT untuk memudahkan perhubungan dan pengendalian program kerana program ini dilaksanakan secara on-line.6. 6.2.1. Dokumen tidak menyatakan mata pelajaran yang diajar oleh staf akademik yang terlibat dalam kursus ini. Jika adapun ianya berbeza dengan apa yang dinyatakan di Area 2 pada muka surat 9, 10 dan 11. Jika dibandingkan dengan maklumat yang terdapat di Area 2 berkaitan Reka Bentuk Kurikulum dan Kaedah Penyampaian didapati maklumatnya adalah bercanggah dan ini sepatutnya diberikan perhatian.7. 7.2.1. Prof. Dr. Mohammad Abdel Lateef Al Rasheedi disenaraikan sebagai fulltime tetapi di dalam CV, beliau masih lagi Professor di Qashghari University, Egypt. Demikian juga dengan Dr. Mohamed Ghailan, adakah beliau masih berkhidmat dengan Taibah University.7.2.2. Dr Taha Ahmad Hasan Hafni, staf akademik kursus GFIQ 5243 (Struktur C) tidak dibekalkan biodatanya yang lengkap dalam dokumen.7.3. Cadangan penambahbaikan:

7.3.1. MEDIU perlu menyediakan polisi, mekanisma serta prosedur menyeluruh berkaitan perkhidmatan dan pembangunan staf akademik, latihan dan kursus, penyelidikan, pembangunan profesional, kerja-kerja perundingan sistem mentor, khidmat masyarakat dan lain-lain.7.3.2. Penglibatan staf-staf akademik dalam kajian dan penulisan perlu dipertingkatkan memandangkan status dan senioriti akademik mereka.7.3.3. Memastikan staf-staf akademik mahir IT untuk memudahkan perhubungan dan pengendalian kursus.7.3.4. Memastikan ketelitian maklumat dalam penyediaan dokumen bagi memudahkan tugasan penilai.5.4Syarat: Tiada

Selepas Lawatan:

1. Lawatan mendapati staf-staf akademik yang disenaraikan di dalam dokumen semuanya telah diganti dengan staf-staf akademik yang lain. Senarai baharu yang diberikan semasa lawatan juga tidak lengkap. Penilaian sebenar mengenai status staf akademik tidak dapat dibuat. Dokumen awal jelas menunjukkan MEDIU melantik staf akademik yang hanya memiliki ijazah sarjana bagi mengendali program yang dinilai ini dan hal ini bercanggah dengan syarat MQA.2. Terdapat percanggahan maklumat-maklumat berkaitan staf akademik di dalam area 2 dan area 5. MEDIU telah diminta memperbetulkan maklumat-maklumat tersebut.3. Hanya seorang staf akademik dapat ditemubual sahaja iaitu Dr Ala Hussein Muhammad. Beliau baru empat bulan berkhidmat di MEDIU. Nama beliau tidak disenaraikan. Beliau terlibat mengajar secara bersemuka (face to face). Kursus yang diajar beliau ialah Dirasah fi Fiqh al Sunnah dan Fiqh al Ibadat. 4. Lain-lain staf akademik tidak dapat ditemubual kerana mereka berada di pusat-pusat kendalian MEDIU di luar Malaysia. Cubaan menemubual melalui video conference gagal kerana gangguan teknikal.

6. SUMBER PENDIDIKAN

6.1.Kekuatan:

6.1.1 Dari maklumat di dalam dokumen didapati kemudahan asas dan lain-lain kemudahan sangat memuaskan dan mampu menawarkan suasana dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. 6.1.2 E-Perpustakaan juga menempatkan peralatan-peralatan canggih bagi kegunaan pelajar. Perpustakaan dinyatakan mempunyai koleksi yang mencukupi bagi pengendalian sesuatu kursus.6.1.3 MEDIU telah menyenaraikan staf-staf yang berkelayakan dalam bidang ICT sesuai dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara on line (lampiran 6.1 adalah dirujuk)

6.2.Perkara yang perlu diberi perhatian:

6.2.1. Menambah koleksi bahan rujukan dari semasa ke semasa dengan mengambilkira tajuk-tajuk yang relevan dengan kursus yang ditawarkan serta memastikan bahan rujukan yang terkini. 6.2.2. Oleh kerana MEDIU bergantung kepada langganan electronic open and distance learning, serta kemudahan ICT yang lain, alternatif atau persediaan kemudahan sokongan perlu diwujudkan bagi mengelak sebarang kemungkinan seperti gangguan elektrik dan sebagainya. Dokumen tidak menyatakan lain-lain kemudahan.6.3. Cadangan penambahbaikan:

6.3.1 Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menambah koleksi bahan rujukan yang sesuai serta relevan dengan kursus yang ditawarkan serta memastikan bahan rujukan yang terkini dari semasa ke semasa.6.3.2 Koleksi mestilah memenuhi keperluan pelajar dan staf akademik bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

6.4. Syarat: Tiada

Selepas Lawatan:

1. Secara amnya penilai berpuashati dengan kemudahan sumber pendidikan.2. Lawatan telah dilakukan ke bilik kebal, kelas tutorial, bilik kuliah, makmal bahasa, perpustakaan dan unit IT.

7. PEMANTAUAN DAN SEMAKAN SEMULA PROGRAM

7.1.Kekuatan:

7.1.1.Proses pemantauan dan penilaian berterusan dilakukan oleh pelbagai jawatankuasa di peringkat MEDIU yang terdiri dari kakitangan akademik yang berkelayakan yang dilantik oleh pihak universiti dan juga mengambilkira pandangan stakeholders.

7.2.Perkara yang perlu diberi perhatian:

7.2.1.Memastikan kekerapan pemantauan dengan menetapkan KPI atau target yang hendak dicapai.

7.3.Cadangan penambahbaikan:

7.3.1.MEDIU mungkin boleh menjemput penilai luar atau penilai bebas untuk menilai dan memberi cadangan penambahbaikan kurikulum dan silibus yang ditawarkan dari semasa ke semasa.7.3.2.Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan universiti-universiti tempatan khususnya mengenai perkara-perkara yang melibatkan kepentingan bersama.

7.4.Syarat: Tiada

Selepas Lawatan:

1. MEDIU disyorkan memastikan kekerapan pemantauan berterusan terhadap program-program yang dilaksanakan. Semakan semula kurikulum perlu melibatkan pakar tempatan di samping pakar dari luar negara. 2. MEDIU dicadangkan mewujudkan kerjasama dalam bidang akademik dan bidang-bidang lain yang melibatkan kepentingan bersama dengan universiti-universiti tempatan sama ada universiti awam atau swasta.3. Isu mengenai kebajikan staf telah dibangkitkan agar diberikan perhatian oleh pentadbiran MEDIU yang antara lain berkaitan isu parking.4. Isu mengenai skim perlantikan staf pentadbiran juga dibangkitkan. MEDIU memaklumkan bahawa semua staf adalah dilantik secara kontrak untuk tempoh dua tahun dan kontrak akan diperbaharui. Senario ini sedikit membimbangkan staf pentadbiran.

8. KEPIMPINAN, GOVERNAN DAN PENTADBIRAN

8.1.Kekuatan:

8.1.1. Apa yang tertera dari dokumen, jelas menunjukkan bahawa MEDIU mempunyai organisasi pentadbiran yang mantap. 8.1.2. Penglibatan secara langsung semua staf akademik dalam formalasi, pelaksanaan dan pemantauan polisi, program dan pembikinan dasar dalam pelbagai tingkat struktur HEP.8.1.3. Ketua-ketua program sentiasa mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi maksud percambahan idea berkaitan pengurusan dan pembangunan program.

8.2.Perkara yang perlu diberi perhatian:

8.2.1.Memastikan kelangsungan dan kesinambungan pentadbiran yang mantap.

8.3.Cadangan penambahbaikan: Tiada

8.4.Syarat: TiadaSelepas Lawatan: Memuaskan9. PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN DAN SECARA MENYELURUH

9.1.Kekuatan:

9.1.1. Konsistensi dan ketelitian dalam proses pengendalian sesuatu program bermula daripada pengenalan sesuatu program, pembentukan silibus dan kurikulum, penyediaan dan pembinaan serta pengawalan bahan penilaian, pengambilan pelajar dan staf akademik dan lain-lain lagi.9.1.2. Pengumpulan feedbacks dari stakeholders sebagai input ke arah penambahbaikan program.9.1.3. MEDIU mementingkan budaya pembangunan peningkatan mutu dengan mengenalpasti calon-calon yang sesuai untuk membangun dan menguruskan budaya tersebut di MEDIU.

9.2.Perkara yang perlu diberi perhatian: Tiada

9.3.Cadangan penambahbaikan:

9.3.1.Melakukan lawatan ke institusi-institusi akademik yang lain melalui benchmarking visit bagi membuat penilaian semula dan penambahbaikan. Kerjasama dengan institusi yang berpengaruh sama ada di peringkat nasional ataupun antarabangsa boleh memberi kekuatan dalam peningkatan pencapaian serta status MEDIU.

9.4.Syarat: TiadaSelepas Lawatan:

1. MEDIU disyor mewujudkan unit kawalan kualiti dalaman. Maklum balas MEDIU menyatakan bahawa unit tersebut telahpun diwujudkan.

SULIT 10