miskonsepsi pelajar terhadap konsep mol · pdf filei miskonsepsi konsep mol dan konsep...

28
MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hoangngoc

Post on 05-Feb-2018

263 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP

KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA

NURHIDAYAH BINTI ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
Page 3: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : ………………………

Nama penyelia : ………………………………………………

Tarikh :

TH HJ MEOR IBRAHIM B. KAMARUDDIN

Page 4: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

i

MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN

KONSEP PERSAMAAN KIMIA

NURHIDAYAH BINTI ISMAIL

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009

Page 5: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan

Nama Penulis :…………………………………..

Tarikh : …..

NURHIDAYAH BINTI ISMAIL

Page 6: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

iii

DEDIKASI

Ditujukan khas terutamanya buat insan-insan teristimewa dalam hidup ini.

Buat abah ( En. Ismail bin Jumat) dan mama (Pn. Normadiah binti Haji Mohd. Zin)

yang dirindui.. Penyuluh sepanjang hidup ini di saat ia inginkan sokongan, dorongan,

bimbingan dan kasih sayang.

Buat adik-adik ( Nur Amni, Nora, Abdul Zahid, Nur Ain dan Nur Izzati) yang

dicintai.. Pelengkap hidup ini sepanjang ia masih bernyawa.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan ( Norziana, Nor Aziehan, Azila) yang disayangi..

Penghibur hati diri ini di saat ia dalam kerunduman dan di saat kebahagiaan.

Buat teman (Mohd. Shafie bin Rosli) yang dikasihi.. Penyeri hati di kala suka dan

duka.

Terima kasih atas kesudian kalian untuk hadir dalam hidup ini, membimbing dan

membekalkan diri ini dengan semangat dan kasih sayang untuk terus berjuang dengan

jayanya. Terima kasih.

Page 7: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya tujukan ke hadrat Ilahi kerana

dengan limpah dan kurnia Nya, dapat saya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Di

kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya Tn

Hj Meor Ibrahim b. Kamaruddin yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan

dan dorongan sepanjang proses kajian ini berjalan.

Turut tidak dilupakan kepada pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia; Jabatan Pelajaran Negeri, Johor dan Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Pendidikan, KPM atas kebenaran dan kelulusan untuk saya menjalankan

kajian ini. Buat sekolah-sekolah yang terlibat (Sek. Men. Keb. Dato’ Yunos Sulaiman,

Sek. Men. Dato’ Ali Haji Ahmad dan Sek. Men. Keb. Dato’ Penggawa Barat ) dan

pihak-pihak pentadbiran sekolah serta guru-guru kaunselor sekolah yang banyak

membantu melancarkan lagi perjalanan kajian ini. Terima kasih atas bantuan pihak

tuan sekalian.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

saya yang sudi membantu dan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam

menjalankan Projek Sarjana Muda ini.

Penghargaan ini ditujukan jua buat mama, abah dan adik-adik saya yang

banyak memberi sokongan moral dalam menyiapkan kajian saya ini. Akhir sekali,

saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak dalam memberi sokongan, cadangan dan sebagainya.

Sekian.

Page 8: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

v

ABSTRAK

Pembelajaran konsep Kimia yang tepat adalah sukar kerana ia melibatkan

konsep-konsep abstrak. Ditambah pula dengan penghasilan konsep baru oleh pelajar

yang berbeza daripada konsep-konsep yang telah ditakrifkan oleh ahli-ahli sains.

Konsep-konsep baru pelajar ini dikenali sebagai salah konsep (miskonsepsi) dan boleh

menjurus kepada tahap penguasaan pelajar yang lemah bagi pelajar. Atas sebab itu,

kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji miskonsepsi dan tahap penguasaan

pelajar terhadap konsep mol dan konsep persamaan kimia. Kajian ini dijalankan ke

atas 160 orang pelajar tingkatan lima di tiga (3) buah sekolah (Sek. Men. Keb. Dato’

Yunos Sulaiman, Sek. Men. Dato’ Ali Haji Ahmad dan Sek. Men. Keb. Dato’

Penggawa Barat) di daerah Pontian. Set soal selidik dengan kebolehpercayaan, α=

0.594 telah digunakan. Set soal selidik ini meliputi lapan (8) aspek iaitu definisi

konsep mol, hubungan antara mol dengan jisim, bilangan zarah (ion, molekul dan

atom) dan isipadu gas, perseimbangan persamaan kimia berdasarkan konsep mol,

penukaran persamaan kimia daripada bentuk persamaan kimia kepada simbol,

penukaran persamaan kimia kepada persamaan iondan penyelesaian masalah

persamaan kimia (stoikiometri) . Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini

menunjukkan majoriti pelajar mempunyai miskonsepsi nyata dengan purata tahap

penguasaan pelajar adalah lemah (29.30%) . Beberapa cadangan dikemukakan pada

akhir laporan.

Page 9: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

vi

ABSTRACT

Learning chemistry is not easy because it involves concepts which are abstract

to be learnt. This allows student to develop new idea that diffuse from the one been

agreed by the scientists and this new idea formally known as misconception. This

misconception always gives rise to low students’ level of mastering. This research was

conducted to determine misconceptions and students’ level of mastering in mole and

chemical equation concepts. This descriptive-based research has been done on 160

form five students at three (3) selected schools at Pontian (Sek. Men. Keb. Dato’

Yunos Sulaiman, Sek. Men. Dato’ Ali Haji Ahmad and Sek. Men. Keb. Dato’

Penggawa Barat). A questionnaire with reliability, α = 0.594 has been used for this

research purpose. The questionnaire comprises of eight (8) aspects. Those aspects are

definitions of mole, relationship between mole and mass, number of particles (ions,

molecules and atoms), balancing the chemical equation based on mole concept,

changing the chemical equation from statement to symbol, changing the chemical

equation to ionic equation and solving chemical equation problems

stoichiometrically.Holistically, the result showed that the majority of the student have

exist misconseptions with overall mean for students’ level of mastering is weak

(29.30%). Several suggestions were given at the end of this report.

Page 10: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

Page 11: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

viii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Operasi 8

1.9.1 Miskonsepsi 8

1.9.2 Pelajar 9

1.9.3 Konsep Mol 9

1.9.4 Konsep Persamaan Kimia 10

1.10 Penutup 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Miskonsepsi 13

2.2.1 Faktor-Faktor Miskonsepsi 13

2.2.2 Prekonsepsi 15

2.2.3 Strategi Metakognitif 16

Page 12: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

ix

2.2.4 Implikasi Miskonsepsi terhadap 19

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

2.3 Konsep-Konsep Asas Kimia 20

2.3.1 Konsep Mol 20

2.3.2 Masalah Pengajaran Konsep Mol 21

2.3.3 Konsep Persamaan Kimia 22

2.4 Penutup 22

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 24

3.1 Pendahuluan 24

3.2 Reka Bentuk Kajian 24

3.3 Lokasi Kajian 25

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 26

3.5.1 Soal Selidik 26

3.5.2 Soalan Temubual 28

3.6 Jangka Masa Kajian 28

3.7 Prosedur Kajian 29

3.8 Kajian Rintis 30

3.9 Analisis Kajian 31

3.9.1 Analisis Miskonsepsi 31

3.9.2 Analisis Tahap Penguasaan 32

3.9.3 Temubual 33

3.10 Penutup 33

\

Page 13: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

x

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 35

4.1 Pendahuluan 35

4.2 Latar Belakang Pelajar 36

4.3 Miskonsepsi Konsep Mol dan 36

Konsep Persamaan Kimia

4.3.1 Definisi Konsep Mol 37

4.3.2 Hubungan antara Mol dengan 38

Jisim

4.3.3 Hubungan antara Mol dengan 39

Bilangan Ion, Molekul dan Atom

4.3.4 Hubungan antara Mol dengan 41

Isipadu Gas

4.3.5 Perseimbangan Persamaan Kimia 42

berdasarkan Konsep Mol

4.3.6 Penukaran Persamaan Kimia 43

daripada Bentuk Perkataan

Persamaan Kimia kepada

Persamaan Simbol

4.3.7 Penukaran Persamaan Kimia 44

Kepada Persamaan Ion

4.3.8 Penyelesaian Masalah Persamaan 45

Kimia (Stoikiometri)

4.4 Tahap Penguasaan Konsep Mol dan 48

Konsep Persamaan Kimia

4.5 Penutup 49

Page 14: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

xi

BAB 5 RUMUSAN, CADANGAN DAN 50

KAJIAN LANJUTAN

5.1 Pendahuluan 50

5.2 Rumusan 50

5.3 Cadangan 52

5.4 Kajian Lanjutan 53

5.5 Penutup 55

RUJUKAN 56

LAMPIRAN ( A-H ) 63

Page 15: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Taburan item mengikut aspek dalam konsep mol 27

dan konsep persamaan kimia

1.2 Taburan item mengikut aspek dalam konsep mol 28

1.3 Skema penilaian 31

1.4 Tahap penguasaan pelajar terhadap konsep 32

2.1 Kekerapan dan peratusan pelajar megikut jantina, 35

bangsa dan gred sains dalam PMR

2.2 Taburan frekuensi dan peratusan berdasarkan 37

klasifikasi respon (Definisi Konsep Mol)

2.3 Taburan frekuensi dan peratusan berdasarkan 38

klasifikasi respon (Hubungan antara Mol dengan Jisim)

Page 16: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

xiii

2.4 Taburan frekuensi dan peratusan berdasarkan 40

klasifikasi respon (Hubungan antara Mol

dengan Bilangan Ion, Molekul dan Atom)

2.5 Taburan frekuensi dan peratusan berdasarkan 42

klasifikasi respon (Hubungan antara Mol dengan

Isipadu Gas)

2.6 Taburan frekuensi dan peratusan berdasarkan 43

klasifikasi respon (Perseimbangan Persamaan Kimia

berdasarkan Konsep Mol)

2.7 Taburan frekuensi dan peratusan berdasarkan 44

klasifikasi respon (Penukaran Persamaan Kimia

kepada Persamaan Simbol)

2.8 Taburan frekuensi dan peratusan berdasarkan 45

klasifikasi respon (Penukaran Persamaan Kimia

kepada Persamaan Ion)

2.9 Taburan frekuensi dan peratusan berdasarkan 46

klasifikasi respon (Penyelesaian Masalah Persamaan Kimia

(Stoikiometri))

2.10 Peratusan dan Tahap Penguasaan pelajar 48

mengikut aspek-aspek yang diuji

Page 17: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A JADUAL PERSAMPELAN 26

B PENGESAHAN PENSYARAH 26

C BORANG SOAL SELIDIK 26

D SOALAN TEMUBUAL 28

E JADUAL PERANCANGAN PELAKSANAAN 29

TUGASAN KAJIAN PSM

F PENGESAHAN PELAJAR 29

(FAKULTI PENDIDIKAN)

G PENGESAHAN PELAJAR 29

(BAHAGIAN PERANCANGAN

DAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, KPM)

H PENGESAHAN PELAJAR 29

(JABATAN PELAJARAN NEGERI)

Page 18: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia dengan bermatlamatkan menuju Negara Maju 2020 memerlukan

sains dan teknologi untuk membangunkan negara berasaskan industri. Masyarakat

yang diharapkan bukan sahaja berpendidikan selaras dengan matlamat JERIS tetapi

ditambah pula dengan kriteria celik sains. Sains disini merangkumi pengetahuan,

kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara ketiga-tiga elemen ini

sangat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sains, satu mata pelajaran

teras yang melibatkan pelajarnya bukan hanya boleh menghafal fakta dan formula

semata-mata tetapi ia memerlukan pelajarnya bersifat kreatif dan kritis dalam

menyelesaikan masalahnya.

Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap

saintifik dan nilai murni. Apabila pelajar dibimbing untuk menghubungkan fakta

dengan konsep, membuat pengitlakan, mengaitkan pelajaran baru dengan ilmu sedia

ada serta mengaplikasikan ilmu dengan kehidupan harian maka, ilmu sains adalah

sesuatu yang bermakna. Sains juga merupakan sesuatu proses yang mengutamakan

kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Ia memperkembangkan kemahiran untuk

menyiasat alam sekitar yang melibatkan strategi berfikir, kemahiran berfikir dan

kemahiran saintifik. Penerapan nilai murni dan sikap saintifik semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan. Pendidikan dapat

Page 19: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

2

menyediakan ahli-ahli masyarakat supaya berguna kepada diri sendiri dan seterusnya

memberi manfaat dan sumbangan untuk pembangunan masyarakat.

Salah satu mata pelajaran elektif Sains adalah mata pelajaran Kimia.

Pelaksanaan kurikulum sains KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah)

yang disemak semula memberi penekanan utama kepada penyelesaian masalah

dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya mata pelajaran Kimia (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2001). Penyelesaian masalah ialah satu kaedah yang

melibatkan pelajar secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai

sasaran tertentu. Ia merupakan cara terbaik untuk mengilap kemahiran berfikir

pelajar. Mata pelajaran Kimia melibatkan kemahiran daya pemikiran dan kreativiti

pelajar pada aras yang tinggi (Abu Hassan, 2003). Pembelajaran Kimia juga

memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan mantap dan menyeluruh. Maka,

pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Kimia perlu mengambil kira

keperluan dan tahap pencapaian pelajar.

Dalam konteks kurikulum masa kini yang berorientasikan peperiksaan, proses

pengajaran dan pembelajaran masih lagi berpusatkan kepada guru (Abu Hassan,

2003). Ramai guru percaya bahawa pelajar tidak mempunyai sebarang idea mengenai

sesuatu konsep kimia maka mereka cenderung untuk mengamalkan pengajaran dan

pembelajaran yang berpusatkan guru dengan menghadkan penglibatan aktif pelajar

(Abu Hassan, 2001; Mohammad Yusof et al., 2002). Akibatnya, pelajar menjadi

kurang aktif, perkembangan intelek terbatas, tidak kritis dan kreatif dalam

perbincangan walaupun mempunyai gred pencapaian yang baik dalam peperiksaan

(Mohd Ali dan Shaharom, 2003). Keadaan ini bertambah meruncing apabila pelajar

dikehendaki menerima secara bulat fakta dan konsep yang disampaikan bagi tujuan

peperiksaan (Abu Hassan, 2003; Reid dan Yang, 2002). Kesukaran-kesukaran yang

timbul menyebabkan pelajar kurang memberikan tumpuan dan kurang minat

terhadap mata pelajaran Kimia (Ching, 2002).

Lantaran itu, pendidikan di alaf baru ini harus berubah menuju ke arah

menyediakan dan melengkapkan pelajar dalam menghadapi dunia pekerjaan dan

realiti sebenar. Kita tidak boleh berada di takuk yang sama lagi sepanjang masa.

Zaman sudah berubah maka, inilah masanya untuk pendidikan Malaysia berubah

agar dapat memenuhi wawasan Malaysia menuju Negara Maju 2020.

Page 20: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Selaras dengan Wawasan 2020, misi Malaysia untuk menghasilkan

masyarakat yang berpendidikan, celik sains dan bijak dalam pelbagai bidang

kelihatan samar-samar seandainya masalah miskonsepsi konsep-konsep asas kimia

dalam topik mol dan persamaan kimia yang merupakan dua topik tunjang dalam

penyelesaian masalah kimia masih menjadi suatu masalah besar yang menghantui

seluruh lapisan organisasi sekolah.

Konsep baru dibina oleh pelajar sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada

padanya. Interaksi antara konsep baru serta pengetahuan sedia ada berlaku sepanjang

proses pembelajaran. Konsep baru yang diproses oleh pelajar bergantung kepada

pengetahuan sedia ada pelajar dan cara pelajar mengorganisasikannya. Interaksi

antara konsep baru dengan pengetahuan sedia ada pelajar dikenali sebagai

perkembangan kerangka konsep oleh ahli psikologi (Franklin, 1992).

Di samping itu, Posner et al. (1982) juga mengemukakan pandangan terhadap

pembelajaran konsep. Berikut adalah keadaan semasa pembelajaran konsep baru oleh

pelajar:

i) Pelajar perlu berasa tidak puas hati dengan konsep sedia ada mereka.

ii) Pengetahuan atau konsep baru itu perlu bersifat koheren iaitu logik dan

konsiten agar membolehkan ia mudah untuk difahami dan dipelajari oleh

pelajar.

iii) Pengetahuan baru ini juga perlu selaras dan selari dengan pengetahuan dan

konsep-konsep yang pernah dipelajari oleh pelajar.

iv) Ia juga boleh dilihat sebagai suatu yang memudahkan dan lebih

menyenangkan berbanding pengetahuan sedia ada pelajar.

Osborne dan Freyberg (1985) pula bercanggah pendapat dengan Posner

kerana berpandangan bahawa pelajar menganggapkan pengetahuan sendiri

(pengetahuan sedia ada) lebih tepat, munasabah, logik dan bermakna berbanding

dengan konsep baru yang dipelajari. Oleh demikian, tiga keadaan yang mungkin

berlaku iaitu pelajar mungkin:

Page 21: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

4

i) Menerima konsep baru secara bulat-bulat atau dalam bentuk yang telah

diubahsuai.

ii) Menolak sepenuhnya konsep baru.

iii) Menghafal konsep baru sebagai ingatan sementara.

Pembelajaran berlaku apabila pelajar menyepadukan konsep baru (dibina

oleh pelajar sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada) dengan konsep sedia ada.

Walaupun begitu, kadangkala proses ini menghasilkan konsep baru yang berbeza

daripada pandangan konsep yang ditakrifkan oleh ahli sains. Ia digelar salah konsep

(misconception). Salah konsep banyak mempengaruhi pelajar semasa mempelajari

sesuatu konsep saintifik yang tepat.

Menurut Norlina (2007), keberkesanan sesuatu pengajaran dan pelajaran

sangat bergantung pada ilmu pengetahuan dan tahap penguasaan pendidiknya.

Pendidik yang lemah tidak mungkin dapat mendidik anak-anak muridnya dengan

sempurna dan ini secara automatiknya menunjukkan ketidaksediaan guru tersebut

dalam mengajar. Tapi bukan guru yang harus dipersalahkan seratus peratus dalam

kegagalan seseorang pelajar. Pelajar itu sendiri perlu menunjukkan minat dan

seterusnya penguasaan yang mantap dalam segala konsep-konsep khususnya konsep

asas kimia. Ini kerana penguasaan yang mantap tanpa dicampur-adukkan dengan

salah konsep merupakan platform utama bagi mereka untuk meneruskan hidup tanpa

berhadapan dengan masalah-masalah kimia yang rumit. Memandangkan Kimia

melibatkan banyak formula, peraturan, prinsip dan persoalan, apabila ia disalah

garabkan oleh pelajar dengan hanya menghafal segala fakta dan formula tanpa

pemahaman yang kukuh, maka mana mungkin subjek Kimia yang menyeronokkan

ini tidak menjadi „killer subject‟ bagi kebanyakan pelajar Sains Tulen.

Kimia merupakan suatu mata pelajaran yang menyeronokkan tetapi pelajar

sering mengalami masalah disebabkan kandungan mata pelajaran tersebut

mengandungi konsep yang sukar difahami, perkaitan konsep yang rumit (Aziz, 1991)

dan persoalan yang memerlukan kemahiran penyelesaian masalah. Kebolehan pelajar

menyelesaikan masalah kimia bergantung kepada kebolehan, kecerdasan dan sikap

mereka dalam mempelajari istilah-istilah kimia (Sumfleth, 1988). Kajian lepas (Aziz,

2003) mendapati faktor utama yang menyebabkan pelajar tidak dapat menyelesaikan

sesuatu masalah konsep kimia dengan baik adalah disebabkan oleh ketidakfahaman

Page 22: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

5

terhadap istilah utama dalam soalan. Pelajar sering membina makna sendiri

mengenai sesuatu konsep dengan menggunakan pentafsiran harian (Mohammad

Yusof et al., 2002).

Kajian konsep asas pelajar adalah penting dalam pendidikan kimia. Konsep

asas Kimia yang tepat tidak mudah dibina oleh pelajar kerana ia dianggap abstrak

dan sukar untuk difahami. Nussbaum (1979) menyatakan pelajar yang menghadiri

kelas mempunyai pelbagai idea sedia ada. Mereka tidak diumpamakan seperti bekas

kosong yang bersedia diisi oleh konsep baru di sekolah. Idea sedia ada atau

tanggapan pelajar yang berbeza ini dengan pandangan Sains diistilahkan sebagai

salah konsep atau miskonsepsi. Kajian miskonsepsi pelajar ini telah menjadi kajian

penting dalam tempoh dua (2) dekad lepas kerana ia dipegang dengan kukuh oleh

pelajar dan menjadi penghalang utama kepada pemahaman konsep asas Kimia. Atas

sebab ini, kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauh mana pelajar telah menyalah

ertikan konsep-konsep asas kimia dan contoh-contoh miskonsepsi yang wujud di

kalangan pelajar.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan kajian lepas oleh Adawiyah (2004) menunjukkan jumlah pelajar

yang meminati mata pelajaran Kimia adalah tinggi akan tetapi, tahap kefahaman

pelajar terhadap tajuk Formula dan Persamaan Kimia sangat kurang. Kajian

Termelezam (2006), menunjukkan pelajar adalah lemah dalam menyelesaikan

masalah persamaan kimia (stoikiometri) yang melibatkan konsep asas matematik dan

beberapa konsep asas kimia. Ini dikukuhkan lagi dengan dapatan daripada kajian

yang dijalankan pada 1996 di South African University oleh Huddle dan Pillay yang

menyatakan hanya 7.5% responden sahaja dapat menyelesaikan soalan persamaan

kimia mudah.

Tidak ketinggalan juga, kedapatan lebih daripada 30% pelajar menghadapi

masalah dalam menyelesaikan masalah dan lebih daripada 40% pelajar menghadapi

masalah dalam konsep mol. Satu kajian di Itali menunjukkan pelajar menganggap

Page 23: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

6

mol sebagai jisim bukan sebagai kuantiti bahan (Novick dan Menis, 1976). Pelajar-

pelajar sekolah menengah atas dan tahun satu di universiti di Amerika Syarikat,

menurut kajian Krishnan dan Howe (1994) menyatakan bahawa mol hanya dikaitkan

dengan molekul bukannya atom dan kuantiti dalam definisi mol adalah bermaksud

jisim malar.

Berdasarkan dapatan-dapatan yang bukan sahaja tertumpu di Malayasia

bahkan seluruh dunia, dapat disimpulkan bahawa miskonsepsi ini semakin menular

di kalangan pelajar Kimia. Atas sebab itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti

miskonsepsi pelajar terhadap konsep mol dan konsep persamaan kimia yang

merupakan salah satu konsep dalam pembelajaran Kimia yang melibatkan

pengaplikasian konsep mol secara meluas sebagai penunjuk aras penguasaan mereka

terhadap subjek Kimia.

1.4 Objektif Kajian

Secara khusus, kajian ini dijalankan terhadap para pelajar dengan tujuan

untuk mengenal pasti:

i) Miskonsepsi pelajar terhadap konsep mol dan konsep persamaan

Kimia yang mana ia boleh dikategorikan kepada tiga tahap iaitu

miskonsepsi nyata, mikonsepsi separa dan miskonsepsi tidak wujud

(kurang nyata).

ii) Tahap penguasaan pelajar terhadap konsep mol dan persamaan Kimia

yang merupakan tunjang utama dalam penyelesaian masalah soalan-

soalan Kimia

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, secara khususnya persoalan yang hendak diungkai ialah:

Page 24: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

7

i) Apakah miskonsepsi pelajar terhadap konsep mol dan konsep

persamaan Kimia yang mana ia boleh dikategorikan kepada tiga tahap

iaitu miskonsepsi nyata, mikonsepsi separa dan miskonsepsi tidak

wujud (kurang nyata)?

ii) Apakah pelajar menguasai konsep mol dan persamaan Kimia yang

merupakan tunjang utama dalam penyelesaian masalah soalan-soalan

Kimia?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan yang bukan sahaja bermakna

untuk orang persendirian tetapi ia sangat berguna untuk seluruh institusi pendidikan.

i) Membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan

kualiti pembelajaran dan pencapaian pelajar yang seterusnya boleh

meningkatkan mutu pendidikan negara.

ii) Memberi gambaran serta kesedaran kepada pelajar-pelajar terhadap

miskonsepsi konsep asas kimia mereka justeru meningkatkan

pencapaian mereka sebagai persediaan menghadapi peperiksaan

Kimia pada SPM menjelang.

iii) Memberi panduan kepada guru-guru Kimia mengenai kepentingan

mengajar Kimia di sekolah dengan tujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berpandangan jauh ditambah dengan

berakhlak mulia.

iv) Menjadi rujukan yang diletakkan di perpustakaan.

1.7 Skop Kajian

Konsep yang diuji adalah konsep mol dan konsep persamaan Kimia yang

dipelajari oleh pelajar Tingkatan Empat (4). Konsep mol merupakan konsep asas

Page 25: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

8

Kimia yang menjadi tunjang utama penyelidikan manakala konsep persamaan Kimia

merupakan suatu contoh topik Kimia lain yang mengaplikasikan konsep Mol secara

meluas.

1.8 Batasan Kajian

Terdapat beberapa perkara yang menjadi penghalang kepada kajian ini

seperti:

i) Populasi hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan lima sahaja.

ii) Penilaian menggunakan item-item dalam soal selidik di mana

kesemua data yang dikumpul akan dianalisis dan ditafsir oleh

penyelidik sahaja.

iii) Item-item yang diguna hanya dapat menguji pengetahuan pelajar

dengan tepat tetapi mungkin tidak menguji penguasaan pelajar

terhadap sesuatu konsep dengan sepenuhnya.

1.9 Definisi Operasi

Terdapat beberapa terma dalam kajian yang dilihat perlu didefinisikan

secara mendalam. Terma-terma tersebut dapat dilihat pada tajuk kajian dan akan

dihuraikan satu-persatu untuk memberi kefahaman yang sebenar berkenaan kajian

ini.

1.9.1 Miskonsepsi

Miskonsepsi ditakrifkan sebagai aksi atau perbuatan salah erti dan merupakan

satu anggapan disebabkan oleh salah pengertian (Little Oxford English Dictionary,

Page 26: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

9

2002). Dalam kajian ini, miskonsepsi ditakrifkan sebagai salah erti responden

terhadap soalan soalan Kimia yang menggambarkan penguasaan mereka terhadap

subjek Kimia itu sendiri.

1.9.2 Pelajar

Pelajar adalah insan yang belajar di sesebuah institusi pengajian sama ada

sekolah rendah, sekolah menengah mahupun Institusi Pengajian Awam. Dalam

kajian ini, pelajar tingkatan lima menjadi sampel kajian memandangkan mereka telah

menghabiskan sillabus topik ini dalam pengajian mereka di tingkatan empat.

1.9.3 Konsep Mol

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, mol adalah unit bagi banyaknya bahan

yang mengandungi unit asas seperti atom, ion, elektron, molekul dan lain-lain yang

bersamaan dengn bilangan atom karbon dalam 0.012 kg isotop karbon yang berat

atomnya ialah 12. IUPAC (1965) mendefinisikan mol sebagai mol adalah kuantiti

sesuatu bahan yang mengandungi bilangan zarah yang sama dengan bilangan atom

yang terdapat dalam 12.000gram atom karbon-12 yang mana bilangan zarah yang

terkandung dalam 12.000 gram atom karbon-12 ialah 6.023x1023

(“an amount of

substance of specific chemical formula, containing the same number of formula units

(atoms, molecules, ions, electrons, quanta or other entities) as there are in 12 grams

exactly of the pure nuclide C-12”). Kajian ini akan menumpukan pada miskonsepsi

dan penguasaan pelajar dalam:

i) Definisi konsep mol

ii) Hubungan antara mol dengan jisim

iii) Hubungan antara mol dengan bilangan ion, molekul dan atom

iv) Hubungan antara mol dengan isipadu gas

v) Aplikasi Konsep Mol

vi) Kesukaran dalam pembelajaran Konsep Mol

Page 27: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

10

1.9.4 Konsep Persamaan Kimia

Stoikiometri menurut Silberberg di dalam bukunya bertajuk Chemistry edisi

keempat (2006) adalah suatu pembelajaran hubungan antara nombor jisim-mol

terhadap formula kimia dan tindak balasnya. Di dalam kajian ini, konsep persamaan

kimia (stoikiometri) akan dilihat dari sudut interpretasi pelajar terhadap persamaan

kimia di mana pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah persamaan kimia

secara kualitatif dan kuantitatif.

Terdapat empat aspek yang akan dikaji:

i) Menyeimbangkan persamaan kimia berdasarkan konsep mol

ii) Menukarkan persamaan kimia daripada bentuk persamaan kepada

bentuk simbol

iii) Menukarkan persamaan kimia ke persamaan ion

iv) Menyelesaikan masalah persamaan kimia yang melibatkan konsep

asas matematik dan konsep mol

1.10 Penutup

Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran mengenai miskonsepsi

pelajar tingkatan lima dalam konsep asas kimia yang utama iaitu konsep mol dan

konsep persamaan kimia. Miskonsepsi ini dijadikan kayu ukur terhadap penguasaan

pelajar dalam konsep-konsep tersebut.

Diharapkan melaluinya, kelemahan-kelemahan pelajar dalam menyelesaikan

masalah kimia dapat dikenal pasti. Seterusnya, langkah-langkah penyelesaian dapat

dijalankan oleh pihak yang terlibat. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat

menyumbang dalam memperbaiki kekurangan dalam pendekatan pengajaran Kimia

di sekolah agar usaha-usaha untuk menghasilkan generasi masa depan yang

Page 28: MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MOL · PDF filei MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA NURHIDAYAH BINTI ISMAIL Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

11

produktif, kreatif, inovatif serta berketrampilan tinggi bukanlah suatu usaha yang sia-

sia.