lemak udang dengan belimbing

3
Dapur Tanpa Sempadan... Dunia masakan memang unik. Dari bahan - bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa..Itulah keajaibannya...Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya.... AMARAN KERAS!!!! DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERU LEMAK UDANG BELIMBING BULUH.. Salam petang semua, petang sikit baru mat dapat bersiaran. Hari ni mat menerima kunjunagn dri blogger masak2..yang tu mat cerita dalam entri lain nanti yea. Sebab kesuntukan masa mat masak simple dan mudah saja. Ada baki udang tu hari nya, mat masak lemak dengan belimbing buluh, lepas tu ada lah lauk2 ringkas lain lagi. Sekarang ni musim belimbing di kawasan tanah rendah, jadi boleh lah kita pelbagai gunakan ia, tadi mat dengar ada satu resipi tradisi orang Pahang ni depa panggil sambal hitam, macam tu lah tak silap, guna belimbing yang di rebus selama 8 jam..wahh lamanyaa kan, nak try nanti. Tapi sekarang kita semak resipi dulu...Jommm.. BAHAN-BAHANNYA:-) 10 ekor udang kaki merah @ udang kaki pengantin (saiz besar) 10 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus setiap biji 2 batang serai, dititik 2 helai daun kunyit, disiat 1 keping asam gelugor 800 ml santan cair 300 ml pati santan Garam dan gula secukup rasa BAHAN KISAR HALUS :-) 3 biji cili merah 10 biji cili padi hijau (optional) 5 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci kunyit hidup Secubit belacan CARA MEMBUATNYA :-) Udangdibersihkan, kerat muncung dan kakinya, cuci dan toskan. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama udang dan serai titik, masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Masukkan asam gelugor dam juga santan pekat. Kacau dan biar mendidih

Upload: arvin4d

Post on 19-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

resepi

TRANSCRIPT

Dapur Tanpa Sempadan...

Dunia masakan memang unik. Dari bahan - bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa..Itulah keajaibannya...Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya.... AMARAN KERAS!!!! DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERU

LEMAK UDANG BELIMBING BULUH..

Salam petang semua, petang sikit baru mat dapat bersiaran. Hari ni mat menerima kunjunagn dri blogger masak2..yang tu mat cerita dalam entri lain nanti yea. Sebab kesuntukan masa mat masak simple dan mudah saja. Ada baki udang tu hari nya, mat masak lemak dengan belimbing buluh, lepas tu ada lah lauk2 ringkas lain lagi. Sekarang ni musim belimbing di kawasan tanah rendah, jadi boleh lah kita pelbagai gunakan ia, tadi mat dengar ada satu resipi tradisi orang Pahang ni depa panggil sambal hitam, macam tu lah tak silap, guna belimbing yang di rebus selama 8 jam..wahh lamanyaa kan, nak try nanti. Tapi sekarang kita semak resipi dulu...Jommm..

BAHAN-BAHANNYA:-)

10 ekor udang kaki merah @ udang kaki pengantin (saiz besar)

10 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus setiap biji

2 batang serai, dititik

2 helai daun kunyit, disiat

1 keping asam gelugor

800 ml santan cair

300 ml pati santan

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)

3 biji cili merah

10 biji cili padi hijau (optional)

5 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 inci kunyit hidup

Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

Udangdibersihkan, kerat muncung dan kakinya, cuci dan toskan. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama udang dan serai titik, masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.

Masukkan asam gelugor dam juga santan pekat. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil, kacau selalu. Tambah garam secukup rasa, secubit gula, belimbing buluh dan daun kunyit, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi hangat dan lauk2 lain..

Mat Gebu at 5:00 PM

5 comments:

y u y u Z u l a i k h aJuly 9, 2011 at 5:28 PM

sobbsobb.. dah la tengah lapa ni :'(

Reply

CT DelimaJuly 9, 2011 at 5:39 PM

As'salam Mat

kecurrrrr... lagi2 nampak belimbing tu. dah telan2 air liur 3-4 kali ni..huhu

Reply

JIJI YUJuly 9, 2011 at 5:57 PM

gulp3...ghupenye cenggitu ghupe belimbing buluh..baghu peghasan

Reply

simanisJuly 9, 2011 at 6:03 PM

sambal hitam tu kalau time bulan puasa mat, sahur dengan dia je...sedapppp...

Adeh menu mu ni sedap merembes airmata tgk heheh

Reply

missalongwaniJuly 9, 2011 at 7:46 PM

yup...sedap sgt sambal hitam tuh...cik mat kene try buat..mmgmabeles bila makan..kan kwan2 kan.. :)

Reply

Load more...

Home

View web version

About Me

Mat Gebu

Rumah Itu Dunia Aku.....

View my complete profile

Powered by Blogger