pembangunan profesionalisme keguruan … hartini binti... · pengajaran. di samping itu, proses ini...

44
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN MENERUSI PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL NADIA HARTINI BINTI MOHD ADZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vutruc

Post on 03-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN MENERUSI

PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU

PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

NADIA HARTINI BINTI MOHD ADZMI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

PSZ 19 : 16 : (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN MENERUSI

PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

SESI PENGAJIAN : 2013/2014 Saya NADIA HARTINI BINTI MOHD ADZMI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang

telah ditentukan oleh organisasi/badan dimana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PELAJAR) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Dr. Mohd Zolkifli Bin Abdul Hamid No 14 Lorong Cikgu Suri, Nama Penyelia Kampung Bakap Baru, 31000 Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan Tarikh: Tarikh:

Page 3: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)”

Tandatangan : ..................................................

Nama Penyelia : ..................................................

Tarikh : ...................................................

Page 4: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

i

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN MENERUSI

PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU

PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

NADIA HARTINI BINTI MOHD ADZMI

Tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

DISEMBER 2013

Page 5: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ..............................

Nama Penulis : Nadia Hartini Binti Mohd Adzmi

Tarikh : Disember 2013

Page 6: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan

Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, bersyukur ke

hadrat Allah SWT kerana dengan KurniaanNya daku masih lagi teguh berdiri dalam

perjuangan mencari ilmu demi meraih mardhotillahNya.

Buat mama dan abah, Mohd Adzmi Bin Saidin dan Sarina Binti Mohd Isa

Terima kasih kerana tidak pernah jemu memberi sokongan dan membantu diri ini dalam menempuh setiap dugaan dengan doa dan restu. Juga teristimewa buat ibu

mertuaku, Jawiah binti Mohamed.

Teristimewa juga ucapan terima kasih kepada suamiku Ami Hassan Bin Md Din

yang sentiasa berada disisi menyokong dan membantuku.

Tidak lupa buat ketiga-tiga anak ummi yang tercinta Durratul Arina Batrisya, Muhammad Ahnaf Naufal dan Muhammad Habil Afifi

yang sabar dengan kesibukkan ummi yang kurang meluangkan masa untuk dirimu sayang dalam mengharungi kehidupan sebagai pelajar.

Seterusnya buat penyelia yang disanjungi Dr. Mohd Zolkifli Bin Abdul Hamid

yang tidak pernah jemu membantu dan memberi nasihat serta teguran dalam menyiapkan tesis ini.

Tidak di lupakan teman seperjuangan yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan membantu di saat diri ini memerlukan pertolongan dalam menyiapkan tesis ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada kalian semua. Semoga kejayaan ini menjadi

milik kita semua, InsyaAllah. Ameen

Page 7: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya dapat saya

menyiapkan penyelidikan ini sebagaimana yang telah dirancangkan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan

jutaan terima kasih kepada Dr. Mohd Zolkifli Bin Abdul Hamid selaku penyelia

kajian ini yang begitu banyak mencurahkan ilmu, tunjuk ajar serta nasihat yang amat

bermanfaat dalam menyempurnakan kajian ini.

Jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa, suami, anak dan semua ahli

keluarga yang banyak memberi sokongan, bantuan dan dorongan sepanjang proses

penyelidikan ini dijalankan.

Sekalung penghargaan saya titipkan buat kesemua partisipan kajian iaitu

guru-guru pendidikan teknik dan vokasional yang sudi memberikan kerjasama

sewaktu kajian ini dijalankan. Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan

seperjuangan dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam

menjayakan kajian ini.

Wassalam, Sekian Terima Kasih

Page 8: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meneroka bagaimana pembangunan profesionalisme keguruan boleh dicapai menerusi penyeliaan pengajaran dan merungkai lebih lanjut pendekatan penyeliaan pengajaran yang diamalkan oleh penyelia. Dalam pada itu, penelitian juga akan dibuat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan pengajaran yang membawa kepada pembangunan profesionalisme keguruan dalam kalangan guru-guru Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Ini diikuti dengan konsekuennya terhadap bantuan yang diberikan oleh penyelia untuk membangunkan tahap profesionalisme keguruan dalam kalangan guru-guru PTV. Unit analisis yang dikaji adalah guru-guru PTV yang telah mempunyai pengalaman secara langsung menjalani proses penyeliaan pengajaran. Kajian ini dijalankan secara kualitatif di mana seramai empat orang patisipan guru-guru PTV dari Kolej Vokasional sekitar Johor Bahru terlibat dalam kajian ini. Bersandarkan kepada dapatan kajian, penyeliaan pengajaran merupakan suatu proses yang membantu ke arah menambahbaik amalan pengajaran guru-guru PTV dan seterusnya membangunkan tahap profesionalisme keguruan. Melalui proses penyeliaan pengajaran, guru-guru PTV dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka dalam melaksanakan pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, dibimbing untuk merancang dan memperbaiki pengajaran serta seterusnya meneroka konteks spesifik dalam pengajaran.

Page 9: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to explore how teachers' professional development can be achieved through instructional supervision. The aspects studied include identifying the approach used by the supervisor and to know the activities of supervision that led to the development of professionalism among the PTV teachers. Researcher are also exploring the techniques given by the supervisor to develop a level of professionalism among the PTV teachers. Unit analysis of this study are technical and vocational teachers who have had direct experience through the instructional supervisory process. This study was conducted as a qualitative research and involving four PTV teachers from vocational college around Johor Bahru. The results showed supervision is a process that helps to improve the teaching practices of PTV teachers. Through this process, PTV teachers will know their strengths and weaknesses in the implementation of teaching. In addition, this process also allows PTV teachers make problem solving, guided to design and improve the teaching and further explore the specific context of teaching.

Page 10: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

vii

ISI KANDUNGAN

BAB MUKA SURAT

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

SENARAI SINGKATAN xvi

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 13

1.4 Objektif Kajian 14

1.5 Persoalan Kajian 15

1.6 Kepentingan Kajian 16

1.6.1 Guru-guru PTV 17

1.6.2 Pentadbir Sekolah 17

1.6.3 Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

(BPTV) 18

1.6.4 Penyelidik 18

1.7 Skop dan Batasan Kajian 18

1.8 Definisi Operasional 19

1.8.1 Pembangunan Profesionalisme Keguruan 19

1.8.2 Penyeliaan Pengajaran 21

1.8.3 Penyelia 21

1.8.4 Guru-guru PTV 22

Page 11: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

viii

1.8.5 Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) 22

1.9 Kerangka Konsep Kajian 23

1.10 Penutup 25

2 SOROTAN KAJIAN 26

2.1 Pengenalan 26

2.2 Cabaran Terhadap Proses Pengajaran Guru 27

2.2.1 Faktor Kecerdasan Pelbagai 28

2.2.2 Implikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Ke

Atas Proses Pengajaran Guru 30

2.2.3 Faktor Perbezaan Individu 31

2.2.4 Implikasi Perbezaan Individu Ke Atas

Proses Pengajaran Guru 33

2.2.5 Kepelbagaian Sosio-budaya 34

2.3 Penyeliaan Pengajaran 36

2.3.1 Aktiviti-aktiviti Dalam Penyeliaan Pengajaran 38

2.4 Model Penyeliaan Pengajaran 39

2.4.1 Model Penyeliaan Klinikal 42

2.4.1.1 Konferensi Pra Pemerhatian 43

2.4.1.2 Pemerhatian Pengajaran 44

2.4.1.3 Analisis Pasca Pemerhatian 47

2.4.1.4 Konferensi Pasca Pemerhatian 48

2.4.1.5 Analisis Pasca Konferensi 50

2.4.2 Model Penyeliaan Konseptual 51

2.4.3 Model Penyeliaan Kontekstual 51

2.4.4 Model Penyeliaan Developmental 53

2.4.4.1 Kawalan Langsung (Directive Control) 54

2.4.4.2 Kawalan Bermaklumat (Directive 54

Informational)

2.4.4.3 Kolaborasi (Collaboration) 55

2.4.4.4 Delegasi (Non-directive) 55

2.4.5 Model Penyeliaan Diperbezakan (Differentiated) 56

2.5 Pembelajaran Orang Dewasa 56

2.5.1 Teori Berasaskan Ciri-ciri Orang Dewasa 57

Page 12: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

ix

2.5.2 Teori Berasaskan Situasi Hidup Orang Dewasa 62

2.5.3 Teori Berasaskan Perubahan Kesedaran 64

2.6 Model Pembangunan Profesionalisme Keguruan 67

2.6.1 Model Arahan-Kendiri 68

2.6.2 Model Pemerhatian-Penilaian 70

2.6.3 Model Pembangunan-Penambahbaikan 72

2.6.4 Model Latihan 74

2.6.5 Model Inkuiri 75

2.7 Pengajaran Reflektif dan Perkembangan Profesionalisme

Keguruan 77

2.7.1 Reflektif Sebagai Pengantaraan Tindakan 80

2.7.2 Reflektif Sebagai Membuat Pertimbangan 80

2.7.3 Reflektif Sebagai Pembinaan Semula Pengalaman 81

2.7.4 Model Pengajaran Reflektif 81

2.7.4.1 Dimensi Mencintai Pengajaran 82

2.7.4.2 Dimensi Berasaskan Pengetahuan 82

2.7.4.3 Dimensi Etika Profesional 83

2.7.4.4 Dimensi Pendekatan Konstruktif

Kepada Pembelajaran 83

2.7.4.5 Dimensi Menyelesaikan Masalah Dengan

Kemahiran Seni 84

2.7.4.6 Dimensi Sikap Siasatan Pada Pendidik 84

2.8 Strategi Pengajaran 85

2.8.1 Strategi Pemerhatian 86

2.8.2 Strategi Mediatif 86

2.8.3 Strategi Generatif 86

2.8.4 Strategi Direktif 87

2.8.5 Strategi Konteks Luaran 87

2.8.6 Strategi Kolaboratif 88

2.8.7 Strategi Metakognitif 88

2.9 Penerangan Mengenai Kerangka Konsep Kajian 89

2.10 Penutup 91

Page 13: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

x

3 METODOLOGI KAJIAN 92

3.1 Pengenalan 92

3.2 Rekabentuk kajian 93

3.3 Populasi dan Sampel kajian 94

3.4 Kaedah Pengumpulan data 95

3.5 Kajian Rintis 98

3.6 Analisis Data 99

3.6.1 Peringkat Pertama: Membiasakan diri dengan data 101

3.6.2 Peringkat kedua; Menjana kod awal 101

3.6.3 Peringkat ketiga: Mencari tema 102

3.6.4 Peringkat keempat: Mengkaji tema 102

3.6.5 Menentukan dan menamakan tema 103

3.6.6 Menghasilkankan laporan 103

3.7 Kesimpulan 104

4 DAPATAN KAJIAN 105

4.1 Pengenalan 105

4.2 Analisis Demografi 106

4.2.1 Patisipan Guru Pendidikan Teknik dan

Vokasional (GPTV) 106

4.2.2 Penyelidik (PK) 109

4.3 Analisis Data Temubual 110

4.3.1 Membiasakan diri dengan data 110

4.3.2 Menjana kod awal 111

4.3.3 Mencari tema 112

4.3.4 Mengkaji semula tema 113

4.3.5 Menentukan tema dan menamakan tema 114

4.3.6 Menghasilkan laporan 116

4.4 PK (i)(a): Apakah pandangan guru PTV berhubung 118

penyeliaan pengajaran dalam membantu ke arah

pembangunan profesionalisme keguruan?

4.5 PK (i)(b): Apakah kefahaman guru PTV berkenaan 120

pembangunan profesionalisme keguruan?

Page 14: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

xi

4.6 PK (i)(c):Bagaimanakah pembangunan profesionalisme 122

keguruan boleh dicapai menerusi penyeliaan pengajaran?

4.7 PK (ii)(a): Apakah bentuk amalan penyeliaan 123

pengajaran yang dilakukan oleh penyelia terhadap

GPTV?

4.8 PK (ii)(b): Apakah pendekatan yang digunakan oleh 126

penyelia dalam mendekati GPTV semasa

melakukan proses penyeliaan pengajaran?

4.9 PK (iii)(a): Apakah aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan 128

pengajaran yang telah dilakukan oleh penyelia

bagi membangunkan tahap profesionalisme GPTV

dalam pengajaran?

4.10 PK (iii)(b): Adakah aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan 129

pengajaran membantu GPTV dalam proses pengajaran?

4.11 PK (iv)(a): Apakah strategi khusus yang digunakan oleh 131

penyelia bagi membantu GPTV membangunkan tahap

profesionalisme mereka dalam pengajaran?

4.12 PK (iv)(b): Adakah GPTV mengaplikasikan strategi 134

khusus tersebut dalam proses pengajaran?

4.13 PK (iv)(c): Adakah strategi lain yang boleh 135

dimanfaatkan oleh GPTV dalam meningkatkan kualiti

pengajaran mereka?

4.14 Rumusan 138

4.15 Penutup 140

5 ANALISIS DATA 141

5.1 Pengenalan 141

5.2 Transkrip Temubual 141

5.2.1 Penyelidik Dengan Guru Pendidikan Teknik 142

dan Vokasional

5.2.1.1 Transkrip di bawah memaparkan 142

temubual di antara Penyelidik dengan

GPTV1

5.2.1.2 Transkrip di bawah memaparkan temubual 151

Page 15: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

xii

di antara Penyelidik dengan GPTV2

5.2.1.3 Transkrip di bawah memaparkan temubual 161

di antara Penyelidik dengan GPTV3

5.2.1.4 Transkrip di bawah memaparkan temubual 172

di antara Penyelidik dengan GPTV4

5.3 Rumusan 183

6 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 184

6.1 Pengenalan 184

6.2 Perbincangan Dapatan Kajian 185

6.2.1 Mengenalpasti bagaimana pembangunan 185

profesionalisme keguruan boleh dicapai menerusi

penyeliaan pengajaran

6.2.2 Pendekatan yang digunakan oleh penyelia dalam 187

mendekati guru PTV semasa melakukan proses

penyeliaan pengajaran

6.2.3 Aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan pengajaran yang 189

menyumbang ke arah pembangunan profesionalisme

keguruan

6.2.4 Bantuan yang diberikan oleh penyelia 191

untuk membangunkan tahap profesionalisme

keguruan dalam kalangan guru-guru PTV

6.3 Implikasi Kajian 193

6.4 Cadangan Kajian Lanjutan 194

6.5 Kesimpulan 195

RUJUKAN 197

LAMPIRAN 206

Page 16: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

xiii

SENARAI JADUAL

No TAJUK M/S

2.1

4.1

Transformasi pengarahan penyelia dengan

penyeliaan kontektual (Ralph, 1998)

Latar belakang pendidikan, opsyen,

pengalaman mengajar dan kekerapan diselia

guru pendidikan teknik dan vokasional

52

106

Page 17: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

xiv

SENARAI RAJAH

No TAJUK M/S

1.1 Kerangka Konsep Kajian 24

2.1

2.2

2.3

2.4

3.1

Rangka Kerja Bagi “Supervisory options for

instructional leaders” (SOIL) Model

(Stephens dan Waters, 2009)

Kerangka Konseptual Ciri-ciri Orang

Dewasa Sebagai Pelajar (Sumber: Cross,

1981 Dalam Amin Senin, 2008)

Amalan bagi perspektif reflektif

Model Pengajaran reflektif Enam Dimensi

Carta Alir Peringkat Analisis Tematik

(Sumber: Braun dan Clarker, 2006)

42

61

79

82

100

Page 18: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK M/S

LAMPIRAN A Surat pengesahan Status Pelajar 207

Surat kelulusan Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan

208

Surat Kelulusan Jabatan Pelajaran

Negeri

209

LAMPIRAN B Intrumen Temubual 211

LAMPIRAN C Pengekodan dan Interpretasi Kod

Data Kajian

213

Page 19: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

xvi

SENARAI SINGKATAN

BPTV : Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional

DVM : Diploma Vokasional Malaysia

ERAS : Educational Research Application System

FPK : Falsafah Pendidikan Kebangsaan

GPTV : Guru Pendidikan Teknik dan Vokasional

IQ : Kecerdasan Intelektual

JPN : Jabatan Pelajaran Negeri

KV : Kolej Vokasional

PK : Penyelidik

PTV : Pendidikan Teknik dan Vokasional

SKM : Sijil Kemahiran Malaysia

SMV : Sekolah Menengah Vokasional

SOIL : Supervisory Options for Instructional Leader

Page 20: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Istilah pembangunan profesionalisme keguruan menurut Wood dan

Thompson (1993) ditafsirkan sebagai produk berbentuk peningkatan personal dengan

matlamat untuk mengembangkan serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan

baru yang memberi penekanan terhadap kesediaan, latihan dalaman, perancangan,

perlaksanaan dan pemantapan. Guskey (2000) pula melihat aspek pembangunan

profesionalisme keguruan sebagai produk dan juga proses bagi memperkembangkan

lagi pengetahuan profesional, kemahiran serta tingkah laku pendidik agar mereka

berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar. Sementara itu, Glatthorn (1995)

mendefinisikan pembangunan profesionalisme keguruan sebagai hasil yang tercapai

melalui pertambahan pengalaman serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dilakukan secara sistematik. Menurut Hoyle (1982), pembangunan profesionalisme

keguruan adalah satu proses di mana guru-guru secara berterusan memperdalamkan

lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memastikan

keberkesanan proses pencerapan pembelajaran oleh pelajar.

Page 21: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

2

Umumnya, guru adalah individu yang sentiasa berkembang pada pelbagai

tahap. Perkembangan ini merujuk kepada pembangunan guru dalam aspek kognitif,

afektif, emosi dan jasmani. Pada asasnya, keberkesanan proses pengajaran guru

bukan hanya bergantung terhadap kepakaran guru dalam pengetahuan kurikulum

semata-mata, malah guru juga sewajarnya mempunyai kemahiran pedagogi,

kecekapan mengurus, empati serta refleksi terhadap pelajar. Maka, agenda

pembangunan profesionalisme keguruan dilihat merupakan elemen yang amat

penting untuk dijana bagi memastikan keberhasilan pembelajaran pelajar. Hal ini

didokong lantaran pelajar yang berkualiti lahir daripada guru yang berkualiti.

Tambahan pula, keberkesanan proses pembelajaran pelajar secara amnya banyak

bergantung kepada faktor guru. Ini kerana, guru bertindak sebagai pemangkin utama

kecemerlangan pelajar kerana mereka merupakan agen penyebaran kemahiran dan

pengetahuan tertentu. Lanjutan daripada itu, kejayaan proses pengajaran turut

dipengaruhi oleh kebijaksanaan guru dalam mempraktikkan teknik atau kaedah yang

berkesan serta berupaya memilih bahan bantu mengajar yang dapat merangsang

pelajar untuk berinteraksi dan berfikir.

Menurut Abdul Ghani (2009), pertumbuhan dan pembangunan

profesionalisme keguruan didefinisikan sebagai semua pengalaman pembelajaran

formal dan informal guru, menyokong keberkesanan pengajaran secara berterusan

sambil melaraskan ciri dinamik persekitaran sekolah. Pertumbuhan ini merangkumi

aktiviti:

I. Ditujukan kepada semua guru tanpa mengira tahap perkembangan dan tahap

profesional mereka.

II. Bersifat jangka panjang, sistematik dan tersusun serta berorientasikan

penambahbaikan pencapaian pelajar.

III. Menerapkan penjelajahan kemahiran, pengetahuan serta sikap keintelektualan

kekal aktif.

Page 22: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

3

IV. Menggalakkan usaha bagi mencapai matlamat kecemerlangan profesional dan

personal.

V. Memberikan bantuan kepada guru untuk berada pada tahap terkini berhubung

perkembangan kurikulum.

Menurut Abdul Ghani (2009), proses pembangunan profesionalisme

keguruan mempunyai kesan positif yang penting pada amalan dan kepercayaan guru,

pembelajaran pelajar serta perlaksanaan reformasi pendidikan. Maka, antara objektif

utama pembangunan profesionalisme keguruan adalah bertujuan untuk meningkatkan

kualiti serta mutu pengajaran dan pembelajaran ke atas pelajar. Justeru itu, aspek

pembangunan profesional guru perlu diberikan perhatian sewajarnya merangkumi

perkembangan guru sebagai saluran maklumat, pengetahuan serta kemahiran,

perkembangan guru dalam aspek pembangunan kendiri yang berfokus kepada guru

dalam memahami diri sendiri, dan perkembangan guru dalam konteks perubahan

ekologi di mana suasana persekitaran kerja diberikan penekanan.

Sehubungan dengan itu, untuk membangunkan profesionalisme keguruan,

beberapa pendekatan boleh digunakan di antaranya menerusi penyeliaan pengajaran.

Penyeliaan pengajaran ke atas guru-guru dilihat amat penting khususnya dalam

memberi maklum balas terhadap kekuatan dan kelemahan seseorang guru ketika

menjalankan tugas. Lovell dan Wiles (1983) menyatakan, penyeliaan pengajaran

mencetuskan komunikasi dua hala di antara guru dan penyelia di mana penyelia

membantu guru menjadi lebih berkesan dan secara tidak langsung penyelia menjadi

lebih efisyen melalui perundingan dengan guru serta penambahbaikan personal.

Pernyataan ini disokong oleh Abdul Rahman (2011) yang menyatakan

perkembangan profesional berlaku kepada kumpulan guru yang berkembang secara

profesional serta bekerjasama bagi memastikan sekolah berfungsi dengan berkesan

dan pelajaranya belajar dengan baik.

Secara khususnya, pembangunan profesionalisme keguruan menerusi

penyeliaan pengajaran yang berkesan mampu untuk dicapai. Dalam konteks ini,

penyelia berperanan untuk membentuk serta meneroka kemahiran berfikir dalam

Page 23: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

4

kalangan guru di mana penyelia membantu guru membuat analisis pengajaran di

dalam kelas dan memberi kesedaran memilih untuk melakukan perubahan. Abdul

Ghani (2009) menyatakan perubahan bermaksud memudahkan persekitaran di dalam

kelas sambil mengiktiraf perbezaan pelajar, namun pada masa yang sama masih

mengekalkan peranan rutin. Dalam proses ini, bagi memastikan keberhasilan

pengajaran memerlukan guru sedikit autonomi serta pemikiran fleksibel yang boleh

dibentuk menerusi proses penyeliaan pengajaran yang berkesan. Hal ini turut

disokong oleh Abdul Rahman (2011) yang menyifatkan penyelia bukan sahaja

memberi maklum balas kepada prestasi semasa guru, bahkan perlu menggalakkan

penglibatan lebih luas berkenaan pemikiran profesional berautonomi dan tindakan

kolektif guru, agar budaya kebersamaan profesional boleh dicapai.

Sementara itu Amin Senin (2008) menyatakan pembangunan profesional guru

telah diakui sebagai komponen teras sebarang perubahan dalam pendidikan

khususnya usaha-usaha meningkatkan prestasi sekolah. Malah, Wideen (1992) juga

menyatakan pelan perubahan dalaman sekolah mestilah didukung dengan pelan

pembangunan profesional. Justeru itu, penyelia boleh membantu guru dalam bentuk

penerangan dan kenyataan mudah, maklum balas yang tetap, memberikan bimbingan

secara berulang kali dan berterusan semasa sesi perbincangan serta memberikan

sokongan dalam pembentukan kemahiran mengajar secara berturutan. Lanjutan itu,

penyelia boleh mempromosikan kesedaran, stimulasi, keyakinan, sikap dan

keprihatinan guru dengan berasaskan pelbagai bahan rujukan bagi meningkatkan

kualiti pengajaran ke atas pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan adalah bidang profesional yang dinamik. Maka, guru perlu

sentiasa memperbaharuhi dan membentuk kefahaman tentang bagaimana seseorang

itu belajar, tentang struktur dan prosedur yang menyumbang terhadap keberkesanan

Page 24: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

5

persekitaran pembelajaran (Amin Senin, 2008). Oleh itu, usaha ke arah

pembangunan profesionalisme keguruan dilihat merupakan elemen yang amat

penting dalam melonjakkan prestasi dan kompetensi guru Pendidikan Teknik dan

Vokasional (PTV) selaku tenaga pengajar yang berkaliber dan berwibawa. Hal ini

berikutan, tahap profesionalisme seseorang guru itu merupakan indikator dalam

menentukan dan menilai sejauh mana kemampuan mereka mengendalikan

pengajaran secara berkesan. Mohd Rom dan Johan (2012) menyatakan, kebanyakan

guru-guru kini tidak dapat memainkan peranan mereka selaku penyampai maklumat

dan sumber pengetahuan yang baik ke atas pelajar. Menurut Mohd Rom dan Johan

(2012) lagi, faktor ini terjadi ekoran kebanyakan guru-guru beranggapan peranan

mereka hanya tertumpu secara teknikalnya untuk memastikan silibus matapelajaran

berjaya dihabiskan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa mengambil kira tahap

pemahaman dan keperluan setiap pelajar.

Rentetan daripada itu, Abdul Ghani (2009) pula berpendapat pelajar-pelajar

hari ini dilihat seolah-olah menerima desakan dan asakan guru bagi mencapai

kecemerlangan dalam akademik. Beliau turut menyatakan guru sentiasa

berkomunikasi mengenai jangkaan terhadap pelajarnya di mana kajian menunjukkan

jangkaan guru selalunya berkisar kepada faktor-faktor seperti pencapaian lepas, rupa

paras, status ekonomi sosial dan bangsa. Sehubungan itu, didapati jangkaan guru

kerap kali mempengaruhi perlakuan guru di mana pelajar yang dianggap berpotensi

diberikan lebih perhatian berbanding pelajar yang lemah (Abdul Rahman, 2011).

Terdapat juga keadaan di mana guru-guru menunjukkan dan mempamerkan perasaan

kecewa kepada pelajar-pelajarnya yang berprestasi rendah dan mempunyai masalah

disiplin (Abdul Ghani, 2009). Tambah beliau lagi, keadaan ini akan mengakibatkan

pelajar yang lemah berasa tidak dihargai dan akhirnya percaya sememangnya tiada

harapan untuk berjaya dan tiada gunanya berusaha.

Dalam dunia pendidikan yang kian mencabar dan kompleks, guru-guru

pendidikan teknikal dan vokasional (PTV) juga tidak terkecuali daripada menghadapi

pelbagai cabaran dalam melaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran ke atas

pelajar. Sebagaimana yang diwar-warkan, mulai tahun 2013, transformasi pendidikan

vokasional telah dilancarkan di mana sekolah menengah vokasional (SMV) telah

Page 25: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

6

dinaik taraf menjadi kolej vokasional (KV). Maka, sudah pasti wujudnya cabaran ke

atas guru-guru PTV terhadap perlaksanaan program KV. Menurut Siti Syahirah

(2011), tidak semua guru-guru PTV khususnya di sekolah vokasional mempunyai

pengalaman secara langsung dalam bidang kemahiran ekoran memiliki sejarah latar

belakang akademik yang berbeza di mana terdapat di antara mereka yang

sememangnya berasal dari sekolah vokasional dan ada juga yang bermula dari

sekolah harian biasa. Tambah beliau lagi, sekiranya guru-guru yang kurang

berpengalaman ini diserap ke dalam KV, berkemungkinan akan menimbulkan

banyak masalah khususnya dalam mengendalikan proses pengajaran secara berkesan

ke atas pelajar.

Sementara itu, Othman et al. (2011) berpendapat, natijah daripada proses

penstrukturan semula sistem pendidikan akan mengakibatkan berlakunya

perlaksanaan pelbagai perubahan dan paradigma baru khususnya dalam sistem PTV

di negara ini. Hal ini sedikit sebanyak telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan

guru-guru PTV ekoran ketidakjelasan berhubung perlaksanaan KV ditambah pula

guru-guru kurang berkeyakinan dengan kemahiran yang sedia ada (Siti Syahirah,

2011). Selain itu, wujud juga keadaan di mana guru-guru matapelajaran teras seperti

matematik, sejarah dan bahasa Inggeris yang sebelum ini berkhidmat di SMV

dikerah untuk mengajar subjek-subjek vokasional seperti jahitan dan rekaan fesyen,

permesinan industri dan sebagainya. Keadaan ini begitu menggusarkan kerana

bagaimana mungkin guru-guru yang kurang terlatih ini dapat menghasilkan graduan

KV yang berkualiti dan memiliki Diploma Vokasional Malaysia (DVM) apabila

dalam masa yang sama, guru-guru juga perlu belajar kemahiran tersebut bermula

daripada asas lagi.

Di samping itu, pihak kerajaan pula sememangnya menaruh harapan yang

tinggi terhadap lepasan pelajar lulusan KV. Menurut Fariza (2013), 10 peratus

graduan KV disasarkan untuk menjadi usahawan, 70 peratus daripadanya memasuki

lapangan pekerjaan dan selebihnya dijangkakan akan melanjutkan pengajian ke

peringkat yang lebih tinggi. Persoalannya kini, sekiranya guru-guru masih lagi

kurang berkeyakinan serta tidak memiliki kepakaran yang mencukupi, maka sudah

pastilah wujudnya kekangan dan halangan untuk mencapai sasaran tersebut.

Page 26: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

7

Fenomena ini secara tidak langsung bakal memberikan tekanan ke atas guru-guru

khususnya dalam melakukan pengajaran ke atas pelajar.

Selain itu, setelah dinaik taraf, waktu pembelajaran pelajar juga dipanjangkan

iaitu bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Maka guru perlu berkhidmat

dalam tempoh hampir lapan jam setiap hari. Keadaan ini mengakibatkan tahap

kecerdasan dan stamina guru berkurangan lantaran tempoh masa yang lama. Menurut

Fariza (2013), faktor ini secara tidak langsung boleh menyebabkan proses pengajaran

dan pembelajaran berlaku secara tidak efektif ekoran guru mahupun pelajar akan

berasa keletihan, hilang fokus dan tumpuan terhadap tanggungjawab masing-masing.

Faktor gaji yang sama juga secara tidak lagi mempengaruhi psikologi guru PTV

ketika melakukan tugasan pengajaran. Ini kerana walaupun tempoh masa pengajaran

dan pembelajaran dipanjangkan, kadar gaji guru tidak bertambah manakala beban

tugas guru semakin meningkat yang mana berkemungkinan boleh mengakibatkan

guru-guru kurang bermotivasi ketika mengajar.

Sebagaimana yang diketahui, matapelajaran vokasional memberikan

penekanan terhadap kemahiran-kemahiran teknikal atau hands on skill yang

menuntut kecerdasan fizikal pelajar. Kemahiran teknikal ini perlu dimiliki oleh setiap

guru-guru bagi memastikan mereka berupaya memberikan pengetahuan dan latihan

yang benar-benar berkualiti ke atas pelajar. Realiti yang berlaku kini, beban tugas

guru-guru di KV semakin meningkat. Terdapat juga keadaan guru-guru diminta

untuk mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan menghasilkan tesis

berhubung Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

Tambahan lagi, matapelajaran PTV memerlukan bukan sahaja guru-guru

malahan pelajar-pelajar menggunakan elemen psikomotor pada tahap yang lebih

tinggi di mana silibus matapelajaran menjurus terhadap pergerakan fizikal dan

koordinasi. Boleh dikatakan kebanyakan masa pembelajaran pelajar melibatkan

kerja-kerja amali. Ini kerana sistem pembelajaran vokasional merangkumi 30 peratus

akademik dan 70 peratus lagi adalah latihan kemahiran yang dilakukan di bengkel.

(Fariza, 2013).

Page 27: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

8

Ahmad Affandi (2013) menyatakan, bengkel sekolah diumpamakan seperti

sebuah industri kecil yang mana fungsi operasinya mirip dengan industri sebenar.

Justeru itu, proses pengajaran amali di bengkel menuntut tahap kemahiran, ilmu dan

sikap guru yang tinggi bagi memastikan proses pembelajaran pelajar berlangsung

dengan baik. Jika guru tidak mencapai tahap tersebut, lantas mereka dianggap

sebagai tidak kompetan berhubung elemen berkaitan (Ahmad Affandi, 2013).

Seterusnya, seseorang guru itu perlu belajar mengenai pengurusan bengkel selaras

dengan pernyataan yang dikemukakan oleh Eric Hoyle (1980) dalam Ahmad Affandi

(2013) di mana ahli profesion perlu memiliki pengetahuan yang sistematik serta

pengalaman yang sesuai. Maka, guru perlu sentiasa dapat mengawal dan mengurus

tingkah laku pelajar semasa melakukan pengajaran di dalam bengkel. Ini kerana,

keseluruhan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amali adalah bersangkutan dengan

aktiviti di dalam bengkel.

Selanjutnya, jika di sekolah harian biasa, sekolah berasrama penuh mahupun

kategori sekolah yang lain, guru-guru yang melakukan pengajaran di makmal akan

dibantu oleh pembantu makmal sebagai memudahkan pengajaran guru untuk

melakukan eksperimen bersama pelajar. Namun, hal ini berlainan pula dengan guru-

guru aliran vokasional yang mengajar di bengkel di mana mereka tidak mempunyai

pembantu yang dapat meringankan bebanan kerja mereka. Ditambah pula dengan

waktu pembelajaran yang panjang serta bilangan pelajar yang semakin ramai, sudah

pastilah guru-guru tidak dapat memberikan fokus yang khusus kepada setiap pelajar

ketika proses pengajaran berlaku (Siti Syahirah, 2012). Guru-guru juga

berkemungkinan akan terlepas pandang terhadap pelajar yang mempunyai masalah

pembelajaran.

Di samping itu, jika dilihat pada jumlah enrolmen pelajar yang memasuki

SMV pada tahun-tahun sebelum ini telah mencatatkan peningkatan yang amat

memberangsangkan. Fenomena ini sudah semestinya menjadi cabaran terbesar bagi

guru-guru ketika melaksanakan tugasan pengajaran khususnya untuk tackle pelajar

agar minat belajar serta memahami kandungan pelajaran. Boleh dikatakan

kebanyakan pelajar aliran vokasional terdiri daripada mereka yang memiliki

kecerdasan intelektual (IQ) pada tahap yang sederhana. Maka, guru perlu

Page 28: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

9

mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk merangsang minat pelajar terhadap

aktiviti pembelajaran. Perbuatan memarahi tingkah laku negatif pelajar mahupun

mendesak pelajar untuk memahami setiap input pelajaran secara paksa hendaklah

dielakkan. Bagi menyokong pembelajaran pelajar ini, penyelia pengajaran boleh

memainkan peranan dengan memberikan tunjuk ajar, nasihat, bimbingan, sokongan

serta bantuan khusus kepada guru-guru seperti menyentuh beberapa aspek misalnya

keperluan guru untuk mempelajari pendekatan pedagogi, psikologi remaja serta

pengurusan kelas.

Walaupun penekanan dan fokus utama pengajaran guru-guru PTV menjurus

terhadap peningkatan kemahiran, penyelia juga boleh meningkatkan kompetensi guru

dengan memperkenalkan modul-modul insaniah yang boleh diaplikasikan serta

menggalakkan guru-guru menerapkan aspek pembelajaran sepanjang hayat atau soft

skill di dalam kelas. Aspek ini dilihat begitu penting dalam meningkatkan

kebolehpasaran pelajar di mana mereka bukan hanya berjaya daripada sudut

kemahiran semata-mata malah turut cemerlang dalam faktor persembahan diri dan

komunikasi bagi membolehkan mereka menghadapi persaingan global (Fariza,

2012).

Justeru itu, guru-guru PTV perlu mempelbagaikan alternatif, kaedah dan

aktiviti yang sesuai untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan

berkesan. Maka, mereka hendaklah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran

antaranya penggunaan teknologi yang muktakhir serta pengetahuan yang luas

berhubung mata pelajaran daripada segi konsep, fakta serta menyusun atur prosedur

dan prinsip dengan baik. Lantas, penyelia yang berpengalaman boleh memberikan

bantuan, melatih serta memotivasikan guru-guru ini menghadapi setiap permasalahan

pengajaran dengan pendekatan dan cara yang dapat menjelmakan iklim sosial,

psikologikal dan fizikal yang baik dan sihat ketika mengajar di kelas mahupun

bengkel. Peranan berkesan yang dimainkan oleh penyelia secara tidak langsung

membantu dalam meningkatkan kompetensi guru PTV berkenaan tugas mereka. Hal

ini turut disokong oleh Dufour dan Eaker (1998) dalam Abdul Rahman (2011) yang

menerangkan komuniti pembelajaran profesional sebagai satu persekitaran yang

mewujudkan kerjasama, sokongan emosi dan pembangunan personal dalam

Page 29: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

10

kerjasama bagi memperoleh pencapaian yang tidak dapat dipenuhi secara

bersendirian.

Maka, penyeliaan pengajaran yang dilakukan oleh penyelia memainkan

peranan utama untuk memastikan proses berkaitan pembelajaran pelajar berlangsung

pada tahap yang optimum bagi mencapai matlamat pendidikan negara. Ini kerana,

kolaborasi yang wujud di antara penyelia dan guru membantu guru memahami,

mempelajari serta melakukan penjelajahan fikiran berkisar bidang tugas mereka bagi

mencapai visi dan misi pendidikan. Perkara ini turut disokong oleh kenyataan

Glickman et al. yang dipetik oleh Abdul Rahman (2011) iaitu:

“The glue is the process by which some person or group of people is responsible for providing a link between individual teacher needs and organizational goals so that individuals within the school can work in harmony toward their vision of what the school should be … Unfortunately, there are more ‘glueless’ than glued schools. Research findings on the effectiveness of schools paint a dismal picture. Most schools simply do not make much difference in their students’ lives …Thus; the primary function of effective supervision is to take responsibility for putting more glue into the school”. (ms12)

Sehubungan itu, guru-guru PTV perlu diberikan kefahaman terutamanya

melalui bantuan khusus daripada penyelia yang berpengalaman bahawa mengajar

sebenarnya membawa maksud membimbing, menyampaikan maklumat dan ilmu

pengetahuan, memberikan dorongan, mengembangkan kemahiran, serta menanam

keyakinan dan nilai-nilai murni ke atas para pelajar. Dalam konteks ini, guru-guru

perlu sedar bahawa tugas mereka bukan hanya sekadar menyampaikan maklumat

sahaja, malah peranan mereka menjadi lebih penting lagi dalam melahirkan individu

pelajar yang bertanggungjawab dan berupaya menjana fikirannya untuk

memakmurkan diri dan negara serta memiliki jati diri dalam mendepani segala

cabaran sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Kesemua ini dapat dicapai sekiranya proses penyebaran ilmu dan pengajaran

dilakukan secara berkesan.

Page 30: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

11

Seterusnya, guru-guru PTV perlu diperjelaskan melalui sokongan penyelia

pengajaran bahawa apabila guru dirujuk sebagai role model bermaksud segala tindak

tanduk, tingkah laku dan percakapan guru menjadi perhatian kepada pelajar-pelajar.

Secara tidak langsung, perlakuan dan percakapan guru menunjukkan sikapnya pada

proses pengajaran. Guru-guru PTV perlu diberikan kefahaman bahawa mereka yang

sering mempamerkan sikap yang positif mempengaruhi pelajar untuk menerima,

memahami dan menguasai matapelajaran dengan mudah berbanding guru yang

bersikap negatif yang akhirnya mengakibatkan pelajar tidak menyukai pelajaran yang

diajar. Di sinilah penyelia yang berpengalaman boleh membantu guru-guru

berhubung kaedah serta pendekatan yang terbaik untuk menarik minat atau tackle

pelajar agar minat untuk belajar. Penyelia juga boleh menggilap peranan guru PTV

sebagai pembimbing yang efisyen. Peranan ini merujuk guru PTV mestilah berupaya

memberikan tujnjuk ajar, latihan yang mencukupi, mengesan kekuatan dan

kelemahan pelajar, memperbetulkan kesalahan mereka dan seterusnya memberikan

penghargaan kepada hasil kerja yang baik. Lanjutan daripada itu, guru mesti tahu

apa, banyak mana, bila dan bagaimana hendak memberi petunjuk dan membetulkan

kesalahan pelajar-pelajar (Abdul Ghani, 2009).

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh penyelia menerusi penyeliaan

pengajaran untuk membantu guru PTV membangunkan tahap profesional mereka

dalam melaksanakan pengajaran. Antara aktiviti yang boleh diterapkan oleh

penyelia ialah meningkatkan kemahiran refleksi guru, membina perlakuan guru

daripada segi perancangan, memberi penekanan ke atas guru mengenai konsep

pembelajaran sepanjang hayat, membantu guru mengembangkan pengajaran

daripada aspek penggunaan bahan pengajaran, kemahiran berkomunikasi, serta

strategi dan kaedah pengajaran seperti memberikan aktiviti pengayaan kepada pelajar

yang cerdas sementara pelajar yang lemah dibimbing melalui aktiviti pemulihan.

Selain itu, penyelia juga boleh menerapkan beberapa kaedah lain seperti demonstrasi

pengajaran, menyokong penyeliaan kerakanan, mengaplikasikan prinsip

pertumbuhan dan pembelajaran dewasa serta mewujudkan keselesaan interpersonal,

mudah berurusan dan berjumpa bagi mencapai hasil yang terbaik diinginkan.

Page 31: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

12

Melalui dorongan dan bantuan daripada penyelia pengajaran, di pihak guru-

guru PTV pula mereka bolehlah mengambil inisiatif secara kendiri untuk

meningkatkan tahap profesional mereka dengan mengikuti pelbagai program

pembangunan profesional seperti menghadiri kursus, bengkel atau seminar berkaitan

pengajaran dan pembelajaran tanpa menunggu arahan mahupun program anjuran

daripada pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Selain itu, mereka juga

boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi secara separuh masa di

samping mengikuti latihan dalaman atau in-house training yang berkaitan

pemerkasaan pengajaran. Menurut Amin Senin (2008), orang dewasa lebih

bermotivasi tatkala melihat wujudnya hubungan yang terus antara keperluan mereka

dengan aktiviti pembelajaran. Bagi guru-guru PTV pula, mereka perlu diberikan

galakan dan peluang untuk menjalani latihan industri bagi mengutip sebanyak

mungkin pengetahuan, kemahiran dan pengalaman agar dapat diadaptasikan ketika

menjalankan pengajaran bersama pelajar kelak. Kolaborasi yang terjalin dengan

pihak industri membolehkan guru-guru PTV mengetahui keperluan dan kehendak

semasa industri.

Program pendidikan guru seumpama ini amat penting kerana membekalkan

mereka dengan kemahiran profesional khususnya dalam pengayaan teknik

pengajaran dan pembelajaran ke atas pelajar. Hal ini turut disokong oleh Neil (2002)

yang menyatakan, dalam menyempurnakan sesuatu tugasan yang diamanahkan

dengan baik, seseorang ahli profesional haruslah menjalani latihan yang tertentu bagi

mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam sesuatu profesion. Pendapat beliau juga

turut dipersetujui oleh Darling-Hammond (1994) yang dipetik oleh Amin Senin

(2008) bahawa;

“…professional development as a process of enhancing teaching’s professional status by expanding the knowledge base upon which the profession draws and increasing teachers’ epistemological awareness.”

(ms7)

Page 32: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

13

1.3 Pernyataan Masalah

Berpandukan latar belakang masalah, kajian ini dijalankan adalah untuk

meninjau bagaimana pembangunan profesionalisme keguruan dalam kalangan guru-

guru PTV boleh dicapai menerusi penyeliaan pengajaran dan meneroka lebih lanjut

pendekatan penyeliaan pengajaran yang diamalkan oleh penyelia. Dalam pada itu,

penelitian juga akan dibuat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan

pengajaran yang membawa kepada pembangunan profesionalisme keguruan dalam

kalangan guru-guru PTV. Ini diikuti dengan konsekuennya terhadap bantuan yang

diberikan oleh penyelia untuk membangunkan tahap profesionalisme keguruan

dalam kalangan guru-guru PTV.

Tidak dapat dinafikan, salah satu usaha utama berhubung perkembangan

pembangunan profesionalisme keguruan adalah bertujuan untuk memperbaiki dan

seterusnya meningkatkan teknik pengajaran yang berkesan ke atas guru-guru. Aspek

ini adalah penting di mana dalam meningkatkan prestasi serta memberikan

perkhidmatan yang berkualiti dalam bidang profesional mereka, guru perlu berusaha

melakukan perubahan terhadap kaedah dan gaya pengajaran mereka. Namun dalam

hal ini, rata-rata guru masih belum berhasil membawa perubahan terhadap

penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran ditambah pula mereka belum

sepenuhnya dapat untuk berperanan sebagai role model, pembimbing, pemudah cara

mahupun agen perubahan yang baik ke atas pelajar (Abdul Ghani, 2009). Faktor ini

didorong ekoran kurangnya pengetahuan, pengalaman, kepakaran serta kemahiran

dalam melaksanakan proses pengajaran secara berkesan dalam kalangan guru (Mohd

Sahandri et.al, 2012).

Selain itu, guru-guru juga dilihat kurang berjaya menerapkan kemahiran

pengajaran yang generik kepada kandungan yang khusus dalam usaha meningkatkan

kefahaman pelajar (Mohd Sahandri et.al, 2012). Implikasinya, pengetahuan yang

dicerap oleh pelajar tidak akan bertahan lama serta tidak mampu untuk

dikembangkan (Mohd Sahandri et.al, 2012). Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias

(2007) pula berpendapat, proses pembelajaran yang baik berlaku apabila perubahan

Page 33: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

14

yang terjadi adalah berkekalan serta mampu untuk bertahan dalam jangka masa yang

tertentu. Dengan kata lain, pembelajaran terjadi apabila wujudnya ransangan yang

mengakibatkan berlakunya gerak balas terhadap rangsangan tertentu seperti kaedah

pengajaran, tingkah laku guru dan penggunaan bahan bantu mengajar yang

bersesuaian. Oleh itu, kajian ini diharap dapat memberikan maklumat yang

bermanfaat berhubung proses penyeliaan pengajaran dalam membantu ke arah

pembangunan profesionalisme keguruan khususnya bagi guru-guru PTV.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

I. Mengenalpasti bagaimanakah pembangunan profesionalisme keguruan dalam

kalangan guru-guru PTV (GPTV) boleh dicapai menerusi penyeliaan

pengajaran.

II. Mengenalpasti pendekatan yang digunakan oleh penyelia dalam mendekati

GPTV semasa melakukan proses penyeliaan pengajaran.

III. Mengenalpasti aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan pengajaran yang membawa

kepada pembangunan profesionalisme keguruan dalam kalangan GPTV.

IV. Mengenalpasti bantuan yang diberikan oleh penyelia untuk membangunkan

tahap profesionalisme keguruan dalam kalangan GPTV.

Page 34: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

15

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah amat penting dalam menentukan hala tuju kajian

yang dilakukan. Justeru itu, persoalan dalam kajian ini akan diselusuri menerusi satu

soalan utama (grand-tour) yang menjadi penentu kepada hala tuju kajian diikuti

dengan sepuluh soalan subsidiari sebagai rujukan bagi pengutipan, pengumpulan

serta analisis data berikutnya.

Soalan grand-tour

Bagaimanakah pembangunan profesionalisme keguruan dalam kalangan

GPTV boleh dicapai menerusi penyeliaan pengajaran dan apakah pendekatan yang

digunakan oleh penyelia untuk mendekati GPTV semasa penyeliaan pengajaran?

Seterusnya apakah aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan pengajaran yang menyumbang

ke arah pembangunan profesionalisme keguruan serta apakah bantuan yang diberikan

oleh penyelia untuk membangunkan tahap profesionalisme keguruan dalam kalangan

GPTV?

Soalan-soalan Subsidiari

I. (a) Apakah pandangan GPTV berhubung penyeliaan pengajaran dalam

membantu ke arah pembangunan profesionalisme keguruan?

(b) Apakah kefahaman GPTV berkenaan pembangunan profesionalisme

keguruan?

(c) Bagaimanakah pembangunan profesionalisme keguruan boleh dicapai

menerusi penyeliaan pengajaran?

Page 35: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

16

II. (a) Apakah bentuk amalan penyeliaan pengajaran yang dilakukan oleh

penyelia terhadap GPTV?

(b) Apakah pendekatan yang digunakan oleh penyelia dalam mendekati

GPTV semasa melakukan proses penyeliaan pengajaran?

III. (a) Apakah aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan pengajaran yang telah

dilakukan oleh penyelia bagi membangunkan tahap profesionalisme

GPTV dalam pengajaran?

(b) Adakah aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan pengajaran membantu GPTV

dalam proses pengajaran?

IV. (a) Apakah bantuan yang diberikan oleh penyelia bagi membantu GPTV

membangunkan tahap profesionalisme mereka dalam pengajaran?

(b) Adakah GPTV mengaplikasikan kesemua bentuk pembelajaran yang

diperolehi dalam program pembangunan profesionalisme yang diikuti

ke dalam proses pengajaran?

(c) Adakah strategi lain yang boleh dimanfaatkan oleh GPTV dalam

meningkatkan kualiti pengajaran mereka?

1.6 Kepentingan Kajian

Menurut Amin Senin (2008), pembangunan profesional menjadi komponen

kritikal dalam membentuk guru-guru yang berkelayakan tinggi dan beriltizam.

Justreu itu, penyelidik berharap hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada

pihak-pihak yang terlibat terutamanya kepada guru-guru PTV, pihak pentadbir

sekolah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional serta penyelidik lain amnya.

Antara kepentingan kajian ini ialah:

Page 36: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

17

1.6.1 Guru-guru PTV

Hasil kajian ini akan dapat dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru PTV

untuk mengembangkan lagi tahap profesional mereka dalam melaksanakan

pengajaran. Ini kerana penyeliaan pengajaran merupakan salah satu kaedah yang

mampu membangunkan kredibiliti dan tahap profesional guru PTV berkenaan bidang

tugas mereka. Selain itu, diharapkan kajian ini dijadikan sebagai rujukan oleh guru-

guru PTV untuk memahami secara jelas objektif sebenar penyeliaan pengajaran yang

dilakukan oleh penyelia dan sekaligus menangkis tanggapan negatif guru tentang

penyeliaan pengajaran. Di sini guru-guru PTV akan lebih memahami kepentingan

penyeliaan pengajaran yang dilakukan di sekolah.

1.6.2 Pentadbir Sekolah

Segala dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan

oleh pihak pentadbir sekolah selaku pemimpin pengajaran seperti pengetua, guru

besar dan guru penolong kanan yang biasanya terlibat secara langsung dalam

menjalankan proses penyeliaan ke atas guru-guru. Sehubungan dengan itu,

diharapkan mereka ini dapat melaksanakan penyeliaan secara berkesan dalam

membantu guru-guru meningkatkan prestasi kerja mereka ke arah yang lebih baik.

Proses penyeliaan yang berjaya juga dapat membina kepuasan kerja guru dan juga

pengetua sekolah dalam menjayakan matlamat pendidikan negara seperti yang

terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Page 37: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

18

1.6.3 Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)

Segala dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat baru kepada

pihak BPTV mengenai usaha ke arah pembangunan profesionalisme keguruan

menerusi penyeliaan pengajaran. Penyelidik turut berharap kajian ini dapat dijadikan

panduan dalam membuat perancangan pendidikan pada masa akan datang khususnya

dalam menampung keperluan tenaga pengajar dalam bidang teknikal dan vokasional.

1.6.4 Penyelidik

Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada

penyelidik-penyelidik lain yang berminat untuk melakukan kajian berhubung

pembangunan profesionalisme keguruan menerusi penyeliaan pengajaran. Kajian ini

juga dapat dijadikan sebagai indikator kepada penyelidik untuk mendalami aspek

penting dalam penyeliaan pengajaran yang berkesan ke arah mengembangkan

kompetensi guru dalam mengendalikan pengajaran ke atas pelajar.

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan mempunyai beberapa skop dan batasan bagi

membantu penyelidik dan memudahkan perjalanan kajian. Skop dan batasan dalam

kajian ini adalah seperti berikut:

Page 38: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

19

I. Kajian ini hanya terhad kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran

teknikal dan vokasional.

II. Kajian ini bersifat kualitatif di mana penyelidik akan menemu bual ke atas

guru-guru PTV yang mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya

tiga tahun ke atas dan pernah menjalani sekurang-kurangnya enam kali proses

penyeliaan pengajaran (Hafiz dan Hafizah, 2012). Menurut Hafiz dan Hafizah

(2012) lagi, rasional pemilihan responden ini adalah disebabkan oleh mereka

memiliki pengalaman mengajar dan berinteraksi secara langsung dengan

pelajar dan juga penyelia. Sementara itu, Patton (1990) menyifatkan, kajian

kualitatif menerusi kaedah temubual mampu menghasilkan satu kerangka

kerja yang berkesan di mana responden dapat meluahkan pemahaman

mengikut pengetahuannya sendiri.

1.8 Definisi Operasional

Definisi operasional yang dikemukakan dalam bahagian ini merupakan

istilah-istilah yang berkaitan dalam konteks kajian ini.

1.8.1 Pembangunan Profesionalisme Keguruan

Pembangunan profesionalisme keguruan dalam konteks kajian ini adalah

merujuk sebagai satu aktiviti dan juga proses yang direkabentuk bagi

mengembangkan kemahiran, pengetahuan profesional dan sikap pendidik agar

mereka berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar. Guskey dan Sparks (1991)

Page 39: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

20

menjelaskan pembangunan profesional guru sebagai satu proses multidimensi yang

mengandungi beberapa aspek latihan seperti amalan dan bimbingan, aktiviti

persediaan, sokongan dan aktiviti-aktiviti tindakan susulan. Sementara itu, Amin

Senin (2008) berpendapat, pembelajaran informal dan formal guru perlu disepadukan

dengan proses pembangunan professional guru ekoran untuk melahirkan guru-guru

yang berkarisma dalam mengendalikan pengajaran, memerlukan keterlibatan guru

dalam semua bentuk pengajian, eksperimen dan penyelidikan agar mereka berupaya

menangani sebarang permasalahan atau kompleksiti bilik darjah dan sekolah.

Berdasarkan maklumat yang dipetik oleh Amin Senin (2008) dalam Office of

Educational Research and Improvement (1994), terdapat beberapa prinsip yang perlu

dimasukkan sebagai amalan terbaik program pembangunan profesionalisme

keguruan antaranya:

I. Bagi mencapai hasil perubahan yang ketara, pembangunan profesional yang

berterusan perlu dilakukan.

II. Perubahan sekolah adalah hasil daripada pembangunan guru dan sekolah.

III. Matlamat pembangunan profesional hendaklah mendorong inkuiri dalam

pengajian pengajaran dan pembelajaran.

IV. Pembelajaran guru bukan sahaja hasil latihan, amalan dan maklum balik

tetapi juga refleksi individu dan inkuri kumpulan dalam amalan mereka.

V. Pembangunan profesional hendaklah menjadi teras pembangunan sekolah.

VI. Pembangunan profesional mestilah berfokuskan sekolah serta diaplikasikan

dalam kerja seharian guru.

Page 40: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

21

1.8.2 Penyeliaan Pengajaran

Glickman (1990) mendefinisikan penyeliaan adalah sebagai satu cara yang

menggabungkan kesemua intipati pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan

sesebuah sekolah berupaya mencapai matlamatnya. Glickman et al. (1995) pula

menyatakan penyeliaan pengajaran sebagai satu proses bertujuan memberi

bimbingan kepada guru berhubung peningkatan kecekapan pengajaran mereka di

bilik darjah dan dengan itu dapat menjelmakan perubahan positif ke atas sikap,

tingkah laku dan pencapaian pelajar. Glanz (2006) pula menyifatkan penyeliaan

pengajaran bukanlah merupakan satu tugas yang mudah di mana ia adalah satu

proses melibatkan guru secara langsung dalam dialog pengajaran untuk

penambahbaikan pengajaran dan seterusnya menggalakkan pencapaian pelajar.

Sementara itu, Alfonso et al. (1980) mentakrifkan penyeliaan sebagai satu

proses rasmi yang dipertanggungjawabkan kepada penyelia dengan tujuan

mendatangkan perubahan positif ke atas guru-guru untuk mempertingkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran ke atas murid-murid ke arah pencapaian matlamat yang

tertentu. Menurut Al Ramaiah (1999) pula, penyeliaan adalah sebagai satu tindakan

untuk memotivasi, mengawal kemajuan dan membimbing guru berkenaan hal

pengajaran agar mereka mampu melaksanakan semua fungsi pengajaran

1.8.3 Penyelia

Penyelia dalam konteks kajian ini merujuk kepada individu yang

bertanggungjawab menjalankan proses penyeliaan pengajaran di sekolah yang terdiri

daripada pengetua, guru besar, guru penolong kanan mahupun nazir. Kebiasaannya,

penyeliaan pengajaran dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar sekolah selaku

Page 41: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

22

pentadbir, pemimpin profesional dan pengurus di sekolah sebagaimana yang

digariskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987.

1.8.4 Guru-guru PTV

Dalam konteks kajian ini, guru-guru PTV adalah merujuk kepada tenaga

pengajar yang berperanan memberikan latihan kemahiran atau hand on skill serta

pengetahuan berhubung pengajaran vokasional. Dewasa kini, peranan guru-guru

PTV bersifat multidimensi. Menurut Ahmad Esa et al. (2009), peranan guru-guru

PTV tidak terbatas dalam melahirkan individu yang memiliki kemahiran teknikal dan

vokasional sahaja, malah peranan guru-guru PTV menjadi lebih luas dengan usaha

menerapkan elemen soft skill ke atas pelajar seperti kemahiran komunikasi, kreatif,

berbahasa, bersedia mendepani cabaran global serta berpandangan jauh ke arah

mencapai Wawasan 2020.

Secara umumnya pula, guru PTV digambarkan sebagai seorang yang ahli

dalam bidangnya. Menurut Hafiz dan Hafizah (2012) kecekapan guru PTV

merangkumi kebolehan berkomunikasi dengan orang lain, membawa idea-idea baru,

membuat keputusan, sentiasa membuat kajian dan berupaya mewujudkan iklim

pembelajaran yang kondusif.

1.8.5 Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV)

Secara umumnya, objektif aliran teknikal adalah berfokus untuk melahirkan

tenaga kerja mahir, berpengetahuan tinggi dan profesional dalam bidang kejuruteraan

Page 42: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

23

dan bukan kejuruteraan. Sementara itu, aliran vokasional berasal daripada daripada

perkataan Inggeris iaitu vocation yang bermaksud pekerjaan. Aliran vokasional

bertujuan melahirkan separa profesional seperti pembantu teknik dan juruteknik

samaada dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Maka, pendidikan

vokasional adalah latihan yang berkaitan dengan pekerjaan (Abdul Rahman Aroff

dan Zakaria Kasa, 1994).

1.9 Kerangka Konsep kajian

Merujuk kepada rajah 1.1, berikut merupakan kerangka konsep yang

menunjukkan gambaran secara menyeluruh mengenai aspek-aspek yang akan dikaji

dalam kajian ini. Penerangan mengenai kerangka konsep ini akan dihuraikan secara

terperinci dalam bab 2.

Page 43: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

24

R

ajah

1.1

: Ker

angk

a K

onse

p K

ajia

n

PEM

BA

NG

UN

AN

PR

OFE

SIO

NA

LIS

ME

K

EG

UR

UA

N G

UR

U P

TV

Ban

tuan

ke

atas

gur

u

PTV

yan

g di

selia

Akt

iviti

-akt

iviti

dal

am

peny

elia

an

peng

ajar

an o

leh

peng

etua

keat

asgu

ru

Pend

ekat

an

peny

elia

dal

am

men

deka

ti gu

ru

Gur

u Pe

nyel

iaan

Pe

ngaj

aran

ol

eh

peny

elia

Pend

ekat

an

peny

elia

dal

am

men

deka

ti gu

ru

PTV

Akt

iviti

-akt

iviti

dal

am

peny

elia

an p

enga

jara

n ol

eh p

enye

lia k

e at

as

guru

PTV

Page 44: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN … Hartini Binti... · pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat penyelesaian masalah, ... 2.7.4.3 Dimensi

25

1.10 Penutup

Bab ini telah menerangkan pengenalan secara menyeluruh mengenai kajian

yang akan dijalankan merangkumi latar belakang permasalahan kajian, empat

objektif dan persoalan kajian yang telah dibentuk, kepentingan kajian, skop dan

batasan kajian, definisi operasional dan kerangka konsep sebagai panduan. Secara

keseluruhan, penyeliaan pengajaran yang berkesan membantu mendiagnosis proses

pengajaran guru ke atas pelajar dan seterusnya menjadi salah satu aspek penting

terhadap peningkatan tahap profesional guru dalam profesion mereka. Dapat dilihat,

pengaruh daripada guru-guru memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan

prestasi pelajarnya lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional

yang kini mengalami revolusi dan menjadi topik perbualan utama bukan hanya

kepada pendidik, malah masyarakat awam. Peranan PTV semakin besar dalam

melahirkan generasi yang cemerlang di samping menyediakan tenaga kerja kepada

pelbagai sektor pekerjaan. Peranan PTV yang semakin besar membawa kepada

tanggungjawab dan peranan guru yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, peranan

penyelia tidak kurang pentingnya ke arah membangunkan tahap profesional guru

PTV dalam pengajaran. Sorotan kajian akan dijelaskan dalam bab 2.