malim ulasan buku memanfaat kreativiti, pengurusan dan ... ulasan buku 1.pdf · malim bil. 10...

4
Ulasan Buku Memanfaat Kreativiti, Pengurusan dan Pendidikan untuk Kepimpinan ROOSFA HASHIM Khalim Zainal, Abdul Salam & Zaharah Hassan (Penyunting). 2009. Kepimpinan: Kreativiti, Pengurusan & Pendidikan. Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM. Kreativiti, pengurusan dan pendidikan selalu datang bersama apabila isu kepimpinan menjadi polemik dalam masyarakat atau dibahaskan. Maka kerana itu, kelahiran buku ini dengan judul yang sedemikian bukanlah suatu kebetulan. Enam belas bab yang dipilih masuk dalam buku ini telah diposisikan dalam lima bahagian yang telah dirancangkan dengan baik menjadikannya sumbangsih yang berharga daripada kakitangan akademik Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk pembaca dalam bidang ini. Perspektif Islam telah dipilih sebagai wahana pembuka gelanggang. Pemimpin dan kepimpinan, hala tuju dan akidah serta pandangan Imam Shafi’i menjadi pokok persoalan utama yang diangkat bagi membuka perbincangan. Nasaruddin Yunos dan Siti Nor Baya bukan sekadar memberikan pentakrifan terhadap maksud pemimpin dan kepimpinan tetapi juga menyentuh peranan syura dalam aspek ini. Siapakah yang dapat diangkat menjadi pemimpin, di mana kedudukan khilafah dalam institusi kepimpinan Islam serta syarat bagi melayakkan seseorang menjadi pemimpin dikupas pula oleh Aminudin Basir. Wan Zulkifli kemudian menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki Imam Shafi’i serta kualiti yang wajib ada pada seseorang pemimpin termasuklah kaedah pelantikan, akhlak yang baik, musyawarah, daya intelektual, kemantapan akidah, berpegang pada amanah dan bersikap adil, mesra rakyat, bijaksana serta patuh kepada pihak atasan. Seseorang pemimpin mestilah kreatif dalam apa juga situasi. Justeru amat tepat sekali apabila Mohamad Mohsin mengangkat Dr. Mahathir sebagai subjek kajiannya. Bab keempat buku ini menampilkan Dr. Mahathir sebagai pemimpin berpersonaliti kreatif sebelum dan sesudah menjadi Perdana Menteri.

Upload: vuanh

Post on 06-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALIM Ulasan Buku Memanfaat Kreativiti, Pengurusan dan ... ulasan buku 1.pdf · MALIM Bil. 10 (2009) 237 Ulasan Buku Memanfaat Kreativiti, Pengurusan dan Pendidikan untuk Kepimpinan

MALIM Bil. 10 (2009) 237

Ulasan Buku

Memanfaat Kreativiti, Pengurusandan Pendidikan untuk Kepimpinan

ROOSFA HASHIM

Khalim Zainal, Abdul Salam & Zaharah Hassan (Penyunting). 2009.Kepimpinan: Kreativiti, Pengurusan & Pendidikan. Bangi: PusatPengajian Umum, UKM.

Kreativiti, pengurusan dan pendidikan selalu datang bersama apabila isukepimpinan menjadi polemik dalam masyarakat atau dibahaskan. Maka keranaitu, kelahiran buku ini dengan judul yang sedemikian bukanlah suatu kebetulan.Enam belas bab yang dipilih masuk dalam buku ini telah diposisikan dalam limabahagian yang telah dirancangkan dengan baik menjadikannya sumbangsihyang berharga daripada kakitangan akademik Pusat Pengajian Umum, UniversitiKebangsaan Malaysia untuk pembaca dalam bidang ini.

Perspektif Islam telah dipilih sebagai wahana pembuka gelanggang.Pemimpin dan kepimpinan, hala tuju dan akidah serta pandangan Imam Shafi’imenjadi pokok persoalan utama yang diangkat bagi membuka perbincangan.Nasaruddin Yunos dan Siti Nor Baya bukan sekadar memberikan pentakrifanterhadap maksud pemimpin dan kepimpinan tetapi juga menyentuh peranansyura dalam aspek ini. Siapakah yang dapat diangkat menjadi pemimpin, di manakedudukan khilafah dalam institusi kepimpinan Islam serta syarat bagi melayakkanseseorang menjadi pemimpin dikupas pula oleh Aminudin Basir. Wan Zulkiflikemudian menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki Imam Shafi’i serta kualitiyang wajib ada pada seseorang pemimpin termasuklah kaedah pelantikan, akhlakyang baik, musyawarah, daya intelektual, kemantapan akidah, berpegang padaamanah dan bersikap adil, mesra rakyat, bijaksana serta patuh kepada pihakatasan.

Seseorang pemimpin mestilah kreatif dalam apa juga situasi. Justeruamat tepat sekali apabila Mohamad Mohsin mengangkat Dr. Mahathir sebagaisubjek kajiannya. Bab keempat buku ini menampilkan Dr. Mahathir sebagaipemimpin berpersonaliti kreatif sebelum dan sesudah menjadi Perdana Menteri.

Page 2: MALIM Ulasan Buku Memanfaat Kreativiti, Pengurusan dan ... ulasan buku 1.pdf · MALIM Bil. 10 (2009) 237 Ulasan Buku Memanfaat Kreativiti, Pengurusan dan Pendidikan untuk Kepimpinan

MALIM Bil. 10 (2009) 238

Kreativiti beliau terpandang bukan sahaja pada mata rakyat yang dipimpinnyatetapi juga membuka mata rakyat dan pemimpin asing seluruh dunia. Dr. Mahathirmemperlihatkan kebolehan luar biasa dalam mendepani krisis dan apa jugacabaran. Kejayaan kepimpinan keusahawanan gaya Jepun juga mendapat tempatdalam buku ini. Abdul Salam berpendapat masyarakat Jepun sentiasa berfikiruntuk masa depan dan merancang dengan mengutamakan matlamat jangkapanjang. Proses membuat keputusan dan sesi sumbang saran mereka dilakukansecara berpasukan.

Perbahasan tentang kreativiti dilanjutkan pula dengan menyinggungkarya kreativiti seniman tempatan, misalnya kupasan tentang sumbanganRejabhad sebagai Raja Kartun Malaysia sebagaimana yang dibincangkan olehNor Afian dan Mohamad Mohsin, manakala Maharam mengungkapkan sindiranbeberapa novelis terhadap watak dan wajah pemimpin agama dalam novelMelayu.

Beberapa bab lain dalam buku ini yang juga menarik termasuklah tulisanJohari Talib dan Samsinah yang melihat aspek kepimpinan masyarakat secaramikro, iaitu dengan tumpuan terhadap kepimpinan dalam keluarga. Bab inimenjurus kepada kesimpulan bahawa kepimpinan dalam sebuah keluarga itumenjadi tonggak kekuatan institusi kekeluargaan yang membina masyarakatnya.Wanita juga memainkan peranan yang besar bukan sahaja dalam kepimpinankeluarga malahan juga terbukti dalam kepimpinan negaranya. Maznah menyorotsumbangan beberapa pemimpin wanita dalam Kesultanan Melayu Aceh yangmemang telah diketahui akan kehebatannya. Zarina melihat kualiti kepimpinandalam wacana Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, seorang wanitamanakala berikutnya Taib Abu pergi dengan lebih mendalam membicarakankepimpinan di institusi pengajian tinggi. Pendemokrasian pendidikan tinggi,pengantarabangsaan dan transformasi governans antara yang telah dibahaskan.

Selain ibu bapa, guru juga sering dilihat sebagai idola dan pemimpinoleh murid-murid di sekolah. Menurut Khalim, guru sebagai pemimpin yangholistik bakal melahirkan modal insan.

Pemimpin dibentuk oleh masyarakatnya. Maka perlulah latihan yangcocok bagi melahirkan pemimpin yang berwibawa. Teknik yang bagaimana dapatmelahirkan pemimpin yang kompeten, tahan lasak dan berdaya juang perludisesuaikan dengan keperluan dan situasi. Sektor awam mahupun swastamemerlukan pemimpin yang mahir, cekap dan berpengetahuan. Inilah cabarankita pada masa mendatang sebagaimana yang dibincangkan oleh Zaharah, AbuDaud dan Rozita. Di tempat kerja, pemimpin perlu pula menampilkan cirikepimpinan, beretika dan nilai yang baik, demikian ditegaskan oleh Mashitoh.Pemimpin dan golongan profesional mesti menyedari nilai-nilai teras peribadi,iaitu yang dipandu oleh kepercayaan seseorang, selain memiliki piawaian tingkahlaku yang diharapkan oleh organisasi dan masyarakat.

Page 3: MALIM Ulasan Buku Memanfaat Kreativiti, Pengurusan dan ... ulasan buku 1.pdf · MALIM Bil. 10 (2009) 237 Ulasan Buku Memanfaat Kreativiti, Pengurusan dan Pendidikan untuk Kepimpinan

MALIM Bil. 10 (2009) 239

Emosi memainkan peranan penting dalam kepimpinan. Ini aspek yangdibincangkan oleh Ahmad Zamri. Pemimpin yang baik menggunakankepintarannya memanipulasi dan mengeksploitasi emosinya. Wajah, suara,bahasa yang dipaparkan oleh seseorang pemimpin dapat mempengaruhi orangbawahan yang dipimpinnya.

Demikianlah kepelbagaian aspek kepimpinan yang diutarakan dalambuku Kepimpinan: Kreativiti, Pengurusan, Pendidikan, terbitan PusatPengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebahagian bab yangdimuatkan jelas menampilkan perbahasan baru yang sebelum ini tidak pernahdibincangkan dalam mana-mana buku tentang kepimpinan yang telah diterbitkan.Jelaslah bahawa buku ini memberikan sumbangan yang besar dalam memperkayakhazanah ilmu bidang kepimpinan di negara ini.

.

Page 4: MALIM Ulasan Buku Memanfaat Kreativiti, Pengurusan dan ... ulasan buku 1.pdf · MALIM Bil. 10 (2009) 237 Ulasan Buku Memanfaat Kreativiti, Pengurusan dan Pendidikan untuk Kepimpinan

MALIM Bil. 10 (2009) 240