proposal marketing permohonan penajaan open day

of 12 /12
Rujukan Tuan : Rujukan Kami : UPSI/KZ/MIMK11/PRO.03(20) Tarikh : 29 Disember 2010 23 Muharram 1432H Kepada; Puan Halimaton binti Hamza Pengarah Komunikasi Korporat Jabatan Penyiaran Malaysia Tingkat 2, Wisma TV Angkasapuri 50614 Kuala Lumpur Melalui; Encik Mohd Redzuan bin Donial Penasihat Hari Terbuka Kolej Kediaman Za’ba Kampus Sultan Azlan Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan Tuan, JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ ZA’BA KOLEJ KEDIAMAN ZA’BA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH PROTON CITY 35900 TANJUNG MALIM Telefon : 05- 4583259

Author: mey-muhammad

Post on 30-Jun-2015

561 views

Category:

Documents


8 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ ZABA KOLEJ KEDIAMAN ZABA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH PROTON CITY 35900 TANJUNG MALIM PERAK DARUL RIDZUAN

Telefon : 05-4583259 Faksimili : 05-4585576

Rujukan Tuan : Rujukan Kami : UPSI/KZ/MIMK11/PRO.03(20) Tarikh : 29 Disember 2010 23 Muharram 1432H

Kepada; Puan Halimaton binti Hamza Pengarah Komunikasi Korporat Jabatan Penyiaran Malaysia Tingkat 2, Wisma TV Angkasapuri 50614 Kuala Lumpur Melalui; Encik Mohd Redzuan bin Donial Penasihat Hari Terbuka Kolej Kediaman Zaba Kampus Sultan Azlan Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan

Tuan, MEMOHON PENAJAAN BAGI HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMAN ZABA 2011 Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa, Kolej Kediaman Zaba, Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan Hari Terbuka yang bertema Memperkasa Ilmu Merekayasa Kepimpinan pada 20 hingga 23 Januari 2011. Sehubungan itu, kami berminat untuk mempelawa pihak tuan untuk menaja program kami.

3. Sebagai badan korporat, kami menyedari bahawa salah satu daripada matlamat utama agensi tuan adalah untuk mempamerkan imej perniagaan yang cemerlang. Oleh itu, dengan mengambil inisiatif membantu penajaan Hari Terbuka ini, pihak tuan boleh mempamerkan imej perniagaan syarikat puan yang cemerlang. 4. Oleh itu, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej khas untuk pihak tuan salurkan tajaan dan sumbangan kepada program ini. Pakej-pakej tersebut adalah seperti berikut; a. b. c. d. e. Pakej A: Penaja Utama Pakej B: Penaja Bersama Pakej C: Penaja Sampingan Pakej D: Penaja Produk Pakej E: Sumbangan Khas

Sila rujuk lampiran untuk maklumat pakej penajaan dan kaedah pembayaran. 5. Kami juga memberi peluang kepada pihak tuan untuk mengadakan aktiviti serta mengadakan booth display bagi memasarkan produk Proton. Bersama ini saya lampirkan tentatif program dan kertas kerja Hari Terbuka Kolej Zaba. Sebarang maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan Ketua Unit Penajaan Hari Terbuka, Cik Inda Wahida binti Zainal Abidin (017-5518573). Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan dalam hal ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan tugas,

(MUHAMMAD NAQIUDIN BIN ARIFIN) Pengarah Program Hari Terbuka Kolej Kediaman Zaba Universiti Pendidikan Sultan Idriss.k - Pengetua Kolej Kediaman Zaba - Fail

RINGKASAN EKSEKUTIF Butiran program adalah seperti berikut: IPTA JENIS PROGRAM TAJUK PROGRAM MATLAMAT DAN PENCAPAIAN PROGRAM UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMAN ZABA MEMPERKASA ILMU MEREKAYASA KEPIMPINAN Meningkatkan kesedaran mahasiswa dan masyarakat setempat tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan Mewujudkan hubungan baik antara mahasiswa UPSI dengan masyarakat setempat dan agensi-agensi kerajaan Berusaha memartabatkan nama UPSI dan kolej

kediaman sebagai sebuat institusi yang bitara Mewujudkan dan memperteguh perpaduan dan

keharmonian penghuni kolej-kolej kediaman Mewujudkan kerjasama dan menerapkan semangat kekitaan dikalangan penghuni kolej kediaman Memberi pendedahan dan pengalaman kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) pelaksana untuk menguruskan sesuatu program ANJURAN KUMPULAN SASARAN JAWATANKUASA KEDIAMAN ZABA Warga UPSI Masyarakat Setempat TARIKH TEMPAT Pelajar Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Sekitar Tanjong Malim Dianggarkan boleh menarik seramai 10,000 orang ke Hari Terbuka ini 20 HINGGA 23 JANUARI 2011 PERKARANGAN KAMPUS MAHASISWA KOLEJ

SULTAN

AZLAN

ANGGARAN KOS PAKEJ TAJAAN (tandakan (/) pada pakej yang ingin ditaja)

SHAH, PROTON CITY, TANJONG MALIM, PERAK RM 20,000.00 Penaja Utama Penaja Bersama Penaja Sampingan Penaja Produk Sumbangan Khas Semua sumbangan / penajaan boleh di bayar dengan menggunakan draf bank / cek / kiriman wang / wang pos yang dibayar atas nama BENDAHARI HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMAN ZABA dan di kirimkan ke alamat: Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Zaba Universiti Pendidikan Sultan Idris Kampus Sultan Azlan Shah 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan u.p: CIK SITI NAQUIAH BINTI MD. SUYUT atau ke akaun Bank Islam Berhad; JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ KEDIAMAN ZABA 08-068-02-054133-2

PEMBAYARAN PENAJAAN

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU MENJAYAKAN HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMAN ZABA? Sebagai badan korporat / profesional, kami menyedari bahawa salah satu daipada matlamat utama syarikat anda adalah untuk mempamerkan imej perniagaan yang cemerlang. Jadi,

dengan mengambil inisiatif membantu penajaan program Hari Terbuka Kolej Kediaman Zaba ini, anda boleh mengambil peluang tersebut untuk mempamerkan: i. Imej syarikat anda sebagai salah sebuah pertubuhan / syarikat yang boleh dipercayai dan dihormati. ii. Keterbukaan terhadap pelbagai hubungan dua hala yang menguntungkan semua pihak. iii. Kredibiliti syarikat anda yang maju, kukuh dan berdaya saing. iv. Keprihatinan terhadap tanggungjawab sosial. Sehubungan dengan itu, pihak kami menyediakan beberapa pakej khas untuk anda menghulurkan sumbangan kepada program ini. Anda boleh memilih mana-mana pakej yang dirasakan sesuai dengan imej syarikat anda.

a.

PENAJA UTAMA: RM 10,000 DAN KE ATAS

b.

PENAJA BERSAMA:

RM 7,000- RM 9,999

c.

PENAJA SAMPINGAN:

RM 4,000 RM 6,999

d.

PENAJA PRODUK

Tajaan Boleh Dilakukan Dalam Bentuk: Artis Slot / aktiviti Liputan media Pakaian Sebarang bentuk material yang lain

FAEDAH-FAEDAH YANG AKAN DIPEROLEH ADALAH SEPERTI BERIKUT:

e.

SUMBANGAN KHAS Sekiranya syarikat tuan tidak berminat untuk menyumbang dalam mana-mana pakej yang ditawarkan, kami berharap pihak tuan masih berminat untuk menyumbang secara peribadi. Sumbangan boleh dibuat dalam sebarang bentuk sama ada dalam bentuk kewangan atau material bagi membantu kami menjayakan program ini.