amalan kemahiran generik dalam · pdf filekemahiran generik yang telah digariskan dalam...

22
AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SITI AZWANEE BINTI ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: nguyennguyet

Post on 06-Feb-2018

270 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PEMBELAJARAN

DI KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SITI AZWANEE BINTI ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kemahiran generik

dalam pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini berdasarkan kepada empat daripada tujuh

kemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM iaitu kemahiran

komunikasi, kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri, etika atau moral dan

keyakinan diri. Responden kajian adalah terdiri daripada 228 orang pelajar tahun akhir

Fakulti Pendidikan. Responden adalah terdiri daripada empat jabatan iaitu Jabatan

Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Matematik dan

Sains serta Jabatan Multimedia Pendidikan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

adalah soal selidik. Data kajian dianalisis menggunakan perisisan Statistical Packages

for the Social Science (SPSS 16.0 For Windows) untuk mendapatkan nilai min,

kekerapan, peratusan dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap

kemahiran generik yang dikaji adalah tinggi dimana min keseluruhan bagi aspek

kemahiran komunikasi adalah 4.00, aspek kemahiran fleksibel atau mampu

menyesuaikan diri adalah 3.69, aspek etika atau moral ialah 4.19 dan aspek keyakinan

diri adalah 3.92. Ujian ANOVA pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara kemahiran generik yang dikaji berdasarkan jabatan responden.

Pengkaji juga mencadangkan beberapa perkara untuk mempertingkatkan lagi tahap

amalan kemahiran generik di kalangan pelajar.

Page 3: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

vi

ABSTRACT

The objective of this study was to identify the level of generic skills practice in

learning among the final year students of Faculty of Education at University

Technology Malaysia (UTM). This research was based on four out of seven UTM

Graduate Attributes that are communication skills, adaptability, ethics and integrity and

also self-esteem. A total of 228 final year students were selected as respondents for the

study consisting of four departments which are Department of Technical and

Engineering Education, Department of Social Science, Department of Mathematics and

Science and Department of Multimedia in Education. Data obtained was analyzed using

Statistical Packages for the Social Science (SPSS 16.0 For Windows) to find mean,

frequency percentage and standard deviation. The findings indicated that the levels of

generic skills usage are high where the cumulative mean value for communication skill

aspects is 4.00. As for adaptability aspects, the mean value is 3.69 followed by ethics

and integrity aspects with 4.19 for the mean value. The final aspect is the self-esteem

with the mean 3.92. The ANOVA Tests showed that there were no significant

differences in the practice of generic skills based on student’s departments. Several

suggestions are presented to increase the level of the generic skills practice among

students.

Page 4: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan. 1

1.2 Latar Belakang Masalah. 2

1.3 Penyataan Masalah. 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Rasional Kajian 10

1.8 Kepentingan Kajian 11

1.9 Skop Kajian 12

Page 5: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

viii

1.10 Batasan Kajian 12

1.11 Definisi Operasional

1.11.1 Tahap 13

1.11.2 Amalan 13

1.11.3 Kemahiran Generik 13

1.11.4 Kemahiran Komunikasi 14

1.11.5 Kemahiran Fleksibel 14

1.11.6 Etika atau Moral 14

1.11.7 Keyakinan Diri 15

1.11.8 Pembelajaran 15

1.11.9 Pelajar 15

1.12 Penutup 16

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Kemahiran Generik 18

2.2.1 Definisi Kemahiran Generik 18

2.2.2 Konsep Kemahiran Generik 20

2.2.3 Kepentingan Kemahiran Generik 24

2.3 Kemahiran Generik di Malaysia 25

2.4 Kemahiran Komunikasi 27

2.4.1 Jenis-jenis Kemahiran Komunikasi 30

2.4.2 Model Komunikasi 31

2.5 Kemahiran Fleksibel atau Mampu Menyesuaikan Diri 32

2.6 Etika atau Moral 34

2.6.1 Kepentingan Etika 36

2.7 Keyakinan Diri 38

2.7.1 Cara-cara Meningkatkan Keyakinan Diri 41

Page 6: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

ix

60

2.8 Kajian-kajian Lepas 43

2.9 Penutup 45

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 46

3.2 Reka Bentuk Kajian 46

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 47

3.4 Instrumen Kajian 49

3.4.1 Bahagian A 49

3.4.2 Bahagian B 50

3.4.3 Bahagian C 50

3.4.4 Bahagian D 50

3.4.5 Bahagian E 50

3.5 Kesahan Soal Selidik 51

3.6 Kajian Rintis 52

3.7 Penganalisaan Data 53

3.8 Prosedur Kajian 55

3.9 Penutup 56

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 57

4.2 Analisis Data Bahagian A 57

4.2.1 Jantina 58

4.2.2 Jabatan 58

4.3 Analisis Data Bahagian B 59

4.3.1 Tahap Amalan Kemahiran Komunikasi dalam

Pembelajaran di Kalangan Pelajar-pelajar

Page 7: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

x

62

65

67

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

4.3.2 Tahap amalan Kemahiran Fleksibel atau

Mampu Menyesuaikan Diri dalam Pembelajaran

di Kalangan pelajar Tahun Empat Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

4.3.3 Tahap Etika atau Moral dalam Pembelajaran

di Kalangan Pelajar-Pelajar Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia

4.3.4 Tahap Keyakinan Diri Pelajar Tahun Empat

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia dalam Pembelajaran

4.3.5 Purata Min bagi Persoalan Kajian 69

4.3.5.1 Purata Min bagi Aspek Kemahiran 70

Komunikasi Mengikut Jabatan

4.3.5.2 Purata Min Aspek Kemahiran 71

Fleksibel atau Mampu Menyesuaikan

Diri Mengikut Jabatan

4.3.5.3 Purata Min Aspek Etika atau Moral 72

Mengikut Jabatan

4.3.5.4 Purata Min Aspek Keyakinan Diri 72

Mengikut Jabatan

4.4 Pengujian Hipotesis 73

4.4.1 Hipotesis Nol 1 73

4.4.2 Hipotesis Nol 2 74

4.4.3 Hipotesis Nol 3 75

4.4.4 Hipotesis Nol 4 76

4.5 Penutup 77

Page 8: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

xi

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 78

5.2 Rumusan Kajian 78

5.3 Perbincangan 80

5.3.1 Persoalan Kajian 1 80

5.3.2 Persoalan Kajian 2 83

5.3.3 Persoalan Kajian 3 85

5.3.4 Persoalan Kajian 4 88

5.3.5 Persoalan Kajian 5 90

5.4 Cadangan 91

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 93

5.6 Penutup 94

RUJUKAN 95 LAMPIRAN

Lampiran A - D 106 - 121

Page 9: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Istilah Kemahiran Generik di Negara-negara Lain 18

3.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut

Jabatan

48

3.2 Bilangan Item Mengikut Bahagian, Aspek, Nombor

Soalan dan Bilangan Item

51

3.3 Skala Likert untuk Bahagian B,C,D dan E 51

3.4 Klasifikasi Terhadap Item 54

3.5 Pengkelasan Tahap Taburan Responden Bagi Amalan

Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Fleksibel atau

Mampu Menyesuaikan Diri, Etika atau Moral dan

Keyakinan Diri Pelajar Dalam Pembelajaran Berdasarkan

Analisis Markat Min

54

3.6 Analisis Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian 55

3.7 Penentuan Hipotesis Nol 1 hingga 5 Berdasarkan Nilai

Signifikan

55

4.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut

Jantina

58

4.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut

Jabatan

59

4.3 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan

Piawai bagi Kemahiran Komunikasi Dalam

Pembelajaran

60

Page 10: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

xiii

4.4 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan

Piawai bagi Kemahiran Fleksibel atau Mampu

Menyesuaikan Diri Dalam Pembelajaran

63

4.5 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan

Piawai bagi Tahap Etika atau Moral Dalam Pembelajaran

65

4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan

Piawai bagi Tahap Keyakinan Diri Dalam Pembelajaran

67

4.7 Purata Min Keseluruhan Persoalan Kajian 70

4.8 Purata Min Aspek Kemahiran Komunikasi Mengikut

Jabatan

71

4.9 Purata Min Aspek Kemahiran Fleksibel atau Mampu

Menyesuaikan Diri Mengikut Jabatan

71

4.10 Purata Min Aspek Etika atau Moral Mengikut Jabatan 72

4.11 Purata Min Aspek Keyakinan Diri Mengikut Jabatan 73

4.12 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan Antara Tahap

Amalan Kemahiran Komunikasi Dalam Pembelajaran

Mengikut Jabatan Responden

74

4.13 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan Antara Tahap

Amalan Kemahiran Fleksibel Dalam Pembelajaran

Mengikut Jabatan Responden

75

4.14 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan Antara Tahap

Etika atau Moral Dalam Pembelajaran Mengikut Jabatan

Responden

75

4.15 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan Antara Tahap

Keyakinan Diri Dalam Pembelajaran Mengikut Jabatan

Responden

76

Page 11: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model Kearns 22

2.2 Model Komunikasi 31

Page 12: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

xv

SENARAI SINGKATAN

ICT Information and Communication Technology

IPT Institusi Pengajian Tinggi

KPT

MPP

Kementerian Pengajian Tinggi

Majlis Perwakilan Pelajar

NCVER National Centre for Vocational Education Research

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

SPA Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPC Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

SPE Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPF Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPH Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPI Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPJ Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal)

SPK Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

SPL Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)

SPM Ijazah Sarjana Muda Pendidikan serta Komputer (Matematik)

SPN Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

SPP Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

SPS Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

SPSS Statistical Packages for Social Science

SPT

PMP

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Persatuan Mahasiswa Pendidik

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 13: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Contoh Set Soal Selidik 106

B Pengesahan Item Soal Selidik 114

C

D

Carta Alir Prosedur Kajian

Surat Pengesahan Pelajar

118

121

Page 14: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam

usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah negara bangsa yang maju, cemerlang,

gemilang dan terbilang menjelang Wawasan 2020. Ini bermakna Wawasan 2020

bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju

dengan caranya yang tersendiri. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang

sempurna dan tidak semata-mata diukur daripada segi pencapaian lahiriah atau fizikal.

Kemajuan yang diimpikan oleh negara meliputi penglibatan semua pihak. Malah ia akan

meliputi lahirnya satu masyarakat yang sempurna dan lengkap daripada segi jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial. Ia selari dengan teras Falsafah Pendidikan Kebangsaan

iaitu menghasilkan insan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan

intelektual.

Perkara ini diterjemahkan oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran, sama ada secara formal mahupun tidak formal. Oleh itu,

kemahiran insaniah (generik) atau “Soft Skills” diperkenalkan bertujuan untuk

mengembangkan bakat yang ada di dalam diri setiap pelajar supaya lahir sebagai insan

yang seimbang daripada semua sudut.

Page 15: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

  2

Peranan IPT bukan hanya sekadar memfokuskan kepada proses penyaluran

pengetahuan semata-mata, malah ia turut memainkan peranan dalam menerapkan

kemahiran-kemahiran tertentu di dalam kurikulumnya. IPT perlu menjana graduan yang

memiliki kemahiran yang seimbang dan menyeluruh sama ada dari sudut kualiti

intelektual mahupun keterampilan insaniah yang merangkumi aspek sikap, akhlak dan

sebagainya.

  Oleh itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyenaraikan tujuh

Atribut Graduan UTM iaitu kemahiran komunikasi, bekerja dalam kumpulan,

penyelesaian masalah, fleksibel atau mampu menyesuaikan diri, pembelajaran sepanjang

hayat, etika atau moral dan keyakinan diri. UTM telah mengambil langkah dengan

memantapkan lagi perlaksanaan penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan

pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan pelajarnya.

Dengan ini, satu kajian akan dijalankan untuk mengenalpasti tahap amalan

kemahiran generik dalam pembelajaran di kalangan pelajar tahun empat Fakulti

Pendidikan UTM. Adalah diharapkan kajian ini akan memberikan sumbangan dalam

pembentukan pelajar yang lengkap dari segi ilmu dan kemahiran dalam merealisasikan

Wawasan 2020 seperti yang dirancang oleh negara.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kemahiran generik di kalangan mahasiswa bukan lagi merupakan isu yang

baharu. Malah ia sudahpun menjadi isu global. Ia merupakan isu yang sering

diperkatakan oleh bukan sahaja pihak industri tetapi juga pemimpin negara, para

akademik dan masyarakat awam. Saban tahun, pihak IPT akan melahirkan ribuan

graduan sama ada lulusan sijil, diploma, ijazah dan sebagainya sehingga menyebabkan

lambakan graduan di pasaran mengakibatkan nisbah tenaga kerja dan kekosongan kerja

tidak seimbang. Ia akan mengakibatkan pengangguran di kalangan graduan. Ini terbukti

Page 16: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

  3

dengan perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Job

Clearing System (JCS) iaitu jumlah siswazah menganggur dan tidak bekerja semasa

mendaftar setakat 12 Jun 2006 adalah sebanyak 20,217 orang (Muhamad Shahabudin,

2008).

Salah satu isu yang dikatakan merupakan faktor penyebab ialah disebabkan

kekurangan dan kelemahan graduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi-institusi

pengajian tinggi (IPT) itu sendiri (Buletin P&P edisi September 2004). Menurut Hasliza

(dalam Mohd Adib, 2007), antara faktor lulusan Institusi Pendidikan Tinggi tidak

mendapat tempat di pasaran pekerjaan adalah kerana mereka tidak mempunyai

kemahiran–kemahiran soft skills atau generik. Selain itu, faktor lain yang dikenalpasti

ialah tiada keyakinan diri, kurang daya keterampilan, lemah penguasaan Bahasa Inggeris,

tidak mampu berfikir secara kritikal, kurang kemahiran menyelesaikan masalah, kurang

kemahiran berkomunikasi dan kerja berkumpulan, kurang kemahiran menggunakan

kemudahan ICT (Informational and Communication Technology) dan sebagainya.

Dalam kajian yang dijalankan oleh The British Colombia Report (1999), didapati

ramai pihak majikan di industri telah meluahkan rasa kurang senang terhadap

kekurangan kemahiran generik di kalangan pelajar yang akan memasuki pasaran kerja.

Majikan di industri menekankan kepentingan kemahiran generik untuk kejayaan bekerja

dan menyarankan agar kemahiran generik di ajar di sekolah. Hasil daripada cadangan

laporan kajian tersebut, jabatan pendidikan negeri di negara berkenaan telah membentuk

dasar untuk menggalakkan pengintegrasian kemahiran generik ke dalam program

pendidikannya (Cassel dan Kolstad, 1998).

Selain kemahiran teknikal dalam pengkhususan masing-masing, kemahiran

generik (meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran penyelesaian

masalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan

kemahiran mencari dan mengurus maklumat) merupakan atribut yang amat perlu

dikuasai dan diamalkan oleh setiap graduan universiti, khususnya dalam usaha

Page 17: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

  4

melahirkan modal insan yang berketerampilan (Mohd Salleh Abu dan Zaki Kamsah,

2006).

Pihak Institusi Pengajian Tinggi sering menekankan bahawa pelbagai usaha telah

dijalankan bagi memastikan program pendidikan yang dilaksanakan mampu

menyediakan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara. Namun terdapat banyak

rungutan dari pihak majikan yang mengatakan bahawa kebanyakan graduan yang

dikeluarkan gagal memenuhi keperluan seperti mana yang diharapkan. Atas dasar

tersebut, kebanyakan institusi pengajian tinggi mula memfokuskan bukan lagi kepada

proses penyaluran pengetahuan semata-mata malah memfokuskan kepada penerapan

kemahiran generik di kalangan pelajarnya.

Penerapan kemahiran ini amat diperlukan sebagai salah satu langkah untuk

mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan universiti tempatan dewasa ini

(Buletin P& P, Edisi Jun, 2007). Penerapan kemahiran generik ini diperlukan bagi

membolehkan graduan memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam dunia

pekerjaan. Sehubungan itu, pelajar perlu dilengkapkan bukan sahaja dengan

pengetahuan teknikal atau bidang tertentu tetapi juga dengan sikap, kemahiran dan trait

yang betul. Secara umumnya, mereka memerlukan kemahiran generik yang mempunyai

nilai tambah merentasi bidang kurikulum (Bennett, Dunne & Carre, 1999).

Kemahiran generik seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,

kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran berkomunikasi, dan kemahiran bekerja

secara berkumpulan merupakan atribut yang amat perlu dikuasai dan diamalkan oleh

graduan universiti, khususnya di era persaingan global berasaskan pengetahuan atau k-

economy ini. Di samping aspek teknikal, kebanyakan majikan menggunakan penguasaan

kemahiran generik ini sebagai asas dalam pengambilan graduan untuk bekerja dalam

institusi atau syarikat mereka (Buletin P&P Edisi 1, Jun 2004).

Page 18: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

  5

Menurut Datuk Mustapha Mohamed (2006), bekas Menteri Pengajian Tinggi

Malaysia, IPT perlu menggunapakai pendekatan yang betul dan sesuai untuk

menerapkan kemahiran insaniah di kalangan graduan. Antara kemahiran yang harus

dikuasai ialah kebolehan berkomunikasi, penguasaan bahasa, keupayaan berfikir secara

kritis, kemampuan menyelesaikan masalah, keserasian bekerja dalam pasukan, memiliki

daya keusahawanan, bakat kepimpinan serta nilai moral dan etika tinggi.

Penerapan kemahiran generik yang dilaksanakan oleh IPT amat diperlukan bagi

membolehkan seseorang graduan memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam

dunia pekerjaan yang sebenarnya mula diberi perhatian. Pada asasnya kemahiran generik

diperlukan kerana sebab-sebab berikut:

i) Keperluan untuk sentiasa berdaya saing.

ii) Keperluan untuk mendapatkan ilmu baru dalam dunia berasaskan ilmu (k-world)

sekarang ini.

iii) Keperluan untuk bersosial dan berinteraksi dalam dunia yang serba

kebergantungan.

iv) Keperluan tempat kerja.

Selaras dengan kualiti yang diharapkan, kemahiran generik perlu diaplikasikan

ke dalam pembelajaran. Pelaksanaan pembangunan kemahiran generik di kalangan

pelajar IPT hendaklah berfokuskan gabungan pelbagai program dan aktiviti utama dalam

aktiviti formal pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kemahiran generik amat diperlukan

oleh seorang pelajar untuk mengadaptasikan diri dengan pelbagai situasi pekerjaan dan

sekaligus dapat melahirkan seorang pelajar yang berkualiti dalam semua bidang.

Kebanyakan Institusi Pendidikan Tinggi terkemuka luar Negara (seperti Griffith

University dan Monash University di Australia, Alverno College di Milwaukee di USA

dan The Under-Graduate Key Skills Project di United Kingdom) juga memberi fokus

terhadap kecekapan dengan menerapkan kemahiran generik pelajar secara komprehensif

berasaskan program yang direkabentuk khusus. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Page 19: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

  6

sendiri tidak terkecuali dalam mengalami arus perubahan ini. Program pembinaan atribut

graduan UTM dan penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar merupakan antara

program yang telah dijalankan bagi menyahut cabaran tersebut.

Berdasarkan program tersebut juga, UTM telah berjaya menyenaraikan atribut

graduan yang sewajarnya dicapai oleh pelajar UTM iaitu kemahiran komunikasi, bekerja

dalam kumpulan, penyelesaian masalah, mampu menyesuaikan diri, pembelajaran

sepanjang hayat, keyakinan diri dan etika atau moral (Buletin P&P Edisi 1, Jun 2004).

UTM telah menetapkan kemahiran dan nilai yang perlu diterapkan untuk graduannya

sebagai melengkapi diri ke pasaran kerjaya di samping kemahiran teknikal

pengkhususan masing-masing.

Menurut Mohd Salleh Abu dan Zaki Kamsah (2006), Senat UTM telah

menetapkan bahawa usaha pembangunan kemahiran generik di kalangan pelajar perlu

dibuat secara menyeluruh melibatkan pelbagai pendekatan yang berasaskan aktiviti P&P

serta program/aktiviti pembangunan sokongan seperti:

i) Penerapan kemahiran generik melalui aktiviti P&P secara ‘stand-alone’ (iaitu

melalui pelbagai kursus yang direkabentuk khas seperti Bahasa Inggeris,

Keusahawanan dll.).

ii) Penerapan kemahiran generik melalui aktiviti P&P secara ‘embedded across the

subjects’ (iaitu kemahiran generik diterapkan kepada pelajar secara merentasi

kurikulum matapelajaran bagi setiap kursus yang diikuti).

iii) Pembangunan kemahiran generik melalui pelbagai aktiviti English Language

Support Programme (ELSP).

iv) Pembangunan kemahiran generik melalui Program Degree ++.

v) Pembangunan kemahiran generik melalui kehidupan kampus (campus life).

Page 20: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

  7

Sehubungan dengan itu, mahasiswa yang sedang dalam pengajian perlu

melengkapkan diri dengan pengetahuan akademik dalam pengkhususan mereka dan

berusaha mencari nilai tambah atau ‘added value’ dalam diri supaya menjadi tarikan

pihak majikan untuk memilihnya berbanding ribuan lagi pemohon yang ingin bekerja

dengannya.

1.3 Penyataan Masalah

Mahasiswa yang sedang dalam pengajian perlu berusaha mencari nilai tambah

atau added value dalam diri supaya menjadi insan yang berketerampilan. Universiti

Teknologi Malaysia telah merancang, membangun dan melaksanakan pelbagai program

dan aktiviti yang bertujuan untuk melengkapkan bakal graduan dengan kemahiran

generik yang diperlukan oleh bakal majikan. Salah satu model dan pendekatan yang

digunakan adalah penerapan kemahiran generik melalui aktiviti pengajaran dan

pembelajaran (P&P) secara ‘stand-alone’ dan ‘embedded across the subjects’.

Bagaimanapun, timbul persoalan tentang sejauhmana para pelajar mengamalkan

kemahiran generik yang telah diterapkan dalam pembelajaran mereka. Kebanyakan

kajian yang dijalankan terhadap kemahiran generik adalah berkaitan dengan kepentingan

kemahiran generik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap amalan

kemahiran generik dalam pembelajaran daripada aspek kemahiran komunikasi,

kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri, etika atau moral dan keyakinan diri.

Page 21: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

  8

1.4 Objektif Kajian

Objektif khusus kajian ini adalah untuk meninjau dan mengenalpasti perkara-

perkara berikut:

1.4.1 Mengenalpasti tahap amalan kemahiran komunikasi pelajar-pelajar Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam pembelajaran.

1.4.2 Mengenalpasti tahap amalan kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri

pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam

pembelajaran.

1.4.3 Mengenalpasti tahap etika atau moral pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia dalam pembelajaran.

1.4.4 Mengenalpasti tahap keyakinan diri pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia dalam pembelajaran.

1.4.5 Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan

kemahiran komunikasi, kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri,

etika atau moral serta keyakinan diri pelajar dalam pembelajaran berdasarkan

jabatan.

Page 22: AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM · PDF filekemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM ... Jabatan Sains Sosial, ... pembelajaran untuk meningkatkan keterampilan

9  

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, berikut adalah persoalan-persoalan

kajian yang akan dijawab dalam kajian ini:

1.5.1 Apakah tahap amalan kemahiran komunikasi pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia dalam pembelajaran?

1.5.2 Apakah tahap amalan kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri

pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam

pembelajaran?

1.5.3 Apakah tahap etika atau moral pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia dalam pembelajaran?

1.5.4 Apakah tahap keyakinan diri pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia dalam pembelajaran?

1.5.5 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan kemahiran

komunikasi, kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri, etika atau

moral serta keyakinan diri pelajar dalam pembelajaran berdasarkan jabatan?