m e l e s t a r i k a n b u d a y a k e r j a b e r s i h ’ · kerja, amalan 5s berupaya...

2
P LISI AMALAN 5S ‘MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH’ Di Institut Biosains, komitmen bererti menerima dan melunaskan tanggungjawab serta cabaran dengan semangat positif, berkobar-kobar, melaksana secara berkumpulan dan minat yang mendalam. Kami, menampilkan komitmen untuk melaksanakan amalan 5S apabila kami. Logo 5S terbina dengan asas berbentuk bulat di bahagian luar dengan 5 bahagian bersegi pada lapisan kedua secara ringkasnya melambangkan falsafah kesepakatan, kesejahteraan serta daya usaha melalui komitmen dan kerjasama berpasukan dari seluruh warga kerja di Institut Biosains. Gabungan 3 warna iaitu merah, kelabu dan putih beridentitikan kepada warna korporat UPM yang dinamisme dalam memperkasakan ilmu sepanjang hayat. IKRAR AMALAN 5S …………………………………………………. Profesor Dr. Abdul Rahman Omar Pengarah Institut Biosains RASIONAL LOGO melakukan sesuatu kerana kami mahu melakukannya; tidak sekali-kali menyerah kalah dan akan menyempurnakan segala tugasan besar atau kecil, sukar atau senang hingga selesai dengan jayanya; berbangga dengan apa yang kami lakukan untuk menaikkan imej dan reputasi IBS dan UPM; memberi sokongan antara satu sama lain walau pun berbeza pendapat dan bertanggungjawab dengan tindakan kumpulan; dan melaksanakan tugas dengan cemerlang dengan kurangkan berkata-kata tetapi lebihkan usaha. Warna merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu dan juga semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran. Warna kelabu melambangkan keneutralan, keluasan dan ketekalan. Warna putih melambangkan keikhlasan dan ketelusan. Kombinasi warna merah, kelabu dan putih bermaksud keharmonian, kestabilan, keceriaan, kematangan dan dinamisme. APA ITU AMALAN 5S? IKRAR AMALAN 5S POLISI AMALAN 5S RASIONAL LOGO OBJEKTIF AMALAN 5S SLOGAN MEMAHAMI LATAR BELAKANG KONSEP AMALAN 5S

Upload: others

Post on 28-Oct-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

P LISI AMALAN 5S

‘ME

LE

ST

AR

IKA

N B

UD

AY

A K

ER

JA

BE

RS

IH’ D i Inst i tut Biosains, komitmen berert i

menerima dan melunaskan tanggungjawab serta cabaran dengan semangat positif, berkobar-kobar, melaksana secara berkumpulan dan minat yang mendalam.Kami, menampilkan komitmen untuk melaksanakan amalan 5S apabila kami.

Logo 5S terbina dengan asas berbentuk bulat di bahagian luar dengan 5 bahagian bersegi pada lapisan kedua secara ringkasnya melambangkan falsafah kesepakatan, kesejahteraan serta daya usaha melalui komitmen dan kerjasama berpasukan dari seluruh warga kerja di Institut Biosains. Gabungan 3 warna iaitu merah, kelabu dan putih beridentitikan kepada warna korporat UPM yang dinamisme dalam memperkasakan ilmu sepanjang hayat.

IKRAR AMALAN 5S

………………………………………………….Profesor Dr. Abdul Rahman Omar

Pengarah Institut Biosains

RASIONAL LOGO

melakukan sesuatu kerana kami mahu melakukannya;

t idak sekal i -kal i menyerah kalah dan akan menyempurnakan segala tugasan besar atau kecil, sukar atau senang hingga selesai dengan jayanya;

berbangga dengan apa yang kami lakukan untuk menaikkan imej dan reputasi IBS dan UPM;

memberi sokongan antara satu sama lain walau pun berbeza pendapat dan bertanggungjawab dengan

tindakan kumpulan; dan

melaksanakan tugas dengan cemerlang dengan kurangkan berkata-kata tetapi lebihkan usaha.

Warna merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu dan juga semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran.

Warna kelabu melambangkan keneutralan, keluasan dan ketekalan.

Warna putih melambangkan keikhlasan dan ketelusan.

Kombinasi warna merah, kelabu dan putih bermaksud keharmonian, kestabilan, keceriaan, kematangan dan dinamisme.

Institut Biosains akan memastikan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) dilaksanakan secara berterusan dengan melestarikan budaya kerja bersih yang dilaksanakan secara berpasukan melalui etika kerja berdisiplin, mengutamakan kebersihan, kekemasan, keceriaan, keselesaan dan keselamatan di tempat kerja selaras dengan matlamat UPM membudayakan persekitaran dan perkhidmatan yang berkualiti.

APA ITU AMALAN 5S?

IKRAR AMALAN 5S

POLISI AMALAN 5S

RASIONAL LOGO

OBJEKTIF AMALAN 5S

SLOGAN

MEMAHAMI LATAR BELAKANG

KONSEP AMALAN 5S

APA ITU AMALAN 5S?

Merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh negara Jepun dengan penumpuan kepada l ima (5) langkah t indakan pelaksanaan yang bermula dengan hurus ‘S’ iaitu seiri, seiton, seiso, seiketsu dan shitsuke bermatlamatkan p e n g u r u s a n a m a l a n p e r s e k i t a r a n k e r j a y a n g bersistematik, bersih, selamat dan praktikal.

MEMAHAMI LATAR BELAKANG K NSEP AMALAN 5S

BJEKTIF AMALAN 5S

SL GAN

‘MELESTARIKAN BUDAYA KERJA BERSIH’

SEIRI SISIHMenyisih, mengasing dan melupuskan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik.

SEITON SUSUNMenyusun dan menyimpan peralatan / dokumen dengan kemas dan sistematik supaya mudah dicapai dan disimpan kembali ke tempat asal selepas digunakan.

SEISO SAPUMembersih dan memeriksa tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran, peralatan dan persekitaran tempat kerja.

SEIKETSU SERAGAMMewujudkan piawaian amalan terbaik di tempat kerja dan memastikan piawaian tersebut dipatuhi di samping memastikan tempat kerja bersih dan teratur sepanjang masa.

SHITSUKE SENTIASA AMALMendisiplinkan warga kerja untuk mengamalkan sistem Amalan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja dalam organisasi.

Mewujudkan persekitaran tempat kerja selesa, bersih, selamat dan kondusif

Menyingkirkan pembaziran dan melakukan penambahbaikan secara berterusan

Mempertingkatkan produktiviti dan kualiti dalam perkhidmatan untuk kepuasan pelanggan

Menjimatkan kos operasi dan perbelanjaan berhemah

Melestarikan’ bermaksud mengekalkan dan memelihara sesuatu.

Institut Biosains komited untuk membudayakan persekitaran kerja bersih yang berdaya saing bagi

meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Semua warga Institut Biosains mestilah memiliki rasa tanggungjawab untuk melestarikan budaya kerja

bersih.

Amalan 5S adalah proses mengurangkan pembaziran yang menjadi misi utama di kilang-kilang di Negara Jepun terutamanya Toyota sejak tahun 1950

Kemampuan dan keupayaan jepun untuk bangkit semula menjadi kuasa ekonomi dunia adalah bukti

Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan konsep ini malah ada yang mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Di Universiti Putra Malaysia dua (2) buah Pusat Tanggungjawab yang telah diiktiraf memperolehi persijilan oleh MPC adalah Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains.

Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001, Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) MS ISO 14001 dan Akreditasi Makmal MS ISO/IEC 17025 di Institut Biosains khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej berkualiti di Institut Biosains dan UPM secara keseluruhannya.