lawatan ke yayasan kiwanis pusat sindrom down negara

Upload: indah-pada-waktunya

Post on 19-Jul-2015

265 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

BINA INSAN GURU FASA KE-5

2012

Isi KandunganLaporan Lawatan2-6 Maklumat Tambahan.7 Refleksi Lawatan8-14

1

BINA INSAN GURU FASA KE-5

2012

Laporan Lawatan Ke Yayasan Down Syndrome Kiwanis

Pada 4 April 2012, kelas G5.3 telah mengadakan lawatan ke Yayasan Down Syndrome Kiwanis yang terletak di Petaling Jaya. Kami telah diiringi oleh Puan Jariyati bt Jahri dari Jabatan Pendidikan Khas. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai badan bukan kerajaan yang memberikan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang mengalami Down Syndrome. Kami semua telah berkumpul sebelum jam 8 00 pagi lagi. Akhirnya, bas pun bertolak pada jam 8 30 pagi. Namun, kami telah tersesat kerana ini adalah kali pertama kami pergi ke sana. Setelah mendapat panduan daripada pegawai di sana, bas kami pun selamat tiba walaupun agak lewat daripada masa yang telah dijadualkan. Sebelum memulakan lawatan, kami semua telah berkumpul di ruang legar untuk mendapat penerangan mengenai tempat yang akan kami lawati. Brosur telah diberikan sebagai rujukan. Selain itu, pegawai di sana juga telah mengingatkan kami agar tidak mengambil gambar kanak-kanak dan tidak membuat bising.

Kemudiannya kami pun dipecahkan kepada 2 kumpulan. Pergerakan kami sentiasa dikawal dan terbatas kerana keadaan yang sempit dan tidak mahu perhatian muridmurid terjejas. Melalui pemerhatian kami, di antara kemudahan yang ada ialah bilik kelas, bilik multisensori, childrens library, resource center, kolam renang dan dewan serbaguna.

2

BINA INSAN GURU FASA KE-5

2012

Di dalam childrens library, terdapat buku-buku yang khusus untuk kanak-kanak. Buku tersebut mengandungi banyak gambar. Apabila kanak-kanak hendak membaca, mereka perlu mengambil dan memulangkan buku tersebut dengan cara yang betul. Tetapi, cara mereka hendak mula membaca tidak ditetapkan. Perpustakaan kecil ini dibina agar dapat menanamkan budaya cintakan ilmu dan suka membaca sejak kecil lagi dalam kalangan kanak-kanak. Manakala di dalam resource room terdapat pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang boleh dikategorikan dari peringkat bayi sehinggalah kanak-kanak. Ibu bapa dibenarkan untuk meminjam bahan-bahan bantu mengajar ini agar mereka boleh mengajar anak secara tidak formal di rumah. Selain itu, pelbagai buku dan jurnal juga ditempatkan di sana untuk dirujuk oleh guru dan individu yang memerlukannya. Kolam renang pula digunakan untuk membuat aktiviti yang melibatkan air. Kanak-kanak tidak dibenarkan sama sekali untuk pergi ke sana tanpa kebenaran dan kehadiran guru. Peraturan juga dibuat sebagai langkah-langkah keselamatan. Contohnya dari aspek pemakaian baju yang sesuai. Seterusnya ialah bilik multisensori. Kanak-kanak akan menjalani terapi di dalam bilik ini. Misalnya dengan membuat aktiviti naik turun tangga, naik bongkah kayu dan berpusing di dalam buaian. Aktiviti ini dijalankan agar dapat menguatkan motor kasar dan motor halus di samping meningkatkan keseimbangan badan. Dan yang terakhir ialah dewan serbaguna. Mereka menggunakan dewan ini untuk melakukan aktiviti sukan seperti badminton. Selain itu, pelbagai aktiviti mingguan seperti perhimpunan dan majlis-majlis rasmi lain dibuat di sini.

3

BINA INSAN GURU FASA KE-5

2012

Kelas-kelas pula adalah berbeza mengikut keperluan. Program-program utama yang ditawarkan ialah Toddler (2 tahun), Violet (3-4 tahun), School Readiness Program (4-5 tahun) dan School age programme (7 tahun ke atas). Program Toddler adalah untuk bayi yang berusia 2 tahun. Mereka diajar cara-cara untuk menguruskan aktiviti seharian seperti memberus gigi dan menyimpan beg mereka di rak yang disediakan. Perabot juga diubahsuai agar boleh digunakan oleh mereka. Bayi tersebut perlu meletakkan beg di rak yang mempunyai gambar mereka. Program Violet diadakan untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun. Setiap kanakkanak mempunyai rancangan pengajaran individu (RPI) untuk memperbaiki masalah tingkah laku mereka. Sukatan pembelajaran mereka juga dibuat 2 bulan sekali dan akan dihantar kepada ibu bapa sebagai makluman. Semua hasil kerja akan dimasukkan ke dalam fail agar ibu bapa boleh menyemak perkembangan anak-anak dari semasa ke semasa. Untuk School Readiness Program pula, kanak-kanak yang memasuki kelas tersebut berumur di antara 4 hingga 5 tahun. Susun atur fizikal kelas tersebut menyerupai keadaan bilik darjah yang sebenar agar kanak-kanak terbiasa dan tidak terkejut apabila memasuki sekolah kelak. Terdapat bakul-bakul yang telah diletakkan dengan kerja yang kanak-kanak perlu lakukan mengikut turutan. Mereka juga didedahkan dengan makathon sign yang mudah untuk mengukuhkan penguasaan bahasa. Dan program yang terakhir ialah School Age Programme, kelas hanya dilakukan seminggu sekali untuk kanak-kanak yang sudah bersekolah. Sesi ini berlangsung selama 2 jam setengah sama ada pada waktu pagi atau petang.

Untuk kanak-kanak, bayaran yang dikenakan ialah RM160 sebulan manakala bayi pula dikenakan bayaran sebanyak RM130.

4

BINA INSAN GURU FASA KE-5

2012

Melalui penerangan yang telah diberikan, 4 rutin harian yang diamalkan oleh yayasan ini ialah motor kasar, circle time, literasi dan snack time. Masa Motor kasar Penerangan Murid-murid akan membuat senaman dan aktiviti yang membantu menguatkan otot-otot kasar mereka. Sesi ini akan dilansungkan di taman permainan yang terletak di tingkat bawah. Misalnya menaiki gelungsur. Circle time Murid-murid akan duduk di dalam bulatan dan guru akan mengambil kedatangan mereka. Mereka juga akan membuat aktiviti yang meransang motor halus seperti mewarna, membuat hasil seni dan sebagainya. Literasi Ketika sesi ini berlangsung, kanak-kanak akan diajar membaca. Mereka juga akan membuat latihan menulis. Apabila kanak-kanak telah selesai, hasil kerja akan dimasukkan ke dalam fail untuk ditunjukkan kepada ibu bapa. Snack time Ini adalah waktu untuk makan. Kanak-kanak akan diberi makanan seperti bijiran atau membawa sendri bekal dari rumah. Kadangkadang kanak-kanak akan membuat makanan bersama-sama dengan guru. Contohnya, membuat sandwich. *Jadual 1 menunjukkan penerangan rutin di Yayasan Down Syndrome Kiwanis.*

5

BINA INSAN GURU FASA KE-5

2012

Akhirnya, lawatan tersebut pun selesai kira-kira 12 00 tengah hari. Kami sempat menyaksikan guru-guru di sana membuat aktiviti motor kasar bersama dengan bayi di taman permainan. Ibu bapa pula sudah mulai beransur-ansur datang untuk mengambil anak-anak mereka. Setelah memberikan sedikit tanda kenang-kenangan kepada pegawai di sana, kami pun berangkat pulang. Kami sempat mengambil gambar. Pihak di sana juga sempat menjemput kami untuk menjadi sukarelawan jika terdapat majlis yang ingin dilakukan.

Secara tuntasnya, lawatan kali ini telah berjaya memberikan pengalaman dan pengetahuan yang baharu buat kami semua. Ternyata terdapat perbezaan di antara pengurusan sesebuah organisasi bukan kerajaan dan sekolah kebangsaan. Semoga apa yang sudah diperoleh mampu dimanfaatkan untuk kegunaan pada masa hadapan.

Dilaporkan oleh, ______________________________ (GEORGIANA AK MUNI) Penolong Ketua Kelas G5.36

BINA INSAN GURU FASA KE-5

2012

Maklumat Mengenai Yayasan Down Syndrome Kiwanis

Kiwanis ialah sebuah pertubuhan organisasi bukan kerajaan yang berada di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Ianya menawarkan peluang untuk pembabitan individu di dalam kepimpinan dan penambahbaikan komuniti di seluruh dunia. Sejak diasaskan pada tahun 1915, Kiwanis telah berkembang sebanyak 8 000 kelab di 96 buah negara. Ahlinya terdiri daripada 260 000 orang dewasa dan 320 000 ahli belia. Di Malaysia, terdapat 53 kelab Kiwanis dengan lebih daripada 1 400 orang ahli.

Nama "Kiwanis" adalah daripada frasa Indian Amerika yang bermaksud "to express ones self".

Moto Kiwanis adalah "Serving the Children of the World".

Segala aktiviti, program, perkhidmatan dan fasiliti yang ditawarkan oleh Kiwanis adalah hasil pengumpulan dana oleh ahli-ahlinya. Yayasan ini bergiat secara aktif dan sentiasa mengemas kini aktiviti semasa yang dilakukan. Individu yang berminat untuk menjadi sukarelawan adalah amat dialu-alukan. Sumber maklumat: http://www.kiwanis.org.my/section.cfm?id=36

7

BINA INSAN GURU FASA KE-5

2012

Refleksi Bina Insan Guru Fasa Ke-5 2012

Pada 4 April 2012, kelas G5.3 telah mengadakan lawatan ke Yayasan Down Syndrome Kiwanis yang terletak di Petaling Jaya. Pada asalnya, lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan awal mengenai organisasi bukan kerajaan yang menawarkan perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas bagi subjek Terapi Dalam Pendidikan Khas. Puan Jariyati bt Jahri dari Jabatan Pendidikan Khas telah menjadi pensyarah pengiring kami pada hari tersebut. Namun, lawatan ini telah turut bertukar menjadi program Bina Insan Guru untuk fasa ke-5 pada saat-saat akhir dengan persetujuan mentor dan kami sendiri. Saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan dan kekuatan sepanjang lawatan ini dengan menggunakan analisis SWOT. Ianya boleh dibahagikan kepada 3 fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas lawatan.

Kelemahan pertama yang telah saya kenalpasti sebelum lawatan ini dilaksanakan ialah kurangnya perancangan yang rapi. Seperti yang sudah dimaklumkan, lawatan ini pada mulanya adalah untuk subjek Terapi Dalam Pendidikan Khas. Namun, ianya turut bertukar menjadi program Bina Insan Guru yang ke-5 setelah mendapat persetujuan daripada mentor kelas saya iaitu Encik Saiful Anuar b Alias. Ini adalah disebabkan kelas saya mengalami kekangan masa untuk menganjurkan program ini pada masa yang lain.

8

BINA INSAN GURU FASA KE-5

2012

Kelas saya pernah membuat rancangan untuk melawat ke Institut Pendidikan Perguruan Melayu Melaka. Namun, rancangan ini telah dibatalkan di atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan sehari sebelumnya. Setelah berpraktikum selama sebulan, kelas saya terlibat pula dengan Karnival Pertandingan Permainan Tradisional, Sukan Tara, Karnival Eksplorasi Sains, Ujian Akhir Kursus dan yang terakhir ialah Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Ini belum ditambah lagi dengan kerja kursus pendek lain yang perlu dihantar pada masa yang serentak. Ini menyebabkan kelas saya tidak sempat untuk merancang program Bina Insan Guru untuk kedua kalinya. Saya sendiri pun sudah berasa sangat letih kerana telah memberikan komitmen yang serius pada program-program yang sebelumnya. Ini membuatkan saya tidak membuat perancangan yang rapi untuk lawatan ini. saya tidak sempat untuk merangka soalan dan menyenaraikan perkara yang perlu saya cari di tempat tersebut. Saya cuma datang ke sana tanpa hala tujuan yang jelas tidak seperti Bina Insan Guru yang sebelumnya. Manakala kelemahan yang kedua pula bas yang kelas saya naiki telah tersesat kerana ini adalah kali pertama kami datang ke sana. Walaupun mempunyai alamat dan peta yang telah dicetak daripada internet, itu masih belum memadai untuk memberikan panduan. Bas terpaksa berlegar-legar untuk mencari jalan yang betul selama hampir sejam. Ini menyebabkan kami telah membazirkan masa yang banyak. Kejadian ini membuatkan saya sedar bahawa kita perlu meninjau tempat yang ingin dilawati terlebih dahulu lebih-lebih lagi jika itu adalah kali pertama. Mujurlah pensyarah pengiring telah menelefon tempat tersebut untuk mendapatkan kepastian mengenai jalan yang perlu diambil. Walaupun timbul beberapa kelemahan, namun terdapat juga beberapa kelebihan. Misalnya saya telah membuat inisiatif untuk membuat bacaan sendiri mengenai yayasan ini. Saya telah membaca mengenai sejarah Kiwanis dan aktiviti yang mereka jalankan. Berdasarkan pembacaan saya, saya mendapati yayasan ini sangat aktif dalam memperjuangkan hak kanak-kanak yang mengalami Down Syndrome dan segala perbelanjaannya dibiayai oleh ahli-ahlinya secara sukarela. Apa yang mengkagumkan ialah yayasan ini telah mampu berdikari tanpa bantuan kerajaan.9

BINA INSAN GURU FASA KE-5

2012

Saya berasa sangat gembira kerana masih terdapat insan-insan berhati mulia yang sanggup memperjuangkan nasib kanak-kanak yang berkeperluan khas ini. Amat sukar sekali untuk kita mencari individu yang mahu melakukan kerja secara sukarela dan saya tahu pelbagai cabaran perlu diatasi jika ingin mencari dana sendiri. Justeru itu, saya berasa sangat teruja untuk berjumpa dengan mereka dan bertanya mengenai pengalaman yang telah mereka alami. Bagi mengatasi masalah yang telah timbul, saya berharap agar segala perancangan dapat dibuat dengan lebih awal agar tidak berlaku perubahan yang tidak diduga pada saat-saat akhir. Pada pendapat saya, ini amat menyusahkan dan menyebabkan segalanya berjalan dengan tidak lancar. Seseorang guru juga perlu mempunyai kebolehan untuk membuat keputusan dan bertindak secara spontan. Kebolehan ini akan membantu seseorang untuk membuat adaptasi dengan persekitaran dengan cepat. Selain itu, kita juga perlu mempunyai pelan tambahan sekiranya perancangan yang yang sudah dibuat terlebih dahulu gagal untuk dilaksanakan. Sebagai contoh, kelas saya sepatutnya sudah mempunyai perancangan yang lain setelah program yang pertama dibatalkan. Maka peristiwa ini tidak akan terjadi dan menyebabkan kekecohan. Di samping itu, saya berharap agar ada individu yang akan membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum pergi ke sesebuah tempat untuk pertama kalinya. Tindakan ini akan mengelakkan kita daripada tersesat dan membuang masa serta tenaga.

10

BINA INSAN GURU FASA KE-5

2012

Disebabkan bas yang kami naiki telah tersesat, kelas saya telah membazirkan masa dan tenaga. Kami sampai lebih lewat daripada masa yang telah dijadualkan. Kesannya, masa yang diperuntukkan untuk melawat juga menjadi semakin ringkas. Kami tidak boleh membuang masa kerana kanak-kanak di sana balik awal. Saya bimbang kami tidak sempat melihat bagaimana pengajaran dan pembelajaran di sana dilakukan. Seterusnya, kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar kanak-kanak yang berada di sana. Ini adalah kerana mereka khuatir pihak kami akan menggunakan gambar tersebut untuk tujuan yang salah. Akibatnya, saya tidak dapat mengumpul maklumat dan data dengan lebih efisien. Brosur yang diberikan juga tidak mencukupi untuk semua orang. Saya terpaksa berebut-rebut dengan orang lain untuk mendapatkannya namun usaha saya gagal. Malahan, tidak ada sesiapa pun yang sudi memberikan brosur yang berjaya didapatkan kepada saya untuk dibuat fotokopi sebagai bahan rujukan dan bukti. Kami juga tidak dibenarkan untuk bergerak secara terlalu aktif. Pihak di sana khuatir ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang sudah diketahui, kanak-kanak yang mengalami Down Syndrome akan cepat terjejas penumpuannya jika berlaku perkara yang boleh mengalihkan perhatian mereka. Keadaan fizikal di sana juga tidak mengizinkan kami untuk bergerak dalam jumlah yang ramai. Yayasan tersebut agak kecil dan sempit. Oleh itu, kami telah berpecah kepada 2 kumpulan untuk meminimumkan pergerakan kami. Namun, kami beruntung kerana hanya datang dalam satu kelas sahaja. Jika kami datang lebih daripada itu, kemungkinan besar kami semua terpaksa pulang semula. Ini adalah kerana pihak di sana tidak dapat membenarkan terlalu ramai pengunjung untuk datang dan masuk secara bebas.

11

BINA INSAN GURU FASA KE-5

2012

Tambahan pula, pihak di sana sudah mengetahui apa yang kami perlukan. Disebabkan itu, mereka telah memberikan penerangan yang penting sahaja dan tidak membuang masa kami. Bagi saya, mereka sudah pakar di dalam bidang masingmasing. Banyak perkara baharu yang telah saya ketahui hasil daripada penerangan tersebut yang tidak terdapat di dalam internet. Ini juga membantu menambahkan pengetahuan saya mengenai keperluan kanakkanak Down Syndrome. Saya dapat membandingkan kekurangan di sekolah yang telah saya pergi untuk praktikum dengan kemudahan yang ada di sana. Masih terlalu banyak yang ketinggalan dan perlu diadakan lebih-lebih lagi dari segi bahan bantu mengajar. Apa yang menariknya ialah ibu bapa boleh meminjam peralatan di sana untuk 2 minggu agar boleh mengajar anak mereka. Malahan terdapat berjenis-jenis bahan bantu mengajar yang ada bermula dari peringkat bayi lagi. Bagi menyebarkan ilmu pula, terdapat 2 perpustakaan telah dibina untuk kanak-kanak. Buku-buku yang ada pula menarik perhatian dan meransang kognitif kanak-kanak. Terdapat juga jurnal-jurnal yang boleh dibaca oleh ibu bapa dan guru di sana. Saya juga berasa agak malu kerana sebenarnya guru-guru yang mengajar di sana bukanlah guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas. Namun, mereka telah mempamerkan kaedah, teknik dan gaya mengajar yang lebih baik daripada saya. Saya mendapati bahawa kita perlu menjadi seperti budak-budak dan membuang rasa malu agar boleh mengajar dengan lebih baik. Prestasi kanak-kanak di sana juga amat memberansangkan. Apabila saya membelekbelek buletin yang telah diberikan, saya mendapati kanak-kanak di sana terlibat di dalam banyak aktiviti yang mencungkil potensi dan bakat mereka. Misalnya membuat hasil seni atau pun persembahan di hadapan orang ramai di mana perkara begini jarang-jarang berlaku di sekolah.

12

BINA INSAN GURU FASA KE-5

2012

Dan kanak-kanak di sana juga tidak terlalu dimanjakan. Mereka dilatih untuk berdikari dan kedudukan setiap kelas untuk sesebuah aktiviti adalah tidak sama. Kanak-kanak tersebut perlu berjalan dan menaiki tangga. Melalui penerangan yang telah diberikan, baharulah saya tahu perkara ini memang disengajakan agar kanak-kanak boleh membuat senaman bagi menguatkan otot mereka. Bagi mengatasi masalah kekangan masa, saya berharap agar lawatan pada masa hadapan akan bergerak lebih awal lagi. Sekurang-kurangnya, masa yang ada juga boleh dipanjangkan. Ini juga akan membantu jika tiba-tiba berlaku sebarang kesulitan seperti tersesat. Maka tidak perlulah untuk kita tergesa-gesa untuk menghabiskan lawatan. Lebih banyak input boleh diperoleh dan masa yang ada boleg dimanfaatkan.

Walaupun terpaksa menghabiskan lawatan dengan tergesa-gesa, namun kami berjaya untuk pulang ke kampus tepat pada masanya. Pemandu tersebut mengambil langkah yang bijak dengan menunggu sahaja kami sehingga masa lawatan tamat. Ini adalah kerana beliau khuatir akan tersesat lagi. Setelah pulang, kami tidak melakukan post mortem untuk mencari kelemahan dan kekuatan program ini. Saya merasakan bahawa perkara ini amat penting untuk dilakukan agar penambahbaikan dapat dilakukan dari semasa ke semasa. Jika ada lawatan yang bakal dilakukan lain kali, saya akan mencadangkan agar ada post mortem dilakukan.

Sesungguhnya lawatan ini memberikan saya pengalaman baharu yang berharga. Kita harus meluaskan pandangan dan tidak hanya berpuas hati dengan apa yang kita sudah ada sekarang. Mungkin pada mulanya saya boleh berbangga dengan kelulusan yang saya miliki sebagai seorang guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Namun, masih terlalu banyak ruang yang perlu diisi lagi. Selepas ini, saya akan berusaha dengan lebih lagi untuk praktikum yang akan datang.13

BINA INSAN GURU FASA KE-5

2012

Ini adalah gambar-gambar yang telah mendapat kebenaran untuk diambil:

*Bahan-bahan bantu mengajar.*

*Kolam renang.*

*Dewan sukan.*

*Kenangan kami.*

14