cawangan audit ict bahagian audit dalam … · manual ini disediakan untuk kemudahan kepada...

65
CAWANGAN AUDIT ICT BAHAGIAN AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Upload: duongdien

Post on 06-Mar-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

CAWANGAN AUDIT ICT BAHAGIAN AUDIT DALAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BIL. PERKARA MUKASURAT

1. Pengenalan 1 Apa Itu ICTS?

2. Manual 1 3. Akses Sistem 1 4. Pengguna 2 5. Login 2 6. Entri Data Menu Tukar Katalaluan 3 Menu Kemaskini Profil 5

7. Menu Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah (ICTS) 6 Maklumat Am 7 Makmal Komputer Makmal Komputer 8 Pentadbiran 18 Penyelenggaraan 21 Pengesahan Chrome Book 24 Pengesahan VDI Thin Client 27 Pusat Akses 30 PPSMI 35 1Bestarinet 1Bestarinet 37 Virtual Learning Enviroment (VLE) 43 MBMMBI Peralatan 49 Perisian 55

8. Maklumat Umum 61 9. Fungsi Butang 61

10. Akronim Dan Singkatan 62

Edisi II : Oktober 2013 1

1. PENGENALAN

Manual Pengguna ini merupakan panduan kepada Sistem Pengurusan Inisiatif ICT

Sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses, PPSMI, 1Bestarinet dan Makmal

Bahasa (MBMMBI) yang selepas ini dikenali sebagai “ICTS”. Manual ini disediakan dalam beberapa bahagian untuk kemudahan kepada pengguna

sistem di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

1.1 APA ITU ICTS?

ICTS adalah satu aplikasi atas talian yang dibangunkan untuk mengumpul,

menganalisis dan melaporkan status operasi Makmal Komputer, Pusat Akses,

Makmal Bahasa (MBMMBI), status penyelenggaraan peralatan ICT sekolah dan

status pelaksanaan program 1Bestarinet di sekolah-sekolah seluruh Malaysia di

bawah seliaan KPM. Keberkesanan dan kejayaan ICTS memerlukan kerjasama

serta peranan daripada pihak yang terlibat iaitu sekolah, PKG, BTPN, BTP, PPD

dan JPN.

2. MANUAL

Manual ini disediakan untuk kemudahan kepada pengguna sistem untuk memberikan

kefahaman dan melicinkan usaha pelaksanaan dan pelaporan serta kunci masuk ke

dalam ICTS.

3. AKSES SISTEM

3.1 Setiap pengguna yang ingin menggunakan ICTS memerlukan ID Pengguna dan

Kata Laluan seperti yang dibekalkan. 3.2 ID Pengguna dan Kata Laluan adalah sebagai kawalan keselamatan pada

sistem ini. 3.3 Alamat URL adalah seperti berikut :

http://www.moe.gov.my/bad/icts

Edisi II : Oktober 2013 2

3.4 Sekiranya anda gagal akses kepada sistem dengan menggunakan ID Pengguna

dan Katalaluan anda, sila hubungi pentadbir sistem menerusi emel berikut : [email protected]

4. PENGGUNA

4.1 Pengguna ICTS terbahagi kepada dua kategori iaitu :

Entri Data - Sekolah (Juruteknik / Guru Penyelaras Bestari)

Laporan - Pengurusan Atasan / JPN / PPD / BTP / BTPN / PKG

5. LOGIN

5.1 Berikut adalah halaman muka depan ICTS setelah akses ke URL

http://www.moe.gov.my/bad/icts seperti RAJAH 1 di bawah :

RAJAH 1

Halaman Muka Depan ICTS

a) ABA0001

b) password c) Klik untuk masuk

Entri ID Pengguna

Edisi II : Oktober 2013 3

5.2 Untuk mengakses ke ICTS, pengguna perlu ikuti langkah-langkah berikut seperti

di dalam RAJAH 1 : a) Masukkan ID Pengguna yang sah

(Contoh ID Pengguna : ABA0001) - Kod Sekolah bagi pengguna sekolah / PTJ

b) Masukkan Katalaluan yang sah (Contoh Kata Laluan : password)

c) Klik pada butang setelah masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan untuk mengakses sistem

5.3 Setelah pengguna akses ke dalam sistem, pengguna klik pada profil untuk

kemaskini profil dan juga tukar kata laluan.

6. ENTRI DATA

Entri Data adalah pegawai yang akan memberi maklumat dan mengunci masuk pada

sistem. Terdapat 2 Menu Asas bagi entri data iaitu :

i) Menu Tukar Katalaluan

ii) Menu Kemaskini Profil

6.1 MENU TUKAR KATALALUAN Tujuan menu ini adalah untuk membolehkan pengguna menukar katalaluan.

Berikut ialah tatacara menukar katalaluan pengguna.

Edisi II : Oktober 2013 4

RAJAH 2

Halaman Utama Pengguna

i) Sekiranya ID Pengguna dan Kata Laluan adalah sah semasa pengguna

log masuk ke dalam ICTS, halaman utama seperti di RAJAH 2 akan

dipaparkan. Pada halaman ini, pengguna boleh menukarkan katalaluan

yang baru bagi tujuan keselamatan. ii) Dalam paparan ini, terdapat 2 bahagian iaitu :

(a) Maklumat Pengguna (b) Tukar Katalaluan

iii) Sila tukar Katalaluan (lama) kepada Katalaluan (baru). Pengguna boleh

memilih sebarang kata laluan dalam bilangan terbaik ialah 8 aksara /

angka.

iv) Setelah pengesahan Katalaluan Baru dilakukan, klik pada butang

untuk menyimpan katalaluan dan meneruskan capaian yang lain.

Kata Laluan Dibekalkan

Ulang Kata Laluan Baru Klik Simpan

(a) Maklumat Pengguna (b) Tukar Kata Laluan

Kata Laluan Baru

Klik Untuk Kemaskini Profil

Edisi II : Oktober 2013 5

6.2 MENU KEMASKINI PROFIL Menu ini membolehkan pengguna mengemaskini profil pengguna. Berikut ialah

tatacara mengemaskini profil pengguna.

RAJAH 3

Halaman Kemaskini Profil Sekolah

i. Untuk Kemaskini Profil, klik butang yang terdapat pada

sebelah kiri skrin atau terus ke menu Profil di sebelah atas skrin seperti

di RAJAH 3. ii. Klik pada butang setelah maklumat profil dikemaskini.

Halaman seperti pada RAJAH 4 menunjukkan profil sekolah telah

dikemaskini.

Sila pastikan profil sekolah / PTJ adalah betul

Klik Untuk Kemaskini Profil

Klik Untuk Kemaskini Profil

Edisi II : Oktober 2013 6

RAJAH 4

Halaman Maklumat Sekolah / PTJ Telah Dikemaskini

7. MENU PENGURUSAN INISIATIF ICT SEKOLAH (ICTS)

Terdapat 6 Menu Utama yang terdapat pada muka hadapan ICTS iaitu :

i) Maklumat Am

ii) Makmal Komputer

iii) Pusat Akses

iv) PPSMI

v) 1Bestarinet

vi) MBMMBI

RAJAH 5

Menu Utama Sistem ICTS

Edisi II : Oktober 2013 7

• Menu ini adalah untuk mengemaskini Maklumat Am sekolah.

• Pada bahagian ini, pengguna perlulah mengunci masuk maklumat seperti berikut :

i. Maklumat Guru ICT dan Juruteknik (Jika berkenaan)

ii. Bilangan Pelajar / Murid, Guru, Ibubapa, Bilik Darjah dan Makmal Bahasa

iii. Guru Panitia BM, BI dan Penyelaras VLE

• Klik pada butang untuk mengisi maklumat di atas.

• Setelah maklumat diisi dengan lengkap, klik pada butang untuk menyimpan

maklumat tersebut. Paparan seperti RAJAH 6 adalah paparan maklumat yang telah berjaya

dikemaskini dan disimpan.

RAJAH 6

Halaman Maklumat Am

1 MAKLUMAT AM

Edisi II : Oktober 2013 8

• Menu ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan Makmal Komputer di

sekolah. Terdapat 5 menu yang perlu diisi oleh pengguna iaitu :

i. Makmal Komputer

ii. Pentadbiran

iii. Penyelenggaraan

iv. Pengesahan Chrome Book

v. Pengesahan VDI Thin Client

2.1 Makmal Komputer Pada bahagian ini, terdapat 4 sub menu yang perlu diisi oleh pengguna iaitu :

A. Makmal

B. Status Peralatan

C. Dokumen Sokongan

D. Pengesahan

Pengguna perlu klik pada untuk mengisi

maklumat Makmal Komputer.

A. MAKMAL Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan Makmal Komputer.

Pada RAJAH 7(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

2 MAKMAL KOMPUTER

Edisi II : Oktober 2013 9

RAJAH 7(a)

Halaman Makmal

Rujukan perkara di dalam RAJAH 7(a) adalah seperti di JADUAL 1 di bawah :

Pemilihan Model Makmal Komputer Yang Terdapat Di Sekolah

Edisi II : Oktober 2013 10

JADUAL 1

Bil Perkara Penerangan Rujukan

1. Makmal

Beroperasi

YA - Jika Makmal Komputer digunakan untuk proses Pengajaran & Pembelajaran (P & P) dan pelajar menggunakan komputer. TIDAK - Jika Makmal Komputer tidak boleh digunakan untuk proses Pengajaran & Pembelajaran (P & P) atau pelajar hanya mendengar penerangan daripada guru. TIDAK BERKENAAN - Jika tidak disediakan Makmal Komputer.

a) Jadual Makmal

b) Jadual Penggunaan

Komputer

2.

Makmal

Komputer

Tidak

Beroperasi

Peralatan Rosak - Melibatkan peralatan ICT seperti komputer.

Peralatan Lupus - Melibatkan peralatan ICT

yang telah dilupuskan.

Masalah Elektrik - Makmal tiada bekalan elektrik, board elektrik terbakar dll.

Masalah Rangkaian - Switch rosak, tiada

talian internet dll.

Masalah Bangunan – Bumbung / siling bocor, lantai pecah, dinding retak dll.

Lain-lain – Jika terdapat masalah lain dengan menyatakan masalah yang dihadapi.

a) Laporan yang

dibuat oleh pihak

sekolah

b) Keadaan Makmal

Komputer

Edisi II : Oktober 2013 11

B. STATUS PERALATAN Pada bahagian ini, pengguna perlu mengisi maklumat berkenaan dengan

status peralatan yang terdapat di Makmal Komputer.

Pengguna perlu mengisi bilangan peralatan yang diterima dan rosak (jika ada)

di dalam status peralatan.

Pengguna boleh merujuk kepada Sijil Akuan Penerimaan (SAP) untuk

mengetahui bilangan peralatan yang dibekalkan ke sekolah.

JADUAL 2 adalah rujukan rajah yang perlu diisi oleh pihak sekolah

berdasarkan pemilihan pada model Makmal Komputer.

Jika ada peralatan yang tidak dibekalkan ke sekolah seperti CCTV, pengguna

perlu mengisi di Bil. Diterima dan Bil. Rosak sebagai “0”. Pengguna tidak

boleh membiarkan maklumat tersebut blank.

3.

Status

Peralatan

ICT

BAIK – Lebih 80% Peralatan ICT dalam Makmal Komputer boleh digunakan. ROSAK - Lebih 20% Peralatan ICT dalam Makmal Komputer rosak dan tidak boleh digunakan. PERLU PENGGANTIAN • Peralatan ICT dalam Makmal Komputer adalah

usang (lebih 5 tahun dan belum mendapat kelulusan pelupusan).

• Tidak boleh digunakan dalam proses Pengajaran & Pembelajaran (P & P) pelajar.

DALAM PELUPUSAN • Sekolah telah mendapat kelulusan dan belum

dapat penggantian untuk pelupusan peralatan ICT.

a) Jadual

Penyelenggaraan

Komputer

Edisi II : Oktober 2013 12

JADUAL 2 BIL. MODEL MAKMAL KOMPUTER RAJAH 1. M1(10/12 + 1 komputer)

RAJAH 7(b)i 2. M2(20 + 1 komputer) 3. M3(40 + 2 komputer) 4. Multiseat 5. VDI Thin Client RAJAH 7(b)ii 6. Chrome Book RAJAH 7(b)iii 7. Lain-lain RAJAH 7(b)i

Rajah di bawah adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah

berdasarkan kepada pemilihan model Makmal Komputer.

RAJAH 7(b)i

Halaman Status Peralatan Bagi Model M1, M2, M3, Multiseat Atau Lain-lain

Maklumat di ruangan ini akan

dipamerkan secara automatik

setelah maklumat

Bil.Diterima dan Bil. Rosak dikunci

masuk.

Edisi II : Oktober 2013 13

RAJAH 7(b)ii

Halaman Status Peralatan Bagi Model VDI Thin Client

Maklumat di ruangan ini

akan dipamerkan

secara automatik

setelah maklumat

Bil.Diterima / Ada dan

Bil. Rosak / Tiada dikunci

masuk.

Edisi II : Oktober 2013 14

RAJAH 7(b)iii

Halaman Status Peralatan Bagi Model Chrome Book

Maklumat di ruangan ini

akan dipamerkan

secara automatik

setelah maklumat

Bil.Diterima / Ada dan

Bil. Rosak / Tiada dikunci

masuk.

Edisi II : Oktober 2013 15

C. DOKUMEN SOKONGAN Pada bahagian ini, pengguna perlu memuatnaik gambar yang berkaitan

dengan Makmal Komputer.

Pengguna perlu klik pada butang untuk muatnaik gambar.

Keterangan gambar yang perlu dimuatnaik adalah seperti JADUAL 3 di

bawah:

JADUAL 3

Gambar yang dimuatnaik oleh pengguna boleh ditukar dengan klik pada

butang sekali lagi.

Pada RAJAH 7(c) adalah keterangan gambar yang perlu dimuatnaik oleh

pihak sekolah.

Bil Gambar Keterangan

1. Jadual

Makmal Jadual penggunaan makmal yang terkini perlu dimuatnaik oleh pengguna.

2. Peralatan

Peralatan ICT adalah Baik • Gambar komputer yang berkeadaan baik.

Peralatan adalah Rosak, Pelupusan dan Penggantian • Gambar peralatan ICT yang rosak, dalam pelupusan dan

yang perlu penggantian seperti komputer, pencetak, projektor dan pengimbas.

3. Bangunan Makmal

Gambar berkaitan dengan kerosakan seperti bumbung bocor, bumbung berlubang, penghawa dingin rosak, keretakan dinding dan lain-lain.

Edisi II : Oktober 2013 16

RAJAH 7(c)

Halaman Dokumen Sokongan

Pengguna perlu klik pada butang ini untuk muatnaik gambar Jika Pengguna ingin

tukar gambar, perlu klik pada butang ini untuk muatnaik gambar

Edisi II : Oktober 2013 17

D. PENGESAHAN Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan dengan

maklumat Makmal Komputer dan gambar yang dimuatnaik ke dalam ICTS.

Pengguna perlu memasukkan “Nama, Jawatan dan juga No.Telefon” sebelum pengesahan dilaksanakan.

Pengguna perlu tick pada “Saya mengesahkan semua maklumat adalah benar”.

Selepas pengguna selesai mengisi 4 sub menu di dalam Makmal Komputer,

pengguna perlu memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum

klik pada butang

Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 7(d) di bawah :

RAJAH 7(d)

Halaman Pengesahan

Klik Untuk Simpan

Tick Untuk Pengesahan Maklumat Nama, Jawatan & No. Telefon perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 18

2.2 Pentadbiran Capaian ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan senarai

peralatan ICT yang terdapat di lokasi lain selain daripada Makmal Komputer, Pusat

Akses dan juga PPSMI. Dalam capaian pentadbiran, terdapat 2 sub menu yang

perlu diisi oleh pengguna.

Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat seperti berikut:

A. Senarai peralatan ICT di lokasi lain (Selain Makmal Komputer, Pusat Akses

dan PPSMI).

B. Peralatan yang melebihi 5 tahun.

A. i) SENARAI PERALATAN ICT DI LOKASI LAIN

(Selain Makmal Komputer, Pusat Akses dan PPSMI) Pengguna perlu klik pada untuk kunci masuk

maklumat. Pada bahagian ini, pengguna perlu mengisi peralatan ICT yang terdapat di

pentadbiran dan juga yang ada pada guru. Maklumat yang perlu dikunci masuk adalah seperti di RAJAH 8(a)i di bawah. Jika ada peralatan yang tidak terdapat di bahagian pentadbiran dan dengan

guru seperti projektor pengguna perlu mengisi di Bil. Diterima dan Bil. Berfungsi sebagai “0”.

RAJAH 8(a)i

Halaman Senarai Peralatan ICT Di Lokasi Lain (Selain Makmal Komputer, Pusat Akses & PPSMI)

Maklumat di ruangan ini akan dipamerkan

secara automatik setelah maklumat

Bil.Diterima dan Bil. Berfungsi dikunci

masuk.

Edisi II : Oktober 2013 19

ii) PENGESAHAN Selepas pengguna selesai mengisi maklumat seperti RAJAH 8(a)i di atas,

pengguna perlu mengesahkan maklumat yang diberikan adalah tepat. Pengguna perlu memasukkan “Nama, Jawatan dan juga No.Telefon”.

Pengguna perlu tick pada “Saya mengesahkan semua maklumat adalah benar”.

Selepas maklumat ini dikunci masuk, pengguna perlu memastikan maklumat

yang diberikan adalah tepat sebelum klik pada butang

Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 8(a)ii di bawah :

RAJAH 8(a)ii

Halaman Pengesahan

Klik Untuk Simpan

Tick Untuk Pengesahan

Maklumat Nama, Jawatan & No. Telefon perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 20

B) PERALATAN MELEBIHI 5 TAHUN Pengguna perlu klik pada sebelum kunci masuk

maklumat ke dalam ICTS. Pada bahagian ini, pengguna perlu kunci masuk maklumat berkaitan peralatan

ICT yang telah melebihi 5 tahun dan masih belum dilupuskan. Maklumat yang perlu dikunci masuk adalah peralatan ICT, lokasi aset dan

tahun aset seperti di RAJAH 8(b) di bawah :

RAJAH 8(b)

Halaman Peralatan Yang Melebihi 5 Tahun

Selepas maklumat dikunci masuk, pengguna perlu klik pada butang bagi memastikan maklumat yang dikunci masuk disimpan.

Jika peralatan ICT yang melebihi 5 tahun adalah lebih daripada satu peralatan,

pengguna perlu klik pada butang setiap kali ingin

tambah peralatan ICT dan setiap kali membuat tambahan peralatan ICT,

pengguna perlu klik pada butang

Edisi II : Oktober 2013 21

2.3 Penyelenggaraan Capaian ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan rangkaian

internet dan penyelenggaraan ICT yang terdapat di sekolah. Terdapat 3 sub menu

yang perlu diisi oleh pengguna.

Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat seperti berikut:

A. Rangkaian Internet

B. Penyelenggaraan ICT

C. Pengesahan

Pengguna perlu klik pada untuk mengisi

maklumat.

A. RANGKAIAN INTERNET

Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan rangkaian internet di sekolah. Pada RAJAH 9(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah :

RAJAH 9(a)

Halaman Rangkaian Internet

Edisi II : Oktober 2013 22

B. PENYELENGGARAAN ICT

Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat sama ada

penyelenggaraan peralatan ICT dilaporkan di dalam STS atau melalui medium

lain serta purata jumlah masa tindakan diambil bagi aduan yang dibuat oleh

sekolah. Pengguna juga perlu klik sama ada dokumen aset terdapat di sekolah ataupun

tidak. Pengguna juga perlu pastikan yang dokumen tersebut sentiasa

dikemaskini. Maklumat yang perlu dikunci masuk adalah seperti RAJAH 9(b) di bawah :

RAJAH 9(b)

Halaman Penyelenggaraan ICT

Edisi II : Oktober 2013 23

C. PENGESAHAN Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan dengan

maklumat rangkaian internet yang dikemaskini ke dalam ICTS.

Pengguna perlu memasukkan “Nama, Jawatan dan juga No.Telefon” sebelum pengesahan dilaksanakan.

Pengguna perlu tick pada “Saya mengesahkan semua maklumat adalah benar”.

Selepas pengguna selesai mengisi maklumat di atas, pengguna perlu

memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum klik pada butang

Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 9(c) di bawah :

RAJAH 9(c)

Halaman Pengesahan

Klik Untuk Simpan

Tick Untuk Pengesahan

Maklumat Nama, Jawatan & No. Telefon perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 24

2.4 Pengesahan Chrome Book Capaian ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan pengesahan

penerimaan Chrome Book yang terdapat di sekolah. Terdapat 3 sub menu yang

perlu diisi oleh pengguna.

Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat seperti berikut:

A. Status Chrome Book

B. Dokumen Sokongan

C. Pengesahan

Pengguna perlu klik pada untuk mengisi

maklumat.

Jika terdapat sekolah yang tidak menerima Chrome Book, kenyataan seperti di

RAJAH 10 akan dipaparkan.

RAJAH 10

Halaman Status Penerimaan Chrome Book

A. STATUS CHROME BOOK

Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan status penerimaan Chrome Book di sekolah. Pada RAJAH 10(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

Edisi II : Oktober 2013 25

RAJAH 10(a)

Halaman Status Chrome Book

B. DOKUMEN SOKONGAN Pada bahagian ini, pengguna perlu memuatnaik gambar yang berkaitan

dengan Chrome Book.

Pengguna perlu klik pada butang untuk muatnaik gambar.

Gambar yang dimuatnaik oleh pengguna boleh ditukar dengan klik pada

butang sekali lagi.

Pada RAJAH 10(b) adalah keterangan gambar yang perlu dimuatnaik oleh

pihak sekolah.

RAJAH 10(b)

Halaman Dokumen Sokongan

Pengguna perlu klik pada butang ini untuk muatnaik gambar

Jika Pengguna ingin tukar gambar, perlu klik pada butang ini untuk muatnaik gambar

Edisi II : Oktober 2013 26

C. PENGESAHAN Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan dengan

status penerimaan Chrome Book di sekolah dan gambar yang dimuatnaik ke

dalam ICTS.

Pengguna perlu memasukkan “Nama, Jawatan dan juga No.Telefon” sebelum pengesahan dilaksanakan.

Pengguna perlu tick pada “Saya mengesahkan semua maklumat adalah benar”.

Selepas pengguna selesai mengisi 3 sub menu di dalam Pengesahan Chrome

Book di sekolah, pengguna perlu memastikan maklumat yang diberikan adalah

tepat sebelum klik pada butang

Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 10(c) di bawah :

RAJAH 10(c)

Halaman Pengesahan

Klik Untuk Simpan

Tick Untuk Pengesahan

Maklumat Nama, Jawatan & No. Telefon perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 27

2.5 Pengesahan VDI Thin Client Capaian ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan pengesahan

penerimaan VDI Thin Client yang terdapat di sekolah. Terdapat 3 sub menu yang

perlu diisi oleh pengguna.

Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat seperti berikut:

A. Status VDI Thin Client

B. Dokumen Sokongan

C. Pengesahan

Pengguna perlu klik pada untuk mengisi

maklumat.

Jika terdapat sekolah yang tidak menerima VDI Thin Client, kenyataan seperti di

RAJAH 11 akan dipaparkan.

RAJAH 11

Halaman Status Penerimaan VDI Thin Client

A. STATUS VDI THIN CLIENT

Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan status penerimaan VDI Thin Client. Pada RAJAH 11(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

Edisi II : Oktober 2013 28

RAJAH 11(a)

Halaman Status VDI Thin Client

B. DOKUMEN SOKONGAN Pada bahagian ini, pengguna perlu memuatnaik gambar yang berkaitan

dengan VDI Thin Client.

Pengguna perlu klik pada butang untuk muatnaik gambar.

Gambar yang dimuatnaik oleh pengguna boleh ditukar dengan klik pada

butang sekali lagi.

Pada RAJAH 11(b) adalah keterangan gambar yang perlu dimuatnaik oleh

pihak sekolah.

RAJAH 11(b)

Halaman Dokumen Sokongan

Pengguna perlu klik pada butang ini untuk muatnaik gambar

Jika Pengguna ingin tukar gambar, perlu klik pada butang ini untuk muatnaik gambar

Edisi II : Oktober 2013 29

C. PENGESAHAN Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan dengan

status penerimaan VDI Thin Client di sekolah dan gambar yang dimuatnaik ke

dalam ICTS.

Pengguna perlu memasukkan “Nama, Jawatan dan juga No.Telefon” sebelum pengesahan dilaksanakan.

Pengguna perlu tick pada “Saya mengesahkan semua maklumat adalah benar”.

Selepas pengguna selesai mengisi 3 sub menu di dalam Pengesahan VDI

Thin Client di sekolah, pengguna perlu memastikan maklumat yang diberikan

adalah tepat sebelum klik pada butang

Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 11(c) di bawah :

RAJAH 11(c)

Halaman Pengesahan

Klik Untuk Simpan

Tick Untuk Pengesahan

Maklumat Nama, Jawatan & No. Telefon perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 30

• Capaian ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan Pusat Akses di

sekolah. Terdapat 4 menu yang perlu diisi oleh pengguna iaitu :

A. Maklumat Pusat Akses

B. Status Peralatan

C. Dokumen Sokongan

D. Pengesahan

• Pengguna perlu klik pada untuk mengisi maklumat

Pusat Akses.

A. MAKLUMAT PUSAT AKSES Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan dengan

Pusat Akses.

Pada RAJAH 12(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 12(a)

Halaman Maklumat Pusat Akses

3 PUSAT AKSES

Edisi II : Oktober 2013 31

B. STATUS PERALATAN Pada bahagian ini, pengguna perlu mengisi maklumat berkenaan dengan status

peralatan yang terdapat di Pusat Akses.

Pengguna perlu mengisi bilangan peralatan yang diterima dan rosak di dalam status

peralatan.

Pengguna boleh merujuk kepada Sijil Akuan Penerimaan (SAP) untuk mengisi

maklumat yang berkaitan.

Pada Rajah 12(b) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 12(b)

Halaman Status Peralatan

C. DOKUMEN SOKONGAN

Pada bahagian ini, pengguna perlu memuatnaik gambar yang berkaitan dengan

Pusat Akses. Pengguna perlu klik pada butang untuk muatnaik gambar. Gambar yang perlu dimuatnaik adalah seperti JADUAL 4 di bawah :

Edisi II : Oktober 2013 32

JADUAL 4

Gambar yang dimuatnaik oleh pengguna boleh ditukar dengan klik pada butang

sekali lagi. Pada RAJAH 12(c) adalah keterangan gambar yang perlu dimuatnaik oleh

pengguna.

Bil Gambar Keterangan

1. Jadual Pusat Akses

Jadual penggunaan Pusat Akses di sekolah yang terkini perlu dimuatnaik oleh pengguna.

2. Peralatan

Peralatan adalah Baik. • Gambar peralatan yang berkeadaan baik seperti komputer, pencetak,

projektor dan pengimbas. • Pengguna juga perlu kunci masuk keterangan berkaitan dengan

gambar tersebut.

Peralatan ICT adalah Rosak • Gambar peralatan ICT yang rosak seperti komputer, pencetak dan

juga peralatan perabot. • Pengguna juga perlu kunci masuk keterangan berkaitan dengan

gambar tersebut.

3. Pusat Akses

• Gambar berkaitan dengan kerosakan seperti bumbung bocor, bumbung berlubang, penghawa dingin, keretakan dinding, penggera keselamatan dan lain-lain.

• Pengguna juga perlu kunci masuk keterangan berkaitan dengan gambar tersebut.

4. Pusat Akses

Berkongsi

• Gambar jika ada Pusat Akses yang berkongsi dengan bilik darjah, pusat sumber, bilik guru dan lain-lain.

• Pengguna juga perlu kunci masuk keterangan berkaitan dengan gambar tersebut.

Edisi II : Oktober 2013 33

RAJAH 12(c)

Halaman Dokumen Sokongan

Pengguna perlu klik pada butang ini untuk muatnaik gambar

Jika Pengguna ingin tukar gambar, perlu klik pada butang ini untuk muatnaik gambar

Edisi II : Oktober 2013 34

D. PENGESAHAN Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan dengan

maklumat Pusat Akses dan gambar yang dimuatnaik ke dalam ICTS.

Pengguna perlu memasukkan “Nama, Jawatan dan juga No.Telefon” sebelum

pengesahan dilaksanakan.

Pengguna perlu tick pada “Saya mengesahkan semua maklumat adalah benar”.

Selepas pengguna selesai mengisi maklumat di atas, pengguna perlu memastikan

maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum klik pada butang

Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 12(d) di bawah :

RAJAH 12(d)

Halaman Pengesahan

Klik Untuk Simpan

Tick Untuk Pengesahan

Maklumat Nama, Jawatan & No. Telefon perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 35

• Capaian ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan peralatan PPSMI yang

terdapat di sekolah. Terdapat 3 menu yang perlu diisi oleh pengguna iaitu :

A. Senarai Peralatan

B. Dokumen Sokongan

C. Pengesahan

• Pengguna perlu klik pada untuk mengisi maklumat.

A. SENARAI PERALATAN Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat peralatan ICT

PPSMI yang diterima di sekolah iaitu komputer riba, komputer peribadi dan projektor.

Maklumat yang perlu dikunci masuk adalah seperti RAJAH 13(a) di bawah.

Jika semua peralatan PPSMI adalah berfungsi, pengguna perlu mengisi di Bil. Rosak, Bil. Lupus dan Bil. Hilang sebagai “0”.

RAJAH 13(a)

Halaman Senarai Peralatan ICT PPSMI

4 PPSMI

Maklumat di ruangan jumlah akan dipamerkan secara automatik setelah maklumat Bil.Diterima, Bil. Berfungsi, Bil. Rosak, Bil. Lupus & Bil. Hilang

dikunci masuk.

Edisi II : Oktober 2013 36

B. DOKUMEN SOKONGAN Pada bahagian ini, pengguna perlu memuatnaik gambar yang berkaitan dengan

peralatan PPSMI.

Pengguna perlu klik pada butang untuk muatnaik gambar. Setiap

gambar yang dimuatnaik hendaklah disertakan dengan keterangan gambar. Maklumat yang perlu dikunci masuk adalah seperti RAJAH 13(b) di bawah :

RAJAH 13(b)

Halaman Dokumen Sokongan

C. PENGESAHAN Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan dengan peralatan

ICT PPSMI yang dikemaskini dan gambar yang dimuatnaik ke dalam ICTS.

Pengguna perlu memasukkan “Nama, Jawatan dan juga No.Telefon”.

Pengguna perlu tick pada “Saya mengesahkan semua maklumat adalah benar”.

Selepas pengguna selesai mengisi 3 menu di dalam PPSMI, pengguna perlu

memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum klik pada butang

Edisi II : Oktober 2013 37

• Capaian ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan rangkaian 1Bestarinet

yang terdapat di sekolah. Terdapat 2 menu yang perlu diisi oleh pengguna.

• Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat seperti berikut:

i. 1Bestarinet

ii. Virtual Learning Enviroment(VLE)

5.1 1Bestarinet Pada bahagian ini, terdapat 5 sub menu yang perlu diisi oleh pengguna iaitu :

A. Perkhidmatan Rangkaian (Peralatan & Teknologi Telekomunikasi)

B. Penyediaan Rangkaian

C. Liputan & Prestasi Capaian

D. Dokumen Sokongan

E. Pengesahan

Pengguna perlu mengklik pada untuk

mengisi maklumat 1Bestarinet.

A. PERKHIDMATAN RANGKAIAN (PERALATAN & TEKNOLOGI TELEKOMUNIKASI) Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan perkhidmatan rangkaian di sekolah.

Pada RAJAH 14(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

5 1Bestarinet

Edisi II : Oktober 2013 38

RAJAH 14(a)

Halaman Perkhidmatan Rangkaian (Peralatan & Teknologi Telekomunikasi)

Edisi II : Oktober 2013 39

B. PENYEDIAAN RANGKAIAN Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan untuk

penambahbaikan bagi memperluaskan capaian 1Bestarinet dan kos

anggaran belanjawan yang terlibat.

RAJAH 14(b) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 14(b)

Halaman Penyediaan Rangkaian

C. LIPUTAN DAN PRESTASI CAPAIAN Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan untuk liputan

dan prestasi capaian 1Bestarinet di sekolah.

Pengguna juga perlu menjalankan ujian keupayaan rangkaian dengan

menggunakan aplikasi di http://www.speedtest.net untuk mengetahui

capaian yang diterima di sekolah.

RAJAH 14(c) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

Edisi II : Oktober 2013 40

RAJAH 14(c)

Halaman Liputan Dan Prestasi Capaian

Edisi II : Oktober 2013 41

D. DOKUMEN SOKONGAN Pada bahagian ini, pengguna perlu tick sama ada dokumen sokongan

berkaitan dengan rangkaian 1Bestarinet disimpan di sekolah ataupun tidak.

Pengguna juga perlu memuatnaik gambar yang berkaitan dengan

rangkaian 1Bestarinet dengan klik pada butang

Maklumat yang perlu dikunci masuk adalah seperti RAJAH 14(d) di bawah:

RAJAH 14(d)

Halaman Dokumen Sokongan

Gambar yang dimuatnaik oleh pengguna boleh ditukar dengan klik pada

butang sekali lagi.

Pengguna perlu klik pada butang ini untuk muatnaik gambar

Jika Pengguna ingin tukar gambar, perlu klik pada butang ini untuk muatnaik gambar

Pengguna perlu tick pada butang ini bagi salinan dokumen sokongan yang ada disimpan di sekolah

Edisi II : Oktober 2013 42

E. PENGESAHAN Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan

dengan perkhidmatan rangkaian di sekolah yang telah dikemaskini dan

gambar yang dimuatnaik ke dalam ICTS.

Pengguna perlu memasukkan “Nama, Jawatan dan juga No.Telefon” sebelum pengesahan dilaksanakan.

Pengguna perlu tick pada “Saya mengesahkan semua maklumat adalah benar”.

Selepas pengguna selesai mengisi 5 sub menu di dalam 1Bestarinet,

pengguna perlu memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat

sebelum klik pada butang

Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 14(e) di bawah :

RAJAH 14(e)

Halaman Pengesahan

Klik Untuk Simpan

Tick Untuk Pengesahan

Maklumat Nama, Jawatan & No. Telefon perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 43

5.2 Virtual Learning Enviroment(VLE)

Pada bahagian ini, terdapat 8 sub menu yang perlu diisi oleh pengguna iaitu :

A. Pelaksanaan VLE

B. Capaian VLE

C. Pentadbiran VLE

D. Latihan

E. Penggunaan

F. Promosi

G. Liputan Dan Prestasi Capaian

H. Pengesahan

Pengguna perlu mengklik pada untuk mengisi

maklumat VLE.

A. PELAKSANAAN VLE Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan pelaksanaan VLE di sekolah.

Pada RAJAH 15(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 15(a)

Halaman Pelaksanaan VLE

Edisi II : Oktober 2013 44

B. CAPAIAN VLE Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan capaian VLE di sekolah.

Pengguna juga perlu menyatakan tarikh mula capaian VLE di sekolah dan

pemberian ID pengguna dan kata laluan kepada guru / ibu bapa / pelajar

dan lain-lain

Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 15(b) di

bawah :

RAJAH 15(b)

Halaman Capaian VLE

C. PENTADBIRAN VLE Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan pentadbiran VLE di sekolah.

Pengguna perlu memaklumkan sama ada jawatankuasa VLE telah

ditubuhkan di sekolah ataupun belum.

Pada RAJAH 15(c) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

Edisi II : Oktober 2013 45

RAJAH 15(c)

Halaman Pentadbiran VLE

D. LATIHAN Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan latihan yang telah dilaksanakan oleh pembekal kepada sekolah.

Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 15(d) di

bawah :

RAJAH 15(d)

Halaman Latihan

Edisi II : Oktober 2013 46

E. PENGGUNAAN Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan penggunaan VLE di sekolah.

Pengguna perlu menyatakan teknik pengajaran, aplikasi dan bahan-bahan

yang digunakan bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di

sekolah.

Pada RAJAH 15(e) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 15(e)

Halaman Penggunaan

Edisi II : Oktober 2013 47

F. PROMOSI Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan promosi VLE yang dijalankan di sekolah.

Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 15(f) di bawah :

RAJAH 15(f)

Halaman Promosi

G. LIPUTAN DAN PRESTASI CAPAIAN Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan liputan dan prestasi capaian VLE di sekolah. Pengguna perlu

mengesahkan jika di sekolah pernah menghadapi gangguan aplikasi VLE.

Pada RAJAH 15(g) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 15(g)

Halaman Liputan Dan Prestasi Capaian

Edisi II : Oktober 2013 48

H. PENGESAHAN Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan

dengan pelaksanaan dan capaian VLE di sekolah yang telah dikemaskini

ke dalam ICTS.

Pengguna perlu memasukkan “Nama, Jawatan dan juga No.Telefon”.

Pengguna perlu tick pada “Saya mengesahkan semua maklumat adalah benar”.

Selepas pengguna selesai mengisi maklumat di atas, pengguna perlu

memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum klik pada

butang

Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 15(h) di bawah :

RAJAH 15(h)

Halaman Pengesahan

Klik Untuk Simpan

Tick Untuk Pengesahan

Maklumat Nama, Jawatan & No. Telefon perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 49

• Capaian ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan peralatan dan perisian

MBMMBI yang terdapat di sekolah. Terdapat 2 menu yang perlu diisi oleh pengguna iaitu :

i. Peralatan

ii. Perisian

6.1 Peralatan Pada bahagian ini, terdapat 9 sub menu yang perlu diisi oleh pengguna :

A. Penerimaan Peralatan

B. Dokumen Terimaan

C. Pendaftaran Aset / Inventori

D. Latihan

E. Penggunaan Makmal Bahasa

F. Penyelenggaraan

G. Butiran Peralatan MBMMBI Yang Diterima Oleh Sekolah

H. Dokumen Sokongan

I. Pengesahan

Pengguna perlu klik pada

untuk mengisi maklumat peralatan MBMMBI.

A. PENERIMAAN PERALATAN Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan penerimaan peralatan MBMMBI di sekolah.

Pengguna juga perlu mengesahkan sama ada peralatan yang diterima

mengikut spesifikasi yang ditetapkan ataupun tidak.

Pada RAJAH 16(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

6 MBMMBI

Edisi II : Oktober 2013 50

RAJAH 16(a)

Halaman Penerimaan Peralatan

B. DOKUMEN TERIMAAN Pada bahagian ini, pengguna perlu mengesahkan maklumat berkaitan

dengan dokumen terimaan peralatan MBMMBI di sekolah.

Pengguna boleh merujuk kepada Delivery Order (DO), Sijil Akuan

Penerimaan (SAP) dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) untuk

sahkan penerimaan peralatan MBMMBI bersamaan dengan fizikal.

Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 16(b) di

bawah :

RAJAH 16(b)

Halaman Dokumen Terimaan

Edisi II : Oktober 2013 51

C. PENDAFTARAN ASET Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan pendaftaran aset / inventori peralatan MBMMBI di sekolah.

Pada RAJAH 16(c) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 16(c)

Halaman Pendaftaran Aset / Inventori

D. LATIHAN Pada bahagian ini, pengguna perlu engesahkan sama ada telah terima

latihan selepas peralatan MBMMBI diterima di sekolah ataupun tidak.

Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 16(d) di

bawah :

RAJAH 16(d)

Halaman Latihan

Edisi II : Oktober 2013 52

E. PENGGUNAAN MAKMAL BAHASA Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan penggunaan makmal bahasa di sekolah.

Pada RAJAH 16(e) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 16(e)

Halaman Penggunaan Makmal Bahasa

F. PENYELENGGARAAN Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan penyelenggaraan di sekolah.

Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 16(f) di bawah :

RAJAH 16(f)

Halaman Penyelenggaraan

Edisi II : Oktober 2013 53

G. BUTIRAN PERALATAN MBMMBI YANG DITERIMA OLEH SEKOLAH Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan butiran peralatan MBMMBI yang diterima oleh sekolah. Pengguna

perlu menyatakan bilangan, jenama dan model yang diterima.

Selain itu, pengguna juga perlu mengesahkan sama ada peralatan

MBMMBI yang diterima mengikut spesifikasi yang ditetapkan ataupun tidak.

Pada RAJAH 16(g) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 16(g)

Halaman Butiran Peralatan MBMMBI Yang Diterima Oleh Sekolah

H. DOKUMEN SOKONGAN Pada bahagian ini, pengguna perlu memuatnaik gambar yang berkaitan

dengan penerimaan peralatan MBMMBI di sekolah.

Pengguna perlu klik pada butang untuk muatnaik gambar.

Gambar yang dimuatnaik oleh pengguna boleh ditukar dengan klik pada

butang sekali lagi.

Edisi II : Oktober 2013 54

Pada RAJAH 16(h) adalah keterangan gambar yang perlu dimuatnaik oleh

pihak sekolah.

RAJAH 16(h)

Halaman Dokumen Sokongan

I. PENGESAHAN Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan

dengan peralatan MBMMBI di sekolah yang telah dikemaskini dan gambar

yang dimuatnaik ke dalam ICTS.

Pengguna perlu memasukkan “Nama, Jawatan dan juga No.Telefon” sebelum pengesahan dilaksanakan.

Pengguna perlu tick pada “Saya mengesahkan semua maklumat adalah benar”.

Selepas pengguna selesai mengisi 9 sub menu di dalam peralatan

MBMMBI, pengguna perlu memastikan maklumat yang diberikan adalah

tepat sebelum klik pada butang

Pengguna perlu klik pada butang ini untuk muatnaik gambar

Jika Pengguna ingin tukar gambar, perlu klik pada butang ini untuk muatnaik gambar

Edisi II : Oktober 2013 55

6.2 Perisian Pada bahagian ini, terdapat 8 sub menu yang perlu diisi oleh pengguna :

A. Penerimaan Perisian MBMMBI

B. Dokumen Terimaan

C. Pendaftaran Aset / Inventori

D. Latihan

E. Penggunaan Makmal Bahasa

F. Butiran Perisian MBMMBI Yang Diterima Oleh Sekolah Di Makmal / Pusat

Akses

G. Dokumen Sokongan

H. Pengesahan

Pengguna perlu klik pada

untuk mengisi maklumat perisian MBMMBI.

A. PENERIMAAN PERISIAN MBMMBI Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan penerimaan perisian MBMMBI di sekolah.

RAJAH 17(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 17(a)

Halaman Penerimaan Perisian MBMMBI

Edisi II : Oktober 2013 56

B. DOKUMEN TERIMAAN Pada bahagian ini, pengguna perlu mengesahkan maklumat berkaitan

dengan dokumen terimaan perisian MBMMBI di sekolah.

Pengguna boleh merujuk kepada Delivery Order (DO), Sijil Akuan

Penerimaan (SAP) dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) untuk

sahkan penerimaan perisian MBMMBI bersamaan dengan fizikal.

Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 17(b) di bawah :

RAJAH 17(b)

Halaman Dokumen Terimaan

C. PENDAFTARAN ASET / INVENTORI Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan Pendaftaran Aset / Inventori perisian MBMMBI di sekolah.

Pada RAJAH 17(c) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 17(c)

Halaman Pendaftaran Aset / Inventori

Edisi II : Oktober 2013 57

D. LATIHAN Pada bahagian ini, pengguna perlu mengesahkan sama ada telah

menerima latihan teknikal oleh pembekal bagi penggunaan perisian

MBMMBI di sekolah.

Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 17(d) di

bawah :

RAJAH 17(d)

Halaman Latihan

E. PENGGUNAAN MAKMAL BAHASA Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan penggunaan makmal bahasa di sekolah.

Pada RAJAH 17(e) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

Edisi II : Oktober 2013 58

RAJAH 167e)

Halaman Penggunaan Makmal Bahasa

F. BUTIRAN PERISIAN MBMMBI YANG DITERIMA OLEH SEKOLAH DI MAKMAL / PUSAT AKSES Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan

dengan butiran perisian MBMMBI yang diterima oleh sekolah di Makmal /

Pusat Akses. Pengguna perlu menyatakan bilangan, jenama dan model

yang diterima.

Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 17(f) di

bawah :

RAJAH 17(f)

Halaman Butiran Perisian MBMMBI Yang Diterima Oleh Sekolah Di Makmal / Pusat Akses

Edisi II : Oktober 2013 59

G. DOKUMEN SOKONGAN Pada bahagian ini, pengguna perlu memuatnaik gambar yang berkaitan

dengan perisian MBMMBI di sekolah.

Pengguna perlu klik pada butang untuk muatnaik gambar.

Gambar yang dimuatnaik oleh pengguna boleh ditukar dengan klik pada

butang sekali lagi.

Pada RAJAH 17(g) adalah keterangan gambar yang perlu dimuatnaik oleh

pihak sekolah.

RAJAH 17(g)

Halaman Dokumen Sokongan

H. PENGESAHAN Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan

dengan perisian MBMMBI di sekolah yang telah dikemaskini dan gambar

yang dimuatnaik ke dalam ICTS.

Pengguna perlu memasukkan “Nama, Jawatan dan juga No.Telefon” sebelum pengesahan dilaksanakan.

Pengguna perlu tick pada “Saya mengesahkan semua maklumat adalah benar”.

Pengguna perlu klik pada butang ini untuk muatnaik gambar

Jika Pengguna ingin tukar gambar, perlu klik pada butang ini untuk muatnaik gambar

Edisi II : Oktober 2013 60

Selepas pengguna selesai mengisi 8 sub menu di dalam perisian

MBMMBI, pengguna perlu memastikan maklumat yang diberikan adalah

tepat sebelum klik pada butang

Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 17(h) di bawah :

RAJAH 17(h)

Halaman Pengesahan

Klik Untuk Simpan

Tick Untuk Pengesahan

Maklumat Nama, Jawatan & No. Telefon perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 61

8. MAKLUMAT UMUM

Sistem ini telah menyediakan kemudahan butang dan ikon untuk membantu

pengguna semasa menggunakan ICTS.

Setiap butang yang terdapat pada sistem ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Istilah seperti akronim juga digunakan di dalam dokumen ini.

9. FUNGSI BUTANG

Lihat JADUAL 4 untuk memahami fungsi butang yang terdapat pada ICTS.

JADUAL 4

Bil. Ikon / Butang Nama Ikon / Butang Penerangan

1. Butang Login Akses ke ICTS

2. Butang Simpan Menyimpan maklumat yang telah diisi ke pengkalan data

3. Butang Browse Mencari fail gambar untuk dimuatnaik

4. Butang Kemaskini Maklumat Makmal

Mengemaskini maklumat berkaitan dengan Makmal Komputer

5. Butang Kemaskini

Peralatan Mengemaskini maklumat berkaitan dengan peralatan ICT

6. Butang Tambah

Peralatan

Mengemaskini maklumat berkaitan dengan peralatan ICT jika terdapat lebih dari 1 peralatan

7. Butang

Penyelenggaraan

Mengemaskini maklumat berkaitan dengan penyelenggaraan dan rangkaian internet

8.

Butang Kemaskini Chrome Book

Mengemaskini maklumat berkaitan dengan penerimaan Chrome Book di sekolah

9. Butang Kemaskini

Thin Client

Mengemaskini maklumat berkaitan dengan penerimaan VDI Thin Client di sekolah

Edisi II : Oktober 2013 62

10. AKRONIM DAN SINGKATAN

Rujuk JADUAL 5 untuk rujukan maklumat akronim dan singkatan.

JADUAL 5

10.

Butang Kemskini Pusat Akses

Mengemaskini maklumat berkaitan dengan Pusat Akses

11.

Butang Kemaskini Maklumat

1Bestarinet

Mengemaskini maklumat berkaitan dengan 1Bestarinet

12. Butang Kemaskini

Maklumat VLE Mengemaskini maklumat berkaitan dengan VLE

13. Butang Kemaskini

Maklumat MBMMBI Peralatan

Mengemaskini maklumat berkaitan dengan penerimaan peralatan MBMMBI

14.

Butang Kemaskini Maklumat MBMMBI

Perisian

Mengemaskini maklumat berkaitan dengan penerimaan perisian MBMMBI

15. Butang Batal Kembali ke halaman sebelumnya

Bil. Akronim / Singkatan Nama Penuh

1. KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

2. ICTS Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah

3. PKG Pusat Kegiatan Guru

4. BTPN Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

5. BTP Bahagian Teknologi Pendidikan

6. PPD Pejabat Pendidikan Daerah

7. JPN Jabatan Pendidikan Negeri

CAWANGAN AUDIT ICT BAHAGIAN AUDIT DALAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA CAWANGAN AUDIT ICT

BAHAGIAN AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

NO. TEL : 03-8884 5457 NO. FAKS : 03-8884 5431