masalah moral

4
1.1 VANDALISME (merosakkan harta benda) Vandalisme boleh didefinisikan sebagai perbuatan ataupun perlakuan merosakkan, memusnahkan, mengotorkan benda-benda serta peralatan yang bukan kepunyaan sendiri yang seterusnya telah menggugat kesejahteraan hidup orang lain. Sejak kebelakangan ini, isu vandalisme telah menjadi topik yang hangat diperbincangkan. Perbuatan vandalisme ini biasanya dilakukan oleh golongan remaja ataupun generasi muda dalam lingkungan usia 13 tahun hingga 24 tahun. Mereka yang tidak bertimbang rasa ini bertindak merosakkan telefon awam serta tandas awam yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, melukis serta menulis perkara yang bukan-bukan di dinding sesebuah bangunan dan sebagainya. Bagi remaja yang masih bersekolah pula, mereka akan bertindak merosakkan kerusi, meja, papan hitam dan lain-lain yang merupakan kepunyaan sekolah serta barang keperluan seseorang pelajar. Hal ini seterusnya telah merosakkan keindahan sesebuah tempat. Secara tidak langsung, nama serta imej negara kita Malaysia akan terjejas. 1.2 PERAS UGUT ATAU KES BULI Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Sebagai contoh kes adik Muhd Afiq Qusyairi Baharuddin yang dibuli dan dibelasah oleh pelajar senior di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis. Satu lagi kejadian di Gombak, seorang ketua pengawas telah dipukul oleh beberapa orang pelajar sehingga

Upload: kamal-khalip

Post on 06-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

1.1 VANDALISME (merosakkan harta benda)Vandalisme boleh didefinisikan sebagai perbuatan ataupun perlakuan merosakkan, memusnahkan, mengotorkan benda-benda serta peralatan yang bukan kepunyaan sendiri yang seterusnya telah menggugat kesejahteraan hidup orang lain.Sejak kebelakangan ini, isu vandalisme telah menjadi topik yang hangat diperbincangkan. Perbuatan vandalisme ini biasanya dilakukan oleh golongan remaja ataupun generasi muda dalam lingkungan usia 13 tahun hingga 24 tahun. Mereka yang tidak bertimbang rasa ini bertindak merosakkan telefon awam serta tandas awam yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, melukis serta menulis perkara yang bukan-bukan di dinding sesebuah bangunan dan sebagainya. Bagi remaja yang masih bersekolah pula, mereka akan bertindak merosakkan kerusi, meja, papan hitam dan lain-lain yang merupakan kepunyaan sekolah serta barang keperluan seseorang pelajar. Hal ini seterusnya telah merosakkan keindahan sesebuah tempat. Secara tidak langsung, nama serta imej negara kita Malaysia akan terjejas.

1.2 PERAS UGUT ATAU KES BULIKes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Sebagai contoh kes adik Muhd Afiq Qusyairi Baharuddin yang dibuli dan dibelasah oleh pelajar senior di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis. Satu lagi kejadian di Gombak, seorang ketua pengawas telah dipukul oleh beberapa orang pelajar sehingga cedera anggota badan dan menerima beberapa jahitan di kepala. Difahamkan ketua pengawas ini telah mengambil nama pelajar ini yang datang lewat ke sekolah pada pagi kejadian. Kes-kes buli yang wujud ini menunjukkan satu senario bahawa tahap disiplin pelajar negara kita sememangnya berada di tahap kritikal.

1.3 PERGAULAN BEBAS DAN PORNOGRAFI (video lucah)Penyebaran rakaman-rakaman lucah melibatkan pelajar sekolah di internet bukanlah satu perkara yang asing bagi masyarakat kita. Mungkin kita sudah muak dihadapkan dengan isu yang sinonim sahaja, namun bagaimana kita mahu menutup mulut sedangkan mata sentiasa dihadapkan benda yang sama, malah semakin hari semakin menjadi-menjadi. Kalau dulu hanya pekerja kilang dan pelajar IPT sahaja yang terlibat dalam rakaman lucah ini, namun kini segelintir budak-budak sekolah juga sudah semakin advance .berpelukan, bercumbu-cumbuan dan melakukan hubungan seks seperti sudah menjadi satu perkara biasa bagi mereka. Begitu mengecewakan apabila melihat budak-budak sekolah yang umurnya baru setahun jagung, tetapi sudah kemaruk dengan seks.

Ada pula yang langsung tidak tahu malu apabila adegan lucahnya dirakam. Kononnya untuk simpanan peribadi, tetapi akhirnya ia dijadikan sebagai bahan lucah untuk disebarkan melalui internet. Ada rakaman video yang memaparkan seorang pelajar perempuan yang terbaring di tepi longkang berhampiran semak dikelilingi oleh empat orang lelaki meratahnya secara beramai-ramai. Perempuan tersebut bukan dipaksa tetapi merelakan diri malah suka diperlakukan sedemikian. Kesemua mereka ini ketika melakukan adegan-adegan tersebut lengkap berpakaian sekolah.

1.4 MEROKOK DAN PENYALAHGUNAAN DADAHMerokok!. Semua orang tahu akan kesan buruk perbuatan tersebut kerana kini segala informasi tentangnya mudah diperolehi. Malah pada kotak rokok itu sendiri pun turut ditulis amaran bahaya merokok serta gambar-gambar kesan daripada asap rokok tersebut. Bagaimanapun segalanya dipandang sepi. Di mana-mana sahaja, kita boleh melihat budak sekolah termasuklah perempuan berbangga dengan rokok yang tersepit dihujung jari. Malah mereka juga menganggap semua ini cool dan trendy di kalangan mereka. Sekarang bukan lagi hal yang pelik atau pun luar biasa jika kita melihat pelajar perempuan, khususnya pelajar sekolah yang menggengam rokok. Sungguhpun begitu kita hanya mampu mengeluh atau mengeleng-gelengkan kepala serta tetap membuat persepsi buruk terhadap moral perempuan yang merokok itu tanpa melakukan sebarang tindakan untuk mencegahnya.Terdorong dek naluri ingin mencuba benda baru atau sekadar ingin berhibur, remaja terutama pelajar seolah-olah menempah maut apabila berebut-rebut mendapatkan ubat batuk dalam bentuk pil yang mengandungi dos berlebihan sehingga dikategorikan dadah stimulant (ATS). - Keratan Harian Metro, Selasa, 4 September 2007.

Petikan di atas menunjukkan selain daripada gejala merokok, penyalahgunaan dadah juga sudah semakin menular di kalanga pelajar terutamanya remaja dalam lingkungan umur belasan tahun. Mereka sudah semakin menjinakkan diri dengan batu loncatan untuk penagihan syabu seperti ganja yang menyebabkan seseorang itu beralih penagihan kepada heroin dan dadah. Tindakan pelajar terbabit dianggap sengaja menempah maut kerana pil berkenaan boleh mengganggu sistem saraf otak yang merangsang keinginan berkhayal, meskipun orang yang menelannya akan mengalami kesan seperti lebih aktif daripada biasa, otak lebih cergas dan berfikir dengan cepat selain sentiasa berasa gembira. Pil Norspan boleh dikategorikan adik kepada dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) atau syabu, kini dikesan kian popular dalam kalangan pelajar sekolah kerana mudah diperoleh di farmasi, klinik atau kedai sinse dengan hanya bermodalkan 50 sen.

1.5 PONTENG SEKOLAH

Senario ponteng sekolah bukanlah masalah sosial yang baru dalam kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukan pelajar yang terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 37 092 kes pada tahun 1993 dan meningkat kepada 80 937 kes pada tahun 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 17 tahun dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenalpasti terbabit dengan masalah ponteng kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan bakinya adalah pelajar perempuan. Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah masalah serius yang perlu diberi perhatian dengan mengambil pendekatan bersepadu dengan mengesan punca pelajar terbabit dengan gejala itu dan kaedah yang berkesan untuk menanganinya.Oleh itu, marilah kita merenung sejenak memerihalkan faktor-faktor berlakunya isu-isu disiplin pelajar kini dan langkah-langkah yang wajib diambil untuk membendung masalah ini daripada berleluasa.