manual pengguna pembimbing - fptv.uthm.edu.myfptv.uthm.edu.my/jlmli/manual/manual pengguna -...

15
MANUAL PENGGUNA - PEMBIMBING -

Upload: dotu

Post on 19-Aug-2019

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MANUAL PENGGUNA - PEMBIMBING -

Bil Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Log Masuk Pembimbing 1

2.0 Menu Utama Pembimbing 3

3.0 Menu Surat 3

4.0 Menu Kemaskini Profial 4

5.0 Menu Penilaian LM

5.1 Penetapan Pembimbing

5.2 Senarai Pelajar

5.2.1 Maklumat Terperinci Pelajar

5.2.2 Jadual Waktu Pelajar

5.2.3 Rancangan Pengajaran Pelajar

5.2.4 Catatan dan Ulasan Pembimbing

5.2 Paparan Penilaian

5.3 Laporan Penilaian

5

6

7

7

8

10

10

11

6.0 Menu Konfigurasi Sistem

6.1 Tukar Kata Laluan

6.2 Mesej

6.2 Log Keluar

12

13

13

Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pembimbing)

1

1.0 Log Masuk Pembimbing Untuk melayari sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar, sila ke fptv.edu.my/E-PLM .Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pembimbing untuk melayari Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar. Langkah yang perlu dilakukan oleh pengguna adalah:-

1. Tekan Pendaftaran Sistem - Pembimbing di Menu Utama untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan.

2. Lengkapkan butiran pada ruangan yang telah disediakan seperti dalam Rajah 1.2. 3. Isikan tempat institusi anda bertugas. 4. Tekan butang Simpan untuk menyimpan dan mengesahkan pendaftaran.

Rajah 1.1 : Pendaftaran Pembimbing Pada Paparan Menu Utama

Rajah 1.2 : Borang Pendaftaran Pembimbing

Pilih pada PEMBIMBING pada

ruangan PENDAFTARAN SISTEM

Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pembimbing)

2

Setelah selesai melakukan pendaftaran, pihak admin akan mengesahkan dan mengaktifkan pendaftaran anda. Setelah pihak admin mengaktifkan akaun, paparan Log Masuk akan ditunjukkan. Pembimbing perlu melengkapkan ruangan yang disediakan untuk melayari sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar.

1. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. 2. Tekan butang Masuk dan Paparan Sistem bagi pembimbing akan dipaparkan. 3. Jika kemasukan sistem yang tidak berjaya, Popup seperti Rajah 1.3 akan dipaparkan kerana kemasukan

ID Pengguna atau Kata Laluan yang salah.

Rajah 1.3: Log Masuk Pengguna

Rajah 1.2 : Menu Utama paparan Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar

Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pembimbing)

3

Rajah 1.3 : Popup ID Pengguna atau Kata Laluan tidak sah.

2.0 Menu Utama Pembimbing Bagi pengguna yang berjaya untuk log masuk ke dalam sistem, Menu Utama bagi pembimbing akan dipaparkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1 di bawah. Pada paparan Menu Utama, terdapat beberapa Menu yang lain yang boleh digunakan oleh Pembimbing seperti:-

1. Menu Surat a. Surat Tawaran Pembimbing

2. Menu Kemaskini Profial 3. Menu Penilaian LM

a. Penetapan Pembimbing b. Senarai Pelajar c. Paparan Penilaian d. Laporan Penilaian

4. Menu Konfigurasi Sistem a. Tukar Kata Laluan b. Mesej c. Log Keluar

Rajah 2.1 : Menu Utama sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar bagi Pembimbing

3.0 Menu Surat Surat tawaran lantikan pembimbing akan dijana dan boleh dimuat turun setelah disahkan oleh pihak Fakulti. Pembimbing perlu melengkapkan semua butiran yang dinyatakan pada ruangan Kemaskini Profail Pembimbing. Langkah kerja untuk muat turun surat lantikan adalah seperti yang dinyatakan dibawah.

1. Tekan butang Surat Tawaran Pembimbing 2. Pilih semester pelajar menjalani program latihan mengajar dan tekan butang Cari. 3. Jadual paparan surat lantikan hanya akan terpapar setelah disahkan lantikan pembimbing terlebih

dahulu. 4. Tekan butang Cetak untuk mencetak Surat Lantikan Pembimbing.

Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pembimbing)

4

4.0 Menu Kemaskini Profail Pengguna perlu mengemaskini Profail Pengguna bagi pengguna yang pertama kali Log Masuk ke dalam sistem.

Profail Pembimbing ini perlu diisi dengan lengkap bagi memudahkan proses lantikan pembimbing dilakukan oleh

pihak pengurusan FPTV. Selain itu, ianya juga menjadi panduan kepada pelajar bagi tujuan rujukan maklumat.

Rajah 4.1 : Paparan Kemaskini Profail Pembimbing.

Langkah untuk mengemaskini profail adalah seperti berikut :-

1. Tekan menu Kemaskini Profail.

2. Masukkan maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan.

3. Ruangan Semester adalah ruangan yang PENTING dan perlu diisi mengikut semester pelaksanaan

Latihan Mengajar Pelajar.

4. Nama dan No Akaun Bank adalah diperlukan bagi tujuan pembayaran tuntutan Pembimbing yang

dibuat.

5. Tekan butang Kemaskini apabila semua maklumat telah diisi.

6. Tekan butang Batal jika pengguna membatalkan proses kemaskini dan paparan akan ditutup.

Semester mengikut takwim UTHM

semasa latihan mengajar dijalankan

Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pembimbing)

5

5.0 Menu Penilaian LM

Sistem ini telah menyediakan Menu Penilaian LM pelajar kepada pembimbing bagi memudahkan pembimbing

untuk memantau, memberi komen dan menilai pelajar secara terus dalam talian. Berikut merupakan sub menu

yang terdapat dalam Menu Penilaian LM.

5.1 Penetapan Pembimbing

Pembimbing perlu menetapkan nama pelajar yang dibimbing di institusi mereka mengikut semester dan sesi

Latihan Mengajar Pelajar. Langkah untuk menetapkan nama pelajar yang dibimbing adalah seperti berikut :-

1. Tekan Sub Menu Penetapan Pembimbing pada Penilaian LM dalam paparan Menu Utama.

2. Tekan butang Cari – senarai nama pelajar dan butang operasi.

3. Pilih nama pelajar dari senarai pelajar yang telah dipaparkan dan tekan butang Tetapan

Pembimbing.

4. Tekan pilihan nama pembimbing pada ruangan Pimbimbing dalam paparan Penetapan Pembimbing

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.1 : Paparan Senarai Pelajar dan Penetapan Pembimbing

Pembimbing hanya perlu memilih pelajar

yang telah ditetapkan untuk dibimbing. Tekan

butang Tetapan Pembimbing

Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pembimbing)

6

Rajah 5.2 : Penetapan Nama Pembimbing

5.2 Senarai Pelajar

Bagi menyemak senarai nama dan bilangan pelajar yang dibimbing, langkah berikut adalah diperlukan.

1. Tekan butang Senarai Pelajar di ruangan Menu Utama – ruangan Senarai Pelajar yang dibimbing.

2. Tekan butang Cari – senarai nama pelajar dan butiran.

3. Tekan butang Terperinci – maklumat terperinci pelajar yang dibimbing.

Rajah 5.3 : Paparan Senarai Pelajar

Pilih nama anda dalam ruangan

pilihan nama pembimbing

Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pembimbing)

7

5.2.1 Maklumat Terperinci Pelajar

Terdapat butang Terperinci dalam paparan Senarai Pelajar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.3 di atas.

1. Butang Terperinci adalah untuk memaparkan maklumat terperinci Pelajar yang dibimbing iaitu

seperti Rajah 5.4 dibawah.

2. Pada ruangan Pembimbing dan pilih nama pembimbing.

3. Maklumat Penyelia juga turut disertakan bagi tujuan rujukan kepada pembimbing.

4. Tekan butang Tutup untuk menutup paparan.

Rajah 5.4 : Paparan Maklumat Terperinci Latihan Mengajar Pelajar

5.2.2 Jadual Waktu Pelajar

Terdapat butang Jadual Waktu dalam paparan Senarai Pelajar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.3 di atas.

1. Tekan butang Penilaian LM dan pilih Senarai Pelajar.

2. Tekan butang Cari. (Tidak perlu memasukkan sebarang data dalam ruangan yang dipaparkan)

3. Tekan butang Jadual Waktu pada ruagan Operasi.

4. Butang Jadual Waktu adalah untuk memaparkan Jadual Waktu dan maklumat Matapelajaran yang

diajar oleh pelajar.

5. Jadual waktu pelajar ini telah disediakan oleh pelajar semasa menjalani Latihan Mengajar seperti

yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5 di bawah bagi tujuan panduan kepada pembimbing tentang masa

dan waktu pengajaran dilaksanakan.

6. Tekan butang Tutup untuk menutup paparan.

Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pembimbing)

8

Rajah 5.5 : Jadual Waktu Pelajar

5.2.3 Rancangan Pengajaran Pelajar

Untuk mendapatkan paparan Rancangan Mengajar Harian (RMH) yang telah disediakan oleh pelajar, langkah

berikut adalah diperlukan.

1. Tekan butang Rancangan Pengajaran yang terdapat pada paparan Jadual Waktu Pelajar seperti

yang ditunjukkan pada Rajah 5.5 di atas.

2. Paparan Sukatan Pelajaran Dalam Tempoh Latihan akan ditunjukkan seperti dalam Rajah 5.6 di

bawah.

Rajah 5.6 : Sukatan Pelajaran Dalam Tempoh Latihan

Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pembimbing)

9

3. Tekan butang Rancangan Pengajaran Mingguan pada paparan Rajah 5.6.

4. Rancangan Mengajar Mingguan akan dipaparkan seperti yang tunjukkan pada Rajah 5.7.

5. Tekan butang Rancangan Mengajar Harian pada ruangan Operasi di bawah.

Rajah 5.7 : Sesi Pengajaran (Rancangan Mengajar Mingguan)

6. Rancangan Mengajar Harian pelajar akan dipaparkan seperti di Rajah 5.8 di bawah.

5.2.4 Paparan Komen dan Ulasan Pembimbing.

Rajah 5.8: Rancangan Mengajar Harian Pelajar

Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pembimbing)

10

5.2.4 Catatan dan Ulasan Pembimbing

Pembimbing dapat memberikan ulasan dan membuat cacatan pada RMH yang telah disediakan oleh pelajar

mengikut isi kandungan dan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang telah dirancang.

1. Tekan butang Komen pada ruangan Operasi

2. Tekan butang Simpan untuk menyimpan catatan.

3. Tekan butang Batal jika pengguna membatalkan catatan dan paparan akan ditutup.

Rajah 5.9 : Paparan Ruangan Komen Pembimbing

5.3 Paparan Penilaian

Di dalam sub menu Paparan Penilaian pada menu Penilaian LM, aplikasi memasukkan markah penilaian LM

pelajar boleh dilakukan. Langkah untuk memasukkan markah adalah seperti di bawah :-

1. Tekan Penilaian LM pada Menu Utama.

2. Pilih Paparan Penilaian pada sub menu Penilaian LM.

3. Tekan butang Cari untuk memapatkan senarai pelajar yang dinilai.

4. Tekan butang Masuk Markah Pembimbing.

5. Paparan Masukan Markah Pembimbing akan dipaparkan.

6. Isi markah penilaian penyeliaan ditempat yang telah disediakan.

7. Tekan butang Simpan untuk menyimpan data yang telah diisi.

8. Tekan butang Tutup untuk keluar dan tutup paparan.

Ruangan komen yang boleh diberikan

oleh pembimbing kepada pelajar dalam

melaksanakan PdP dan merancang

RMH untuk matapelajaran yang diajar.

Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pembimbing)

11

Rajah 5.10 : Paparan Penilaian Latihan Mengajar Pelajar

Rajah 5.11 : Paparan Masukan Markah Penilaian hasil penyeliaan Pembimbing

5.4 Laporan Penilaian

Hasil penilaian yang telah dilakukan oleh pembimbing terhadap pelajar boleh dicetak oleh pelajar dan pembimbing.

Langkah untuk mencetak laporan penilaian adalah :-

1. Tekan butang Cetak Laporan, maklumat pencetakan laporan mengikut Hasil Carian akan

dipaparkan seperti di Rajah 5.12 dibawah.

2. Pilih laporan yang hendah dicetak.

3. Paparan laporan yang dipaparkan melalui Print Preview.

4. Tekan butang Tutup untuk menutup paparan.

Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pembimbing)

12

Rajah 5.12: Pilihan Laporan Yang Ingin Dicetak

Rajah 5.13 : Laporan Penilaian Pembimbing 6.0 Menu Konfigurasi Sistem

6.1 Tukar Kata Laluan Jika pengguna ingin menukarkan Kata Laluan, paparan Tukar Kata Laluan adalah seperti dalam Rajah 3.1 di bawah. Untuk menukar kata laluan pengguna, langkah adalah seperti berikut :-

1. Tekan Tukar Kata Laluan di Menu Utama Pembimbing. 2. Masukan semua maklumat yang diperlukan seperti Kata Laluan Lama, Kata Laluan yang baru dan

Taip Semula Kata Laluan Baru. 3. Tekan butang Update untuk mengemaskini kata laluan baru pengguna.

Manual Pengguna – Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar (Pembimbing)

13

Rajah 6.1 : Paparan Tukar Kata Laluan Pengguna

6.2 Mesej

Aplikasi Mesej dalam sistem ini membolehkan pengguna berkomunikasi melalui mesej kepada pengguna yang lain seperti admin, penyelia dan pembimbing. Langkah untuk menggunakan aplikasi ini adalah seperti berikut:

1. Tekan butang Mesej 2. Tekan Butang Mesej Baru untuk menghantar mesej baru kepada Penyelia, Pembimbing atau Admin. 3. Tekan butang Hantar Mesej dan mesej akan terus dihantar kepada penama yang ditelah dipilih.

Rajah 6.2 : Paparan Hantar Mesej

6.3 Log Keluar Bagi pengguna yang telah selesai menggunakan sistem dan ingin keluar dari aplikasi, tekan butang Log Keluar. Pengguna akan keluar dari sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar.