sikap dan masalah guru pelatih dalam menjalani latihan...

9
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 3(2): 125-133 (1995) ISSN: 0128-7702 © Universiti Pertanian Malaysia Press Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan Mengajar ZAKARIA KASA dan ABDUL RAHMAN MD. AROFF Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor Daml Ehsan, Malaysia Kata kunci: latihan mengajar, guru pelatih, sikap, pendidikan perguruan ABSTRAK Latihan mengajar adalah aktiviti penting dalam program pendidikan perguruan. Melalui aktiviti ini, pelajar didedahkan kepada keadaan sebenar alam perguruan. Kajian ini cuba mengenal pasti sikap pelajar terhadap latihan mengajar dan masalah yang dihadapi semasa menjalani latihan tersebut. Populasi terdiri daripada guru pelatih UPM yang menjalani latihan mengajar pada semester Disember 1993/94. Teknik persampelan kelompok bersistematik digunakan untuk memilih sampel sejumlah 215 orang guru pelatih. Dapatan menunjukkan, secara keseluruhan guru pelatih mempunyai sikap yang positif terhadap latihan mengajar. Sikap terhadap latihan mengajar didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengalaman mengajar. Guru pelatih bukan bekas guru mempunyai sikap yang lebih positif terhadap latihan mengajar daripada guru pelatih bekas guru. Dapatanjuga menunjukkan guru pelatih mempunyai kesukaran untuk (I) mengajar dalam tempoh masa yang membolehkan pelajar memberi tumpuan sepenuhnya, (2) memilih alat bantu mengajar yang sesuai, (3) memilih kaedah mengajar yang sesuai, (4) mengetahui latar belakang setiap pelajar yang diajar, (5) mengingati semua nama pelajar yang diajar, (6) mengatasi masalah kewangan, (7) mengatasi masalah kerisauan, dan (8) menyediakan berbagai-bagai jenis soalan. Dua daripada masalah ini, iaitu kesukaran memilih alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang sesuai mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap latihan mengajar. ABSTRACT Practical teaching is an important component in the teacher education programme, as it exposes students to the actual teaching environment. A study was conducted to identity the attitude of student teachers towards practical teaching and the problems they faced during practicum. The population comprised UPM student teachers of the December semester 1993/94. The systematic cluster sampling technique was used to select the sample of 215 student teachers. The findings showed that, in general, student teachers have a positive attitude towards practical teaching; this attitude was found to have a significant relationship with teaching experience. Student teachers without teaching experience were found to have a more positive attitude towards practical teaching than those who had teaching experience. The findings also showed that student teachers found difficulties in (I) teaching with full concentration in the time frame given,(2) choosing appropriate audiovisual teaching aids, (3) choosing appropriate teaching methods, (4) knowing the background of every student that he/she taught, (5) remembering the names of all students he/she taught, (6) solving financial problems, (7) solving the problem of anxiety, and (8) preparing various types of questions. Two of these problems, i.e. the difficulties of choosing appropriate audiovidual teaching aids and teaching methods, had significant relationships with attitude towards practical teaching. PENDAHULUAN Latihan mengajar ada1ah komponen penting dalam program pendidikan perguruan. Melalui latihan mengajar, secara terus guru pelatih mengalami alam peketjaan yang akan diceburi setelah bergraduat. Latihan mengajar memberi guru pelatih kemahiran, sikap dan tanggung- jawab baru yang berbeza daripada apa yang mereka alami sebagai pelajar. Henry dan Beasley (1979) menyatakan latihan mengajar mempunyai dua dimensi. Dimensi pertama ialah hubungan sosial antara guru pelatih dengan penyelia, pengetua, guru pembimbing, guru lain di sekolah dan murid.

Upload: vuonghanh

Post on 05-Feb-2018

303 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan ...psasir.upm.edu.my/3081/1/Sikap_dan_Masalah_Guru_Pelatih_dalam... · pembimbingbanyak mempengaruhi tingkah laku guru pelatih

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 3(2): 125-133 (1995) ISSN: 0128-7702© Universiti Pertanian Malaysia Press

Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam MenjalaniLatihan Mengajar

ZAKARIA KASA dan ABDUL RAHMAN MD. AROFFFakulti Pengajian PendidikanUniversiti Pertanian Malaysia

43400 UPM Serdang, Selangor Daml Ehsan, Malaysia

Kata kunci: latihan mengajar, guru pelatih, sikap, pendidikan perguruan

ABSTRAKLatihan mengajar adalah aktiviti penting dalam program pendidikan perguruan. Melalui aktiviti ini, pelajardidedahkan kepada keadaan sebenar alam perguruan. Kajian ini cuba mengenal pasti sikap pelajar terhadaplatihan mengajar dan masalah yang dihadapi semasa menjalani latihan tersebut. Populasi terdiri daripadaguru pelatih UPM yang menjalani latihan mengajar pada semester Disember 1993/94. Teknik persampelankelompok bersistematik digunakan untuk memilih sampel sejumlah 215 orang guru pelatih. Dapatanmenunjukkan, secara keseluruhan guru pelatih mempunyai sikap yang positif terhadap latihan mengajar.Sikap terhadap latihan mengajar didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengalamanmengajar. Guru pelatih bukan bekas guru mempunyai sikap yang lebih positif terhadap latihan mengajardaripada guru pelatih bekas guru. Dapatanjuga menunjukkan guru pelatih mempunyai kesukaran untuk (I)mengajar dalam tempoh masa yang membolehkan pelajar memberi tumpuan sepenuhnya, (2) memilih alatbantu mengajar yang sesuai, (3) memilih kaedah mengajar yang sesuai, (4) mengetahui latar belakang setiappelajar yang diajar, (5) mengingati semua nama pelajar yang diajar, (6) mengatasi masalah kewangan, (7)mengatasi masalah kerisauan, dan (8) menyediakan berbagai-bagai jenis soalan. Dua daripada masalah ini,iaitu kesukaran memilih alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang sesuai mempunyai hubungan yangsignifikan dengan sikap terhadap latihan mengajar.

ABSTRACTPractical teaching is an important component in the teacher education programme, as it exposes students tothe actual teaching environment. A study was conducted to identity the attitude of student teachers towardspractical teaching and the problems they faced during practicum. The population comprised UPM studentteachers of the December semester 1993/94. The systematic cluster sampling technique was used to select thesample of 215 student teachers. The findings showed that, in general, student teachers have a positive attitudetowards practical teaching; this attitude was found to have a significant relationship with teaching experience.Student teachers without teaching experience were found to have a more positive attitude towards practicalteaching than those who had teaching experience. The findings also showed that student teachers founddifficulties in (I) teaching with full concentration in the time frame given,(2) choosing appropriateaudiovisual teaching aids, (3) choosing appropriate teaching methods, (4) knowing the background of everystudent that he/she taught, (5) remembering the names of all students he/she taught, (6) solving financialproblems, (7) solving the problem of anxiety, and (8) preparing various types of questions. Two of theseproblems, i.e. the difficulties of choosing appropriate audiovidual teaching aids and teaching methods, hadsignificant relationships with attitude towards practical teaching.

PENDAHULUANLatihan mengajar ada1ah komponen penting

dalam program pendidikan perguruan. Melalui

latihan mengajar, secara terus guru pelatih

mengalami alam peketjaan yang akan diceburi

setelah bergraduat. Latihan mengajar memberi

guru pelatih kemahiran, sikap dan tanggung-

jawab baru yang berbeza daripada apa yang

mereka alami sebagai pelajar.

Henry dan Beasley (1979) menyatakan

latihan mengajar mempunyai dua dimensi.

Dimensi pertama ialah hubungan sosial antara

guru pelatih dengan penyelia, pengetua, guru

pembimbing, guru lain di sekolah dan murid.

Page 2: Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan ...psasir.upm.edu.my/3081/1/Sikap_dan_Masalah_Guru_Pelatih_dalam... · pembimbingbanyak mempengaruhi tingkah laku guru pelatih

Zakaria Kasa dan Abdul Rahman Md. Aroff

Dimensi ini melibat~an interaksi guru pelatihatas dasar emosi d~n sosial. Hasil daripadahubungan ini timbul dalam diri guru pelatihsikap, nilai dan perasaan terhadap bidangperguruan. Dimensi kedua ialah prosespengajaran di mana guru pelatih mesti belajarprosedur asas untuk menentukan kandunganmata pelajaran yang hendak diajar danmembentuk dengan jayanya strategi pengajaran.Kedua-dua dimensi ini perlu dialami oleh gurupelatih kerana kedua-duanya adalah saripatilatihan mengajar yang tidak boleh dipisahkan.

Pada peringkat awal latihan mengajar, gurupelatih mungkin mengalami kerisauan. Tetapimasalah ini dapat dikurangkan setelah merekalama berada di sekolah. Sharpe (1970) mendapatiguru pelatih memulakan latihan mengajardengan perasaan tidak selamat dan ketakutan.Besar kemungkinan mereka mengalamikombinasi perasaan ingin tahu, pengharapandan kerisauan. Di samping itu, guru pelatih sukamengajar bukan sepertimana mereka diajar untukmengajar tetapi dengan cara yang mereka telahdiajar (Henry dan Beasley 1979). Zevin (1971)pula menyatakan guru pelatih suka meniru caramengajar guru pembimbing mereka, tanpamenghiraukan pandangan yang diberikan olehpenyelia. Seperson dan Joyce (1973) menyokongpandangan itu dengan menyatakan gurupembimbing banyak mempengaruhi tingkah lakuguru pelatih.

Semasa menjalani latihan mengajar,kebanyakan guru pelatih menghadapi masalah.Kajian tentang masalah yang dihadapi oleh gurupelatih menunjukkan masalah sahsiah adalahmasalah utama yang dihadapi oleh guru pelatih(Henry 1963). Selain itu, Henry menyatakanguru pelatihjuga mengalami masalah pengajaran.Tambahan, Cohen et al. (1972) mendapati diantara masalah yang dihadapi oleh guru pelatihialah menghiaskan bilik darjah supaya kelihatanlebih menarik, menyusun kandungan matapelajaran, memberi peluang kepada semua muridmelibatkan diri dalam aktiviti, dan menyediakanbahan yang membolehkan murid memahaminya.Satu lagi masalah yang selalu disuarakan olehguru pelatih ialah penyeliaan. Acheson dan Gall(1980) mendapati guru pelatih memang tidaksuka diselia, walaupun penyeliaan itu dianggapsebagai aktiviti penting dalam latihan mengajar.Terdapat guru pelatih yang memberi reaksi yangtidak baik terhadap penyeliaan. Walaubagaimanapun, Acheson dan Gall menyatakan

guru pelatih sebenarnya bukan tidak suka kepadapenyeliaan, tetapi mereka tidak suka kepada carapenyeliaan. Walau apapun, segala masalah yangdihadapi oleh guru pelatih semasa menjalanilatihan mengajar sedikit sebanyak mempengaruhisikap mereka terhadap latihan mengajar.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti sikap guru pelatih Universiti PertanianMalaysia (UPM) terhadap latihan mengajar danjuga masalah yang mereka hadapi semasamenjalani latihan mengajar. Selain itu, kajianinijuga bertujuan untuk menentukan sarna adaterdapat hubungan antara sikap guru pelatihterhadap latihan mengajar denganpernbolehubah latar belakang dan masalah yangdihadapi. Dapatan kajian ini boleh digunakanoleh pelbagai pihak yang terlibat dalampendidikan perguruan. Mereka yang bolehmemanfaatkan dapatan kajian ini termasuklahpenyelia, pensyarah, pengetua, guru pembimbingdan guru pelatih itu sendiri.

METODOLOGI

Populasi dan Sampel

Populasi kajian terdiri daripada guru pelatihyang rnenjalani latihan mengajar pada semesterDisernber 1993/94. Senarai nama guru pelatihyang terlibat dalam latihan mengajar pada se­mester tersebut diperoleh daripada UrusetiaLatihan Mengajar dan Praktikum Kaunseling(LMPK), Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.Sebanyak 430 orang guru pelatih menjalanilatihan mengajar pada semester tersebut.

Teknik persampelan rawak berkelompokbersistematik digunakan untuk memilih sampelkajian. Pemilihan dibuat berdasarkan programpengajian. Saiz sampel yang diperlukan untukpopulasi 430 orang ialah 203 orang (Krejcie danMorgan 1971). Untuk memenuhi keperluan saizsampel itu, 50% guru pelatih daripada setiapprogram pendidikan perguruan telah dipilihsecara rawak bersistematik (iaitu setiap namadalam senarai nama yang bernombor gar~jil

dipilih) untuk dijadikan sampel kajian yangbersaiz 215 orang.

Instrumentasi

Instrumen dibentuk untuk mendapat maklumattentang masalah yang dihadapi oleh guru pelatihsemasa menjalani latihan mengajar dan juga

126 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 3 No.2 1995

Page 3: Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan ...psasir.upm.edu.my/3081/1/Sikap_dan_Masalah_Guru_Pelatih_dalam... · pembimbingbanyak mempengaruhi tingkah laku guru pelatih

Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan Mengajar

untuk mengukur sikap mereka terhadap latihanmengajar. Sebanyak 80 item yang berupa aktivitiyang akan dilakukan oleh guru pelatih semasamenjalani latihan mengajar disenaraikan. Gurupelatih diminta menandakan daIjah kesukaranmereka dalam melakukan setiap aktiviti tersebut.Hanya aktiviti yang dikatakan oleh 50% gurupelatih dan lebih dianggap sebagai bermasalah.Skala bagi darjah kesukaran ialah 1 sebagai tidaksukar, 2 sedikit sukar, 3 sukar dan 4 sangatsukar. Skala bagi 1 dan 2 (iaitu tidak sukar dansedikit sukar) dan juga skala 3 dan 4 (iaitu sukardan sangat sukar) disatukan supaya menjadi tidaksukar dan sukar. Sebanyak 35 item telah dibentukuntuk mengukur sikap guru pelatih terhadaplatihan mengajar. Skala bagi setiap item ialah 5sebagai sangat setuju, 4 setuju, 3 tidak pasti, 2tidak setuju dan 1 sangat tidak setuju.

Instrumen yang dibentuk itu telah diberikankepada enam orang pensyarah di FakultiPengajian Pendidikan, UPM untuk memberipandangan. Tujuannya ialah untuk menentukankesahan muka dan kesahan kandunganinstrumen berkenaan. Instrumen itukemudiannya dikaji rintis dengan sekumpulan30 orang pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan,UPM yang akan keluar menjalani latihanmengajar dan mereka tidak dipilih sebagaisampel kajian. Kebolehpercayaan instrumenditentukan dengan menggunakan Cronbach al­pha. Pekali kebolepercayaan instrumen untukmengukur sikap guru pelatih terhadap latihanmengajar didapati .85 dan pekalikebolehpercayaan instrumen untuk menentukandaIjah kesukaran guru pelatih dalam melakukanaktiviti atau perkara tertentu semasa latihanmengajar didapati .83.

Analisis Data

Data telah dianalisis dengan menggunakanperisian SPSSPC+. Data deskriptif dianalisissebagai peratusan dan kecenderunganmemusat dengan menggunakan statistik yangsesuai denganjenis data. Pekali korelasi 'PointBiserial (r

ph)' diguna untuk menentukan

hubungan antara pemboleh ubah jantina,pengalaman mengajar dan masalah yangdihadapi dengan sikap terhadap latihanmengajar. Pekali Phi diguna untukmenentukan hubungan antara pemboleh ubahaktiviti yang bermasalah dengan jantina danpengalaman mengajar.

DAPATAN

Daripada 215 responden yang diharapkan, 173(80.5%) telah mengembalikan soal selidik.

Sembilan puluh orang (52.0%) daripadajumlahtersebut adalah lelaki dan 83 orang (48.0%)adalah perempuan. Sebanyak 105 orang (60.7%)adalah bekas guru dan 68 orang (39.3%) adalahbukan bekas guru.

Aktiviti yang Bermasalah

Daripada 80 pernyataan berkaitan dengan aktivitiyang dilakukan semasa menjalani latihanmengajar, lebih daripada 50% guru pelatihmenyatakan mereka menghadapi kesukaranuntuk melakukan lapan aktiviti berikut:

1) mengajar dalam tempoh mas a yangmembolehkan murid memberi tumpuansepenuhnya (VI),

2) memilih alat bantu mengajar yang sesuai(V2),

3) memilih kaedah mengajar yang sesuai (V3),4) mengetahui latar belakang setiap murid yang

diajar (V4) ,5) mengingati semua nama murid yang diajar

(V5),6) mengatasi masa1<ih kewangan (V6),7) mengatasi masalah kerisauan (V7), dan8) menyediakan berbagai-bagai jenis soalan (V8).

Dari segi jantina, lebih 50% guru pelatih

perempuan menyatakan mereka menghadapikesukaran dalam semua lapan aktiviti tersebut.Kebanyakan mereka terdiri daripada gurupelatih bukan bekas guru. Bagi guru pelatih

lelaki, lebih 50% daripada mereka menyatakansukar menyediakan berbagai-bagai jenissoalan, mengingati semua nama murid yang

diajar dan mengatasi masalah kewangan (lihatJadual 1).

Dari segi pengalaman mengajar, lebih 50%daripada guru pelatih bukan bekas gurumenyatakan mereka menghadapi kesukarandalam semua lapan aktiviti tersebut. Bagi gurupelatih bekas guru, lebih 50% daripada merekamenyatakan mereka hanya menghadapikesukaran untuk mengingati semua nama muridyang diajar dan rnengatasi masalah kewangan(lihat Jadual 2).

Pertanikaj. Soc. Sci. & Hum. Vol. 3 No.2 1995 127

Page 4: Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan ...psasir.upm.edu.my/3081/1/Sikap_dan_Masalah_Guru_Pelatih_dalam... · pembimbingbanyak mempengaruhi tingkah laku guru pelatih

)* Peratusan antara kumpulan lelaki elan perempuan)"* Peratusan elalarn kumpulan lelaki atau perempuan

~

NlC/)

'"'"...,OJ:l

r'"':-(/)o

"(/)p.p;o;:r:§

~""Z?,'"~

<.D<.D

'"

Jan tina

Lelaki(n=90)

Perempuan(n=83)

Da~jah

Kesukaran

Tielak sukar

Sukar

Tielak sukar

Sukar

JADUAL 1Aktiviti bermasalah mengikut jantina

Perkara

VI V2 V3 V4 V5 V6 V7 V8

49 46 49 53 50 45 35 37(59.8) " (59.0) (60.5) (67.1 ) (59.9) (54.9) (46.1) (54.4 )(54.4) "* (51.1 ) (58.9) (58.9) (55.6) (50.0) (50.0) (41.1)

41 44 41 37 40 45 55 53(45.1) (46.3) (44.6) (39.4) (44.9) (49.5 ) (56.7) (50.3 )(45.6) (48.9) (45.6) (41.1) (44.4) (50.0) (61.1) (58.9)

33 32 32 26 34 37 41 31(40.2) (41.0) (39.5) (32.9) (40.5 ) (45.1) (53.9) (45.6)(39.8) (38.6) (38.6) (31.3) (41.0) (44.6) (49.4) (37.3)

50 51 51 57 49 46 42 52(54.9) (53.7) (55.4) (60.6) (55.1) (50.5) (43.3) (49.5)(60.2) (61.4) (61.4) (68.7) (59.0) (55.4) (50.6) (62.7)

N

'",...~OJ'

~~p.0;:l

;J>up.

::..~:0-

S~

::J

~?-:>(3::1:!

Nota:

VI = Meng~ar elalam tempoh masa yang membolehkan muriel memberi tumpuan sepenuhnyaV2 = Mengatasi masalah kerisauanV3 = Memilih alat bantu mengajar yang sesuaiV4 = Memilih kaeelah mengajar yang sesuaiV5 = Menyeeliakan aJat bantu mengajarV6 = Menyeeliakan pelbagai jenis soalanV7 = Mengingati semua nama muriel yang eliajarVB = Mengatasi masalah kewangan

Page 5: Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan ...psasir.upm.edu.my/3081/1/Sikap_dan_Masalah_Guru_Pelatih_dalam... · pembimbingbanyak mempengaruhi tingkah laku guru pelatih

)" Peratusan antara kurnpulan lelaki dan perempuan)** Peratusan dalam kumpulan lelaki atau perempuan

Sukar

Bukan Bekas Tidak sukarGuru (n=68)

Mengajar dalarn tempoh masa yang rnembolehkan murid memberi tumpuan sepenuhnyaMengatasi masalah kerisauanMemilih alat bantu mengajar yang sesuaiMemilih kaedah mengajar yang sesuaiMenyediakan alat bantu mengajarMenyediakan pelbagai jenis soalanMengingati semua nama murid yang diajarMengatasi masalah kewangan

VJ;;;"''"0

0-

~

3:e;"'~oc2'"ll

"OJg:0­

"'OJ:33:"2."'~2.

~5'"';:l

3:"::>oq~.

"'.,

JADUAL 2Aktiviti bermasalah mengikut pengalaman mengajar

--Perkara

VI V2 V3 V4 V5 V6 V7 V8

56 54 55 57 56 53 45 48(68.3)* (69.2) (67.9) (75.2) (66.7) (64.6) (59.2) (70.6)

(53.3)** (51.4) (52.4) (54.3) (53.3) (50.5) (42.9) (45.7)49 51 50 48 49 52 60 57

(53.8) (53.7) (54.3) (51.1 ) (55. 1) (57.1) (61.9) (54.3)(46.7) (48.6) (47.6) (45.7) (46.7) (49.5 ) (57.1) (54.3)

26 24 26 22 28 29 31 20(31.7) (30.0) (32.1) (27.8) (33.3) (35.4) (40.8) (29.4)(38.2) (35.3) (38.2) (32.4) (41.2) (42.6) (45.6) (29.4)

42 44 42 46 40 39 37 48(46.2) (46.3) (45.7) (48.9) (44.9) (42.9) (38.1) (45.7)(61.8) (64.7) (61.8) (67.6) (58.8) (57.4) (54.4) (70.6)

DarjahKesukaran

Tidak sukar

Sukar

Bekas Guru(n=105)

PengalamanMengajar

Nota:

VIV2V3V4V5V6V7V8

<.>0

Z

"r-.:>

R":r:c:3

2:

~

<D<DU"'

'"ll~oj;:l;;;"'':-VJo!"'VJ0.

""<D

Page 6: Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan ...psasir.upm.edu.my/3081/1/Sikap_dan_Masalah_Guru_Pelatih_dalam... · pembimbingbanyak mempengaruhi tingkah laku guru pelatih

Zakaria Kasa dan Abdul Rahman Md. Aroff

Sikap TerhadajJ Latihan Mengajar

Dari segi sikap, secara keseluruhannya gurupelatih mempunyai sikap positif terhadap latihanmengajar (Min = 3.0, Sd = .50).

Hubungan Antam Pembaleh Ubah

Hubungan yang sangat rendah tetapi signifikanwujud antara kesukaran memilih alat bantumengajar yang sesuai dan memilih kaedahmengajar yang sesuai dengan jantina. Peratusguru pelatih perempuan yang menghadapimasalah tersebut adalah lebih banyak daripadaguru pelatih lelaki. Hubungan yang sangatrendah tetapi signifikan juga wujud antarakesukaran mengatasi masalah kerisauan, memilihkaedah mengajar yang sesuai dan mengatasimasalah kewangan dengan pengalaman mengajar(lihat Jadua1 3). Peratus guru pelatih bukanbekas guru didapati 1ebih banyak menghadapimasalah tersebut daripada guru pelatih bekasguru.

Dari segi hubungan antara sikap guru pe1atihterhadap 1atihan mengajar dengan jan tina,pengalaman mengajar dan aktiviti bermasa1ah,kajian mendapati (lihat Jadual 4):1) Jantina tidak mempunyai hubungan yang

signifikan dengan sikap guru pelatihterhadap latihan mengajar (r

ph= .04, p>.05).

Ini bermakna tidak terdapat perbezaan sikapterhadap latihan mengajar antara gurupelatih perempuan dan guru pelatih lelaki.

2) Pengalaman mengajar mempunyaihubungan sederhana yang signifikan dengansikap guru pelatih terhadap 1atihan mengajar(r

pb= .40, p<.05). Guru pelatih bukan bekas

guru didapati mempunyai sikap yang 1ebihpositif daripada guru pe1atih bekas guru(Min untuk guru pelatih bukan bekas guru= 3.2, dan min untuk guru pelatih bekasguru = 2.8).

3) Di antara perkara yang dinyatakan sukar,memilih kaedah yang sesuai (r

ph= .18, p<.05)

dan menyediakan alat bantu mengajar (rph

=

.18, p<.05) mempunyai hubungan yangsangat rendah tetapi signifikan dengan sikapguru pe1atih terhadap 1atihan mengajar.Guru pelatih yang tidak mengahadapikesukaran dalam perkara-perkara inididapati mempunyai sikap yang lebih positifterhadap 1atihan mengajar daripada gurupelatih yang menghadapi kesukaran (lihatJaduaI5).

PERBINCANGAN

Latihan mengajar adalah suatu program yangpenting dalam pendidikan perguruan. Semasamenjalani latihan mengajar, kedudukan gurupelatih bukan lagi sebagai seorang pelajar tetapimereka juga bukan seorang guru. Keadaan inimungkin disedari apabila mereka merasakanmurid yang diajar bukanlah murid mereka dansegala tindakan mereka mestilah dipersetujuioleh guru pembimbing atau pengetua sekolahterlebih dahulu (Henry dan Beasley 1979).Keadaan ini akan membuat mereka dalamkeadaan serba salah. Di samping itu, merekajuga menghadapi pelbagai masalah sepanjangtempoh menja1ani 1atihan mengajar. Ada diantara masalah itu, mereka tidak mempunyaicara untuk mengatasinya.

Untuk menge1ak daripada menghadapibanyak masalah semasa menjalani latihanmengajar, guru pelatih perlu mengenal pastimasa1ah yang mungkin dihadapi sebelummenjalani latihan mengajar dan kemudianmembuat satu rancangan yang logika1 untukmengatasinya. Penyelia, pengetua dan gurupembimbing boleh membantu mereka mengatasimasalah tersebut dengan memberi galakan,panduan dan pertolongan yang sewajarnya.

Kajian mendapati empat aktiviti yangberkaitan dengan pengajaran yang sukar diatasioleh guru pelatih terutamanya di kalangan gurupelatih perempuan bukan bekas guru. Aktivititersebut ialah memilih alat bantu mengajar yangsesuai, memilih kaedah mengajar yang sesuai,mengajar dalam tempoh masa yangmembolehkan murid memberi tumpuansepenuhnya, dan menyediakan pelbagai jenissoalan. Golongan guru pelatih ini juga didapatimenghadapi kesukaran untuk mengatasikerisauan. Keadaan ini timbu1 mungkin keranagolongan guru pelatih ini baru pertama kalimengalami keadaan sebenar a1am perguruan.Se1ain itu, pengajaran mereka diselia dan dinilaioleh penyelia daripada universiti dan pengetuasekolah. Oleh kerana harapan untuk betjayadalam 1atihan mengajar begitu tinggi,membuatkan, mereka merasa mempunyaikekurangan dan tidak cukup bersedia untukmengajar. Perasaan ini membuat mereka risauten tang pencapaian mereka da1am latihanmengajar. Jika prestasi pengajaran mereka tidakmemuaskan, keputusan penilaian akanmenjejaskan pencapaian mereka secara

130 Pertanika.J. Soc. Sci. & Hum. Vol. 3 No.2 1995

Page 7: Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan ...psasir.upm.edu.my/3081/1/Sikap_dan_Masalah_Guru_Pelatih_dalam... · pembimbingbanyak mempengaruhi tingkah laku guru pelatih

Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan Mengajar

JADUAL 3Hubungan antara jantina dan pengalaman mengajar dengan aktiviti bermasalah

Pemboleh ubah Aktiviti Bermasalah

Jantina

VI

15

V2

.13

V3

16 *

V4

.28*

V5

.]5

V6

.05

V7

.1l

V8

.04

Pengalaman Mengajar .14

Pekali korelasi Phi, * P < .05

Nota:

.16 * .14 .22 .]2 .08 .03 .]6 *

V] Mengajar dalam tempoh masa yang membolehkan murid memberi tumpuan sepenuhnyaV2 Mengatasi masalah kerisauanV3 Memilih alat bantu mengajar yang sesuaiV4 Memilih kaedah mengajar yang sesuaiV5 Menyediakan alat bantu mengajarV6 Menyediakan pelbagai jenis soalanV7 Mengingati semua nama murid yang diajarV8 Mengatasi masalah kewangan

keseluruhan kerana jumlah jam kredit yang besar(5 jam kredit) telah diperuntukkan untuk latihanmengajar.

Semasa menjalani latihan mengajar, gurupelatih terutamanya yang baru pertama kalimengajar, mungkin ingin cuba menggunakanapa yang dipelajari di universiti seperti kaedahmengajar dan cara memilih alat bantu mengajaryang baru. Tetapi apabila berada di dalamkeadaan sebenar di sekolah, mereka tidak dapatmengaplikasikan apa yang dipelajari itu, mungkinkerana keadaan di sekolah yang serbakekurangan. Di samping itu, mereka tidak dapatmencari alternatif baru untuk disesuaikan dengankeadaan. Sebaliknya, bagi kebanyakan gurupelatih bekas guru, mereka tidak berasa sukardengan keadaan itu. Ini mungkin kerana merekasudah biasa dengan keadaan di sekolah.Pengalaman mereka sebagai guru membantumereka menyesuaikan diri dengan keadaan disekolah. Walau bagaimanapun, golongan gurupelatih ini menunjukkan sikap dingin terhadaplatihan mengajar. Ini mungkin kerana merekaberasa latihan mengajar tidak banyakmenyumbang kepada perkembanganprofesionalisme mereka ataupun mungkinmereka berasa latihan mengajar mencabarkebolehan mereka mengajar, sedangkan merekaadalah guru berpengalaman. Walaupun mereka

mempunyai sikap dingin terhadap latihanmengajar, mereka dapat menunjukkan prestasiyang lebih cemerlang daripada guru pelatihbukan bekas guru. Ini menunjukkan merekahanya bersikap dingin terhadap latihan mengajartetapi masih mencintai profesion perguruan. Disamping itu mereka tidak menghadapi kesukarandalam menjalankan pelbagai aktiviti semasalatihan mengajar jika dibandingkan dengan gurupelatih bukan bekas guru. Ini menunjukkanpengalaman mereka sebagai guru, membantumereka dalam menjalani latihan mengajar.

CADANGAN

Berdasarkan kepada dapatan kajian, cadanganberikut disarankan:1) Perancang kurikulum pendidikan perguruan

perlu memikirkan cara menggabungjalinkankursus kaedah mengajar dengan kursusteknologi pendidikan. Tujuannya ialahsupaya pelajar dapat melihat dengan lebihjelas alat ban tu mengajar yang sesuaidigunakan dalam sesuatu kaedah mengajar.

2) Pensyarah kaedah mengajar dan jugateknologi pendidikan seharusnyamenunjukcara kaedah mengajar danpenggunaan alat bantu mengajar yang sesuaidengan isi pelajaran tertentu supaya pelajardapat menggunakannya dengan lebih baik

Pertanikaj. Soc. Sci. & Hum. Vol. 3 No.2 1995 131

Page 8: Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan ...psasir.upm.edu.my/3081/1/Sikap_dan_Masalah_Guru_Pelatih_dalam... · pembimbingbanyak mempengaruhi tingkah laku guru pelatih

Zakaria Kasa dan Abdul Rahman Md. Aroff

JADUAL 4Hubungan antara sikap guru pelatih terhadap latihan mengajar dengan

jantina, pengalaman mengajar dan aktiviti bermasalah (n = 173)

Pemboleh Ubah Hubungan

1. Jantina

2. Pengalaman mengajar

Signifikan(rpb)

.04

.39

(p)

.62

.00 *

3. Kesukaran mengajar dalam tempoh masayang membolehkan murid memberi tumpuansepenuhnya.

4. Kesukaran mengatasi masalah kerisauan

5. Kesukaran memilih alat bantuan mengajar yang sesuai.

6. Kesukaran memilih kaedah yang sesuai

7. Kesukaran menyediakan alat bantu mengajar.

8. Kesukaran menyediakan berbagai-bagai jenissoalan.

9. Kesukaran mengetahui latar belakang muridyang diajar.

10. Kesukaran mengingati nama murid yang diajar.

11. Kesukaran mengatasi masalah kewangan.

* p < .05Skala untuk sikap terhadap latihan mengajar:1 Tidak Setuju2 Kurang Setuju3 Setuju4 Sangat Setuju

.14 .07

.05 .49

.05 .49

.18 .02 *

.18 .02 *

.12 .12

.02 .74

.06 .43

.14 .07

Aktiviti Bermasalah

JADUAL 5Jadual min sikap guru pelatih terhadap latihan mengajar

mengikut kesukaran aktiviti (n = 173)

DaIjahKesukaran

Min

Memilih kaedah mengajar yang sesuai

Menyediakan alat bantuan mengajar

Skala untuk sikap terhadap latihan mengajar:

Tidak SukarSukar

Tidak SukarSukar

3.092.92

3.082.91

132

1234

Tidak SetujuKurang SetujuSetujuSangat Setl~u

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 3 No.2 1995

Page 9: Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan ...psasir.upm.edu.my/3081/1/Sikap_dan_Masalah_Guru_Pelatih_dalam... · pembimbingbanyak mempengaruhi tingkah laku guru pelatih

Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam Menjalani Latihan Mengajar

lagi. Pengajaran secara umum sesuatukaedah mengajar dan penggunaan alat bantumengajar tidak banyak membantu pelajardalam mengaplikasinya dalam pengajaranyang khusus. Begitujuga dengan pengajaransecara teori tentang sesuatu kaedah mengajaratau alat bantu mengajar tanpa diikutidengan menunjukcara penggunaannyamembuat pelajar tidak tahumenggunakannya apabila diperlukan. Alatbantu mengajar yang diajar atau digunakanbiarlah selaras dengan yang terdapat disekolah atau yang mudah diperoleh.

3) Guru pelatih seharusnya didedahkan lebihawal lagi di sekolah supaya mereka dapatmemahami alam persekolahan dengan lebihbaik sebelum menjalani latihan mengajar.Selain itu merekajuga seharusnya dibiarkanmembiasakan diJi dengan alam persekolahansebelum mereka diselia.

4) Penyelia haruslah menyelia guru pelatihdalam keadaan yang tenang. Masa perludiperuntukkan secukupnya untuk beradabersama-sama dengan guru pelatihsepanjang tempoh pengajaran mereka danjuga perbincangan sebelum dan selepaspengajaran. Malah Hedges (1989)mencadangkan agar penyelia seharusnyabersama-sama dengan guru pelatihmenentukan tarikh dan masa yang sesuaiuntuk penyeliaan. Tujuannya ialah untukmengelak guru pelatih daripada mengalamiperasaan ketegangan dan kerisauan.

5) Menurut Acheson dan Gall (1980), gurupelatih bukan tidak suka kepada penyeliaantetapi mereka sebenarnya tidak suka kepadacara penyeliaan. Oleh itu, adalah baiksekiranya penyelia mengikuti kursus untukmempertingkat teknik dan cara penyeliaanmereka supaya disenangi oleh guru pelatih.Tujuannya juga ialah untuk mengelakketegangan dan kerisauan di kalangan gurupelatih.

6) Guru pelatih seharusnya menyiapkan dirimereka dari segi kewangan dan pelbagaikeperluan lain sebelum menjalani latihanmengajar supaya masalah yang berkaitandapat dielakkan.

7) Guru pelatih bekas guru disyor supayadikecualikan daripada menjalani latihanmengajar. Kajian menunjukkan mereka

mempunyai sikap yang dingin terhadaplatihan mengajar tetapi mendapat keputusanyang baik dalam latihan meng<Uar. Inibermakna mereka boleh menggunakanpengalaman mereka untuk me~alani latihanmengajar. Walau bagaimanapun, merekamerasakan latihan mengajar kurang sesuaiuntuk mereka yang sudah biasa dengan alampersekolahan. Program latihan mengajar,walau bagaimanapun perlu diadakan untukguru pelatih bukan bekas guru supayamereka dapat mengalami alam persekolahansebagai seorang guru sebelum mereka benar­benar layak menjadi guru.

RUJUKAN

ARCHESON, K.A. and M.D. GALL. 1980. Techniques inthe Clinical Supervision of Teachers: P1"eservice andfnservice AIJplications. New York: Longman.

COHEN, M.W. et al. 1972. Dimensions of elementaryschool student teacher concerns. .Journal ofExperimental Education 41: 6-10.

HEDGES, L.E. 1989. Supervising the Beginning Teacher:An AJfinning Approach. Danville, Ill: Interstate

HE:-<RY, MARVlN A. 1963. The relationship of difficul­ties of student teachers to selected aspects ofthe professional sequence of education. Indi­ana University, Bloomington, Indiana.

HENRY, M.A. and W.W. BEASLEY. 1979. SupervisingStudent Teachers the Professional Way: A Guidefor CoolJerating Teachers. Terre Haute, IN: Syca­more Press.

KREICIE, RV. and MORGAN, D.W. 1970. Determiningsample size for research. Educational and Psy­chological Measurem.ent 30: 607-610.

SEPERSON, M.A. and B.R.JoYCE. 1973. Teaching stylesof student teachers as related to those of theircooperating teachers. Educational LeadershipResearch Supplem.ent 31: 146-151.

SHARPE, D.M. 1970. A Brief Guide to Secondmy StudentTeaching. Terre Haute, IN: Indiana State Uni­versity.

ZEVIN, J. 1971. In the cooperating teacher's image:Convergence of social studies student teach­ers' behavior pattern with cooperating teach­ers' behavior patterns, ERIC # ED 087781.

(Diterima 13 }\lIar 1995)

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 3 No.2 1995 133