masalah guru

3
TUGASAN 3 : PENULISAN REFLEKSI Dewasa ini peranan guru diletakkan antara perkara terpenting, bukan setakat sebagai tenaga pengajar malahan juga sebagai pendidik yang akan menerapkan nilai-nilai positif kepada anak bangsa. Oleh yang demikian tugas yang berat ini perlu dipikul dan dilaksanakan dengan penuh amanah demi melahirkan generasi yang lebih berkualiti. Perubahan zaman turut mengheret kemajuan pesat dalam bidang pendidikan negara. Hal ini secara tidak langsung menuntut guru membangunkan diri seiring dengan kemajuan pendidikan ini. Perubahan yang sentiasa berlaku dari semasa ke semasa boleh mengakibatkan stress dikalangan guru. Menurut kamus dewan, stress adalah satu kaedaan dimana seseorang menghadapai tekanan secara berterusan yang boleh menyebabkan seseorang patah jiwa dan tertekan. Dalam bidang sains pula stress didefinisikan sebagai respon fisiologi, mental dan fizikal terhadap stressor. Menurut who, stress adalah berkaitan dengan kesihatan mental. Kesihatan mental ialah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan masyarakat. Secara keseluruhannya stres boleh disimpulkan sebagai ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran, gangguan fungsi hidup, perubahan yang boleh menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup, peristiwa atau keadaan persekitaran yang boleh mendatangkan akibat yang negatif, tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu atau tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal individu. Dipetik daripada Utusan Online hasil penulisan Noor Hamizah Abu Bakar dalam ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan pada artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stress, menyatakan hasil kajian mendapati bahawa

Upload: zuliza-zakaria

Post on 17-Jan-2016

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

assigment

TRANSCRIPT

Page 1: masalah guru

TUGASAN 3 : PENULISAN REFLEKSI

Dewasa ini peranan guru diletakkan antara perkara terpenting, bukan setakat

sebagai tenaga pengajar malahan juga sebagai pendidik yang akan menerapkan nilai-

nilai positif kepada anak bangsa. Oleh yang demikian tugas yang berat ini perlu dipikul

dan dilaksanakan dengan penuh amanah demi melahirkan generasi yang lebih

berkualiti. Perubahan zaman turut mengheret kemajuan pesat dalam bidang pendidikan

negara. Hal ini secara tidak langsung menuntut guru membangunkan diri seiring

dengan kemajuan pendidikan ini. Perubahan yang sentiasa berlaku dari semasa ke

semasa boleh mengakibatkan stress dikalangan guru.

Menurut kamus dewan, stress adalah satu kaedaan dimana seseorang

menghadapai tekanan secara berterusan yang boleh menyebabkan seseorang patah

jiwa dan tertekan. Dalam bidang sains pula stress didefinisikan sebagai respon fisiologi,

mental dan fizikal terhadap stressor. Menurut who, stress adalah berkaitan dengan

kesihatan mental. Kesihatan mental ialah kebolehan mengekalkan hubungan yang

harmoni dengan masyarakat. Secara keseluruhannya stres boleh disimpulkan sebagai

ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran, gangguan fungsi hidup, perubahan

yang boleh menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan

hidup, peristiwa atau keadaan persekitaran yang boleh mendatangkan akibat yang

negatif, tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada

individu atau tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal individu.

Dipetik daripada Utusan Online hasil penulisan Noor Hamizah Abu Bakar dalam

ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan pada artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih

Stress, menyatakan hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat

dalam kerjaya yang paling tertekan terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai

penjara dan jururawat. Kedudukan itu juga berada lebih atas daripada profesion tentera

yang menduduki tempat ke lima.

Page 2: masalah guru

Terdapat banyak faktor berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini boleh

dibahagikan kepada lima iaitu faktor diri, faktor interpersonal, faktor organisasi dan

faktor kekurangan sumber.

Tiada minat menjadi guru dan menjadikan kerjaya guru sebagai peluang terakhir

untuk mendapatkan pekerjaan merupakan salah satu contoh faktor stress yang wujud

dari dalam diri. Faktor ini menjadikan seseorang itu tidak ikhlas semasa memilih

profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan.

Apa yang mereka tahu setiap bulan mereka akan menerima gaji bulanan yang lumayan

disamping cuti persekolahan yang banyak.

Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik

sahaja menjalani kehidupan sebagai seorang guru yang sebenar kerana realiti situasi

yang dihadapi tidak seperti apa yang diramalkan. Hal ini demikian kerana menjadi

seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan

sanggup berkorban.

Mempunyai masalah perhubungan dengan rakan sejawat pula merupakan salah

satu contoh yang menunjukkan faktor stress interpersonal. Ada guru yang merasakan

diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, zaman kini sikap murid

tidak lagi seperti dahulu. Jika dahulu murid mempunyai nilai kesantunan yang tinggi,

namun kini pengaruh barat yang mudah tersiar di media sosial mengakibatkan karenah

murid telah berubah. Oleh yeng demikian tidak sepatutnya guru menyisihkan diri dari

bergaul dengan rakan sejawatan yang lain. Kerana setiap insan guru perlulah

meningkatkan motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam

menyelesaikan sesuatu tugasan dan masalah yang ditetapkan. Di samping

menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan hati yang terbuka serta

cuba mengurangkan kelemahan yang ada pada diri.

Masalah organisasi juga merupakan faktor pendorong berlakunya stress guru.

Ledakan kemajuan sistem pendidikan negara telah mengakibatkan struktur pendidikan

berlumba-lumba untuk ‘dihighlight’ lalu telah memberi beban kepada guru yang

bertindak sebagai kumpulan pelaksana. Bebanan tugas yang melampau, perancangan

program yang tergesa-gesa serta perubahan kurikulum yang mendadak menjadikan

guru keliru untuk melaksanakan tugasan.

Page 3: masalah guru

Disamping itu, pembahagian tugas yang tidak adil seringkali berlaku di sekolah-

sekolah. Guru yang memberikan komitmen tinggi pada setiap tugasan yang diberikan

seringkali terbeban dengan tugasan yang bertimpa-timpa berbanding dengan guru yang

tidak memberikan komitmen yang sentiasa terselamat daripada menerima sebarang

tugasan. Tidak dinafikan perkara ini berlaku atas sebab sekolah ingin menerima

pengiktirafan profesional sebagaimana program yang dirancangkan oleh pihak atasan.

Kekurangan sumber menjadi salah satu lagi faktor pendorong kepada

berlakunya stress dalam kalangan guru. Perubahan sistem pendidikan yang canggih

memerlukan keperluan penggunaan teknologi yang canggih juga bagi memenuhi

kehendak pembelajaran masa kini. Namun demikian kekurangan tenaga pakar dan

peralatan seringkali menjadi kekangan kepada guru untuk melaksanakan segara

program canggih yang dirancang. Sebagai contoh, penggunaan jalur lebar yang

dibekalkan disekolah-sekolah kebiasaannya teramat perlahan untuk dilayari.

Sedangkan segala maklumat kini dibekalkan dan perlu diisi secara online. Maka guru

terpaksa menggunakan jaringan internet sendiri di rumah pada jam 3, 4 pagi kerana

pada waktu itulah jaringan yang dibekalkan boleh dilayari dengan selesa.