pengesahan status tesis - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan...

25
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ? Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ? JUDUL: PENYELESAIAN MASALAH DALAM KONSEP MOL BAGI MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN 4 SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya NORAINI BINTI MAMAT @ ALI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia d ibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (? ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, __________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 840, JLN TKP 15, TAMAN KANTAN PERMAI, PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN 43000 KAJANG, SELANGOR. Nama Penyelia Tarikh: 25 APRIL 2006 Tarikh: 25 APRIL 2006 ?

Upload: dinhthu

Post on 01-May-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ? Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ?

JUDUL: PENYELESAIAN MASALAH DALAM KONSEP MOL BAGI

MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN 4

S ESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya NORAINI BINTI MAMAT @ ALI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia d ibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (? )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

__________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 840, JLN TKP 15, TAMAN KANTAN PERMAI, PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN 43000 KAJANG, SELANGOR. Nama Penyelia Tarikh: 25 APRIL 2006 Tarikh: 25 APRIL 2006

?

Page 2: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

i

PENYELESAIAN MASALAH DALAM KONSEP MOL BAGI

MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN 4

NORAINI BINTI MAMAT @ ALI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

Page 3: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penulis : NORAINI BT. MAMAT @ ALI

Tarikh : 25 APRIL 2006

Page 4: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

iii

“Saya / kami* akui bahawa saya / kami* telah membaca karya ini dan pada

pandangan saya / kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia).”

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penyelia : PROF. MADYA HJ. AZIZ B. NORDIN

Tarikh : 25 APRIL 2006

* Potong yang tidak berkenaan

Page 5: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

iv

DEDIKASI

Buat Ayahanda Mamat @ Ali Bin Salleh,

Engkaulah sumber inspirasiku.

Buat Bonda Samsidah Binti Mohd. Zin,

Nasihatmu membakar semangatku.

Buat Kekanda Radin Norisham & Norsuzzyanie, Radin Norashid & Azlina,

Kalian amat bermakna buatku.

Buat Adinda Radin Norazizi, Norhayati & Radin Norazrin,

Gelak tawamu penawar pilu.

Buat Anak -anak buahku Syafiqah Athirah & Faris Firdaus,

Keletahmu menambat hatiku.

Buat Rahifizullah Ibrahim,

Kekuatanmu kekuatanku jua.

Buat Sahabat-sahabat Setiaku,

Budimu kukenang hingga akhir nanti.

Semoga kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat,

milik kita bersama, Amin.

Page 6: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

v

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T

kerana dengan kurnia dan izinnya maka dapat saya menyiapkan latihan ilmiah ini

dengan sempurna. Di kesempatan ini, ingin saya rakamkan ucapan jutaan terima

kasih kepada pembimbing saya, Prof. Madya Hj. Aziz Bin Nordin di atas segala

tunjuk ajar, nasihat dan galakan yang diberikan kepada saya semasa menjalankan

kajian ini.

Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang

terlibat dalam menjadi responden kepada kajian ini. Kerjasama yang diberikan

amatlah berharga dalam menyempurnakan kajian ini. Ucapan paling istimewa saya

tujukan kepada ma, abah, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik di atas doa,

sokongan, perangsang dan bantuan yang diberikan. Budi kalian tersemat di hati.

Tidak ketinggalan ucapan sekalung penghargaan buat teman-teman

seperjuangan yang banyak memotivasikan diri ini serta memberi sokongan dan

dorongan dalam usaha menyiapkan kajian ini. Pengalaman dan kenangan bersama

kalian tidak akan ku lupakan. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua

individu yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan kajian ini.

Wassalam.

Page 7: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

vi

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman

pelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan

menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian adalah

terdiri daripada 120 orang pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah menengah

di daerah Kota Tinggi Johor. Instrumen kajian yang telah digunakan adalah

merupakan satu set Ujian Penyelesaian Masalah Kimia (UPMK). Data-data yang

diperolehi telah diproses dan dianalisis menggunakan program ‘Statistical Package

for the Social Sciences’ (SPSS for Windows) versi 11.0 dan data telah diterjemahkan

dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap

keupayaan penyelesaian masalah Kimia di kalangan pelajar adalah cemerlang.

Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan pelajar yang menghadapi kesukaran dalam

memahami konsep mol. Sehubungan dengan itu, diharapkan kajian ini dapat

membantu pelajar, guru-guru, pihak sekolah dan perancang kurikulum dalam usaha

mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Kimia di bilik darjah.

Page 8: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

vii

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the level of understanding of mole

concepts among form four students. This study also tried to determine the Chemistry

problem solving ability level. The respondents are 120 students in form four from

four schools in Kota Tinggi Johor. A set of Chemistry Problem Solving Test

(UPMK) were distributed to the respondents. The data obtained were processed and

analyzed using ‘Statistical Package for the Social Sciences’ (SPSS for Windows)

version 11.0 and the findings are presented by frequency and percentage. Generally,

the findings show that the Chemistry problem solving ability level among the

students was high and excellent respectively. However, some of the students had

difficulties in understanding the mole concepts. Therefore, it is hoped that the study

will give benefit to students, teachers, school management and curriculum planners

in giving effort to improve the quality of teaching and learning Chemistry in

classroom.

Page 9: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Skop Kajian 7

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Konsep 7

1.9.2 Kefahaman Konsep 8

1.9.3 Konsep Mol 8

Page 10: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

ix

1.9.4 Kimia KBSM 8

1.9.5 Masalah 9

1.9.6 Menyelesaikan Masalah 9

1.9.7 Pendekatan Penyelesaian

Masalah TIRUR 9

1.9.8 Penyelesaian Masalah 10

1.9.9 Tahap Keupayaan 10

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Penyelesaian Masalah

2.2.1 Pengenalan Penyelesaian Masalah 11

2.2.2 Penyelesaian Masalah Dalam Kimia 12

2.3 Model Penyelesaian Masalah

2.3.1 Pengenalan 14

2.3.2 Pendekatan TIRUR 14

2.3.3 Panduan Pemarkahan Analitik 17

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 19

3.2 Reka Bentuk Kajian 19

3.3 Tempat Kajian 20

3.4 Sampel Kajian 20

3.5 Instrumen Kajian 20

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 21

3.7 Pentadbiran Instrumen 21

3.8 Kajian Rintis 21

3.9 Analisis Data 22

3.9.1 Analisis Keupayaan Penyelesaian

Masalah Kimia 22

Page 11: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

x

4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 24

4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 24

4.2.1 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 25

4.2.2 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Bangsa 25

4.2.3 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Agama 26

4.2.4 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Sekolah 26

4.2.5 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Gred Mata Pelajaran

Sains Semasa PMR 27

4.2.6 Taburan Peratusan Responden

Mengikut Gred Mata Pelajaran

Matematik Semasa PMR 28

4.3 Keputusan Dan Analisis Bahagian B 28

4.3.1 Persoalan Kajian Pertama: Sejauh

manakah tahap kefahaman pelajar

dalam topik konsep mol dalam

mata pelajaran Kimia? 29

4.3.1.1 Item 1: Masalah perhitungan

yang melibatkan penukaran

daripada bilangan mol

kepada bilangan zarah

dan sebaliknya. 29

4.3.1.2 Item 2: Masalah perhitungan

daripada bilangan mol kepada

jisim dan sebaliknya. 30

4.3.1.3 Item 3: Masalah perhitungan

daripada jisim kepada bilangan

zarah dan sebaliknya. 30

Page 12: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

xi

4.3.1.4 Item 4: Penyelesaian masalah

perhitungan yang melibatkan

bilangan zarah, bilangan mol,

jisim dan isipadu gas pada s.t.p.

dan pada keadaan bilik. 31

4.3.1.5 Item 5: Penentuan formula

empirik. 31

4.3.1.6 Item 6: Perhitungan berkaitan

dengan stoikiometri

persamaan kimia. 32

4.3.2 Persoalan Kajian Kedua: Apakah tahap

keupayaan menyelesaikan masalah

konsep mol di kalangan pelajar-pelajar

tingkatan 4? 33

4.3.2.1 Taburan peratusan responden

yang mempunyai tahap keupayaan

penyelesaian masalah yang

berpencapaian tinggi. 33

4.3.2.2 Taburan peratusan responden

yang mempunyai tahap keupayaan

penyelesaian masalah yang

berpencapaian rendah. 36

4.4 Rumusan 39

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 41

5.2 Perbincangan Kajian 41

5.2.1 Persoalan Kajian Pertama: Sejauh

manakah tahap kefahaman pelajar

dalam topik konsep mol dalam

mata pelajaran Kimia? 42

Page 13: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

xii

5.2.2 Persoala n Kajian Kedua: Apakah

tahap keupayaan menyelesaikan

masalah konsep mol di kalangan

pelajar-pelajar tingkatan 4? 44

5.3 Rumusan Kajian 45

5.4 Implikasi dan Cadangan Kajian 46

5.5 Kekangan / Kelemahan Yang Dihadapi 47

5.6 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 47

5.7 Penutup 48

RUJUKAN 49

LAMPIRAN 52

Page 14: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Pendekatan TIRUR dan penjelasannya 15

2.2 Langkah 1 (Memahami Masalah) 17

2.3 Langkah 2 (Merancang Jalan Penyelesaian) 17

2.4 Langkah 3 (Mendapatkan Jawapan) 18

3.1 Pembahagian tahap keupayaan penyelesaian

masalah pelajar mengikut markat UPMK 23

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut jantina 25

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut bangsa 25

4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut agama 26

4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut sekolah 26

4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut gred mata pelajaran Sains

semasa PMR 27

4.6 Taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut gred mata pelajaran Matematik

semasa PMR 28

4.7 Taburan kekerapan dan peratusan responden

yang menjawab item 1 mengikut ketepatan 29

4.8 Taburan kekerapan dan peratusan responden

yang menjawab item 2 mengikut ketepatan 30

Page 15: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

xiv

4.9 Taburan kekerapan dan peratusan responden

yang menjawab item 3 mengikut ketepatan 30

4.10 Taburan kekerapan dan peratusan responden

yang menjawab item 4 mengikut ketepatan 31

4.11 Taburan kekerapan dan peratusan responden

yang menjawab item 5 mengikut ketepatan 31

4.12 Taburan kekerapan dan peratusan responden

yang menjawab item 6 mengikut ketepatan 32

4.13 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berpencapaian tinggi yang menjawab item 1

mengikut ketepatan 33

4.14 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berpencapaian tinggi yang menjawab item 2

mengikut ketepatan 34

4.15 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berpencapaian tinggi yang menjawab item 3

mengikut ketepatan 34

4.16 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berpencapaian tinggi yang menjawab item 4

mengikut ketepatan 34

4.17 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berpencapaian tinggi yang menjawab item 5

mengikut ketepatan 35

4.18 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berpencapaian tinggi yang menjawab item 6

mengikut ketepatan 35

4.19 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berpencapaian rendah yang menjawab item 1

mengikut ketepatan 36

4.20 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berpencapaian rendah yang menjawab item 2

mengikut ketepatan 36

Page 16: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

xv

4.21 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berpencapaian rendah yang menjawab item 3

mengikut ketepatan 37

4.22 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berpencapaian rendah yang menjawab item 4

mengikut ketepatan 37

4.23 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berpencapaian rendah yang menjawab item 5

mengikut ketepatan 37

4.24 Taburan kekerapan dan peratusan responden

berpencapaian rendah yang menjawab item 6

mengikut ketepatan 38

Page 17: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

4.1 Perkaitan antara konsep mol dengan jisim

bahan, bilangan zarah, isipadu gas

dan persamaan kimia 39

Page 18: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

xvii

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

JAR - Jisim Atom Relatif

JMR - Jisim Molekul Relatif

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

TIRUR - Type, Identify, Relationships, Use, Review

UPMK - Ujian Penyelesaian Masalah Kimia

Page 19: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari

Bahagian Perancangan dan Penye lidikan

Dasar Pendidikan (EPRD)

Kementerian Pelajaran Malaysia 52

B Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia 54

C Ujian Penyelesaian Masalah Kimia (UPMK) 55

D Skema jawapan mengikut Pendekatan TIRUR 63

Page 20: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Mewujudkan masyarakat yang saintifik, progresif, berdaya cipta dan

berpandangan jauh merupakan antara tujuan yang ingin dicapai melalui Wawasan

2020. Pendidikan boleh dikatakan sebagai wadah bagi merealisasikan matlamat-

matlamat ini. Pendidikan adalah suatu proses berterusan yang bertujuan untuk

mencipta pola -pola tingkah laku tertentu individu. Ini dapat dibuktikan dari

pengertian pendidikan itu sendiri, di mana dari beberapa sudut pandangan,

pendidikan diertikan sebagai proses indoktrinasi dan proses bersepadu untuk

mencapai sesuatu matlamat.

Segala aktiviti pendidikan adalah untuk membentuk individu yang lengkap

dari segi fizikal, intelek, emosi serta rohani. Nilai-nilai mulia yang membawa erti

dalam hidup disampaikan kepada pelajar. Semua pelajar dibekalkan dengan

kemahiran asas pengetahuan untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dalam

hidup yang sempurna. Pelajar -pelajar akan dibantu membentuk nilai-nilai moral dan

sikap positif terhadap kehidupan, supaya mereka dapat berkhidmat untuk kemajuan

masyarakat dan kemanusiaan dengan semangat dedikasi.

Kurikulum didefinisikan sebagai satu pengajaran dan pembelajaran yang

merangkumi semua elemen pendidikan bagi mencapai tujuan yang telah ditetapkan

yang didokumenkan dan mampu dilaksanakan. Pendidikan sains adalah satu

darinya, yang boleh memainkan peranan penting dalam merealisasikan Wawasan

Page 21: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

2

2020. Melaluinya, proses pemodenan dan pembangunan Negara dapat dijalankan.

Ini kerana, bagi mendapatkan sumber tenaga kerja yang saintifik, progresif dan

inovatif serta masyarakat celik sains untuk menangani abad sains dan teknologi ini,

penekanan yang lebih kepada pelajaran Sains perlu dilakukan.

Mata pelajaran Kimia KBSM merupakan salah satu daripada subjek elektif

dalam sains tulen di peringkat menengah atas. Kimia ditakrifkan sebagai sains unsur

dan sebatian yang mengkaji bagaimana perpaduan antara bahan-bahan kimia itu

berlaku dan juga kelakuan mereka di bawah pelbagai keadaan. Ia merangkumi fakta,

konsep, prinsip, teori, definisi dan hukum kimia serta hubungkaitnya dengan

fenomena alam (Yew, Gin Gee & Sulaiman Hassan, 1991). Secara umumnya, mata

pelajaran Kimia telah memberi tumpuan kepada kesepaduan antara pengetahuan,

kemahiran saintifik dan nilai-nilai murni. Dari segi pengetahuan, kandungan kimia

menekankan pada pemahaman kimia sebagai satu bidang keilmuan yang melibatkan

kajian tentang komposisi bahan, interaksi antara satu bahan dengan bahan yang lain

dan penghasilan bahan baru. Manakala dari segi kemahiran saintifik, ia memberi

tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji Kimia

sebagai satu disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Proses

yang dijalankan adalah melalui pembelajaran berfikrah yang berteraskan kemahiran

berfikir menggunakan pendekatan inkuiri penemuan (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2001).

Kebolehan untuk mengaplikasikan sains dalam kehidupan memerlukan

pemahaman dan keupayaan dalam menghubungkaitkan konsep-konsep asas sains.

Kebolehan untuk merangkaikan sesuatu konsep dengan konsep yang lain akan dapat

membantu pelajar dalam memahami topik yang sukar dipelajari, sekaligus

memudahkan pelajar bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep

tersebut. Dalam kimia, kita perlu mempelajari fakta, konsep, teori, pengiraan dan

sebagainya. Dalam pengiraan, sebahagian besar masalah-masalah kimia adalah

melibatkan penggunaan konsep mol. Mol adalah merupakan satu unit asas kimia

yang penting dan merupakan konsep asas Kimia untuk mempelajari tajuk kimia yang

lain seperti stoikiometri.

Page 22: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Matlamat mata pelajaran Kimia adalah untuk melahirkan pelajar yang

mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia serta berkebolehan

menggunakannya dengan berlandaskan sikap dan nilai murni untuk menyelesaikan

masalah dalam kehidupan seharian. Masalah boleh digunakan bagi melatih

keupayaan dan kemahiran intelek individu. Di samping itu, ia juga boleh dijadikan

sebagai cara untuk menyampaikan sesuatu fakta, idea dan konsep dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kimia. Menurut kajian yang telah

dijalankan oleh Bou Jaoude (1992) menunjukkan bahawa mata pelajaran Kimia

merupakan salah satu mata pelajaran yang sangat sukar untuk dipelajari. Salah satu

aspek kurikulum Kimia yang sukar bagi pelajar-pelajar ialah penyelesaian masalah

(problem solving ). Hasil kajian daripada Aziz & Hasnah (1990) yang bertajuk

“Cubaan Murid Menyelesaikan Masalah Pengiraan Konsep Mol” mendapati

walaupun ramai pelajar yang berminat dalam mata pelajaran Kimia, tetapi mereka

merasakan bahawa mata pelajaran Kimia adalah satu mata pelajaran yang sukar

untuk dipelajari. Antara yang dialami oleh pelajar ialah:

i. Kesukaran dalam mengingati isi kandungan mata pelajaran.

ii. Terlalu banyak soalan yang menggunakan pengiraan.

iii. Terlalu banyak persamaan kimia yang sukar untuk diingati dan difahami.

Konsep mol terkandung dalam Bab Tiga (3) bagi sukatan mata pelajaran

Kimia iaitu di bawah tajuk Formula dan Persamaan Kimia. Terdapat beberapa topik

Kimia yang diamati sukar oleh pelajar -pelajar di Negara kita. Pelajar-pelajar

menghadapi kesukaran dalam penyelesaian kuantitatif kimia. Penyelesaian masalah

didapati sukar oleh pelajar disebabkan oleh strategi yang digunakan oleh pelajar

untuk menyelesaikan masalah kimia. Ia disebabkan kurangnya kemahiran dalam

mengatur strategi dan gagal menggunakan pengetahuan yang ada dengan betul.

Hasil daripada kajian-kajian lain mendapati bahawa kesukaran pelajar dalam

menyelesaikan masalah kimia adalah kerana strategi penyelesaian yang digunakan

adalah tidak sistematik dan mengikut kaedah tradisional dan juga disebabkan

ketidaktepatan pendekatan yang digunakan (Sivaratnam, 1983). Frazer (1982) telah

menggariskan beberapa sebab mengapa pelajar sering gagal dalam penyelesaian

masalah, iaitu:

Page 23: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

4

i. Kegagalan untuk memulakan sesuatu penyelesaian masalah.

ii. Pelajar berjaya menyelesaikan masalah tetapi gagal untuk menyiapkannya.

iii. Pelajar berjaya menyelesaikan masalah tetapi jawapan yang diperolehi tidak

tepat.

Konsep mol adalah satu konsep yang melibatkan atom, molekul atau ion.

Salah tanggapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam persoalan mol adalah

disebabkan oleh konsep mol yang abstrak dan perkaitannya yang banyak dengan

konsep yang lain. Ia juga berpunca daripada kurangnya pengeta huan asas dan

kefahaman konsep dalam sesuatu tajuk (Aziz & Hasnah, 1990). Ini menyebabkan

mereka gagal dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep tersebut

(Aziz & Hasnah, 1990). Kegagalan pelajar dalam menyelesaikan masalah mol ini

akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam menjawab soalan sama ada dalam ujian

di peringkat sekolah atau peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, hal

ini perlu diambil berat agar masalah salah konsep dalam konsep mol tidak berterusan

dan menjadi penghalang bagi pelajar-pelajar untuk mencapai keputusan yang

cemerlang di dalam peperiksaan.

1.3 Pernyataan Masalah

Ramai pelajar yang baru mempelajari konsep kimia sering menghadapi

masalah dalam menyelesaikan masalah kimia yang melibatkan pengiraan seperti

formula kimia dan konsep mol (Friedel, 1990: Gabel & Sherwood, 1984). Selain itu,

menurut Kamaru’z Zaman (1999) didapati pelajar mengalami kesukaran dalam

memahami dan menyelesaikan permasalahan konsep mol yang terdapat dalam

sukatan mata pelajaran Kimia KBSM tingkatan 4. Antara faktor-faktor

permasalahan yang sering timbul dalam penyelesaian masalah ialah:

i. Masalah kefahaman dan membaca.

ii. Masalah menyusun simbol.

iii. Masalah membaca graf, jadual dan rajah.

iv. Masalah mendapatkan idea utama.

v. Masalah mencari makna.

Page 24: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

5

Oleh kerana itu, timbul persoalan tentang keupayaan pelajar dalam

menyelesaikan masalah terutama sekali dalam tajuk konsep mol. Permasalahan yang

dihadapi oleh para pelajar ini mendorong pengkaji membuat kajian bagi mengatasi

masalah ini supaya ia tidak menjadi satu kekangan dalam era pendidikan masa kini.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk:

1. Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam topik konsep mol dalam mata

pelajaran Kimia yang berkaitan dengan:

i. Masalah perhitunga n yang melibatkan penukaran daripada bilangan

mol kepada bilangan zarah dan sebaliknya.

ii. Masalah perhitungan daripada bilangan mol kepada jisim dan

sebaliknya.

iii. Masalah perhitungan daripada jisim kepada bilangan zarah dan

sebaliknya.

iv. Penyelesaian masalah perhitungan yang melibatkan bilangan zarah,

bilangan mol, jisim dan isipadu gas pada s.t.p. dan pada keadaan bilik.

v. Penentuan formula empirik.

vi. Perhitungan berkaitan dengan stoikiometri persamaan kimia.

2. Menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah konsep mol di

kalangan pelajar-pelajar tingkatan 4.

Page 25: PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepelajar tingkatan empat mengenai konsep mol dan menentukan tahap keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep mol. Subjek kajian

6

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut:

1. Sejauh manakah tahap kefahaman pelajar dalam topik konsep mol dalam

mata pelajaran Kimia yang berkaitan dengan:

i. Masalah perhitungan yang melibatkan penukaran daripada bilangan

mol kepada bilangan zarah dan sebaliknya.

ii. Masalah perhitungan daripada bilangan mol kepada jisim dan

sebaliknya.

iii. Masalah perhitungan daripada jisim kepada bilangan zarah dan

sebaliknya.

iv. Penyelesaian masalah perhitungan yang melibatkan bilangan zarah,

bilangan mol, jisim dan isipadu gas pada s.t.p. dan pada keadaan bilik.

v. Penentuan formula empirik.

vi. Perhitungan berkaitan dengan stoikiometri persamaan kimia.

2. Apakah tahap keupayaan menyelesaikan masalah konsep mol di kalangan

pelajar-pelajar tingkatan 4?