far web viewaplikasi teknologi untuk pelajar masalah ... kemahiran menggunakan internet...

28
KURSUS : GGGE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN TUGASAN : ESEI KUMPULAN TAJUK TUGASAN: Aplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah Pembelajaran DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK MOHD YUSOFF BIN DAUD DISEDIAKAN OLEH : MUNIRAH BINTI SOBRI (A 138144) FARAH LIYANA SHOLLEHUDDIN (A 138483) NUR FATIN FAKHRIAH BINTI OTHAMAN (A 137130) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Upload: trinhdang

Post on 30-Jan-2018

238 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

KURSUS :

GGGE 2153

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

TUGASAN :

ESEI KUMPULAN

TAJUK TUGASAN:

Aplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah Pembelajaran

DISEDIAKAN UNTUK :

ENCIK MOHD YUSOFF BIN DAUD

DISEDIAKAN OLEH :

MUNIRAH BINTI SOBRI (A 138144)

FARAH LIYANA SHOLLEHUDDIN (A 138483)

NUR FATIN FAKHRIAH BINTI OTHAMAN (A 137130)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan”

Page 2: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

1.0 Pendahuluan

Teknologi pendidikan atau teknolgi pengajaran merupakan satu proses yang

kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan, dan

organisasi untuk menganalisis masalah- masalah serta bentuk, menilai dan mengurus

penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan dimana proses pembelajaran itu

adalah bermatlamat terkawal. Ini bermakna teknologi pendidikan merujuk kepada proses

pengajaran atau alatan yang dapat menbantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan.

Teknologi boleh menjadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia

juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas termasuk system, kaedah penyusunan dan

teknik. Perkembangan era globalisasi yang semakinpesat dan rancak ini menjadikan dunia

teknologi sangat penting dalam pendidikan. Hal ini dapat menyokong kata-kata yang

disampaikan oleh Hjetland (1995) yang berbunyi “ Tecnology can make our lives easier.

Everyday tasks are simplified”. Begitu juga pandangan yang dilontarkan oleh Wiston

Churcil, beliau menyatakan “empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda”

Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan

pengajaran dan pembelajaran teknologi dalam pendidikan di sekolah perlu di gubah

kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah

mengalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Hal ini bersesuaian dengan dunia sekarang

iaitu dunia tanpa sempadan. Segala maklumat boleh dicapai di hujung jari. Pelajar perlu

menerokai bidang teknologi untuk pembangunan sesebuah Negara.

Tidak ketinggalan, golongan berkeperluan khas juga amat memerlukan ilmu dan

bantuan dalam bidang teknologi dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Banyak

takrifan yang diberi terhadap golongan keperluan khas dalam masalah pembelajaran ini.

Secara umumnya, masalah pembelajaran adalah mereka yang mengalami ketidakupayaan

neurologikal yang memberi kesan terhadap kemampuan untuk memahami, mengingati

atau menyampaikan maklumat.

Page 3: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

2.0 Kebaikkan Teknologi dalam Pendidikan

Kemajuan dalam teknologi komputer dan era baru pendidikan pada hakikatnya

ingin memastikan revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara lebih

mendalam dan juga menyeluruh. Menurut Tengku Azzman (1998), terdapat 3 sebab utama

mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan. Pertamanya ialah, banyak maklumat

yang boleh dicapai daripada komputer tetapi tidak tidak dapat dilakukan oleh manusia itu

sendiri. Keduanya ialah kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta

pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer. Manakala yang ketiga

ialah, maklumat dan pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia

terutama pada diri pelajar itu sendiri.

Majlis Teknologi Pendidikan, United Kigdom mendefinisikan teknologi dalam

pendidikan sebagai suatu pembentukkan, penerapan dan penilaian sistem, teknik dan

bantuan untuk memperbaiki proses pembelajaran (CET, 1979). Pusat Kebangsaan

Pembelajaran Terancang, United Kigdom pula mendefinisikan teknologi dalam

pendidikan sebagai penerapan ilmu saintifik mengenai pembelajaran dan juga syarat

pembelajaran untuk memperbaiki keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan

(Cowen, 1980). Manakala Suruhanjaya Teknologi Penegajaran, USA sebaliknya

mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu cara yang sistematik untuk

merekabentuk, melaksana, dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran

dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran manusia dan

komunikasi dengan menggunakan gabungan sumber manusia dan bukan sumber manusia

untuk membawa kepada pengajaran yang berkesan.

Teknologi pendidikan dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir

kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan

kaitanya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan pelbagai deria pelajar, iaitu

dengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar

dan juga mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan

pelajar. Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar dapat

membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan

Page 4: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

masa yang minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar dengan menggunakan

media bergerak yang mana boleh memperkayakan pengalaman murid yang tidak pernah

mereka lihat atau alami akan dapat disaksikan sendiri seolah-olah mengalaminya.

Teknologi pendidikan merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh

digunakan untuk menggantikan pengajaran . Ia digunakan untuk membantu guru mengajar

sesuatu topic dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan

untuk hiburan dan membuang masa di mana penggunaannya mesti dirancang dalam tiga

peringkat iaitu pada peringkat sebelum kegunaan bagi merancang cara bagaimana

mengaitkannya dengan topik pengajaran. Kegunaannya akan dapat merancang ulasan dan

penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran dan selepas

kegunaanya pula dapat merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan

penilaian.

Kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak dapat disangkal lagi.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar

sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa dengan lebih

baik (Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990; Mahzan Arshad, 2003). Teknologi memberi

kesan yang besar terhadap proses P&P terutama semasa membuat pemilihan bahan

teknologi.

Komputer membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat

bantu mengajar terkini dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang

pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan

oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini

selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat

memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin

memproses maklumat yang perlu diberi arahan oleh penggunanya.

Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus

bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna

membolehkan pengajar-pengajar menyerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih

Page 5: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta

beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkan adalah tepat.

Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan

komunikasi yang kini diaplikasikan dalam system pendidikan Negara. Ini adalah kerana

komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberi maklumat yang dicari atau

diminta oleh orang ramai.

Di samping itu, kesan penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran

yang menyeronokkan. Dengan adanya teknologi dalam pendidikan, guru dapat

mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada

teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dan

dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Penggunaan internet

adalah sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia

pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar

mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisien

tanpa perlu menunggu masa yang lama.

Selain itu, manfaat yang diperoleh kesan daripada penggunaan teknologi dalam

proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang

sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak

semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh

guru. Justeru itu penggunaan teknologi mampu membantu murid-murid dalam memahami

apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaram dan pembelajaran akan lebih

menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan teknologi tersebut.

Page 6: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

3.0 Keburukan teknologi dalam pendidikan

Teknologi dalam pendidikan bermaksud penggunaan alat bagi menyampaikan

maklumat yang dipersembahkan melalui alat-alat seperti televisyen, projektor, komputer

dan sebagainya. Dengan perkataan lain, teknologi dalam pendidikan ialah segala sesuatu

tentang teknologi pendidikan iaitu alat pandang-dengar. Terdapat pelbagai kelebihan jika

pendidik mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di

sekolah. Namun tidak dapat dinafikan bahawa di dalam keasyikan kita menggunakan

teknologi khususnya dalam sistem pendidikan, terdapat juga beberapa kelemahan dan

kekurangan yang tidak dapat dielakkkan. Hal ini disebabkan tidak semua kemajuan yang

telah dicapai tersebut membawa impak positif. Diantara kemajuan yang telah dicapai

tersebut ternyata dapat membawa impak negatif bagi manusia.

Dalam usaha mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran sebenarnya

menghadapi beberapa halangan yang harus difahami oleh guru dan pentadbir. Guru dan

pentadbir haruslah bersedia dari awal menerima perubahan ini dengan fikiran yang

terbuka dan positif serta cuba mengatasi sebarang masalah yang bakal timbul. Di antara

halangan-halangannya ialah mungkin masa, latihan guru, sumber dan teknologi. Untuk

beralih daripada kaedah tradisional kepada teknologi sudah tentu mengambil masa yang

lama. Guru-guru perlu mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat dan

mendapat sokongan dari pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang

mendapat kemahiran dari luar.

Dengan penggunaan teknologi ini juga, kebanyakan guru akan menjadi malas

lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui e-mail mereka boleh

menukar hasil kerja mereka dan penghasilan sesuatu perkara itu sehinggakan ia tidak lagi

menjadi produktif dan efektif. Gaya pengajaran akan menjadi stereotaip sahaja tanpa ada

kelebihan yang dapat disampaikan sepanjang proses pembelajaran. Hal ini akan memberi

kesan negatif kepada perkembangan kanak-kanak dalam pembelajaran. Sebagai contoh,

kanak-kanak tidak akan mendapat pembaharuan dalam pembelajaran mereka. Kadangkala,

keadaan ini akan menjadiakn kanak-kanak malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam

sesi pembelajaran.

Page 7: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

Seterusnya, penggunaan teknologi dalam pendidikan memberi impak kepada

pelajar khususnya pelajar pada tahap sekolah rendah. Pelajar-pelajar tidak dapat

menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara itu tidak

dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria ransangan mereka tidak dapat

dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang sebenar. Misalnya,

bagi kanak-kanak masalah pembelajaran yang mempunyai tahap kognitif yang rendah,

mereka akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalami

sebenar pengalaman itu dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya

manis. Hal ini kerana kanak-kanak lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalui

pengalaman mereka di sekeliling.

Selain itu, penggunaan teknologi seperti ICT memberi impak yang buruk kepada

pelajar-pelajar sekiranya ia tidak dicegah. Penggunaan internet tanpa kawalan oleh guru-

guru di sekolah boleh menyebabkan pelajar dapat mengetahui perkara yang melampaui

batas umur mereka. Sebagai contoh, bahan pronografi yang banyak tersebar di dalam

internet dan juga laman ‘youtube’. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka laman

web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnya

kerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Oleh

sebab itulah pelajar kini dapat mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui.

Mereka akan meniru perkara-perkara negatif itu di sekolah bersama-sama rakan-rakan

yang lain tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah.

Disamping itu, kebanyakkan isi kandungan yang dipaparkan di internet tidak dapat

dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana, seperti yang kita tahu, medium teknologi

komunikasi seperti internet tidak dikawal oleh sesiapa dan semua orang mempunyai hak

untuk menulis dan menyiarkan sebarang maklumat di internet. Maklumat ini boleh

mendatangkan bahaya sekiranya pelajar tidak dapat membezakan antara maklumat yang

betul dan yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran

melalui internet. Oleh sebab itu, guru perlu berupaya menilai maklumat yang diperolehi

daripada pelbagai media dan sumber serta berupaya membezakan ketepatannya supaya

dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul. Kemudahan

Page 8: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

yang disajikan oleh teknologi komunikasi dalam dunia pendidikan memberi keburukan

kepada pelajar.

Masalah yang terbesar yang disebabkan oleh penggunaan teknologi dalam

pendidikan ialah masalah plagiarisme juga boleh berlaku tanpa disedari oleh seseorang

pelajar. Pelajar sekarang suka ’copy-paste’ maklumat yang dicari dari internet tanpa

menyedari sama ada ia telah melanggari hak-hak pengeluar maklumat tersebut. Masalah

ini diburukkan dengan wujudnya maklumat yang berlambak dalam internet yang senang

diperoleh oleh seseorang pelajar hanya dengan satu klik tanpa diketahui oleh pengeluar

maklumat tersebut. Ia semenangnya tidak dapat membentuk dan melahirkan nilai murni

yang perlu ada dalam diri seorang pelajar.

Sehubungan dengan itu, pelajar pada masa sekarang tidak lagi kreatif dan menjana

idea mereka sendiri apabila menyelesaikan tugasan. Sebagai contoh, teknologi komputer

telah menjadikan kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu senang dengan hanya

menggunakan arahan file dan hanya dengan menekan “copy” and “paste”, semua kerja

sudah siap tanpa perlu bersusah payah memerah otak. Walaupun teknologi membawa

kemudahan dalam sistem pendidikan hari ini, namun ada juga keburukannya dimana

pelajar yang selalu mengakses internet, sebagai contoh lebih tertarik untuk duduk di

hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada dalam keluarga atau

masyarakat. Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang

berkomunikasi antara satu sama lain sedangkan untuk menjadi seorang yang berdaya saing

mereka pelu berupaya untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi

memantapan dan pembangunan kejayaan mereka.

Dewasa kini, teknologi yang digunakan untuk tujuan pendidikan ini juga

memupuk sikap malas dalam kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi yang canggih,

kebanyakan tugas yang memerlukan kemahiran seperti melukis, mengira, menulis telah

diselesaikan oleh komputer. Pelajar sekarang akan menjadi lebih malas dan kehilangan

kemahiran-kemahiran tertentu dengan meningkatnya kebergantungan kepada komputer.

Sebagai contoh, menaip dan mengira dengan menggunakan komputer dan mesin kira akan

menyebabkan kemahiran menulis dan mengira pelajar merosot.

Page 9: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

4.0 Bahan-bahan teknologi

4.1 Kedudukan dan posisi

Setiap insan yang lahir inginkan kesempurnaan. Namun, tiada siapa yang tahu

hikmah disebalik kejadian-Nya. Bagi mereka yang dilahirkan dalam keadaan normal

beruntung kerana tidak memerlukan alat bantuan sokongan untuk meneruskan kehidupan

seharian berbanding dengan mereka yang dilahirkan dalam keadaan kurang bernasib baik.

Golongan orang kurang upaya dapat dikategorikan kepada 3 kategori iaitu bermasalah

pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran. Dalam kategori masalah

pembelajaran, terdapat pelbagai jenis iaitu sindrom down, autism, terencat akal, cerebral

palsi, hiperaktif, masalah fizikal, disleksia dan sebagainya. Ada diantara mereka

memerlukan bantuan untuk bergerak untuk melangsungkan kegiatan harian mereka.

Menurut American National Standards Institute (INSI), orang cacat adalah yang

mempunyai kesukaran yang jelas dalam menggunakan sebahagian persekitaran yang

spesifik. Ada di antara mereka tidak dapat berjalan dan yang lebih teruk, mereka langsung

tidak boleh bergerak. Perkembangan teknologi banyak membantu golongan ini dalam

penghasilan peralatan mobility. Teknologi dapat memudahkan pergerakan mereka yang

terhad kepada lebih luas. Hal ini jelas dilihat apabila seseorang yang lumpuh dengan tidak

mampu bergerak apatah lagi untuk berdiri mampu menggunakan kerusi roda. Bagi

golongan sedemikian, alatan bantuan teknologi adalah nadi dalam kehidupan mereka

untuk meneruskan hidup.

Terdapat pelbagai alatan bantuan teknologi telah di reka untuk golongan orang

kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran. Antaranya adalah kerusi roda, Brace, kaki

palsu, tongkat, Rex dan sebagainya. Alatan-alatan ini merupakan hasil daripada

perkembangan teknologi yang semakin rancak. Perkembangan teknologi ini jelas tidak

mengetepikan golongan yang kurang bernasib baik. Bagi mereka, peralatan ini sangat

bermakna untuk diri dan kehidupan mereka. Walaupun alatan ini banyak menggunakan

teknologi, individu yang menggunakan peralatan ini perlu mempunyai ilmu dan

kemahiran dalam penggunaannya. Hal ini dinyatakan demikian kerana setiap peralatan

yang di hasilkan mempunyai kaedah penggunaan tertentu. Memiliki kemahiran

Page 10: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

penggunaan alatan bantuan teknologi ii dapat mengelakkan daripada berlakunnya

kemalangan.

Individu yang mengalami masalah fizikal, serebral palsi, lumpuh, dan sebagainya

amat memerlukan alatan bantuan teknologi seperti kerus roda. Terdapat pelbagai jenis

kerusi roda yang telah diciptakan untuk menyesuaikan dengan individu-individu tersebut.

Bukan semua kerusi roda boleh digunakan oleh semua golongan OKU diatas, tetapi aspek-

aspek keselamatan dan kesesuaian seseorang individu terlebih dahulu dinilai untuk

penggunaan kerusi roda.

Teknologi telah menghasilkan beberapa jenis dan bentuk kerusi roda yang

masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Walaubagaimana pun, secara umumnya

kerusi roda boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kerusi roda biasa yang perlu di

tolak sendiri atau seseorang dan kerusi roda bermotor yang boleh bergerak sendiri dengan

hanya menekan atau mengawal suiznya sahaja. Untuk penambahan ilmu teknologi

terhadap kerusi roda tersebut, ada individu yang memasang tray pada kerusi roda untuk

memudahkan pelajar menulis, belajar, makan dan sebagainya.

Selain daripada kerusi roda, Brace atau Orthoses juga merupakan alatan teknologi

yang dihasilkan untuk membantu kedudukan atau pergerakan OKU terutamanya golongan

Serebral Palsi. Brace merupakan satu alat ortopedik yang di pakai oleh sesetengah

individu yang mengalami masalah yang berkaitan dengan ortopedik. Brace biasanya

diperbuat daripada Plastik tetapi ada juga yang diperbuat daripada logam, kulit atau

campuran bahan-bahan tersebut. Fngsi brace adalah untuk menstabilkan anggota badan

termasuk bahagian belakang badan, mengurangkan ketegangan otot-otot, mengelakkan

atau mengurangkan masalah system rangka atau anggota badan yang berposisi abnormal

dan meningkatkan fungsi sesuatu badan.

Teknologi penciptaan brace banyak menyumbang kemudahan kepada golongan

berkeperluan khas. Ramai OKU yang tidak mampu berjalan dengan sempurna

menggunakan bantuan teknologi brace sebagai alat bantuan pergerakan mereka. Terdapat

pelbagai jenis brace yang digunakan oleh individu serebral palsi seperti Ankle-Foot

Orthoses, Knee-Ankle Foot Orthoses, Spinal Orthoses, Foot Orthoses dan Hand Orthoses.

Semua jenis-jenis brace ini mempunyai cara penggunaan dan kawasan masing-masing.

Page 11: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

Kemunculan alat bantuan berteknologi yang diperbuat daripada logam dan

kerangka gentian karbon bermotor atau diberi nama ‘Rex’ telah mengubah keupayaan

seseorang individu lumpuh yang dulu hanya bergantung harap kepada kerusi roda semata-

mata dan yang hanya terlantar di lantai sahaja kini mampu untuk berjalan seperti orang

normal. Rex digunakan dengan menyarungkan alat bantuan tersebut di bahagian pinggang

ke bahagian bawah badanya. Dengan hanya mengerakkan alat kawalan itu, seseorang

individu yang lumpuh atau tidak boleh berjalan mampu berjalan menggunakan “kaki

robot” tersebut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penciptaan teknologi Rex dapat

membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Perkembangan teknologi juga telah menghasilkan alat bantuan tandas OKU dan

bekas buangan untuk golongan berkeperluan khas. Tidak semua golongan itu akan

memakai lampin atau pampers untuk membuang air. Ada di antara mereka yang mampu

ke tandas. Namun begitu,tandas yang biasa digunakan oleh orang normal tidak

bersesuaian dengan spesifikasi orang berkeperluan khas. Oleh hal yang demikian, tandas

mesra OKU perlu dibina untuk kemudahan OKU. Untuk memudahkan golongan ini

membuang air,satu penciptaan alat bantuan berteknologi khas dicipta untuk golongan ini.

Bekas buangan yang di reka cipta bersesuaian digunakan untuk mereka. Bentuk dan saiz

yang sesuai memudahkan mereka. Disamping itu,selepas penggunaan bekas tersebut,

ianya hanya perlu di basuh dan boleh dibawa berjalan kemana-mana sahaja.

Dengan adanya teknologi ini, golong berkeperluan khas dapat menjalankan

kehidupan yang lebih baik. Ia juga member peluang yang baik kepada mereka untuk

belajar, mengakses maklumat dan berhubung dengan orang lain. Dengan bantuan alat

berteknologi yang direka cipta khas untuk golongan ini dapat memberikan peluang kepada

mereka untuk hidup berdikari. Selain itu, bidang teknologi juga menampakkan kemesraan

atas alat ciptaan yang dihasilkan.

4.2 Alat Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC)

Bahan atau alat berteknologi juga tidak ketinggalan dalam bantuan untuk

menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada semua lapisan latar belakang pelajar

termasuklah kepada pelajar pendidikan khas. Sebagai contoh alat yang diberi nama

Page 12: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

Komunikasi Augmentatif dan Alternatif atau dikenali sebagai AAC telah banyak

membantu pelajar pendidikan khas terutamanya bagi yang mengalami masalah bahasa dan

komunikasi.

Komunikasi augmentatif merujuk kepada pelbagai pendekatan komunikasi yang

boleh digunakan untuk membantu individu yang mempunyai limitasi dalam kebolehan

berkomunikasi secara semulajadi (Franklin dan Beukelman 1991). Kajian Okolo et al.

(1993) mendapati komunikasi augmentatif dan alternatif boleh didapati dalam pilihan

berteknologi rendah, seperti buku bergambar sehingga kepada sistem berkomputer.

Pengajaran berbantu komputer boleh meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan

pencapaian akademik murid. Menggabungjalin komunikasi pertuturan serta bukan

pertuturan ke dalam sistem komunikasi augmentatif danalternatif lebih berkesan jika

dimulakan seawal usia kanak-kanak.

Alat komunikasi augmentatif dan alternatif berteknologi rendah meliputi gambar,

foto,garisan, gestur, bahasa isyarat, bahasa tulisan,Pictures Exchange Communication

System dan alat bersuara mudah (Kaiser dan Grim 2006). Guru juga boleh menggunakan

bahasa simbolik ketika mengajar bahasa, seperti membuat buku bergambar yang dapat

membantu muridmenjalani tugas seharian (Browder et al. 2006). Seperti diketahui umum,

terdapat beberapakategori bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran,

seperti berteknologi tinggi dan bahan bercetak.

Terma Komunikasi Augmentatif merujuk kepada kaedah dan peralatan yang

menghasilkan atau membekalkan kemahiran verbal ( Mustonen, Locke, Reiche elt. 1991)

yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi sedia ada yang dimiliki oleh

pelajar. Sistem komunikasi Augmentatif dan Alternatif mengandungi tiga komponen iaitu

teknik komunikasi, sistem simbol dan kemahiran komunikasi ( McCormmick & Shane,

1990 ).

Bagi teknik komunikasi, terdapat dua asas teknik AAC iaitu berbantukan alatan

dan tanpa alatan ( Vanderheiden & Lloyd, 1986 ). Teknik tanpa bantuan alatan tidak

memerlukan sokongan peralatan atau prosedur untuk melaksanakannya. Teknik ini

termasuklah pertuturan, bahasa isyarat dan mimik muka. Manakala teknik berbantukan

Page 13: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

alatan pula melibatkan penggunaan alatan eletronik atau alatan bukan eletronik serta

melibatkan penggunaan prosedur tertentu dan penggunaan beberapaa sistem simbol.

AAC adalah berteknologi tinggi terhadap pendekatan untuk membantu kanak-

kanak untuk berkomunikasi. Apabila ingin menyatakan sesuatu yang diperlukan mereka

hanya perlu menggunakan AAC dengan menyentuh gambar yang terdapat di skrin, dengan

demikian orang lain akan faham akan apa yang mereka ingini. Hal ini berlaku sebaliknya

apabila penyampai ingin menyatakan sesuatu kepada mereka, penyampai hanya perlu taip

perkataan di skrin atau klik kepada gambar supaya mereka faham akan apa yang ingin

dituturkan oleh penyampai. Dari situ, kita dapat lihat bahawa komunikasi dua hala dapat

dijalankan dengan bantuan AAC walaupun kanak-kanak tersebut mengalami masalah

bahasa dan komunikasi.

4.3 Bahan teknologi buku eletronik

E-buku atau buku eletronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang

merujuk kepada penggunaan data eletronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai

maklumat. E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk percuma..

Kebanyakkan e-buku ini didatangi dalam bentuk fail pdf atau seumpamanya untuk

memudahkan setiap individu untuk membacanya di computer atau peranti khas.

E-buku boleh dikategorikan seperti buku teks. Ia merangkumi bidang pendidikan,

teknologi, agama, politik, alam sekitar, kehidupan, masakan dan sebagainya. Penggunaan

e-buku akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan masa akan dating

kelak. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan sumber

cetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran secara terus

di internet.

E-buku mempunyai banyak kelebihan yang memberikan kemudahan kepada

pembaca-pembaca untuk membawa ke merata tempat tanpa beban yang berat. Teks dalam

e-buku juga boleh dicari dengan mudah, atau dirujuk dengan menggunakan hyperlink. Ini

menjadikan e-buku mempunyai format yang menarik untuk kamus, buku rujukan dan juga

sesetengah buku teks.

Page 14: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

Selain itu juga, penggunaan buku elektronik di bilik-bilik darjah adalah merupakan

satu inovasi yang sesuai dengan gaya pembaca generasi kini untuk mendapatkan

maklumat. Kemajuan di dalam teknologi informasi dan komunikasi telah membawa aliran

atau kaedah baru dalan cara pembacaan. Penggunaan buku elektronik yang mempunyai

aplikasi buku digital, kompuetr dan internet adalah alat bantu mengajar yang menarik

untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Buku elektronik adalah buku digital yang dikawal perisiannya menerusi portal

pembelajaran. Penggunaan buku elektronik memberikan wadah baru bagi menarik minat

dan meningkatkan motivasi pelajar untuk membaca serta mengumpulkan maklumat

(Gandhi 2001). Buku elektronik yang beroperasi tanpa wayar dan mudah untuk digunakan

adalah sesuai bagi mendapatkan maklumat dengan selesa dan pantas. Maklumat di dalam

buku elektronik adalah berbentuk setempat kerana buku ini menggunakan system

tertingkap yang membenarkan lebih daripada satu tetingkap muncul di layar buku

elektronik tersebut.

4.4 Contoh-contoh bahan teknologi:

I. Kedudukan dan posisi

Page 15: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

II. Alat Komunikasi Augmentatif dan Alternatif

Page 16: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

III. Bahan Teknologi Bahan Elektronik

Page 17: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

5.0 Rujukan

Rujukan:http://suhairi87.wordpress.com/kesan-ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran/

Rujukan : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=43348

Page 18: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

Kerangka gentian bermotor @ Rex kerusi roda bermotor

Kerusi roda biasa Brace atau Othoses

Page 19: far   Web viewAplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah ... Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan ... motivasi pelajar untuk membaca serta

Bekas buangan atau tandas OKU