mama open
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Apa sahaja pekerjaan yang ingin anda lakukan maka anda perlu ada matlamat.Apa maknaya matlamat bagi anda? Matlamat dalam erti kata adalah sesuatu perkara yang disasarkan untuk dicapai oleh sebab-sebab tertentu.Dengan mengetahui makna matlamat yang sebenarnya akan menjadikan diri kita dapat membina matlamat yang mantap seterusnya yang lebih penting saya dapat mencapainya.
Matlamat adalah batu asas kepada kejayaan. Umpamanya rumah, batu asasnya adalah tiang. Tanpa tiang, rumah tak boleh dibina. Begitu juga kejayaan, tanpa matlamat, saya tidak boleh mencipta kejayaan sendiri. Sebagai contoh, anda menunggu rakan-rakan serumah siap, barulah anda pergi ke kelas. Jika rakan anda lambat siap, maka anda pun lambat ke kelas. Jika begitu, anda sebenarnya dibentuk oleh persekitaran anda. Orang seperti ini kebiasaannya tidak ada matlamat. Pelajar yang berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas. tahu apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa ‘A’ yang mereka mahukan atau berapa peratus markah yang mereka mahukan. Mereka juga jelas tentang pengkhususan atau bidang yang ingin diceburi di universiti, mahupun kerjaya yang ditempuh setiap hari dan sebagainya. Bagi seorang pelajar Muslim, penetapan matlamat dan sasaran adalah sangat penting. Namun matlamat dan sasaran yanag ingin ditetapkan, adalah berlandaskan kepada petunjuk dan panduan yang telah digariskan oleh Islam. Sebagaimana dinukilkan dalam hadith Nabi (SAW),
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” [ Riwayat Al Bazzar]
Berdasarkan hadith tersebut, dapat dilihat bahawa Rasulullah telah menetapkan agar kita ummatnya, dalam agenda menuntut ilmu harus menetapkan matlamat yang jelas. Antara matlamat yang digariskan adalah untuk menjadi orang yang berilmu (memiliki ilmu), atau menjadi penuntut ilmu atau orang yang sentiasa mendengar pengajian ilmu atau akhirnya menjadi orang yang sekurang-kurangnya mncintai ilmu. Perlu difahami di sini, sebagai pelajar,matlamat menuntut ilmu adalah untuk memenuhi suruhan dan tuntutan agama agar setiap
ummatnya menjadi manusia berilmu.Apabila matlamat ini telah jelas difahami dan dihayati, insyaAllah matlamat-matlamat yang lainnya akan menyusul dan mudah di kecapi.
Pelajar cemerlang sentiasa tahu matlamat hidupnya. Mereka dapat gambarkan dengan jelas siapa mereka di penghujung kehidupan nanti. Stephen Covey dalam bukunya ‘ The 7 Habits‘ ada menegaskan kepentingan memulakan kehidupan dari belakang. Maksudnya, saya perlu menggambarkan kesudahan atau penghujung kepada kehidupan ini dan menetapkan apa yang ingin dikecapi. Bermula dari titik penghujung itu, kita bergerak sedikit demi sedikit merangka langkah-langkah atau usaha-usaha yang akan membantu untuk mereliasasikan hajat dan cita-cita di penghujungnya itu. Kalau saya tahu mahu mengakhiri kehidupan ini dengan kejayaan, maka kejayaan yang bagaimana ingin saya kecapi. Tidak cukup dengan hanya menyatakan ‘aku ingin berjaya’, tetapi perlu perincikan lagi dengan jelas matlamat yang ingin dicapai.
Setelah tahu matlamat saya, maka rangkalah sasaran dalam pelajaran.Sasaran yang ingin ditetapkan haruslah realistik dan optimistik. Dengan erti kata yang lain, sasaran yang ditetapkan adalah tinggi tapi masih dalam lingkungan yang dapat dikecapi. Namun, dalam penatapan sasaran, jangan terlalu fikirkan sangat sama ada ianya berjaya dicapai atau tidak, sebaliknya fikirkanlah adakah anda benar-benar mahukannya. Sebab sekiranya saya mahukannya, maka dan sepastinya sentiasa akan ada jalan untuk mengusahakannya. Kemahuan yang meluap dan membara sentiasa memberikan saya tenaga tambahan dalam berusaha.
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. [At-Talaaq:2-3]
Matlamat merupakan cara memandu arah kerja dengan betul dan berkesan. Ia sebagai wadah kekuatan untuk anda sentiasa tabah dalam mengharungi pelbagai halangan. SECARA tradisinya, seseorang wanita yang telah berumah tangga akan bertanggung jawab untuk mengurus dan mentadbir rumah tangganya. Umum memaklumi bahawa tanggung jawab wanita sebagai seorang isteri atau ibu adalah memastikan keluarganya dapat diuruskan dengan baik.
NIAtSetiap apa yang ingin kita lakukan mestilah dimulai dengan niat. Sentiasalah mempunyai niat di dalam hati yang kita mahu belajar dan Allah Maha Besar yang akan memudahkan jalan bagi setiap niat yang baik. Selain itu, tujuan untuk belajar juga mestilah ada sebagai contoh, untuk kemajuan kerjaya, untuk bertukar suasana, masih belum puas dengan kelulusan yang ada atau sebagainya. Niat perlu ada supaya kita tidak tersasar di pertengahannya nanti.SEMANGAT
Apabila bertanya kepada kebanyakkan pelajar yang mengambil Sarjana, pada mula-mula menapakkan diri di dalam kelas yang pertama bagi mata pelajaran yang pertama, semua mempunyai target untuk mendapatkan CGPA 4.00 atau mendapat Anugerah Dekan sekurang-kurangnya. Berbekalkan semangat itulah yang kita akan pegang sehingga kita selesai ke penghujung sarjana kita. Sekiranya kita tidak memperolehi apa yang kita target, sekurang-kurangnya kita berjaya menggenggam segulung Ijazah Sarjana. Sekiranya tiada semangat, bagaimana kita akan teruskan sehingga penghujungnya? Ini kerana banyak yang terjadi dimana, di awal pendaftaran pelajar terdapat lebih kurang 35orang pelajar Sarjana bagi mod FLP (Flexible Learning Program), namun pada penghujung setiap semester pasti ada yang kecundang dengan pelbagai masalah. Pada dasarnya, setiap orang mempunyai masalah yang tersendiri, namun sekiranya semangat dan niat kita ada, InsyaAllah, ini akan membuatkan kita untuk terus berjuang hingga sampai ke penghujungnya.
MOTIVASIJadikan apa yang ada di sekeliling kita sebagai motivasi untuk kita. Kawan-kawan, keluarga, ibu ayah, suami atau anak-anak sebagai pencetus kepada motivasi kita. Ini adalah kerana orang-orang di sekeliling kita sebenarnya adalah orang yang paling dekat untuk membakar semangat kita. Mereka sebenarnya menjadi pencabar kita untuk terus maju kehadapan. Sebagai contoh, apabila seorang ibu dan isteri itu datang ke kelas dari pagi hingga ke malam, meninggalkan anak-anak di hujung minggu yang mana sebelum ini adalah waktu untuk menghabiskan masa bersama mereka adalah satu motivasi yang baik sebagai pencabar kepada kita. Anak-anak boleh bersabar menunggu kita pulang ke rumah untuk bersama mereka, kenapa kita perlu sia-siakan masa yang telah kita habiskan di dalam kelas itu? Kita yang telah mencuri masa tersebut daripada mereka, maka buktikanlah yang masa tersebut adalah untuk masa hadapan mereka juga.
SOKONGANSokongan dan dorongan yang kuat daripada seseorang perlubagi mengekalkan kita untuk menjadi seorang pelajar semasa kita bekerja. Sesiapa saja boleh dijadikan sebagai pendorong kita termasuklah ketua di tempat kerja kita atau rakan seperjuangan kita. Keluarga juga memainkan peranan penting dalam member sokongankepada kita. Suami yang setia menghantar dan mengambil kita untuk ke kelas juga boleh dijadikan pendorong dan pemberi sokongan yang paling baik. Ibu dan ayah yang semestinya tidak pernah melarang anaknya untuk belajar dan
belajar juga adalah pendorong yang baik. Tugas pemberi sokongan adalah untuk sentiasa mengingati kita dan meniupkan semangat kita apabila kita merasa letih, penat dan kecewa semasa belajar.
KOMITEDSentiasa menghantar semua assignment dalam masa yang ditetapkan. Jangan sesekali lambat kerana ini akan menjejaskan markah dan kepercayaan pensyarah kepada kita. Bagi mod FLP, kenalah sentiasa komited dengan online forum yang harus dipenuhi dan dikunjungi setiap minggu. Ini adalah kerana, setiap komen dalam forum tersebut mempengaruhi markah kita bagi semester tersebut. Sentiasa menjadi orang yang terawal untuk masuk di dalam online forum tersebut kerana sekiranya kita menjadi di antara orang yang terakhir, kemungkinan banyak idea kita telah diambil oleh orang lain.Dan akhirnya kita terpaksa mencari idea lain yang tentunya akan mengambil masa.
BAHAGI MASA
Antara kerjaya, keluarga dan belajar semuanya menjadi keutamaan apabila kita menjadi pekerja, ibu/ayah/anak dan pelajar. Dalam sesuatu masa kita tidak boleh mementingkan salah satu daripada tiga perkara ini selagi kita belajar. Ini adalah kerana, sekiranya kita terlalu menumpukan perhatian kepada pelajaran sehinggakan lupa tanggungjawab kepada tugas hakiki kita sebagai pekerja dan juga tugas kita di rumah, ini akan hanya merugikan kita.
Berikut adalah contoh jadual pembahagian tugas seorang ibu, pekerja dan pelajar.
8.00 pg –5.00 ptg : Bekerja dan menjalankan tugas-tugas hakiki seperti yang termaktub di dalam senarai tugas.5.00 ptg –7.00 mlm : Pulang ke rumah ( rutin harian di rumah)7.00 mlm –12.00 mlm : Melayan anak-anak 12.00 mlm –2.00 pg : Tidur2.00 pg –4.00 pg : Buat assignment/ Belajar4.00 pg –5.00 pg: Tidur sekejap5.00 pg –5.30 pg: Semak online forum
Selain itu, tidak perlulah terlalu taksub untuk belajar sehingga terlalu menumpukan perhatian dan masa kepada belajar. Sebagai contoh, hari minggu perlu juga diberikan untuk aktiviti bersama keluarga kerana jangan sesekali mengabaikan anak-anak dan orang tersayang
sepanjang kita bergelar pelajar. Pergilah bercuti atau bersiar-siar dengan keluarga kerana mereka memerlukan kita. Sekiranya pergi bercuti, jangannlah lupa membawa bersama Notebook kerana apabila ada waktu terluang, gunakanlah masa tersebut untuk mengakses online forum yang sudah semestinya menjadi satu kewajipan laman web yang patut dikunjungi setiap minggu.
sabarSifat yang paling penting yang perlu ditanamkan sepanjang kita belajar adalah sabar. Sentiasalah bersabar dengan apa jua cabaran, rintangan, halangan serta kepayahan sepanjang tempoh pengajian kita kerana apabila kita berjaya mengharungi segala halangan ini, kita akan merasai kepuasan dan kemanisan di penghujung pengorbanan kita nanti. Setiap semester cabaran yang datang kian hebat memandangkan dari semester ke semester, topik dan silibus pembelajaran makin mencabar. Tambahan pulak dengan Independent Study yang merupakan satu kewajipan bagi setiap pelajar untuk membuat kajian terhadap sesuatu topik yang dipilih bersama dengan ‘supervisor’ masing-masing. Tekanan daripada supervisor yang menginginkan kesempurnaan dalam laporan kita sedikit sebanyak memberikan tekanan dan untuk menyiapkan laporan itu sendiri juga memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Ini adalah kerana hasil bagi laporan daripada hasil kajian ini haruslah memenuhi kurang daripada 30% plagiat. Melalui software Turnitin, pensyarah akan dapat mengetahui berapa peratus maklumat yang diambil daripada kajian orang lain. Justeru, tumpuan yang lebih perlu diberikan dalam membuat Independent Study ini. Maka dengan itu, SABAR adalah tunggak utama sepanjang kita bergelar pekerja dan pelajar.
KESIMPULANBenarlah seperti dialog Labu dan Labi di dalam filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, “selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja”. Pada dasarnya kita bekerja untuk kita belajar dan kita belajar untuk kita bekerja. Relevannya adalah, kita bekerja untuk mencari duit bagi membiayai yuran semasa kita belajar dan kita belajar bagi mendapat ilmu untuk menambah kualiti dalam bekerja dan juga menjadi dan mendapatkan apa yang lebih baik daripada sekarang. “Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China”, adalah pepatah yang sering kita ungkapkan namun untuk mencapai matlamat sebenar falsafah itu adalah ilmu itu sentiasa ada untuk dicari, dan untuk mencari ilmu itu, kita perlu belajar dan belajar daripada orang yang lebih pakar daripada kita agar kita mendapat panduan yang betul. Tidak perlulah memberikan pelbagai alasan sekiranya kita tidak berminat untuk sambung belajar kerana setiap alasan yang kita berikan itu
sebenarnya menunjukkan ketidaksungguhan kita. Ada yang berkata tidak cukup duit untuk sambung belajar, namun pernahkah orang yang berkata itu bertanya bagaimana orang yang belajar itu bersusah payah untuk mencari duit untuk belajar? Ada juga yang memberikan alasan tidak ada masa, namun pernahkah orang yang berkata itu berusaha untuk mencukupkan waktu yang diperuntukkan dalam sehari? Apa yang penting sebenarnya adalah niat dan minat. Bila kita mempunyai niat dan minat untuk belajar atau untuk mendapatkan sesuatu, tidak mustahil untuk kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Apa yang tertulis di sini, hanyalah sedikit pengalaman yang boleh dijadikan panduan dan sedikit pendorong untuk sesiapa yang bergelar pekerja, ibu/ayah dan pelajar. “Bukan senang untuk jadi senang, bukan susah untuk jadi susah.”Semoga berjaya menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya.
Ia adalah salah satu teknik berkesan untuk pastikan azam atau matlamat saya tercapai.
Bagaimana teknik SMART boleh membantu saya untuk mencapai matlamat ?S- SPECIFIC (khusus)M-MEASURABLE (boleh diukur)A-ATTAINABLE (mampu dicapai)R-REALISTIC & RELEVANT (realistik, munasabah & relevan)T-TIME BOUND (tempoh masa/deadline)
1. S- SPECIFIC (khusus)Matlamat perlu dispesifikkan supaya lebih jelas dengan apa yang saya akan buat untuk mencapainya. Matlamat yang terperinci adalah lebih bermakna daripada matlamat yang umum. Jika sasaran tidak spesifik dua perkara yang akan berlaku: pertama anda dengan mudahnya mencapai matlamat itu dan kedua, anda dapati apa yang anda dapat bukan apa yang anda mahu. Kita ambil
contoh nak beli kereta Inspira berharga RM 80 ribu pada tahun ini.
2. M-MEASURABLE (boleh diukur)Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu mestilah yang boleh diukur atau dinilai harganya. Untuk kes azam nak beli kereta ini, ukuran dan nilainya ialah harga RM 80 ribu. Untuk deposit sudah tentu 10%, bermakna kita perlu ada RM 8 ribu. Bayaran bulanan pula mungkin dalam RM 800-900.Jadi itulah nilai atau ukurannya yang perlu kita capai dahulu sebelum berjaya memiliki kereta Inspira. Kita boleh tulis azam dan matlamat kita tu seperti ini “Aku nak beli kereta Inspira baru dalam tahun ini, dengan deposit harga sebanyak RM8 ribu”.
3. A-ATTAINABLE (mampu dicapai)Matlamat atau azam yang kita letak haruslah sesuatu yang boleh kita capai. Jangan membuat matlamat yang kita sudah tahu ia tidak akan boleh dicapai. Di sini anda perlu melihat sendiri keadaan anda sekarang adakah anda boleh mencapai matlamat tersebut? Jika anda rasa ianya memang tidak boleh dicapai, abaikan matlamat itu dan tetapkan matlamat yang lain. Untuk kes beli kereta Inspira ini, RM 8 ribu (deposit) adalah logik dan mampu kita perolehi dalam tempoh setahun.
4. R-REALISTIC & RELEVANT (realistik, munasabah & berkaitan)Bila google word “realistic”, jumpa makna yang ini “Having or showing a sensible and practical idea of what can be achieved or expected”. Jangan menetapkan matlamat yang bukan-bukan seperti saya nak beli rumah harga setengah juta sedangkan sumber pendapatan sebulan anda hanya RM 2000 sahaja. Bagi kes nak beli kereta Inspira di atas, ia tampak munasabah dan relevan sebab kita mampu untuk mencapainya.
5. T-TIME BOUND (tempoh masa/deadline)Tempoh masa, tarikh tamat (deadline) wajib ada bagi semua matlamat yang kita
letak. Ia harus jelas dan spesifik.Bagi kes beli kereta Inspira di atas, dengan membuat kiraan menyimpan sebanyak RM 800 setiap bulan selama 10 bulan, anda boleh mencapainya. Boleh pecahkan kepada target kecil seperti:Sumber dapat RM 800 sebulan:a) simpan wang gaji sebulan =RM 300b) side incom dgn blog = RM 200c) side income dgn fotografi = RM300Nak lagi spesifik, pecahkan kepada setiap hari.Deadline adalah sangat perlu kerana tanpanya anda akan berlengah dan tidak akan berusaha untuk mencapai matlamat.
Aktiviti 2
PENGENALAN
Persekitaran Pembelajaran Virtual (MYVLE) adalah sistem pembelajaran
berteraskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan
menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh,
pensyarah boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak tugasan secara
virtual manakala pelajar boleh menghantar tugasan dan melihat markah
melalui VLE. Pelajar boleh berinteraksi dengan tutor, dan pihak universiti boleh
mengemaskini kalendar aktiviti dan memaparkan notis melalui Internet. VLE
boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian
Internet.Pembelajaran secara tradisional, hanya ditentukan dengan waktu,
tempat dan ruang, sedangkan MYVLE ditambah tiga faktor lagi iaitu teknologi,
interaksi, dan pengendalian. My VLE tidak terikat dengan waktu, tidak terbatas
dalam batasan geografi, menyediakan ruang isi kandungan untuk para
pelajar.MyVLE juga menyediakan akses untuk sumber isi kandungan. MyVLE
digunakan untuk menyampaikan cara belajar dan menyediakan ruang
komunikasi antara pengguna. Interaksi dalam MyVLE adalah tingkat pertukaran
ilmu dan hubungan antara pelajar dan instruktur. MyVLE adalah suatu ukuran
yang mana para pelajar dapat mengendalikan sesi pembelajaran. Penelitian
terkini menyatakan bahawa pembelajaran bermedium teknologi dapat
meningkatkan nilai para pelajar, sikap mereka terhadap pembelajaran dan
evaluasi dari pengalaman belajar mereka. Teknologi juga dapat
membantu untuk meningkatkan interaksi antara tutor dan pelajar serta
pembelajaran berpusatkan(student oriented) pelajar . Membolehkan pihak
OUM mengurus, menyampaikan kandungan kursus dan
menjejak perbincangan dalam talian pelajar dan tutor. Tutor
boleh memuat naik kandungan kursus, item penilaian dan
bahan kursus yang lain dan terdapat
forum perbincangan dalam talian yang membolehkan kerjasama pembelajaran. Ini sangat bergantung kepada kualiti forum dan penyertaan aktif pelajar
dengan pelajar lain .
Pembelajaran dengan virtual learning iaitu proses pembelajaran berpandukan
komputer yang mempunyai rangkaian internet, fasilitator yang akan diganti
oleh menu-menu yang ada pada layer monitor komputer, interaksi antara
pelajar dan tutor terjadi melalui komputer.Virtual Learning Environment (VLE)
adalah sistem peranti perisian yang disokong dengan peranti keras, yang direka
untuk memudahkan pengajar melakukan pengurusan terhadap pembelajaran
yang diberikan kepada pelajar, khususnya membantu di dalam bidang
pentadbiran.
Dengan cara ini, jumlah tutor yang dapat ikut menyertai jauh lebih besar dari
pada cara belajar secara konvensional di ruang kelas (jumlah pelajar tidak
terhad kepada besarnya ruang kelas) Virtual Learning termasuk pembelajaran
elektronik atau E-Learning. E-learning adalah pembelajaran baik secara formal
mahu pun informal yang dilakukan melalui media elektronik, seperti internet,
intranet, CD-ROM, videotape, DVD, TV, handphone, PDA, dan lain-lain
(Lende, 2004). Akan tetapi, Virtual Learning adalah pembelajaran yang lebih
dominan menggunakan internet (berasaskan web). Lebih jauh ditegaskan
bahawa e-Learning diertikan sebagai carabaru dalam proses belajar
mengajar. E-learning merupakan dasar dan konsekuensilogis dari
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.Dengan e-learning, peserta
didik (learner atau pelajar) tidak perlu duduk di ruang kelas untuk menyemak
setiap ucapan dari seorang guru / tutor secara langsung. Virtual Learning juga
boleh memendekkan jadual target waktu pembelajaran, dan tentu saja
menjimatkan kos yang harus dikeluarkan oleh sebuah program kajian atau
program pendidikan.
Sistem tersebut dapat mencatat kemajuan (progress) proses belajar, di mana
dapat dipantau baik oleh pengajar mahupun pelajar. Selain utamanya
digunakan untuk proses pendidikan jarakjauh (distance education), sistem
tersebut juga boleh digunakan sebagai tambahan dalam kelas biasa.
Pembangunan teknologi kini telah membuka ruang dalam arus
pendidikan tanah air dan pembelajaran secara talian adalah hasilnya,
Kebelakangan ini, belajar secara talian (online learning) bukan lagi satu perkara
yang luar biasa, malah ianya bukan perkara baru dalam negara kita Malaysia.
Corak pendidikan secara talian ini juga telah diterima pakai oleh dunia sebagai
pendidikan yang sah dan telah diakui setanding dengan bentuk pendidikan yang
lain. OUM juga menekankan aspek menggunakan kuasa alam maya iaitu
internet dan peralatan teknologi maklumat (ICT) yang lain dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajarnya. Pembelajaran secara
elektronik (e-Learning) lebih memudahkan mereka untuk belajar dan
kemudahan komputer yang ada dapat digunakan secara optimum.Berinteraksi
menerusi emel, forum dan laman portal khas pelajar iaitu MyVLE (Persekitaran
Pembelajaran Maya) membolehkan saya belajar tanpa mengira masa dan
tempat. Malahan, dengan cara ini proses pembelajaran mudah serta lebih
dinamik selain mempelajari menerusi kuliah.
Dengan adanya corak pendidikan seumpama ini boleh dikatakan menjadi satu
peluang bagi golongan yang telah bekerjaya untuk meneruskan pembelajaran
tanpa meninggalkan alam pekerjaan, juga sebagai alternatif untuk individu yang
gagal menempatkan diri untuk melanjutkan diri di pusat pengajian tinggi.
Sungguh pun begitu belajar secara talian tidak boleh di pandang remeh kerana
kita seringkali terdengar berita bahawa golongan pelajar seperti ini gagal
menamatkan pelajaran, malah dikatakan gagal menerima segulung ijazah. Tajuk
tugasan “Kongsikan pengalaman dan jelaskan bagaimana myVLE boleh
membantu dalam mempertingkatkan pembelajaran anda?” ini akan
memperincikan beberapa masalah yang sering dihadapi oleh saya , dan juga
akan melontarkan idea-idea serta pandangan sebagai langkah penyelesaian
berdasarkan pengalaman saya.
Diistilahkan dalam Kamus Dewan “masalah” sebagai sesuatu yang memerlukan
penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Manakala
“belajar” pula ialah satu proses perubahan tingkah laku yang melibatkan
keterampilan kognitif iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran
intelek (Rahil Mahyuddin et al,2000). Berdasarkan dua definisi di atas,
beberapa perkara boleh di kategorikan sebagai keadaan yang memerlukan
penyelesaian di kalangan orang yang belajar secara talian (online learning)
antaranya adalah seperti pengurusan masa, kemahiran menggunakan computer
dan belajar secara berkumpulan.
Pengurusan masa merupakan satu masalah utama dalam proses
pembelajaran ini, Hal ini tidak dapat di sanggah lagi kerana kebanyakan dari
mereka mempunyai pelbagai komitmen selain dari belajar, bagi saya yang
sudah berkerjaya dan telah berkeluarga, dan sudah tentu masa terpaksa
dibahagikan antara komitmen lain dan belajar. Persoalannya ialah, bagaimana
untuk menguruskan masa yang diperuntukkan untuk belajar menjadi berkualiti?.
Apa maksud “masa yang berkualiti” itu sebenarnya?
Menurut Ab. Rasid Mat Zin, masa yang berkualiti bermakna menggunakan
masa yang ada sebaik mungkin untuk mentelaah atau melaksanakan kegiatan
pendidikan dengan berkesan, masa tersebut mungkin memakan masa tiga atau
empat jam sehari.
Walau bagaimanapun timbul pula persoalan, adakah pelajar dapat menguruskan
masa selama tiga atau empat jam itu secara berkesan?. Jawapannya ialah, bagi
golongan yang dinamakan pelajar ini memang mempunyai atau memberi ruang
selama tiga atau empat jam sehari untuk belajar, tetapi sesetengah antara mereka
tidak mampu untuk memanfaatkan masa yang mereka sendiri peruntukkan
untuk fokus sebaik yang mungkin, ini kerana masa yang di peruntukan juga
diselang-selikan dengan berbual, melayan kerenah anak isteri dan sebagainya.
Jadi bolehlah disimpulkan bahawa masa selama tiga atau empat jam tadi tidak
digunakan dengan berkesan.
Jika dilihat dari sudut positif, Belajar secara talian merupakan satu kelebihan
kerana banyak memberi kemudahan dan kelonggaran dalam pengurusan masa.
Ini kerana tiada peraturan masa yang di kenakan, tinggal lagi kebijaksanaan
seseorang individu itu sendiri yang menguruskannya. Penyusunan antara masa
bekerja dan pembahagian masa untuk belajar adalah penting supaya kerjaya dan
pelajaran boleh berjalan dengan seiring. Di samping itu, sokongan ahli keluarga
juga penting supaya masa yang telah diperuntukkan tidak di ganggu dengan
lain-lain aktiviti dan mendapat kerelaan keluarga.
Kemahiran menggunakan Komputer
Intitusi yang menawarkan kursus secara talian mempunyai corak
pembelajaran tersendiri, contohnya OUM. Dalam sistem pembelajaran ini,
keseluruhan sukatan pelajaran disediakan dan di kawalselia sepenuhnya oleh
pihak universiti melalui talian. Pelajar boleh mengulangkaji pelajaran pada bila-
bila masa dan boleh mengakses laman seperti pustaka online ,module yang
diambil, dan boleh juga belajar berkumpulan tanpa mengira masa.
Maksud di sini, persediaan awalnya ialah para pelajar mesti tahu cara-cara
untuk guna pakai komputer secara kendiri, kerana ianya adalah tapak untuk
bermulanya pembelajaran bercorak talian.
Keadaan akan menjadi sukar atau kelam kabut sekiranya pelajar tiada
pengetahuan tentang pengendalian komputer kerana semestinya pelajar akan
terlepas informasi terkini atau kesukaran dalam mencari bahan rujukan atau
gagal menghantar tugasan yang wajib dihantar melalui talian. Dengan lain
perkataan tanpa kemahiran dalam penggunaan komputer maka buta dalam
penggunaan internet. Maka bolehkah kita klasifikasikan pelajar ini sebagai
boleh mengikuti pembelajaran secara talian dengan jayanya?. Sungguhpun
begitu masalah ini boleh diatasi dan antara langkahnya seperti, pelajar yang
lemah boleh mengambil kursus tentang cara penggunaan komputer dan internet
yang banyak di pasaran sekarang.
Masalah untuk mendapatkan kumpulan belajar
Umum telah mengetahui bahawa salah satu teknik pembelajaran yang
paling berkesan adalah dengan belajar secara berkumpulan. Pembelajaran
berkumpulan adalah teknik yang paling popular di kalangan pelajar dan
mahasiswa, namun apa yang kita tahu tentang pembelajaran secara
berkumpulan?. Menurut Mohd Yusof Othman , 1998 Menyatakan satu kaedah
yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah
belajar secara kumpulan.
Ramai antara kita yang mengatakan bahawa konsep belajar berkumpulan
banyak membuang masa dan tidak kurang juga mengatakan tidak banyak
manfaat yang diperolehi atau sekadar dilaksanakan saja, namun apabila
dipandang secara positif belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan
daripada belajar bersendirian, ini kerana idea-idea dapat dikongsi antara sesama
mereka melalui sesi perbincangan, malah secara tidak langsung masa untuk
memahami sesuatu tajuk akan jadi lebih cepat dan berkesan.
Dari apa yang di utarakan di sini, memang tidak dinafikan lagi belajar
berkumpulan merupakan satu cara yang berkesan dalam teknik belajar. Namun
bagaimana pula bagi mereka yang belajar secara talian mendapatkan kumpulan
belajar?. Ini kerana sesetengah dari
pelajar tidak mengenali antara satu sama lain dan lebih parah lagi ada yang
tinggal berjauhan lokasi, tentu sekali proses pertemuan jarang atau kurang
berlaku dan hal ini memungkinkan
kita bahawa teknik belajar secara kumpulan tidak mungkin akan diadakan.
Namun dasar yang diperkenalkan oleh OUM contohnya, masalah tempat atau
masa di adakan kumpulan belajar telah pun diatasi atau diselesaikan dari awal
lagi, dengan wujudnya kelas berkonsepkan alam maya “MYVLE” para pelajar
boleh mengikuti perbincangan tentang sesuatu tajuk antara sesama pelajar dan
menariknya ianya di kawal oleh tenaga pengajar bagi tiap-tiap tajuk. Secara
tidak langsung para pelajar boleh mengajukan soalan secara terus jika terdapat
sebarang kekeliruan tentang sesuatu mata pelajaran. Jika di lihat dari sudut
positif pembelajaran secara berkumpulan melalui online lebih baik kerana masa
yang di peruntukkan mungkin tidak dihabiskan secara berbual-bual.
Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan, memang terdapat masalah di dalam corak
pembelajaran secara talian, seperti masalah pengurusan masa, kemahiran
menggunakan komputer dan masalah belajar berkumpulan seperti yang telah di
terangkan di atas. Namun semua permasalahan ini bukanlah boleh di jadikan
alasan atau penghalang untuk kita terus menimba ilmu pengetahuan kerana
pembelajaran secara talian juga telah di iktiraf dan menjadi satu kerugian yang
besar jika kita tidak merebut nya. Ada orang menjadikan rintangan sebagai
suatu cabaran untuk berjaya, namun tidak kurang juga yang menganggap
rintangan sebagai halangan untuk mengalah.