u m p t e r i m a 2 2 7 4 p e l a j a r b a h a r uumpir.ump.edu.my/id/eprint/17249/1/ump terima...

6
UMP Terima 2274 Pelajar Baharu Kuantan, 30 Ogos Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima seramai 2274 pelajar baharu mendaftar hari ini yang berlangsung serentak di dua kampus UMP Pekan dan Gambang bagi kemasukan sesi akademik 2015/2016. Lebih membanggakan sebanyak 72 peratus pelajar yang ditawarkan ini mempunyai kelayakan CGPA minimum 3.00 malahan terdapat seramai 14 orang di kalangan pelajar mempunyai CGPA 4.00 memilih UMP sebagai destinasi pengajian mereka.

Upload: others

Post on 23-May-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: U M P T e r i m a 2 2 7 4 P e l a j a r B a h a r uumpir.ump.edu.my/id/eprint/17249/1/UMP Terima 2274... · Ha d ir s a m a T im b a la n Na ib C a n s e lo r ( Ha l E hwa l P e la

 

UMP Terima 2274 Pelajar Baharu

 

 

Kuantan, 30 Ogos­ Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima seramai  2274 pelajar baharu mendaftar hari ini yangberlangsung serentak di dua kampus UMP Pekan dan Gambang bagi kemasukan sesi akademik 2015/2016.

Lebih membanggakan sebanyak 72 peratus pelajar yang ditawarkan ini mempunyai kelayakan CGPA minimum 3.00 malahanterdapat seramai 14 orang di kalangan pelajar mempunyai CGPA 4.00 memilih UMP sebagai destinasi pengajian mereka.  

Page 2: U M P T e r i m a 2 2 7 4 P e l a j a r B a h a r uumpir.ump.edu.my/id/eprint/17249/1/UMP Terima 2274... · Ha d ir s a m a T im b a la n Na ib C a n s e lo r ( Ha l E hwa l P e la

 

Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato Dr. Daing Nasir Ibrahim, pada kemasukan pelajar sesi akademik ini,  UMPmenawarkan  program baharu iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perniagaan dengan kepujian dengan kerjasamauniversiti Jerman iaitu Reutlingen University (RU).

“Pada tahun ini juga program dwi­ijazah bertaraf antarabangsa melibatkan kerjasama dengan pihak institusi pengajian diJerman, Hochschule Karlsruhe, University of Applied Sciences Jerman (HsKA) ini turut menerima banyak permohonan.  

Page 3: U M P T e r i m a 2 2 7 4 P e l a j a r B a h a r uumpir.ump.edu.my/id/eprint/17249/1/UMP Terima 2274... · Ha d ir s a m a T im b a la n Na ib C a n s e lo r ( Ha l E hwa l P e la

          

Hanya seramai 60 pelajar berjaya ditawarkan tempat untuk mengikuti ijazah sarjana muda bagi Kejuruteraan Automotif danprogram ijazah sarjana muda Kejuruteraan Mekatronik,” katanya semasa bertemu dengan pelajar dan ibu bapa pada haripendaftaran pelajar di Kompleks Sukan UMP. 

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan PemangkuPendaftar, Abd. Rahman Hj. Safie.

Page 4: U M P T e r i m a 2 2 7 4 P e l a j a r B a h a r uumpir.ump.edu.my/id/eprint/17249/1/UMP Terima 2274... · Ha d ir s a m a T im b a la n Na ib C a n s e lo r ( Ha l E hwa l P e la

 

UMP juga menerima seramai 28 pelajar antarabangsa yang bakal mengikuti pengajian sarjana muda melibatkan 4 negaratermasuk pelajar dari Yemen, China, Sudan dan Somalia.

Bagi pelajar Nuraishah Basri, 19 yang berasal dari Sg. Pau Sik Kedah beliau berbangga dapat mengikuti pengajiankejuruteraan elektrik di UMP namun terasa  agak sedih terpaksa berjauhan dari keluarga.

Page 5: U M P T e r i m a 2 2 7 4 P e l a j a r B a h a r uumpir.ump.edu.my/id/eprint/17249/1/UMP Terima 2274... · Ha d ir s a m a T im b a la n Na ib C a n s e lo r ( Ha l E hwa l P e la

 

Beliau yang merupakan anak keempat daripada 11 beradik berbangga dengan usaha UMP yang banyak membantu sehinggabeliau berjaya mendaftar hari ini memandangkan bapanya hanya bekerja sebagai penoreh getah manakala ibunya menjualnasi lemak di kampung.

Begitu juga bagi pelajar Abdul Muiz Said,19 dari Kelantan yang akan mengikuti program pengurusan industri. Beliauberhasrat untuk mencapai kejayaan cemerlang untuk membalas segala pengorbanan keluarganya yang bersusah payahsehingga membolehkannya melangkah ke menara gading ini  

Page 6: U M P T e r i m a 2 2 7 4 P e l a j a r B a h a r uumpir.ump.edu.my/id/eprint/17249/1/UMP Terima 2274... · Ha d ir s a m a T im b a la n Na ib C a n s e lo r ( Ha l E hwa l P e la

 

Minggu Induksi Siswa (MINDS) yang berlangsung selama seminggu ini melibatkan semua pelajar baharu bagi membiasakandiri dengan kehidupan kampus. Antara program adalah taklimat akademik, program Bicara Merdeka, Amanat Naib Canselorserta program khidmat komuniti bersama masyarakat. 

 

Posted By : NOR FADZILLAH BINTI ZULKIPLI Date Posted : 01­09­2015, 08:07:27