peranan guru pendidikan islam sebagai kaunselor untuk mengatasi masalah rosak akhlak remaja di...

24
PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI KAUNSELOR UNTUK MENGATASI MASALAH ROSAK AKHLAK PELAJAR MUSLIM. SATU KAJIAN DI SMK BUNDU TUHAN, RANAU. PENGHARGAAN Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat-sahabat baginda dan seterusnya kepada umat Islam seluruhnya. Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana telah mengurniakan semangat, kekuatan, kesihatan, keupayaan, ‘inayah dan rahmatNya kepada pengkaji sehingga kajian ini dapat disempurnakan. Pertama-tamanya, penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia yang dimuliakan lagi dikasihi iaitu Prof Dr. Salasiah binti Hanin Hamjah di atas segala bimbingan, komitmen dan kerjasama yang diberikan. Begitu banyak pengetahuan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada pengkaji sepanjang tempoh penyelidikan ini. Tanpa keprihatinan, kesungguhan dan sokongan beliau, kajian ini tentu tidak dapat disempurnakan dengan baik. Pengkaji juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama yang diberikan oleh Pihak Pejabat Polis cawangan Ranau dan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah cawangan Ranau di atas maklumat, idea dan pandangan membina yang diberikan bagi menjayakan kajian ini. Ucapan terima kasih juga

Upload: hamdan-bin-taip

Post on 28-Jul-2015

655 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Kaunselor Untuk Mengatasi Masalah Rosak Akhlak Remaja Di Daerah Ranau

PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI KAUNSELOR UNTUK MENGATASI MASALAH ROSAK AKHLAK PELAJAR MUSLIM. SATU KAJIAN DI SMK BUNDU TUHAN, RANAU.

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam ke

atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat-sahabat baginda dan

seterusnya kepada umat Islam seluruhnya. Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan ke hadrat

Allah s.w.t kerana telah mengurniakan semangat, kekuatan, kesihatan, keupayaan, ‘inayah dan

rahmatNya kepada pengkaji sehingga kajian ini dapat disempurnakan.

Pertama-tamanya, penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada penyelia yang dimuliakan lagi dikasihi iaitu Prof Dr. Salasiah binti Hanin

Hamjah di atas segala bimbingan, komitmen dan kerjasama yang diberikan. Begitu banyak

pengetahuan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada pengkaji sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Tanpa keprihatinan, kesungguhan dan sokongan beliau, kajian ini tentu tidak dapat

disempurnakan dengan baik.

Pengkaji juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama yang

diberikan oleh Pihak Pejabat Polis cawangan Ranau dan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Negeri Sabah cawangan Ranau di atas maklumat, idea dan pandangan membina yang diberikan

bagi menjayakan kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Guru-guru pendidikan

Islam dari seluruh daerah Ranau yang telah memberi bimbingan dan menyumbangkan

pandangan bernas bagi memperkemaskan lagi penyelidikan ini.

Ucapan penghargaan tidak lupa juga ditujukan kepada semua kakitangan Unit Bimbingan

dan kaunseling Smk. Bundu Tuhan iaitu Encik Muhammad Syahril bin Salim di atas kerjasama

yang diberikan bagi menjayakan penyelidikan yang dijalankan.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan juga diberikan kepada isteri di atas

sokongan, dorongan dan kerjasama yang diberikan bagi membantu pengkaji menyiapkan kajian

ini. Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibu bapa yang tidak pernah jemu

Page 2: Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Kaunselor Untuk Mengatasi Masalah Rosak Akhlak Remaja Di Daerah Ranau

memberi semangat dan galakan agar pengkaji berjaya menyiapkan kajian ini dengan jayanya.

Selain itu, ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada seluruh kakitangan Perpustakaan Sabah

cawangan Ranau, Pusat sumber Smk Bundu Tuhan, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah,

Perpustakaan negeri Sabah cawangan Keningau di atas kerjasama dan bantuan yang diberikan

sewaktu pengkaji mengumpul data dan maklumat yang diperlukan.

Buat akhirnya penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini termasuklah yang

membantu pengkaji mengedar dan mengumpul borang soal selidik, menganalisis data serta

memberikan buah fikiran dan maklumat untuk menyempurnakan penulisan ini. Semoga segala

kerjasama, pertolongan, sokongan dan dorongan yang diberikan akan mendapat ganjaran

kebaikan daripada Allah s.w.t.

Hamdan @ Mohd Hamdan Bin Taip

Kampus cawangan UKM KYS,

Kota Kinabalu, Sabah

Page 3: Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Kaunselor Untuk Mengatasi Masalah Rosak Akhlak Remaja Di Daerah Ranau

ISI KANDUNGAN HALAMAN

Bab Satu : Pendahuluan 11.1 Pengenalan 11.2 Pernyataan masalah 31.3 Objektif Kajian 161.4 Kajian Terdahulu 161.5 Skop dan Batasan Kajian 281.6 Kepentingan Kajian 311.7 Metodologi Kajian 321.8 Penutup 42

Bab Dua : Guru Pendidikan Islam dan hubungannya dengan Kaunseling 43

2.1 Pengenalan 432.2 Definisi Guru Pendidikan Islam 432.2.1 Guru dari Sudut Bahasa 442.2.2 Guru dari Sudut Istilah 462.3 Definisi Kaunseling2.3.1 Kaunseling dari sudut bahasa2.3.2 kaunseling dari sudut istilah 482.4 Teori-teori kaunseling 502.4.1 Asas ilmu kaunseling 532.4.1.1 Hikmah (al-hikmah) dalam Da‘wah 542.4.1.2 Nasihat yang Baik (al-Maw‘izah al-Hasanah) 562.4.1.3 Berdebat (mujadalah) dengan Cara 57

yang Baik2.5. Hubungan Guru Pendidikan Islam dengan kaunseling 792.6 Kepentingan ilmu kaunseling kepada guru pendidikan islam 81

Page 4: Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Kaunselor Untuk Mengatasi Masalah Rosak Akhlak Remaja Di Daerah Ranau

2.6.1 Memperkukuhkan Kefahaman remaja tentang 82Urusan Agama

2.6.2 Mempertingkatkan Ketahanan Spiritual 84dan Jasmani remaja

2.6.3 Meningkatkan Kemampuan remaja untuk 88 Melakukan Amal Salih

2.6.4 Mendorong remaja beriltizam dengan Islam 902.6.5 Memperkukuhkan Intima’ remaja terhadap Islam 912.7 Penutup 94

Bab Tiga : Konsep kaunseling Islam. 953.1 Pengenalan 953.1.1 Ilmu Kaunseling Islam 953.1.2 Ilmu Psikologi dakwah 983.1.3 Teori personality Al-Ghazali 1033.2 Al-Ghazali dan Hubungannya dengan Al-Irsyad al-Nafsiyy 1083.2.1 Pendidikan Spiritual al-Ghazali 1083.2.2 Krisis Spiritual al-Ghazali 1093.2.3 Pengembaraan Spiritual al-Ghazali 113

3.3 Al-Irsyad al-Nafsiyy menurut al-Ghazali 1143.3.1 Definisi al-Irsyad menurut al-Ghazali 1153.3.2 Definisi al-Nafsiyy menurut al-Ghazali 1163.3.2.1 Al-Nafs 1173.3.2.2 Al-Qalb 1183.3.2.3 Al-Ruh 1193.3.2.4 Al-‘Aql 1203.3.3 Definisi Al-Irsyad al-Nafsiyy menurut al-Ghazali 1233.3.4 Proses dan Matlamat Al-Irsyad al-Nafsiyy

123Menurut al-Ghazali3.3.4.1 Ma‘rifah al-nafs

1263.3.4.2 Mujahadah, Riyadah dan Tazkiyah al-Nafs 1263.3.4.3 Al-Sa‘adah 1313.4 Penutup 134

Bab Empat : Teori Personaliti menurut Imam Ghazali 135

4.1 Pengenalan 1354.2 Peringkat Pertama : Membina Kemesraan dengan Mad‘u

1364.3 Peringkat Kedua : Mengenal Diri (Ma‘rifah al-Nafs) dan

146Mengenalpasti Punca Masalah4.3.1 Mengenal Spiritual Manusia Menurut al-Ghazali

147

Page 5: Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Kaunselor Untuk Mengatasi Masalah Rosak Akhlak Remaja Di Daerah Ranau

4.3.2 Mengenal Tanda-tanda Penyakit hati 1514.3.3 Mengenalpasti Medium Kemasukan Syaitan 153ke dalam Hati Manusia4.3.4 Kaedah Mengenali Kekurangan Diri 1594.3.5 Mengenali Hakikat Hati Berbolak Balik

1614.4 Pelaksanaan Pendekatan Da‘wah al-Irsyad al-Nafsiyy dengan 165kaedah Tazkiyah al-Nafs ( Mujahadah al-Nafs dan Riyadah al-Nafs)4.4.1 Pengenalan 1654.4.2 Peringkat Ketiga : Pelaksanaan Kaedah Tazkiyyah 176al-Nafs dengan kaedah Utama Mujahadah al-Nafs(Takhalli)4.4.2.1 Mujahadah al-Nafs 1774.4.2.2 Mengingati Mati

178

4.4.3 Peringkat Keempat : Pelaksanaan Kaedah Tazkiyah 179al-Nafs dengan kaedah Khusus Mujahadah al-Nafs(Takhalli)4.4.3.1 Rawatan Verbal Komunikasi yang Buruk 1794.4.3.2 Rawatan Penyakit Suka Menipu 1844.4.3.3 Rawatan Penyakit Suka Mengumpat 1874.4.3.4 Rawatan Penyakit Buruk Sangka 1904.4.3.5 Rawatan Penyakit Marah 1924.4.3.6 Rawatan Penyakit Hasad Dengki 1974.4.3.7 Rawatan Penyakit Benci 2014.4.3.8 Rawatan Penyakit Dendam 2034.4.3.9 Rawatan Penyakit Cintakan Dunia 2034.4.3.10 Rawatan Penyakit Bakhil 2084.4.3.11 Rawatan Penyakit Takabbur 2114.4.3.12 Rawatan Penyakit Sedih dan Kecewa 2174.4.3.13 Rawatan Penyakit Tekanan 2234.4.3.14 Rawatan Penyakit Bimbang 2254.5 Peringkat Kelima :Aplikasi kaedah Tazkiyah al-Nafs 235menerusi Riyadah al-Nafs (Tahalli)4.5.1 Memantapkan Keimanan 2354.5.2 Mempertingkatkan Ibadah 2414.5.3 Mengaplikasikan Sifat-sifat Mahmudah 2564.6 Peringkat Keenam : Penilaian (Muhasabah) dan 271Kebahagiaan (al-Sa‘adah)4.7 Penutup 273

Bab Lima : Pusat Kaunseling MAINS (PK MAINS) dan 274Pelaksanaan Kaunseling.5.1 Pengenalan 2745.2 Pusat Kaunseling MAINS 274

Page 6: Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Kaunselor Untuk Mengatasi Masalah Rosak Akhlak Remaja Di Daerah Ranau

5.2.1 Lokasi Penyelidikan 2745.2.2 Sejarah Penubuhan PK MAINS 2755.2.3 Objektif Penubuhan PK MAINS 2775.2.4 Matlamat, Motto, Misi dan Visi PK MAINS 2775.2.5 Struktur Organisasi PK MAINS 2785.2.6 Peranan PK MAINS 2795.3 Analisis Jumlah Klien yang Mendapatkan Khidmat 288Kaunseling di PK MAINS.

5.3.1 Analisis Jumlah Klien Berdasarkan Pecahan 288Bangsa di PK MAINS Seremban5.3.2 Analisis Jumlah Klien Berdasarkan Pecahan 289Bangsa di PK MAINS Cawangan Tampin5.3.3 Analisis Jumlah Klien Berdasarkan Pecahan 290Bangsa di PK MAINS cawangan Bahau5.3.4 Analisis Jumlah Klien Berdasarkan 291Jantina di PK MAINS Seremban5.3.5 Analisis Jumlah Klien Berdasarkan 292Jantina di PK MAINS cawangan Tampin5.3.6 Analisis Jumlah Klien Berdasarkan 292Jantina di PK MAINS Cawangan Bahau5.4 Pelaksanaan Proses Kaunseling di Pusat Kaunseling MAINS 2935.4.1 Jenis-jenis Kes yang dikendalikan di PK MAINS 2965.4.1.1 Jenis-jenis Kes di PK MAINS Seremban 2975.4.1.2 Jenis-jenis Kes di PK MAINS 298Cawangan Tampin5.4.1.3 Jenis-jenis Kes di PK MAINS 299Cawangan Bahau5.5 Penutup 301Bab Enam : Aplikasi Pendekatan Da‘wah al-Irsyad al-Nafsiyy 302menurut al-Ghazali di Pusat Kaunseling MAINS6.1 Pengenalan 3026.2 Latar Belakang Responden 3026.3 Aplikasi Pendekatan da‘wah al-Irsyad al-Nafsiyy 305menurut al-Ghazali dalam pelaksanaan kaunseling di PK MAINS6.3.1 Mengenali Diri Menurut al-Ghazali dan 305Aplikasinya dalam kaunseling di PK MAINS6.3.1.1 Mengenal Diri dan Aplikasinya dalam Kaunseling 306di PK MAINS6.3.1.2 Teori yang Digunakan oleh Kaunselor di PK 310MAINS bagi Membantu Klien Mengenal Diri Sendiri.6.3.1.3 Kaedah Mengenali Kekurangan Diri dan 316Aplikasinya dalam Kaunseling6.3.1.4 Perbincangan Mengenai Peranan Hati dalam 321Menentukan Tingkahlaku dalam Sesi Kaunseling

6.3.1.5 Perbincangan Mengenai Hati Menjadi Sakit Jika 325

Page 7: Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Kaunselor Untuk Mengatasi Masalah Rosak Akhlak Remaja Di Daerah Ranau

Tidak Mengenal Allah dalam Proses Kaunseling6.3.1.6 Perbincangan Mengenai Hati Manusia Mudah 328Berubah-ubah dalam Proses Kaunseling6.3.1.7 Perbincangan Mengenai Pengaruh Syaitan dan 332Nafsu dalam Diri Manusia dalam Proses Kaunseling6.3.1.8 Perbincangan Mengenai Syaitan Boleh Memasuki 336Hati Manusia Melalui Sifat Marah, Buruk sangkadan Seumpamanya dalam Proses Kaunseling.6.3.2 Mujahadah al-Nafs menurut al-Ghazali dan Aplikasinya 339dalam Kaunseling di PK MAINS6.3.2.1 Masalah Kekasaran Tutur Kata dan 341Kaedah Mengatasinya6.3.2.2 Masalah Bercakap Bohong dan Kaedah 348Mengatasinya6.3.2.3 Masalah Mengumpat dan Kaedah 352Mengatasinya6.3.2.4 Masalah Buruk Sangka dan Kaedah 353Mengatasinya6.3.2.5 Masalah Marah dan Kaedah Mengatasinya 3576.3.2.6 Masalah Benci dan Kaedah Mengatasinya 3616.3.2.7 Masalah Dengki dan Kaedah Mengatasinya 3656.3.2.8 Masalah Cinta Dunia dan Kaedah 369Mengatasinya6.3.2.9 Masalah Angkuh / Ego dan Kaedah 372Mengatasinya6.3.2.10 Masalah Sedih dan Kecewa serta Kaedah 377Mengatasinya6.3.2.11 Masalah Tekanan dan Kaedah Mengatasinya 3846.3.2.12 Masalah Kebimbangan dan Kaedah Mengatasinya 3886.3.3 Riyadah al-Nafs dan Aplikasinya dalam Kaunseling 394di PK MAINS6.3.3.1 Pentingnya Keimanan diaplikasikan dalam Kaunseling 3946.3.3.2 Perbincangan tentang Ibadah dalam Sesi Kaunseling 3986.3.3.3 Mencadangkan Klien Mengaplikasikan Sifat-sifat 401Mahmudah dalam Kaunseling

6.3.4 Aspek Spiritual dan Kepentingannya dalam Kaunseling 4186.3.4.1 Pandangan Kaunselor Bahawa Aspek Spiritual 418Merupakan Punca Masalah6.3.4.2 Pengalaman Kaunselor bahawa Aspek Spiritual 420Merupakan Punca Masalah6.3.4.3 Sifat-sifat Madhmumah Sebagai Punca Masalah 4226.3.4.4 Sifat-sifat Mahmudah Sebagai Salah Satu Kaedah 423Mengatasi Masalah6.3.5 Kepentingan al-Da‘wah al-Fardiyyah dalam Menangani 427Masalah Klien6.4 Penutup 430

Page 8: Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Kaunselor Untuk Mengatasi Masalah Rosak Akhlak Remaja Di Daerah Ranau

Bab Tujuh : Kesimpulan dan Saranan 4317.1 Kesimpulan 4317.2 Saranan 437Bibliografi 443Lampiran 463

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Soalan Kajian 7

1.4 Kesignifikan Kajian 8

1.5 Batasan Kajian 9

1.6 Carta Alir 10

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Minat Pelajar Terhadap Matematik 11

2.2 Hubungan Minat Dengan Bahan Bantu Mengajar 13

2.3 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar 15

2.4 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar 17

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Reka bentuk Kajian 18

3.2 Instrumen Kajian 19

3.3 Sampel kajian 22

Page 9: Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Kaunselor Untuk Mengatasi Masalah Rosak Akhlak Remaja Di Daerah Ranau

3.4 Prosedur Kajian

22

3.5 Analisis Data 23

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matlamat utama kajian ini ialah membina kerangka tentang peranan yang boleh

dilaksanakan oleh guru pendidikan Islam untuk memberi khidmat kaunseling kepada pelajar

Muslim yang difikirkan dapat membantu mengatasi keruntuhan akhlak pelajar Muslim di

samping dapat mempelbagaikan aktiviti dakwah di sekolah. Kajian ini bukan bertujuan untuk

mengkaji sejauhmana keberkesanan pelaksanaan kaunseling oleh guru pendidikan Islam dalam

membantu mengatasi masalah keruntuhan akhlak pelajar, tetapi lebih kepada bagaimana cara

seorang guru pendidikan islam dapat mendalami ilmu kaunseling dan seterusnya

mengaplikasikan ilmu kaunseling ketika berhadapan dengan pelajar yang bermasalah.

Walaubagaimanapun, pengkaji tetap berharap agar pelajar muslim yang mendapat

kaunseling dari guru pendidikan Islam akan berubah daripada berakhlak buruk kepada berakhlak

mulia.

Page 10: Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Kaunselor Untuk Mengatasi Masalah Rosak Akhlak Remaja Di Daerah Ranau

Pemilihan lokasi kajian iaitu Smk. Bundu Tuhan, difikirkan dapat menggabungjalinkan

ilmu da‘wah dengan ilmu kaunseling di samping dapat memperlihatkan sejauhmanakah

keperluan disepadukan kedua-dua bidang ilmu tersebut dalam menyelesaikan masalah

keruntuhan akhlak pelajar Muslim pada masa kini.

Pendekatan kaunseling merupakan salah satu pendekatan da‘wah yang difikirkan relevan

dengan keperluan semasa pelajar Muslim kerana pendekatan ini menekankan kepada aspek

spiritual yang berusaha membimbing mereka ke arah penghayatan rohani. Pendekatan ini juga

wajar diketengahkan kerana pelajar Muslim pada masa kini bukan sahaja menghadapi masalah

yang datangnya daripada luaran tetapi masalah yang berpunca daripada aspek dalaman adalah

lebih membimbangkan.

1.2 Pernyataan Masalah

Pendidikan Islam dipandang sebagai salah satu aspek yang memiliki peranan penting

dalam membentuk pelajar Muslim. Dengan pendidikan Islam yang digabungkan dengan

kemahiran kaunseling, seorang guru pendidikan Islam diharapkan dapat menghasilkan manusia

yang berkualiti, berakhlak mulia dan bertanggung jawab serta berpandangan jauh ke depan.

Pendidikan dalam maknanya yang luas sentiasa mendominasi, menyertai dan membimbing

perubahan-perubahan dan perkembangan hidup serta kehidupan umat manusia. Demikianlah peri

pentingnya peranan pendidikan tersebut, sehingga umat manusia senantiasa memberi tumpuan

khusus terhadap masalah tersebut. Bagi umat Islam, menyiapkan pelajar muslim sebagai generasi

masa depan yang berkualiti, berakhlak mulia dan bertanggung jawab melalui pendidikan itu

merupakan suatu tuntutan dan kewajipan. Seiring dengan Firman Allah swt.

122. tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.

Oleh kerana itu, perhatian guru pendidikan Islam dalam dunia pendidikan adalah tidak terbatas

kepada memberi ilmu semata-mata kepada pelajar malah lebih dari itu adalah membentuk pelajar

Muslim yang berakhlak mulia. Untuk melaksanakan tugas dalam meningkatkan proses

Page 11: Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Kaunselor Untuk Mengatasi Masalah Rosak Akhlak Remaja Di Daerah Ranau

pemulihan akhlak pelajar Muslim, guru pendidikan islam menempati kedudukan sebagai figure

central. Ditangan guru pendidikan Islam terletaknya kemungkinan berhasil atau tidak pencapaian

matlamat pembelajaran di sekolah, serta pada tangan mereka pulalah bergantungnya masa depan

karier pelajar Muslim yang menjadi tumpuan kedua ibubapanya. Guru pendidikan islam

memikul tugas dan tanggung jawab yang tidak ringan. Disamping melahirkan murid yang bijak

menggunakan akal dia juga harus menanamkan nilai-nilai iman dan akhlak yang mulia dalam

diri seseorang pelajar. Sehubungan dengan itu, Penulis sebagai salah seorang guru pendidikan

Islam terpanggil untuk cuba memberikan sumbangan mengatasi masalah keruntuhan akhlak

pelajar Muslim melalui penggabungjalinan pendidikan Islam dengan kaunseling. Secara

umumnya, semua orang tahu bahawa tugas seorang guru pendidikan Islam ialah mendidik

pelajar dan menerapkan akhlak mahmudah kepada pelajar. Walaubagaimanapun, guru

pendidikan Islam tidak diberikan pendedahan khusus tentang ilmu kaunseling yang mampu

membantu seseorang pelajar bermasalah mengenalpasti masalahnya dan seterusnya menolong

pelajar yang sama memperbaiki akhlaknya. Pada masa kini, pengaruh media massa, rakan

sebaya, persekitaran, dan suasana keluarga menjadi panduan tingkahlaku bagi sebahagian

Pelajar Muslim. Padahal nilai-nilai yang ditawarkan media massa tidak semestinya baik malah

seringkali jauh dari nilai agama. Masalah rosak akhlak di kalangan pelajar termasuk pelajar

Muslim berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Akhlak berkait rapat dengan pola

pemikiran seseorang , sikap dan tingkahlaku manusia. Akhlak yang buruk berpotensi membawa

kepada timbulnya perilaku-perilaku negatif. Jika akhlak seseorang individu buruk, maka besar

kemungkinan ia akan melahirkan berbagai tingkahlaku yang merugikan dirinya sendiri dan

orang lain. Golongan tua, pendidik dan mereka yang berkecimpung dalam bidang agama dan

sosial banyak mengeluh terhadap tingkahlaku sebahagian pelajar Muslim yang berkelakuan

nakal, keras kepala, mengambil minuman keras, menghidu gam, dan berbagai lagi kecelaruan

lain. Permasalahan tersebut diatas disebabkan oleh beberapa faktor yang kini mempengaruhi cara

berfikir manusia moden. Faktor-faktor tersebut menurut Zakiah Daradjat antara lain: kebutuhan

hidup yang semakin meningkat, rasa individualitas dan egois, persaingan dalam hidup, keadaan

yang tidak stabil, dan terlepasnya pengetahuan dari agama (Abuddin Nata, 2007: 96). Masalah

yang dihadapi manusia tersebut menghendaki visi dan orientasi pendidikan yang tidak semata-

mata menekankan pada pengisian otak, tetapi juga pengisian jiwa, pembinaan akhlak dan

kepatuhan dalam menjalankan ibadah (Abuddin Nata, 2007: 83). Jika kita melihat dari

Page 12: Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Kaunselor Untuk Mengatasi Masalah Rosak Akhlak Remaja Di Daerah Ranau

tujuannya, pendidikan Islam memiliki tujuan yang berkaitan dengan pembinaan akhlak dan

tujuan hidup setiap muslim. Athiyah Al-Abrasyi misalnya mengatakan “pendidikan budi pekerti

dan akhlak adalah jiwa dan tujuan pendidikan Islam” mencapai akhlak yang mulia adalah tujuan

sebenarnya dari pendidikan Islam (Abuddin Nata, 2007: 129). Sementara itu Imam al-Ghazali,

mengatakan bahwa akhlak adalah hasil dari pendidikan, latihan, pembinaan dan perjuangan yang

sungguh-sungguh sehingga harus dibentuk (Abuddin Nata, 2007: 154). Dan tujuan utama

pendidikan Islam identik dengan tujuan hidup setiap muslim yaitu untuk menjadi hamba Allah

yang percaya dan menyerahkan diri kepada-Nya (D. Marimba, 1980: 48). Sejalan dengan

masalah tersebut diatas, maka pembinaan akhlak bagi para remaja sangat urgent untuk dilakukan

dan tidak dapat dipandang ringan, mengingat secara psikologis usia remaja adalah usia yang

berada dalam goncangan dan mudah terpengaruh sebagai akibat dari keadaan dirinya yang masih

belum memiliki bekal pengetahuan, mental, dan pengalaman yang cukup. Akibat dari keadaan

yang demikian, para remaja mudah sekali terjerumus kedalam perbuatan-perbuatan yang dapat

menghancurkan masa depannya. Pembinaan akhlak yang mulia merupakan inti ajaran Islam.

Fazlur Rahman mengatakan, bahwa inti ajaran Islam sebagaimana terdapat dalam al-Qur’an

adalah akhlak yang betumpu keimanan kepada Allah (hablum minallah) dan keadilan sosial

(hablum minannas). Hal ini sejalan pula dengan jawaban istri Rasulullah saw, Siti Aisyah, ketika

ia ditanya oleh sahabat tentang akhlak Rasulullah. Siti Aisyah mengatakan bahwa akhlak

Rasulullah adalah al-Qur’an (Kaana khuluquhu Al-Qur’an). Oleh karena itu jika di dalam al-

Qur’an terdapat ajaran keimanan, ibadah, sejarah dan sebagainya, maka yang dituju adalah agar

dengan ajaran tersebut akan terbentuk akhlak yang mulia. Dengan membina akhlak para remaja

berarti kita telah memberikan sumbangan yang besar bagi penyiapan masa depan bangsa yang

lebih baik. Sebaliknya jika kita membiarkan para remaja terjerumus ke dalam perbuatan yang

tersesat, berarti kita telah membiarkan bangsa dan negara ini terjerumus kejurang kehancuran.

Pembinaan akhlak para remaja juga berguna bagi remaja yang bersangkutan, karena dengan cara

demikian masa depan kehidupan mereka akan penuh harapan yang menjanjikan. Dengan

terbinanya akhlak para remaja keadaan lingkungan sosial juga semakin baik, aman, tertib dan

tentram, yang memungkinkan masyarakat akan merasa nyaman. Dengan demikian berbagai

gangguan lingkungan yang diakibatkan oleh ulah sebagian para remaja sebagaimana disebutkan

diatas dengan sendirinya akan hilang. Menyadari hal yang demikian, maka berbagai petunjuk al-

Qur’an dan hadits tentang pembinaan akhlak patut kita renungkan dan kita amalkan. Petunjuk

Page 13: Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Kaunselor Untuk Mengatasi Masalah Rosak Akhlak Remaja Di Daerah Ranau

tersebut misalnya dengan memberikan contoh dan teladan berupa tutur kata dan perbuatan yang

baik. Petunjuk tersebut kiranya dapat dipegang teguh dan dilaksanakan secara konsekuen oleh

para orang tua maupun para pendidik. Maka dengan cara demikian akhlak para remaja akan

terbina dengan baik. Berdasarkan dari uraian di atas, maka penulis tertarik untuk mengadakan

penelitian terutama yang berkaitan dengan peranan guru pendidikan agama Islam dalam

membina akhlak serta mengatasi masalah rosak akhlak yang dilakukan oleh pelajar-pelajar

Muslim Smk. Bundu Tuhan seperti kurang disiplin dalam mengerjakan solat, berkelahi, merokok

dan lain-lain. Maka penulis ingin meneliti dan mengkaji lebih jauh lagi persoalan tersebut

melalui sebuah penelitian dengan judul: “Peranan guru pendidikan Islam sebagai kaunselor

untuk mengatasi masalah rosak akhlak dikalangan pelajar Muslim. Satu kajian di Smk.

Bundu Tuhan”

1.3 Matlamat kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau peranan guru pendidikan Islam sebagai kaunselor untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak dikalangan pelajar muslim di Smk. Bundu Tuhan seterusnya mampu menyumbang ke arah meningkatkan pencapaian mereka dalam akademik. Ia juga meninjau sejauhmana keruntuhan akhlak pelajar boleh menyumbang ke arah kemerosotan pelajar muslim dalam pencapaian akademik.

1.4 Objektif kajian

Antara objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah ;1. Mengkaji peranan yang boleh dimainkan oleh guru pendidikan islam untuk mengatasi

masalah keruntuhan akhlak dikalangan remaja muslim di sekolah menengah.2. Menguji keberkesanan gabungjalin dakwah dan kaunseling dalam menyelesaikan masalah

keruntuhan akhlak pelajar Muslim. 3. Mengkaji kaunseling sebagai salah satu pendekatan da‘wah yang berkesan.4. Membina kerangka peranan guru pendidikan Islam dalam menerapkan nilai-nilai da‘wah

Islam dalam pelaksanaan proses kaunseling terhadap pelajar muslim yang bermasalah.5. Mengenalpasti adakah pendekatan kaunseling Islam diaplikasikan dalam pelaksanaan proses

kaunseling di Smk. Bundu Tuhan, Ranau.6. Mengenalpasti faktor masalah yang dihadapi dan tahap pengamalan ajaran Islam di kalangan

pelajar Muslim di sekolah seterusnya membantu mereka menghayati ajaran Islam yang sebenar.

7. Mengkaji samada masalah keruntuhan akhlak ada hubungkaitnya dengan masalah penurunan markah pelajar muslim dalam akademik.

1.5 Kajian terdahulu

Page 14: Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Kaunselor Untuk Mengatasi Masalah Rosak Akhlak Remaja Di Daerah Ranau

Setakat pembacaan pengkaji, belum ada kajian yang dilakukan membicarakan tajuk “ Peranan Guru pendidikan Islam sebagai kaunselor mengatasi masalah rosak akhlak di kalangan pelajar Muslim. Satu kajian di Smk. Bundu Tuhan, Ranau”. Walau bagaimanapun penulisan yang mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Kaunseling yang dijalankan oleh guru agama memang telah banyak dilakukan sama ada di dalam atau luar negara. Antaranya oleh Kamal Abdul Manaf (Kaunseling Islam), Amaludin Abdul Rahman (Perkhidmatan Kaunseling:pendekatan dalam hikmah berdakwah) 32, Muhammad Sayyid al-Wakil (Pendekatan dakwah al-Irsyad al-Nafsiy menurut al-Ghazali) 33, Abdul Karim Zaydan (Usul al-Da‘wah) 34, Abdullah Muhammad Zain, Che Yusof Che Mamat dan Ideris Endut (Prinsip dan Kaedah Da‘wah dalam Arus Pembangunan Malaysia) 35, Ab. Aziz Mohd. Zin (Pendekatan Da‘wah di Malaysia dalam Era Wawasan,36 Minhaj Da‘wah Masa Kini : Satu Pengenalan,37 Metodologi Da‘wah 38 dan sebagainya. Penelitian pengkaji ke atas bahan-bahan bacaan tersebut membuktikan bahawa perbincangan berkisar tentang persoalan uslub dan metode da‘wah alhikmah, al-maw‘izzah dan al-mujadalah serta wasilah penyampaian da‘wah dengan kata-kata, amalan dan sirah yang baik (al-sirah al-hasanah). Keadaan ini secara jelas menunjukkan bahawa meskipun sudah terlalu banyak penulisan dan karya yang membincangkan tentang pendekatan da‘wah tetapi belum ada kajian khusus yang dijalankan mengkaji pendekatan da‘wah al-irsyad al-nafsiyy.

Di samping itu, terdapat juga penulis yang mengkaji pendekatan da‘wah kontemporari iaitu dengan mengaitkannya dengan ilmu-ilmu semasa seperti psikologi, kaunseling dan komunikasi. Syafiei Abdul Rashid misalnya cuba menghubungkan ilmu psikologi dengan da‘wah dalam latihan ilmiahnya bertajuk Pendekatan Psikologi dalam Da‘wah. Beliau menekankan pentingnya penda‘wah membina hubungan baik serta memahami tingkahlaku mad‘u agar dapat menyelesaikan masalah mereka dengan berkesan. Pada beliau, kepincangan dalam melaksanakan da‘wah dapat diatasi sekiranya da‘i mengkaji tingkahlaku manusia sebelum memulakan da‘wah. 39 Shahrizal Abdullah dalam kajiannya bertajuk Program Komunikasi Da‘wah : Kajian Keperluan dan Prospek, cuba mencari hubungan ilmu da‘wah dengan komunikasi dari aspek tujuan komunikasi. Dalam amalan komunikasi biasa, tujuan komunikasi ialah mengharapkan adanya tindakbalas daripada sasaran melalui idea atau pesanan yang disampaikan oleh pengucap sehingga berlakunya perubahan sikap dan tingkahlaku yang diharapkan. Sedangkan tujuan komunikasi da‘wah mengharapkan berlakunya perubahan atau pembentukan sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan ajaran Islam.

1.6 Skop dan batasan kajian

a. Limitasi masa : Kajian perbandingan tentang statistic masalah disiplin pelajar muslim tahun 2005 dan 2010 / statistic perbandingan pelajar muslim yang mendapatkan khidmat kaunseling

b. Limitasi bidang kajian : kajian menumpukan kepada statistic disiplin pelajar muslim, factor-faktor masalah disiplin dan peranan guru pendidikan Islam memberikan kaunseling, kajian tidak member tumpuan kepada keberkesanan program yang dijalankan oleh guru pendidikan islam. Mengkaji pencapaian pelajar muslim yang berakhlak buruk dan berakhlak baik berdasarkan markah dalam peperiksaan penggal 1 dan peperiksaan akhir tahun.

Page 15: Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Kaunselor Untuk Mengatasi Masalah Rosak Akhlak Remaja Di Daerah Ranau

c. Limitasi lokasi kajian : Penyelidik membataskan kajian di satu lokasi iaitu Smk. Bundu Tuhan. Ini disebabkan ia dapat menjimatkan kos disamping kajian lebih terfokus. Penyelidikan ini tidak melibatkan perangkaan atau pembentukan dan penilaian polisi-polisi kerajaan dan tidak memerlukan penyelidikan ke serata tempat di seluruh Negara. Penyelidikan dijalankan dengan memilih sampel kajian iaitu 60 % pelajar Muslim yang dianggap mewakili jumlah sebenar pelajar muslim sebanyak 106 orang.

1.7 Kepentingan kajian

Ramai pelajar muslim yang terlibat dalam masalah disiplin dan keruntuhan akhlak seperti melawan guru, ponteng sekolah, merokok dan sebagainya mendapat markah yang cukup rendah dalam peperiksaan awam dan peperiksaan dalaman. Sehubungan dengan itu, pengkaji merasakan bahawa penyebab utama kemerosotan pencapaian akademik pelajar muslim di sekolah ini disebabkan oleh masalah disiplin dan masalah keruntuhan akhlak pelajar muslim di sekolah ini. Oleh sebab itu, antara lain tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji sejauhmana masalah disiplin pelajar menjejaskan pencapaian akademik mereka dan bagaimana guru pendidikan Islam dapat memberikan khidmat bimbingan kaunseling secara islamik kepada mereka. Pengkaji juga merasakan masalah keruntuhan akhlak pelajar muslim akan dapat di atasi seterusnya meningkatkan pencapaian akademik mereka dengan peranan yang dimainkan oleh guru pendidikan Islam sebagai kaunselor.

1.8 Metodologi kajian

1.9 Penutup

DEFINISI TAJUK

KONSEP, FALSAFAH DAN MATLAMAT KAUNSELING ISLAM

ROSAK AKHLAK DALAM KALANGAN REMAJA MUSLIM DAERAH RANAU

FAKTOR REMAJA MUSLIM ROSAK AKHLAK WUJUD

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU PENDIDIKAN ISLAM UNTUK MENGATASI MASALAH ROSAK AKHLAK DIKALANGAN REMAJA MUSLIM

ILMU YANG PERLU ADA KEPADA GURU PENDIDIKAN ISLAM UNTUK MENJADI KAUNSELOR YANG BERJAYA

I. Menguasai ilmu al-Quran dan hadisII. Menguasai ilmu teori dan aplikasi Kaunseling Islam dan kaunseling modenIII. Menguasai ilmu metodologi dakwah dan psikologi dakwahIV. Menguasai ilmu Pengurusan Organisasi Islam

Page 16: Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Kaunselor Untuk Mengatasi Masalah Rosak Akhlak Remaja Di Daerah Ranau

V. Menguasai ilmu multimedia samada media elektronik atau media cetakVI. Menguasai ilmu teknik pengurusan kewangan IslamVII. Menguasai ilmu bimbingan saudara baruVIII. Menguasai ilmu adab ikhtilafIX. Menguasai ilmu Fiqh siasahX. Menguasai ilmu perbezaan etnik, budaya dan adat

PENGGABUNGJALINAN DAKWAH DAN KAUNSELING UNTUK MENGATASI MASALAH ROSAK AKHLAK

MENGENAL PERSONALITI DARI PERSPEKTIF IMAM GHAZALI DAN KEPENTINGANNYA DARI SUDUT KAUNSELING KEPADA REMAJA YANG ROSAK AKHLAK

PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM

i. Mengenalpasti remaja bermasalahii.