masalah pembelajaran konsep mol dalam konteks … · persamaan kimia 2.7 kajian mengenai...

28
MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS PENYELESAIAN MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT NORAIHAN BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lyduong

Post on 17-Mar-2019

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS

PENYELESAIAN MASALAH DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN

EMPAT

NORAIHAN BINTI ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

ii

Page 3: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

iii

MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL

DALAM KONTEKS PENYELESAIAN MASALAH

DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT (4)

NORAIHAN BINTI ISMAIL

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 4: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

iv

i

Page 5: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

v

ii

Page 6: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

vi

DEDIKASI

Khas buat,

Bonda dan ayahanda yang dikasihi,

Salimah Kardi dan Ismail Atan,

Budi dan jasa kalian tidak akan

ku lupakan,

berkat doa dan dorongan kalian,

menjadi penawar dan semangat

untukku,

Teristimewa untuk,

Kakak-kakak yang tersayang,

Aidah dan Noraidah,

adik yang disayangi,

Nur Farhana,

kau menjadi sumber inspirasiku,

dalam menempuhi liku dan ranjau,

kata perangsang mu ubat paling mujarab

buatku,

akanku semat ianya dalam kalbuku,

akanku ingati sepanjang hayatku.

iii

Page 7: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

vii

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim…

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia serta keizinanNya

memberikan saya kekuatan dan kesabaran ini maka dapat saya menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini dengan sebaik mungkin.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan

terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia P.M. Dr. Md. Nor bin Bakar di

atas bimbingan dan tunjuk ajar serta teguran yang diberikan sepanjang tempoh kajian

ini dijalankan. Melalui bimbingan beliau, banyak perkara dapat dipelajari sehingga

saya telah berjaya menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Terima kasih juga dihulurkan kepada rakan-rakan yang telah membantu

memberi tunjuk ajar serta sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung

dalam menjayakan projek ini. Semoga segala jasa baik kalian akan diberkati oleh

Allah SWT.

iv

Page 8: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

viii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah pembelajaran konsep mol di

kalangan pelajar tingkatan empat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti

masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat terhadap penyelesaian masalah

konsep mol di dalam matapelajaran Kimia. 70 orang pelajar Tingkatan empat (4)

telah dipilih daripada tiga buah Sekolah Menengah di dalam Daerah Mersing untuk

tujuan kajian ini. Alat kajian melibatkan soal-selidik dan analisis buku teks. Soal

selidik kajian dibahagikan kepada dua bahagian .Bahagian A mengandungi latar

belakang pelajar dan bahagian B mengandungi 11 soalan konsep mol. Analisis buku

teks bertujuan untuk mengkaji mutu persembahan seperti cara penulisan dan isi

kandungan. Program perisian komputer SPSS (Statistical Package for Social

Science) digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis data. Analisis diskriptif

seperti frekuensi dan peratus digunakan untuk menganalisis setiap item. Kajian

menunjukkan terdapat masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4

untuk menyelesaikan masalah konsep mol. Hasil kajian menunjukkan pelajar

mengalami masalah dalam menyelesaikan masalah konsep mol dan menghubungkait

dengan bilangan zarah, jisim bahan dan persamaan kimia. Terdapat cadangan yang

dinyatakan dalam kajian ini untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar terhadap

konsep mol. Cadangan terhadap kajian lanjutan juga turut dibincangkan.

v

Page 9: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

ix

ABSTRACT

This research is carried out to study the learning problems of mole concepts

among form four students. The aim of this research is to identify the learning

problems among form four students in solving problems regarding mole concepts in

the Chemistry subject. There are 70 Form IV students have been selected from three

secondary schools, in the Mersing District for the purpose of this research. Research

instrument consists of questionnaires and text book analysis. The questionnaires are

divided into two parts .Part A consists of student’s background and part B consists

eleven questions about mole concept. The purpose of text book analysis is to study

the quality of presentations such as writing style and content. Computer software

program SPSS (Statistical Package for Social Science) has been used to analysis the

data. Descriptive analysis such as frequency and percentage were used to analysis

every items. The study has shown that there are learning problems faced by Form 4

students to solve the problems about mole concepts. The results show that students

were having problems to solve problem on mole concept relating to number of

particles, mass of substance and chemical equation. Some suggestions have been

given in this research in order to improve the understanding level of students in the

mole concept. Finally, suggestions for further research were also proposed.

vi

Page 10: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

x

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI GAMBARAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Rasional Kajian 5

1.4 Kepentingan Kajian 6

1.5 Penyataan Masalah 8

vii

Page 11: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

vii

1.6 Objektif Kajian 10

1.7 Persoalan Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Skop Kajian 11

1.10 Definisi Istilah 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kajian mengenai konsep 16

2.3 Kajian mengenai miskonsepsi 17

2.4 Kajian mengenai konsep mol 19

2.5 Kajian kesukaran pelajar mempelajari konsep mol 20

2.6 Kajian Masalah Pembelajaran Mol

2.6.1 Kajian Masalah Pembelajaran Mol dan 21

Kuantiti Bahan

2.6.2 Kajian Masalah Pembelajaran Mol dan 24

Persamaan Kimia

2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25

2.8 Kajian Penyelesaian Masalah dalam Kimia 27

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Rekabentuk kajian 30

viii

Page 12: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

viii

3.3 Tempat kajian 31

3.4 Subjek kajian

3.4.1 Populasi 32

3.4.2 Sampel kajian 32

3.5 Instrumen kajian 33

3.5.1 Taburan item-item soal selidik 34

3.5.2 Pemarkatan Skor Tahap Penguasaan 37

Responden Terhadap Penyelesaian

Masalah Konsep Mol

3.5.3 Kadar Pulangan Borang Soal Selidik 37

3.6 Kajian rintis 38

3.7 Prosedur Kajian 39

3.8 Analisis data 40

3.8.1 Analisis Kemahiran Penyelesaian Masalah 41

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 42

4.2 Huraian Latar Belakang Responden 42

4.2.1 Jantina 43

4.2.2 Bangsa 43

4.2.3 Keputusan Sains PMR 44

4.2.4 Keputusan Matematik PMR 45

4.3 Analisis soal selidik

4.3.1 Tahap penguasaan penyelesaian masalah 45

konsep mol dan bilangan zarah.

4.3.1.1 Pencapaian Kemahiran 48

Penyelesaian Masalah Item 1

ix

Page 13: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

ix

4.3.1.2 Pencapaian Kemahiran 49

Penyelesaian Masalah Item 2

4.3.1.3 Pencapaian Kemahiran 51

Penyelesaian Masalah Item 3

4.3.1.4 Pencapaian Kemahiran 53

Penyelesaian Masalah Item 4

4.3.2 Tahap penguasaan penyelesaian 54

masalah konsep mol dan jisim bahan

4.3.2.1 Pencapaian kemahiran 57

penyelesaian masalah item 5

4.3.2.2 Pencapaian kemahiran 59

penyelesaian masalah item 6

4.3.2.3 Pencapaian kemahiran 61

penyelesaian masalah item 7

4.3.2.4 Pencapaian kemahiran 62

penyelesaian masalah item 8

4.3.3 Tahap penguasaan penyelesaian 64

masalah konsep mol dan persamaan

kimia

4.3.3.1 Pencapaian kemahiran 66

penyelesaian masalah item 9(i)

4.3.3.2 Pencapaian kemahiran 68

penyelesaian masalah item 9(ii)

4.3.3.3 Pencapaian kemahiran 69

penyelesaian masalah item 10

4.3.3.4 Pencapaian kemahiran 71

penyelesaian masalah item 11

4.4 Analisis buku teks 72

4.4.1 Penggunaan gambar 73

4.4.2 Isi kandungan 74

x

Page 14: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

x

BAB 5 RUMUSAN, CADANGAN DAN KAJIAN LANJUTAN

5.1 Pengenalan 76

5.2 Dapatan kajian dan rumusan

5.2.1 Masalah pembelajaran konsep mol 77

dan bilangan zarah

5.2.2 Masalah pembelajaran konsep mol 77

dan jisim bahan

5.2.3 Masalah pembelajaran konsep mol 78

dan persamaan kimia

5.3 Cadangan 79

5.3.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 79

5.3.2 Sekolah 79

5.3.3 Guru kimia 80

5.3.4 Pelajar 81

5.4 Kajian lanjutan 81

RUJUKAN 83-86

LAMPIRAN

xi

Page 15: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

vii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1 Statistik Pelajar dan Peratus Lulus bagi SPM 9

tahun 1999 dan 2000 di Seluruh Malaysia bagi

Matapelajaran Kimia, Biologi dan Fizik

2 Taburan Sekolah di Daerah Mersing 31

3 Taburan Bilangan Responden bagi Setiap Sekolah 33

4 Taburan Item Ujian Penyelesaian Masalah Kimia 34

(UPMK)

5 Taburan Item Mengikut Soalan dan Faktor 35

6 Pemarkatan Skor Tahap Penguasaan Responden 37

Terhadap Penyelesaian Masalah Konsep Mol

7 Kadar Pulangan Borang Soal Selidik 38

8 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif 40

Kajian

9 Sistem Pemarkahan KPM 41

10 Taburan Responden Mengikut Jantina 43

11 Taburan Responden Mengikut Bangsa 44

12 Taburan Responden mengikut Keputusan Sains 44

di dalam PMR

13 Taburan Responden mengikut Keputusan 45

Matematik di dalam PMR

14 Tahap Penguasaan Responden Terhadap 46

Penyelesaian Masalah Konsep Mol dan Bilangan

Zarah

xii

Page 16: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

vii

15 Pencapaian Responden Terhadap Penyelesaian 47

Masalah Konsep Mol dan Bilangan Zarah

16 Respon Pelajar Menjawab Item 1 48

17 Respon Pelajar Menjawab Item 2 50

18 Respon Pelajar Menjawab Item 3 52

19 Respon Pelajar Menjawab Item 4 53

20 Tahap Penguasaan Responden Terhadap 55

Penyelesaian Masalah Konsep Mol dan Jisim

Bahan

21 Pencapaian Responden Terhadap Penyelesaian 56

Masalah Konsep Mol dan Jisim Bahan

22 Respon Pelajar Menjawab Item 5 58

23 Respon Pelajar Menjawab Item 6 60

24 Respon Pelajar Menjawab Item 7 61

25 Respon Pelajar Menjawab Item 8 63

26 Tahap Penguasaan Responden Terhadap 65

Penyelesaian Masalah Konsep Mol dan

Persamaan Kimia

27 Pencapaian Responden Terhadap Penyelesaian 66

Masalah Konsep Mol dan Persamaan Kimia

28 Respon Pelajar Menjawab Item 9 (i) 67

29 Respon Pelajar Menjawab Item 9 (ii) 68

30 Respon Pelajar Menjawab Item 10 70

31 Respon Pelajar Menjawab Item 11 72

xiii

Page 17: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

SENARAI GAMBARAJAH

NO.GAMBARAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Tiga aras pembinaan konsep kimia 18

2 Hubungan Konsep Mol 19

3 A dozen of flower 74

4 A pair of shoes 74

5 Perbandingan atom Sulfur dan atom Karbon 75

xiv

Page 18: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

viii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Kebenaran EPRD daripada Kementerian

Pendidikan Malaysia.

B Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan

Negeri Johor.

C Surat Kebenaran Pengesahan Relajar Untuk

Menjalankan Kajian Daripada Fakulti

Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia.

D Soal selidik Kajian serta Jawapan.

E Pengesahan Soal selidik Kajian

F Rancangan Pengajaran Harian

xv

Page 19: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam era globalisasi yang semakin kompleks dengan arus kecanggihan sains

dan teknologi, bidang pendidikan juga turut menerima tempiasnya. Perkembangan

bidang pendidikan di Malaysia sejajar dengan keperluan Negara untuk melahirkan

generasi yang berilmu dan berwawasan tinggi untuk membangunkan Negara. Justeru

itu, pelbagai langkah telah dicadangkan oleh pihak kerajaan untuk mencapai matlamat

ini. Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan kurikulum sains

KBSM yang memberikan penekanan utama kepada kaedah penyelesaian masalah dalam

proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) khasnya matapelajaran Kimia ( Pusat

Perkembangan Kurikulum (PPK), 2001)

Penyelesaian masalah merupakan jenis pembelajaran yang paling tinggi dan

kompleks. Gagne menganggap penyelesaian masalah sebagai suatu proses di mana

individu yang sudah menguasai beberapa konsep dan hukum menggunakan pengalaman

atau pengetahuan ini bagi menyelesaikan masalah baru. Seseorang yang telah cukup

Page 20: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

2

ilmu pengetahuan tidak semestinya berjaya dalam menyelesaikan sesuatu masalah

(Selvaratnam dan Fraser, 1982). Oleh itu, kaedah penyelesaian masalah merupakan cara

yang terbaik untuk mengajar kemahiran berfikir pelajar ( Sudarshan Naidu, 2003 dalam

Meor, 2005 ). Seseorang guru Kimia boleh membantu pelajar belajar dan berfikir secara

logik melalui penyelesaian masalah dan membuat keputusan

Matapelajaran Kimia melibatkan kemahiran daya pemikiran dan kreativiti pelajar

pada aras yang tinggi. Oleh itu, pelajar memerlukan kefahaman yang tinggi untuk

memahami sesuatu konsep kimia secara menyeluruh seperti konsep mol. Kajian ini

adalah mengenai kesukaran pelajar memahami konsep mol dalam konteks penyelesaian

masalah. Banyak kajian-kajian terdahulu yang pernah menyatakan bahawa konsep

seperti pengiraan kemolaran dan menulis persamaan elektron adalah sukar ( A. H

Johnstone, 1971 ). Selain itu, Duncan, 1971; Larson, 1997; dan Johnston, 2000 dalam

Meor, 2005 turut menjalankan kajian yang mendapati bahawa konsep mol adalah satu

konsep yang sukar difahami oleh pelajar. Oleh itu, ini merupakan cabaran yang hebat

dan bukan dihadapi oleh pelajar sahaja malahan guru juga ( Larson, op cit ). Hal ini

disebabkan oleh konsep mol itu sendiri yang lebih bersifat abstrak dan melibatkan

banyak pengiraan matematik sehingga menyebabkan kesukaran kepada pelajar untuk

memahami konsep tersebut secara menyeluruh ( Gabel & Sherwood, 1984).

Pelajar lebih cenderung untuk menjawab soalan yang berbentuk tradisional dan

tidak mempunyai pengiraan matematik daripada menjawab soalan yang memerlukan

kefahaman konsep kimia seperti mol. Banyak kajian telah dilakukan oleh penyelidik

seperti Dierks, 1981; Driver, 1983 dan Bodner, 1986 menyatakan bahawa ramai pelajar

mempunyai kerangka alternatif yang lebih cenderung untuk mengemukakan pendapat

mereka sendiri berdasarkan pengalaman yang bercanggah dengan konsep saintifik yang

tepat. Hal ini jelas akan menyebabkan pelajar itu sendiri mengalami kesukaran dan

salah tanggapan terhadap sesuatu konsep kimia sehingga mereka tidak dapat menguasai

konsep tersebut ( Freyberg & Osborn, 1981 dalam Meor, 20050). Apabila berlaku salah

Page 21: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

3

tanggapan, pelajar sekaligus tidak dapat melakukan penyelesaian dengan cara yang betul

dan menyebabkan pelajar mengalami kesukaran memahami konsep kimia.

Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk memberikan penekanan yang mendalam

terhadap cara penyelesaian pelajar terhadap masalah konsep mol memandangkan konsep

ini merupakan asas kepada banyak perkara di dalam kimia dan mengenal pasti sejauh

manakah kesukaran yang dihadapi oleh pelajar.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Matapelajaran Kimia merupakan matapelajaran elektif yang wajib diambil oleh

pelajar aliran sains bagi Tingkatan Empat (IV) dan Lima (V) di peringkat Sekolah

Menengah. Kimia merupakan suatu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim

secara makroskopik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Menurut Hackling dan Gamett (1985), empat topik di dalam kimia yang sukar

difahami oleh pelajar ialah keseimbangan kimia, konsep mol, tindak balas stoikiometri

dan juga tindak balas redoks. Menurut A.H Johnstone (1971) pula, topik tindak balas

redoks, persamaan setengah ion elektron, nombor Avogadro dan mol serta pH dan

volumetriks yang melibatkan kemolaran merupakan empat topik yang sukar. Dalam

matapelajaran kimia, pelajar berkebolehan menulis formula kimia dan mengira berat

formula tetapi mereka tidak mempunyai keyakinan dalam menulis persamaan dan

mengira yang melibatkan persamaan ( Johnstone op cit ).

Page 22: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

4

RUANG

Apabila wujud suatu masalah baru, kaedah penyelesaian akan segera dicari oleh

pelajar supaya masalah itu dapat diselesaikan dengan segera. Tanpa sedar suatu ruang

telah dicetuskan oleh mereka untuk menghubungkan masalah dan cara penyelesaiannya.

Ruang itu membolehkan mereka berfikir suatu kaedah yang sesuai untuk mendapatkan

cara penyelesaian masalah yang terbaik. Terdapat dua faktor kepada seseorang pelajar

bagi menyelesaikan masalah. Pertama, pelajar menggunakan pemahaman dan

keupayaan untuk mengingat kembali pengetahuan yang tertentu dalam sesuatu

matapelajaran atau isi kandungan. Kedua, pelajar menggunakan kemahiran dalam

penaakulan secara logik kepada jawapan yang diperolehi.

Dalam konteks penyelesaian masalah kimia, ia merujuk kepada proses seseorang

itu menggunakan pengetahuan dan kemahiran kimia untuk menghubungkan ruang antara

masalah dengan jawapan. Sekiranya pelajar melakukan cara penyelesaian yang

melibatkan kemahiran, ia melibatkan beberapa proses tertentu seperti manganalisis,

membuat pemilihan, mengenal pasti corak, mensintesis, mereka bentuk eksperimen serta

memproses reka bentuk dan kemahiran saintifik yang lain. Pelajar yang diberi banyak

masalah untuk diselesaikan akan mencapai kejayaan yang lebih baik daripada mereka

yang kurang diberi latihan ( Abd. Main Hj Saliman, 1989 ).

Penyelesaian masalah membolehkan pelajar berfikir untuk mengukuhkan konsep

pengetahuan sedia ada. Tanpa mengetahui konsep, semua pembelajaran akan menjadi

hafalan dan bukan lagi bermakna. Pembelajaran yang tidak bermakna akan

menyebabkan konsep pelajar semakin lemah dan tidak dapat mengaplikasikan konsep

tersebut dalam konteks penyelesaian masalah. Pembelajaran juga mungkin terganggu

disebabkan oleh beberapa faktor tertentu. Menurut Ausubel (1968), antara faktor yang

mengganggu proses pembelajaran ialah peringkat perkembangan kognitif pelajar dan

MASALAH PENYELESAIAN

Page 23: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

5

juga kekurangan motivasi dan strategi pembelajaran seperti menghafal teorem atau

konsep, definisi dan langkah penyelesaian. Ini akan menjadikan sesuatu pembelajaran

itu tidak bermakna kepada seseorang pelajar.

Justeru itu, kajian ini adalah penting untuk melihat sejauh manakah keupayaan

pelajar dalam menghasilkan pembelajaran secara bermakna dan menyelesaikan sesuatu

masalah kimia seperti konsep mol ini. Kajian ini juga bertujuan melihat keupayaan

pelajar menghubungkaitkan konsep mol dalam beberapa konsep kimia yang lain dalam

penyelesaian masalah.

1.3 RASIONAL KAJIAN

Kesukaran dalam menyelesaikan masalah konsep mol menyebabkan ramai

pelajar tidak dapat menguasai beberapa topik lain yang juga melibatkan aplikasi

konsep mol di dalam pembelajaran kimia. Masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam

menyelesaikan masalah konsep mol ini perlu ditangani segera. Sesetengah pelajar

menganggap hal ini hanyalah remeh semata-mata kerana merasakan ianya bukan

suatu kemestian untuk menguasai konsep mol ini. Ramai pelajar tidak memahami

konsep kimia yang melibatkan masalah kimia atau mereka tidak mampu untuk

mengaplikasi pengetahuan konsep dalam menyelesaikan masalah ( Gabel dan Bunce,

1994 dalam Martin et. al, 2007 ). Oleh itu kajian ini adalah wajar dijalankan untuk

memberikan gambaran tentang kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam

menyelesaikan masalah konsep mol dan mendapatkan kaedah yang sesuai untuk

membantu pelajar menghadapi kesukaran ini.

Page 24: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

6

Matlamat kajian ini adalah untuk menyiasat punca kesukaran penyelesaian

masalah konsep mol. Konsep mol dipilih untuk kajian ini kerana banyak kajian

terdahulu menunjukkan ramai pelajar mengalami kesukaran memahami konsep yang

terlibat dan mengaplikasi konsep untuk menyelesaikan masalah konsep mol

(Johnstone, 1980; BouJaoude dan Barakat, 2000 dalam Martin, 2007 ). Hal ini

adalah penting untuk mendapatkan apakah pembolehubah kognitif yang menentukan

kejayaan menyelesaikan masalah konsep mol. Oleh itu, guru kimia boleh

memperbaiki kaedah pengajaran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh

pelajar. Guru dalam hal ini boleh memberikan kerjasama secara maksimum untuk

membantu pelajar.

Pihak Kementerian Pelajaran selaku institusi yang bertanggungjawab

sepenuhnya terhadap sistem pendidikan negara selanjutnya boleh menggunakan

dapatan daripada kajian ini untuk merangka dan menambahbaik kurikulum sedia ada

untuk kebaikan pelajar akan datang.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmanakah kesukaran

yang dihadapi oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah konsep mol. Secara khususnya

pula, kajian ini di jalankan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran pelajar

menyelesaikan masalah yang melibatkan mol dan stoikiometri, bilangan zarah, jisim

bahan dan persamaan kimia.

Page 25: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

7

Adalah diharapkan bahawa dapatan kajian ini akan membolehkan pelajar

memahami apakah sebenarnya punca kesukaran yang menghalang mereka melakukan

tugasan menyelesaikan masalah konsep mol dengan baik. Para pelajar juga

diharapkan dapat memahami apakah perlu untuk mereka menguasai pembelajaran

konsep mol dengan baik dan secara menyeluruh. Kajian ini juga penting kepada

pelajar untuk mengetahui sama ada mereka tergolong dalam kumpulan yang

mengalami masalah penguasaan konsep mol ataupun tidak. Ianya akan dapat

mewujudkan kesedaran kepada pelajar tentang kesukaran yang mungkin mereka

hadapi akibat daripada miskonsepsi terhadap konsep mol itu sendiri. Di samping itu

juga dapatan kajian ini membolehkan pelajar yang mengalami masalah dalam

menyelesaikan masalah konsep mol untuk mendapatkan bantuan daripada guru-guru

kimia di sekolah.

Kepada pihak guru, dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru

kimia mengenal pasti kesukaran pelajar dalam penyelesaian masalah konsep mol.

Melalui tugasan secara penyelesaian masalah, guru-guru kimia seharusnya dapat

mengenal pasti kesukaran yang di hadapi oleh pelajar dari segi kefahaman konsep

mol dan penggunaan kemahiran matematik pelajar. Tugasan secara berkumpulan

atau individu boleh dijadikan perbandingan tentang bagaimana pelajar belajar

mengenai konsep dan mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah terhadap

konsep yang dipelajari. Penyelesaian masalah dalam pengajaran konsep abstrak

mempunyai had kerana ianya penting untuk milihat samada kaedah penyelesaian

masalah sesuai ataupun tidak dalam pembelajaran konsep mol

Selain daripada itu, dapatan kajian ini diharapkan dapat digunakan dan

dijadikan panduan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ( Pusat Perkembangan

Kurikulum ) dalam merangka kurikulum dan menggubal satu sistem pembelajaran

yang lebih sistematik selaras dengan keperluan dan kehendak Kurikulum Sains di

Malaysia. Pihak kementerian juga boleh merangka dan melaksanakan program-

Page 26: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

8

program latihan tambahan kepada bakal-bakal guru dan guru-guru sedia ada tentang

bagaimana mengenal pasti kaedah mengajar yang sesuai mengikut kebolehan pelajar.

Kajian ini juga boleh diambil kira oleh pengarang buku teks supaya mereka

dapat menghasilkan penulisan yang lebih baik dan jelas untuk mengelakkan

miskonsepsi pelajar terhadap konseb abstrak seperti konsep mol ini. Penggunaan

istilah kimia yang mudah difahami perlulah lebih diperjelaskan supaya tidak timbul

kekeliruan sesuatu konsep kimia kepada pelajar.

1.5 PENYATAAN MASALAH

Ramai pelajar yang baru mempelajari konsep kimia sering menghadapi

masalah dalam menyelesaikan masalah kimia yang melibatkan pengiraan seperti

formula kimia dan konsep mol.

Menurut Kamaru’z Zaman (1999) didapati bahawa pelajar mengalami

kesukaran dalam memahami dan menyelesaikan masalah konsep mol yang terdapat di

dalam sukatan pelajaran tingkatan empat. Disebabkan pelajar belum dapat

menguasai konsep mol dengan baik, maka mereka sering menghadapi masalah dalam

menjawab soalan yang berkaitan dengan konsep mol.

Page 27: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

9

Jadual 1 : Statistik Pelajar dan Peratus Lulus bagi SPM tahun 1999 dan 2000 di

Seluruh Malaysia bagi Matapelajaran Kimia, Biologi dan Fizik.

1999 2000 Tahun

M/Pelajaran Bilangan

Pelajar

Peratus lulus

(%)

Bilangan

Pelajar

Peratus lulus

(%)

Fizik 79554 95.3 94027 99.3

Kimia 81618 91.9 98328 91.2

Biologi 62191 94.4 67453 94.8

Jadual data statistik di atas diperoleh dari Unit Akademik, Jabatan Pendidikan

Negeri Johor (JPNJ). Daripada data tersebut, dapat dibuat kesimpulan bahawa

matapelajaran kimia merupakan matapelajaran yang paling rendah peratus lulusnya

iaitu 91.9 % pada tahun 1999 dan 91.2% pada tahun 2000 dibandingkan dengan dua

matapelajaran sains tulen lain. Penurun juga berlaku sebanyak 0.7% kelulusan pada

tahun 2000 bagi matapelajaran kimia walaupun bilangan pelajar lebih ramai

berbanding dua matapelajaran lain. Hal ini jelas membuktikan bahawa matapelajaran

kimia sukar dikuasai oleh pelajar mungkin disebabkan sukatan pelajarannya yang

kompleks. Selain itu, konsep-konsep kimia yang bersifat abstrak menyukarkan lagi

pelajar untuk menguasai konsep tersebut secara menyeluruh. Justeru, kajian ini

sewajarnya dapat dijadikan sumber kepada pelajar dan guru dalam menangani

masalah penyelesaian masalah konsep mol kelak.

Page 28: MASALAH PEMBELAJARAN KONSEP MOL DALAM KONTEKS … · Persamaan Kimia 2.7 Kajian mengenai Penyelesaian Masalah 25 ... Salah satu langkah bijak yang telah digariskan ialah pelaksanaan

10

1.6 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengetahui punca kesukaran pelajar

terhadap penyelesaian masalah konsep mol di kalangan pelajar-pelajar sekolah

menengah tingkatan empat. Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenal pasti:

i. masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat terhadap hubungan

penyelesaian masalah konsep mol dengan bilangan zarah.

ii. masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat terhadap hubungan

penyelesaian masalah konsep mol dengan jisim bahan.

iii. masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat terhadap hubungan

penyelesaian masalah konsep mol dengan persamaan kimia.

1.7 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan di bawah :

i. Apakah masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat terhadap hubungan

penyelesaian masalah konsep mol dengan bilangan zarah?

ii. Apakah masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat terhadap hubungan

penyelesaian masalah konsep mol dengan jisim bahan?

iii. Apakah masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat terhadap hubungan

penyelesaian masalah konsep mol dengan persamaan kimia?