w e c a r e - ncss.gov.sg

44
W E C A R E Sebuah jurnal ProCare untuk membantu anda menjaga Penjaga.

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: W E C A R E - ncss.gov.sg

W E

C A R E

Sebuah jurnal ProCare untuk membantu anda menjaga Penjaga.

Page 2: W E C A R E - ncss.gov.sg
Page 3: W E C A R E - ncss.gov.sg

Versi 1 (Julai 2016)Hak Cipta 2016 dikongsi bersama olehMajlis Khidmat Sosial Kebangsaan & fuelfor

Anda boleh memuat turun, melihat, mencetak dan menghasilkan semula dokumen ini tanpa pengubahsuaian tetapi hanya bagi kegunaan bukan komersil. Segala hak lain adalah terpelihara. Dokumen ini serta kandungannya tersedia secara tersurat dan segala waranti yang tersirat adalah dinafikan. Kandungan dokumen ini bukan merupakan sebahagian daripada, dan tidak sepatutnya dianggap sebagai nasihat guaman. Nasihat guaman seharusnya diperoleh daripada profesional guaman sekiranya anda memerlukan nasihat tersebut.

W E

C A R E

Sebuah jurnal ProCare untuk membantu anda menjaga Penjaga.

Page 4: W E C A R E - ncss.gov.sg

Penjaga adalah Benang Merah

dalam Landskap Penjagaan Sosial dan Kesihatan…

Bantuan dan perhatian biasanya diberikan kepada pesakit dalam jagaan kesihatan, atau klien dalam agensi khidmat sosial. Walau bagaimanapun, jika kita melihat kembali perjalanan pesakit (juga dikenali sebagai klien), kita akan dapat melihat Penjaga yang sentiasa berada di sisi mereka; menemani orang yang tersayang sepanjang perjalanan jagaan ini. Penjaga keluarga merupakan penyelia jagaan utama, bertindak sebagai benang merah yang cuba menyambungkan pecahan jagaan keluarga mereka daripada beberapa klinisian, penginapan hospital, urusan dengan agensi khidmat sosial dan khidmat masyarakat yang lain. Mereka menghubungkan peralihan antara rumah serta kehidupan seharian.

Titik sentuhan jagaan kesihatan

PENERIMAJAGAAN

PENERIMAJAGAAN

PEMBERIJAGAAN

Titik sentuhan jagaan sosial

Page 5: W E C A R E - ncss.gov.sg

Kandungan

Mari Bermula

Tipologi Penjaga

Alatan untuk digunakan bersama Penjaga anda

Renungan amalan anda

Idea anda

Kad Emosi

Maklum Balas Anda

Bagaimanakah caranya menggunakan

Buku Nota ini? Jurnal ini mengandungi maklumat yang membantu anda memahami Penjaga anda daripada perspektif segar dan baharu, untuk membuat anda memikirkan tentang mereka serta keluarga mereka.

Selain memberikan maklumat, Jurnal We Care adalah sebuah buku nota untuk anda mencatat nota ketika bekerja bersama Penjaga. Anda akan melihat banyak halaman kosong untuk catatan nota & idea anda.

Anda juga akan menemui satu set alatan untuk membantu anda meneroka pengalaman Penjaga anda. Terdapat beberapa alatan untuk anda memulakan perbualan dan membantu anda memahami pengalaman silam serta semasa Penjaga (Peta Perjalanan Jagaan & Peta Krisis). Alatan lain dalam Jurnal ini dapat membantu anda memudahkan perbualan (keluarga) yang sukar atau membantu anda merangka Pemberian Jagaan secara berbeza (Bulatan Jagaan & Kesejahteraan Penjaga).

Di bahagian belakang buku nota ini anda akan menemui alatan yang dinamai “Kad Emosi”, anda boleh menggunakan kad ini pada bila-bila masa anda ingin membantu Penjaga menjelaskan emosi mereka.

Semua alatan ini boleh didapati dalam talian di www.ncss.gov.sg/caregiving. Anda boleh mencetak kad ini dalam sebarang format pilihan anda (A4, A3 atau A2).

Dalam Jurnal We Care, anda juga boleh mendapati soalan-soalan cetusan yang dapat mengubah cara anda berfikir tentang Penjaga dan cara-cara untuk menempuhi perjalanan ini bersama-sama. Kami menggalakkan anda untuk membuat renungan terhadap pembelajaran anda dan mencetuskan idea tentang cara baharu untuk menjaga Penjaga.

Jurnal ini adalah prototaip pertama berdasarkan maklum balas daripada golongan profesional jagaan dan Penjaga. Kami ingin anda mencuba, menguji serta berkongsi maklum balas supaya kita dapat membina serta menambah baikkannya bersama! Ketahui cara menghubungi kami di halaman “Gambaran Keseluruhan Alatan” di bahagian belakang jurnal ini.

Kit peralatan ini adalah hasil daripada projek kajian mendalam yang dinamai Pemberian Jagaan untuk Keperluan Kompleks. Buku projek ini diberi tajuk “Siapa Peduli?” dan mengandungi wawasan serta idea utama yang telah menghasilkan penyelesaian baharu seperti Jurnal ini. Sila lawati www.ncss.gov.sg/caregiving untuk mengakses e-buku serta sumber tambahan untuk mereka yang ingin menambah baik pengalaman pemberian jagaan di Singapura.

M A R I B E R M U L A

Page 6: W E C A R E - ncss.gov.sg

M A R I B E R M U L A

Page 7: W E C A R E - ncss.gov.sg

Siapakah -atau apakah -

perkara yang memotivasikan

anda untuk menjaga

Penjaga? Mengapa?

Apakah maksud pemberian jagaan

bagi anda?

P E N J A G A A N A D A L A H : M E M A H A M I ,B E L A S K A S I H A N , I L M U ,

P E M E R K A S A A N D A N A K H I RS E K A L I : K A S I H S A Y A N G .

Bukan mudah menjadi Penjaga, anda perlu

bersedia dari segi mental, fizikal, emosi dan

spiritual. Anda perlu belajar bersikap lebih

santai serta mengawal tekanan. Seterusnya,

adanya harapan dan yang penting sekali,

anda perlu menjaga diri anda dengan baik

terlebih dahulu sebelum anda menjaga orang

tersayang dengan baik.

Bagi saya, menjadi Penjaga bererti kebaikan

hati. Kerana tanpa kebaikan hati; walaupun

di luar konteks Penjaga, berbaik hati adalah

segalanya. Sikap saling berbuat baik akan

menggembirakan semua pihak.

Boleh dikatakan bahawa pemberian jagaan menjadikan

saya seseorang yang lebih memahami,

mungkin lebih matang daripada individu lain

yang sebaya.

M A R I B E R M U L A

Page 8: W E C A R E - ncss.gov.sg

Tipologi PenjagaMemahami gaya penjagaan

Setiap Penjaga berbeza dan mempunyai keperluan tersendiri yang unik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tipologi atau profil yang muncul apabila anda memetakan Kemampuan Menjaga (paksi x) lawan Identiti Penjaga (paksi y).

Kemampuan Menjaga bermaksud mempunyai: keyakinan, kemahiran, sokongan kewangan, konteks keluarga dan kehidupan, ilmu, set minda yang menjurus kepada pembelajaran & pandangan yang jauh. Kemampuan Menjaga terdiri daripada tiada kemampuan di bahagian kiri spektrum, hingga mampu ‘bertahan’ di bahagian tengah, dan sangat berkemampuan di bahagian kanan.

Identiti menggambarkan cara Penjaga mengaitkan identiti peribadi mereka dengan peranan mereka sebagai Penjaga dan terdiri daripada identiti yang terbentuk sepenuhnya hasil daripada menjadi Penjaga di bahagian atas, hingga menyeimbangkan peranan mereka sebagai Penjaga dengan identiti peribadi mereka di bahagian tengah, hingga langsung tidak mengaitkan diri dengan peranannya sebagai Penjaga di bahagian bawah.

Dengan memikirkan tentang Penjaga anda berdasarkan dua ciri ini, anda dapat membezakan antara mereka dan memilih cara pendekatan yang sesuai dengan gaya mereka.

Berdikari

Sedar

Terasing

Identiti: Saya bukan Penjaga

Identiti: Saya Penjaga 24/7

Seimbang

Reaktif

T I P O L O G I P E N J A G A

Kemampuan: Saya tidak

lengkap untuk memberi jagaan

Kemampuan: Saya lengkap untuk

memberi jagaan

Page 9: W E C A R E - ncss.gov.sg

Bagi Penjaga yang anda kenali, fikirkan cara untuk menentukan profil mereka. Sejauh manakah kemampuan mereka memberi jagaan (Adakah mereka mempunyai keyakinan, kemahiran, sokongan kewangan, konteks keluarga dan kehidupan, ilmu, set minda yang menjurus kepada pembelajaran & pandangan yang jauh)? Bagaimanakah mereka mengenali diri mereka sendiri? Adakah mereka mengenali diri mereka sepenuhnya berdasarkan peranan sebagai Penjaga, atau bolehkah mereka menyeimbangkan peranan sebagai Penjaga dengan identiti mereka sendiri?

Petakan Penjaga anda pada rangka kerja ini, tuliskan nama mereka pada kategori yang anda pilih mengikut ciri-ciri mereka tadi.

Penjaga AndaTipologi manakah yang sesuai bagi mereka?

T I P O L O G I P E N J A G A

Keupayaan: Saya tidak lengkap

untuk memberi jagaan

Keupayaan: Saya lengkap untuk

memberi jagaan

Identiti: Saya bukan Penjaga

Identiti: Saya Penjaga 24/7

Page 10: W E C A R E - ncss.gov.sg

Penjaga Terasing tidak sedar akan peranan mereka. Mereka perlu diaktifkan dan diberi kesedaran tentang kepentingan peranan mereka (seandainya mereka sesuai untuk memberi jagaan).

Terasing

Penjaga Sedar memerlukan bantuan dalam memberi jagaan. Mereka mungkin melakukannya dengan betul, tetapi mereka memerlukan sokongan untuk mengekalkan dan merancang masa hadapan mereka. Mereka berpotensi menjadi seimbang.

Sedar

Penjaga Seimbang memerlukan kurang perhatian, tetapi harus diingat bahawa situasi dapat berubah dengan pantas, jadi teruskan memberi sokongan kepada mereka. Dengan mengingati pengalaman mereka, Penjaga Seimbang dapat dibentuk menjadi mentor kepada orang lain, sekaligus memberi peluang untuk perkembangan peribadi mereka.

Seimbang

Penjaga Berdikari tetap dengan rutin mereka. Penting untuk membantu mereka mendapatkan semula identiti mereka dan berkongsi tanggungjawab agar penerima jagaan mendapat jagaan yang sebaik mungkin.

Berdikari

Penjaga Reaktif berasa hilang kawalan dan jalan terbaik adalah untuk anda fokus pada mengembalikan perasaan terkawal tersebut. Contohnya dengan menambah baik kemampuan penjagaan mereka atau menyeimbangkan peranan & identiti mereka supaya mereka dapat mengawal hidup mereka.

Reaktif

Strategi PenjagaBagaimana untuk mendekati Penjaga anda

T I P O L O G I P E N J A G A

Page 11: W E C A R E - ncss.gov.sg

PenjagaReaktif

Sikap: Rasa tidak berdaya

MENJAGA DIRI SENDIRI

Penjaga Reaktif biasanya berasa gelisah dan tertekan. Mereka tidak mampu memenuhi keperluan sendiri kerana mereka lebih mengutamakan keperluan penerima jagaan sepanjang masa dalam hidup mereka, menjadikan mereka semakin kurang bingkas dengan setiap krisis. Berbeza daripada Penjaga Berdikari, Penjaga Reaktif tidak menerima peranan dan identiti mereka sebagai Penjaga secara positif dan mereka berisiko kehabisan tenaga atau menjadi penerima jagaan.

PERANCANGAN MASA HADAPAN

Penjaga Reaktif terkenal dengan kekurangan persediaan ke arah masa hadapan. Mereka menangani masalah apabila masalah tersebut muncul. Oleh sebab mereka terpaksa menjadi Penjaga, mereka tidak begitu lengkap dengan strategi dan kemahiran untuk menjadi Penjaga yang lebih baik; menjadikan mereka gelisah dan tertekan sepanjang masa.

“Saya benar-benar hampir

patah jiwa. Saya tidak mampu

menjaga diri, walaupun saya ingin

melakukannya.

Penjaga anda yang manakah paling mengingatkan

anda kepada ciri Penjaga Reaktif?

Apakah yang menyamakan mereka dengan Penjaga Reaktif dan apakah yang membezakan mereka daripada ciri ini? Sebagai Penjaga Reaktif, apakah kesukaran yang dihadapi mereka dan apakah penyelesaian yang berkesan untuk mereka?

Siapa Apakah penyelesaian sesuai

Kesukaran

T I P O L O G I P E N J A G A

Page 12: W E C A R E - ncss.gov.sg

MENJAGA DIRI SENDIRI

Ciri mereka adalah kebolehan mereka menyeimbangkan identiti sebagai individu dan juga sebagai Penjaga; oleh itu mereka mampu memenuhi setiap set keperluan dan peranan dengan sempurna. Mereka bukan sahaja menerima peranan sebagai pemberi jagaan, malah menerima setiap pengalaman sebagai pemangkin perkembangan peribadi. Mereka juga mampu menyeimbangkan keperluan semasa dan merancang untuk masa hadapan.

PERANCANGAN MASA HADAPAN

Penjaga Seimbang mempunyai masa untuk menjaga diri mereka sendiri kerana mereka telah pun membina jaringan sokongan yang kukuh untuk pemberian jagaan. Mereka mengaktifkan jaringan ini untuk menyediakan penjagaan yang berterusan serta holistik untuk penerima jagaan. Penjaga Seimbang telah mengatur strategi untuk mengurangkan ketidakpastian; ini membantu dalam menambahbaik pengalaman pemberian jagaan.

Penjaga Seimbang

Sikap: Melihat kebaikan dalam semua perkara

“Pemberian jagaan telah membawa

banyak perubahan positif dalam

kehidupan saya.

“Apakah yang menyamakan mereka dengan Penjaga Seimbang dan apakah yang membezakan mereka daripada ciri ini? Sebagai Penjaga Seimbang, apakah kesukaran yang dihadapi mereka dan apakah penyelesaian yang berkesan untuk mereka?

Penjaga anda yang manakah paling mengingatkan

anda kepada ciri Penjaga Seimbang?

T I P O L O G I P E N J A G A

Siapa Apakah penyelesaian sesuai

Kesukaran

Page 13: W E C A R E - ncss.gov.sg

PenjagaBerdikari

Sikap: Bertolak ansur & selesa

“Asalkan keperluan orang

tersayang saya dijaga dengan

baik, keperluan saya tidak

begitu penting.

“Apakah yang menyamakan mereka dengan Penjaga Berdikari dan apakah yang membezakan mereka daripada ciri ini? Sebagai Penjaga Berdikari, apakah kesukaran yang dihadapi mereka dan apakah penyelesaian yang berkesan untuk mereka?

Penjaga anda yang manakah paling mengingatkan

anda kepada ciri Penjaga Berdikari?

T I P O L O G I P E N J A G A

MENJAGA DIRI SENDIRI

Penjaga yang tergolong dalam tipologi ini tunduk kepada idealisasi masyarakat terhadap sikap berdikari. Namun, sikap berdikari boleh juga menjadi serampang dua mata. Oleh sebab mereka agak cerewet dalam menguruskan keperluan penerima jagaan mereka, mereka tidak mampu mendapatkan bantuan dalam menyeimbangkan dan menguruskan keperluan diri mereka sendiri. Mereka telah menerima identiti dan peranan mereka sebagai Penjaga secara begitu sedar dan sanggup sehinggakan peranan ini telah mengambil alih identiti peribadi mereka. Ini mungkin mendatangkan masalah pengabaian diri terhadap kesejahteraan diri mereka. Mereka juga mungkin mengalami kehilangan identiti sekiranya mereka kehilangan peranan sebagai penjaga suatu hari nanti.

PERANCANGAN MASA HADAPAN

Mereka tertumpu kepada masa kini dan gagal memilih cara yang lebih berkesan dan seimbang untuk melakukan sesuatu untuk penerima jagaan dan diri mereka sendiri pada masa hadapan. Walaupun mereka mempunyai motivasi serta kemahiran untuk mendapatkan bantuan, mereka tidak dapat mempertimbangkan jenis sokongan yang paling diperlukan oleh mereka sebagai penjaga. Oleh sebab mereka menganggap segalanya telah diatur dengan baik, mereka turut menganggap bahawa tiada pembaharuan diperlukan. Secara realitinya, mungkin perkara berkaitan kewangan telah diatur dengan baik manakala aspek lain pemberian jagaan tidak diberikan perhatian.

Siapa Apakah penyelesaian sesuai

Kesukaran

Page 14: W E C A R E - ncss.gov.sg

PenjagaSedar

Sikap: Berhasrat untuk menjadi Lebih Baik

MENJAGA DIRI SENDIRI

Walaupun ini merupakan peranan yang tidak disangka, Penjaga Sedar dapat menyesuaikan diri dalam menjaga orang yang tersayang, walaupun ini memberi gangguan kepada rancangan peribadi mereka. Mereka juga sedar akan kepentingan menjaga keperluan diri mereka sendiri agar identiti mereka sebagai penjaga dapat dikekalkan. Kebolehan menyesuaikan diri mereka membolehkan mereka bertukar-tukar antara identiti Penjaga dengan identiti peribadi mereka. Namun begitu, mereka menghadapi kesukaran dalam berkongsi pemberian jagaan dengan ahli keluarga lain dan mungkin menghadapi masalah dalam memahami sistem penjagaan sosial.

PERANCANGAN MASA HADAPAN

Mereka sedar bahawa pemberian jagaan mempunyai aspek positif serta negatif, tetapi yakin bahawa dengan sikap yang betul terhadap pembelajaran, mereka serta penerima jagaan mereka berpotensi mempunyai masa hadapan yang baik. Mereka sedar akan masa hadapan dan berniat untuk merancangnya tetapi masih belum melakukan tindakan tersebut. Mereka mampu mencari dan menerima sokongan.

“Saya boleh meluangkan masa ini untuk

menjaga orang yang tersayang, tetapi

saya tahu ini hanyalah buat sementara

waktu.

Apakah yang menyamakan mereka dengan Penjaga Sedar dan apakah yang membezakan mereka daripada ciri ini? Sebagai Penjaga Sedar, apakah kesukaran yang dihadapi mereka dan apakah penyelesaian yang berkesan untuk mereka?

Penjaga anda yang manakah paling mengingatkan

anda kepada ciri Penjaga Sedar?

T I P O L O G I P E N J A G A

Siapa Apakah penyelesaian sesuai

Kesukaran

Page 15: W E C A R E - ncss.gov.sg

Penjaga Terasing

Sikap: Pasif & Mengasingkan Diri

MENJAGA DIRI SENDIRI

Penjaga Terasing tidak begitu kisah dengan pemberian jagaan. Mereka kurang kesedaran bahawa penjagaan perlu diberikan. Mereka tidak terlibat dengan aktiviti harian penerima jagaan kerana mereka tidak berasa bahawa penerima jagaan memerlukan jagaan daripada mereka. Ini mungkin disebabkan oleh sikap mereka yang tidak mengakui keadaan orang tersayang, atau kesukaran dalam memahami makna kasih sayang atau kehidupan bersama orang istimewa. Mereka juga mempunyai masalah kesihatan sendiri untuk dibimbangkan.

PERANCANGAN MASA HADAPAN

Mereka tetap dengan cara mereka dan tidak mampu membuat pertimbangan untuk mengubah set minda atau kelakuan mereka. Penjaga Terasing tidak mengambil kisah tentang masa hadapan. Mereka mungkin percaya bahawa segalanya yang ditentukan oleh Tuhan adalah yang terbaik dan tidak banyak merungut. Ini mungkin kerana mereka tidak mampu menyatakan masalah mereka kepada orang lain. Perkara yang terjadi seterusnya ialah penerima jagaan mereka menempuhi kebimbangan semasa dan masa hadapan mereka sendirian.

Apakah yang menyamakan mereka dengan Penjaga Terasing dan apakah yang membezakan mereka daripada ciri ini? Sebagai Penjaga Terasing, apakah kesukaran yang dihadapi mereka dan apakah penyelesaian yang berkesan untuk mereka?

Penjaga anda yang manakah paling mengingatkan

anda kepada ciri Penjaga Terasing?

“Saya menerima situasi ini

seadanya tanpa meminta

pembaharuan.

T I P O L O G I P E N J A G A

Siapa Apakah penyelesaian sesuai

Kesukaran

Page 16: W E C A R E - ncss.gov.sg

Bantu Penjaga anda membuat renungan tentang apakah gaya semasa pemberian jagaan mereka? Adakah mereka berpuas hati dengan gaya pemberian jagaan mereka?

Duduk bersama salah satu -atau beberapa- Penjaga anda dan tanyakan sekiranya mereka dapat mengenal pasti diri mereka dalam salah satu profil yang digambarkan. Adakah mereka menjaga dengan gaya yang mereka inginkan? Atau adakah mereka inginkan profil Penjaga yang lain?

Anda boleh menggabungkan dua jenis Penjaga untuk dibincangkan oleh mereka. Apakah gaya yang sesuai? Apakah kesukaran yang dihadapi oleh mereka? Bagaimanakah cara mereka menangani tekanan, tugasan berbeza, emosi dan perancangan?

Apakah perubahan yang mereka ingin lakukan? Apakah perkara yang dapat mereka pelajari antara satu sama lain?

Perbandingan JagaanBandingkan Gaya Pemberian Jagaan

Anda inginkan Penjaga anda lebih peka dan membuat renungan terhadap gaya penjagaan mereka.

BILA?

Mulakan sesi dengan menjelaskan lima Profil Penjaga dan bertanya sekiranya mereka mengenal pasti diri mereka dalam profil ini. Kemudian, gandingkan Penjaga yang dapat belajar daripada satu sama lain dan minta mereka berbincang tentang persamaan serta perbezaan antara mereka; bagaimanakah cara mereka mengurus tugas serta menangani emosi, perancangan dan tekanan? Akhir sekali, bertanya tentang perkara yang ingin dilakukan secara berbeza, apakah yang dapat mereka pelajari antara satu sama lain dan apakah strategi yang ingin mereka ubah?

BAGAIMANA?

Sebelum anda memulakan sesi ini, tentukan profil Penjaga anda dan fikirkan cara untuk menggandingkan mereka. Semasa sesi ini, periksa sama ada Penjaga anda menentukan profil mereka dalam cara yang sama seperti anda atau mereka melihat diri mereka dengan cara yang berbeza.

PETUA

A L A T A N U N T U K D I G U N A K A N B E R S A M A P E N J A G A A N D A

Page 17: W E C A R E - ncss.gov.sg

Perbandingan JagaanSaya seperti Penjaga ........................

Apakah yang berkesan untuk saya?

Apakah kesukaran yang saya hadapi?

Bagaimanakah caranya untuk saya menambah baik gaya Pemberian Jagaan saya?

Berdikari

Sedar

Terasing

Kemampuan: Saya tidak lengkap

untuk memberi jagaan

Kemampuan: Saya lengkap untuk

memberi jagaan

Identiti: Saya bukan

Penjaga

Identiti: Saya Penjaga 24/7

Seimbang

Reaktif

Apakah yang berkesan untuk saya?

Apakah kesukaran yang saya hadapi?

Bagaimanakah caranya untuk saya menambah baik gaya Pemberian Jagaan saya?

Saya seperti Penjaga ........................

Berdikari

Sedar

Terasing

Kemampuan: Saya tidak lengkap

untuk memberi jagaan

Kemampuan: Saya lengkap untuk

memberi jagaan

Identiti: Saya bukan Penjaga

Identiti: Saya Penjaga 24/7

Seimbang

Reaktif

A L A T A N   U N T U K   D I G U N A K A N   B E R S A M A   P E N J A G A

Page 18: W E C A R E - ncss.gov.sg

Menjaga Penjaga bermaksud menjaga keluarga. Setiap ahli dalam setiap keluarga mempunyai peranan masing-masing. Perbincangan keluarga tentang peranan yang diambil serta tentang kekuatan dan kelemahan setiap ahli adalah suatu amalan yang baik. Perbincangan keluarga tentang pembahagian tugas pemberian jagaan mengukuhkan kemampuan ahli sesebuah keluarga untuk saling menjaga satu sama lain.

Dengan memahami jaringan sokongan Penjaga anda, anda dapat menumpukan perhatian kepada sokongan yang sesuai untuk keluarga.

Bulatan JagaanMemahami keluarga Penjaga anda

Anda ingin memberikan sokongan kepada Penjaga anda dalam membincangkan peranan & tugas dalam keluarga mereka.

BILA?

Mulakan perbincangan dengan melukis Penerima Jagaan dan Penjaga (utama) di bahagian tengah. Bertanya kepada mereka siapa lagi ahli keluarga lain dan lukiskan mereka sedekat atau sejauh mungkin daripada Penjaga & Penerima Jagaan berdasarkan sejauh manakah hubungan emosi mereka.

Kemudian, fikirkan sekiranya terdapat individu lain yang berada dalam Bulatan Jagaan mereka, contohnya rakan & jiran, pekerja sosial, doktor & jururawat, tokoh keagamaan atau kumpulan sokongan. Bincangkan & tuliskan pembahagian peranan dan tugas. Adakah mereka merasakan bahawa susunan ini ideal?

BAGAIMANA?

Jika anda biasa melukis Genogram & Peta Eko Sistem, anda boleh menggunakan 3 bulatan untuk menunjukkan tahap mikro, meso dan makro dan menggunakan konvensi lukisan Genogram. Sila maklum bahawa Bulatan Jagaan merupakan alat yang digunakan bersama keluarga Penjaga untuk memudahkan perbincangan dan bukan untuk dokumentasi.

PETUA

A L A T A N   U N T U K   D I G U N A K A N   B E R S A M A   P E N J A G A

Page 19: W E C A R E - ncss.gov.sg

Bulatan Jagaan

Lukiskan Penjaga dan penerima jagaan di tengah-tengah. Seterusnya fikirkan tentang individu lain yang manakah yang menjadi sebahagian daripada Bulatan Jagaan?

Fikirkan tentang keluarga (nukleus), rakan & jiran, pekerja sosial, doktor & jururawat, tokoh keagamaan atau kumpulan sokongan.

Apakah yang mereka lakukan sebagai penjaga? Apakah peranan mereka dan apakah tugas yang dijalankan oleh mereka?

A L A T A N   U N T U K   D I G U N A K A N   B E R S A M A   P E N J A G A

Cadangan lukisan

Jagaan kesihatan

Jagaan sosialIndividu

Page 20: W E C A R E - ncss.gov.sg

Penjaga menempuhi tahap berbeza di sepanjang perjalanan pemberian jagaan mereka. Semasa berurusan dengan Penjaga, adalah penting untuk memahami perkara yang dialami mereka sekarang serta yang bakal mereka alami pada masa hadapan. Mengetahui pengalaman peribadi mereka membantu anda memahami Penjaga anda dengan lebih baik, sekaligus membolehkan anda memberikan sokongan yang sesuai. Walaupun anda mungkin baru kepada mereka, anda perlu menyedari bahawa mereka mungkin mempunyai beberapa tahun pengalaman yang telah membentuk pengalaman semasa mereka -atau sebaliknya- mereka mungkin baru sahaja menceburi peranan sebagai Penjaga.

Peta Perjalanan JagaanMemahami pengalaman Penjaga anda

Jika anda ingin mengenali Penjaga baharu atau memahami kedudukan mereka dalam perjalanan mereka, gunakan alat ini untuk memudahkan perbualan tentang pengalaman pemberian jagaan semasa mereka dan harapan mereka untuk masa hadapan.

BILA?

Mulakan perbualan dengan menjelaskan tahap berbeza pemberian jagaan dan tanyakan pada mereka tahap manakah yang sedang mereka lalui. Seterusnya anda boleh membincangkan tahap yang berkenaan menggunakan soalan pada templat. Jangan lupa berbincang tentang emosi juga. Anda boleh menggunakan kad emosi pada bahagian belakang Jurnal ini untuk memudahkan mereka menjelaskan tentang perasaan mereka. Anda boleh merakamkan kisah mereka melalui nota & lukisan pada templat tersebut.

BAGAIMANA?

Beri perhatian kepada waktu perubahan utama; waktu apabila hidup Penjaga berubah (contohnya tamat persekolahan, mendapat pekerjaan, memulakan hidup berkeluarga, mengalami masalah kesihatan, mempunyai ahli keluarga lain yang memerlukan jagaan, kematian orang yang tersayang dsb.). Penjaga memerlukan sokongan tambahan pada waktu-waktu sebegini.

PETUA

A L A T A N   U N T U K   D I G U N A K A N   B E R S A M A   P E N J A G A

MenyedariKebanyakan ahli keluarga tidak sedar akan kemungkinan bahawa mereka mungkin akan menjadi Penjaga. Mereka mungkin mengabaikan tanda-tanda kejatuhan atau tidak sedar akan tanda-tanda tersebut serta implikasi yang tidak dapat dielakkan. Mereka seringkali akan sedar daripada hari diagnosis bahawa mereka sepatutnya menggalas tanggungjawab sebagai penjaga.

Memulakan pemberian jagaanBerita buruk tentang kesihatan orang tersayang akan mempengaruhi emosi Penjaga. Sebagai tambahan pada emosi ini, kesedaran tentang peranan Penjaga mampu memberi kejutan. Dalam kebanyakan keluarga, Penjaga dilantik (secara tidak sedar) tanpa perbincangan mendalam tentang peranan dan tanggungjawab. Pemberian jagaan bermula tanpa sebarang persediaan dan Penjaga bertindak sebagai bidan terjun.

Membina rutinPenjaga mula membina tabiat dan rutin untuk menganyam tugas sebagai penjaga ke dalam kehidupan seharian mereka dan memudahkannya. Mereka mula membina rutin dalam Berkongsi (atau tidak berkongsi) tanggungjawab mereka bersama Penjaga lain. Mereka akan mengalami kegagalan, tetapi juga beberapa pencapaian sekiranya pemberian jagaan berjalan seperti yang dirancang.

Menyesuaikan diri secara berterusanApabila rutin diperkenalkan oleh Penjaga, tempoh pemberian jagaan yang lebih menenangkan bermula. Mereka cuba untuk mengekalkan rutin mereka serta meneruskan peranan mereka sebagai Penjaga. Walau bagaimanapun, keperluan penerima jagaan mereka turut berubah mengikut masa dan mereka seharusnya mengubah rutin mereka secara terus dan lelar. Mereka menghasilkan rutin baharu dan melepaskan rutin lama. Sewaktu fasa ini, mereka akan mengalami jatuh bangun dalam perjalanan emosi mereka.

Kehilangan peranan PenjagaPenjaga Utama mungkin kehilangan peranan mereka sebagai Penjaga utama apabila keperluan orang yang tersayang berubah secara drastik, atau apabila hidup mereka memerlukan perubahan tersebut. Penerima jagaan mungkin boleh mendapat keadaan tambahan yang akan menyukarkan anda untuk meneruskan jagaan atau keadaan Penjaga akan berubah disebabkan perubahan dalam hidup. Cara yang paling sedih untuk kehilangan peranan sebagai Penjaga adalah apabila penerima jagaan meninggal dunia.

Mendefinisikan semula identitiApabila penjaga bukan lagi seorang penjaga mereka harus menerima kehilangan bahagian ini daripada identiti mereka. Mereka akan mencari peranan baharu untuk dimainkan atau kembali kepada peranan lama mereka. Dalam fasa ini Penjaga tersebut mungkin mengalami perasaan tewas dan juga rasa bersalah, tetapi juga berasa lega dan teruja dengan fasa yang bakal dihadapi.

Page 21: W E C A R E - ncss.gov.sg

Peta Perjalanan Jagaan

MEMULAKAN PEMBERIAN

JAGAANMENYEDARI MEMBINA

RUTIN

Bilakah anda menyedari bahawa anda akan menjadi Penjaga? Apakah yang membuatkan anda sibuk sebelum pemberian jagaan?

Bagaimanakah anda mengambil keputusan bahawa anda akan menjadi Penjaga utama? Bagaimanakah anda mula memberi jagaan? Adakah anda tahu apa yang perlu dilakukan? Apakah kesukaran yang anda hadapi?

Apakah rutin dan tabiat yang telah anda bentuk untuk menjadikan hidup anda lebih mudah? Adakah anda menghadapi kesukaran dengan tugas pemberian jagaan tertentu? Bolehkah anda berkongsi tanggungjawab bersama orang lain?

BERTERUSAN MENYESUAIKAN

DIRI

KEHILANGAN PERANAN PENJAGA

MENDEFINISIKAN SEMULA IDENTITI

Bolehkah dan haruskah anda mengekalkan rutin dan tabiat yang telah dibentuk sejak dahulu? Adakah anda jangkakan bahawa keperluan orang tersayang anda berubah pada masa hadapan? Bagaimanakan akan anda menyesuaikan diri?

Adakah anda mengharap sebarang perubahan dalam kebolehan anda memberikan jagaan? (berkaitan dengan tahap kehidupan atau kesihatan anda) Adakah anda jangkakan bahawa keperluan orang tersayang anda berubah secara drastik pada masa hadapan?

Apakah yang akan anda lakukan jika anda tidak dapat menjaga lagi? Adakah anda mempunyai rancangan untuk masa hadapan anda?

A L A T A N   U N T U K   D I G U N A K A N   B E R S A M A   P E N J A G A

Page 22: W E C A R E - ncss.gov.sg

Terdapat pelbagai perkhidmatan yang merentasi Pertubuhan Kebajikan Sukarela serta antara jagaan sosial dengan penjagaan kesihatan. Bergantung kepada keperluan Penjaga anda dan fasa penjagaan mereka pada masa ini, anda boleh merujuk mereka kepada khidmat sokongan seperti kaunseling, skim bantuan, program mentor, pendidikan, latihan, talian bantuan, kumpulan sokongan atau sokongan kerohanian. Penjagaan Penjaga anda di sini secara tersiratnya bermaksud penjagaan klien anda, iaitu anggota keluarga mereka.

Perkhidmatan RelevanApakah jenis perkhidmatan yang relevan untuk Penjaga anda?

Gunakan “Peta Perkhidmatan Relevan bagi Penjaga” untuk menghasilkan rujukan peribadi anda bagi perkhidmatan Penjaga. Cipta peta yang anda boleh gunakan sebagai rujukan untuk mengingatkan anda tentang perkhidmatan yang relevan untuk Penjaga anda.

BILA?

Fikirkan tentang perkhidmatan yang anda rujuk kepada Penjaga dan tuliskannya dalam peta. Kemudian, bagi setiap Penjaga, fikirkan perkhidmatan yang mungkin relevan bagi mereka serta waktu ianya relevan bagi mereka. Tuliskannya dalam satu baris, selepas nama Penjaga.

BAGAIMANA?

Jika anda tidak mengetahui tentang jenis perkhidmatan yang wujud bagi Penjaga, rujuk sumber dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS): https://app.msf.gov.sg/dfcs/familyservice/default.aspx https://www.ncss.gov.sg/GatewayPages/Social-Services/Caregivers

PETUA

A L A T U N T U K D I G U N A K A N B E R S A M A P E N J A G A A N D A

Page 23: W E C A R E - ncss.gov.sg

Perkhidmatan RelevanTuliskan

perkhidmatan yang relevan

untuk Penjaga. Beberapa

cadangan telah diberikan.

Apakah perkhidmatan yang mungkin berguna

bagi setiap Penjaga anda?

TAHAP PENJAGAAN MENYEDARI

MEMULAKAN PEMBERIAN

JAGAANMEMBINA

RUTIN

Kaunseling Skim bantuan

Program mentor

Kaunseling Pendidikan/latihan

Kumpulan sokongan Sokongan kerohanian

Talian bantuan

BERTERUSAN MENYESUAIKAN

DIRI

KEHILANGAN PERANAN PENJAGA

MENDEFINISIKAN SEMULA IDENTITI

Kaunseling Maklumat/rujukan

Kaunseling Penjagaan paliatif Pendidikan/latihan

Kaunseling Program mentor

A L A T U N T U K D I G U N A K A N B E R S A M A P E N J A G A A N D A

Page 24: W E C A R E - ncss.gov.sg

Krisis; waktu kesukaran atau keadaan bahaya yang intensif, berlaku dalam setiap perjalanan hayat Penjaga. Bergantung pada status kesihatan (mental) penerima penjagaan, krisis berlaku secara kerap. Apabila krisis berlaku, Penjaga mungkin kehilangan arah, dan ini mungkin sukar untuk mereka jelaskan apa yang telah berlaku dan mengapa situasi yang mereka lalui disifatkan sebagai suatu krisis kepada orang lain. Alat ini membantu anda membincangkan krisis dengan Penjaga anda supaya anda boleh memberikan nasihat dan panduan menangani krisis dan penjagaan, serta menukarkan keadaan krisis menjadi suatu situasi pengajaran.

Peta KrisisFahami maksud krisis

Anda ingin memahami apakah yang dilalui oleh seorang Penjaga ketika waktu krisis supaya anda boleh memberikan nasihat dan panduan yang relevan untuk membantu mereka belajar daripada pengalaman tersebut.

BILA?

Cuba jadualkan perjumpaan dengan Penjaga anda secepat mungkin sebaik sahaja krisis berlaku. Duduk bersama Penjaga anda dan selami krisis tersebut. Bincang tentang sebab krisis tersebut berlaku, apakah yang berlaku ketika krisis itu serta selepas krisis itu. Tanya perasaan mereka selepas mengharungi krisis tersebut, fahami dan renungkan kejadian tersebut bersama, apakah kaedah berbeza yang boleh diambil selepas ini?

BAGAIMANA?

Gunakan Kad Emosi di bahagian belakang jurnal ini untuk membantu Penjaga menyampaikan emosi mereka. Izinkan mereka untuk melihat imej yang disediakan dan pilih imej-imej yang mereka rasai.

PETUA

A L A T U N T U K D I G U N A K A N B E R S A M A P E N J A G A A N D A

Page 25: W E C A R E - ncss.gov.sg

Peta Krisis

Sebab/Penyebab

Apakah yang berlaku?

Acara & Tindakan

Apakah perasaan anda?

Adakah anda akan mengambil tindakan

lain selepas ini?

Terangkan Krisis Susulan & Campur Tangan

A L A T U N T U K D I G U N A K A N B E R S A M A P E N J A G A A N D A

Emosi

Renungan

Page 26: W E C A R E - ncss.gov.sg

Kesejahteraan PenjagaMemulakan penjagaan Penjaga

Penjaga menguruskan dan menjaga kesihatan dan kesejahteraan anggota keluarga mereka, tetapi mungkin terlupa akan kesihatan dan kesejahteraan diri sendiri. Namun, kesihatan mereka turut penting di sini; tanpa kesihatan mereka, mereka tidak mampu menjadi Penjaga yang baik.

Templat ini adalah untuk kegunaan anda dan Penjaga anda dalam membincangkan kesihatan dan kesejahteraan mereka serta untuk membina strategi dan matlamat untuk penambahbaikan.

Anda ingin menekankan bahawa Penjaga harus menjaga diri mereka sendiri juga. Anda ingin membantu mereka memulakan proses dalam penjagaan diri mereka dengan lebih baik.

BILA?

Mulakan perbualan dengan menjelaskan kepentingan Penjaga menjaga diri mereka sendiri: sekiranya mereka tidak sihat, mereka tidak akan dapat menjaga orang lain. Kemudian, mula menggunakan alat untuk menentukan jumlah perhatian mereka terhadap setiap aspek kesihatan dan kesejahteraan mereka. Terangkan keadaan semasa serta bina matlamat bersama untuk meningkatkan satu aspek kesihatan dan kesejahteraan mereka.

BAGAIMANA?

Jangan jadikan matlamat anda terlalu besar. Sediakan rangsangan untuk Penjaga dalam membina matlamat yang ‘SMART’ dan berikan nasihat mudah supaya ia mudah diikuti. Contohnya, matlamat makanan sihat mungkin ‘Tukar nasi putih dengan nasi ceruh 3 kali seminggu bagi bulan yang akan datang.’ Matlamat senaman yang baik mungkin. ‘Gunakan tangga dan bukan lif ketika dalam perjalanan pulang ke rumah minggu ini.’ Gunakan kreativiti anda untuk membina matlamat bersama.

PETUA

A L A T U N T U K D I G U N A K A N B E R S A M A P E N J A G A A N D A

Page 27: W E C A R E - ncss.gov.sg

Kesejahteraan Penjaga

Berapakah jumlah perhatian yang anda berikan bagi setiap aspek kesihatan dan kesejahteraan anda? Renungkan setiap aspek dan lukis satu titik pada setiap paksi untuk menunjukkan kepentingan yang anda berikan dalam kehidupan seharian (makin jauh, makin penting). Lakukan bagi semua lima aspek kesihatan dan kesejahteraan dan sambungkan titik untuk melihat Peta Kesejahteraan Peribadi.

Sebagai seorang Penjaga, anda perlu menguruskan dan menjaga kesihatan & kesejahteraan anggota keluarga anda, tetapi kesihatan anda sendiri turut penting. Tanpa kesihatan, anda tidak boleh menjadi Penjaga yang baik untuk anggota keluarga anda!

Templat ini adalah untuk anda dan penjaga profesional anda membincangkan kesihatan & kesejahteraan anda, serta ruang penambahbaikan.

Matlamat AndaPetua: Jadikan matlamat anda SMART: Specific (Khusus), Measurable (Boleh Diukur), Attainable (Mampu Dicapai), Realistic (Realistik) dan Timely (Tepat pada Masa).

Tuliskan apa yang anda kini lakukan bagi setiap aspek kesihatan dalam hidup anda.

Makanan

Senaman

Mental

Badan

Sosial

A L A T A N U N T U K D I G U N A K A N B E R S A M A P E N J A G A A N D A

Page 28: W E C A R E - ncss.gov.sg

RenunganApakah yang telah anda pelajari daripada Penjaga anda?

R E N U N G A N A T A S L A T I H A N A N D A

Page 29: W E C A R E - ncss.gov.sg

Apakah yang anda pelajari daripada

Penjaga? Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu?

Apakah yang anda pelajari mengenai pemberian jagaan? Bagaimanakah anda boleh

mempraktikkan pengajaran ini?

R E N U N G A N A T A S L A T I H A N A N D A

Page 30: W E C A R E - ncss.gov.sg

NasihatDaripada Penjaga untuk Penjaga:

R E N U N G A N A T A S L A T I H A N A N D A

Page 31: W E C A R E - ncss.gov.sg

Jana IdeaApakah yang Penjaga anda perlukan? Apakah yang tiada di sana?

Jika adanya perkhidmatan yang disediakan untuk memberi sokongan kepada Penjaga

dan keluarga mereka, apakah inisiatif tersebut?

I D E A A N D A

Page 32: W E C A R E - ncss.gov.sg

Jika terdapat

produk untuk Penjaga,

bagaimanakah rupanya?

I D E A A N D A

Page 33: W E C A R E - ncss.gov.sg

Jika adanya polisi untuk membantu memudahkan

pemberian jagaan, apakah yang membuatnya berhasil?

I D E A A N D A

Page 34: W E C A R E - ncss.gov.sg

Jika adanya tetapan,

dan ini membantu

memudahkan penjagaan,

bagaimanakah rupanya?

I D E A A N D A

Page 35: W E C A R E - ncss.gov.sg

Jika adanya alat untuk

keluarga yang menjaga,

apakah fungsinya?

I D E A A N D A

Page 36: W E C A R E - ncss.gov.sg

Jika adanya acara untuk

Penjaga, bagaimanakah

acara tersebut

diuruskan?

I D E A A N D A

Page 37: W E C A R E - ncss.gov.sg

Jika adanya kempen

mengenai pemberi jagaan,

bagaimanakah rupanya?

I D E A A N D A

Page 38: W E C A R E - ncss.gov.sg

Penciptaan Bersama PenjagaMencipta penyelesaian bagi -dan bersama- Penjaga

Memikirkan tentang sokongan, perkhidmatan & produk tambahan boleh menjadi sukar; di manakah permulaannya? Kombinasi penjaga profesional dan seorang Penjaga adalah ideal di sini; seseorang yang mengenali sistem dan perkhidmatan sedia ada secara menyeluruh dan seorang lagi yang mengetahui penjagaan semasa.

Alat ini membantu anda menjana idea dan penyelesaian bersama dan memahami keperluan Penjaga anda supaya anda boleh melaksanakannya. Gunakan kreativiti anda juga sebagai pengetahuan dan kepakaran anda.

Anda ingin menjana penyelesaian dan idea bagi keperluan penjagaan yang masih belum ditepati.

BILA?

Jemput Penjaga anda untuk sesi menjana idea. Duduk bersama dan berbincang terlebih dahulu mengenai keperluan Penjaga anda. Apakah masalah yang dihadapi oleh mereka? Adakah isu-isu lain akibat penjagaan? Fikirkan tentang isu-isu tersebut. Apakah yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah dan isu? Anda boleh memikirkan tentang perkhidmatan, produk, polisi, tetapan, alat, acara atau kempen. Terangkannya, untuk siapa dan mengapa penyelesaian ini boleh menyelesaikan masalah tersebut.

BAGAIMANA?

Berikan pertimbangan terhadap sebarang penyelesaian yang anda atau Penjaga anda telah fikir-kan sebagai kaedah penyelesaian. Adakah ini idea yang boleh dikembangkan lagi? Sila e-mel kepada [email protected] untuk nasihat dan sokongan.

PETUA

I D E A A N D A

Page 39: W E C A R E - ncss.gov.sg

Penciptaan Bersama Penjaga

ISU & MASALAH

Tuliskan masalah anda ketika penjagaan?

PENYELESAIAN

TERANGKAN IDEA

Apakah yang boleh dicipta untuk menyelesaikan masalah dan isu? Anda boleh memikirkan mengenai perkhidmatan lain, produk, polisi, tetapan, alat, acara atau kempen. Bayangkan sekiranya terdapat…?

Nama Konsep:

Apa?

Untuk Siapa?

Mengapa?

PENYELESAIAN

TERANGKAN IDEA

Apakah yang boleh dicipta untuk menyelesaikan masalah dan isu? Anda boleh memikirkan mengenai perkhidmatan lain, produk, polisi, tetapan, alat, acara atau kempen. Bayangkan sekiranya terdapat…?

Nama Konsep:

Apa?

Untuk Siapa?

Mengapa?

I D E A A N D A

Page 40: W E C A R E - ncss.gov.sg

Kad EmosiMelambangkan emosi berkaitan dengan Penjagaan

Penjaga melalui pelbagai emosi tetapi biasanya mengalami pelbagai kesukaran untuk menerangkan perasaan mereka, dan menyampaikannya dalam bentuk kata-kata. Emosi berikut membantu Penjaga anda menerangkan perasaan mereka sekiranya mereka tidak tahu menyampaikannya. Imej berikut boleh membantu memulakan perbualan dan menyentuh topik berlainan.

Anda boleh menggunakan kad berikut untuk memulakan perbualan mengenai perasaan dan emosi atau menggunakannya ketika anda mencipta Peta Perjalanan Penjagaan atau Peta Krisis bersama Penjaga anda.

BILA?

Setiap imej melambangkan satu emosi. Apabila anda ingin tahu perasaan Penjaga anda, tunjukkan kad Emosi kepada mereka dan suruh mereka memilih satu kad yang melambangkan emosi mereka. Tanya mereka sebab mereka memilih kad ini dan maksud kad tersebut kepada mereka.

BAGAIMANA?

Gunakan kad berikut sebagai penggalak; tiada emosi yang betul mahupun salah; semua akan melihat emosi yang dialami oleh mereka, jadi tanya sebab mereka memilih kad tertentu.

PETUA

K A D E M O S I

Page 41: W E C A R E - ncss.gov.sg

1

5

9

13

Kad Emosi2

6

10

14

3

11

15

4

8

12

16

K A D E M O S I

7

Page 42: W E C A R E - ncss.gov.sg

Rumusan AlatApakah alat yang anda gunakan?

Jurnal ini merupakan prototaip yang mengandungi pelbagai alat, ada yang anda akan suka dan alat yang anda mungkin ingin selaraskan. Kami amat berminat untuk mendengar pandangan anda tentang cara menambahbaik Jurnal ini dan membangunkannya lagi! Sila hantar maklum balas anda melalui e-mel: [email protected] & [email protected] atau lengkapkan soal selidik kami dalam talian: www.ncss.gov.sg/caregiving.

Perbandingan Penjagaan Bulatan Penjagaan

Peta Perjalanan Penjagaan Perkhidmatan Relevan

Cari semua alat dalam talian di www.ncss.gov.sg/caregiving

Kesejahteraan Penjaga

Kad Emosi Penciptaan Bersama Penjaga

Peta Krisis

M A K L U M B A L A S A N D A

Page 43: W E C A R E - ncss.gov.sg

Dipesan oleh

Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS)

NCSS merupakan badan bertanggungjawab bagi lebih 450 anggota organisasi kebajikan sukarela di Singapura. Misinya adalah untuk memimpin hala tuju dalam meningkatkan kemampuan dan kapasiti ahli, menggalakkan khidmat sosial dan mengukuhkan kerjasama strategik, bagi sebuah ekosistem perkhidmatan sosial yang efektif.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ncss.gov.sg.

Dikendalikan oleh

Fuelfor

fuelfor merupakan syarikat rundingan rekaan khusus dalam mencipta produk kesihatan dan penjagaan, perkhidmatan dan pengalaman bertaraf tinggi bagi klien di Eropah, Asia dan Amerika Syarikat. Dengan hampir 20 tahun pengalaman industri penjagaan kesihatan, kepakaran profesional mereka daripada kajian dan strategi etnografi sehingga rekaan berteraskan pengguna, serta penghasilan penyelesaian. Mereka memiliki studio di Barcelona, Sepanyol dan di Singapura. Hubungi mereka melalui [email protected].

Untuk maklumat lanjut, layari www.fuelfor.net.

Penghargaan

Page 44: W E C A R E - ncss.gov.sg