create - ump.edu.my · 32 pasukan sertai kejohanan bola tampar ... digariskan dalam pelan strategik...

70
CREATE 3

Upload: buidung

Post on 26-May-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 3

Page 2: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

4 CREATE

Kandungan

4

6

89

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

22

24

25

26

27

28

29

30

32

34

35

36

37

38

40

41

42

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

54

55

56

57

58

59

60

61

62

63

64

65

66

68

‘Memasyarakatkan Teknologi’ agenda keterampilan UMP

UMP tuan rumah Dialog TN50 Alam Sekitar

JKNC/R bincang hala tuju universiti bagi tingkatkan kualiti

Klik-klik lensa

Komuniti Kuala Pahang masak bubur lambuk

Anak-anak yatim dan asnaf ceria terima baju raya

Projek kongsi rezeki bantu mahasiswa menjelang musim peperiksaan 

UMP terima 394 mahasiswa baharu

UMP iktiraf 166 staf cemerlang

UMP tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam

UMP sambut Hari Memperingati AIDS Sedunia

Penjenamaan Pentadbir sebagai Pengurus UMP

Kongres Ketua Pentadbir Hal Ehwal Islam UA bincang isu gejaka sosial dan pelajar

Konvensyen ROCC IM4U pikat 2,500 mahasiswa UMP

Warga UMP semarakkan Ramadan dengan penghayatan al-Quran

Festival Glimpse of Cultures pamer persembahan kebudayaan

Pementasan Teater Mahasiswa UMP mendapat pujian

Gilap potensi kepimpinan pelajar luar kampus UMP

100 mahasiswa berkayuh serah sumbangan 44 basikal

Ketua Palapes Laut UMP naib johan Pertandingan Bahasa Mandarin

ISKANDAR UMP memasyarakatkan teknologi dengan penanaman cendawan

InSmartive bimbing pemimpin pelajar

5 mahasiswa timba ilmu di China

8 sukarelawan UMP salur air bersih untuk komuniti Phnom Penh

Program Jejak Asnaf BPA bersama komuniti Kampung Langgar

Sukarelawan UMP curah bakti dalam Misi Infaq Kemboja

UMP dan PKPP bantu anak yatim mangsa Tsunami Aceh tingkat kualiti hidup

35 sukarelawan UMP kongsi kepakaran dengan masyarakat Tammalang

Penerbit UMP anjur Kursus SPSS

Persatuan Bahasa Mandarin sumbang buku untuk mahasiswa UMP

Perpustakaan bantu memantapkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah

32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar Terbuka UMP-Mizuno 2017

FKM-MECHA Rhino kekal kejuaraan

UMP tawan puncak Gunung Kinabalu

Pelantikan Baharu/Penyambungan Jawatan Giliran

Terbitan Terkini

Artikel/Rencana Pilihan

Ashwin menang Anugerah Terbaik 3MT 2017

CERRM dan Yamaguchi University tingkat penyelidikan Geoteknik

Dr. Hari dedah pengurusan risiko dalam industri

FKKSA menang Poster Terbaik dalam IEM Design Competition

OSHMO anjur Kursus Pengendalian Selamat Peralatan Merkuri dan Raksa

FSTI perkenal teknologi solar dan fotovoltaik kepada pelajar SEMSAS

Pensyarah FKEE kongsi kepakaran dalam pengaturcaraan dan pembinaan lego Mindstrom

Kolokium NCWE bincang Kejuruteraan Angin Gempa Bumi

189 pelajar FTeK tahun akhir pamer projek penyelidikan

UMP guna inovasi permudahkan penyediaan juadah Iftar

Penyelidikan FSKKP sumbang 3 pingat emas dalam ITEX

UMP lonjak pencapaian penyelidikan berimpak tinggi

UMP kaji Tembikar Terenang Warisan Pahang

AiNEX UMP pamer penyelidikan idea kreatif berinovasi

UMP jalin kerjasama dengan MRL dan CCCC dalam program kemahiran industri ECRL

UMP jalin kerjasama dengan 7 rakan strategik

Indahnya Ramadan UDA dan UMP tunai tanggungjawab sosial

UMP dan Kelab PERAMAH raikan Ramadan bersama komuniti Pekan

UMP agih makanan sahur untuk warga kota

UMP dan BH serah wakaf dilengkapi lampu solar LED berteknologi hijau untuk kelestarian sekolah

Page 3: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 3

Sidang EditorialDari MejaKetua Editor

PENAUNGProfesor Dato’ Dr. Daing Nasir [email protected]

KETUA EDITORSaiful Bahri Ahmad Bakarim [email protected]

EDITORSafriza Haji [email protected]

WARTAWAN/PENULISMohd. Raizalhilmy Mohd [email protected]

Mimi Rabita Abdul [email protected]

Siti Aishah [email protected]

Nadira Hana Ab. [email protected]

Hazlina [email protected]

Nur Hartini Mohd Hatta [email protected]

Nor Salwana Mohammad [email protected]

Shalfarina [email protected]

PEREKA GRAFIKAzman Md [email protected]

Noor Azhar Abd [email protected]

Buletin CREATE diterbitkan dua kali setahun. Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan dalam apa-apa jua perkara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Editor.

Sidang Editorial berhak melakukan penyuntingan terhadap tulisan yang diterima untuk penyiaran selagi tidak mengubah isinya. Karya yang disiarkan tidak semestinya menggambarkan atau mencerminkan pendapat dan sikap Buletin CREATE. Karya yang disiarkan tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran Ketua Editor.

Sidang Editorial tidak bertanggungjawab juga atas kehilangan tulisan atau karya yang dikirimkan melalui pos.

Segala sumbangan yang dikirimkan sama ada disiarkan atau tidak, tidak akan dikembalikan. Sumbangan karya boleh dihantar melalui e-Mel atau pos kepada penerbit di:

EDITORBahagian Komunikasi KorporatPejabat Naib CanselorCanseleri Tun Abdul RazakUniversiti Malaysia Pahang26600 PekanPahang Darul MakmurTel.: 09-424 5000Faks: 09-424 5055e-Mel: [email protected]

JURUFOTOKhairu Aidilnishah Rizan Jalil [email protected]

Muhammad Naufal Samsudin [email protected]

PEMBANTU PENERBITAN Hafizatulazlin Abd [email protected]

PENGEDARAN Mohd Afendi Zamri [email protected]

Masa sentiasa berputar tanpa berhenti. Malah, masa begitu pantas berlalu, sepantas awan yang berarak dan sepantas angin yang bertiup. Saban tahun kita disajikan dengan pelbagai kejayaan manis dari dalam dan luar negara seiring dengan 15 tahun usia UMP. Sebelum kita merakam lebih banyak detik-detik manis, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat melangkah ke tahun baharu 2017 buat semua pembaca setia buletin CREATE.

Tidak terlambat juga untuk mengucapkan tahniah kepada Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor yang baharu pada tahun 2017. Malah, kejayaan lebih manis lagi apabila UMP cemerlang dalam penarafan MyRA dengan memperoleh empat bintang dan turut disenaraikan pada kedudukan ke-58 terbaik di dunia berdasarkan usaha kelestarian kampus dan pengurusan alam sekitar dalam penarafan UI-Greenmetric World University Ranking yang menyaksikan UMP berjaya meningkat 131 anak tangga berbanding kedudukan 189 dunia pada tahun 2015.

Menjelang 15 tahun usia UMP dimaknakan dengan keterampilan cemerlang organisasi dan warga universiti secara menyeluruh dengan meliputi semua dimensi yang menyumbang kepada persepsi, tanggapan dan penilaian umum terhadap keunggulan dan ketulenan pencapaian yang cemerlang. Selain itu, usaha berterusan UMP dalam melahirkan siswazah holistik dan memenuhi keperluan industri menyaksikan peningkatan kadar kebolehpasaran siswazah kepada 95 peratus tahun ini berbanding sasaran 80 peratus pencapaian yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Tahniah sekali lagi diucapkan.

Dalam mengejar dan mencipta kejayaan baharu untuk UMP, kita tidak seharusnya takut untuk keluar dari zon selesa. Kejayaan memerlukan perjalanan naik dan turun seperti air yang ada pasang dan surut. Bagi mengembangkan sayap, UMP telah memeterai perjanjian dengan pelbagai pihak di dalam dan luar negara antaranya, OpenLearning Global (M) Sdn. Bhd., UMP Consultancy & Training Sdn. Bhd. (UCT), Tenaga Swicthgear Sdn. Bhd. (TSG), Helan No.1 High School Ningxia China (Helan), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Institur Jurutera Malaysia (IEM), Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. (MDEC), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Megatech International College, Bee Park Pahang, Persatuan Usahawan Kelulut Pahang dan Syarikat Muehlbauer Technologies Sdn. Bhd.

UMP sekali lagi menerima pengiktirafan antarabangsa apabila program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) yang ditawarkan di Fakulti Pengurusan Industri menerima sijil akreditasi oleh The Allieance on Business Education and Scholarship for Tomorrow, A 21st Century Organization (ABEST21).

Selain itu, demi merealisasikan hasrat UMP dalam memperkasakan agenda kesukarelawan, universiti-komuniti dan memasyarakatkan teknologi, pelbagai program berbentuk kesukarelawan diadakan bukan sahaja dalam kalangan staf dan pelajar, alumni UMP turut melibatkan diri. Antara program diadakan di dalam Malaysia ialah program Let’s Get Together di Perkampuangan Orang Asli Batu 14, Gambang, Pahang, Program Seikhlas Kasih Seindah Budi disekitar Pekan Kiulu, Kampung Pukak, Kampong Nawoi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuan Fad Stephens, Sabah dan Projek Semaian Budi di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah Lanchang, Pahang. Antara program diadakan di luar Malaysia ialah program Global Student Outreach (GSO) di Kampung Tammalang, Thailand, Misi Kemanusiaan di Kampung Crai An Dait, Phnom Penh, Kemboja dan Program Operasi Khidmat Komuniti Malaysia-Cambodia OPKIM 1 di Phnom Penh, Vietnam. Program ini bukan sahaja dapat meringankan beban masyarakat terlibat, malah dapat membantu meneruskan kelangsungan hidup, berkongsi pengalaman, meningkatkan taraf pendidikan dan meningkatkan kadar kesihatan.

Semoga UMP lebih maju ke hadapan menjadi universiti terunggul yang melewati kedudukan bertaraf dunia selain menonjol diri berbanding universiti-universiti lain bertaraf dunia bukan sahaja dari segi akademik, malah menonjol dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Selamat membaca dan berjumpa lagi pada edisi CREATE seterusnya.

Saiful Bahri Ahmad Bakarim

Page 4: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

4 CREATE

15 tahun usia Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 16 Februari 2017 yang lalu dimaknakan dengan keterampilan cemerlang organisasi dan warga Universiti ini secara menyeluruh meliputi semua dimensi yang menyumbang kepada persepsi, tanggapan dan penilaian umum terhadap keunggulan dan ketulenan pencapaian yang cemerlang. 

Daripada hanya 303 mahasiswa pada tahun 2002, jumlahnya telah meningkat kepada 10,404 orang pada tahun 2016. Sehingga kini, UMP telah melahirkan seramai 16,812 graduan di peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. 

Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim, hasil komitmen warganya, universiti ini cemerlang dalam penarafan MyRA UMP dengan 4 Bintang, disenaraikan pada kedudukan ke-58 terbaik di dunia berdasarkan usaha kelestarian kampus dan pengurusan alam sekitar dalam penarafan UI-Greenmetric World University Ranking yang menyaksikan UMP berjaya meningkat 131 anak tangga berbanding kedudukan 189 dunia pada tahun 2015.

“Pencapaian ini adalah satu juzuk daripada banyak lagi aspek keterampilan yang perlu ditampilkan oleh UMP kepada umum. Justeru, cabaran yang mendepani kita kini ialah untuk mengupayakan  goal congruence tersebut kepada aspek-aspek keterampilan UMP yang lain secara holistik. 

“Dengan tema ‘Memasyarakatkan Teknologi: Agenda Keterampilan UMP’ telah tiba masanya bagi UMP melihat aspek peranan sosialnya secara strategik dengan memanfaatkan sumber dan bakat yang dimilikinya berdasarkan Petunjuk-petunjuk Utama Prestasi (KPIs) yang digariskan dalam Pelan Strategik UMP  bagi tahun 2016.

“Tema ini merujuk kepada gaya pendekatan tindakan UMP dalam menyediakan penyelesaian saintifik, teknikal atau inovasi terhadap sesuatu isu dan masalah yang dihadapi masyarakat.

“Penyelesaian tersebut secara langsung atau tidak langsungnya boleh disalurkan dalam bentuk hard technology atau soft technology secara interdisiplinari, atau dirujuk sebagai  translational  oleh YB Menteri

Pendidikan Tinggi dalam Amanat Tahun Baharu beliau pada 12 Januari 2017 yang lalu,” katanya semasa menyampaikan Amanat Tahunan Naib Canselor UMP kepada seramai 5000 warga UMP di Dewan Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang.

Ujar Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir lagi, penyelesaian boleh berbentuk  hard technology  atau  soft technology, maka sewajarnya ianya merentasi pelbagai disiplin ilmu pengetahuan yang tidak terhad kepada bidang sains tulen dan kejuruteraan semata-mata, tetapi turut melibatkan bidang sains sosial dan sastera.

Justeru katanya, untuk gemilang sebagai sebuah universiti yang memasyarakatkan teknologi, maka sumbangan sewajarnya dipandu oleh kayu ukur global sebagai rujukan (reference). 

Dalam hal ini, beliau mengesyorkan supaya konteks sumbangan UMP tersebut berkisar kepada keperluan Sasaran Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals–SDG) dengan indikator yang telah disepakati di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk dicapai menjelang tahun 2030. 

“Sebahagian sumbangan UMP dalam penghasilan teknologi sebenarnya telah mengisi sebahagian daripada 17 SDG itu bermakna apabila UMP sebenarnya memiliki kapasiti dari sudut sumber, bakat dan kepakaran yang membolehkannya maju lebih jauh, sekaligus membina keterampilannya dalam konteks ini.  

“Tatkala universiti ini berusaha untuk membangunkan prinsip-prinsip kolaborasi bersepadu, nilai bersama (shared values), ekosistem inovasi, kepesatan teknologi dan penyesuaiannya secara pantas, adalah penting bagi penyelidik memberi tumpuan kepada kajian yang mengarah kepada pembangunan teknologi yang bersesuaian dengan keperluan komuniti yang disasarkan sebagai penerima manfaat.

 “Bagi memastikan kelestarian jaringan ini dengan manfaat jangka panjang kepada komuniti, penyelidik yang terlibat perlu membina keakraban dengan komuniti sasaran selain mengekalkan hubungan yang erat dengan industri dan pembuat dasar dalam ekosistem yang

Info Sekitar Kampus

‘Memasyarakatkan Teknologi’ agenda keterampilan UMP

Page 5: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 5

saksama,” katanya.Katanya lagi, antara tugas penyelidikan yang utama ialah untuk

menjangkaui keperluan masa hadapan yang belum lagi luas diketahui. “Sebagai contoh, impak yang dijana hasil pembangunan teknologi

baharu terhadap pembaharuan dasar, ekonomi, budaya, persekitaran dan masyarakat. UMP sendiri telah memiliki teknologi yang dibangunkan secara langsung atau tidak langsung bersama komuniti melalui enam kluster utama iaitu: Kluster Alam Sekitar, Kluster Tenaga, Kluster Kesihatan, Kluster Teknologi Maklumat, Kluster Pembinaan, dan Kluster Umum.

 “UMP juga akan memulakan penyelidikan berpandukan teknologi untuk pasaran melalui Newcleus Centres. Newcleus Centre adalah pusat pembangunan produk dan adalah pengisian kepada ITECS (Industrial Tehchnology and Engineering Creativity Space) di kampus Pekan.

“NewCleus Centre pada dasarnya merupakan pusat penyelidikan berpandukan industri yang diintegrasikan ke dalam ekosistem universiti yang mana ianya mengaplikasikan konsep yang sama dengan makmal pembangunan berpandukan nilai komersial yang merupakan sebahagian dari syarikat teknologi swasta. 

“Pusat ini akan menjadi platform kepada pemegang taruh (stakeholders) untuk bekerjasama dalam pembangunan produk yang diterajui industri. Bersesuaian dengan Lonjakan 1 PPPN-PT (Graduan yang holistik, berbudaya keusahawanan dan seimbang), peranan pelajar UMP dalam agenda Memasyarakatkan  Teknologi infrastruktur, dasar, dan galakan yang sedia ada bakal menjadikan pelajar UMP sebagai agen dalam mengimarahkan teknologi dalam kalangan masyarakat,” ujar beliau.

  UMP turut meraikan sambutan ulang tahun ke-15 UMP sejak ditubuhkan pada 16 Februari 2002 lalu.  Hadir sama  Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato’ Dr. Rosli Mohd Yunus, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &

Inovasi), Profesor Dr. Mashitah Mohd Yusoff, Pendaftar, Abd. Hamid Majid, Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat & Kualiti), Profesor Dato’ Dr. Ishak Ismail dan Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat), Profesor Dr. Jamil Ismail.

Info Sekitar Kampus

Page 6: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

6 CREATE

Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mendapat sambutan ramai apabila disertai lebih 1,000 belia dalam kalangan warga UMP dan institusi pendidikan tinggi sekitar Kuantan dalam program yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang pada 11 Mei 2017 yang lalu. . 

Hadir menyampaikan ucaptama, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar manakala Naib Canselor UMP, Profesor. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim sebagai moderator program dalam membincangkan elemen alam sekitar bertemakan `Aspirasi Masa Depan Alam sekitar Negara Kita’.

Menurut Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi, golongan belia daripada pelbagai latar belakang bakal mewarisi kepimpinan negara menjadi negara maju pada masa hadapan mengikut acuan negara kita sendiri. Ujarnya program ini bertujuan memberi maklumat mengenai persediaan bagi menghadapi masa hadapan melalaui Transformasi Nasional   2050 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang memenuhi aspirasi penduduknya.

“Menerusi dialog ini juga kita dapat memperolehi pandangan atau aspirasi golongan belia terhadap gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) ini turut menggariskan 11 matlamat  utama dalam penjagaan Alam sekitar di Malaysia iaitu pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau, pembangunan indeks prestasi alam sekitar Malaysia, menggunakan tabung kemudahan alam sekitar global untuk kemudahan alam sekitar global serta

mengukuhkan Akta Kualiti Alam Sekeliling,” katanya.

Selain itu juga antara matlamatnya seperti meningkatkan kualiti air, air laut, udara, melindungi lapisan ozon, pembangunan kesedaran alam sekitar dan indek komitmen dan meningkatkan kesedaran alam sekitar serta perubahan iklim. 

Bagi pengurusan air secara berkesan pula, secara purata Malaysia menerima hujan sebanyak 972 bilion Kubik Meter (BCM) setahun yang mana 496 BCM (51%) daripada jumlah tersebut menjadi air permukaaan, 63 BCM (6 %) merupakan recaj air tanah dan 413 BCM (43%) disejat semula ke atmosfera. 

Kegunaan utama sumber air di Malaysia ialah bagi tujuan domestik, industri dan pengairan dalam sektor pertanian yang banyak bergantung kepada air permukaan. 

Di Malaysia, taburan hujan yang tidak sekata dari musim ke musim dan dari tahun ke tahun sehingga mengakibatkan ketidakseragaman taburan hujan, aliran permukaan air sehingga kadangkala menghadapi masalah kekurangan bekalan air dan bekalan air melebihi permintaan sehingga mengakibatkan banjir. 

Dalam menangani permasalah ini sebanyak RM 8.41 bilion telah diluluskan di bawah rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK-11) untuk mitigasi banjir diseluruh negara dan sebanyak RM 49.5 juta peruntukan bagi melaksanakan program nasional water balance system  (fasa 1) bagi negeri yang mengalamai masalah kekurangan air.

Tambahnya lagi, Malaysia juga merupakan antara 12 negara Mega Biodiversiti yang

kaya dengan biodiversiti, sumber-sumber kita    mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan bagi menyumbang kepada penciptaan produk baharu dalam industri farmaseutikal dan nutraseutikal seperti ubat-ubatan, makanan tambahan dan produk kosmetik.

Beliau berharap semua pihak untuk terus bekerjasama dalam melaksanakan peranan untuk sama-sama menjaga alam sekitar terutama dalam mengurangkan jejak karbon (Carbon Fooprint) melalui aktiviti dalam kehidupan seharian masing-masing.

Dalam pada itu, beliau menyempurnakan sesi penanaman pokok di padang berhampiran Kompleks Sukan UMP Gambang. Pada masa yang sama turut menerima lebih 500 borang penyertaan Rakan Alam Sekitar yang terdiri dari pelajar UMP, Kolej Komuniti Kuantan dan IKBN Pekan.

Sementara itu, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim mengharapkan menerusi dialog ini dapat memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam kepada para belia terutamanya mahasiswa universiti untuk sama-sama bersedia dalam mencapai matlamat ini dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Turut hadir dalam program,    Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Dr. Haji Hamim Samuri, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,  Dato’ Sri Azizan Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pendaftar UMP, Abd Hamid Majid.

UMP tuan rumah Dialog TN50 Alam Sekitar

Info Sekitar Kampus

Page 7: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 7

Info Sekitar Kampus

Page 8: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

8 CREATE

Seramai 15 Naib Canselor dan Rektor dan lima wakil daripada Universiti Awam (UA) serta tiga daripada Jabatan Pendidikan Tinggi telah menghadiri Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor (JKNC/R) Universiti Awam selama dua hari mulai 21 hingga 22 Januari 2017 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah sebagai tuan rumah.

Jawatankuasa yang menghimpunkan semua Naib Canselor dan Rektor UA setiap tiga bulan itu berperanan membincangkan hala tuju dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan peningkatan kualiti sesebuah universiti.

JKNC/R juga berperanan sebagai sebuah platform bagi membolehkan pengurusan tertinggi universiti berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam membuat keputusan tentang pendidikan tinggi negara.

Selain itu, JKNC/R mempunyai peranan yang amat besar dan signifikan dalam melaksanakan pelbagai ketetapan, dasar dan strategi kerajaan dalam menjayakan transformasi masyarakat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju.

Mesyuarat JKNC/R kali ini juga turut melantik Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai Pengerusi JKNC/R yang baharu. 

Turut berlangsung  pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara UUM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Dewan Senat UUM.

Menurut Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim, pihak jawatankuasa juga menghargai kehadiran  Pengerusi Lembaga Teknologis Malaysia, Tan Sri Dato’ Dr. Ahmad Zaidee Laidin dalam membentangkan peranan Lembaga Jurutera Malaysia (MBOT) yang   berperanan memberikan status profesional kepada graduan dalam bidang teknologi.

“Badan profesional ini juga akan memainkan peranan utama bagi mengiktiraf kerjaya teknologis termasuk menentukan hala tuju kerjaya dan mengawal selia mutu teknologis yang dihasilkan oleh   negara. MBOT juga mampu memperkasakan pendidikan teknikal     dalam transformasi Politeknik, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

dan pendidikan Teknikal serta Latihan Vokasional (TVET),” katanya.

Selain itu, Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang terdiri daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menawarkan program dan mengeluarkan graduan Teknologis Kejuruteraan berkemahiran tinggi turut menyokong usaha memperkasakan teknologi kejuruteraan.

Sempena Mesyuarat JKNC/R, beberapa program turut diadakan seperti DiscoveryUUM dengan melawat pokok tiga beradik, Taman Rusa, Varsity Mall dan aktiviti punting dalam kampus serta Majlis Makan Malam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir yang baharu dilantik baru-baru ini.

Turut berlangsung Mesyuarat MTUN yang dipengerusikan Naib Canselor UTeM, Datuk Dr. Shahrin Sahib di Hotel EDC UUM.

Info Sekitar Kampus

JKNC/R bincang hala tuju universiti bagi tingkatkan kualiti

Page 9: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 9

Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA), Ashwin Charles Benedict dinobatkan pemenang Anugerah Peserta Terbaik atau Best of The Best  dalam pertandingan Malaysia 3 Minute Thesis 2017 Peringkat Kebangsaan di Universiti Sains Malaysia (USM), Bayan Lepas Pulau Pinang pada 18 Mei 2017 yang lalu.

Beliau yang merupakan pelajar Doktor Falsafah (PhD) tahun 2 turut meraih tempat pertama bagi kategori Kejuruteraan.

Pembentang hasil penyelidikan Ashwin yang disampaikan penuh bertenaga dan berkeyakinan dalam masa 3 minit berjaya menarik perhatian para juri dan penonton yang hadir. Pertandingan disertai 17 Universiti Awam (UA)  membabitkan peserta seramai 56 orang.

Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPS), Profesor Dato’ Dr Hasnah Haron berkata, pertandingan terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori Kejuruteraan, Sains Sosial dan Sains dan Teknologi dan UMP telah menghantar dua peserta bagi kategori Kejuruteraan dan seorang peserta

bagi kategori Sains dan Teknologi dalam pertandingan ini.

“Ketiga-tiga peserta telah menjalani sesi latihan bersama jurulatih berpengalaman yang dilantik oleh pihak IPS iaitu Dr Chiam Kee Swan dan Normala Samsudin, yang merupakan pensyarah dari Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK).

“Ketiga-tiga mereka telah menjalani sesi latihan sejak akhir bulan Mac untuk memastikan mereka bersiap sedia sepenuhnya serta tidak berasa gugup semasa pertandingan,” katanya.

Lain-lain peserta adalah Jessinta A/P Sandanasamy, dari FKKSA dan Geraldine Chan Sue Ching dari Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI). Mereka adalah pemenang daripada pertandingan UMP 3 Minute Thesis 2017 yang dianjurkan pihak IPS.

Turut sama menyokong dalam mencipta kecemerlangan ini adalah Profesor Dr. Md. Mustafizur Rahman, Profesor Datin Dr. Mimi Sakinah Abd Munaim , Profesor Madya Dr. Gaanty Pragas A/L Maniam dan Mohd. Ghazali Maarof yang telah memberikan

komitmen dalam memberikan cadangan penambahbaikan dari segi penyampaian dan isi kandungan bagi setiap peserta sebelum pertandingan.  

Pertandingan menyaksikan Ashwin membawa pulang hadiah sebanyak 1,000 Euro yang telah ditaja oleh Springer Nature bagi kategori peserta terbaik selain daripada wang tunai RM 1,500 serta sijil.

Bagi Kategori Kejuruteraan tempat kedua dimenangi oleh Nurliyana Abdul Raof dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Natalie Vanessa Boyou dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang juga penerima Anugerah Peserta Terbaik.

Penyampaian hadiah disampaikan oleh  Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), USM.

Dengan kemenangan ini, Ashwin Charles Benedict dan Natalie Vanessa Boyou akan mewakili Malaysia ke peringkat seterusnya iaitu di pertandingan 3 Minute Thesis Asia Pasifik 2017 di Brisben, Australia pada 29 September 2017 nanti. 

Akademik dan Antarabangsa

Ashwin menang Anugerah Terbaik 3MT 2017Oleh: AHMAD ZARIF AHMAD FAUZI

Page 10: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

10 CREATE

Pusat Penyelidikan & Pengurusan Sumber Alam (CERRM) dan Yamaguchi University Jepun terus mempergiat hubungan kerjasama pengantarabangsaan universiti hasil kunjungan delegasi UMP yang diketuai oleh Pengarah CERRM, Dr. Muzamir Hasan ke universiti tersebut pada 23 April 2017 yang lalu.

Kunjungan ini memberi peluang buat UMP meneroka peluang kerjasama baharu terutama dalam bidang penyelidikan melibatkan Yamaguchi University dan industri sekitar Jepun. Lebih membanggakan pihak CERRM menerima sumbangan dana penyelidikan berbentuk pengujian makmal di Yamaguchi University dengan nilai RM 38.322.25 khusus bagi menjalankan penyelidikan bertajuk  Geotechnical Properties of Kuantan Bauxite yang diketuai oleh Dr. Muzamir  sendiri.

Menurut Dr. Muzamir, sumbangan dana penyelidikan ini merupakan bukti komitmen tinggi daripada kedua-dua pihak terutamanya CERRM yang telah berjaya menarik minat dan perhatian institusi tersebut sekaligus membuka peluang kepada CERRM untuk

meneroka lebih banyak peluang kerjasama terutama bersama industri di bawah seliaan Yamaguchi University.

“Pemberian sumbangan pada kali ini yang meningkat berbanding sumbangan yang diterima berbanding tahun lalu bernilai RM 26,985.10 sekaligus menyaksikan dana terkumpul yang telah diterima CERRM daripada Yamaguchi University setakat ini adalah sebanyak RM 65,307.35,” katanya.

Selain itu, dengan rangkaian kerjasama luas yang dimiliki oleh Yamaguchi University di peringkat global, beliau berharap setiap penyelidikan yang dijalankan di CERRM akan mendatangkan lebih impak dan menarik minat industri dengan menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat juga memberi peluang kepada warga UMP.

Turut diadakan beberapa uji kaji makmal bagi projek penyelidikan  Geotechnical Properties of Tanjung Bin Bottom Ash  di Makmal Kejuruteraan Geoteknik, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan, Yamaguchi University.

Selain turut beliau turut berpeluang untuk

mengadakan pertemuan bersama Dekan Fakulti Kejuruteraan, Profesor Dr. Masato Shinji, Pengarah Hubungan Antarabangsa, Profesor Dr. Takashi Saito dan Profesor Emeritus Dr. Masayuki Hyodo.

Pertemuan dengan Presiden Asahi Techo. Co., Shiyegoshi Takahashi di Tokyo turut membincangkan peluang kerjasama dalam bidang kejuruteraan geoteknik dari segi inovasi teknologi dan aplikasi teknik  Super Well Pointdalam projek-projek pembinaan di Jepun dan Malaysia.

Dalam pada itu, pertemuan dengan John Kojiro Moriwaka yang merupakan CEO Silicon Valley Ventures Co. Ltd yang juga seorang penulis buku dan penceramah terkenal di Jepun turut diadakan.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada Profesor Adjung yang telah dilantik oleh Yamaguchi University. Pada pertemuan ini pihak Yamaguchi University telah melantik Dr. Muzamir Hasan sebagai Pensyarah Pelawat di universiti itu bagi menyampaikan beberapa siri ceramah berkenaan isu bauksit dan kejuruteraan geoteknik di Malaysia.

Akademik dan Antarabangsa

CERRM dan Yamaguchi University tingkat penyelidikan GeoteknikOleh: MOHD IRWAN MUSA DAN AHMAD AMIRUL FAIZ AHMAD TAJUDIN

Page 11: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 11

Lebih 500 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghadiri program Industrial Talk by CEO bersama Dr. Hari Narayanan yang merupakan Pengarah Urusan Motorola Solutions Malaysia Sdn. Bhd. anjuran Fakulti Pengurusan Industri (FPI) dan Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) dengan kerjasama Jabatan Jaringan Industri dan Masyarakat (JJIM) pada 22 Februari yang lalu.

  Menurut Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Profesor Dr. Jamil Ismail, sinergi antara tokoh korporat dan pakar universiti ini sekali gus mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

“Inisiatif yang diperkenalkan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini   memberi peluang  setiap CEO dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman industri antara  20 hingga 30 jam bagi tempoh setahun sama ada di host university ataupun affiliate university.

  “Namun, ternyata selepas hampir dua tahun pembabitan Dr. Hari Narayanan sebagai CEO@Fakulti di universiti ini beliau berjaya mengadakan pertemuan mencecah hampir 100 jam sehingga beliau diiktiraf sebagai The Most Dedicated CEO oleh pihak KPT,” katanya.

  Sementara itu, Pemangku Timbalan Pendaftar JJIM merangkap Pegawai Fokal KPT di UMP, Mohd Raizalhilmy Mohd Rais berkata, program ini merupakan kesinambungan program CEO@Fakulti yang telah dimulakan dua tahun lalu melibatkan tokoh-tokoh korporat yang berwibawa daripada syarikat berkaitan kerajaan, industri-industri terkemuka dan pegawai tertinggi dalam perkhidmatan awam. 

“Mahasiswa berpeluang untuk  mengetahui aspek pentadbiran dan berkongsi amalan terbaik yang membolehkan mereka berfikir dengan lebih baik serta holistik.

 “Pertemuan kali ini memberikan peluang Dr. Hari berkongsi mengenai tajuk Pengurusan Risiko dalam Projek dan Operasi yang mana beberapa elemen risiko diketengahkan tatkala berdepan situasi sebenar di industri,” katanya.

“Proses pengurusan risiko dimulakan dengan fasa perancangan, pengenalpastian risiko, analisa risiko secara kualititatif dan kuantitatif di samping pelan kawalan dan pemantauan sesuatu risiko.

“Pelbagai kaedah digunakan untuk mengenalpasti risiko termasuklah semakan ke atas dokumen yang disediakan, sesi

percambahan idea, temu bual serta penggunaan teknik Delphi.

  Program turut menampilkan, Pengarah Perolehan Motorola, Eric Yong yang turut berkongsi bagaimana mencari pilihan dan fleksibiliti dalam urusan perolehan secara global.

Ujarnya, Motorola sentiasa meletakkan sasaran untuk menyediakan produk yang terbaik untuk pelanggannya di samping turut memberi penekanan kepada perkhidmatan dan inovasi produk. 

“Peranan perolehan secara global penting untuk memastikan bekalan yang tepat mengikut kehendak pengguna dan mereka sentiasa berhubung dengan rakan strategik di seluruh dunia untuk mencari pilihan dan yang paling penting sekali adalah produk perlu disampaikan kepada pengguna walau apa jua yang berlaku,” katanya.

  Pada tahun ini, program CEO@Fakulti menampilkan beberapa siri syarahan umum, sesi penasihatan industri, lawatan industri termasuk program utama melibatkan tokoh-tokoh CEO@Fakulti UMP lain iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui program forum CEO Get Together.

Akademik dan Antarabangsa

Dr. Hari dedah pengurusan risiko dalam industriOleh: MOHD RAIZALHILMY MOHD RAIS

Page 12: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

12 CREATE

Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencipta kecemerlangan apabila menang poster terbaik dalam Pertandingan ‘5th  IEM Design Competition yang berlangsung di Heriot-Watt University Malaysia, Putrajaya pada 20 Mei 2017 yang lalu.  

Pasukan FKKSA diwakili oleh Ali Zaynal Abidin Othman, Mohd Ali Mohd.Kucheb, Fatria Syaimima Syaiful Azim, Muhamad Nurfaiz Azmy dan Mohammad Faiz Mohammad Ameen berjaya menarik hari juri dengan tajuk ‘Production of 10,000 Metric Tonnes Per Annum of Hydrogen from Empty Fruit Bunch via Steam Gasification’ di bawah seliaan Dr Ruzinah Isha.

Pertandingan dianjurkan pihak Chemical Engineering Technical Division (CETD) dengan kerjasama Institution of Engineers, Malaysia (IEM) dan tajaan Schneider Electric yang

bertemakan  ‘Sustainable Production of High Value Chemicals from Lignocellulosic Biomass’.

Menurut Dekan FKKSA, Profesor Zulkafli Hassan berkata, pertandingan ini dapat memberi pendedahan dan mencungkil kreativiti pelajar dengan mengaplikasikan pengetahuan kejuruteraan yang dipelajari di universiti ini.

“Dalam pertandingan ini, peserta mereka bentuk loji kimia untuk menghasilkan produk. Lebih manis lagi apabila projek ini menang berganda dengan mendapat tempat ketiga keseluruhan dengan membawa pulang plak dan wang tunai RM1,000,” katanya.

Pertandingan yang disertai oleh universiti-universiti di Malaysia telah menyaksikan pasukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinobatkan sebagai juara manakala pasukan University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC) mendapat tempat kedua.

Akademik dan Antarabangsa

FKKSA menang Poster Terbaik dalam IEM Design Competition Oleh: DR. RUZINAH ISHA

Page 13: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 13

Sejajar dengan slogan Universiti Malaysia Pahang (UMP) ‘Memasyarakatkan Teknologi’  Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMO) tampil dalam usaha menyahut hasrat UMP dengan mengadakan Kursus Pengendalian Selamat Peralatan Mengandungi Merkuri/Raksa bertempat di Bilik Latihan Bangunan Kompleks Pentadbiran Utama UMP Kampus Gambang pada 15 Mei 2017 yang lalu.

Lebih 40 orang peserta dalam kalangan guru dan pembantu makmal sekolah sekitar daerah Kuantan dan Pekan hadir dalam kursus ditawarkan secara percuma kepada warga sekolah. Program disampaikan oleh Pensyarah Kanan Fakulti kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA), Dr. Abdul Aziz Mohd Azoddein.

Menurut Pengarah Pejabat OSHMO, Muhammad Hairynizam Muhd Taib, objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan berkenaan pengendalian merkuri dan di samping itu, mempromosikan teknologi dan produk UMP.

“Ianya juga dapat memberi pendedahan dan perkongsian ilmu berkaitan pengendalian tumpahan merkuri kepada warga sekolah memandangkan akhir-akhir ini banyak kes yang melibatkan tumpahan merkuri daripada alat radas makmal di sekolah dan institusi

pendidikan.“Selain itu, program ini dapat

melaksanakan khidmat komuniti terhadap sekolah dalam menyokong usaha universiti dalam memasyarakatkan teknologi dan dalam masa yang sama mempromosikan universiti kepada pihak luar,” ujarnya.

Produk Mer Kit merupakan satu set pengendalian tumpahan merkuri yang juga merupakan hasil penyelidikan Dr. Abdul Aziz sendiri. Ianya mengandungi set lengkap untuk mengawal dan mengendalikan tumpahan merkuri tanpa menjejaskan kesihatan pengendalinya.

Akademik dan Antarabangsa

OSHMO anjur Kursus Pengendalian Selamat Peralatan Merkuri dan Raksa

Program ini dapat melaksanakan khidmat komuniti terhadap sekolah dalam menyokong usaha universiti dalam memasyarakatkan teknologi dan dalam masa yang sama mempromosikan universiti kepada pihak luar.

Page 14: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

14 CREATE

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan program khidmat sosial bertemakan  `Lighting Up the Community’ dengan memasang sistem lampu tumpu berkuasa suria di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan pada 20 Mei 2017 yang lalu.  

Program membabitkan seramai 12 orang mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (kepujian) Teknologi Bahan sebagai menyahut seruan universiti dalam usaha memasyarakatkan teknologi dengan bagi memberi peluang pelajar yang merupakan ahli pasukan Orkestra Jasa Winds mengadakan latihan pancaragam di kawasan sekolah pada waktu malam. 

Selain menambah pencahayaan, mereka juga dapat berkongsi ilmu dengan para pelajar tentang teknologi fotovoltaik serta mempromosikan teknologi hijau di peringkat sekolah.

Menurut Pensyarah Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI) merangakap Pengarah Program, Dr. Saifful Kamaluddin Muzaki,

pihaknya mendapati pelajar SEMSAS kerap mengadakan aktiviti latihan pancaragam pada waktu malam di suatu sudut yang gelap dan memerlukan pencahayaan.  

“Memandangkan UMP mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut, fakulti mengambil inisiatif dengan meletakkan sistem pencahayaan berkuasa suria di kawasan tersebut tanpa membebankan pihak sekolah dengan menjimatkan bil elektrik,” katanya.

Ujar Dr. Saifful, pelajar sekolah juga berpeluang   mempelajari aspek teori teknologi  foto-voltaic  di makmal namun pada program ini mereka dapat mempraktikkan apa yang dipelajari sambil dipantau oleh pensyarah UMP.

“Sistem panel suria ini merupakan satu peranti yang mana berfungsi menyerap tenaga matahari dan menukarkannya kepada tenaga elektrik,” katanya.

Pengetua SEMSAS, Hajah Safiah Awang berkata, pihaknya bertuah apabila SEMSAS   dipilih dalam   menjayakan program ini.

“Program ini banyak memberi  impak yang positif kepada pelajar dan secara tidak langsung dapat menyumbang kepada kecemerlangan SEMSAS.

“Selain itu juga dengan program ini dapat meningkatkan motivasi pelajar agar lebih meminati mata pelajaran   Sains dan Matematik,” ujar beliau.

Manakala menurut salah seorang pelajar SEMSAS, Muhammad Amuril Thaqif, 16, beliau teruja melihat sendiri bagaimana teknologi ini diaplikasikan dan mendapat pengetahuan baharu mengenai sistem solar.   

Selain itu, pemasangan sistem solar ini merupakan alternatif untuk menyokong kempen menyelamatkan alam sekitar. Bagi mendapatkan pembelajaran yang lebih efektif, pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan dibimbing oleh pelajar UMP dan pensyarah UMP.

Namun apa yang lebih menariknya kini pusat aktiviti SEMSAS telah diterangi lampu yang dapat memberi kemudahan pelajar sekolah menjalankan aktiviti di kawasan berkenaan.

Akademik dan Antarabangsa

FSTI perkenal teknologi solar dan fotovoltaik kepada pelajar SEMSAS

Page 15: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 15

Akademik dan Antarabangsa

Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Pekan (PPD) menganjurkan Bengkel Traning of Trainers (TOT) dalam meningkatkan kemahiran  mereka bentuk aplikasi  lego Mindstrom kepada guru-guru dari Kelab Robotik Sekolah-sekolah Daerah Pekan  bertempat di Ancasa Royale Pekan, pada 23 Februari 2017 yang lalu.

Bengkel dua hari   ini disertai seramai 22 orang guru dari 12 buah sekolah rendah dan menengah sekitar daerah  Pekan dengan bimbingan lapan pensyarah FKEE. Majlis dirasmikan Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Pekan, Kamaludin Abdul Latiff.

Dalam ucapannya, beliau menghargai kesungguhan para pensyarah UMP yang banyak membantu pihak PPD dalam berkongsi kepakaran mereka dengan mempelajari set robotik dengan lebih mendalam. Bengkel ini juga dapat memberi peluang pihak sekolah

dalam membuat persiapan bagi persediaan untuk menyertai pertandingan robotik tidak lama lagi.

Beliau juga berbangga dengan pencapaian Sekolah Kebangsaan Serambi yang mewakili Daerah Pekan yang meraih tempat ke-8 daripada 68 buah sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan Space Challenge Robotic Competition yang berlangsung di Putrajaya pada 21 Februari 2017.

  Manakala menurut Pengarah Program, Profesor Madya Dr. Hamzah Ahmad,   Bengkel TOT ini juga dapat memberi pendedahan kepada guru-guru penyelaras Kelab Robotik tentang teknik-teknik asas pengaturcaraan robotik Lego Mindstrom seperti Line Following, Color Detection, Move & Pick dan lain-lain lagi.

“Set lego mindstrom merupakan satu kit robotik yang mengandungi elemen perisian dan perkakasan.  Kit Robotik ini akan dicipta oleh pengguna untuk membina dan mengaturcarakan pelbagai ciptaan robot atau

automasi mengikut kreativiti masing-masing.Pelbagai elemen Sains dan Kejuruteraan

dapat diterapkan kepada pelajar. Kit Robotik ini juga kini turut dipertandingkan diperingkat di dalam dan luar negara seperti World Robotic Compettion (WRC) dan National Robotic Competition (NRC),” katanya.

Dalam bengkel ini peserta akan akan diajar untuk penggunaan pengaturcaraan dan pembinaan lego dengan lebih baik. Bengkel yang turut mendapat sokongan Program Permindahan Ilmu (KTP)  ini juga memastikan kelestarian pengetahuan dalam bidang Sains dan Matematik.

Dengan perkongsian ilmu ini diharapkan sama-sama dapat berganding bahu dalam memupuk pelajar ke arah Sains, Teknologi dan Matematik (STEM).

Beliau mengharapkan dengan pendedahan dan latihan yang telah diberi kepada guru-guru ini dapat dipraktikkan kepada pelajar setelah kembali ke sekolah masing-masing.

Pensyarah FKEE kongsi kepakaran dalam pengaturcaraan dan pembinaan lego Mindstrom

Page 16: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

16 CREATE

Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Universiti Sains Malaysia (USM) buat pertama kalinya menganjurkan program 1st  National Colloquium on Wind and Earthquake Enginee   (NCWE) di Swiss Garden Beach Resort, Kuantan, Pahang pada 14 Januari 2017 yang lalu.

  NCWE memberi peluang peserta meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Kejuruteraan Angin melalui sesi ‘International Advance School’ yang   menampilkan dua orang pakar antarabangsa dalam bidang Kejuruteraan Angin iaitu Professor Dr. Yukio Tamura dari Tokyo Polytechnic University, Jepun dan Professor Dr. Shuyang Cao dari Tongji University, China.

Dekan FKASA, Dr. Ideris Ali berkata,

peserta kolokium dapat berkongsi dan membentangkan kertas kerja hasil penyelidikan dalam kedua-dua bidang. 

“Sebanyak 26 kertas kerja penyelidikan dari pelbagai institusi telah diterima dan bakal diterbitkan   dalam ‘Journal of Civil Engineering and Geo-Environmental’ setelah melepasi   proses penilaian oleh pakar-pakar berkaitan.

  “Sebanyak sembilan mata CPD dan 20 mata CCD telah diiktiraf untuk diberikan kepada para peserta oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB),” katanya.

  Dalam program ini, Profesor Yukio Tamura dari   Tokyo Polytechnic University Jepun telah membentangkan kertas kerja bertajuk `Equivalent static wind load’ dan Aerodynamic Characteristic of Tall Building’ manakala Profesor Shuyang Cao dari Tongji

University, China berkongsi kepakaran dengan tajuk `Strong Wind and Characteristic dan ‘CFD Application on Structural Wind Engineering Problem’.

Manakala Ing. Wan Nazri Wan Aria dari Gruppe Consultant Sdn. Bhd. berbincang   mengenai topik Consideration of Wind and Seismic Design for Tall Building. Lain-lain adalah  Profesor Dr. Taksiah A. Majid dari Universiti Sains Malaysia (USM).

  Sementara itu, penerima anugerah Best Paper Award, Ir. Haji Mohd Noor Azudin Mansor dari Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Innovative Paper Award yang dinobatkan kepada Dr. Eng. Hadyan Hafizh, City University, Dr. Mariyana Aida Ab Kadir (Universiti Teknologi Malaysia), Farah Alwani Wan Chik (Universiti Sains Malaysia) dan Dr. Noor Sheena Herayani Harith (Universiti Malaysia Sabah).

Akademik dan Antarabangsa

Kolokium NCWE bincang Kejuruteraan Angin Gempa Bumi

Page 17: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 17

Seramai 189 orang pelajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTeK), Universiti Malaysia Pahang (UMP) mempamerkan poster projek sarjana muda yang memfokuskan enam bidang iaitu pembuatan, elektrikal, tenaga dan persekitaran, farmasitikal, pengurusan infrastruktur dan kesihatan dan keselamatan pekerjaan dalam pameran yang berlangsung di Dewan Astaka UMP Kampus Gambang pada 11 Januari 2017 yang lalu.

Dekan FTeK, Profesor Dato’ Dr. Zularisam Ab. Wahid berkata, program sebegini dapat memupuk minat pelajar untuk lebih mengiatkan diri dan menceburi bidang rekaan projek terbaharu dan inovatif selari dengan slogan UMP sendiri.

“Selain itu, para pelajar juga berpeluang memperlengkapkan diri untuk lebih tampil

berkeyakinan dalam membentangangkan hasil projek penyelidikan mereka semasa dinilai oleh panel juri yang terdiri daripada pihak industri dan panel akademik,” katanya.

Dalam program ini menyaksikan projek  Water Level Measurement Control Using Ultrasonic Sensors  dan  Hybrid Energy Generation for Highway Lighting System  dipilih menerima anugerah khas bagi kategori program BTV (Energy and Environmental), BTM (Manufacturing) dan BTE (Electrical).

Manakala kategori berkumpulan dari program BTP (Pharmaceutical) dimenangi  projek inovatif yang bertajuk ‘Design of Gastro-Retentive Floating Tablets of Famotidine as Newer Anti- Ulcer Therapeutics: Formulation, Development and Evaluation’.

Selain itu, bagi kategori individu bagi program BTC (Infrastructure Management) dan     BPS (Occupational Safety & Health), anugerah khas   dimenangi projek bertajuk  ‘Malaysia Flood Emergency Shelter (MyFES): Sulfuric Acid Pre-Treated Pozzolan for Concrete Tower,  projek berjudul  Health Risk Assessment of Heavy Metal Associated with Particulate Matter (PM10) in Mining near to Residential Area of Kuantan’.

Sementara itu, anugerah khas bagi subjek Technology Design Project (TDP) yang melibatkan para pelajar dari program BTC turut dimenangi kumpulan InfraSolver Sdn. Bhd. dan DotCompany apabila kedua-dua kumpulan in telah berjaya menguasai semua elemen dalam proses perekaan projek infrastruktur.

Akademik dan Antarabangsa

189 pelajar FTeK tahun akhir pamer projek penyelidikanBerita dan foto oleh: ANDRI KUSBIANTORO

Page 18: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

18 CREATE

Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyediakan sebanyak 1,200 juadah berbuka puasa di masjid pada setiap hari melibatkan kedua-dua kampus di UMP Pekan dan Kampus Gambang sepanjang bulan Ramadan pada 16 Jun 2017 yang lalu.

Penyediaan jamuan iftar ini dilakukan secara bergotong-royong oleh staf setiap jabatan dan sukarelawan pelajar dari  Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS) dan Briged Siswa.

Selain iftar, jamuan moreh dan juga sahur disediakan untuk 150 orang jemaah di kedua-dua kampus.

Menurut Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Dr. Mahyuddin Ismail, pihak universiti ini melalui tabung MyGift telah meluluskan peruntukan sebanyak RM82,000 bagi menyediakan juadah berbuka puasa.

“Bagi memudahkan penyediaan juadah, sekumpulan penyelidik dan pelajar menghasilkan set pengagihan makanan yang dinamakan Roller Conveyer    iaitu      satu set pengagihan makanan bagi memudahkan petugas menyediakan juadah untuk santapan jemaah masjid secara kemas, efisien dan selamat.

“Set ini terdiri daripada bekas periuk paras pinggang dan roller conveyor daripada bahan aluminium yang ringan untuk diletakkan

talam hidangan,” katanya.Diketuai oleh Pensyarah Fakulti

Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Dr. Ahmad Fitri Yusop serta dibantu Dr. Saiful Anwar Che Ghani, kunpulan ini berjaya menyediakan satu set yg terdiri daripada tiga bekas periuk dan dua conveyor belt  sepanjang 4 meter yang mampu menampung penyediaan juadah dalam 2,000 hingga 3,000 juadah pada satu masa.

  Bagi Dr. Ahmad Fitri Yusop, idea asal projek ini sebenarnya daripada cetusan  Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim dalam lawatannya ketika menyaksikan penyediaan juadah berbuka puasa pada awal Ramadan lalu.

“Justeru, pihak atas sokongan Dekan FKM, Profesor Dr. Rizalman Mamat membentuk kumpulan di fakulti dan akhirnya mereka dapat menyediakan set ini dalam tempoh yang singkat.

“Namun apa yang penting ianya dapat memudahkan urusan petugas dengan penggunaannya yang mudah alih. Periuk yang berisi lauk atau nasi ini akan diletakkan di stand ini manakala talam pula akan diletakkan di atas conveyer,” ujar beliau.

  Tambah Dr. Saiful Anwar Che Ghani pula, dengan konsep ini para petugas hanya perlu berdiri untuk mencedok nasi dan lauk dari periuk dan secara selamat dan

efisien memindahkannya ke talam untuk dihidangkan. Ianya dengan keadaan  ruang dapur masjid yang terhad dan jemaah pelajar yang ramai.

  Beliau mengharapkan kemudahan ini dapat menyelesaikan masalah petugas dalam menghidangkan makanan kepada jemaah di masjid.

Ia juga boleh ditambah baik dengan sistem automatik pada masa akan datang, namun memandangkan petugas yang datang membantu secara sukarela tanpa latihan yang khusus maka ianya  sudah  memadai sesuai dengan kos yang agak murah sekitar RM2,000 sahaja.

 Dalam menjayakan projek ini ianya turut melibatkan beberapa pihak seperti Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC) dan Joining and Welding Lab FKM UMP.

Selain itu, segala pembiayaan projek ini ditanggung sepenuhnya oleh dana penyumbang dari FKM.

Pihak universiti turut mengadakan program Tadarrus al-Quran, Solat Terawih berjemaah, Jom Lepak@Masjid, Seminar Kemukjizatan al-Quran, Program Bubur Lambuk Komuniti    bersama Rapid Kuantan serta   JKKK dan RTC Kuala Pahang juga Majlis Khatam Quran bersempena Malaysian Quran Hour dengan kerjasama Rumah Ngaji Malaysia yang dijalankan serentak seluruh negara.

Penyelidikan dan Inovasi

UMP guna inovasi permudahkan penyediaan juadah Iftar

Page 19: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 19

Penyelidik  Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) menyumbang pingat emas terbanyak apabila meraih tiga pingat emas hasil kejayaan Dr. Md Arafatur Rahman dengan hasi penyelidikan  IOT Enabled Relay Network for Designing an Energy Efficient Highway Lighting System,  Dr. Abdul Rahman Ahmed Mohamed Al-Sewari dengan penyelidikan  Intelligent IOT test list generator dan  Dr. Md Saiful Azad dengan penyelidikannya  Vibration-and-pattern (VAP) Code: A Smart and Secure Authentication Sceme.

Universiti Malaysia Pahang (UMP) melakar kejayaan manis apabila meraih pencapaian  dengan meraih sembilan pingat emas, lima belas  pingat perak dan satu pingat gangsa dalam Pameran Teknologi, Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa (ITEX) 2017 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 12 Mei 2017 yang lalu.

Dua pingat emas diraih dari Fakutli

Sains & Teknologi Industri (FSTI)    iaitu Dr. Essam Abdellatiff Makky Saleh dengan penyelidikannya bertajuk My-Care:3N1 Oral Hygiene dan Dr Natanamurugaraj Govindan dengan penyelidikan Nano mouthwash from Commelina Nudiflora: As Oral Hygiene.

Seterusnya, pingat emasdisumbangkan    oleh Dr. Norazura Ismail dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTeK) yang memenangi produk penyelidikan  Novel Dust Explosion Database (UMP-DEX) for Accident Prevention  dan Profesor Dr. Md Mustafizur Rahman menerusi penyelidikan  Water-Ethylene Glycol Based Hybrid (TIO2 and ZNO) Nano-Coolant for Sustainable Green Machining dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM).

Pingat emas turut dimenangi Dr. Shahryar Sorooshian menerusi penyelidikan    E4SE: Engine for Smaller Enterprises    dari Fakulti Pengurusan Industri  dan Yong Ying Mei dari Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan

(PBMSK) menerusi penyelidikan yang bertajuk Mandarin for All.

Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua penyelidik yang telah mengharumkan nama universiti.

“Ia satu pencapaian yang memberansangkan dan memperkukuhkan keyakinan terhadap    hasil ciptaan penyelidik UMP yang ternyata diiktiraf serta dimanfaatkan,” katanya.

ITEX 2017 merupakan anjuran pertubuhan Rekacipta dan Rekaan Malaysia (MINDS) yang    telah disertai   lebih 1,000 produk penyelidikan dari pelbagai agensi dalam dan luar negara.

Selain Malaysia, antara negara yang menyertai seperti Indonesia, Taiwan, Korea, Iran, Thailand, Kuwait, Poland dan Bahrain. Pada masa yang sama booth UMP turut memenangi booth terbaik dalam pameran ITEX 2017 tersebut.

Penyelidikan dan Inovasi

Penyelidikan FSKKP sumbang 3 pingat emas dalam ITEX

Page 20: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

20 CREATE

Pencapaian Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus meningkat dalam menghasilkan  penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi menerusi penerimaan geran penyelidikan sebanyak 865 projek penyelidikan  pada tahun lalu yang dipacu oleh Pusat-pusat Kecemerlangan (CoE) yang dilihat proaktif dalam meningkatkan kapasiti bidang nic UMP. 

Antara CoE tersebut ialah Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC) yang  telah menerima geran  Technofund  daripada Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi hasil  kolaborasinya dengan pihak industri.

 Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata,  pencapaian jalinan kolaborasi antara UMP dan agensi antarabangsa    juga memperlihatkan pencapaian positif melalui kerjasama dengan dua agensi antarabangsa iaitu Southeast Asian Ministers of Education Organisation  (SEAMEO) dan Qatar National Research Fund (QNRF).

 “Antara projek yang sedang berjalan ialah Pembangunan Sistem Pengurusan Maklumat

Kuliah Taffaquh Fiddin (e-TFD) dengan kerjasama Yayasan Pahang, Kajian Penyediaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Kuantan bersama Jabatan Pengairan & Saliran dan Development Of Glutamic Acid And Fluorine Based Ionic Liquid For Solid Scale Dissolution  dengan kerjasama Setegap Ventures Petronas Sdn. Bhd.,” katanya dalam Majlis Cendekia Bitara bagi mengiktiraf warga kerja yang mengungguli bidang Kejuruteraan, Teknologi dan Kreativiti di universiti ini pada 28 April 2017 yang lalu.

 Majlis dirasmikan Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob yang dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato’ Sri Mohd Hilmey Mohd Taib dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Anugerah Cendekia Bitara 2016, Profesor Dr. Mashitah Mohd Yusof.  Hadir sama  Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato’ Dr. Rosli Mohd Yunus dan Pendaftar UMP, Abd Hamid Majid. 

Ujar Dato’ Dr. Daing, dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meningkatkan penglibatan universiti awam bagi membantu peningkatan produktiviti swasta, UMP turut menyumbang kepakarannya melalui inisiatif  Public-Private Research Network  (PPRN) untuk 10 projek sehingga akhir tahun 2016.

  UMP juga memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Micromidas Inc, sebuah syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Sacramento, California, Amerika Syarikat bagi kerjasama dalam pembangunan dan pengkomersialan teknologi penghasilan bahan bioplastik dari sisa pemprosesan kelapa sawit (Palm Oil Mill Effluent  – POME). Sebagai sokongan kepada kerjasama tersebut, UMP telah membina jaringan LKPP Corporation Sdn. Bhd. (LCSB) untuk sebagai pembekal POME dan penyedia tapak projek.

  Kerjasama dengan Neoputics Inc yang berpangkalan di San Francisco juga memperkukuh sistem sokongan dalam

Penyelidikan dan Inovasi

UMP lonjak pencapaian penyelidikan berimpak tinggi

20 CREATE

Page 21: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 21

penyelidikan dan pembangunan produk dari sumber herba Malaysia di samping pasaran produk berasaskan herba di Amerika Syarikat.

  Sementara itu, kerjasamanya dengan Eco 24 Co. Ltd. yang berpangkalan di Tokyo, Jepun pula berjaya membangunkan teknologi coating mesra alam untuk kegunaan tempatan sekaligus membuka potensi yang lebih luas UMP melebarkan jaringannya dengan syarikat-syarikat lain di Jepun.

  Sebagai memperkukuh  ekosistem pengkomersialan, UMP akan memulakan penyelidikan berpandukan teknologi untuk pasaran melalui inisiatif NewCleus Centre yang merupakan pusat penyelidikan berpandukan industri yang diintegrasikan ke dalam ekosistem universiti bagi pembangunan produk sebagai melengkapkan ITECS (Industrial Tehchnology and Engineering Creativity Space) di UMP Pekan. 

Syarikat Switch Vehicles Inc. yang berpangkalan di Amerika merupakan rakan kerjasama potensi bagi EV  NewCleus Centre yang memfokus kepada pembangunan

kenderaan elektrik. EV  NewCleus Centre  disasarkan sebagai model kejayaan konsep inisiatif NewCleus Centre.

 Sementara itu, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan berbangga dengan pencapaian UMP dan pihak Kerajaan Negeri  amat berpuas hati dengan peranan yang dimainkan dan sumbangan yang diberikan selain ingin melihat peranan yang lebih proaktif dalam kalangan penyelidik UMP untuk menjalankan kajian yang lebih mendalam terhadap aspek warisan dan sejarah Pahang yang belum lagi diterokai secara ilmiah.

Dalam majlis ini beliau  menyampaikan anugerah kepada  seramai 120  penerima termasuklah 83 penerima bagi kategori Penerbitan Jurnal, 12 penerima bagi kategori Produk Penyelidikan, 14 penerima kategori Patent Granted, lima penerima bagi kategori Kualiti dan masing-masing tiga penerima bagi  kategori Geran Antarabangsa dan kategori Kreativiti serta satu kategori Tokoh dalam majlis yang berlangsung di Hotel Zenith, Kuantan. 

Penyelidikan dan Inovasi

Sebagai memperkukuh ekosistem pengkomersialan, UMP akan memulakan penyelidikan berpandukan teknologi untuk pasaran melalui inisiatif NewCleus Centre yang merupakan pusat penyelidikan berpandukan industri yang diintegrasikan ke dalam ekosistem universiti bagi pembangunan produk sebagai melengkapkan ITECS (Industrial Tehchnology and Engineering Creativity Space) di UMP Pekan. 

CREATE 21

Page 22: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

22 CREATE

Ramai yang tidak menyedari kewujudan Terenang yang merupakan tembikar yang dijadikan tempat meletak dan menyimpan air oleh masyarakat terdahulu yang dikatakan berasal dari Kampung Pasir Durian Kuala Tembeling yang letaknya kira-kira satu jam perjalanan ke bandar Jerantut di Pahang. 

Penghasilan Terenang secara tradisional menggunakan teknik cubit dan picit tetapi kaedah ini memakan masa untuk disiapkan. Pengenalan kepada kaedah penghasilan moden yang diperkenalkan oleh pihak Kraftangan Malaysia telah memberi perubahan terhadap pengeluaran Terenang.  

Teknik acuan yang dipraktik membolehkan Terenang dikeluarkan dalam jumlah yang banyak dalam masa yang singkat dan menjimatkan kos.  Penggunaan acuan dari Plaster of Paris juga membuatkan Terenang boleh dikeluarkan dalam variasi saiz yang bersesuaian dengan fungsi dan permintaan pelanggan. 

Menurut pensyarah Institut Pendidikan Guru  Kampus Tengku Ampuan  Afzan Kuala Lipis,  Kuala Lipis, Mohd. Zamani Mohd. Nor Peah yang sedang mengikuti pengajian Ijazah

Kedoktoran Teknologi Kemanusiaan Jejak Warisan Pahang di Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) berkata, beliau memulakan kajian mendalami warisan Terenang ini sejak tahun 2012. 

“Secara asasnya reka bentuk Terenang tradisional tidak mempunyai tapak dan tudung.  Dua rekaan ini disertakan oleh para pengiat dari Kampung Temin Kraf untuk menambahkan keindahan Terenang. 

“Penghasilan Terenang secara tradisional juga tidak mempunyai saiz yang tetap tetapi pengiat dapat membuat anggaran saiz yang sesuai berdasarkan pengamatan dan fungsi yang dikehendaki. 

“Pengiat terakhir yang aktif dari Kampung Pasir Durian, Hajah Noriah Mat Ali sering menghasilkan Terenang yang bertudung tetapi mempunyai ciri-ciri yang menampakkan kemahiran kerja tangan beliau,” katanya.

  Di Temin Kraf pembuatan Terenang secara umumnya dihasilkan dalam 3 jenis reka bentuk iaitu tanpa penutup dan tanpa tapak, dengan penutup sahaja dan dengan penutup serta tapak. Kaedah penghasilan moden yang dibantu dengan teknologi moden

memudahkan Terenang dihasilkan dengan pelbagai saiz mengikut fungsi, keperluan dan permintaan.   

Bagi pengusaha Terenang, Mohammad Zakaria, 48 berkata, penggunaan teknik acuan membolehkan Terenang dihasilkan dengan jumlah yang besar dalam tempoh yang singkat sekitar satu hari. 

“Ini menjimatkan masa dan memberi ruang kepada pengiat memberi tumpuan terhadap aspek dekorasi pada permukaan Terenang.

“Jika dahulu Terenang hanya dihias dengan motif-motif tertentu yang dihasilkan melalui kaedah terapan kayu tera tetapi pada masa kini hiasannya boleh dipelbagai. 

  “Selain itu, teknik melicau merupakan satu kaedah yang dapat menaikkan keindahan Terenang. Teknik ini menjadikan permukaan Terenang kelihatan seperti disaluti kaca dan boleh disediakan dalam pelbagai warna,” ujar beliau.

Selain teknik melicau, jelas beliau lagi, Terenang juga boleh dihiasi dengan teknik ukiran dan diwarnakan. Penerapan pelbagai jenis hiasan dapat menaikkan nilai Terenang

Penyelidikan dan Inovasi

UMP kaji Tembikar Terenang Warisan Pahang

Page 23: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 23

dan mewujudkan permintaan baru dalam kalangan masyarakat. 

“Perkembangan penghasilan Terenang di negeri Pahang kebelakangan ini semakin merisaukan kerana hanya ada satu pengiat yang bergerak iaitu Temin Kraf setelah Hajah Noriah berhenti sepenuhnya atas faktor kesihatan dan usia.

 “Pada masa ini, beliau bersama rakannya, Zainal Idris mengusahakan Terenang dengan menyediakan kraftangan ini mengikut tempahandan kadang-kadang menerima kunjungan pihak luar termasuk orang kenamaan dan pengunjung dalam dan luar negara.

  “Namun demikian, situasi pada masa ini sangat membimbangkan kerana Terenang merupakan warisan kerja tangan yang diperturunkan dari generasi terdahulu akan berakhir begitu sahaja tanpa ada pewaris. Walaupun ada usaha berterusan dari pihak Kraftangan Malaysia seperti menubuhkan Institut Kraftangan Negara yang menyediakan kursus penghasilan tembikar peringkat Diploma tetapi impaknya tidak berubah terutamanya terhadap tembikar Terenang,”

katanya.  Dalam pada itu, Pensyarah PBMSK,

Dr. Hasnah Hussain berkata, UMP telah menubuhkan kluster Jejak Warisan Pahang sebagai usaha mengkaji sejarah warisan di negeri Pahang ini agar dapat menjadi rujukan masyarakat setempat.

Selain itu, katanya satu Seminar Warisan Terenang bakal dianjurkan sekitar bulan Ogos nanti bagi mengangkat kembali warisan Terenang ini ke peringkat antarabangsa.

Pihaknya  mengharapkan Kerajaan Negeri Pahang dapat melakukan sesuatu seperti yang dilaksanakan terhadap perusahaan Tenun Pahang yang menjadi barangan kraftangan Eksklusif.

Penyelidikan dan Inovasi

Di Temin Kraf pembuatan Terenang secara umumnya dihasilkan dalam 3 jenis reka bentuk iaitu tanpa penutup dan tanpa tapak, dengan penutup sahaja dan dengan penutup serta tapak. Kaedah penghasilan moden yang dibantu dengan teknologi moden memudahkan Terenang dihasilkan dengan pelbagai saiz mengikut fungsi, keperluan dan permintaan.

Page 24: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

24 CREATE

Seramai 84 penyelidik dari peringkat sekolah menengah hingga ke pengajian tinggi seluruh Malaysia berjaya mempamerkan hasil penyelidikan dalam pertandingan Advanced Innovation & Engineering 2017 (AiNEX) yang berlangsung di Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang pada 3 Mei 2017 yang lalu.

 Pertandingan anjuran Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC) ini bertujuan untuk melahirkan penyelidik muda dalam menyalurkan idea kreatif mereka dalam penghasilan produk berteraskan penjimatan dan mesra alam. 

Pengarah AEC, Profesor Madya Dr. Abdul Adam Abdullah berkata, penganjuran AiNEX 2017 yang merupakan kali kedua penganjurannya tahun ini menyokong misi UMP dalam menyediakan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan yang tinggi kualitinya dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi dengan membudayakan kreativiti dan inovasi. 

“Ianya merupakan platform para penyelidik dalam kalangan pelajar sekolah, universiti awam, universiti swasta serta institut pengajian menghasilkan inovasi dan ciptaan yang berdaya saing pada masa

datang,” katanya. Pertandingan menyaksikan  anugerah

terbaik dimenangi pelajar Universiti Malaya (UM), Daniel Low June Weng dari Fakulti Kejuruteraan Bio Perubatan,  menerusi penyelidikan yang bertajuk  Scolios2    yang merupakan satu alat untuk mengukur perbezaan bahu untuk mengesan penyakit kecacatan tulang belakang yang dikenali sebagai  Scoliosis. Beliau yang turut meraih tempat pertama bagi kategori universiti membawa pulang sijil, medal dan wang tunai RM 800.00.

  Manakala tempat kedua dimenangi oleh pelajar UMP menerusi projek  3D copier Machine  dengan membawa pulang wang tunai   RM 600.00. Tempat ketiga dimenangi pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi penyelidikan Intelligent Al-Quran Flipper (i-QF) dengan membawa pulang RM 400.00.

  Sementara itu, bagi kategori Kolej/Politeknik pula tempat pertama telah dimenangi oleh Pahang Skill Kuantan menerusi penyelidikan bertajuk Earth Conductor Safety & Security Realy(X-SSAR).

Kolej Politeknik MARA Kuantan pula

meraih tempat kedua dengan penyelidikan mereka yang bertajuk  LGP Gas Leak Detector System Using Arduino GSM Module dan tempat ketiga telah dimenangi oleh Kolej Vokasional Kuantan dengan penyelidikan bertajuk SOCOF (Solution Of Composite Funtion).

Dalam pada itu, bagi kategori sekolah pula tempat pertama dengan dimenangi oleh Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor menerusi hasil penyelidikan mereka bertajuk Modification Of  F1 Car Rear Wing dan Sek Men Keb Bukit Rangin di tangga kedua dengan penyelidikan yang bertajuk  Charica-EcoFriendly Larvicide  serta  Maktab Rendah Sains MARA  Tun Abdul Razak Pekan menang di tempat ketiga dengan penyelidikannya bertajuk  Cubangle.  Semua pemenang menerima medal, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Lain-lain yang menyertai pertandingan ini termasuklah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak, Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kangsar, SBPI Tun Abdul Razak Pekan, SMK LKTP Pemanis, Segamat, SMK Tanah Puteh, Kuantan dan Kolej Yayasan Pahang (KYP).

Penyelidikan dan Inovasi

AiNEX UMP pamer penyelidikan idea kreatif berinovasi

Page 25: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 25

Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjalinkan kerjasama dengan Malaysia Rail Link (MRL) dan Syarikat Komunikasi dan Pembinaan China (CCCC) dalam meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan dalam industri  kereta api di negara ini.

Majlis yang diadakan pada 14 Jun 2017 yang lalu di Putrajaya bersempena Pelancaran Program Latihan Kemahiran Industri bagi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal menyediakan serta meningkatkan kemahiran graduan tempatan untuk diambil bekerja oleh kontraktor ECRL dan industri keretapi berteknologi ini.

ECRL merupakan satu projek yang dijalankan kerajaan dalam membina    jajaran keretapi elektrik baharu yang akan menghubungkan negeri-negeri Pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang ke Lembah Kelang. 

Di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) triparte ini, pihak-pihak yang terlibat akan bekerjasama untuk menganjurkan dan melaksanakan Program Latihan Kemahiran Industri ECRL dan mempromosikan pertukaran dan kerjasama dalam latihan, pendidikan dan penyelidikan serta memupuk dan mengukuhkan hubungan antara MRL, CCCC dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia yang diwakili oleh Universiti Awam

(UA). Menurut Naib Canselor UMP, Profesor

Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim, antara bidang tumpuan kerjasama termasuklah program-program yang berkaitan dengan latihan seperti pengambilan dan pendaftaran peserta pembangunan silibus latihan profesional dan latihan industri, penyediaan tenaga pengajar, kemudahan latihan, penyelidikan dan pembangunan. 

“UMP yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang teknikal ini dilihat mampu menyumbang kepada kelancaran dan kebolehcapaian matlamat bagi projek ini.

“Kerjasama ini juga dapat memberi peluang dalam pembangunan penyelidikan dalam bidang ini,” jelas beliau.

  Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Darwis Abdul Razak turut mengulas, pihaknya berbangga dan berbesar hati dengan persetujuan kerajaan dan pihak-pihak terbabit terhadap inisiatif MRL, CCCC dan UA serta agensi lain bagi kerjasama  ini, sekaligus memberi faedah bukan sahaja untuk industri dan komuniti akademik di Malaysia tetapi juga kepada golongan belia terutamanya di wilayah Pantai Timur dan Malaysia secara umum.

  Tambah beliau, peranan MRL dalam kerjasama ini adalah untuk menggabungkan

serta mempelbagaikan keunikan dan kepakaran CCCC dan UA terutamanya dalam bidang  teknikal melalui kerjasama industri-akademia yang akan memberi manfaat kepada rakyat terutamanya dalam melatih graduan tempatan bagi memenuhi keperluan industri kereta api. 

Dalam majlis ini sebanyak 13 MoU telah bertukar tangan dengan disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang terlebih dahulu telah melancarkan program Program Latihan Kemahiran Industri ECRL.

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Sri Idris Jusoh dan Presiden CCCC International, Chen Zhong.

Lain-lain yang bertukar dokumen dengan  MRL dan CCCC termasuklah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Kuala Lumpur (UNIKL), GIATMARA, Institut Kemahiran Belia Negara  (IKBN) dan juga  Lembaga Pembangunan Industri  Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai rakan usaha sama dan rakan-rakan strategik bagi menjayakan program latihan kemahiran ini.

Jalinan Kerjasama

UMP jalin kerjasama dengan MRL dan CCCC dalam program kemahiran industri ECRL

Page 26: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

26 CREATE

Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjalinkan kerjasama  dengan tujuh rakan strategik yang mampu mengupayakan transformasi  masyarakat secara strategik melalui sinergi kerajaan, akademia, industri dan komuniti  bagi merealisasikan agenda memasyarakatkan teknologi selaras  dengan aspirasi pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020 universiti ini.

Kerjasama UMP melibatkan  Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK),  Institut  Jurutera Malaysia (IEM),Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. (MDEC),  Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Megatech International College, Bee Park Pahang dan Persatuan Usahawan Kelulut Pahang. 

Dalam majlis ini menyaksikan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir  Ibrahim bertukar dokumenKetua Pegawai Eksekutif PMBK, Haji Abdul Rashid Mohd.  Yusof,  Setiausaha Kehormat IEM, Ir. Yam Teong Sian dan Pengarah B40 MDEC, Darzy Nor Halim. Turut sama Ketua Pegawai Operasi Zon Tengah AIM, Faizal Nor  Laiman,  Ketua Pegawai Eksekutif  Megatech International College,  Murugan  Chadayan,  Ketua Pegawai Eksekutif Bee Park Pahang, Mat Nawi Deraman dan Pengerusi Persatuan Usahawan Kelulut Pahang, A. Rahman A. Hamid. 

Pemeteraian ini menyaksikan UMP bakal menimba manfaat daripada PMBK sebagai  pelopor pelaburan strategik Kerajaan Negeri Kelantan, daripada IEM dalam  penggalakan dan pemajuan profesion kejuruteraan dan sains dan MDEC sebagai  peneraju dan penyelaras utama ekonomi dalam industri digital melalui teknologi  maklumat dan komunikasi di Malaysia. 

Menurut Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir berkata, peranan sosial UMP dilihat dapat terus dikembangkan melalui kerjasama dengan AIM  sebagai agensi penyedia  kewangan, bimbingan dan latihan kepada usahawan keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

“Manakala pendidikan kejuruteraan dan teknikal di UMP turut dapat dikembangkan melalui kerjasamanya dengan Megatech International College,  khususnya dalam bidang Elektrik dan Elektronik, Mekatronik serta Teknologi Maklumat. 

“Dalam konteks pengembangan ekosistem keusahawanan pula, kerjasama dengan  Bee Park Pahang membolehkan UMP meneroka industri penternakan lebah selain  melatih usahawan muda yang berpotensi. Manakala kolaborasi dengan Persatuan Usahawan Kelulut Pahang membolehkan UMP turut memainkan

peranan dalam  meningkatkan pengetahuan usahawan kelulut dan mewujudkan hala tuju usahawan  yang bermaklumat dan inovatif, “ katanya dalam majlis yang diadakan di Dewan  Bankuet Canseleri Tun Abdul Razak UMP Pekan pada 24 Februari 2017 yang lalu.

Selain itu katanya,  industri merupakan pemegang taruh yang penting, terutamanya  dalam aspek pelaburan modal dan sokongan teknikal yang mengkomplimentari  sumbangan pengetahuan, bakat dan kepakaran teknikal oleh akademia, intervensi dasar dan sokongan politik oleh kerajaan serta penyertaan dan kerjasama masyarakat.

Beliau mengharapkan kerjasama rakan industri ini dapat  mengembangkan lagi parameter kolaborasi yang sedia ada dengan meneroka  peluang-peluang baharu yang memberi manfaat jangka panjang kepada semua pihak  dan paling utama, turut mentransformasi masyarakat secara kolektif.

 Hadir sama dalam majlis  Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainudin, Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat & Kualiti), Profesor Dato’ Dr. Ishak Ismail, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat), Profesor Dr. Jamil Ismail dan Pendaftar, Abd Hamid Hamid.

Jalinan Kerjasama

UMP jalin kerjasama dengan 7 rakan strategik

Page 27: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 27

MyGift

UDA Holdings Berhad (UDA Holdings) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menunaikan tanggungjawab sosial (CSR) dalam program Indahnya Ramadan dengan menaja juadah berbuka puasa bersama lebih 800 mahasiswa universiti selain menghulurkan sumbangan bagi membantu seramai 20 keluarga asnaf sekitar mukim Kuala Pahang pada 12 Jun 2017 yang lalu di Pusat Aktiviti Pelajar, UMP Pekan.

Hadir menyampaikan sumbangan  Pengerusi UDA Holdings, Datuk Seri Dr. Mohd Shafei Abdullah, Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings, Datuk Ahmad Abu Bakar. 

Dalam majlis ini setiap keluarga hadir menerima sumbangan barangan makanan keperluan yang disumbangkan pihak UDA Holdings dan duit raya sumbangan Persatuan Wanita UMP (Matahari).

Menurut Datuk Seri Dr. Mohd Shafei, pihaknya amat menghargai jalinan kerjasama UMP dan UDA Holdings ini dan sebagai permulaan hubungan melibatkan penganjuran bersama Indahnya Ramadan menerusi program memasak bubur lambuk dengan komuniti Kuala Pahang dan berbuka

puasa bersama-sama dengan warga UMP dan keluarga asnaf.

“Program ini merupakan salah satu aktiviti program kemasyarakatan yang dianjurkan secara berterusan sepanjang tahun bagi meringankan beban dan memberikan keceriaan dalam kalangan mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

Tambahnya, penganjuran program ini adalah cetusan idea kedua-dua pihak dalam usaha meneroka kerjasama bagi merancang pembangunan bercampur.

“Pada masa ini, pihak UDA mempunyai tanah seluas 512 ekar di sekitar penempatan ini dan pihaknya berhasrat membangunkan 145 ekar untuk pembinaan rumah kepada mereka yang berkelayakan. 

Beliau mengharapkan kerjasama ini akan berpanjangan terutamanya dalam usaha membangunkan UMP dengan berkonsepkan    kampus bandar seperti yang terdapat di luar negara.

      Sementara itu, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir berkata, dalam usaha memasyarakatkan universiti, UMP memperkenalkan inisiatif MyGift yang direka bentuk sebagai sebuah saluran dan platform

rasmi sumbangan endowmen kepada UMP bagi maksud tajaan pelajaran, penyediaan prasarana kampus dan pembangunan komuniti.

Katanya, inisiatif ini dimodelkan berdasarkan pengalaman beberapa universiti tempatan dan antarabangsa yang telah pun memiliki institusi endowmen masing-masing serta disesuaikan dengan landskap dan keperluan tempatan di Malaysia.

“Setakat ini dana terkumpul MyGift yang sedia berupaya telah dimanfaatkan untuk Endowmen Biasiswa Pelajar bernilai RM 400,000 kepada sepuluh penerima bermula tahun lalu.

“Begitu juga dengan pemberian Insentif Pendidikan sebanyak RM 1,000 kepada mahasiswa UMP yang kurang berkemampuan pada setiap kali sesi pendaftaran pelajar baharu,” katanya.

UDA Holdings merupakan salah satu organisasi pembangunan hartanah dan pengurusan aset yang mampan dan terkemuka di negara ini dan antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pembangunan tanah, pengurusan harta dan fasiliti, kompleks beli-belah serta industri hospitaliti.

Indahnya Ramadan UDA dan UMP tunai tanggungjawab sosial

Page 28: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

28 CREATE

Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Kelab Program Mesra Dakwah (PERAMAH) mengagihkan sumbangan keperluan asas berupa beras, gula, susu, minyak masak, tepung dan kit kebersihan kepada komuniti di Kampung Serun Pantai di Nenasi Pekan dalam Program Raikan Ramadan `We Love We Care’bersama PERAMAH pada 5 Jun 2017 yang lalu.

Hadir menyampaikan sumbangan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyGift UMP yang juga Penasihat  PERAMAH, Dato’ Mohd. Nizar Dato’ Sri Mohd Najib yang hadir bersama isteri, Datin Nur Sharmila Shaheen.

Hadir sama Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim dan isteri, Datin Fazia Ali serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan Setiausaha Kelab PERAMAH, Khairul Anuar Mohd Khalyubi.

Menurut Dato’ Mohd. Nizar, program

kerjasama korporat sosial ini dapat membantu masyarakat dan komuniti sekitar kampus terutamanya dalam meringankan beban dengan menghulurkan bantuan kepada ibu tunggal dan kurang upaya agar mereka dapat menikmati keistimewaan suasana Ramadan dengan berpuasa dan beribadah.

“Menjelangnya bulan yang mulia ini kita berpeluang meraikan Ramadan dengan tidak melupakan orang yang kurang bernasib baik dan dapat memberi semangat dan kesedaran berterusan kepada masyarakat.

“Kerja amal bersama UMP yang menyediakan persiapan dan menjayakan program ini amat dihargai,” katanya.

Sementara itu, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir berkata, program ini adalah sebahagian daripada inisiatif MyGift yang diperkenalkan dalam memasyarakatkan

universiti bersama komuniti setempat. “Usaha yang digerakkan kini

menampakkan hasil dengan sinergi semua pihak dan komitmen para dermawan dapat terus dilestarikan bukan sahaja terhadap warga universiti malahan dalam kalangan masyarakat dan golongan yang memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau juga berbangga dengan semangat lebih 50 sukarelawan UMP membabitkan kolaborasi bersama staf Jabatan Pendaftar, Pejabat Naib Canselor, Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Persatuan Wanita UMP (Matahari) dalam menyediakan sumbangan dan memastikan urusan agihan berjalan lancar. 

Seramai 30 penduduk dalam kalangan keluarga miskin, asnaf dan ibu tunggal menerima sumbangan dalam program menjejaki asnaf pada kali ini.

UMP dan Kelab PERAMAH raikan Ramadan bersama komuniti Pekan

MyGift

Page 29: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 29

Lebih 1,000 pek makanan juadah bersahur diedarkan sepanjang  Program  Singgah Sahur UMP @ KL yang berlangsung pada 16 Jun 2017 yang lalu di Kuala Lumpur.  

Lebih menarik juadah nasi berlaukkan Gulai Kawah tradisi negeri Pahang disediakan sendiri sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) membabitkan mahasiswa Perwakilan Kolej Kediaman (Peka) 5 dan Skuad MyGift yang diselaras Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) universiti ini. 

  Program yang diadakan masuk tahun kedua ini merupakan sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi manfaat warga kota yang bertugas malam serta membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Dalam program ini, seramai 50 sukarelawan UMP yang terdiri dari pada pelajar dan pengurusan universiti turun padang menyerahkan sumbangan  juadah bersahur.

  Antara lokasi adalah sekitar Masjid Negara, sekitar Menara Maybank, Muzium

Telekom dan sekitar Tune Hotel. Pada masa yang sama menyerahkan pek

makanan juadah untuk anggota keselamatan di Balai Polis Dang Wangi dan Balai Polis Travers Polis Diraja Malaysia.

  Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, program khidmat sosial UMP yang diperkenalkan sebagai Inisiatif MyGift ini sebagai kemudahan kepada warga kampus dan alumninya serta pihak luar terutama industri dan syarikat untuk menyumbang kepada tabung endowmen universiti berkenaan.

  “Salah satu daripada 10 tabung atau endowmen yang diperkenalkan adalah Tabung Komuniti yang membolehkan UMP menjalankan program membantu golongan sasar menerusi program Jejak Asnaf dengan memberi bantuan keperluan harian seperti tepung, beras, minyak, susu dan lain-lain,” katanya.

 Selain itu endowmen lain ialah Endowmen Kursi, Endowmen Biasiswa Pelajar, Endowmen

Makmal/Kemudahan dan Endowmen Kecemerlangan manakala tabungan lain adalah Tabung Ramadan, Tabung Masjid, Tabung Bencana, Tabung Wakaf, Tabung Komuniti serta Tabung Prasarana.

  Sebagai sebuah Universiti Awam (UA) yang berteraskan bidang-bidang Kejuruteraan, Teknikal dan Teknologi, UMP sentiasa komited untuk membuka ruang kerjasama dengan industri dalam pelbagai lapangan termasuklah bidang kesukarelawanan.

  Dalam masa yang sama, sukarelawan berkesempatan bersahur bersama Penghuni  Asrama Darul Falah (ASDAF) dan menyerahkan sumbangan duit raya MyGift.

Rombongan UMP disambut pengetua rumah berkenaan, Saari Kiban. Hadir sama  Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyGift, Datuk Mohd Nizar Dato’ Sri Mohd. Najib dan Izwan Hasli Ibrahim.  Turut serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid.

MyGift

UMP agih makanan sahur untuk warga kota

Page 30: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

30 CREATE

Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Berita Harian (BH) menunaikan tanggungjawab sosial dengan menyumbang sebuah wakaf yang dilengkapi dengan lampu solar LED berteknologi hijau untuk dimanfaatkan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Soi yang terpilih antara enam sekolah di Malaysia yang tersenarai menerima manfaat ini bersempena Sambutan Ulang Tahun BH ke-60 pada tahun ini pada 25 Mei 2017 yang lalu.  

Dalam pada itu, bagi pelaksanaan projek solar di sekolah ini, elemen teknologi penjimatan tenaga dapatdiaplikasikan dengan penggunaan solar sistem dan teknologi LED untuk bekalan elektrik di wakaf. Pemasangan solar panel berkapasiti 20W, 12V ini lengkapi dengan sistem untuk mengecas bateri 12V 7.2AH dan menyalakan lampu LED 18W bagi kegunaan wakaf yang beroperasi mulai dari terbenam matahari sehingga terbit fajar. Lebih menarik sistem ini juga boleh dinaik taraf bagi kegunaan mengecas telefon dan kegunaan  elektrik yang lain pada masa hadapan. 

Majlis serahan disampaikan oleh Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Datuk Badrulhisham Othman bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMP,

Profesor Dato’ Dr. Rosli Mohd Yunus kepada Pengetua SMK Sungai Soi, Haji Mahadzir Hanafiah. 

Hadir sama  Timbalan Pegawai Daerah Kuantan, Haji Yaakob Zaidin, Ketua Pegawai Eksekutif, UMP Advanced Education, Mohamad Rozi Hassan,  Pengarah Pusat Akademik dan Kerjaya Jerman (GACC), Dr. Muhamad Mat Noor, Ketua Biro Berita Harian Pahang,  Abd. Razak Raaf, Pengurus Besar Jabatan Sosioekonomi dan Projek Khas UMP ECER, Zainal Bahari dan Guru Bahasa Jabatan Kemahiran Insaniah, Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK), Jamilah Bebe Mohamad.

 Menurut Profesor Dato’ Dr. Rosli, hubungan kerjasama ini membolehkan universiti ini berperanan secara lebih konstruktif dalam merealisasikan Pelan Strategik UMP 2016-2020 dengan tema `Memasyarakatkan Teknologi’ yang dilaksanakan dengan mengaplikasikan kemahiran dan kepakaran ke lapangan yang dapat dimanfaatkan komuniti setempat. 

“Menjadi hasrat UMP untuk merakyatkan kewujudannya sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada penawaran program-program akademik arus perdana, tetapi juga

mampu berperanan sebagai sebuah institusi sosial yang menjadi pemangkin peningkatan literasi pengetahuan dan kemahiran untuk anggota masyarakat yang lain. 

“Pada kali ini, pemasangan Projek Sistem Solar turut    dilaksanakan di sekolah ini    sebagai menyokong teknologi hijau bagi memastikan bekalan elektrik secara berterusan dan mengurangkan   kesan rumah hijau daripada penghasilan karbon dioksida yang boleh menyebabkan peningkatan suhu persekitaran.

“Bagi pelaksanaan projek solar di sekolah ini, elemen teknologi penjimatan tenaga telah diaplikasikan yang mana penggunaan solar sistem dan teknologi    LED    untuk bekalan elektrik di wakaf,” katanya.

  Ujarnya, baru-baru ini pihak Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI) di UMP      turut mengadakan program khidmat sosial bertemakan  `Lighting Up the   Community’ dengan pemasangan sistem lampu tumpu berkuasa suria di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji  Ahmad Shah (SEMSAS) yang dapat memberi peluang Orkestra Jasa Winds mengadakan latihan di kawasan sekolah pada waktu malam malah dapat    berkongsi ilmu dengn para

MyGift

UMP dan BH serah wakaf dilengkapi lampu solar LED berteknologi hijau untuk kelestarian sekolah

Page 31: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 31

pelajar tentang teknologi fotovoltaik serta mempromosikan teknologi hijau di peringkat sekolah.

Selain itu, kolaborasi ini juga mendapat sokongan daripada pihak Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan UMP Advanced Education apabila sekolah ini turut terlibat    program  empower  ECER sejak tahun 2015 dengan  seramai 30 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan 30 pelajar SPM terpilih mengikuti program Latihan Kemahiran Akademik empower ECER. Pada hari ini juga seramai 60 orang pelajar ini akan mengikuti program empower SMART yang dikendalikan oleh pensyarah dan pelajar UMP.  

  Sementara tu, menurut Mohamad Rozi, sehingga kini, seramai  lebih 7,438 peserta Latihan Kemahiran Akademik dan 500 peserta Latihan Kemahiran dan Keusahawanan, menjadikan jumlah keseluruhan 7,938 peserta yang telah dan sedang mengikuti program  empower  ECER di daerah Pekan, Kuantan dan Bera dari tahun 2012 sehingga tahun 2017.

Pelajar ini akan melalui tujuh modul latihan yang telah disusun oleh pihak UMP menerusi UMP Advanced Education yang telah diberi peranan dan tanggungjawab mengendalikan sepenuhnya latihan tersebut dengan menggabungkan kepakaran UMP, pensyarah, pengajar serta mahasiswa termasuk persatuan pelajar dan kakitangan UMP.

Antara modul latihantersebut adalah  empower  Boot Camp,  empower  Q-Gen, empower SMART (Science, Mathematic, Research & Technology), empower GIGvaganza (Get Into Grammar),empower Outreach, empower Edu-Tour dan  empower  V.A.K (Visual, Audio & Kinesthetic).

  Turut berlangsung, seramai 20 pelajar program dwiijazah UMP-HsKA Jerman mengadakan Water Rocket Workshop bersama 100 pelajar sekolah dalam memupuk minat dan penglibatan para pelajar sekolah terhadap bidang Sains, Matematik, Teknologi serta Kejuruteraan.

Peserta diajar untuk membina roket air berlandaskan prinsip asas    pembinaan sesebuah roket yang melibatkan konsep sains fizik yang mudah seperti konsep mengenai tekanan dan aerodinamik yang dicipta sendiri mengikut bentuk roket yang mereka kehendaki.  

  Program dianjurkan Jabatan Kemahiran Insaniah PBMSK dengan kerjasama GACC dalam usaha menerapkan konsep kemahiran terhadap penyelesaian masalah, bekerjasama dan kepimpinan malah mereka dikehendaki mempraktikkan semua elemen ini dalam menjalankan tugasan.

Program ini dapat memberi peluang kepada pelajar UMP untuk berkongsi pengetahuan serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat serta komuniti luar.

MyGift

Page 32: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

32 CREATE

15 TAHUN.... Pendaftar UMP bersama-sama staf merakamkan ucapan tahniah atas 15 tahun penubuhan UMP.

RUSA BINTIK.... Naib Canselor memerhatikan dua ekor Rusa Bintik atau dengan nama saintifik Axis-Axis yang disumbangkan oleh Medal Lions Creative.

MESRA... Warga kampus beramah mesra dengan staf dan pelajar antarabangsa dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama pelajar dan pensyarah antarabangsa.

GEMBIRA... Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) bersalaman dengan salah seorang pelajar penghuni Asrama Darul Falah dalam program Singgah Sahur KL.

Page 33: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 33

GAYA HIDUP SIHAT.... Warga UMP menyertai Pearl Night Run bagi memupuk kesedaran dalam mengamalkan gaya hidup sihat di dalam kampus.

Gembira....... sebahagian pelajar UMP yang menerima Baucar Buku 1 Malaysia.

Berbakat ....... Profesor Dr. Yuserrie menyampaikan sajak pada Malam Puisi Riong Berita Harian.

SUMBANGAN.... Naib Canselor melawat salah sebuah rumah di Nenasi dalam program Raikan Ramadan Nenasi.

BUBUR LAMBUK.... Warga kampus bersama-sama menjayakan program membuat bubur lambuk sempena bulan Ramadan 2017.

Klik-KlikLensa

IKATAN.... Pendaftar-pendaftar daripada 17 Universiti Awam (UA) berkumpul bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar UA Bil. 2/2017 di Perpustakaan UMP.

Page 34: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

34 CREATE

Sebanyak 13 kawah fter disiapkan dalam Program Indahnya Ramadan UDA-Komuniti 1 Malaysia (KIM) anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Uda Holdings Berhad di perkampungan nelayan Medan Ikan Bakar (MIB) Kuala Pahang, Pekan pada 12 Jun 2017 yang lalu.

Program berjaya mengeratkan hubungan baik  dan kejituan sinergi antara UMP dan UDA dalam konteks pelaksanaan inisiatif berkaitan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi manfaat masyarakat terutamanya di Kuala Pahang.

Hadir dalam program Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Mohd Shafei Abdullah,  Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Peramu Jaya,    Dato’ Sri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali. Turut hadir Penghulu Mukim Kuala Pahang, Hassan

Mohamed Sukor dan Pendaftar UMP, Abd Hamid Majid.

Selain UMP pasukan lain yang mengambil bahagian adalah Puteri UMNO Pekan, (JKKK) Kuala Pahang, Kunita Sri Kuala, Majlis Daerah Pekan, JKKK Beruas dan Komuniti 1 Malaysia/RTC.

Dalam ucapannya, Datuk Mohd Shafie berkata, pihak UDA bakal membangunkan kawasan perumahan dan pembangunan di daerah Pekan melibatkan rumah kediaman PR1MA di kawasan seluas 512 ekar. 

“Justeru, penganjuran program ini dapat mendekatkan pihaknya dengan masyarakat di sini.

“Merancakkan Program Indahnya Ramadan pihaknya telahpun mengadakan program CSR dengan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan termasuklah di Johor Bahru dan Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, menurut Dato’ Sri Sheikh Mohamed Puzi, penganjuran program ini dapat mempromosikan Kuala Pahang sebagai pusat tarikan pengunjung yang mana pembangunannya bakal dinikmati dapat dimanfaatkan masyarakat setempat.

Manakala Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir berbesar hati dengan kerjasama ini dalam usaha membantu masyarakat setempat. Menurutnya sepanjang bulan Ramadan, warga UMP menyediakan makanan secara bergotong-royong bergilir mengikut jabatan untuk pelajar berbuka puasa di Masjid UMP di Pekan dan Gambang.

Program menyaksikan pertandingan memasak bubur lambuk dimenangi kumpulan RTC diikuti kedua Kunita Sri Kuala dan kumpulan Puteri UMNO Pekan di tempat ketiga. Sebanyak hampir 4,000 bekas bubur lambuk diedarkan kepada masyarakat setempat.

MyGift

Komuniti Kuala Pahang masak bubur lambuk

Page 35: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 35

Perasaan gembira dan teruja jelas terpancar pada wajah seramai 43 asnaf, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) dari  keluarga asnaf sekitar Nenasi, Kuala Pahang  dan Kuantan apabila diberi peluang membeli-belah persiapan Aidilfitri di Pasaraya Mydin  Kuantan poada 21 Jun 2017 yang lalu.

Mereka menerima sumbangan baju raya dan kuih raya dalam Projek Baju Raya Matahari anjuran  Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Persatuan Wanita UMP (Matahari) bersempena program Jejak Asnaf hasil inisiatif MyGift yang diperkenalkan universiti.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan Presiden Persatuan Wanita UMP (Matahari),Profesor Datin Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim.

Menurut Profesor Dato’  Dr. Yuserrie, program menyantuni keluarga ini adalah hasil kesinambungan program MyGift yang

dijalankan sepanjang tahun terutamanya dalam usaha membantu komuniti setempat.

“Bantuan ini sekurang-kurang dapat membantu meringankan beban dan merasai nikmat berhari raya dengan lebih bermakna serta menyemarakkan keindahan Ramadan dan menjelangnya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Bersempena Ramadan juga UMP berkerjasama dengan UDA Holdings Berhad menganjurkan Program Indahnya Ramadan UDA-Komuniti 1 Malaysia (KIM) dan Majlis Berbuka Puasa, program Singgah Sahur,  Raikan Ramadan UMP-Kelab Program Mesra Dakwah (PERAMAH) dan Jejak Asnaf dengan memberi sumbangan keperluan harian dan baju raya kepada golongan asnaf sekitar Kuantan dan Pekan.

Dalam pada itu, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi dan Universiti Awam (UA) yang berteraskan bidang-bidang Kejuruteraan, Teknikal dan Teknologi, UMP sentiasa komited

untuk membuka ruang kerjasama dengan industri dalam pelbagai lapangan termasuklah bidang kesukarelawanan.

Selain itu, program ini juga  berjaya mengeratkan hubungan baik   dan kejituan sinergi antara UMP dengan pihak luar dalam konteks pelaksanaan inisiatif berkaitan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi manfaat masyarakat terutamanya di Kuala Pahang.

Manakala bagi Profesor Datin Dr. Mimi Sakinah, pihak persatuan sentiasa prihatin membantu golongan ibu tunggal, anak yatim dan asnaf.

Katanya, sepanjang bulan ini sahaja lebih 200 orang daripada golongan sasar termasuk pelajar dari keluarga susah menerima bantuan  barangan keperluan asas, kit pembersihan dan kuih raya yang diagihkan melibatkan sukarelawan daripada Jabatan Pendaftar, Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) serta ahli persatuan.

MyGift

Anak-anak yatim dan asnaf ceria terima baju raya

Page 36: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

36 CREATE

Pengalaman membeli makanan dengan harga murah pastinya akan sentiasa diingati mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) terutamanya menjelang musim peperiksaan.

Program yang dinamakan  Projek Kongsi Rezeki 2.0   anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) ini adalah suatu inisitaif  dalam menyediakan   juadah makan tengah hari termasuk air minuman kepada mahasiswa UMP dengan   harga serendah RM1.00 sahaja serta makan malam bermula pada 3 hingga 7 Januari 2017 yang lalu.

Projek kongsi rezeki yang masuk tahun kedua penganjuran ini dijalankan bagi membantu mahasiswa yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.

Projek ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan dijalankan serentak di kedua-dua kampus Gambang dan Pekan.

Turut sama turun padang menyampaikan makanan kepada pelajar ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yusserie Zainuddin.

  “Pihak JHEPA sentiasa mengambil berat

berkaitan isu-isu yang berkaitan dengan mahasiswa agar mereka dapat memberi tumpuan terhadap peperiksaan dan tidak menganggu pembelajaran mereka sepanjang pengajian,” katanya.

  Mahasiswa hanya perlu membayar RM1 dan mempamerkan kad pelajar ketika mengambil makanan dan semua mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian   diploma dan ijazah di kedua-dua kampus layak menerima manfaat ini.

  Jelasnya, UMP serius menangani isu kebajikan pelajar dan sentiasa meningkatkan usaha dalam membantu golongan yang memerlukan termasuklah  memperkenalkan program  MyGift UMP yang mengalakkan seluruh warga dan orang ramai turut sama menyumbang bagi membantu insan lain.

Malahan program ini juga mensasarkan golongan yang berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan yang ditahan PTPTN hingga terpaksa mengikat perut untuk menikmati makanan kerana faktor kekurangan sumber kewangan terutama pada waktu peperiksaan.

Pihaknya menghargai syarikat korporat dan pihak luar yang sama-sama menyumbang dalam menjayakan Projek Kongsi Rezeki ini. 

Sementara itu, menurut Nur Sakinah Tajuddin dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, 22, biasanya pada hujung semester ini kebanyakan mahasiswa berdepan dengan kekangan kewangan dan pemberian makanan dengan RM1 ini sangatlah bernilai bagi meringankan beban mahasiswa.

Program MyGift ini diperkenalkan sebagai kemudahan kepada warga kampus dan alumni serta pihak luar terutamanya daripada industri mahupun syarikat untuk sama-sama menyumbang kepada tabungan dan endowmen universiti.

Sumbangan daripada semua pihak termasuk warga UMP melalui potongan gaji,derma pelajar, alumni dan individu serta badan-badan korporat dalam menyokong pembudayaan menderma demi memakmurkan ilmu pendidikan inipastinya dapat melonjakkan kegemilangan universiti dalam merealisasikan Pelan Strategik UMP (2016-2020)  bertemakan Menjana Kegemilangan.

MyGift

Projek kongsi rezeki bantu mahasiswa menjelang musim peperiksaan Oleh: NOR FADZILLAH ZULKIFLI

Page 37: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 37

Seramai 394 mahasiswa baharu ditawarkan tempat bagi mengikuti lima program pengajian lepasan Sijil Lepasan Malaysia (SPM) bagi sesi akademik 2017/2018 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) bertempat di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang pada 27 Mei 2017 yang lalu.

Daripada jumlah tersebut,  seramai 99 orang pelajar baharu yang mengikuti Diploma Kejuruteraan Mekanikal manakala seramai 93 orang mengikuti    program Diploma Kejuruteraan Kimia    (Loji Proses) menerusi Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli. Seramai 77 orang pelajar yang mengikuti Diploma Sains Komputer, 71 Diploma Kejuruteraan Awam dan 54 orang mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik.

Dalam pada itu, Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim hadir meraikan kehadiran pelajar baharu dan keluarga kepada semua pelajar baharu yang berjaya menyambungkan pengajian ke peringkat Diploma.

Pada masa yang sama, beliau turut

menyampaikan sumbangan Intensif Pendidikan bernilai RM 1,000 kepada lima orang pelajar baharu yang mempunyai latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah dan miskin.  

Ujarnya, inisiatif ini merupakan salah satu program di bawah MyGift UMP dalam meringankan beban pelajar untuk mendaftar masuk universiti.  

“Pemilihan pelajar yang memerlukan bantuan ini adalah berdasarkan saringan di peringkat Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni  yang  bertujuan bagi membolehkan para mahasiswa baharu yang mempunyai masalah kewangan  memulakan pengajian di sini,” katanya.

UMP juga menyediakan kaunter rundingan yang melibatkan Jabatan Bendahari, Bahagian Pengurusan Akademik dan Unit Pembiayaan dan Kebajikan Pelajar bagi membantu memberi nasihat dan runding cara bagi pelajar yang mempunyai masalah berkaitan yuran pengajian dan sebagainya.

Menurut salah seorang penerima sumbangan Intensif Pendidikan ini, Rashwinee Nair A/P Sukumaran, 18, yang mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal amat berterima kasih dengan sumbangan dan bantuan yang UMP berikan.

Walaupun datang bersendirian tanpa ditemani ayah kerana sakit namun ketibaannya disambut oleh staf UMP yang membuatkan beliau betul-betul terharu.

Ujar Rashwinee yang berasal dari Alor Gajah, Melaka ini, sejak ibunya meningggal dunia tahun lalu dan ditambah pula ayahnya sakit akibat kemalangan jalan raya menyebabkan kehidupan keluarganya hanya banyak bergantung kepada bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Melaka. 

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal  Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato’ Dr. Rosli Mohd Yunus    dan Pendaftar UMP, Abd Hamid  Majid.  

UMP terima 394 mahasiswa baharu

Info sekitar kampus

Page 38: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

38 CREATE

Seramai 166 staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) dirai bagi mengiktiraf kecemerlangan mereka dalam perkhidmatan sempena Majlis Hari Kualiti dan Inovasi 2017 yang berlangsung di Dewan Astaka UMP Kampus Gambang pada 19 Mei 2017 yang lalu.

Hadir merasmikan majlis Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato’ Sri Mohd. Hilmey Mohd Taib dan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim. Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato’ Dr. Rosli Mohd Yunus dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dr. Mashitah Yusof.

Penganjuran program ini merupakan medan pengiktirafan terhadap kecemerlangan warga kerja UMP dalam pelbagai lapangan serta mendorong mereka untuk terus berkhidmat dengan cemerlang

Sebanyak sembilan kategori hadiah dan anugerah yang akan disampaikan terdiri daripada Anugerah Kualiti Naib Canselor, Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang (AKPC), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Kecemerlangan Industri Masyarakat, Anugerah Sukan, Hadiah ICT (K-Portal) dan Hadiah Penerbitan dan Hadiah Persekitaran Berkualiti.

Menurut Dato’ Sri Mohd. Hilmey, pembangunan bakat yang produktif, kompeten dan berprestasi tinggi adalah faktor kritikal dalam menentukan kecemerlangan sesuatu organisasi, sama ada di sektor awam mahu pun swasta. 

“Bakat yang dibangunkan bagi

mengoperasikan universiti ini, sama ada dalam kumpulan pengurusan tertinggi, pengurusan dan profesional serta pelaksana sewajarnya memiliki ketahanan dan keupayaan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cemerlang dan unggul kepada para pelanggan dan pemegang taruh walaupun negara kini berdepan dengan iklim ekonomi yang mencabar.

“Penerima anugerah dan hadiah harus melihat pengiktirafan ini merupakan satu cabaran untuk menjadi teladan positif secara istiqomah yang mampu menginspirasikan rakan-rakan sekerja lain untuk turut cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya.

Dalam pada itu, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir berkata, pengupayaan bakat  diatur gerak secara strategik dan terarah dalam kerangka yang khusus terutamanya bagi kakitangan pentadbiran dan juga pegawai akademik serta tumpuan khusus terhadap setiap skim perkhidmatan.

Katanya, pelbagai inisiatif telah, sedang dan akan diperkenalkan oleh pihak pengurusan bagi merangsang produktiviti dan prestasi warga kerja di universiti ini, termasuklah Pay For Performance dalam kerangka pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020.

“Malahan, komitmen ini merupakan respon strategik pihak pengurusan terhadap agenda transformasi perkhidmatan awam yang dihasratkan kerajaan melalui pekeliling khas mengenai Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam sejak tahun 2010 lagi.

“Dengan menyaring dan mengenalpasti

keutamaan yang sebenar-benarnya mustahak, maka pihak pengurusan berupaya menentukan trajektori strategik bagi UMP bagi maksud pencapaian jangka pendek dan jangka panjang.

“Justeru, pihak pengurusan melihat bahawa inovasi berterusan dalam konteks transformasi pengurusan dan pentadbiran di Universiti ini melalui budaya tinggi (culture of high values),” ujar beliau.

Tambah beliau lagi, antara ciri utama bakat cemerlang yang ingin dijana UMP ialah kemampuan untuk mencetuskan idea-idea yang kreatif bagi maksud peningkatan kualiti produktiviti penyampaian perkhidmatan.

“Idea-idea ini boleh diperoleh dari dalam luar institusi melalui proses penyelidikan, penanda aras (benchmarking) atau pembelajaran dalam organisasi (organizational learning).

“Selain itu, bakat-bakat tersebut sewajarnya turut berperanan dengan proaktif untuk memaknakan agenda “Memasyarakatkan Teknologi” yang mendasari Pelan Strategik UMP 2016-2020 melalui sumbangan kepakaran dan perkhidmatan mereka yang relevan dengan keperluan umum.

“Maka itulah, pihak pengurusan melihat bahawa penggemblengan bakat-bakat ini secara strategik dan sistematik sebenarnya mampu mengangkat agenda ini sebagai satu tanda mutu yang membuktikan keterampilan UMP sebagai sebuah Universiti Awam (UA) yang komited mentransformasi komuniti,” katanya.

Dalam majlis ini, Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) dinobatkan Fakulti

Info sekitar kampus

UMP iktiraf 166 staf cemerlang

Page 39: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 39

Kejuruteraan Mekanikal (FKM) yang telah menonjol kecemerlangan dari segi pengurusan organisasi, penyelidikan, penerbitan jurnal, rundingan dan dan pengkomersialan.

Buat julung kalinya, UMP memperkenalkan Anugerah Kecemerlangan Industri & Masyarkat (AKIM) yang terdiri daripada tiga kategori iaitu Anugerah Kualiti kerjasama masyarakat (kategori staf akademik) yang dimenangi oleh Profesor Madya Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab yang merupakan Dekan Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK). Beliau merupakan seorang pakar dalam membentuk individu untuk mengetahui keadaan perubahan diri melalui program Biofeedback.

Sehingga kini, hampir 2,500 penerima manfaat yang terdiri daripada guru kaunseling, pelajar yang bermasalah, usahawan kecil, pensyarah, kaunselor dan banduan penjara.

Bagi hadiah Harapan Kualiti Kerjasama Industri pula telah dimenangi oleh Profesor Madya Dr. Saiful Nizam Tajuddin yang merupakan Pengarah Pusat kecemerlangan Penyelidikan Bioaromatik menerusi kejayaan beliau dalam menjalinkan kerjasama bersama industri dalam dan luar negara kursusnya berkaitan penyelikan dan pengkomersialan bagi produk gaharu (agarwood) kasih.

Bagi Anugerah Rakan Industri Terbaik pula dimenangi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Syarikat Jepun Eco 24 Ltd.  

Turut berlangsung pameran Legasi Kepimpinan UMP kendalian Perpustakaan bersempena sambutan 15 tahun penubuhan UMP pada tahun ini.

Info sekitar kampus

Page 40: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

40 CREATE

Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam (UA) Bil. 2/2017 bertempat di UMP Pekan pada 25 Mei 2017 yang lalu.  

Mesyuarat dihadiri seramai 17 Pendaftar UA antaranya seperti dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) , Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan beberapa universiti awam lain lagi. 

Hadir mempengerusikan mesyuarat ialah Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Wan Azman Wan Omar.

Menurut Pendaftar UMP, Abd Hamid Majid, beliau amat teruja menerima kehadiran semua pendaftar UA bersempena Mesyuarat pada kali ini di UMP Pekan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Perpustakaan UMP.

“Seperti biasa sebagai simbolik kehadiran tetamu ke UMP Pekan, kita telah mengadakan aktiviti penanaman pokok-pokok di sekitar kampus UMP Pekan yang ditanam oleh pendaftar-pendaftar yang hadir pada program tersebut sebagai tanda kenang-kenangan,” katanya.

Selain itu katanya, program penanaman pokok ini merupakan usaha bagi mengekalkan kehijauan serta keindahan sekitar kampus.

Pada kali ini, sebanyak 17 batang pokok telah ditanam antaranya ialah pokok Bungor, Tamalan, Blackwood Tree dan Pancut-pancut.

Dalam pada itu,  turut berlangsung acara jamuan makan malam yang diadakan di Ancasa Royale Hotel, Pekan.

Majlis turut meraikan Pendaftar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Haji Abu Bakar Ibrahim yang akan tamat kontrak perkhidmatan beliau pada Julai ini.

Info Sekitar Kampus

UMP tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam

Page 41: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 41

Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi tuan rumah bagi Sambutan Hari Memperingati AIDS Sedunia 2017 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Program turut mendapat sokongan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Majlis AIDS Malaysia dan Pertubuhan Positive Warriors Malaysia dan Perwakilan Kolej Kediaman 2 UMP yang berlangsung dalam suasana meriah pada 20 Mei 2017 yang lalu.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh  Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang, Dato’ Norol Azali Sulaiman bertempat di Dewan Astaka UMP Kampus Gambang. 

Program disertai lebih 500 pelajar UMP termasuk beberapa peserta daripada sekolah sekitar Kuantan yang menyertai pelbagai  aktiviti sepanjang program berlangsung.

  Dalam ucapannya, Dato’ Norol Azali menyeru agar semua pihak berganding bahu dan berpikiran positif menangani masalah penyakit AIDS ini.

”Kerajaan amat prihatin dengan menangani masalah ini. Bukan sekadar menyelesaikan masalah pengidap penyakit AIDS malah turut menangani masalah untuk mengelakkan daripada penyakit AIDS ini dari terus merebak kepada masyarakat tanpa

mengira bangsa.  ”Justeru, janganlah kita mengabaikan

hubungan kasih sayang bersama keluarga sehingga menyebabkan kita menyesal di kemudian hari,” katanya.

  Tambahnya lagi, satu senjata paling ampuh dari segi sosialogi berpunca daripada konflik jiwa dan kasih sayang.

Beliau turut menasihatkan agar masyarakat sentiasa memastikan hubungan kekeluargaan mengikut landasan yang benar.

  Manakala Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim pula, UMP amat berbesar hati kerana dipilih sebagai tuan rumah bagi Sambutan Hari Memperingati AIDS Sedunia pada tahun ini.

 Ujarnya, UMP sentiasa sedia dan proaktif berperanan dalam aspek pembangunan masyarakat dalam pelbagai inisiatif.

“Dengan penglibatan ini dapat menjadikan ianya sebahagian daripada sumbangan konstruktifnya dalam inisiatif advokasi sosial yang mengisi agenda Universiti Komuniti yang sedang digerakkan di UMP. 

“Selaras dengan tema `Perpaduan Ke Arah Sifar HIV’ ini turut memperingatkan kita mengenai keperluan sinergi yang berterusan dalam kalangan pelbagai pihak untuk menangani ancaman HIV dalam masyarakat.

  “Saya dapat merasakan pendekatan kreatif yang digunakan oleh pihak penganjur

ini berjaya menarik minat para mahasiswa dan generasi muda untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang hari ini,” katanya.

  Beliau percaya hasil utama yang dihasratkan daripada aktiviti-aktiviti pengisian tersebut ialah maklumat yang tepat, kesedaran mendalam dan pendidikan kesihatan mengenai HIV dan AIDS dalam kalangan kumpulan sasaran khususbya mahasiswa dan generasi muda untuk mengelakkan diri daripada aktiviti-aktiviti yang merisikokan mereka dariapda jangkitan HIV.

  Bagi pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Humaira Lebai Idris, 16, berpendapat program ini banyak memberi informasi mengenai beberapa perkara yang kadang kala terkeliru tentang AIDS serta perbezaan di antara HIV dan AIDS.

  Pelbagai aktiviti menarik yang diaturkan sepanjang program ini antaranya seperti  program ”Walk 10,000 Step to End HIV, ceramah mengenai HIV: Getting to Zero yang disampaikan oleh Dr. Sharifah Mahani Syed Mahar Affandy dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan persembahan daripada artis terkenal iaitu Najwa Latif.

Turut berlangsung, forum bertajuk `Jangan Cuba-cuba, Teater HIV: I’M P+’ dan berakhir dengan bacaan Yasin dan Tahlil beramai-ramai.

Info Sekitar Kampus

UMP sambut Hari Memperingati AIDS Sedunia

Page 42: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

42 CREATE

Dengan penjenamaan nama Pentadbir bagi kalangan pegawai bergred N41 hingga N54 kepada nama Pengurus bakal melonjakkan pencapaian tahap daya saing, kepimpinan dan inovasi   barisan pengurus dalam merealisasikan hasrat Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi universiti teknologi terunggul.

Penjenamaan ini diumumkan Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid dalam program UMP Manager’s Retreat ‘Take Charge’ anjuran Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar di Resorts World Kijal, Terengganu pada 12 Februari 2017 yang lalu.

Program bertujuan untuk memperkukuh pengurusan kerja berpasukan dan hubungan komunikasi yang baik serta berkesan bagi mewujudkan suasana harmoni dalam organisasi serta meningkatkan pengetahuan dan daya pemikiran analitikal dalam kalangan para pengurus UMP.

Program juga membolehkan semua Pengurus bekerjasama dalam menilai semula prestasi pencapaian Pelan Strategik UMP 2011-

2015 yang telah dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan dan pencapaian Pelan Strategik UMP 2016-2020 dapat direalisasikan dengan efektif dan efisien.

“Pengurus UMP perlu mempunyai pemikiran dan tindakan yang strategik serta global dalam memartabatkan UMP sebagai universiti teknologi bertaraf dunia.

Program ini membolehkan semua peserta mencari kesepakatan dalam merangka strategi bersama bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh universiti,” katanya.

Beliau menegaskan menjadi satu kemestian bagi semua pengurus UMP untuk mengukuh dan memikirkan semula peningkatan pengetahuan  (knowledge), kemahiran  (skills), kebolehsesuaian  (adaptability)  dan daya tahan (resilience) diri supaya menjadi pengurus yang lebih atau sentiasa relevan dengan keperluan dan perkembangan UMP amnya dan keperluan dan perkembangan global khasnya.

Hadir merasmikan program Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim yang mengharapkan semua pengurus

bertindak proaktif serta beralih daripada paradigma lama kepada budaya baharu yang mengutamakan inovasi dan penciptaan serta pemerkasaan intelektual dan profesionalisme dalam mencapai agenda Pelan Strategik UMP.

Program dikendalikan oleh LHI Consulting Sdn. Bhd. dengan aktiviti   Management Games  dan  Explore Race  yang dapat memberikan impak dari segi kerjasama dalam kumpulan, mengeratkan silaturahim dan peluang untuk menyuarakan pendapat masing-masing dalam menambahbaik proses serta sistem pentadbiran di universiti.

Turut berlangsung forum bertajuk ‘Realiti Pentadbir Masa Kini: Pemikiran Global’ yang menggandingkan mantan Pendaftar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Hajah Zahrah Mokhtar dan Pendaftar Universiti Perdana, Norpisah Mat Isa bersama Haji Abdul Shukur Ishak sebagai pengantara.

Forum ini memberi dimensi baharu kepada Pengurus UMP agar mempunyai daya pemikiran dan tindakan yang strategik dalam memartabatkan UMP bertaraf dunia.

Info Sekitar Kampus

Penjenamaan Pentadbir sebagai Pengurus UMP

Page 43: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 43

Pada 12 Mei 2017 yang lalu telah berlangsungnya sidang Kongres Ketua Pentadbir Hal Ehwal Islam di Universiti Awam (UA) dan Institusi PendidikanTinggi Swasta (IPTS) buat kali kedua yang berjaya mengumpulkan seramai 25 orang wakil dari setiap IPT dan wakil agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) seluruh Negeri Pahang dalam memantapkan peranan dan tugas Pentadbir Hal Ehwal Islam seluruh negeri.

Program dipengerusikan oleh Exco Dakwah Islamiah & Tugas-tugas Khas,Pejabat Exco Negeri Pahang, Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad.

  Pengarah Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN), Dr. Mahyuddin Ismail berkata, antara objektif kongres ini  diadakan adalah

bagi menjalinkan kerjasama strategik dan perkongsian bijaksana dalam bentuk fasiliti, tenaga kerja dalam menjalankan dakwah dan pembangunan insan di antara universiti.

  “Pertemuan ini turut membincangkan isu gejala sosial dan kebajikan pelajar secara holistik melalui kerjasama badan kerajaan.

“Antara   isu utama yang telah dikupas termasuklah memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan pelajar IPT terutama dalam aktiviti komuniti seperti dakwah di kampung orang asli, misi bantuan banjir dan seumpamanya,” ujar beliau.

  Menurutnya, penekanan pembudayaan al-Quran di seluruh universiti turut diterapkan bagi meningkatkan jati diri dan sahsiah pelajar untuk melahirkan insan yang Rabbani.

  Bagi Pensyarah Kolej Universiti Widad, Norizan Yusof berkata, dalam dakwah juga perlu menggunakan media teknologi yang unggul bersesuaian dengan peredaran zaman seperti hebahan poster, program dakwah di laman sesawang dan media sosial (Facebook dan Instagram) dan sebagainya bagi menarik minat masyarakat umum mendekati ilmu agama. 

Turut hadir Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Al-Fadhil Ustaz Azmy Murad Mohamed Yatim dan Setiusaha Kehormat NGO Permuafakatan NGO Islam Pahang, Mahadi Deraman.

Kongres diakhiri dengan penyampaian watikah perlantikan Ahli Sekretariat Ketua Pentadbir Hal Ehwal Islam UA/ IPTS Negeri Pahang yang disampaikan Dato’ Syed Ibrahim.

Info Sekitar Kampus

Kongres Ketua Pentadbir Hal Ehwal Islam UA bincang isu gejaka sosial dan pelajarOleh: USTAZAH SITI NAZIRA HAZUDIN 

Page 44: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

44 CREATE

Lebih 2,500 mahasiwa Universiti Malaysia Pahang (UMP) membanjiri Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang pada 18 Februari 2017 yang lalu dalam memeriahkan penganjuran IM4U  Reach Out Convention & Celebrations 2017 (ROCC) yang masuk tahun ke-5 dengan pemilihan universiti ini sebagai destinasi strategik dalam melengkapkan siri jelajah pada kali ini.

  Program yang menggabungkan elemen pendidikan dan hiburan ini bertujuan melibatkan serta memupuk semangat kesukarelawanan dan aktiviti sosial dalam kalangan belia di Malaysia.

  Ketua Pegawai Eksekutif IM4U, Rudy Malik berkata, program ROCC yang dianjurkan sejak 2013 ini berjaya melibatkan lebih 35,000 belia seluruh Malaysia dalam pelbagai siri perbincangan yang berinspirasikan individu terkemuka dari pelbagai latar belakang.

  ”Tahun 2017 ini menandakan satu

pencapaian yang besar bagi ROCC yang mana penganjuran kali ini memberikan kelebihan apabila berjaya mengumpulkan personaliti terkenal Malaysia dan berkongsi pentas memberikan inspirasi dan motivasi kepada pelapis generasi masa depan,” katanya.

  ROCC menampilkan personaliti terkenal tanah air seperti Datuk Jake Abdullah, Azran Osman Rani dan Raja Hip Hop Malaysia, Joe Flizzow atau nama sebenarnya, Johan Ishak dalam berkongsi inspirasi dan kisah pencapaian membina empayar mereka sendiri. Tidak ketinggalan personaliti dengan persembahan khas antaranya Awi Rafael, Altimet dan MASDO.

 Bagi personaliti Azran Osman Rani peluang sebegini merupakan impian beliau. ROCC ini merupakan platform untuk terus memberikan inspirasi serta mendidik para belia zaman ini dalam program yang agak santai namun sarat dengan maklumat.

Info Sekitar Kampus

Konvensyen ROCC IM4U pikat 2,500 mahasiswa UMPOleh: NOR FADZILLAH ZULKIPLI

Page 45: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 45

Program Quran Hour yang berlangsung di Masjid Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang pada 19 Jun 2017 yang lalu mendapat sambutan daripada warga universiti dan masyarakat setempat dalam usaha membudayakan amalan pembacaan al-Quran.

 Program yang dianjurkan serentak di seluruh negara itu disertai oleh 150 orang yang terdiri daripada pelajar dan staf UMP, agensi kerajaan seluruh pahang, pelajar tahfiz dan sekolah-sekolah sekitar Kuantan.

Majlis dimulakan dengan sesi tazakkur dan tadabbur ayat-ayat al-Quran oleh Pengetua Maahad Tahfiz Ribat Bukit Pelindung Kuantan, Ustaz Uwais Qarni dan kemudiannya bacaan al-Quran  pada jam 12.15 tengah hari.

Program turut disertai Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim.

  Bagi Pengarah Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN), Dr. Mahyuddin Ismail, program ini diadakan   bagi menjayakan program satu jam bersama al-Quran, Malaysia #Quran Hour dan juga penutup bagi Festival Ramadan UMP 2017.

 “Sambutan ini sangat luar biasa dan usaha kita untuk mengangkat budaya membaca al-Quran telah berjaya menarik minat banyak pihak. Kempen membaca al-Quran selama satu jam ini adalah satu usaha untuk menggalakkan masyarakat Islam berinteraksi, memahami dan menghayati kitab suci Allah tersebut,” katanya.

  Mengulas lanjut mengenai penganjuran Malaysia #QuranHours, Penolong Pendaftar Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) yang menyertai program, Mohd Nazri Samsudin berkata, membaca al-Quran adalah ibadah yang baik dan mengharapkan program sebegini  dapat diteruskan serta dijadikan amalan.

 Bagi pelajar Sekolah Kebangsaan Gambang Kuantan, Abdul Wafiy Abd Latif, 11 tahun, berkata,ini merupakan kali pertamanya beliau menyertai aktiviti seperti ini dan perasaannya    berdebar bercampur teruja. 

Bersempena Ramadan ini, pihak universiti turut mengadakan program Tadarrus al-Quran, Solat Terawikh berjemaah, Jom Lepak@Masjid, Seminar Kemukjizatan Al-Quran, Program Bubur Lambuk Komuniti  bersama Rapid Kuantan serta   JKKK dan RTC Kuala Pahang.

Info Sekitar Kampus

Warga UMP semarakkan Ramadan dengan penghayatan al-QuranOleh: SITI SARAH MOHAMAD RAJIMI

Page 46: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

46 CREATE

Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan Festival Glimpse of Cultures hasil kolaborasi bersama Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), University Indian Culture Council (UICC), Teater WARIS UMP, Yemeni Students’ Union Malaysia (YSU) dan Sekretariat Mahasiswa Sabah dan Sarawak (SMASS) pada 10 Mei 2017 yang lalu.

Program kebudayaan anjuran Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3 (PEKA 3) itu bertujuan memperkenalkan kebudayaan dan warisan setiap bangsa di Malaysia. 

Menurut pengarah program, Caroline Bryant Hernaez berkata, dengan bertemakan Connecting Through Culture, festival ini berjaya membawa dua elemen penting iaitu kebudayaan dan perpaduan.

“Pesembahan banyak menonjolkan warna-warni kebudayaan yang ada dalam setiap kaum, kesenian dan perpaduan yang

wujud walaupun terdapat perbezaan latar belakang dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia,” katanya.

Selain itu, mahasiswa dapat mencungkil bakat mereka dalam bidang kesenian melalui pertandingan menulis khat dan menulis tulisan tamil.

Kreativiti mereka diuji melalui pertandingan melukis inai dan menghias tanglung.  Carboot Sales  turut diadakan bagi memeriahkan lagi program ini.

Pelbagai gerai Melayu, Cina dan India dibuka bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati variasi makanan yang terdapat di Malaysia.  

Lebih bermakna seramai 15 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Ad-Dhuha hadir memeriahkan lagi malam kebudayaan yang berlangsung di Dewan Astaka UMP Kampus Gambang.

Hadir merasmikan program, Pengarah

Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Abd. Rahman Haji Safie yang turut menyampaikan cenderahati dan sumbangan kepada anak-anak yatim ini.

Pelbagai persembahan kebudayaan khususnya dari kelab-kelab kebudayaan UMP diadakan. Antaranya, persembahan Silat, Wushu, Diabolo, tarian India, persembahan daripada kumpulan band UMP, tarian Zapin dan persembahan Orkestra.

Malam kebudayaan tersebut turut dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian singa yang dijemput khas dari luar. Program turut mendapat tajaan pihak luar termasuklah Uber, Shopback, Youthtoday, Grand Party House dan Cosmic Puzzle Photography.

Turut diadakan pelbagai permainan tradisional yang semakin ditelan zaman seperti Congkak, Batu Seremban, Catur Cina dan Dam bagi memberi pengalaman kepada generasi baharu.

Festival Glimpse of Cultures pamer persembahan kebudayaan

Aktiviti Pelajar

Page 47: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 47

Persembahan  Teater WARIS UMP dan SENANDIKA hasil penganjuran Pusat Sukan dan Kebudayaan (PSK) dan Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian (SKK) mendapat pujian ramai apabila penonton yang hadir berpuashati dengan persembahan yang    mendapat sambutan menggalakkan tatkala menyaksikan empat buah teater dipertontonkan pada 7 Mei 2017 yang lalu.

Antaranya adalah Roda Buat Laila, Le Jeu: La Julia dan Dorm 12 yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang dan teater Bengkok yang menampilkan genre realism dan seram di UMP Kampus Pekan.

Pengarah PSK, Abd. Rahman Haji Safie berkata, hasil minat dan kesungguhan dalam bidang teater ini memberi peluang mahasiswa menonjolkan bakat dalam pementasan teater.

“Walaupun universiti tidak mempunyai program pengajian dalam bidang kesenian ini, ianya bukan halangan untuk mereka terus mengembangkan bakat serta menempa kejayaan dalam bidang seni.

“Pementasan teater ini bukanlah semata-mata hiburan, tetapi ianya menjadi wadah

penyampaian ilmu, menyuntik motivasi dan pengajaran dalam setiap cerita yang dikisahkan. Bukan itu sahaja, mereka turut menaikkan nama UMP sebagai salah sebuah universiti teknologi yang berbakat dalam pementasan teater,” katanya.

Manakala menurut Pegawai Kebudayaan UMP, Noor Afiza Mohd Asmi, sedar atau tidak, setiap teater yang dipentaskan mengajak penonton untuk sama-sama berfikir tentang mesej yang ingin disampaikan.

“Di samping itu, tujuan pementasan ini adalah untuk melahirkan aktivis teater yang bermotivasi tinggi dan berkemahiran dalam meningkatkan  mutu teater tanah air.

“Pementasan ini juga menonjolkan bakat pengarahan teater seperti Afendi Shah Zabri dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dalam teater Le Jeu: La Julia. 

“Beliau pernah mengarah Teater Eksperimental Tepuk Amai-Amai pada pementasan lalu,” katanya.

Selain itu, dari fakulti yang sama, Nur Nazreena Zainuddin    merupakan pengarah Teater Roda Buat Laila bersama pelajar Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP),  Mohd. Saffwan Mod Reip.

Manakala Teater Bengkok mendapat pengarahan Abidah Ismail dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) manakala Teater Dorm 12 menampilkan Mohammad Rizal Mohd Ali dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) dan Mohamad Jazli Mohamad Jamal dari FSKKP sebagai pengarah.

Presiden SKK,  Nur Najat Nadeera Abdul Rahman dari Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) yang juga terlibat dalam pementasan  Le Jeu: La Julia berkata,    pementasan bagi Roda Buat Laila dan Le Jeu: La Julia bermula dengan kisah persahabatan yang akhirnya bertukar kepada percintaan.

“Kisah ini berakhir dengan tragik apabila teraju utama dalam kedua-dua kisah ini terlibat dalam kemalangan,” katanya.

Bagi Teater Bengkok dan Dorm 12 pula mengisahkan tentang kejadian seram yang berlaku disebabkan oleh permainan syaitan yang cuba mengaburi mata manusia.

Kemuncaknya bermula apabila watak tersebut kembali mencari Tuhan yang Maha Esa dalam menyelesaikan segala persoalan yang timbul di atas peristiwa yang telah terjadi.

Aktiviti Pelajar

Pementasan Teater Mahasiswa UMP mendapat pujian

Page 48: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

48 CREATE

Aktiviti Pelajar

Bagi memastikan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) mendapat pengalaman terbaik semasa melanjutkan pelajaran universiti ini, satu program Transformasi Kepimpinan Pelajar Luar Kampus diadakan sebagai menyahut cabaran   mengasah bakat kepimpinan diri pelajar pada 26 Mei yang lalu.

Menurut Dekan Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK), Profesor Madya Dr Nubli Abdul Wahab berkata, suasana kehidupan luar kampus  berbeza berbanding kehidupan dalam kampus. Segala kemudahan asas kebiasannya telah tersedia berbanding mereka yang tinggal di luar.

“Mereka yang tinggal di luar kampus pula adakalanya berdepan dengan tahap kemudahan asas yang berada pada tahap yang sangat minimum. Adakalanya keadaan mengurangkan keselesaan pelajar. Apatah lagi sekiranya tiada kesedaran, sifat

kepimpinan dan kerjasama yang baik dengan rakan serumah untuk mengurus keselesaan kediaman menyebabkan kediaman tidak terurus dan boleh menjejaskan pencapaian akademik pelajar,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Softskills PBMSK, Dr. Rohana Hamzah berkata, pelajar perlu didedahkan dengan ilmu kecerdasan spiritual secara holistik bagi memberi kesedaran tentang kaitan antara kefahaman dan amalan cara hidup beragama seorang manusia yang telah dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin di muka bumi ini.

“Justeru, mereka yang tinggal di luar kampus perlu dilatih untuk memperkasakan kepimpinan diri dan bertindak melakukan perubahan di atas kesedaran diri sendiri.

“Cabaran hidup luar kampus boleh dijadikan platform terbaik untuk mengasah

dan mengukuhkan kecerdasan spiritual sebagai asas untuk membangunkan kekuatan dalaman dan latihan untuk membangunkan kecerdasan sosial mereka.

“Latihan dan bimbingan secara holistik mampu membantu pelajar mempersiapkan diri untuk membina kejayaan apabila menceburi dunia kerjaya kelak,” katanya.  

Dalam program ini pelajar didedahkan dengan jalinan hubungan baik dengan rakan serumah, bagi mengelakkan perselisihan faham selain sama-sama mewujudkan suasana persekitaran rumah yang bersih dan kemas agar menyokong kepada suasana pembelajaran serta menyuntik semangat untuk berjaya.

Program berakhir dengan majlis keraian yang berlangsung di Blok WDKU-K01 UMP Gambang yang turut dihadiri Ketua Jabatan Softskills, Dr. Anita Abdul Rani.

Gilap potensi kepimpinan pelajar luar kampus UMPOleh: NURUL AIN FATEHAH BAHARUDDIN

Page 49: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 49

Kesibukan sesi perkuliahan yang baharu bermula tidak menghalang seramai 100 sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk menabur bakti dalam menjayakan program  `Let’s Get Together’ yang diadakan di Perkampungan Orang Asli Batu 14, Gambang pada 17 Februari 2017 yang lalu.

Program dianjurkan  Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UMP dengan kerjasama pihak 1 Malaysia for Youth (iM4U) serta Jabatan Kebajikan & Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA). Majlis dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin.

Program bermula seawal jam 8.00 pagi itu bermula dengan pelepasan pasukan pelajar berbasikal bermula dari Dataran UMP Gambang menuju ke kampung tersebut. Program diteruskan dengan penyampaian 44 buah basikal kepada anak-anak orang asli di kampung berkenaan.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menghargai komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Let’s Get Together ini teutamanya Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC),   iM4U dan  pihak JAKOA Daerah Kuantan.

Katanya, menerusi program ini bukan sahaja dapat merapatkan warga UMP dengan semua pihak malah ianya sejajar dengan dengan hasrat UMP untuk membawa teknologi kepada masyarakat.

”UMP menyerahkan 44 unit basikal kepada anak- anak di kampung ini agar mereka  lebih bersemangat untuk belajar bersunguh-sungguh dan mencapai kejayaan seperti mahasiswa yang telah menjadi sukarelawan pada hari ini. Sukarelawan ini juga turut mengadakan aktiviti seperti mengecat, membuat mural di surau, pejabat RELA dan Tabika,” katanya.

Turut diadakan program motivasi bersama pelajar sekolah, membangunkan mini perpustakaan  yang menempatkan pelbagai buku seperti buku-buku pelajaran dan buku kanak-kanak serta  menanam pokok buah-buahan di persekitaran Masjid Kampung Batu 14 ini.

Bagi pengarah program Nur Ayuni Hasna Said, 21, beliau amat gembira apabila mendapat kerjasama sukarelawan UMP dan sokongan dari universiti serta pihak iM4U yang amat menggalakkan.

“Menerusi program ini, mereka bukan sekadar turun padang untuk melaksanakan

khidmat komuniti malah dapat berkongsi maklumat serta memupuk semangat kesukarelawanan dalamkalangan pelajar.

“Selain itu, program ini juga dapat mendekatkan mahasiswa kepada kehidupan sebenar masyarakat dan akan membantu dalam menghadapi realiti kehidupan masyarakat sebenar. Ujarnya, basikal yang diserahkan kepada pelajar ini merupakan basikal-basikal mahasiswa yang telah tamat pengajian mereka. Dengan sumbangan ini diharapkan dapat memanfaatkan pelajar yang memerlukan di kampung ini,” katanya.

Manakala Tok Batin Perkampungan Orang Asli Batu 14, Johari Kinmun, 46, turut mengucapkan terima kasih di atas keperihatianan warga UMP  dalam semua aktiviti yang telah dijalankan.

Beliau mengharapkan aktiviti ini akan memberikan kegembiraan kepada semua masyarakat di kampung apatah lagi menyokong usaha UMP untuk sama-sama membantu meningkatkan pencapaian akademik anak–anak mereka.

Hadir sama pegawai JAKOA, Azizah Abdul Majid dan pegawai IM4U merangkap Pengarah Program IM4U, Afiq Akmal Rashid.

Aktiviti Pelajar

100 mahasiswa berkayuh serah sumbangan 44 basikal

Page 50: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

50 CREATE

Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP), Fahmi Muhamad Rasyid Rabuan menang naib johan dalam Pertandingan Chinese Bridge 2017 Peringkat Malaysia yang berlangsung di Institut Kong Zi, Universiti Malaya (UM) pada 13 Mei 2017 yang lalu.

Kemenangan Fahmi   yang merupakan Ketua Palapes Laut UMP dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) ini memberi peluang buatnya terbang ke China atas tajaan Pejabat Kebangsaan Cina Untuk Mengajar Bahasa Cina sebagai Bahasa Asing (Hanban) pada pertandingan dalam Julai nanti.

Menurut   Pengarah Pusat Bahasa Mandarin dan Kebudayaan (MLCC), Yong Ying Mei, Fahmi menyampaikan pengucapan

awam mengenai cita-citanya sebagai seorang Palapes dan menggalas tanggungjawab dengan menyumbang khidmat untuk negara menerusi tajuk “Impian saya” yang telah menarik perhatian juri dan penonton.

“Selain cara penyampaian persembahan Fahmi yang telah menyentuh hati juri dalam sesi soal jawab, beliau juga mempersembahkan yoyo Cina dengan menarik. Fahmi ialah juara dalam pertandingan Pertuturan Bahasa Mandarin peringkat UMP pada Mac lalu sekaligus dicalonkan untuk mewakili UMP dalam pertandingan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, bagi Fahmi, beliau bersyukur kerana ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan, terutamanya

ibu sentiasa memberi dorongan dan motivasi kepadanya dan kemenangan ini dihadiahkan buat ibunya sempena hari ibu yang disambut pada awal bulan Mei lalu.

Fahmi turut berterima kasih kepada jurulatihnya, Yong Ying Mei, yang memberi tunjuk ajar dalam sesi soal jawab dan sesi uji bakat. Turut membantunya seorang jurulatih, Cheng Ching Yee, yang mengajar saya teknik pengucapan awam dalam bahasa Mandarin.

Pertandingan Chinese Bridge ialah satu  siri  pertandingan berbahasa Mandarin bagi pelajar bukan Cina di kolej dan universiti termasuk pengucapan awam, soal jawab dan uji bakat. Pertandingan ini disertai 26 calon dari 11 buah universiti di Malaysia.

Aktiviti Pelajar

Ketua Palapes Laut UMP naib johan Pertandingan Bahasa Mandarin

Page 51: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 51

Seramai 13 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Sekretariat Ikatan Siswa Anak Darul Ta’zim (ISKANDAR) memberi bimbingan dalam penanaman cendawan Volvariella Volvacea dalam meningkatkan pendapatan bersama penduduk Kampung Sepinang, Segamat Johor pada 9 Februari 2017 yang lalu.

Menurut  Penasihat  ISKANDAR,   Abd. Rahman Haji Safie yang juga merupakan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP berkata program ini telah mengetengahkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) melibatkan pelajar UMP, penduduk dan agensi kerajaan yang bergabung idea serta tenaga memberikan ilmu baharu kepada mahasiswa serta memanfaatkan penduduk setempat.

“Projek mendapat sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Yang Berhormat Norshida Ibrahim dan Pegawai Daerah Segamat, Haji Mohd Haffiz  Haji Ahmad  serta Jabatan Pertanian Negeri.

“Penglibatan pelajar UMP dalam menjayakan projek ini amat dibanggakan apatah lagi   mereka ini tidak mempunyai latar belakang dalam bidang pertanian. Walaupun kebanyakan mereka mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan dan teknologi, namun mereka mampu untuk belajar menguruskan projek ini sehingga berjaya,” katanya.

Selain itu, pelajar juga kompeten dan mampu menjadi  perunding untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah di seluruh negeri Johor untuk menjalankan projek tanaman seperti ini. Malah mereka juga berhasrat untuk mengembangkan tanaman ini di negeri Pahang yang boleh dijadikan landasan untuk pelajar berbakti di mana-mana sahaja.

Menurut  Pengarah Program, Muhammad Alif Mahiddin,23 yang merupakan pelajar tahun 3 dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA), projek ini dapat membantu meningkatkan pendapatan peserta di samping  memberi ilmu pengetahuan mengenai konsep penanaman dan perniagaan cendawan Volvariella Volvacea.

Katanya, menerusi projek ini juga dapat memberi pulangan pendapatan untuk penduduk kampung terbabit malah usaha pelajar berkenaan telah memberi pendedahan kepada mereka sendiri tentang ilmu pertanian dan perniagaan.

“Cendawan Volvariella Volvacea ini ditanam menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Padang Terap, Kedah  menggunakan tandan sawit kosong (EFB) sebagai medium penanaman.

Selain daripada kos penanamannya yang rendah, pengurusannya yang mudah, membolehkan tanaman ini dijalankan  secara

sambilan di samping mengurus tanaman sedia ada,” ujarnya.

Program Duta Jauhar ini telah dicetuskan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan dikelola oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bertujuan meningkatkan ekonomi masyarakat Johor yang melibatkan pelajar Universiti Awam dan Swasta dari seluruh Malaysia yang melibatkan mahasiswa anak-anak Johor untuk pulang berbakti kepada masyarakat berdasarkan kepakaran masing-masing.

Dalam projek ini mereka diajar menghasilkan tanaman ini, cara-cara menanam dan bagaimana untuk memasarkan tanaman ini di sekitar Segamat kerana tanaman ini agak asing bagi masyarakat setempat dan tempoh jangka hayatnya hanya tahan untuk tempoh sehari sahaja.

Bagi  seorang  peserta  Nor Ashikin Chin Abdullah, 43, merasa bertuah kerana telah terpilih sebagai peserta projek ini yang membantu meningkatkan pendapatan keluarganya.

Tanaman ini memerlukan jualan dengan kadar cepat dan selain dijual di sekitar Segamat dan pada masa ini satu kerjasama sedang diusahakan bagi mengkomersialkan cendawan ini melalui penghasilan produk serunding menggunakan cendawan Volvariella Volvacea yang lebih tahan lama.

Aktiviti Pelajar

ISKANDAR UMP memasyarakatkan teknologi dengan penanaman cendawan

Page 52: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

52 CREATE

Seramai 25 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Kelab InSmartive memanfaatkan cuti semester mereka dengan memberi khidmat bimbingan sukarela bagi menjayakan Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) selama tiga hari mulai 21 Januari 2017 yang lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2, Gua Musang, Kelantan.

  Program IN-TEAM yang disertai seramai 90 pengawas SMK Chiku 2 ini merupakan kali ketiga yang dilaksanakan oleh Kelab InSmartive di sekolah berkenaan sejak diperkenalkan pada tahun 2015.

 Menurut Pengurus Projek, Nur Afiqah Turidi, 23 yang juga mahasiswa Tahun 2 di Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP), pelaksanaan modul memfokuskan kepada pembentukan jati diri peserta yang

berperanan sebagai pemimpin muda yang matang dan berwibawa.

  “Kandungan modul direkabentuk berdasarkan enam aspirasi pelajar menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Kemahiran Kepimpinan, Kemahiran Berfikir, Etika dan Kerohanian, Identiti Nasional, Pengetahuan dan Profisiensi Dwibahasa.

  “Para peserta telah menjalani pelbagai aktiviti interaktif bagi menguji semangat kerja berpasukan, kemahiran membuat keputusan, keupayaan mengendalikan krisis dan bakat pengucapan awam melalui modul-modul yang dirumus khusus seperti Mulanya Di Sini, Our Anthem!, Work It Out!, Multum In Parvo, 5S, Mari Menyiasat dan Cermin Diri,” katanya.

  Bagi Pengetua SMK Chiku 2, Md Basri

Arifin mengharapkan supaya jalinan kerjasama yang terjalin antara pihak sekolah dan UMP melalui inisiatif Kelab InSmartive ini dapat dikembangkan pula kepada program motivasi kecemerlangan akademik untuk para pelajar khususnya dalam kalangan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

  Program menyaksikan Mohammad Nuzul Hakimi Mat Zain, 17 dan Nur Idayu Mohd Lutue, 16 telah diumumkan sebagai Peserta Terbaik IN-TEAM SMK Tengku Indera Petra semasa Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,  Wan Adnan Wan Abdullah.

Turut hadir ialah Pembantu Penyelidik, Pejabat Naib Canselor, Mohd Mukhris Awang yang mewakili Penasihat In-Smartive dan Presiden InSmartive, Asraf Ahmad.

Aktiviti Pelajar

InSmartive bimbing pemimpin pelajarBerita dan foto oleh: Muhamad Firdaus Azman, Nur Afiqah Turidi, Muhammad Aminuddin Rosnizan dan Khairunnita Safitri Tahir.

Page 53: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 53

Aktiviti Pelajar

Seramai lima mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berpeluang mengikuti program mobiliti  From South To North  anjuran  Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 2 (PEKA 2)  dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) di Guanghouz, China pada 31 Mac 2017 yang lalu.  

Program yang berlangsung selama empat hari itu memberi peluang mereka berkunjung melawat Guilin University of Electronic Technology (GUET) dan beberapa tempat tumpuan sekitarnya.

Antara aktiviti yang menjadi tumpuan para peserta program adalah sesi latihan secara praktikal berkenaan  Beidou Satellite  hasil kerjasama pihak Research Center GUET dan menyertai lawatan sekitar kampus.

Lebih menarik, mahasiswa UMP juga berkesempatan mengadakan perlawanan bola tampar persahabatan dengan pelajar GUET dalam usaha mengeratkan hubungan baik.  

Dalam pada itu, peserta juga mengikuti International Conference on Beidou Training and Academic Exchange with ASEAN yang dihadiri   Rektor GUET, Professor Haiou Li, Pengarah Bahagian Teknologi Guilin, Professor Guisheng Liao, Dekan FKEE, Profesor Ir. Dr. Kamarul Hawari Ghazali dan pensyarah GUET, Profesor Yuanfa Ji. 

Menurut Profesor Ir. Dr. Kamarul Hawari, sesi latihan secara praktikal berkenaan Beidou Satellite  ini sedikit sebanyak memberikan maklumat tentang tahap teknologi yang digunakan oleh China dalam kemajuan telekomunikasi mereka. 

“Kunjungan ini memberi peluang mahasiswa UMP untuk menimba pengalaman dan membawa idea baharu untuk meningkatkan taraf teknologi sedia ada di Malaysia,” katanya. Sementara itu, pertemuan bersama Duta Malaysia di Guangzhou, Muzambli Markam berbesar hati menerima kunjungan UMP buat pertama kalinya.

Selain itu, perbincangan bersama Timbalan Presiden Konsul Perdagangan, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia  (MATRADE), Azhar Othman memberi ruang kepada kepada   para peserta yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan di China.  

Bagi peserta, Thor Kait Wei, 24, program ini dapat menjalinkan kerjasama di peringkat antarabangsa melalui kepimpinan dan kebudayaan masyarakat di negara China dan sebagai platform kepada   mahasiswa untuk melihat dan mempelajari sendiri budaya kepimpinan dan disiplin ilmu yang diamalkan di negara ini. 

Tambahnya lagi, program ini juga mendedahkan kepada mahasiswa UMP supaya mempunyai sifat daya saing yang tinggi dan memberi pengalaman dan suasana pembelajaran di luar negara yang mungkin berbeza dengan sistem pembelajaran di Malaysia.

5 mahasiswa timba ilmu di ChinaOleh: JUNAIDI RAHMAN

Page 54: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

54 CREATE CREATE 54

Program Operasi Khidmat Komuniti Malaysia-Cambodia OPKIM 1 anjuran Perwakilan Kolej Kediaman 3 (PEKA 3) membabitkan seramai lapan orang mahasiswi tahun akhir berjaya membekalkan air bersih di perkampungan Islam di Phnom Penh pada 14 Januari 2017 yang lalu.

  Program mendapat kerjasama dengan Persatuan Graduan Islam Kemboja (CACIG) dengan membina dan mewaqafkan sebuah telaga pam moden yang mula dibina sejak sebulan lalu untuk meringankan beban penduduk kampung memperolehi air bersih untuk kegunaan harian.

  Bagi pengarah program OPKIM 1, Nurhafizah Norizam dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP),24 tahun berkata, banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang menabur bakti di sini. 

Mereka dapat    menyaksikan sendiri kepayahan yang dialami penduduk di Phonm Penh yang masih banyak ketiggalan serta

memerlukan sumbangan dari pihak luar.  “Program binaan telaga moden waqaf

ini juga dilaksanakan atas permintaan penduduk Islam di Kemboja sendiri yang menghadapi kesukaran mendapat bekalan air yang bersih kerana tiada bekalan paip air disediakan di sana terutamanya di kawasan-kawasan kampung,” katanya.

  Selain itu, sukarelawan turut mengadakan kelas percuma berkaitan pengenalan bahasa Inggeris kepada anak-anak di Madrasah Al-Falah dalam meningkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa ini.

 Tambahnya, aktiviti lain yang dijalankan termasuklah menziarahi saudara Islam di Kampung Thua, menziarahi saudara Islam di Kampung Svay Chrom, lawatan tapak telaga di Perkampungan Chhnang dan lawatan akademik di tempat-tempat bersejarah di sekitar Phnom Penh.

Sukarelawan turut menyampaikan 

sumbangan seperti pakaian, tudung, makanan ringan dan alat kelengkapan solat kepada penduduk perkampungan Islam di Kemboja.

  Ujra beliau, program ini juga dapat meningkatkan  kemahiran insaniah yang tinggi dan secara tidak langsung memupuk sifat peka kepada maslahat komuniti bukan sahaja di dalam negara mahupun di luar negara.

Manakala bagi Farah Aqilah Mustafa dari fakulti yang sama berkata,  pengenalan ringkas berkaitan buku Arabic For Beginners terbitan Penerbit UMP membantu mendalami modul bahasa Arab mudah dan juga modul bahasa Inggeris untuk digunakan dalam sesi pembelajaran.

Katanya, usaha ini pastinya dapat merealisasikan usaha UMP dalam memasyarakatkan teknologi serta menyumbang bakti dengan memanfaatkan kepada masyarakat luar negara.

Aktiviti Pelajar

8 sukarelawan UMP salur air bersih untuk komuniti Phnom PenhBerita dan foto oleh: NURHAFIZAH NORIZAM

Page 55: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 55CREATE 54

Komuniti Universiti

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan program Jejak Asnaf pada 14 Jun 2017 yang lalu sempena Ramadan dengan menyumbang barang keperluan harian dan wang tunai kepada lapan buah keluarga dan seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) di Kampung Langgar, Pekan Pahang. Program julung kali ini, mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan.

Usaha ini adalah sebabahagian daripada usaha dalam menyokong Inisiatif ‘Universiti Komuniti’ yang diperkenalkan UMP dalam menerapkan nilai kemanusiaan juga merealisasikan agenda kesukarelawanan dalam kalangan warga kerja universiti khususnya BPA.

Menurut Timbalan Pendaftar BPA, Arman A. Rahim, walaupun berdepan dengan kekangan masa, pihaknya berjaya mengumpul sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan barangan keperluan daripada warga UMP dan juga orang awam.

“Usaha ini mampu membantu meringankan beban golongan yang memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya merancang untuk menjadikan program sebegini sebagai program tahunan jabatan di samping membantu menjenamakan universiti agar dikenali selain membudayakan sikap kesukarelawanan dalam kalangan warga kerja.

Bagi penerima bantuan ini, Syed Abd Rahman Syed Mustafa, beliau melahirkan rasa terharu dengan bantuan yang diterima.

Beliau yang mengalami cacat penglihatan disebabkan kemalangan jalan raya kini hilang punca pendapatan dan amat menghargai usaha pihak UMP ini    dalam memberikan sumbangan sebegini kepada golongan yang memerlukan sepertinya.

Program Jejak Asnaf BPA bersama komuniti Kampung LanggarOleh: NURULL SYAMIMI AHMAD ABZAN

Page 56: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

56 CREATE

Sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) melibatkan seramai 10 mahasiswa UMP bersama dua pegawai universiti membantu masyarakat Kampung Cham dan Kampung An Crait Kemboja dalam menjayakan Misi Infaq Kemboja anjuran  Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor    bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sana pada 18 Jun 2017 yang lalu.

Program adalah sebahagian daripada Misi Kemanusiaan UMP Kemboja siri VI ini adalah kesinambungan daripada misi UMP yang dilaksanakan dalam membantu umat Islam Kemboja agar dapat meringankan beban kehidupan dan taraf pendidikan masyarakat di kampung tersebut.

Kunjungan mahasiswa pada kali ini memberi peluang mereka bertemu dengan komuniti dengan bergotong-

royong memasak makanan untuk dinikmati bersama masyarakat di Kampung Cham selain mengadakan program motivasi dan rekacipta dengan anak-anak di Sekolah Islam Dubai.

Pengarah program,  Nur Ayuni Hasna Said berkata, sepanjang perjalanan sejauh sembilan kilometer dari bandarPhnom Penh menyaksikan sendiri kepayahan yang dialami penduduk di yang masih banyak ketinggalan berbanding kemudahan yang terdapat di Malaysia.  Program ini adalah sebagai tanda prihatin warga UMP terhadap kedaifan dan keadaan hidup serba kekurangan umat Islam di Kemboja.

“Ketibaan sukarelawan UMP ini disambut dengan meriah dalam kalangan penduduk kampung. Program motivasi yang berbentuk rekacipta dan inovasi ini telah melibatkan seramai lebih 20 orang pelajar

dalam kalangan pelajar Sekolah Islam Dubai. Aktiviti ini telah disambut baik oleh tenaga pengajar di sekolah berkenaan dan dengan adanya aktiviti ini, secara tidak langsung kreativiti pelajar dapat digilap,” katanya.

  Dalam pada itu, mahasiswa juga mengadakan program bersama komuniti di Kampung An Crait dengan mengecat dan mengindahkan pagar Sekolah Islam Jrai Andrait. Manakala program motivasi dan pendidikan diajar dalam meningkatkan kecekapan dalam mengira sama ada darab mahupun nilai tambah. 

Program yang melibatkan lebih 100 orang anak kampung An Crait ini mendapat sambutan yang hebat dari penduduk kampung di sini. Mereka turut menyampaikan sumbangan keperluan harian yang diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Komuniti Universiti

Sukarelawan UMP curah bakti dalam Misi Infaq Kemboja

Page 57: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 57

Dalam merealisasikan hasrat universiti terhadap Memasyarakatkan Teknologi, baru-baru ini    pada 11 Mei 2017, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) dan Persatuan Wanita UMP (Matahari) menjalankan Program Misi Kemanusiaan We Love We Care dengan membantu masyarakat dan anak-anak yatim serta miskin yang tinggal di Rumah Kebajikan Nurul Dayah Banda Aceh, Indonesia. 

Dalam program siri kedua ini seramai 40 orang sukarelawan menjalankan khidmat komuniti dengan membantu membersihkan persekitaran tempat tinggal, menaiktaraf kolam air bagi keperluan memasak, mengecat dan mewujudkan kemudahan perpustakaan bagi menyuntik semangat pentingnya pendidikan dalam kalangan anak-anak. 

Menurut Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat dan Kualiti), Profesor Dato’ Dr. Ishak Ismail, selain  menghulurkan sumbangan dan keprihatinan warga UMP dan PKPP bagi membantu mereka untuk mendapatkan keperluan asas yang lebih baik, program pada kali ini memfokuskan aktiviti kesedaran meningkatkan pengetahuan tentang penjagaan diri dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan, penjagaan  gigi dan kepentingan pendidikan. 

Katanya, dalam misi pertama    UMP membantu dalam menyalurkan keperluan penapis air bersih dan memasang lampu untuk menambah pencahayaan di rumah kebajikan ini. 

“Pada kali ini kami membangunkan mini perpustakaan dengan menempatkan sudut bacaan yang agak selesa untuk dimanfaatkan anak-anak. Kita juga telah membawa    seramai 40 pelajar mendapat pakaian sekolah baharu sebagai memberi semangat untuk mereka belajar bersungguh-sungguh. 

“Selain program mobiliti yang dijalankan mahasiswa, usaha ini dilihat sebagai suatu inisiatif menyokong agenda kesukarelawanan yang dilaksanakan UMP ke arah menjadikan universiti ini dikenali sebagai Universiti Komuniti yang mana kerja khidmat sosial ini diiktiraf dunia,” katanya. 

Sementara itu, Pengurus Pembangunan Projek Sosial PKPP, Roslan Mohd. Ali berkata, kerjasama bersama UMP ini membolehkan pihaknya berpeluang menyertai program khidmat masyarakat dengan menghulurkan sumbangan dengan bersama-sama bergotong-royong menyediakan jamuan makan,    menambah baik kemudahan dan menjalankan aktiviti bersama anak-anak di sini. 

Hadir sama dalam Rektor Universitas

Teuku Umar (UTU), Profesor Dr. Jasman J. Ma’ruf dan isterinya, ArdawalisaAbdurahman yang juga Ketua DarmawanitaUTU yang banyak menyalurkan maklumattentang rumah kebajikan ini.

Bagi Pengurus Rumah Kebajikan, Abu Khushairi Nordin, 32 berkata, pihaknya bersyukur dengan sumbangan pihak luar dan UMP yang menghulurkan sumbangan dan menggembirakan anak-anak dengan bermacam aktiviti yang menyeronokkan mereka.    Di samping menyampaikan barang keperluan asas dalam meneruskan kelangsungan hidup di penempatan ini khususnya bakal menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi. 

Sementara itu, mahasiswa UMP, Razita Syahirah Mustafar dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) berkata,  pengalamannya tinggal bersama anak-anak yatim di sini sangat mengisafkan dan menyeru mahasiswa untuk bergiat aktif dalam misi kesukarelawanan bagi membantu insan yang memerlukan.

tu juga dengan Muhammad Asraf Badarunzaman dari Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA). Beliau berpeluang menyumbang tenaga dalam menaik taraf kemudahan kolam air untuk dimanfaatkan penghuni rumah ini dalam mendapatkan air bersih.

Komuniti Universiti

UMP dan PKPP bantu anak yatim mangsa Tsunami Aceh tingkat kualiti hidup

Page 58: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

58 CREATE

Seramai 35 orang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) terdiri dari pelbagai fakulti menjayakan program Global Student Outreach(GSO) @ Thailand 2017 anjuran Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman (PEKA) 2 dan Sekretariat Generasi Siswa Sihat (GENESIS) bertempat di Kampung Tammalang, Satun, Thailand selama tujuh hari mulai 18 Januari 2017 yang lalu.

  Program dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dengan kerjasama Pusat Kesihatan UMP dan Persatuan Wanita UMP (MATAHARI) ini memfokuskan 11 sub-program yang turut menerapkan elemen memasyarakatkan teknologi dalam beberapa aktiviti.

 Bertemakan With Love, We Serve, program dirasmikan Sobri Matman yang mewakili Gabenor Wilayah Satun. Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Pengetua Kolej Kediaman 2, Nasrul Salim Pakheri dan Penasihat Program, Mohd Ferdaus Musa.

  Menurut Dato’ Dr. Yuserrie, program kesukarelawanan ini memberi peluang kepada pelajar menjiwai semangat saling bantu-membantu dan berkongsi kepakaran mereka dengan kerja lapangan yang boleh memanfaatkan komuniti setempat.

  “Pelajar mengadakan pemeriksaan kesihatan, menjalankan pemeriksaan pendawaian elektik rumah dan memasang lampu LED yang lebih menjimatkan, bergotong–rorong dalam kenduri sekampung dan program berkhatan.

“Dengan bantuan ini bukan sahaja dapat meringankan beban mereka malahan dengan membaiki kebocoran dan mengecat semula bot nelayan ini bagi memudahkan mereka mencari rezeki,” katanya.

  Beliau juga turut meluangkan masa beramah mesra bersama peserta berkhatan dan masyarakat kampung serta membantu pelajar UMP mengecat bot.

  Sementara itu, Pengarah Program GSO Thailand 2017, Muhammad Alif Mahiddin, 23 dari Fakulti Kejuruteraaan Kimia & Sumber Asli

(FKKSA) berkata, pelajar berpeluang tinggal bersama masyarakat di sini dan berkongsi budaya dengan penduduk di sini.

  Mereka juga turun padang membantu kanak-kanak dalam modul pendidikan dan penjagaan kesihatan termasuk cara membasuh dengan betul, penjagaan rambut, gigi dan kuku. Selain  itu mereka juga turut diajar menggunakan komputer

  Lebih 1,000 orang dalam kalangan masyarakat setempat hadir dalam Forum Perdana yang dihadiri penceramah jemputan, Pencetus Ummah (PU) Muhammad Hafiz Mohd Haneefa  yang banyak berkongsi tentang kisah Nabi Muhammad SAW dan sumbangan baginda kepada Islam sejagat.

 Pada kali ini, UMP turut menyampaikan sumbangan kepada Tadika Nur Al-Naim dan Masjid Kampung Tammalang Hilir Satun berbentuk papan putih, meja belajar, al-Quran, naskhah Surah Yassin, telekung dan sejadah yang dikumpulkan daripada beberapa badan bukan kerajaan antaranya Persatuan Matahari UMP dan beberapa individu Malaysia.

Komuniti Universiti

35 sukarelawan UMP kongsi kepakaran dengan masyarakat TammalangOleh: MUHAMMAD SYARIF WIRA’I ABD RAZAK dan AIDA KHAIRANI ARIFFIN 

Page 59: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 59

Pengurusan Ilmu

Statistical Package for the Social Science (SPSS) Introductory Course anjuran Penerbit Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menarik kehadiran lebih 20 peserta pelajar pascasiswazah daripada sekitar daerah ini.

Kursus yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Rashid Ab Hamid itu berlangsung selama dua hari mulai 18 Mei 2017 yang lalu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan asas perisian  SPSS dalam bidang penyelidikan.

Seorang peserta, Wan Siti Atiqah Wan Omar berkata, banyak perkara baharu yang dapat dipelajari menerusi kursus ini biarpun pernah menghadirinya sebelum itu.

“Menerusi kursus ini saya mempelajari teknik One-Way  ANOVA yang menampilkan penggunaan lebih daripada dua varians. Justeru, ia begitu bermanfaat dalam membantu kajian saya,” katanya yang juga pelajar Pascasiawazah UMP.

Peserta dari Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (KUIPSAS), Nur Yani Che Hussin berkata, kursus ini wajar diadakan lagi berikutan dapat meningkatkan kemahirannya dalam menggunakan perisian SPSS.

“Saya berharap supaya kursus ini akan terus diadakan secara berperingkat. Tenaga pengajar sangat berpengetahuan luas dalam bidang ini dan banyak persoalan saya mengenai SPSS telah terjawab,” katanya.

Pengarah Penerbit UMP, Profesor Madya Dr. Mohd Ghani Awang berkata, pihaknya berterima kasih ke atas sambutan yang diberikan peserta terutamanya daripada KUIPSAS yang telah menghantar seramai 17 peserta pada bengkel ini.

Katanya, Penerbit UMP akan sentiasa menyediakan peluang kursus yang berkaitan dengan penyelidikan pensyarah dan pelajar di sini.

“Matlamat kami adalah untuk memudahkan pelajar dan pensyarah untuk menghadiri kursus yang biasanya dianjurkan oleh organisasi luar. Kami juga akan sentiasa menyokong keperluan akademik seiring dengan matlamat UMP untuk menjadi universiti bertaraf dunia,” katanya.

Penerbit UMP anjur Kursus SPSSOleh: SHALFARINA SHAHRIMAN

Page 60: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

60 CREATE

Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima sumbangan buku  Bahasa Mandarin dari Persatuan Bahasa Mandarin (MLC) universiti ini.

Ketua Pustakawan UMP, Haji Ruslan Che Pee hadir menerima sumbangan sebanyak 1,981 buah buku untuk kegunaan mahasiswa universiti dalam majlis yang berlangsung di  Auditorium Perpustakaan UMP Pekan pada 24 Februari 2017 yang lalu.  

“Pihak perpustakaan amat menghargai kesungguhan mahasiswa sendiri dalam usaha mengumpul buku ini dan pihak kami akan menilai, menjilid dan mengkatalog semula   buku-buku ini untuk dijadikan bahan bacaan,” katanya ketika merasmikan majlis baru-baru ini. 

Tambahnya lagi, program penyerahan buku sebenarnya sangat relevan dengan perpustakaan dan pihaknya sentiasa terbuka jika ada pihak yang ingin menyumbang bahan-bahan bacaan lain. 

Sementara itu, Madam Kang Mei Feng dari Mandarin Language & Culture Centre (MLCC) UMP berkata,  program ini adalah sebagai salah satu usaha menambah ilmu pengetahuan tentang tulisan kaligrafi cina serta pembelajaran bahasa Mandarin. 

Katanya, sumbangan ini adalah hasil daripada pengumpulan mahasiswa UMP yang menyertai Pertandingan Kaligrafi Cina sebagai usaha memberi pendedahan buat mereka mengenali asal usul kaligrafi kepada warga universiti.

 Menurutnya lagi, MLC amat berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat dan menyumbang maklumat kepada mahasiswa di sini. Program hasil kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) ini turut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan khususnya dari mahasiswa UMP termasuk yang bukan berbangsa  Cina. 

Turut hadir Ketua Pustakawan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Hajah Faridza Jaafar, Pustakawan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Maria Hamzah, Pengetua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yoke Hwa Kuala Pahang, Lim Lee Chern dan Ketua Jabatan Mandarin SJKC Kok Min Kuantan, Lim Yu Yan.

 

Pengurusan Ilmu

Persatuan Bahasa Mandarin sumbang buku untuk mahasiswa UMPOleh: SITI SARAH MOHAMAD RAJIMI

Page 61: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 61

Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan ceramah Pusat Sumber Sekolah Digital yang disertai oleh 64 buah sekolah di daerah Pekan yang melibatkan guru pusat sumber sekolah bagi memantapkan peranan pengurusan pusat sumber sekolah yang kebanyakannya masih mengurus koleksi secara tradisional pada 6 April 2017 yang lalu.

Sehingga kini, UMP telahpun berjaya membantu sebanyak 46 buah sekolah sekitar daerah Pekan dalam menjadikan pusat sumber mereka mengaplikasikan teknologi maklumat seiring dengan masa kini.

Hadir dalam program Ketua Pustakawan UMP, Haji Ruslan Che Pee yang berpendapat usaha ini bukan sahaja program khidmat komuniti malah ianya sejajar pelan strategik UMP iaitu memasyarakatkan teknologi.

Ujar beliau lagi, di samping itu, program ini dapat membantu tugas guru dalam pengurusan koleksi pusat sumber serta mengeratkan hubungan sekolah sekitar dengan UMP.        

“Terdapat juga bahan yang tidak diurus rapi apabila berlaku pertukaran guru pusat sumber. Antara faktor kepada masalah pengurusan koleksi pusat sumber sekolah

ialah pusat sumber tidak diuruskan oleh profesion pustakawan, kos untuk membiayai sistem katalog sangat tinggi dan pusat sumber sekolah mempunyai koleksi dan pengguna yang terhad,” katanya.

Justeru katanya, perpustakaan universiti membantu menyediakan satu sistem sebagai penyelesaian masalah ini dengan memperkemalkan Sistem Katalog Induk Daerah Pekan.

Katanya, sistem ini juga dapat membantu guru dan pihak sekolah menguruskan koleksi mereka secara sistematik dan tersusun dengan penyimpanan data koleksi secara digital. 

“Kebanyakan guru pusat sumber sekolah ini ternyata berminat dengan sistem induk katalog ini kerana dapat membantu meringankan kerja mereka, malah menjimatkan masa dan wang.

Pada masa akan datang, sistem katalog induk pusat sumber sekolah ini akan dinaik taraf menjadi katalog induk pusat sumber sekolah-sekolah di negeri Pahang. 

Ceramah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Dzull Zabarrod Ahmad bertajuk Sistem Berpusat Katalog Pusat

Sumber Sekolah di samping memperkenalkan satu sistem yang dapat membantu guru menyelesaikan masalah sistem koleksi yang sering dihadapi oleh pusat sumber sekolah.

Selain itu, Pustakawan, Muhammed Fawwaz Abdul Rasid turut berkongsi berkenaan koleksi digital dan alat pencarian maklumat Perpustakaan UMP yang memberi pendedahan kepada alat-alat pencarian maklumat dalam bentuk digital dan elektronik.

Dalam pada masa yang sama ceramah turut disampaikan Pustakawan UMP, Iswan Akim Ismail yang menerangkan mengenai perkhidmatan dan kemudahan  perpustakaan UMP yang ditawarkan kepada ahli publik yang boleh mereka nikmati sekiranya mendaftar di dalam pakej keahlian komuniti  perpustakaan UMP. 

Program diakhiri dengan aktiviti  “library tour”  dikendalikan oleh Pustakawan, Ahmad Nurudin Abdul Nasir yang menarik perhatian peserta yang mana mereka berpeluang menyaksikan sendir kemudahan dan koleksi perpustakaan, proses kerja unit yang berkaitan serta peserta berpeluang menikmati pemandangan cantik sekitar perpustakaan dan kampus UMP Pekan.

Pengurusan Ilmu

Perpustakaan bantu memantapkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah

Page 62: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

62 CREATE

Sukan dan Rekreasi

Kejohanan Bola Tampar Terbuka UMP-Mizuno 2017 yang melibatkan Kategori Lelaki dan Kategori Wanita mendapat penyertaan menggalakkan apabila sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan yang melibatkan penyertaan pasukan dari bukan sahaja dari negeri Pahang malah termasuklah Terengganu, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur pada 15 Mei yang lalu.  

Aksi cemerlang pasukan RISDA telah berjaya merangkul hadiah kemenangan bagi Kategori Lelaki dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500.00, baucar Mizuno bernilai RM2,000.00, hamper berserta medal kejohanan.

Naib Johan dimenangi oleh BJST VC dari Temerloh dengan membawa pulang wang tunai RM 1000.00, baucar Mizuno bernilai RM1,000.00, hamper berserta medal manakala di tempat ketiga dimenangi oleh pasukan AFVC dari Kuantan dengan membawa pulang wang tunai    RM 700.00, baucar kejohanan bernilai RM500.00, hamper berserta medal.

Pasukan FRT dari Kuantan menduduki tempat keempat turut menerima wang

tunai RM 500.00, baucar kejohanan bernilai RM500.00, hamper berserta medal kejohanan.

 Bagi kategori Wanita pula, 1 MATRA VT dari Melaka dinobatkan sebagai johan sekaligus memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 1000.00, Airflex Tape, hamper berserta medal kejohanan mengalahkan SAVC dari Kuala Lumpur sebagai naib juara di samping memenangi wang tunai berjumlah RM 700.00, Airflex Tape, hamper dan medal kejohanan.

Pasukan Coral C dari Pekan pula berada di tempat ketiga memenangi wang tunai RM 500.00, Airflex Tape, hamper berserta medal manakala ELVC dari Kuala Lumpur di kedudukan keempat menerima wang tunai RM 300.00, Airflex Tape, hamper berserta medal kejohanan. 

  Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Abd. Rahman Haji. Safie berkata, kejohanan ini dianjurkan buat julung kali oleh Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP dengan memperkenalkan UMP sebagai pusat pembangunan sukan universiti sekaligus, mempromosi sukan bola tampar di peringkat Pantai Timur dan kebangsaan dan

mempromosikan kemudahan sukan yang di UMP Gambang.

  “Penganjuran ini merupakan platform kepada atlet UMP untuk mengasah bakat sekaligus meningkatkan prestasi semasa serta dapat mengeratkan hubungan baik dengan komuniti menerusi acara sukan yang dipertandingkan,” katanya yang menyampaikan hadiah kepada pemenang. 

Beliau berharap kejohanan seperti ini dapat diadakan pada setiap tahun dan kemudahan gelanggang bola tampar ini dapat dimanafaatkan sebaik yang mungkin bagi meningkatkan lagi prestasi sukan bola tampar ke tahap yang lebih cemerlang.

 Turut hadir Pegawai Pemasaran World of Sports (M) Sdn. Bhd., Mizuno Malaysia, Md. Shahrizal Ismail, Eksekutif Pemasaran Medi Lifesports (M) Sdn. Bhd, Hazri Ziswandi Zakaria dan  Chanel Executive Perfect Checkmate Sdn. Bhd. RedOne, Azizul Zainal Abidin.

Kejohanan mendapat tajaan penaja Utama, Medi Lifesports (M) Sdn. Bhd. dan Perfect CheckMate Sdn. Bhd., Pengedar Rasmi Produk RedOne.

32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar Terbuka UMP-Mizuno 2017

Page 63: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 63

Sukan dan Rekreasi

Pasukan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) atau lebih sinonim dengan nama FKM-Mecha Rhino menggungguli Kejohanan Liga Sukan Dalaman UMP 2017 apabila muncul juara 2 daripada 3 acara yang dipertandingkan iaitu Liga Super UMP bagi acara bola sepak dan UMP Super Five bagi futsal pada 13 Mei 2017 yang lalu.

Selain muncul juara pada tahun ini, FKM-Mecha Rhino juga berjaya mengekalkan kejuaraan buat tahun keempat berturut-turut selain pemain mereka iaitu Muhamad Amirul Che Azis muncul sebagai Pemain Terbaik Futsal Super Five UMP 2017.

Tempat kedua dimenangi oleh FKEE-Dino Thunder dan FKKSA-Polar Power di tempat ketiga. FKM-Mecha Rhino sekali lagi mengetepikan cabaran terdekat mereka FKEE-Dino Thunder dalam Liga Super UMP dengan kelebihan 7 gol sekaligus mengekalkan kejuaraan Liga Super UMP buat tahun ketiga berturut-turut.

Ketua pasukan bola sepak FKM-Mecha Rhino, Aminudin Pi Remli pula muncul sebagai Pemain Terbaik kejohanan selain Muhammad Arief Fahmi    Zainuddin dari FKP-The Gryphon muncul sebagai

Penjaring Terbanyak Liga Super dengan 12 gol dari 7 perlawanan yang disertainya sekaligus membantu pasukan FKP-The Gryphon untuk berada di tempat ketiga Liga Super UMP 2017.

Bagi acara bola jaring atau dikenali dengan UMP Netbusters, pasukan dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian atau FSKKP-Arctic Fox muncul juara apabila mengetepikan cabaran FKKSA-Polar Power ditempat kedua dan FKASA-Civer Dragon ditempat ketiga. Zarifah Binti Mohd Haris dari FSKKP-Arctic Fox pula muncul sebagai Pemain Terbaik bagi Liga Bola Jaring UMP Netbusters musim ini.

Menurut Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan, Abd. Rahman Haji Safie, liga yang sudah memasuki tahun keempat penganjurannya ini menjadi medan utama pemilihan atlet bagi mewakili UMP.

“Kejayaan penganjurannya sudah menampakkan impak yang besar apabila pasukan UMP muncul pencabar utama kejohanan di peringkat MASUM dan Liga IPT bagi sukan sukan tersebut,” katanya yang mengharapkan perkembangan pencapaian sukan di universiti ini.

Beliau mengaharapkan pasukan UMP dapat terus maju dalam mencapai kecemerlangan dalam aktiviti sukan akan datang.

Oleh: MOHD. FARID MD. ALI

FKM-MECHA Rhino kekal kejuaraan

Page 64: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

64 CREATE

Sukan dan Rekreasi

Kejayaan menawan Gunung Kinabalu pada tahun 2012 memberi inspirasi buat  22 pendaki Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terdiri daripada 13 orang pelajar, empat staf dan lima alumni UMP untuk menawan kembali Gunung Kinabalu dalam menjayakan Misi Pendakian Gunung Kinabalu 2017 pada 16 Januari 2017 yang lalu.

Ketua Pendaki, Dr. Wan Mohd Hafizzuddin Wan Yusuf yang juga merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) melahirkan rasa syukur kerana semua pendaki berjaya sampai ke puncak dan beliau sangat menghargai semangat berpasukan dan setia kawan yang ditunjukkan oleh setiap pendaki.

“Pendakian bermula dari Timpohon Gate melalui Laban Rata dan selamat tiba di Low’s Peak pada jam 5.00 pagi.

“Pelbagai cabaran yang   kami tempuh

sepanjang pendakian antaranya cuaca yang panas dan angin yang kuat.  Malahan ada di antara pendaki mengalami kecederaan dan Acute Mountain Sickness (AMS). 

“Walaupun begitu, semua halangan ini tidak melunturkan semangat mereka untuk sampai ke puncak dengan selamatnya,” katanya.

Bagi   pendaki, Muhammad Faizzudin Mohd Amin, 25 dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE), beliau melahirkan perasaan berbangga dengan kegigihan dan semangat setiakawan setiap pendaki baik pelajar mahupun staf semasa berdepan dengan rintangan sewaktu mendaki Gunung Kinabalu.

Manakala bagi pendaki, Mohd Nujaimi Abu Bakar yang merupakan bekas pelajar FKKSA yang kini bertugas di Technip Geoproduction Malaysia Sdn. Bhd. berpendapat pengalaman

yang diperolehi banyak mengajar dirinya serta peserta lain bergerak dan bekerjasama dalam satu unit untuk sama-sama berjaya ke puncak.

  Sementara itu,   Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim melahirkan rasa bangga dengan semangat dalam kalangan warga UMP dan alumni dalam merealisasikan misi pendakian kali ini terutamanya dalam mengibarkan bendera UMP di Puncak Gunung Kinabalu yang merupakan Gunung Tertinggi di Asia Tenggara.

Turut sama menjayakan misi adalah komitmen pihak lain terutamanya penyumbang yang terdiri daripada MKG Teguh Enterprise, Alumni UMP, Tobbit System, Suria, Taat Abadi, UMP Holding Sdn Bhd, Kedua Sdn Bhd (PERODUA), Sukan Maju Sdn. Bhd. dan tajaan daripada orang perseorangan.

UMP tawan puncak Gunung KinabaluOleh: Juhaida Basri

Page 65: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 65

Sumber Manusia

PELANTIKAN BAHARU/PENYAMBUNGAN JAWATAN GILIRAN

Profesor Dr. Jamil bin IsmailPenolong Naib Canselor(Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat) 1 Januari 2017 hingga 28 Mei 2018

Profesor Madya Dr. Mohd Hasbi bin Ab RahimDekan Fakulti Sains & Teknologi Industri15 Februari 2017 hingga 14 Februari 2019

Yong Ying MeiPengarahMandarin Language & Culture Centre1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017

Dr. Muhamad bin Mat NoorPengarahGerman Academic & Career Centre1 Februari 2017 hingga 31 Januari 2018

Nazarudin Bin BujangPengarahPusat Keusahawanan15 Februari 2017 hingga 14 Februari 2018

Profesor Madya Dr. Abdul Adam bin AbdullahPengarahPusat Kejuruteraan Automotif1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017

Profesor Dr. Hayder A. Abdul Bari PengarahPusat Kecemerlangan Penyelidikan Aliran Bendaliran Termaju1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017

Dr. Mohamed Ariff Bin AmeedeenPengarahPusat Kecemerlangan IBM1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017

Profesor Madya Dr. Saiful Nizam bin TajuddinPengarahPusat Kecemerlangan Penyelidikan Bio Aromatik 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017

Page 66: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

66 CREATE

Terbitan Terkini

MANDARIN FOR ALL: BOOK 1

Penulis : Yong Ying Mei & Cheng Ching YeeISBN : 978-967-2054-20-7Harga : RM 45.00Muka Surat : 118Bahasa : Inggeris

Sinopsis:

Modul ini diterbitkan khusus kepada pelajar yang mengambil subjek Bahasa Mandarin untuk tujuan komunikasi. Modul ini juga disunting khas kepada pelajar siswazah. Reka bentuk dan silibusnya adalah berdasarkan format Ujian Kefasihan Bahasa Mandarin iaitu Hanyu Shuiping Kaoshi (HSK) tahap 1, China. Modul ini mengandungi 10 bab dan setiapnya mempunyai dua perbualan ringkas, perbendahraan kata, kemahiran bertutur, nota dan latihan komprehensif. Buku ini turut mengandungi QR Code bagi memudahkan pelajar mendengar sebutan Mandarin dengan lebih jelas.

MANDARIN FOR ALL: BOOK 2

Penulis : Yong Ying Mei dan Cheng Ching YeeISBN : 978-967-2054-21-4Harga : RM45.00Muka Surat : 186Bahasa : Inggeris

Sinopsis:

Sinopsis: Buku ini adalah lanjutan kepada Mandarin For All: Book 1. Mengandungi 10 bab pembelajaran. Pada setiap bab, pelajar boleh menguasai perbualan ringkas, perkataan baharu, kemahiran bertutur, dan latihan yang komprehensif.

Page 67: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 67

DAPATKAN SEGERAPenerbit UMPJabatan Penyelidikan & InovasiUniversiti Malaysia PahangLebuh Raya Tun Razak26300 KuantanPahang Darul MakmurTel. : +609-549 3320/ 3318/ 2625Faks : +609-549 3381e-Mel : [email protected] Web: http://publisher.ump.edu.my

ENGLISH FOR TECHNICAL COMMUNICATION 2.0 (UHL 2422)

Penulis : Chiam Ke Swan, Muhammad Musab Azmat Ali, Nor Ashikin Abdul Aziz, Normala Samsudin dan Ruhil Amal Azmuddin

ISBN : 978-967-0691-88-6Harga : RM27.00Muka Surat : 111Bahasa : Inggeris

Sinopsis:

Modul ini meliputi komunikasi perhubungan teknikal kepada ahli akademik dan profesional. Topik-topik di dalamnya dibahagi kepada empat unit major iaitu Technical Description, Presentation Skill, Process Explanation dan Feasibility and Recommendation report. Secara umumnya, pembaca dapat meningkatkan latihan kemahiran kerja berpasukandengan pelbagai aktiviti yang terkandung di dalam modul ini. Ia amat sesuai digunakan oleh pelajar siswazah di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

MATHEMATICAL FORMULAE

Penulis : Norazaliza Mohd Jamil, Nor Alisa Mohd Damanhuri, Yuhani Yusof, Nor Aida Zuraimi Mohd Noar, Norhafizah Md Sarif

ISBN : 978-967-2054-16-0Muka Surat : 73Bahasa : Inggeris

Sinopsis:

Buku ini membantu pelajar, saintis, jurutera dan penyelidik untuk rujukan formula matematik dalam penyelidikan dan pekerjaan. Buku ini mengandungi formula matematik seperti algebra, trigonometry, limit, differentiation and integration, vector calculus, coordinate geometry, differential equations, numerical methods, discrete mathematics dan financial mathematics. Teori, formula dan hukum dinyatakan dengan jelas di dalam buku ini.

Page 68: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

68 CREATE

Setiap bangunan awam atau premis kerajaan perlu diurus dengan cekap dan berkesan supaya ianya mampu memberi perkhidmatan memuaskan kepada pengguna dalam mencapai matlamat operasi sesebuah organisasi. Presmis ini sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat bagi orang ramai yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan seharian. Premis awam boleh dikenali iaitu hospital-hospital, klinik-klinik kesihatan dan pejabat-pejabat kerajaan. Bangunan merupakan aset organisasi yang amat bernilai, walau bagaimanapun ia dilihat sebagai aset kurang dititik beratkan dan seringkali tidak diurus dengan sempurna. Fungsi bangunan adalah bagi menjalankan aktiviti seharian dan aktiviti penyenggaraan bangunan diperlukan sebaik sahaja bangunan disiapkan.

Matlamat utama penyelenggaraan bangunan adalah untuk mengurangkan seberapa mungkin kegagalan dan kecacatan terhadap elemen dan peralatan bangunan secara efektif dan sistematik. Secara tidak langsung, segala aspek keselamatan dan keselesaan akan lebih terjamin bukan sahaja kepada pengguna malah kepada pemilik dan warga kerja sesebuah organisasi.

Sebarang kegagalan dan ketidaksempurnaan pengurusan bangunan boleh memberi kesan tidak baik kepada setiap komuniti yang telah berada di dalam persekitaran bangunan. Penghuni bergiat aktif didalam bangunan tidak kira waktu menjadikan tahap prestasi bangunan akan menurun hari demi hari. Tragedi yang menimpa beberapa bangunan awam haruslah dijadikan iktibar dan pengajaran dimasa hadapan. Setiap bangunan haruslah diperiksa tahap prestasi bermula dengan fungsi, keselamatan dan kesihatan.

Pengurusan penyenggaraan perlu dijalankan dengan cekap dan berkesan bukan sahaja untuk memelihara aset Kerajaan dan Keselamatan warga bangunan tetapi juga untuk mengelakkan daripada berlakunya insiden yang tidak diingini.

Beberapa langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan pada sesebuah organisasi seperti mewujudkan jawatan pengurus fasiliti bagi menjalankan pengurusan fasiliti.; mewujudkan satu garis panduan penyelenggaraan bangunan dalam sesebuah organisasi; Mewujudkan kesedaran pada penghuni bangunan dan pengguna tentang keselamatan semasa berada didalam bangunan; mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat; memeriksa peralatan pencegah kebakaran dan diselenggarakan berkala.

Tindakan semasa mereka bentuk bangunan.Bangunan yang baharu haruslah direka bentuk berdasarkan

kegiatan dan risiko beroperasi rekabentuk bangunan dan susunatur perlu mengetengahkan reka bentuk berdasarkan keselamatan dan kesihatan penghuni.

Melakukan tinjauan dan pemeriksaan fizikal terhadap bangunan.Mengenal pasti bangunan-bangunan awam yang berisiko dan

terdedah kepada bahaya dan bencana yang melibatkan aktiviti dalaman dan persekitaran yang kurang sihat.

Memastikan bangunan sihat dan bebas dari sindrom bangunan sakit

Setiap bangunan perlu mempunyai tahap pengudaraan dalaman tidak mencemarkan dan mempunyai pencahayaan dalaman yang mencukupi. Bangunan harus mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dan mempunyai sijil keselamatan bagi menjalankan sebarang aktiviti berkaitan penubuhan bangunan.

Bina jaringan kepakaran penyelenggaraan bangunan. Kepakaran ahli-ahli akademik boleh membantu mengetengahkan

teknik-teknik penyelenggaraan bangunan yang baharu. Bekerja sama dengan jabatan penyelamat bencana dan majlis berkuasa tempatan bagi memperkasakan dokumen-dokumen binaan bangunan dan kemudahan bangunan terkini. Memperkasakan dokumen-dokumen dan garis panduan menyelenggarakan bangunan-bangunan yang aktif beroperasi berisiko tinggi.

Penubuhan pasukan khas penyelenggaraan dan bencana.Penubuhan pasukan khas bagi setiap bangunan awam terutama

aspek penyelenggaraan fasiliti Pasukan khas yang diwujudkan ini akan berkongsi maklumat yang diperoleh daripada mana-mana insiden pencemaran dari sudut teknikal, siasatan dan hasil laporan kejadian dan bencana. Aspek keselamatan dan bencana alam serta kebakaran perlu terapkan bagi penubuhan pasukan ini. Penghuni bangunan perlu didedahkan dengan latihan menghadapi kebakaran atau fire drill.

Mematuhi perundangan, akta, peraturan dan arahan-arahan

berkaitan bangunan.Semua kerja-kerja penyenggaraan bangunan dan perkhidmatan

kejuruteraan didalamnya adalah tertakluk kepada pematuhan akta, peraturan-peraturan dan arahan- arahan yang berkuat kuasa seperti mematuhi garis panduan rekabentuk berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Uniform Building By-Laws 1984.) ; Occupational Safety and Health Act 514:1994.; Akta 447: Akta Bekalan Elektrik 1990; Peraturan-peraturan Elektik 1994; Piawaian Malaysia (Malaysian Standards) yang berkaitan; perundangan dari Pihak Berkuasa Tempatan. Bangunan baharu dan sedang beroperasi perlu mendapatkan sijil keselamatan kebakaran bagi mengiktirafkan tahap keselamatan bangunan berpenghuni.

Mengadakan audit bangunan dan audit keselamatan.Bangunan awam yang telah berusia perlu menjalani audit bangunan.

Ini bertujuan untuk melihat aspek kelemahan dari segi keselamatan dan kesihatan bangunan. Audit keselamatan boleh membantu untuk mengenalpasti dan memperkukuhkan pengurusan penyelenggaraan dengan menaik taraf bagi meingkatkan tahap keselamatan di bangunan awam.

Perlu mewujudkan satu system pengurusan keselamatan bagi setiap bangunan berpenghuni dan berisiko tinggi. Setiap bangunan perlu menjalani operasi penyelenggaraan berkala. Segala pengurusan

Artikel/Rencana Pilihan

Transformasi pengurusan penyelenggaraan bangunan awam dan premis kerajaan

Oleh:MOHAMMAD AFFENDY OMARDINPenulis ialah pensyarah kanan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Malaysia Pahang (UMP).

68 CREATE

Page 69: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

CREATE 69

perlu merujuk kepada perundangan melibatkan aspek keselamatan dan kesihatan bangunan. Pemeriksaan bangunan perlu diperiksa oleh pemeriksa bangunan bertauliah. Mentauliahkan bangunan dengan tahap keselamatan tinggi.

Mewujudkan dokumen pasca binaan. Mewujudkan dokumen pasca bina atau lukisan pasca bina atau as

built drawing . Lukisan itu adalah gambar realisasi suatu binaan yg telah dilaksanakan. Dokumen ini perlu menyatakan spesifikasi bangunan dan bahan binaan yang digunakan bagi pembinaan dan pengubahsuaian yang telah dilakukan. Maklumat kontraktor pengubahsuaian perlu dinyatakan bagi memudahkan kerja-kerja pengubahsuaian dimasa hadapan.

Membudayakan kesedaran penyelenggaraan.Memewujudkan persekitaran sihat bagi meningkatkan tahap

keselamatan bagi penghuni dan warga kerja disesebuah bangunan.Bangunan harus mempunyai tindakan keselamatan dan penyelamat sekiranya berlaku musibah seperti kebakaran, ancaman banjir , pencemaran dan ancaman-ancaman luar. Mengadakan dan dimasukkan kaedah menyelamat penghuni didalam pelan tindakan kebakaran. Mengurangkan risiko aktiviti penghuni yang memungkinkan berlakunya ancaman seperti kebakaran, kemalangan dan kecederaan, ancaman banjir dan pencemaran bahan kimia. Disamping itu, taklimat kesedaran keselamatan dan kesihatan kepada setiap penghuni dan pengguna bangunan perlu dilakukan sentiasa.

Mewujudkan kepakaran bidang penyelenggaraan bangunan dan pengiktirafan kerjaya penyelenggaraan bangunan.

Mewujudkan bidang penyelenggaraan bangunan secara menyeluruh. Di peringkat pengajian tinggi, bidang pengajian ini perlu diperkasakan. Modul penyelenggaraan bangunan perlu diperkenalkan penyelenggaraan bangunan, bencana dan kebakaran. Modul penyelenggaraan bangunan perlu diperkasakan diperingkat pengajian tinggi bagi semua proram kejuruteraan dan teknologi bangunan dan pembinaan. Memperkenalkan modul penyelenggaraan bangunan di universiti awam dan swasta , institusi pengajian tinggi serta diperingkat sekolah menengah. Ini bagi melahirkan kesedaran budaya pemuliharaan bangunan dan penyelenggaan bangunan diperingkat awal.

Pengiktirafan diperingkat individu dan organisasi perlu diberikan bagi mewujudkan perjawatan professional. Kerjaya ini tidak boleh lagi dianggap sebagai tugas diluar waktu pejabat dan kerjaya sampingan.

Khidmat penyelenggaraan yang bertauliah dan berkelayakan. Menggunakan khidmat pegawai operasi penyelenggaraan yang

bertauliah dan khidmat kontraktor yang bertauliah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan.

Menyemak semula kos operasi penyelenggaraan bangunan. Perlu melihat semula kos penyelenggaaan yang relevan. Ini

termasuk kos menyelenggarakan kemudahan termasuk lif, pendawaian elektrik, escalator, system bekalan air didalam bangunan, kos penyelenggaraan alatan pencegah kebakaran seperti tabung pemadam kebakaran, pancur basah, pancur kering, pancuran semburan air dan

pengesan asap.

Menyusun atur laluan dalaman bagi kegiatan didalam bangunan Perlu dilihat dengan teliti bagi memudahkan pergerakan didalam

bangunan. Susun atur perabot dalaman bangunan boleh menyebabkan pergerakan terbatas dan memungkinkan permasalahan berlaku apabila berlaku bencana terutama kebakaran. Selain itu kesukaran untuk kerja-kerja penyelamat dan larian kecemasan .

Mewajibkan penyelenggaraan bangunan dilakukan secara kerapkali dansebagai perakuan wajib selepas menduduki bangunan.

Pengiktirafan keselamatan dan kesihatan terhadap penghuni bangunan dan kemudahan bangunan perlu diadakan. Tahap prestasi bangunan berdasarkan kaedah merit bagi menunjukkan bangunan selamat untuk diduduki dan beroperasi. Pengubalan semula perakuan kelayakan menduduki dan jangka masa penyelenggaraan perlu dinyatakan setelah premis beroperasi mengikut jangka masa pendek atau panjang. Saranan jangka masa bagi melakukan kerja-kerja penyelenggaraan premis iaitu 3 hingga 5 tahun , 6 hingga 10 tahun , 11 hingga 16 tahun, 20 hingga 30 tahun, 30 hingga 50 tahun. Bagi bangunan yang berusia 50 tahun keatas perlu melalui proses pembaharuan (refurbishment) dan konservasi atau pemuliharaan (conservation).

Aspek keselamatan perlu tekankan terutama aspek reka bentuk bangunan, kemudahan bangunan yang digunakan dalam bangunan awam serta mendapat persijilan dari aspek fungsi, kebakaran dan keselamatan.

Penyenggaraan hendaklah dilihat sebagai satu aspek yang perlu di beri keutamaan. Aktiviti penyenggaraan bangunan bukan lagi dilihat sebagai ‘rosak-baiki’, tetapi perlu dilihat secara menyeluruh. Ini termasuk diperingkat pra-rekabentuk, semasa merekabentuk bangunan, susun atur perabot dalaman, pemilihan bahan binaan dan kemasan dalaman, kos operasi penyelenggaraan Diperingkat awal perancangan, perlaksanaan penyenggaraan akan melibatkan kewangan yang tinggi tetapi jika di ambil kira kos jangka panjang ianya lebih ekonomik dan praktikal. Pengurusan bangunan perlu dilakukan dengan efektif bagi meminimumkan risiko kejadian seperti kebakaran, kemalangan melibatkan orang awam, ancaman banjir, keruntuhan bangunan atau struktur dalaman, terperangkap dalam lif, kemalangan melibatkan kemudahan awam didalam bangunan.

Ketidakcekapan dan kelememahan penyelenggaraan boleh memberikan kesan negatif terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Justeru itu aktiviti penyelenggaran bangunan perlu dilakukan oleh semua pihak dan tidak wajar bangunan dilepaskan kepada bahagian penyelenggaraan semata-mata. Justeru itu, penyelenggaraan perlu dilakukan seawal mungkin sebaik sahaja bangunan diserah kepada pemilik premis. Tidak adil menunding jari kemana-mana pihak apabila telah berlaku musibah. Kita perlu sedar dan mempemperkasakan budaya penyelenggaraan yang mungkin alpa dan kesibukan membangunkan pembinaan struktur dan infrastruktur. Kesedaran dan tindakan penyelenggaraan diperingkat awal merupakan langkah untuk elakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan mengurangkan kos operasi penyelenggaraan serta memudahkan pengurusan penyelenggaraan.

CREATE 69

Page 70: CREATE - ump.edu.my · 32 pasukan sertai Kejohanan Bola Tampar ... digariskan dalam Pelan Strategik UMP bagi tahun 2016. ... Sukan UMP Kampus Gambang

70 CREATE