laporan projek menghias taman herba sekolah kebangsaan seri nilam

3
LAPORAN PROJEK MENGHIAS TAMAN HERBA SEKOLAH KEBANGSAAN SERI NILAM Projek yang kami laksanakan sepanjang program Internship di sekolah ialah menghias taman herba. Projek menghias taman herba tersebut dijalankan di kawasan lapang di tepi blok Intan. Dahulunya kawasan tersebut tidak mempunyai sebarang pokok. Memandangkan kawasan tersebut mempunyai tanah yang luas serta berada di tepi blok, maka amat rugi jika kawasan tersebut dibiarkan kosong tanpa ada sesuatu yang boleh memberi makna kepada murid. Sekurangnya, kawasan yang luas itu boleh dijadikan taman herba dimana dapat menceriakan lagi kawasan sekolah seterusnya memberi peluang kepada murid untuk melihat sendiri beberapa jenis tumbuhan herba. Atas kesedaran itulah, Guru Besar SKSN meminta kami untuk menghidupkan kembali kawasan tersebut dengan menghias dan menanam beberapa tumbuhan herba. Projek menghias taman herba ini bukan suatu projek yang mudah kerana kami belum pernah membina taman herba. Jadi, hal ini memberikan pengalaman baru kepada kami yang masih mentah dalam menjalankan projek tersebut. Kami mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada Guru Penolong Kanan yang sememangnya arif dalam membina dan mengurus taman. Kami mendapat bimbingan yang secukupnya dalam menjalankan projek menghias taman herba tersebut. Sebelum menjalankan kerja-kerja menghias taman, kami telah berbincang dengan pihak sekolah mengenai peralatan yang akan digunakan dan kewangan bagi menghias taman dengan pelbagai pokok. Selain itu , kami juga berbincang mengenai beberapa kerja yang akan kami jalankan sepanjang menghias taman tersebut. Kami memulakan projek menghias taman herba pada hari kedua Internship. Kami tahu bahawa projek menghias taman herba ini seakan memakan masa yang lama kerana banyak kerja yang akan dilakukan. Oleh yang demikian , kami mengambil langkah awal dengan memulakan projek menghias ini terlebih dahulu sebelum berpindah ke projek menceriakan Pusat Sumber Sekolah , dewan sekolah dan sudut Jawi. 1

Upload: syamimi-yusoff

Post on 09-Dec-2015

144 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Laporan Projek Menghias Taman Herba Sekolah Kebangsaan Seri Nilam

TRANSCRIPT

LAPORAN PROJEK MENGHIAS TAMAN HERBA SEKOLAH KEBANGSAAN

SERI NILAM

Projek yang kami laksanakan sepanjang program Internship di sekolah ialah

menghias taman herba. Projek menghias taman herba tersebut dijalankan di

kawasan lapang di tepi blok Intan. Dahulunya kawasan tersebut tidak mempunyai

sebarang pokok. Memandangkan kawasan tersebut mempunyai tanah yang luas

serta berada di tepi blok, maka amat rugi jika kawasan tersebut dibiarkan kosong

tanpa ada sesuatu yang boleh memberi makna kepada murid. Sekurangnya,

kawasan yang luas itu boleh dijadikan taman herba dimana dapat menceriakan lagi

kawasan sekolah seterusnya memberi peluang kepada murid untuk melihat sendiri

beberapa jenis tumbuhan herba. Atas kesedaran itulah, Guru Besar SKSN meminta

kami untuk menghidupkan kembali kawasan tersebut dengan menghias dan

menanam beberapa tumbuhan herba.

Projek menghias taman herba ini bukan suatu projek yang mudah kerana

kami belum pernah membina taman herba. Jadi, hal ini memberikan pengalaman

baru kepada kami yang masih mentah dalam menjalankan projek tersebut. Kami

mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada Guru Penolong Kanan yang

sememangnya arif dalam membina dan mengurus taman. Kami mendapat

bimbingan yang secukupnya dalam menjalankan projek menghias taman herba

tersebut. Sebelum menjalankan kerja-kerja menghias taman, kami telah berbincang

dengan pihak sekolah mengenai peralatan yang akan digunakan dan kewangan bagi

menghias taman dengan pelbagai pokok. Selain itu , kami juga berbincang mengenai

beberapa kerja yang akan kami jalankan sepanjang menghias taman tersebut.

Kami memulakan projek menghias taman herba pada hari kedua Internship.

Kami tahu bahawa projek menghias taman herba ini seakan memakan masa yang

lama kerana banyak kerja yang akan dilakukan. Oleh yang demikian , kami

mengambil langkah awal dengan memulakan projek menghias ini terlebih dahulu

sebelum berpindah ke projek menceriakan Pusat Sumber Sekolah , dewan sekolah

dan sudut Jawi.

1

Walaupun tidak sehebat taman herba yang dimiliki oleh sekolah lain namun

kami berbangga kerana kami mampu juga menyiapkan projek ini dalam masa yang

ditetapkan. Banyak yang kami pelajari semasa membina taman herba ini dan kami

berharap agar projek ini menjadi permulaan kepada pihak sekolah untuk terus

menghidupkan taman herba ini dengan pelbagai tumbuhan serta mampu menjadikan

taman herba ini sebagai suatu kebanggaan sekolah. Kami bersyukur kerana

sepanjang proses menghias taman herba ini, guru-guru lain tidak lokek memberi

tunjuk ajar kepada kami. Hal ini menjadikan kami bersemangat untuk memberikan

komitmen yang sepenuhnya terhadap projek ini.

Terdapat pelbagai kebaikan dan kekuatan projek menghias taman herba ini

semasa dijalankan. Melalui projek ini kami dapat menimba pengalaman dalam

menjalankan projek keceriaan di sekolah. Sememangnya sekolah yang ceria dapat

menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Selain itu projek ini juga memberi

pengalaman kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan projek di

sekolah daripada sebelum perlaksanaan, semasa perlaksanaan dan selepas

perlaksanaan. Contohnya penghasilan kertas kerja dan pengurusan masa semasa

projek dilaksanakan. Penghasilan kertas kerja yang lengkap dan meliputi setiap

aspek memerlukan komitmen yang tinggi. Pengurusan masa yang baik dan teratur

juga akan menjadikan sesuatu projek yang dirancang berjalan dengan lancar.

Melalui taman herba ini murid dapat menambahkan pengetahuan mereka berkaitan

tumbuhan seterusnya memberi pengalaman secara langsung mengenai rupa bentuk

tumbuhan herba. Murid dapat meluangkan masa semasa waktu rehat bagi melihat

pokok-pokok yang ditanam. Ini dapat membantu mereka mengenali pelbagai jenis

tumbuhan. Selain itu, dengan adanya tumbuhan di taman ini murid dapat menyemai

sikap menghargai setiap ciptaan tuhan seperti tumbuhan yang pelbagai jenis.

2

Beberapa Gambar Sekitar Projek Menghias Taman Herba.

Sebelum projek dilaksanakan.

Semasa projek dilaksanakan.

Selepas projek dilaksanakan.

3

4