universiti teknologi malaysia - fp.utm.my · 2.5 hubungan antara kadar kejadian sindrom down dengan...

30
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SESI PENGAJIAN : 2009/2010 Saya MAZUIN BINTI JUSOH mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan 3. pengajian sahaja 4. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi 5. pengajian tinggi. 6. ** Sila tandakan ( / ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). / TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia Tarikh: Tarikh: CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) PSZ 19:16(Pind. 1/97) UMUR PENCAPAIAN PERKEMBANGAN DOMAIN PENGURUSAN DIRI DAN SOSIOEMOSI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN DI BAWAH UMUR 6 TAHUN (HURUF BESAR) DR. YEO KEE JIAR PETI SURAT 30, KAMPUNG BAKAT, 18500 MACHANG, KELANTAN

Upload: ngotu

Post on 10-May-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya MAZUIN BINTI JUSOH

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

3. pengajian sahaja

4. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

5. pengajian tinggi.

6. ** Sila tandakan ( / )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

/ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

Nama Penyelia

Tarikh: Tarikh:

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

u Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana

Muda (PSM)

u

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UMUR PENCAPAIAN PERKEMBANGAN DOMAIN

PENGURUSAN DIRI DAN SOSIOEMOSI DALAM KALANGAN

KANAK-KANAK SINDROM DOWN DI BAWAH UMUR 6

TAHUN

(HURUF BESAR)

DR. YEO KEE JIAR PETI SURAT 30,

KAMPUNG BAKAT,

18500 MACHANG,

KELANTAN

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya kerya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : …………………………….

Nama Penyelia : DR YEO KEE JIAR

Tarikh :

ii

UMUR PENCAPAIAN PERKEMBANGAN DOMAIN PENGURUSAN DIRI DAN

SOSIOEMOSI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN DI

BAWAH UMUR 6 TAHUN

MAZUIN BINTI JUSOH

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2010

iii

PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap satu-satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………….

Nama Penuh : MAZUIN BINTI JUSOH

Tarikh : APRIL 2010

iv

DEDIKASI

“ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Pertama dan terulung, adalah kesyukuran yang tidak terhitung buat Allah SWT, Tuhan

pencipta alam. Dialah Tuhanku yang memberikan segala-galanya. Menganugerahkan

sebuah kehidupan, cita-cita dan matlamat.

Kedua, buat bonda tercinta Jezah Bt Latiff yang melahirkan aku dari rahim keibuanya,

berkongsi nafas dan nyawa semenjak kelahiran sehingga kedewasaanku. Sabar

menanggung kerenah dan perangaiku dengan melafazkan kata-kata kasih dan saying.

Ketiga, buat keluarga. Kalian adalah insan yang sangat kukasihi dan kumohon supaya

kalian tetap menghargai setiap jasa dan keringat yang telah kita sama-sama tumpahkan

dalam membina keluarga ini.

Seterusnya, buat tunang tercinta Suhaimi Bin Mat Zain. Seorang insan yang banyak

mengorbankan masa dan tenaga. Namun, mampu dirasai ketulusan hati. Kasih sayang

yang dicurahkan amatlah dihargai. InsyaAllah kebahagian menyusuri hubungan ini.

Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang mencurahkan ilmu dan bakti kepada

diriku yang penuh kelemahan dan kekurangan. Juga kepada mereka yang menyumbang

masa, tenaga dan fikiran bagi menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Semoga Allah SWT

memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada kalian.

Jazakumullahu khairan kathira

v

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik segala alam dan selawat serta salam ke

atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan

sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah kehari kiamat.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah

mengizinkan saya menyiapkan Laporan Sarjana Muda ini.

Saya ingin merakam setinggi penghargaan ikhlas kepada Dr. Yeo Kee Jiar selaku

pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak memberi tunjuk ajar, panduan dan

kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta kesungguhan beliau segala komitmen

dapat diatasi. Penghargaan dan terima kasih juga kepada Cik Husna Bt Ahmad Ainuddin

selaku Pakar Rawatan sindrom Down ( Down Syndrome Accupational Therapist ) dan

Tutor yang banyak membantu saya dalam memperolehi maklumat serta seluruh pelajar

tahun akhir Jabatan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan UTM sesi

2009/2010 semester II.

Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat keatas mereka yang telah

menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga.

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti umur pencapaian perkembangan

domain pengurusan diri dan sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak sindrom Down di

bawah umur 6 tahun. Kajian ini dijalankan di Yayasan KIWANIS Johor Bharu dan

Persatuan Sindrom Down Malaysia (Kuala Lumpur). Set soal selidik digunakan sebagai

instrumen kajian dan diedar kepada sampel seramai 25 orang ibubapa yang menyimpan

rekod perkembangan kanak-kanak sindrom Down dengan menggunakan persampelan

bertujuan. Tumpuan kajian ini adalah kepada empat soalan kajian yang dibina iaitu

berkaitan domain pengurusan diri yang terdiri daripada perkembangan dalam mengambil

makanan, berpakaian, pembersihan diri dan latihan ketandas, manakala domain kedua

ialah perkembangan sosioemosi. Data yang diperolehi akan dianalisis dengan

menggunakan perisian komputer Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) bagi

mengukur kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa umur yang

paling optimum dicapai pada lingkungan umur 4 tahun bagi domain pengurusan diri

manakala 5 tahun bagi aspek sosioemosi

vii

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify age achievement of development in self

help and sosioemotion aspect for Down syndrome children below 6 years old. This

research done at Kiwanis Down Syndrome Foundation and Persatuan Sindrom Down

Malaysia (Kuala Lumpur). Questionnaire as a research instrument and distributed to 25

Down syndrome parents that development information are recorded by using a

purposive sample. This research is emphasized and focus to four research questions

related with self help aspect that include feeding, dressing, grooming and toileting

development, whereas second aspect is sosioemotion development. The data will

analysis by using Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) version 15.0 to

measure frequency and percentages. The research result shown 4 year as a optimum age

that achieved among Down syndrome children in self help aspect and 5 years in

sosioemotion aspect

viii

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA i

HALAMAN JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RAJAH xvii

SENARAI LAMPIRAN

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 6

1.2 Penyataan Masalah 8

1.3 Objektif Kajian 10

1.4 Persoalan Kajian 11

1.5 Skop Kajian 12

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.7 Definisi Istilah 13

1.7.1 Kanak-Kanak 13

1.7.2 Kanak-Kanak Normal 14

1.7.3 Kanak-Kanak Istimewa 14

1.7.4 Sindrom Down 14

1.7.5 Perkembangan 15

1.7.6 Pengurusan Diri 15

1.7.7 Sosial 15

1.7.8 Emosi 16

1.8 Penutup 16

x

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 17

2.1 Konsep Perkembangan Kanak-Kanak 17

2.2 Konsep Pertumbuhan Kanak-Kanak 19

2.3 Aspek Pengurusan Diri 19

2.3.1 Mengambil Makanan 20

2.3.2 Latihan Ketandas Dan Pembersihan Diri 21

2.3.2 Berpakaian 23

2.4 Aspek Sosioemosi 23

2.4.1 Perkembangan Sosial 24

2.4.2 Perkembangan Emosi 26

2.5 Teori Perkembangan Kanak-Kanak 27

2.5.1 Teori Perkembangan Arnold Gesell 27

2.5.2 Teori Perkembangan Robert Havighust 29

2.5.3 Teori Perkembangan Erik Erikson 30

2.6 Definisi Sindrom Down 33

2.7 Perkembangan Kanak-Kanak Sindrom Down 36

2.7.1 Perkembangan Pengurusan Diri Dalam

Kalangan Kanak-Kanak Sindrom Down 40

2.7.1.1 Mengambil Makanan 40

xi

2.7.1.2 Latihan Ke Tandas Dan 43

Pembersihan Diri

2.7.1.3 Berpakaian 45

2.7.2 Perkembangan Sosioemosi Dalam

Kalangan Kanak-Kanak Sindrom Down 46

2.8 Penutup 50

BAB 3 METODOLOGI

3.0 Pengenalan 51

3.1 Rekabentuk Kajian 52

3.2 Kerangka Operasi 52

3.3 Tempat Kajian 54

3.4 Populasi Kajian 54

3.5 Sampel Kajian 55

3.6 Instrumen Kajian 56

3.6.1 Bahagian A 56

3.6.2 Bahagian B 57

3.7 Keesahan Dan Kebolehpercayaan Soal Selidik 57

3.8 Kaedah Pengumpulan Data 58

3.8.1 Data Primer 58

3.8.2 Data Sekunder 59

xii

3.9 Analisis Data 59

3.10 Skala Yang Dipermudahkan 61

3.11 Penutup 62

BAB 4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 63

4.1 Dapatan Kajian 64

4.2 Analisis Data Bahagian A 64

( Latar Belakang Respondan)

4.2.1 Jantina 64

4.2.2 Umur Anak 65

4.2.3 Bilangan Anak 66

4.3.4 Pendapatan 67

4.3 Analisis Data Bahagian B ( Soal Selidik) 67

4.3.1 Analisis Data Soal Selidik Persoalan

Kajian 1 68

4.3.2 Analisis Data Soal Selidik Persoalan

Kajian 2 72

4.3.3 Analisis Data Soal Selidik Persoalan

Kajian 3 76

4.3.4 Analisis Data Soal Selidik Persoalan

Kajian 4 79

4.4 Penutup 84

xiii

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN,

KESIMPULAN

5.0 Pengenalan 85

5.1 Rumusan 85

5.1.1 Rumusan Berdasarkan Item Yang

Dikemukakan 86

5.2 Perbincangan 88

5.2.1 Umur Pencapaian Perkembangan Pengurusan

Diri Dari Aspek Mengambil Makanan Dalam

Kalangan Kanak-Kanak Sindrom Down

Di Bawah Tahun? 88

5.2.2 Umur Pencapaian Perkembangan Pengurusan

Diri Dari Aspek Berpakaian Dalam Kalangan

Kanak-Kanak Sindrom Down Di Bawah 6

Tahun? 90

5.2.3 Umur Pencapaian Perkembangan Pengurusan

Diri Dari Aspek Pembersihan Diri Dan Latihan

Ke Tandas Dalam Kalangan

Kanak-Kanak Sindrom Down Di Bawah

6 Tahun? 92

5.2.4 Umur Pencapaian Perkembangan Sosioemosi

Dalam Kalangan Kanak-Kanak Sindrom

Down Di Bawah 6 Tahun? 93

xiv

5.3 Cadangan 95

5.3.1 Pihak Ibu Bapa Dan Penjaga 95

5.3.2 Persatuan Atau Pertubuhan Yang Terlibat 96

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 97

5.5 Kesimpulan 98

BIBLIOGRAFI

xv

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Kemahiran Menggunakan Tandas Dalam

Kalangan Kanak-Kanak Normal 22

2.2 Peringkat Perkembangan ( Arnold Gesell) 28

2.3 Peringkat Perkembangan ( Robert Havighurst) 29

2.4 Peringkat Perkembangan Sosioemeosi

(Erik-Erikson) 31

2.5 Hubungan Antara Kadar Kejadian Sindrom Down

Dengan Umur Ibu Yang Mengandung 35

2.6 Perbandingan Perkembangan Kanak-Kanak

Sindrom Down Dan Normal Bagi Kemahiran

Sosioemosi Dan Pengurusan Diri 38

2.7 Perkembangan Sosioemosi Dalam Kalangan

Kanak-Kanak Sindrom Down 49

3.1 Skala Berdasarkan Umur 59

3.2 Skala Yang Dipermudahkan 61

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Respondan

Mengikut Jantina 64

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Respondan

Mengikut Umur Anak 65

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Respondan

Mengikut Bilangan Anak 66

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Respondan

xvi

Mengikut Jumlah Pendapatan 67

4.5 Taburan Respondan Mengikut Frekuensi Dan

Peratusan Bagi Kemahiran Pengurusan Diri

Dari Aspek Mengambil Makanan 68

4.6 Taburan Respondan Mengikut Frekuensi Dan

Peratusan Bagi Kemahiran Pengurusan Diri

Dari Aspek Berpakaian 72

4.7 Taburan Respondan Mengikut Frekuensi Dan

Peratusan Bagi Kemahiran Pengurusan Diri

Dari Aspek Pembersihan Diri Dan Latihan Ke Tandas 76

4.8 Taburan Respondan Mengikut Frekuensi Dan

Peratusan Bagi Kemahiran Sosioemosi 79

5.1 Peratuan Soal Selidik Secara Keseluruhan 86

xvii

SENARAI RAJAH

BAB TAJUK HALAMAN

2.1 Model Biopsikososial 30

2.2 Spektrum Keupayaan Individu Sindrom Down 39

2.3 Masalah Mengambil Makanan Yang

Dihadapi Oleh Kanak-Kanak Sindrom Down 42

3.1 Kerangka Operasi Kajian 53

xviii

SENARAI LAMPIRAN

1) Lampiran A (Set Soal Selidik) 101

2) Lampiran B ( Surat Pengesahan) 119

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Proses perkembangan dan pertumbuhan berlaku dalam keadaan yang saling

berkait dan meliputi perubahan dari segi fizikal, kognitif, afektif dan psikomotor.

Perubahan yang dapat dilihat dan diukur secara kuantitatif seperti saiz, berat badan dan

ketinggian dipanggil pertumbuhan. Perkembangan pula merujuk kepada aspek kualitatif

yang dapat diukur menggunakan kaedah kuantitatif. Perkembangan adalah berkaitan

dengan bagaimana seseorang membesar, menyesuaikan diri dan berubah sepanjang

hayat melalui perkembangan fizikal, personaliti dan sosial serta kognitif. Secara

ringkasnya, perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan social dari

segi kualiti mahupun kuantiti. Menurut Santrock (2007), perkembangan kanak-kanak

mengikut turutan seperti tempoh prenatal, bayi, awal, pertengahan dan zaman akhir

kanak-kanak. Setiap tempoh perkembangan tersebut turut melibatkan perubahan dari

segi biologi, kognitif dan sosioemosi.

Perkembangan berlaku secara semula jadi tanpa disedari mengikut kematangan

dan dibantu oleh persekitaran yang sentiasa memberikan input pendedahan, pengajaran,

dan latihan, kepada individu. Aspek perkembangan yang diperoleh secara sendiri tanpa

diajarkan dan berlaku tanpa disedari adalah seperti duduk, merangkak, berlari manakala

aspek perkembangan yang perlu dipelajari adalah seperti membaca, menulis, berpakaian,

latihan ke tandas dan sebagainya. Menurut Dr Hussain Imam Muhammad Ismail

(utusan, 2008) selaku Ketua Jabatan Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur, antara aspek

perkembangan yang penting pada peringkat awal kanak-kanak ialah motor kasar, motor

halus, pertuturan dan bahasa, serta kemahiran peribadi dan sosioemosi. Beliau berkata,

empat bidang ini menjadikan seseorang itu individu yang lengkap.

Perkembangan berlaku secara berperingkat dan berbeza kadarnya antara

individu. Antara teori perkembangan yang terkenal ialah teori tentang peringkat

perkembangan kognitif manusia yang diasaskan oleh Piaget (1954). Erikson (1950), pula

menggariskan 8 peringkat perkembangan psikososial manusia sejak lahir hingga tua.

Antara aspek perkembangan yang sentiasa menarik perhatian guru-guru, ibu

bapa, penjaga, dan jurulatih kanak-kanak istimewa ialah pengurusan diri serta

sosioemosi. Bagi kanak-kanak normal perkembangan tersebut berlaku tanpa disedari dan

tidak memerlukan tunjuk ajar daripada ibu bapa ataupun orang dewasa. Kadang-kadang,

pemerhatian atau peniruan sudah memadai bagi kanak-kanak normal menguasai

kemahiran tersebut. Sebagai contohnya, kanak-kanak normal cepat menguasai

kemahiran kawalan emosi seperti tidak menangis secara kuat di hadapan khalayak, tidak

menjerit-jerit, dan tidak menunjukkan ragam di depan orang tanpa perlu diingatkan.

Mereka juga mudah menguasai kemahiran pengurusan diri seperti memberus gigi,

memakai baju, menyikat rambut, mengemas barang-barang permainan, membasuh

pinggan dan sebagainya.

Namun perkembangan kanak-kanak istimewa seperti sindrom Down adalah

lambat jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak sindrom Down

mengambil masa yang agak lama untuk mempelajari dan menguasai kemahiran terutama

3

menguruskan dirinya. Pada peringkat awal, diusia 2 hingga 3 tahun, kanak-kanak

sindrom Down amat memerlukan bantuan dan sokongan ibu bapa dalam pengurusan

pemakanan, penjagaan kebersihan diri seperti mandi, menyikat rambut, memakai baju,

dan sebagainya. Berbanding dengan kanak-kanak normal mengikut jadual

perkembangan (dikenali sebagai development milestone), pada usia 8 hingga 14 bulan,

mereka dapat menggunakan sudu apabila makan dan minum dengan menggunakan

cawan. Kemahiran ini tidak dimiliki oleh kanak-kanak sindrom Down pada umur yang

sama malah mereka mungkin akan mengambil masa yang agak lama iaitu perbezaan 1

hingga 3 tahun daripada kanak-kanak normal. Perbezaan keupayaan ini adalah

disebabkan oleh kadar pertumbuhan kanak-kanak sindrom Down agak lambat dan

ketidakupayaan yang dihadapinya, yang mana kelemahan otot-otot pipi, lidah dan bibir

(Bruni, 2001) serta kesukaran semula jadi otak untuk mengawal pergerakan atau

memproses maklumat yang diterima dengan tepat.

Bagi kanak-kanak normal, mereka mudah mempelajari kemahiran komunikasi

dan dapat mengawal emosinya mengikut keadaan. Kanak-kanak yang sihat dari aspek

emosi lebih berkebolehan menjalinkan pertalian yang positif dengan orang dewasa dan

rakan sebaya (Smith, 2000). Masyarakat perlu sedar bahawa perkembangan kanak-kanak

sindrom Down tidak setanding kanak-kanak normal, justeru tidak memberikan

pandangan yang negatif terhadap mereka, tetapi sebaliknya perlu memberikan sokongan

dan bimbingan untuk membantu mereka mempelajari semua aspek perkembangan.

Kebolehan mengawal emosi adalah penting dalam komunikasi harian dan perlu

dipelajari sejak kecil lagi.

Aspek pengurusan diri dan sosioemosi sangat penting dan perlu dipupuk dan

dikuasai ketika zaman kanak-kanak lagi kerana dengan penguasaan kedua-dua aspek ini,

kanak-kanak boleh berdikari, bermain, berkawan serta melakukan tugas harian dengan

sendiri dan juga boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran dan dunia luar sebagai

persediaan untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah. Beberapa penyelidikan telah

menunjukkan bahawa kekurangan kemahiran sosioemosi semasa zaman kanak-kanak

akan berterusan sehingga kanak-kanak itu menjadi dewasa (Kagan dan Moss, 1962).

4

Menurut Buckley (2000), seorang penulis, pengkaji dan aktivis sindrom Down,

menyatakan bahawa individu sindrom Down merupakan manusia yang memiliki

keupayaan, kekuatan dan kelemahan seperti sesiapa sahaja. Mereka mungkin

mempunyai keperluan tambahan tetapi umum perlu faham bahawa mereka adalah

manusia juga yang mempunyai keperluan seperti anggota masyarakat di sekeliling

mereka. Kualiti perkhidmatan kesihatan dan sokongan masyarakat akan mendatangkan

perubahan yang positif dalam kemajuan mereka seumur hidup.

Disebabkan oleh ciri-ciri kekurangan dan ketidakupayaan kanak-kanak sindrom

Down, maka program pendidikan dan latihan khas yang bersesuaian bergantung pada

ciri keistimewaan dan keperluan kanak-kanak mesti disediakan bagi memenuhi

keperluan individu tersebut. Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk

khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya. Pengajaran ini mungkin

dikelolakan di dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau di institusi lain.

Dalam hal penyediaan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan untuk golongan

sindrom Down, timbul persoalan mengenai peluang pendidikan bagi kanak-kanak

sindrom Down yang berusia dari awal kelahiran sehingga 6 tahun yang kebanyakannya

tidak berpeluang untuk memasuki tadika biasa kerana perbezaan dari segi perkembangan

dan juga fokus tadika biasa hanyalah kepada kanak-kanak normal sahaja. Hanya

segelintir kanak-kanak dalam lingkungan usia ini berpeluang mengikuti latihan atau

pembelajaran khas di pusat latihan khas. Di Malaysia, negara yang mementingkan

kebajikan rakyat, semakin banyak pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan yang

ditubuhkan untuk membantu dalam perkembangan dan pendidikan yang sesuai bagi

kanak-kanak sindrom Down melalui program intervensi awal kepada kanak-kanak

sindrom Down di bawah 6 tahun. Antara pertubuhan yang bergiat aktif ialah Yayasan

KIWANIS, Pusat Bimbingan Sinaran Matahari dan Chesihire Home, manakala

pertubuhan di bawah kerajaan pula seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan

pertubuhan di bawah kelolaan agama.

5

Pelbagai aktiviti dan program yang efektif telah dikendalikan di setiap

pertubuhan tersebut bagi membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak sindrom

Down, antaranya ialah Early Stimulation Program dan Early Intervention Program.

Namun aktiviti dan program tersebut hanya disediakan di pusat tersebut sahaja,

bukannya di rumah sedangkan aktiviti dan program yang berterusan sepanjang berada di

rumah juga diperlukan oleh kanak-kanak sindrom Down. Ibu bapa perlu mengambil

inisiatif untuk melakukan aktiviti pengukuhan di rumah untuk membantu anak-anak

mereka.

Bagi kanak-kanak yang tidak mendaftar dan berpeluang untuk memasuki

pertubuhan tersebut, sudah pasti perkembangan kanak-kanak sindrom Down mereka

akan terbantut berbanding kanak-kanak yang dihantar ke Yayasan KIWANIS, sekiranya

mereka tidak tahu atau tidak melakukan aktiviti serta latihan yang sesuai untuk

mengembangkan serta mengukuhkan pelbagai aspek perkembangan anak mereka.

Dianggarkan terdapat lebih 47,000 individu Sindrom Down di seluruh negara yang

masih belum didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (Utusan, 2006).

Dalam usaha memberikan pendidikan dan latihan yang bersesuaian, jurulatih dan

ibu bapa perlu sedar bahawa keupayaan perkembangan kanak-kanak perlu diketahui.

Maklumat tentang tahap perkembangan adalah penting agar kanak-kanak tidak ’dipaksa’

melakukan aktiviti yang jauh mendahului keupayaan mental atau fizikal mereka. Data

perkembangan kanak-kanak normal dan kanak-kanak sindrom Down adalah diperlukan

oleh ibu bapa dan juga para pelatih sebagai panduan bagi membantu dalam

perkembangan kanak-kanak tersebut. Selain dari dijadikan panduan, data perkembangan

kanak-kanak juga adalah penting dalam merancang program atau intervensi untuk

membantu perkembangan kanak-kanak yang memerlukan terutama sekali golongan

sindrom Down. Dengan berpandukan data perkembangan kanak-kanak, ibubapa boleh

merujuk data tersebut dalam melatih dan mendidik anak-anak supaya perkembangan

berlaku sejajar dengan kemampuan dan kesesuaian umur. Kanak-kanak sindrom Down

mungkin akan mengalami kelewatan dari segi perkembangan fizikal dan mental jika

panduan yang betul tidak dirujuk. Kanak-kanak normal mahupun kanak-kanak sindrom

6

Down tidak boleh dipaksa melakukan perkara yang melampaui keupayaannya kerana

perkara ini boleh membebankan golongan ini.

Sejajar dengan kenyataan yang diulas, maka kajian ini dijalankan bagi mengenal

pasti umur pencapaian perkembangan kanak-kanak sindrom Down dari segi aspek

pengurusan diri dan sosioemosi. Dapatan kajian ini dapat membantu ibu bapa dan

pengasuh atau jurulatih mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak sindrom Down,

sekali gus merancang aktiviti latihan yang lebih sistematik bagi membantu kanak-kanak

sindrom Down.

1.1 Latar Belakang Masalah

Seperti yang kita ketahui, memang sukar bagi ibu bapa ataupun penjaga untuk

mengetahui dengan terperinci tentang tahap perkembangan anak-anak mereka sama ada

anak-anak tersebut normal mahupun sindrom Down. Secara realitinya, kesemua kanak-

kanak sindrom Down mengalami kelambatan pertumbuhan secara keseluruhan dalam

aspek pengurusan diri, sosial dan emosi kerana sejak lahir kanak-kanak ini mempunyai

ketidakupayaan dari segi kognitif, dan juga psikomotor. Pada kebiasaanya ibu bapa yang

memiliki anak-anak sindrom Down ini akan merasa terbeban dan tidak mempunyai

keyakinanan terhadap anak-anak mereka dalam perkembangan terutama sekali dari segi

pengurusan diri dan sosioemosi. Sesetengah daripada kanak-kanak sindrom Down tidak

mengalami masalah dari segi tingkah laku sosial, tetapi kebanyakkan daripada mereka

mempunyai masalah atau kesukaran dalam kemahiran tersebut yang mana ini berpunca

daripada tekanan dan kekurangan pendidikan serta pengetahuan mengenai sindrom

Down dalam kalangan ibubapa (Buckley dan Bird, 2002). Ibu bapa juga akan menjadi

cemas dan risau apabila anak sindrom Down yang berumur 3 tahun masih belum dapat

melakukan aktiviti seperti menanggalkan dan memakai pakaian dengan sendiri

berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Dengan ini akan menyebabkan

masalah perkembangan bagi kanak-kanak istimewa akan menjadi semakin rumit

7

Data perkembangan bagi kanak-kanak normal dan kanak-kanak sindrom Down

adalah sangat penting dan sangat diperlukan oleh ibu bapa, jurulatih, guru bagi

mengetahui perkembangan kanak-kanak tersebut. Selain itu, data perkembangan kanak-

kanak ini juga adalah penting dalam merancang program atau intervensi untuk

membantu dalam perkembangan kanak-kanak yang memerlukan terutama sekali

golongan sindrom Down. Dengan adanya data perkembangan kanak-kanak, para ibu

bapa dan pelatih boleh membantu kanak-kanak dalam proses perkembangannya

mengikut kesesuaian umur dan keupayaan. Bagi kanak-kanak sindrom Down pula ,jika

ibu bapa tidak mengambil berat keatas tahap perkembangan mereka maka proses

perkembangan kanak-kanak tersebut akan menjadi lebih lambat dan terbantut jika

dibandingkan dengan kanak-kanak yang mendapat latihan berdasarkan data

perkembangan yang betul.

Data mengenai jadual perkembangan kanak-kanak normal adalah banyak dan

mudah diperolehi, manakala data perkembangan bagi kanak-kanak istimewa iaitu

sindrom Down sukar sekali untuk diperolehi. Ini disebabkan di Malaysia, kajian

mengenai tahap perkembangan kanak-kanak sindrom Down adalah kurang dijalankan

berbanding dengan negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat dan Australia

Walaupun kadar perkembangan berbeza antara setiap individu tetapi jadual

perkembangan sewajarnya disediakan sebagai panduan kepada ibu bapa dan jurulatih

dalam merancang program intervensi dan bantuan khas kepada mereka.

Dengan ini, satu kajian harus dijalankan bagi membantu ibu bapa dan para

pelatih di pusat-pusat sindrom Down mengetahui umur pencapaian perkembangan

kanak-kanak sindrom Down dalam pengurusan diri dan sosioemosi. Seterusnya,

pengetahuan tentang jadual perkembangan dapat dijadikan panduan untuk

menambahbaikkan dan merancang latihan serta aktiviti yang sesuai mengikut tahap

kebolehan perkembangan kanak-kanak sindrom Down.

8

1.2 Penyataan Masalah

Dalam mendidik kanak-kanak, sikap kesabaran dan ketekunan adalah amat

penting dalam diri ibu bapa dan para pengasuh, apatah lagi jika berhadapan dengan

anak sindrom Down yang memerlukan lebih tumpuan dan bimbingan dibandingkan

dengan anak-anak yang normal. Kanak-kanak sindrom Down sering dikaitkan dengan

masalah dalam pengurusan diri dan pembelajaran kemahiran sosial serta kawalan

emosinya. Mereka memerlukan pengajaran dan latihan yang sistematik dan berkesan

daripada ibu bapa, jurulatih, dan pihak yang terlibat dalam menjaga dan membantu

mereka dalam melakukan aktiviti harian seperti pengurusan diri, sosial dan emosi.

Sekiranya peluang ini terabai, kemungkinan besar perkembangan mereka akan menjadi

makin lambat, semakin rumit dan terbantut.

Akibat ketidakupayaan yang ditanggung sejak lahir lagi, kanak-kanak sindrom

Down menghadapi batasan untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti kanak-kanak

normal. Ketidakupayaan dari segi mental dan fizikal kanak-kanak sindrom Down

memberi kesan kepada perkembangan mereka dalam aspek pengurusan diri ,sosial serta

emosi. Peluang bagi menjalinkan hubungan persahabatan bagi golongan sindrom Down

akan terjejas disebabkan oleh ketidakupayaan serta kelambatan pertuturan dan kognitif

yang dihadapi mereka ( Buckley et al, 2002).

Pengurusan diri merupakan perkara penting yang harus dikuasai oleh semua

kanak-kanak samada kanak-kanak normal atau kanak-kanak sindrom Down bagi

membolehkan mereka berdikari dan melakukan aktiviti harian tanpa mengharapkan

bantuan sepenuhnya daripada orang lain. Pengurusan diri yang merangkumi 4 aspek

penting iaitu kemahiran berpakaian, mengambil makanan, latihan ketandas dan

pembersihan diri adalah tidak menjadi masalah besar kepada kanak-kanak normal malah

bagi kanak-kanak sindrom Down adalah sebaliknya. Sebagai contoh mengikut tahap

perkembangan umum (milestone development) kanak-kanak normal boleh minum

dengan menggunakan cawan tanpa mengawasan daripada orang dewasa ialah dalam

9

lingkungan umur 7 hingga 14 bulan. Bagi kanak-kanak sindrom Down pula dapat

melakukan aktiviti yang sama pada lingkungan umur 10-24 bulan. Disini terdapat

perbezaan yang ketara antara tahap perkembangan kanak-kanak normal dan sindrom

Down.

Selain pengurusan diri, perkembangan sosioemosi juga penting dalam

pembesaran kanak-kanak. Mereka perlu mengawal emosi mereka dan pandai bergaul

dengan rakan-rakan dan orang lain di persekitaran. Perkembangan sosioemosi yang

sihat akan menyumbang kepada perkembangan aspek lain seperti kognitif, intelek,

sahsiah, bahasa, komunikasi dan pengurusan diri. Semua aspek perkembangan ini adalah

saling berkait dan melengkap. Dalam perkembangan sosioemosi, kanak-kanak dapat

mengenali dirinya sendiri serta bergaul dan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan

akan membantu kanak-kanak dalam menempuh alam persekolahan. Menurut Christina

Abdullah (2007), kebolehan sosial merupakan satu keupayaan yang sangat penting

dalam kehidupan setiap insan yang ingin menjalinkan perhubungan interpersonal yang

berkesan dan dapat hidup bahagia.

Secara amnya, semua kanak-kanak dapat menguasai kemahiran tersebut tetapi

antara lambat dan cepat mereka pelajari. Buckley (2000), Bagi kanak-kanak sindrom

Down mereka memerlukan masa dan latihan yang agak lama untuk menguasai kedua-

dua kemahiran tersebut melalui pendekatan yang sesuai. Biasanya anak Sindrom Down

memerlukan masa yang lebih lama untuk menyempurnakan sesuatu kerja yang dianggap

mudah tetapi mereka tetap belajar dan mampu melakukannya. Dr Cindy Lian (2009),

anak sindrom Down mempunyai mulut yang kecil,kelesuan otot atau tonos otot yang

rendah pada lidah, pipi dan bibir serta dengan lidah yang terjelir, proses makan dan

menelan sudah tentu sukar tapi tidak mustahil untuk dilakukan.

Namun sebagai masyarakat yang penyayang, peka lagi prihatin, kita seharusnya

memberikan sepenuh sokongan dan bimbingan bagi membantu kanak-kanak tersebut

supaya dapat menjalani kehidupan seperti rakan sebaya mereka yang normal. Setiap

10

individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab sosial masing-

masing terhadap kanak-kanak berkeperluan khas (Hallahan & Kauffman,1997). Nasib

kanak-kanak sindrom Down akan terbela dan perkembangannya juga dapat ditingkatkan

dengan adanya program pelaksanaan yang ditubuhkan khusus untuk kanak-kanak

sindrom Down.

Sejajar dengan penjelasan di atas, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti

umur pencapaian perkembangan domain pengurusan diri iaitu dari aspek mengambil

makanan, berpakaian pembersihan diri dan latihan ke tandas serta umur pencapaian

perkembangan sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak Sindrom Down di bawah umur

6 tahun.

1.3 Objektif Kajian

Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji umur

pencapaian perkembangan dari aspek pengurusan diri dan sosioemosi kanak-kanak

normal dan kanak-kanak sindrom Down di bawah 6 tahun di dua institusi kanak-kanak

sindrom Down. Oleh itu, kajian ini dijalankan berdasarkan objektif berikut:

1.3.1 Mengenal pasti umur pencapaian perkembangan pengurusan diri dari

aspek mengambil makanan (feeding) dalam kalangan kanak-kanak

sindrom Down di bawah 6 tahun.

1.3.2 Mengenal pasti umur pencapaian perkembangan pengurusan diri dari

aspek berpakaian (dreesing) dalam kalangan kanak-kanak sindrom Down

di bawah 6 tahun

11

1.3.3 Mengenal pasti umur pencapaian perkembangan pengurusan diri dari

aspek pembersihan diri dan latihan ke tandas (grooming/toileting) dalam

kalangan kanak-kanak sindrom Down di bawah 6 tahun

1.3.4 Mengenal pasti umur pencapaian perkembangan sosioemosi dalam

kalangan kanak-kanak sindrom Down di bawah 6 tahun

.

1.4 Persoalan Kajian

Bagi memenuhi objektif kajian yang dinyatakan beberapa persoalan

dikemukakan dalam kajian ini.

1.4.1 Berapakah umur pencapaian perkembangan pengurusan diri dari aspek

mengambil makanan (feeding) dalam kalangan kanak-kanak sindrom

Down di bawah 6 tahun?

1.4.2 Berapakah umur pencapaian perkembangan pengurusan diri dari aspek

berpakaian (dreesing) dalam kalangan kanak-kanak sindrom Down di

bawah 6 tahun?

1.4.3 Berapakah umur pencapaian perkembangan pengurusan diri dari aspek

pembersihan diri dan latihan ke tandas (grooming/toileting) dalam

kalangan kanak-kanak sindrom Down di bawah 6 tahun?

1.4.4 Berapakah umur pencapaian perkembangan sosioemosi dalam kalangan

kanak-kanak sindrom Down di bawah 6 tahun?