manual audit pelajar

Upload: hjzaki

Post on 30-May-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Manual Audit Pelajar

    1/10

    M ANUAL P ENGGUNAAN

    SI ST E M TAD B I R UR U S D I SI P L I N M UR I D

    SEK OLAH -SEK OLAH DAER AH K LUANG

    K AD LAP OR AN AUDI T P E L AJAR

    D isediak an oleh

    K UM P ULAN ezi-D

    SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

    PEJABAT PELAJARAN DAERAH KLUANG

  • 8/14/2019 Manual Audit Pelajar

    2/10

    Manual Penggunaan Sistem Audit Pelajar

    Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kluang

    2

    P E N G H A R G A A N

    Tn Hj Sufaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor

    Tn Hj Markom bin Giran, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor

    En Abdul Aziz bin Hj Redwan, Ketua Sektor SPK JPN Johor

    Tn Hj Shahrom bin Sukari, Timbalan Ketua Sektor SPK JPN Johor

    En Yazid bin Md Said, Ketua Unit HEM SPK JPN Johor

    Tn Hj Mohamed Hatta bin Md Salleh, Pengelola Cemerlang JPN Johor

    Tn Hj Roslan bin Hayon, Penyelia Kanan Disiplin SPK JPN Johor

    Tn Hj Shaharuddin bin Hj Sharif, Pegawai Pelajaran Daerah Kluang

    En Md Said bin Md Daimon, Penolong PPD SPS PPD Kluang

    En Shahat bin Md Shah, Penolong PPD SPK PPD Kluang

    Para Penolong PPD SPK PPD Negeri Johor

    En Mohd Joehadi bin Parcho, Pegawai Khas Dadah PPD Kluang

    Tn Hj Wahid bin Bilaji, Pengetua SMK Tinggi Kluang

    Pn Hjh Tumirah binti Samat, Pengetua SMK Seri Intan, Kluang

    Para Jurulatih Utama SPK Daerah Negeri Johor

  • 8/14/2019 Manual Audit Pelajar

    3/10

    Manual Penggunaan Sistem Audit Pelajar

    Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kluang

    3

    ISTILAH TEKNIKAL

    HC Headcount

    SMM Sistem Maklumat Murid

    STUDM Sistem Tadbir Urus Data Disiplin Murid

    SHcKM Sistem Headcount Kehadiran Murid

    SAP Sistem Analisis Peperiksaan

    LAB Laporan Adab Belajar

  • 8/14/2019 Manual Audit Pelajar

    4/10

    Manual Penggunaan Sistem Audit Pelajar

    Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kluang

    4

    PENGENALAN

    KAD LAPORAN AUDIT PELAJAR merupakan rentetan keperluan mentadbir urus

    profil murid yang berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2003 yang menyusun pelaporan

    profil dan pembelajaran pelajar dalam LAPORAN ADAB BELAJAR (LAB). Permasalahanyang kerap kali timbul dalam kalangan pentadbir dan guru adalah kesukaran untuk mengurus

    pengeluaran pelaporan adab belajar yang bukan sahaja mengambil masa dan tenaga yang

    banyak, malahan menimbulkan kekalutan dalam pengurusan akibat faktor kesilapan manusia

    dan faktor pencanggahan dalam sistem-sistem yang pelbagai dan berbeza-beza hanya untuk

    meceritakan pencapaian akademik pelajar telah menjadi satu dorongan untuk membangunkan

    satu sistem yang bukan sahaja mesra pengguna, tetapi juga dapat menjimatkan masa, kos dan

    tenaga.

    Oleh itu, atas kesedaran ini, Kumpulan telah memikirkan dan membangunkan

    satu sistem yang akan mengurus trend perkembangan pembelajaran pelajar di peringkat

    negeri Johor. Hasil daripada beberapa sesi perbincangan dan pencambahan minda dalam

    kalangan pegawai pendidikan dan guru yang dilakukan di peringkat sekolah, pejabat

    pelajaran daerah dan jabatan pelajaran negeri, satu sistem yang dikenali sebagai KAD

    LAPORAN AUDIT PELAJAR telah dibangunkan.

    ORGANISASI KUMPULAN

    Penasihat : Tn Hj Mohamed Hatta bin Md Salleh

    Ketua : En Md Said bin Md Daimon

    AJK : En Mohd Joehadi bin Parcho

    Tn Hj Mohammad Zaki bin Hj Hamzah

    En Suhaimi bin Paiman

    Tn Hj Shaharudin Basri bin Hj Ibrahim

    En Mohamed Yusope bin Hassan

    En Mohd Azan bin Mohd NorEn Mohamad Mazlan bin Husin

  • 8/14/2019 Manual Audit Pelajar

    5/10

    Manual Penggunaan Sistem Audit Pelajar

    Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kluang

    5

    KEPERLUAN SISTEM

    Keperluan sistem yang disarankan adalah berikut:

    Microsoft Windows XP atau Vista

    Microsoft Office Home atau Professional Edition 2003

    Intel Centrino 2.0 GHz

    2GB RAM

    1024 x 768 SVGA High Color (32 bit)

    40MB ruang pemacu keras

    INSTALASI SISTEM Audit Pelajar

    Tarikh yang terdapat pada setup menunjukkan tarikh versi AuditPelajar Setup. Anda

    disarankan untuk mendapatkan tarikh versi yang terkini. Proses instalasi sistem AuditPelajar

    boleh merujuk prosedur instalasi dalam manual STUDM.

    PENGOPERASIAN SISTEM Audit Pelajar

    Untuk melancarkan AuditPelajar, anda perlulah klik dua kali pada ikon

    AuditPelajar. Letak ikon ini sama ada pada desktop atau Start Menu>All Programs>SSDM.

    Hal ini akan membawa anda terus ke MENU UTAMA AuditPelajar. Secara umum,

    AuditPelajar ini memerlukan lima komponen, iaitu:

    Komponen 1 : eNILAM

    Komponen 2 : Sistem Maklumat Murid (HEM)

    Komponen 3 : Koku

    Komponen 4 : Sistem Tadbir Urus Data Disiplin Murid

    Komponen 5 : Sistem Head Count Kehadiran Murid (instalasi bersama dengan

    STUDM)

    Semua komponen tersebut perlulah diletakkan dalam pemacu C mengikut folder yang

    telah ditetapkan masing-masing. Rujuk paparan di bawah untuk mendapatkan gambaran

    ringkas kedudukan folder tersebut dalam pemacu C.

  • 8/14/2019 Manual Audit Pelajar

    6/10

    Manual Penggunaan Sistem Audit Pelajar

    Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kluang

    6

    eNILAM HEM

    Koku SAP

    SSDM dan SHcKM

  • 8/14/2019 Manual Audit Pelajar

    7/10

    Manual Penggunaan Sistem Audit Pelajar

    Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kluang

    7

    Secara harafiah, Audit Pelajar akan berfungsi sebaik sahaja folder sistem-sistem yang

    berkenaan telah diletakkan dalam folder yang telah ditetapkan. Namun demikian, beberapa

    aplikasi telah dibangunkan untuk memudahkan pengoperasian SAP dengan lebih lancar.

    Sistem Kad Kemajuan Bersepadu SAPHC telah dibangunkan untuk sekolah rendah

    (SAPHCR16), sekolah menengah (SAPHC123 dan SAPHC45) dan menengah atas

    (SAPHC6). Contoh, pengguna klik dua kali pada ikon SAPHC123 yang terletak pada

    desktop atau Start Menu>All Programs>SSDM. Satu paparan menu utama seperti di bawah.

    Pengguna diminta untuk mengemas kini Hyperlink database dengan sistem SAP

    sekolah. Pengguna klik Tools>Database Utilities>Linked Table Manager akan memaparkan

    paparan Linked Table Manager.

    Pengguna perlu klik butang SELECT ALL, Always prompt for new location dan

    butang OK.

    PENGURUSAN SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN (SAP)

  • 8/14/2019 Manual Audit Pelajar

    8/10

    Manual Penggunaan Sistem Audit Pelajar

    Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kluang

    8

    Satu paparan Select New Location of TblBulan muncul, kemudian pengguna pilih

    Files of types>ALL untuk memaparkan fail-fail yang terdapat dalam folder. Pengguna klik

    fail SAP yang dikehendaki dan klik butang OPEN.

    Seterusnya, pengguna klik butang OK, butang CLOSE dan butang KEMAS KINIDATA. Pengguna memilih JENIS PEPERIKSAAN, TINGKATAN dan TAHUN, kemudian

    klik butang PINDAH DATA.

  • 8/14/2019 Manual Audit Pelajar

    9/10

    Manual Penggunaan Sistem Audit Pelajar

    Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kluang

    9

    Data untuk satu tingkatan telah dipindahkan ke dalam Sistem Kad Kemajuan

    Bersepadu SAPHC. Pengguna boleh meneruskan untuk mengimport data untuk tingkatan

    yang lain. Proses yang sama boleh dilakukan untuk SAP yang lain.

    PERHATIAN : Sila pastikan hanya satu tingkatan untuk satu jenis peperiksaan dalam tahun

    yang sama sahaja yang dibenarkan. Kegagalan untuk mematuhi prosedur ini

    akan menyebabkan ralat dalam sistem.

  • 8/14/2019 Manual Audit Pelajar

    10/10

    Manual Penggunaan Sistem Audit Pelajar

    Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kluang

    10

    Pengguna perlu klik ikon AuditPelajar. Letak ikon ini sama ada pada desktop

    atau Start Menu>All Programs>SSDM. Hal ini akan membawa anda terus ke MENU

    UTAMA AuditPelajar. Pengguna perlu klik SENARAI SEKOLAH (SMM), SENARAI,

    THN/TKT dan SENARAI PELAJAR (SMM).

    Untuk memaparkan KAD LAPORAN AUDIT PELAJAR, pengguna perlu klik

    butang LAP SAPR16, LAP SAP123, LAP SAP45 atau LAP SAP6 untuk cetakan kelas dan

    LAP INDIVIDU untuk cetakan untuk seseorang pelajar. Untuk mencetak laporan, pengguna

    perlu klik butang kanan tetikus dan pilih PRINT...

    PENGURUSAN KAD LAPORAN AUDIT PELAJAR