latihan sivik tingkatan 3 adat menghias dir1 skema merah

5
ADAT MENGHIAS DIRI CARA-CARA MENGHORMATI ADAT RESAM PELBAGAI KAUM 1. Kunjung-mengunjungi apabila menjelang hari perayaan. 2. Mengenali dan mempelajari adat resam kaum lain. 3. Tidak mengejek-ejek adat resam kaum lain. 4. Tidak membuat bising ketika kaum lain melakukan sesuatu upacara. KEBAIKAN MENERIMA ADAT RESAM PELBAGAI KAUM 1. Dapat berkongsi pendapat serta menambah kenalan dalam kaum lain. 1 IN AI N am a saintifik inai ialah Lawsonia Inermis D aun inai ditum buk / kisar halus dan dilekapkan pada kulit. K esan w arna m erah akan m elekat selepas beberapa jam inai dipakai. Kaum wanita Melayu dan India m engam alkan pem akaian inai dalam upacara perkahw inan M otif yang biasa dilukis ialah bunga-bungaan, bentuk sim etri dan aw an larat TATU Diam alkan oleh m asyarakat pribum i Sabah & Saraw ak seperti kaum IBAN dan PEN AN K etahanan lebih lam a daripada pem akaian inai M eninggalkan kesan pada kulit si pem akainya. M enjadi lam bang keberanian

Upload: jesmani

Post on 16-Jan-2016

82 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

LATIHAN PSK TINGKATAN 3 SKEMA/JAWAPAN

TRANSCRIPT

Page 1: LATIHAN SIVIK TINGKATAN 3 Adat Menghias Dir1 Skema Merah

ADAT MENGHIAS DIRI

CARA-CARA MENGHORMATI ADAT RESAM PELBAGAI KAUM

1. Kunjung-mengunjungi apabila menjelang hari perayaan.2. Mengenali dan mempelajari adat resam kaum lain.3. Tidak mengejek-ejek adat resam kaum lain.4. Tidak membuat bising ketika kaum lain melakukan sesuatu upacara.

KEBAIKAN MENERIMA ADAT RESAM PELBAGAI KAUM

1. Dapat berkongsi pendapat serta menambah kenalan dalam kaum lain.

1

INAI

Nama saintifik inai ialah Lawsonia Inermis

Daun inai ditumbuk / kisar halus dan dilekapkan pada kulit. Kesan

warna merah akan melekat selepas beberapa jam inai dipakai.

Kaum wanita Melayu dan India mengamalkan pemakaian inai dalam upacara perkahwinan

Motif yang biasa dilukis ialah bunga-bungaan, bentuk simetri dan

awan larat

TATU

Diamalkan oleh masyarakat pribumi Sabah & Sarawak seperti kaum IBAN dan PENAN

Ketahanan lebih lama daripada pemakaian inai

Meninggalkan kesan pada kulit si pemakainya.

Menjadi lambang keberanian

Page 2: LATIHAN SIVIK TINGKATAN 3 Adat Menghias Dir1 Skema Merah

2. Dapat mempelajari adat resam yang diamalkan oleh kaum lain.3. Dapat mewujudkan perpaduan kaum dan keharmonian negara.4. Menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik yang mempunyai

pelbagai adat dan kebudayaan.

KEUNIKAN MALAYSIA

1. Berbilang kaum: penduduk Malaysia yang berbilang kaum hidup aman dan harmoni.

2. Pelbagai agama: Penduduk Malaysia bebas menganut agama masing-masing.

3. Adat resam dan kepercayaan yang pelbagai: penduduk Malaysia mempunyai adat resam mengikut kepercayaan agama masing-masing.

4. Bebas daripada bencana: Malaysia bebas daripada bencana alam yang boleh mengancam kehidupan rakyat di negara ini. Contohnya gempa bumi dan gunung berapi.

2

Adat resam yang ada sekarang adalah diwarisi daripada nenek moyang kita. Generasi muda sebagai waris bertanggungjawab meneruskan kesinambungan ini.

Page 3: LATIHAN SIVIK TINGKATAN 3 Adat Menghias Dir1 Skema Merah

PERKENALKAN ADAT RESAM KITA

A. MAKSUD HOMESTAYSatu kawasan penempatan tradisi kaum-kaum di Malaysia yang membolehkan pelancong melihat cara hidup masyarakat di negara ini.

B. TUJUAN HOMESTAY DIWUJUDKAN

1. Mengenali adat resam dan pantang larang di negara ini.2. Mengenali kesenian masyarakat di negara ini.3. Mengenali kebudayaan masyarakat di negara ini

C. TUJUAN MEMPERKENALKAN ADAT RESAM KEPADA PELANCONG ASING

1. Mempromosikan budaya dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia.

2. Untuk menunjukkan keunikan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia yang majmuk.

D. CONTOH KAMPUNG YANG TERLIBAT

1. Kampung Mengkuang Titi, Seberang Prai (Pulau Pinang)2. Kampung Hulu Chuchu, Sepang (Selangor).3. Kampung Labu (Negeri Sembilan)4. Kampung Pulau Tuba, Langkawi (Kedah).

3

Page 4: LATIHAN SIVIK TINGKATAN 3 Adat Menghias Dir1 Skema Merah

PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM

A. ASAL-USUL PANTANG LARANG SECARA UMUMi. Bagi masyarakat Bumiputera, pantang larang diwarisi

daripada nenek moyang sejak dahulu lagi.ii. Pantang larang kaum Cina berasal dari negara Chinaiii. Pantang larang kaum India bermula dengan perkembangan

agama Hindu di India.

B. CONTOH PANTANG LARANG YANG BIASA DIAMALKANi. Kaum Melayu: tidak boleh duduk di atas bantalii. Kaum Melayu: tidak digalakkan menyapu di sebelah malam,

bimbang rezeki akan berkurangan.iii. Kaum Melayu: anak dara dilarang duduk di tangga kerana

ditakuti orang lelaki tidak datang meminang.iv. Kaum Melayu: anak dara dilarang menyanyi di dapur kerana

akan mendapat jodoh lelaki tua.v. Kaum India: bayi hendaklah dipeluk oleh ibunya ketika hujan

lebat supaya semangat bayi tidak hilang.vi. Kaum Melanau: Ibu yang mengandung tidak boleh memarut

ruyung batang rumbia, takut kandungannya mati.

C. PENGAJARAN DARIPADA PANTANG LARANG YANG PERLU DIPATUHI

Pantang larang Pengajaran

Bayi hendaklah dipeluk ketika guruh

Ketika guruh, bayi mungkin terkejut jika ditinggalkan oleh ibunya.

Dilarang mengetip kuku pada waktu malam

Suasana pada waktu malam adalah agak gelap. Ditakuti orang yang mengetip kuku pada waktu malam tidak dapat melihat dengan jelas dan akan terketip isi kuku.

Dilarang menghadiahkan pisau kepada orang lain.

Pisau bukanlah barang yang sesuai untuk dijadikan hadiah. Selain untuk kegunaan di dapur, ia juga berbahaya.

Anak dara duduk di tanggaTangga adalah tempat orang berjalan. Sekiranya anak dara duduk di tangga, ia akan menghalang perjalanan orang lain.

4

Pantang larang adalah suatu bentuk peraturan yang diwarisi turun temurun sejak berkurun-kurun lamanya.

Tujuan pantang larang adalah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas anak-anak mereka.

Page 5: LATIHAN SIVIK TINGKATAN 3 Adat Menghias Dir1 Skema Merah

D. MENGHORMATI PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM

i. Jangan mengejek kaum lain yang menjalankan upacara dan adat mereka.

ii. Menghormati pantang larang kaum lain boleh membawa kepada perpaduan masyarakat

iii. Kita tidak digalakkan menghina pantang larang yang diamalkan kaum lain.

iv. Menghormati pantang larang kaum lain boleh membawa kesejahteraan

E. CARA-CARA MENYESUAIKAN DIRI DENGAN PANTANG LARANG MASYARAKAT PELBAGAI KAUM

i. Mengenali pantang larang masyarakat pelbagai kaum.ii. Menghormati pantang larang masyarakat pelbagai kaum.iii. Menghayati pantang larang masyakarat pelbagai kaum.iv. Memandang suatu pantang larang sebagai sesuatu

keistimewaan dan unik serta mengandungi pengajaran tertentu.

F. KESAN PANTANG LARANG KEPADA GENERASI MUDA

i. Generasi muda akan mengingati adat resam dan amalan nenek moyang mereka.

ii. Dapat menghindarkan generasi muda lupa akan asal usul amalan nenek moyang mereka.

iii. Generasi muda akan lebih berdisiplin dengan menghormati pantang larang yang ada di Malaysia.

5

Setiap pantang larang yang dibuat sebenarnya mempunyai pengajaran dan kebaikan yang tersirat agar kita terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang boleh

membahayakan diri.