latihantatabahasagerbang2016.2.doc

13
BIASAKAN YANG BETUL 1 BETULKAN YANG BIASA GERBANG PINTAR BERBAHASA 1 Kata adjektif hanya menerima imbuhan awalan mempeR- dan tidak menerima imbuhan apitan mempeR-…-kan. Teliti ayat contoh di bawah ini. 1. 1 Ayah memperbesar reban ayam serama di belakang rumah. 3 Ayah memperbesarkan reban ayam serama di belakang rumah. 5 1. 2 Para pekerja memperdalam longkang di kawasan perumahan itu. 3 Para pekerja memperdalamkan longkang di kawasan perumahan itu. 5 1. 3 Kerja memperlebar jalan di kawasan pedalaman itu sudah bermula. 3 Kerja memperlebarkan jalan di kawasan pedalaman itu sudah bermula. 5 2 Kata penguat terbahagi kepada tiga (3) jenis iaitu penguat hadapan (paling/agak/terlalu), penguat belakang (betul/benar/sekali/nian) dan penguat bebas (sungguh/amat/sangat). Teliti penggunaan kata penguat dalam ayat contoh di bawah ini. 2. 1 Albert Tan agak susah untuk membelah buah durian bukit itu. 3 Albert Tan susah agak untuk membelah buah durian bukit itu. 5 2. 2 Indah nian pemandangan di tepi pantai ketika matahari hampir terbenam. 3 Nian indah pemandangan di tepi pantai ketika matahari hampir terbenam. 5 2. 3 Udara di Tanah Rata, Cameron Highlands nyaman sungguh, kata Encik Ali. 3 Udara di Tanah Rata, Cameron Highlands sungguh nyaman, kata Encik Ali. 3 3 Penggandaan kata majmuk, kata pertama sahaja yang perlu digandakan. Bagi simpulan bahasa pula, penggandaan adalah keseluruhan kata tersebut kerana simpulan bahasa mempunyai maksud yang tersendiri. Teliti ayat contoh yang berkaitan perkara di atas. 3. 1 Duta-duta besar itu sedang menghadiri mesyuarat di Putrajaya. 3 Duta besar-duta besar itu sedang menghadiri mesyuarat di Putrajaya. 5 BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL - MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU UPSR DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU (GCBM)

Upload: baskaran-subramanian

Post on 07-Jul-2016

220 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LatihanTatabahasaGerbang2016.2.doc

BIASAKAN YANG BETUL 1 BETULKAN YANG BIASA

GERBANG PINTAR BERBAHASA

1 Kata adjektif hanya menerima imbuhan awalan mempeR- dan tidak menerima imbuhan apitan mempeR-…-kan. Teliti ayat contoh di bawah ini.

1.1 Ayah memperbesar reban ayam serama di belakang rumah. 3Ayah memperbesarkan reban ayam serama di belakang rumah. 5

1.2 Para pekerja memperdalam longkang di kawasan perumahan itu. 3Para pekerja memperdalamkan longkang di kawasan perumahan itu. 5

1.3 Kerja memperlebar jalan di kawasan pedalaman itu sudah bermula. 3Kerja memperlebarkan jalan di kawasan pedalaman itu sudah bermula. 5

2 Kata penguat terbahagi kepada tiga (3) jenis iaitu penguat hadapan (paling/agak/terlalu), penguat belakang (betul/benar/sekali/nian) dan penguat bebas (sungguh/amat/sangat). Teliti penggunaan kata penguat dalam ayat contoh di bawah ini.

2.1 Albert Tan agak susah untuk membelah buah durian bukit itu. 3Albert Tan susah agak untuk membelah buah durian bukit itu. 5

2.2 Indah nian pemandangan di tepi pantai ketika matahari hampir terbenam. 3Nian indah pemandangan di tepi pantai ketika matahari hampir terbenam. 5

2.3 “Udara di Tanah Rata, Cameron Highlands nyaman sungguh,” kata Encik Ali. 3“Udara di Tanah Rata, Cameron Highlands sungguh nyaman,” kata Encik Ali. 3

3 Penggandaan kata majmuk, kata pertama sahaja yang perlu digandakan. Bagi simpulan bahasa pula, penggandaan adalah keseluruhan kata tersebut kerana simpulan bahasa mempunyai maksud yang tersendiri. Teliti ayat contoh yang berkaitan perkara di atas.

3.1 Duta-duta besar itu sedang menghadiri mesyuarat di Putrajaya. 3Duta besar-duta besar itu sedang menghadiri mesyuarat di Putrajaya. 5

3.2 Kutu-kutu embun yang terlibat dengan lumba haram itu ditangkap polis. 5Kutu embun-kutu embun yang terlibat dengan lumba haram itu ditangkap polis. 3

4 Penggandaan kata bila dan apabila dalam ayat, kadang-kadang menimbulkan kekeliruan. Perkataan bila digunakan dalam ayat tanya sementara apabila pula digunakan dalam ayat penyata. Teliti ayat contoh yang berkaitan perkara di atas.

4.1 Bila hari hujan, semua murid dikehendaki berteduh di kantin sekolah. 5Apabila hari hujan, semua murid dikehendaki berteduh di kantin sekolah. 3Bila kamu sekeluarga akan bercuti di rumah datuk kamu di Pulau Pinang? 3

5 Penggandaan kata dengan dan bersama-sama tidak boleh disekalikan dalam ayat kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Pilih salah satu, sama ada kata “dengan” atau perkataan “bersama-sama”. Teliti ayat contoh di bawah ini.

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL - MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU UPSR DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU (GCBM)

Page 2: LatihanTatabahasaGerbang2016.2.doc

BIASAKAN YANG BETUL 2 BETULKAN YANG BIASA

5.1 Husna bersama-sama ibunya membeli keperluan dapur di pasar malam. 3Husna bersama-sama dengan ibunya membeli keperluan dapur di pasar malam. 5

GERBANG PINTAR BERBAHASA

1 Imbuhan apitan meN-...-i dan apitan meN-...-kan mempunyai maksud yang berbeza. Apitan meN-...-i menerangkan objek yang bernyawa seperti manusia. Apitan meN-...-kan pula menerangkan objek yang tidak bernyawa seperti basikal, buku, epal dan lain-lain lagi. Teliti ayat contoh yang berkaitan perkara di atas.

1.1 Puan Mona menghidangi suaminya sepinggan mi kari dan secawan kopi. 3Puan Mona menghidangkan suaminya sepinggan mi kari dan secawan kopi. 5

1.2 Maisara menghadiahi sejambak bunga kepada gurunya sempena Hari Guru. 5Maisara menghadiahkan sejambak bunga kepada gurunya sempena Hari Guru. 3

2 Kata pemeri (ialah dan adalah), “ialah” hadir di hadapan frasa nama, menghubungkan subjek dan pradiket, kedua-dua subjek dan pradiket mempunyai makna yang sama dan boleh bertukar tempat. “Adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, memberikan huraian lanjut berkenaan subjek yang disebut sebelumnya, tidak boleh hadir di hadapan kata kerja dan kata nafi. Teliti ayat contoh yang berkaitan di bawah ini.

2.1 Basikal Baharu itu ialah hadiah hari lahir adik saya yang ketujuh. 3Basikal Baharu itu adalah hadiah hari lahir adik saya yang ketujuh. 5

2.2 Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai. 3Punca pencemaran ialah seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai. 5

2.3 Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Bernas Teluk Intan akan ditutup esok. 5Dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Bernas Teluk Intan akan ditutup esok. 3

3 Apabila menggunakan kata ganda, perlu berhati-hati dan elakkan menggunakan maksud yang sama atau bertindih dengan kata ganda, contoh kesalahan, kebanyakan murid-murid, saling tolong-menolong dan lain-lain lagi. Mari kita teliti ayat contoh di bawah ini.

3.1 Kebanyakan murid-murid di SK Sungai Tungku berketurunan Banjar. 5Kebanyakan murid di SK Sungai Tungku berketurunan Banjar. 3

3.2 Daun-daun kering bertaburan memenuhi halaman rumah Mak Cik Zainab. 5Daun kering bertaburan memenuhi halaman rumah Mak Cik Zainab. 3

3.3 Penduduk kampung saling tolong-menolong menguruskan kenduri kahwin itu. 5Penduduk kampung saling menolong menguruskan kenduri kahwin itu. 3Penduduk kampung tolong-menolong menguruskan kenduri kahwin itu. 3

4 Perkataan “atas” dan “di atas” dalam ayat membawa maksud yang berbeza. Perkataan “atas” merujuk perkara yang abstrak atau bukan tempat manakala “di atas” pula merujuk

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL - MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU UPSR DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU (GCBM)

Page 3: LatihanTatabahasaGerbang2016.2.doc

BIASAKAN YANG BETUL 3 BETULKAN YANG BIASA

tempat atau arah tertentu. Teliti ayat contoh di bawah ini.

4.1 Komputer riba yang baharu itu terletak atas meja Cikgu Rahayu. 5Komputer riba yang baharu itu terletak di atas meja Cikgu Rahayu. 3

4.2 Guru Besar merakamkan penghargaan atas kerja sama PIBG selama ini. 3Guru Besar merakamkan penghargaan di atas kerja sama PIBG selama ini. 5

GERBANG PINTAR BERBAHASA

1 Penggandaan penuh merupakan proses penggandaan keseluruhan kata dasar tanpa perubahan sebarang bentuk. Bagi penggandaan penuh ini ada yang membawa maksud tunggal dan ada yang membawa maksud banyak. Contoh kata ganda maksud banyak (peniaga-peniaga/guru-guru/gadis-gadis). Contoh kata ganda maksud tunggal pula seperti (mata-mata/rama-rama/onde-onde). Oleh itu, kita perlu berhati-hati semasa membina ayat yang menggunakan kata ganda seperti dijelaskan di atas supaya tidak berlaku sebarang kesalahan. Teliti ayat contoh di bawah ini sebagai panduan.

1.1 Banyak murid-murid yang tidak hadir aktiviti kokurikulum kerana hari hujan. 5Banyak murid yang tidak hadir aktiviti kokurikulum kerana hari hujan. 3

1.2 Di taman itu terdapat banyak rama-rama yang sedang mengisap madu bunga. 3Di taman itu terdapat rama-rama yang sedang mengisap madu bunga. 3

1.3 Rumah-rumah yang baru dibina di Taman Harmoni itu cantik-cantik bentuknya. 5Rumah-rumah yang baru dibina di Taman Harmoni itu cantik bentuknya. 3Rumah yang baru dibina di Taman Harmoni itu cantik-cantik bentuknya. 3

2 Penggandaan separa merupakan proses penggandaan sebahagian kata dasar sahaja, sama ada kata tunggal ataupun kata terbitan. Penggandaan boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Bagi penggandaan separa ini ada yang membawa maksud saling contohnya (tolong-menolong/bantu-membantu/usik-mengusik). Oleh itu, kita perlu berhati-hati semasa membina ayat menggunakan kata ganda separa yang membawa maksud saling ini. Teliti ketepatan dan kesalahan ayat contoh di bawah ini.

2.1 Murid-murid tahun enam saling tolong-menolong menceriakan kelas mereka. 5Murid-murid tahun enam saling menolong menceriakan kelas mereka. 3Murid-murid tahun enam tolong-menolong menceriakan kelas mereka. 3

2.2 Amir dan Amran saling bantu-membantu membersihkan kebun pisang ayahnya. 5Amir dan Amran saling membantu membersihkan kebun pisang ayahnya. 3Amir dan Amran bantu-membantu membersihkan kebun pisang ayahnya. 3

3 Penggandaan berentak merupakan proses penggandaan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Sesuatu kata dasar juga boleh digandakan secara bebas tanpa sebarang ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Penggandaan berentak ini ada yang membawa maksud bilangan jamak atau bilangan banyak contohnya (kuih-muih/sayur-mayur/lauk-pauk). Oleh itu, kita perlu berhati-hati semasa membina ayat menggunakan kata ganda berentak yang membawa maksud bilangan banyak ini.Teliti

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL - MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU UPSR DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU (GCBM)

Page 4: LatihanTatabahasaGerbang2016.2.doc

BIASAKAN YANG BETUL 4 BETULKAN YANG BIASA

ketepatan dan kesalahan ayat contoh di bawah ini.

3.1 Di gerai Mak Munah ada dijual pelbagai jenis kuih-muih tradisional Melayu. 5Di gerai Mak Munah ada dijual pelbagai jenis kuih tradisional Melayu. 3Di gerai Mak Munah ada dijual kuih-muih tradisional Melayu. 3

3.2 Mutusamy menjual berbagai-bagai jenis sayur-mayur di Pasar Tani Teluk Intan. 5Mutusamy menjual berbagai-bagai jenis sayur di Pasar Tani Teluk Intan. 3Mutusamy menjual sayur-mayur di Pasar Tani Teluk Intan. 3

GERBANG PINTAR BERBAHASA

1 Penggunaan kata penegas hanya dan sahaja bersama-sama dalam ayat adalah salah. Ini kerana hanya dan sahaja mempunyai maksud atau pengertian yang sama atau serupa, iaitu “yang satu-satunya”. Begitu juga penggunaan kata penegas cuma dan sahaja juga mempunyai maksud atau pengertian yang sama atau serupa. Teliti ayat contoh di bawah ini bagi menjelaskan maksud tersebut.

1.1 Encik Din dan keluarganya bercuti di Pulau Langkawi hanya seminggu sahaja. 5Encik Din dan keluarganya bercuti di Pulau Langkawi hanya seminggu. 3Encik Din dan keluarganya bercuti di Pulau Langkawi seminggu sahaja. 3

1.2 Harga baju kebaya moden di Butik Ariani itu cuma RM250.00 sahaja sepasang. 5Harga baju kebaya moden di Butik Ariani itu cuma RM250.00 sepasang. 3Harga baju kebaya moden di Butik Ariani itu RM250.00 sahaja sepasang. 3

2 Kata bilangan tentu (kardinal), contohnya (tiga/lima puluh/tujuh ratus/sepuluh ribu) dan kata bilangan himpunan, contohnya (beratus-ratus/berguni-guni/jutaan) mesti diikuti oleh penjodoh bilangan. Teliti ayat contoh di bawah ini bagi menjelaskan maksud tersebut.

2.1 Nuri memiliki empat kereta mewah dan dua motosikal kuasa tinggi. 5Nuri memiliki empat buah kereta mewah dan dua buah motosikal kuasa tinggi. 3

2.2 Ketiga-tiga pegawai Bank Islam itu ialah kawan baik saya di UiTM dahulu. 5Ketiga-tiga orang pegawai Bank Islam itu ialah kawan baik saya di UiTM dahulu. 3

2.3 Pertandingan akhir futsal remaja itu disaksikan oleh beribu-ribu penonton. 5Pertandingan akhir futsal remaja itu disaksikan oleh beribu-ribu orang penonton. 3

3 Kata bilangan tak tentu, contohnya (segala/semua/para/seluruh/sedikit/beberapa/banyak) tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan kecuali kata bilangan “beberapa”. Teliti ayat contoh di bawah ini bagi menjelaskan maksud tersebut.

3.1 Semua murid mesti mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah. 3Semua orang murid mesti mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah. 5

3.2 Beberapa nelayan telah berpakat mengusahakan ternakan udang galah. 5Beberapa orang nelayan telah berpakat mengusahakan ternakan udang galah. 3

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL - MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU UPSR DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU (GCBM)

Page 5: LatihanTatabahasaGerbang2016.2.doc

BIASAKAN YANG BETUL 5 BETULKAN YANG BIASA

4 Penggunaan kata berimbuhan awalan peng- menjadi penge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu contohnya, (bom-pengebom), (syor-pengesyor) dan (pam-mengepam). Penggunaan kata berimbuhan apitan peN-...-an menjadi penge-...-an diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu contohnya, (bom-pengeboman) dan (bumi-pengebumian). Teliti ayat contoh di bawah ini bagi menjelaskan maksud tersebut.

4.1 Penghad jalan digunakan bagi menyekat lori pasir memasuki kawasan itu. 5Pengehad jalan digunakan bagi menyekat lori pasir memasuki kawasan itu. 3

4.2 Upacara pengkebumian Mejar Alias itu dilakukan dengan penuh istiadat tentera. 5Upacara pengebumian Mejar Alias itu dilakukan dengan penuh istiadat tentera. 3

GERBANG PINTAR BERBAHASA

1 Pengimbuhan ialah proses pembentukan kata yang paling penting dalam bahasa Melayu. Perkataan (kata dasar) yang telah menerima imbuhan disebut sebagai kata terbitan. Melalui pengimbuhan, sesuatu perkataan itu akan berubah, sama ada dari segi bentuk, tugas atau maksudnya. Mari kita lihat perbezaan antara pedalaman dengan pendalaman yang menggunakan kata dasar “dalam”. Pedalaman bermaksud “daerah yang jauh dari bandar” manakala pendalaman pula bermaksud “proses mendalamkan atau melakukan aktiviti mendalamkan sesuatu”. Teliti ayat contoh di bawah ini sebagai panduan.

1.1 Para pekerja sedang melakukan pedalaman longkang di taman perumahan itu. 5Para pekerja sedang melakukan pendalaman longkang di taman perumahan itu. 3

1.2 Kawasan pedalaman di negeri Sabah sudah ada kemudahan api dan air bersih. 3Kawasan pendalaman di negeri Sabah sudah ada kemudahan api dan air bersih. 5

2 Mari kita teliti pula perbezaan antara perkataan pelaksanaan dengan perlaksanaan yang menggunakan kata dasar “laksana”. Pelaksanaan bermaksud “proses melaksanakan atau proses melakukan sesuatu” manakala perlaksanaan pula bermaksud “hasil daripada melaksanakan atau melakukan sesuatu”. Teliti ayat contoh di bawah ini sebagai panduan.

2.1 Pelaksanaan Bulan Bahasa telah ditetapkan pada bulan Oktober setiap tahun. 3Perlaksanaan Bulan Bahasa telah ditetapkan pada bulan Oktober setiap tahun. 5

2.2 Pelaksanaan program “satu kampung satu produk telah mencapai sasarannya”. 5Perlaksanaan program “satu kampung satu produk telah mencapai sasarannya”. 3

3 Kata tanya digunakan untuk menanyakan atau menyoalkan sesuatu. Antara kata tanya yang sering disalahgunakan dalam ayat ialah kata tanya “bila”. Kata tanya “bila” ini ada kalanya seolah-olah bertukar menjadi kata keterangan “adverba” dalam ayat. Mari kita teliti kesilapan ayat di bawah ini. Jadikan kesilapan ini sebagai panduan berguna.

3.1 Bila hujan lebat kawasan rendah itu biasanya akan mengalami banjir kilat. 5Apabila hujan lebat kawasan rendah itu biasanya akan mengalami banjir kilat. 3

3.2 Bila besar nanti, Amerul Haikal bercita-cita hendak menjadi seorang jurutera. 5Apabila besar nanti, Amerul Haikal bercita-cita hendak menjadi seorang jurutera. 3

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL - MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU UPSR DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU (GCBM)

Page 6: LatihanTatabahasaGerbang2016.2.doc

BIASAKAN YANG BETUL 6 BETULKAN YANG BIASA

3.3 Bilakah kamu hendak ke bandar untuk membeli buku nota dan buku rujukan itu? 3Apabila kamu hendak ke bandar untuk membeli buku nota dan buku rujukan itu? 5Kamu hendak ke bandar untuk membeli buku nota dan buku rujukan itu bila? 3

4 Penggunaan kata yang tepat dapat memberikan makna atau maklumat yang paling tepat kepada sesuatu pernyataan dalam ayat. Perbezaan yang membawa maksud ketara dalam frasa “perisa” dengan “perasa”. Frasa “perisa” membawa maksud enak, lazat atau sedap “perasa” pula bermaksud rasa seakan-akan. Teliti ayat contoh di bawah ini.

4.1 Puan Kamariah membeli sebiji kek berperisa coklat di pasar tani pagi tadi. 5Puan Kamariah membeli sebiji kek berperasa coklat di pasar tani pagi tadi. 3

4.2 Dia menambah perisa ros ke dalam air sirap itu kerana warnanya kurang merah. 5Dia menambah perasa ros ke dalam air sirap itu kerana warnanya kurang merah 3

GERBANG PINTAR BERBAHASA

1 Kata pemeri terbahagi kepada dua jenis iaitu “ialah” dan “adalah”. Kata pemeri digunakan untuk menghubungkan subjek dengan frasa utama dalam ayat. Penggunaan kata pemeri “adalah” berpasangan dengan kata sendi (untuk/bagi/antara), tidak boleh digandingkan dengan kata nafi (bukan/tidak) dan tidak boleh diletakkan di permulaan ayat. Kata pemeri “ialah” pula digunakan selepas kata nama yang tidak diikuti dengan kata sendi selepas kata pemeri (“ialah”) tersebut. Teliti ayat contoh di bawah ini sebagai panduan.

1.1 Nasi lemak ialah antara makanan yang menjadi kegemaran saya. 5Nasi lemak adalah antara makanan yang menjadi kegemaran saya. 3Nasi lemak ialah makanan yang menjadi kegemaran saya. 3

1.2 “Hadiah dalam kotak biru muda itu ialah untuk kakak saya,” kata Haliza. 5“Hadiah dalam kotak biru muda itu adalah untuk kakak saya,” kata Haliza. 3

1.3 Buku aktiviti Bahasa Melayu Penulisan UPSR itu adalah bukan buku Aiman. 5Buku aktiviti Bahasa Melayu Penulisan UPSR itu ialah bukan buku Aiman. 5Buku aktiviti Bahasa Melayu Penulisan UPSR itu bukan buku Aiman. 3

1.4 Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Rawatan Intan Hijrah akan dibuka esok. 5Dengan ini dimaklumkan bahawa Pusat Rawatan Intan Hijrah akan dibuka esok. 3

2 Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bagi kata atau frasa yang tidak jelas atau tidak nyata. Contohnya bagi rangkai kata (hantu jerangkung/hantu raya/lembaga hitam). Untuk rangkai kata tersebut hanya gunakan kata bilangan tentu sahaja. Bukan seekor lembaga hitam sepatutnya satu lembaga hitam. Namun demikian, penjodoh bilangan ataupun kata bilangan tidak diperlukan langsung dalam ayat tertentu. Teliti ayat contoh di bawah ini.

2.1 Seekor lembaga putih dipercayai menghuni rumah kosong di hujung desa itu. 5Satu lembaga putih dipercayai menghuni rumah kosong di hujung desa itu. 3Lembaga putih dipercayai menghuni rumah kosong di hujung desa itu. 3

2.2 Tiga orang makhluk asing yang kerdil itu dipercayai berasal dari planet Marikh. 5

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL - MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU UPSR DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU (GCBM)

Page 7: LatihanTatabahasaGerbang2016.2.doc

BIASAKAN YANG BETUL 7 BETULKAN YANG BIASA

Tiga makhluk asing yang kerdil itu dipercayai berasal dari planet Marikh. 32.3 Penyakit ganjil yang dialaminya dikaitkan dengan gangguan seekor hantu raya. 5

Penyakit ganjil yang dialaminya dikaitkan dengan gangguan hantu raya. 3

3 Kata nafi” digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu maklumat atau perkara. Terdapat dua jenis kata nafi iaitu “bukan” dan “tidak”. Kata nafi “bukan” untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi. Kata nafi “tidak” pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. Teliti ayat contoh di bawah bagi menjelaskan maksud tersebut.

3.1 Cikgu Haji Muhammad Yunus bukan guru Bahasa Malaysia Tahun Enam. 3Cikgu Haji Muhammad Yunus tidak guru Bahasa Malaysia Tahun Enam. 5

3.2 Pokok durian di tepi rumah saya tidak berbuah kerana pokoknya masih muda. 3Pokok durian di tepi rumah saya bukan berbuah kerana pokoknya masih muda. 5

3.3 Tegurannya bukan menghina kita tetapi sekadar ingin menyedarkan kita sahaja. 3“Kita tidak digalakkan memandang matahari ketika gerhana,” kata Cikgu Zainal. 3

GERBANG PINTAR BERBAHASA

1 Berdasarkan penggunaan sahari-hari, kata “boleh” dan “dapat” seakan-akan mempunyai makna yang sama. Namun demikian, sebenarnya kedua-dua kata itu mempunyai makna yang berbeda. Kata “boleh” pula dikaitkan dengan keizinan, kata “dapat” pula membawa maksud keupayaan atau kemampuan. Teliti ayat contoh di bawah ini sebagai panduan.

1.1 Saya tidak dapat berfikir dengan baik apabila diganggu oleh bunyi bising. 3Saya tidak boleh berfikir dengan baik apabila diganggu oleh bunyi bising. 5

1.2 Anak kambing itu dapat juga berlari walaupun sebelah kaki hadapannya patah. 3Anak kambing itu boleh juga berlari walaupun sebelah kaki hadapannya patah. 5

1.3 Nabila hanya dapat menonton televisyen setelah menyiapkan kerja sekolahnya. 5Nabila hanya boleh menonton televisyen setelah menyiapkan kerja sekolahnya. 3

1.4 Saya tidak dapat menghadiri kenduri kahwin anaknya itu kerana tidak diundang. 5Saya tidak boleh menghadiri kenduri kahwin anaknya itu kerana tidak diundang. 3

2 Penggunaan kata “satu” dan “sesuatu”, kata “satu” menunjukkan bilangan yang bererti tunggal. Jika digunakan dengan penjodoh bilangan, biasanya kata “satu” disingkatkan menjadi “se” sahaja. Contohnya, (seorang guru/sebuah rumah/seguni beras), manakala kata “sesuatu” pula menyatakan maksud apa-apa. Dalam tatabahasa, kata “sesuatu” digolongkan ke dalam kata ganti benda tak tentu, (hanya sesuai untuk benda dan haiwan). Kata “satu” pula sesuai digunakan untuk manusia dan bukan manusia. Teliti ayat contoh di bawah ini bagi menjelaskan penggunaan “satu” dan “sesuatu” dalam ayat.

2.1 Saya terdengar satu objek sedang bergerak menghampiri sampan kita. 3Saya terdengar sesuatu objek sedang bergerak menghampiri sampan kita. 5

2.2 Satu pendapat yang diberikan oleh seseorang masih dapat kita bahaskan. 5

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL - MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU UPSR DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU (GCBM)

Page 8: LatihanTatabahasaGerbang2016.2.doc

BIASAKAN YANG BETUL 8 BETULKAN YANG BIASA

Sesuatu pendapat yang diberikan oleh seseorang masih dapat kita bahaskan. 32.3 Satu daripada sebab keruntuhan umat ialah kelemahan peribadi pemimpin. 3

Sesuatu daripada sebab keruntuhan umat ialah kelemahan peribadi pemimpin. 52.4 Satu ketika pada zaman dahulu terjadilah tragedi berdarah antara dua puak itu. 5

Suatu ketika pada zaman dahulu terjadilah tragedi berdarah antara dua puak itu. 3

3 Penggunaan kata sendi nama “dari” dan “daripada”, kata sendi nama “dari” adalah bagi menerangkan waktu atau masa, tempat dan arah. Manakala kata sendi nama “daripada” pula adalah untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda atau unsur abstrak. Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda. Menyatakan perbezaan dan perbandingan. Teliti ayat contoh di bawah ini sebagai panduan.

3.1 Saya akan berada di tapak pembinaan itu dari pagi hingga petang. 3Saya akan berada di tapak pembinaan itu daripada pagi hingga petang. 5

3.2 Berhati-hatilah di jalan raya untuk mengelakkan diri daripada tragedi ngeri. 3Berhati-hatilah di jalan raya untuk mengelakkan diri dari tragedi ngeri. 5

3.3 Bas persiaran dua tingkat itu bertolak dari Stesen Bas Bukit Jalil pukul 8:00 pagi. 3Pengajaran daripada pengalaman pahit itu telah menginsafkan Shahruddin Baba. 3

GERBANG PINTAR BERBAHASA

1 Kata majmuk merupakan gabungan dua kata dasar atau lebih yang dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu; bentuk kata bebas, contohnya (biru laut/alat tulis/senapang patah). Bentuk kata bebas (gelaran), contohnya (Perdana Menteri/Duta Besar/Profesor Madya). Bentuk istilah khusus, contohnya (atur cara/kemas kini/telefon dail terus). Bentuk kiasan, contohnya (kaki ayam/pilih kasih/manis mulut). Sering terdapat kesalahan atau kekeliruan penggunaan kata majmuk dalam ayat. Teliti ayat contoh di bawah ini.

1.1 Batu kapur ialah bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan simen. 3Kapur batu ialah bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan simen. 5

1.2 Opah saya pernah menggunakan batu kapur sebagai alat tulis pada masa itu. 5Opah saya pernah menggunakan kapur batu sebagai alat tulis pada masa itu. 3

1.3 Puan Sim membeli tiga kilograms mangga jeruk di pasar Chow Rasta, Penang. 3Puan Sim membeli tiga kilograms jeruk mangga di pasar Chow Rasta, Penang. 5

1.4 Kavitha menggunakan telefon dail terus untuk menghubungi kakaknya di India. 3Kavitha menggunakan telefon terus dail untuk menghubungi kakaknya di India. 5

1.5 Guru Besar menyelitkan mutiara kata sebagai motivasi kepada murid-muridnya. 5Guru Besar menyelitkan kata mutiara sebagai motivasi kepada murid-muridnya. 3

2 Kata sendi nama “akan” di hadapan manusia dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif bersifat emotif (perasaan atau emosi manusia) Kata adjektif bersifat emotif ini tidak boleh diimbuhkan dengan akhiran ...-kan. Contohnya, (sayangkan sepatutnya sayang

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL - MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU UPSR DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU (GCBM)

Page 9: LatihanTatabahasaGerbang2016.2.doc

BIASAKAN YANG BETUL 9 BETULKAN YANG BIASA

akan), (marahkan sepatutnya marah akan). Teliti ayat contoh di bawah ini.

2.1 Dia terlalu sayangkan kereta mainan kawalan jauh yang baru dibelinya itu. 5Dia terlalu sayang akan kereta mainan kawalan jauh yang baru dibelinya itu. 3

2.2 Perasaan rindukan keluarga bermain-main difikirannya menjelang Aidilfitri. 5Perasaan rindu akan keluarga bermain-main difikirannya menjelang Aidilfitri. 3

2.3 Ibu marahkan adik kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi oleh cikgunya. 5Ibu marah akan adik kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi oleh cikgunya. 3

3 Penggunaan kata “kesal” dan “sesal” seakan-akan sama. Merujuki kamus “kesal” diberi erti “rasa tidak senang atau kecewa; rasa marah”. Manakala kata “sesal” pula bererti “rasa tidak senang akan dosa, insaf”. Teliti ayat contoh di bawah ini sebagai panduan.

3.1 Dia berasa kesal atas perbuatannya menggelapkan wang majikannya. 5Dia berasa sesal atas perbuatannya menggelapkan wang majikannya. 3

3.2 Rakyat Malaysia amat mengesali tindakan rejim Zionis di bumi Palestin. 3Rakyat Malaysia amat menyesali tindakan rejim Zionis di bumi Palestin. 5

3.3 Penduduk Taman Sentosa berasa kesal kerana bekalan air selalu terputus. 3Pemuda itu berasa sesal dan memohon doa agar kesalahannya diampunkan. 3Guru Besar mengesali tindakan murid tahun enam yang ponteng latihan sukan. 3Pemandu bas itu menyesali kecuaiannya yang menyebabkan tragedi ngeri itu. 3

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL - MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU UPSR DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU (GCBM)