latihan ilmiah gb00114.docx
TRANSCRIPT
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Konflik bukanlah satu isu asing dalam kehidupan berumah tangga, lebih-lebih lagi
dengan suasana masa kini, pasangan banyak terdedah dengan unsur-unsur negatif
yang boleh menjurus kearah tersebut. Sejak akhir-akhir ini, isu keruntuhan rumah
tangga semakin menjadi-jadi sehingga membawa kepada peningkatan kes penceraian
yang semakin serius. Namun, setiap konflik rumah tangga tidak semestinya diakhiri
dengan penceraian kerana masih terdapat kaedah-kaedah lain yang dianjurkan dalam
Islam bagi mengembalikan semula keharmonian rumah tangga. Terdapat beberapa
faktor yang menyebabkan berlakunya konflik rumahtangga antaranya ialah nusyuz.
Kadang kalanya nusyuz berpunca dari pihak isteri (nusyuz isteri) atau suami (nusyuz
suami) atau kedua-duanya.
Nusyuz telah disebut dalam al- Quran sebanyak lima kali yang memberi
pelbagai maksud daripada segi bahasanya. Perkataan nusyuz begitu sinonim dengan
sikap isteri yang ingkar atau tidak bertanggungjawab terhadap suaminya. Namun
hakikatnya nusyuz juga berkemungkinan berlaku pada suami iaitu suami yang tidak
melaksanakan tanggungjawab, tidak menunaikan hak-hak isteri dan tidak berlaku adil
dalam berpoligami. Berdasarkan realiti semasa dan hasil kajian yang telah dibuat,
kadar nusyuz dalam kalangan lelaki adalah lebih tinggi berbanding perempuan dan
seterusnya menyumbang kepada peningkatan kes-kes penceraian.
1.2 Latar Belakang
Perkahwinan adalah satu anugerah Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam
kehidupan manusia bukan sahaja antara suami isteri dan keturunan bahkan antara dua
keluarga. Namun yang demikian tidak dapat kita nafikan bahawa kejadian
pergolakkan dan kepincangan rumahtangga sering berlaku diantara suami dan isteri
berdasarkan sebab-sebab yang tertentu sama ada dari aspek sikap, ilmu, pengetahuan
dan pengalaman. Masing-masing harus bersifat terbuka, bertolak ansur, jujur, setia,
taat, hormat menghormati sesama sendiri. Ilmu pengetahuan yang luas dalam
pendidikan rumahtangga juga penting agar dapat mengelakan pergolakkan dalam
rumahtangga. Maka seharusnya perbincangan dan permesyuaratan bagi setiap suami
isteri harus berlaku dalam rumahtangga bagi menjamin keharmonian dan kebahagiaan
rumahtangga.
Rumahtangga yang harmoni adalah rumahtangga yang mempunyai crri- ciri
yang telah ditetapkan oleh agama melalui pendidikan dan pengetahuan rumahtangga.
Dalam rumahtangga seharusnya ada sikap saling hormat menghormati antara
pasangan suami isteri bagi menjamin hak masing-masing. Sikap saling hormat
menghormati di sini memberi makna perlu dan menjadi kewajipan pasangan suami
isteri itu untuk taat mentaati sebagaimana setiap isteri perlulah mentaati kepada arahan
dan suruhan suaminya selagi mana tidak menlanggar Syariat Islam, sama ada dari segi
pergaulan suami isteri yang mana tidak menjadi pertelingkahan.
Pertuturan dalam rumahtangga yang sopan perlu agar tidak menyakitkan hati
masing-masing, sehingga suasana rumahtangga menjadi aman dan tenteram.
Perbuatan dan kelakuan yang elok dan baik lagi disenagi adalah penyumbang kepada
kebahagiaan rumahtangga, manakala sekiranya perbuatan keji dan buruk berlaku
maka ia merupakan penyumbang kepada kemudharatan dan kepincangan
rumahtangga.
Dalam perkahwinan, Islam telah memberi kuasa kepada setiap lelaki menjadi
ketua samaada dalam pentadbiran Negara mahupun keluarga maka setiap lelaki yang
bergelar suami seharusnya pandai, tahu, bijak serta bertanggungjawab terhadap
pendidikan rumahtangga terutamanya dalam mendidik isteri. Tugas suami terhadap
isteri selain bertanggungjawab dalam menyediakan tempat tinggal yang selesa, sesuai
2
dan selamat, pakaian yang elok, makanan yang bersih, halal dan berkhasiat. Mendidik
isteri adalah tanggungjawab yang perlu bagi setiap suami, agar dengan didikan itu
isteri akan dapat menjadi isteri yang solehah, mentaati perintah dan patuh pada arahan
suami.1
Dalam mendidik isteri juga, suami perlu dan berkewajipan bersikap
professional, terbuka, kreatif dan positif agar masalah- masalah yang bakal muncul
mudah diselesaikan tanpa mendatangkan risiko dan ancaman serta pergolakkan
terhadap rumahtangga, agar rumahtangga itu menjadi aman dengan kata lain kasih
sayang adalah benteng kepada pembentukan rumahtangga yang paling terjamin dan
kukuh yang mana kesannya dapat dilihat pada kebahagian keluarga, sehingga
terbentuk slogan “RUMAHKU SYURGAKU”.2
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Menjelaskan konsep nusyuz isteri menurut perspektif Islam.
1.3.2 Menjelaskan peruntukan undang-undang berkaitan dengan nusyuz menurut
Enakamen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002
1.3.3 Menganalisis kes-kes yang berkaitan dengan nusyuz di Mahkamah Tinggi
Syariah Melaka.
1.4 Limitasi Kajian
1.4.1 Limitasi masa:
Berdasarkan tajuk kajian, penulis akan menjalankan kajian dalam tahun 2007-
2011 mengikut peruntukan yang terkini.
1 Jauhari Isnani, Motivasi Keluarga Pasangan Impian Panduan dan Bimbingan keluarga, Pustaka Ilmi, Selangor,2000, hal.10.
2 Othman Haji Ibrahim, Permata kehidupan dan Keluarga Bahagia, Pustaka Ilmi. Selangor, 2002. Hal. 137
3
1.4.2 Limitasi Bidang Kajian :
Kajian ini tertumpu kepada nusyuz isteri dimana penulis mendapat maklumat
kajian ini dari Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka,
Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Negeri Agama Islam Negeri Melaka
(JAIM), dan bahan bacaan dan dokumen lainnya yang ada di Mahkamah
Tinggi Syariah Negeri Melaka dari tahun 2007-2011.
1.4.3 Limitasi Lokasi Kajian :
Lokasi Kajian yang akan dikaji oleh penulis ialah Mahkamah Tinggi
Syariah Melaka, pejabat Agama (JAIM), pejabat Mufti dan pejabat
Ulama Negeri Melaka. Sesuai dengan kajian yang hendak di kaji iaitu
Nusyuz Isteri menurut Perspektis Islam.
1.5 METODOLOGI KAJIAN
Penentuan metod kajian merupakan satu cara mudah dan memberi
gambaran yang jelas dan berkesan dalam menjalankan penulis. Oleh
yang demikian, penulis akan menggunakan beberapa metod untuk
membantu penulis mendapatkan maklumat iaitu :-
1.5.1 Kajian Perpustakaan
Metod ini merupakan metod utama yang akan digunakan kerana kajian
ini banyak memerlukan bahan-bahan penulisan perpustakaan, buku-
buku ilmiah, jurnal, majalah, surat khabar dan sebagainya.Metod ini
akan digunakan untuk memperolehi maklumat yang lengkap dan tepat
berdasarkan tajuk kajian.
1.5.2 Kajian Lapangan
4
Antara bentuk kajian lapangan yang dilaksanakan adalah:
a. Kaedah Temubual
Merupakan cara pengumpulan data yang kedua. Siri temubual akan di
adakan dengan penolong pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Negeri
Melaka, Pegawai Hal Ehwal Islam Negeri Melaka (JAIM). Rangka
asas temubual tersebut juga akan disediakan oleh penulis sebelum
sesuatu temubual di jalankan bagi memastikan hasil temubual
mengikut objektif kajian. Data-data yang dikumpul melalui metod ini
kebanyakannya berkaitan dengan tajuk penyelidikan yang dibuat oleh
penulis.
b. Mengumpul dan menganalisis kes-kes yang terdapat di Mahkamah
Tinggi Melaka dari tahun 2007-2011.
1.6 SOROTAN LITERATUR
Penulisan mengenai tajuk nusyuz telah banyak ditulis oleh para fuqaha di bawah tajuk
bab munakahat yang kebayakkan dalam bahasa Arab. Buku-buku tersebut menjadi
rujukan utama penulis untuk memahami konsep nusyuz menurut perspektif Islam.
Perbincangan berkaitan nusyuz juga boleh di dapati dalam buku , kajian dan latihan
ilmiah yang ditulis oleh penulis tempatan.
Antara penulisan-penulisan yang menjadi rujukan penulis ialah kitab yang
bertajuk Fiqeh Wanita yang di karang oleh Muhammad Bin Salim Bin Hafiz (2005)
di dalam bukunya menerangkan tentang pengertian nusyuz, hak-hak suami atas isteri
di mana beliua menerangakan tentang kewajipan isteri di atas menunaikan hak-hak
suami yang akan mendapat ganjaran pahala yang besar atau banyak. Di dalam buku
juga beliau menerangkan bahawa mana-mana isteri berkhidmat kepada suaminya
selama tujuh hari berturut, akan ditutup di hadapannya tujuh pintu neraka dan dibuka
5
kepadanya baginya lapan pintu syurga di mana isteri boleh memilih mana-mana pintu
yang dia suka.
Manakala dalam kitab yang bertajuk Naskah Buat Pengantin Sistem
Kekeluargaan Islam yang di karang oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2010) di
dalam bukunya menerangkan tentang pengertian, hukum nusyuz, sebab-sebab nusyuz,
cara mengatasi nusyuz, suami nusyuz.
Syeikh Ahmad Jad (2009) yang bertajuk Ensiklopedia Fikah Sunnah Wanita
yang menceritakan tentang hak-hak dan kewajipan suami isteri di mana beliau
menerangkan tentang hak-hak suami dan hak-hak isteri. Di mana tentang hak-hak
suami beliau menerangkan tentang tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah
Taala. Begitu juga hak-hak isteri sebagai seorang isteri hendaklah bersikap lemah
lembut dalam melayani suami dan anak-anak suami.
M. Thalib (1997) dalam kitabnya yang bertajuk 90 Tip Kedamaian Suami
Isteri di mana beliau menerangkan tantang kewajipan suami isteri. Di mana beliau
mengulas tentang kewajipan suami kepada isterinya dan kewajipan isteri kepada
suaminya. Jika isteri melakukan nusyuz maka suami boleh mengambil tindakan
hukuman kepada isterinya mengikut peringkat-peringkat yang telah dianjurkan oleh
Islam.di dalam kitabnya juga ada menerangkan tentang kewajipan yang paling asas
bagi seorang isteri ialah melayani keperluan seks suami apabila diminta oleh
suaminya. Sebagai isteri yang solehah tidak boleh menolak dengan alasan-alasan yang
tidak boleh di terima oleh syarak.
Dalam kitab Fkih Wanita yang dikarang oleh Syaikh Kamil Muahammad
‘Uwaidah (1998) dimana beliau menerangakan nusyuz juga boleh berlaku yang mana
kekerasan atau sikap acuh tak acuh dilakukan oleh suami semasa melayan isteri, di
mana beliau mengulas sudah menjadi kewajipan suami untuk menjaga hak-hak isteri
sekiranya suami itu berkahwin lebih dari satu maka hendaklah si suami itu bersikap
adil dalam membahagikan masa giliran kepada setiap isteri. Manakala sekiranya
suami dalam musafir, isteri pula mesti menjaga maruah diri dan suami.
6
Abdul Qadir Djaelani (2001) dalam kitabnya yang bertajuk Rumahku
Syuragku Keluarga Sakinah beliau menerangkan tentang hak dan kewajipan suami
isteri, di mana suami sebagai ketua keluarga yang memimpin dan bertanggungjawab
dalam mendidik isteri supaya menjadi isteri yang solehah dan ssebagai isteri juga
hendaklah patuh apa yang disuruh oleh suami selagi tidak menlanggar syarak.
1.7 SUSUNAN BAB
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
KANDUNGAN
SENARAI SINGKATAN
SENARAI KES
SENARAI TRANSLITERASI
SENARAI STATUT
BAB 1
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang
1.3 Matlamat Kajian
1.4 Objektif Kajian
1.5 Limitasi Kajian
1.5.1 Limitasi masa
1.5.2 Limitasi lokasi Kajian
1.6 Metodologi Kajian
1.6.1 Kajian Perpustakaan
7
1.6.2 Kajian Lapangan
a) Kaedah Temubual
b) Memgumpul dan Menganalisis Kes-kes yang terdapat
di Mahkamah Tinggi Melaka dari tahun 2007-2011.
BAB 2 KONSEP NUSYUZ DAN PENYELESAINYA
2.1 pengenalan
2.2 Definisi nusyuz
2.3 Nas-Nas dari al- Quran dan Sunnah mengenai Nusyuz
2.4 Pendapat Ulama’ tentang Nusyuz
2.5 Pembahagian Nusyuz
2.5.1 Nusyuz Dari Pihak Isteri
2.5.2 Nusyuz Dari Pihak Suami
2.5.3 Nusyuz Dari Kedua-dua Belah
Pihak
BAB 3 ANALISIS KES NUSYUZ DI MAHKAMH TINNGI SYARIAH
NEGERI MELAKA
3.1 Pengenalan
3.2 Enakmen Undang-Undang Negeri Melaka
3.3 Peruntukan undang-undang berkaitan Nusyuz
3.4 Kajian kes Nusyuz Yang diputuskan di Mahkamah Tinggi
Syariah Negeri Melaka
BAB 4 PENUTUP
4.1 Dapatan Kajian
4.2 Cadangan
4.3 Kesimpulan
8
RUJUKAN
LAMPIRAN
BAB II
KONSEP NUSYUZ DAN PENYELESAIANNYA
9
2.1 Pengenalan
Sesungguhnya kebahagiaan Rumahtangga itu hanyalah terlahir dari
kesefahaman dan kasihsayang yang seimbang. Keselarasan dalam fikrah
dan prinsip merupakan sebuahkeadaan yang perlu dititik beratkan agar
kestabilan rumahtangga dapat diwujudkan. Para suami haruslah menyingkap
kembali lipatan sejarah Rasulullah seorang suami yang amat menghargai isteri-
isteri baginda. Jika diteliti dan dicontohi serta diamalkan,
insyaAllah persoalan nusyuz tidak akan timbul.I n i a d a l a h k e r a n a m a s i n g -
m a s i n g t a h u t a n g g u n g j a w a b m a s i n g - m a s i n g .
M a k a a k a n tersimpullah ikatan kasih sayang yang diredhai Allah
s.w.t di atas rumahtangga. Semoga dengan itu akan lahirlah pula pula
generasi yang soleh dan solehah. Tetapi jika sebuah
r u m a h t a n g g a i t u d i k e m u d i k a n o l e h s e o r a n g s u a m i
y a n g t i d a k b e r i m a n , bagaimana pula anak isteri boleh terdiri di atas
kebenaran. Perlu ditegaskan lagi bahawa suami adalah tunggak rumahtangga,
sekaligus ianya adalah penentu arah dan haluan hidup keluarganya samada di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat.
2.2 Definisi Nusyuz
i. Nusyuz dari segi bahasa
Perkataan nusyuz berasal daripada Bahasa Arab iaitu nashaza, yanshuzu,
nushuzan.yang membawa erti tinggi atau timbul kepermukaan”.3 Nusyuz juga
3 Dilihat M. Abdul Mujied,kamus istilah fiqih, Advance Publication, 1997.hlm 251
10
membawa maksud iaitu isteri yang durhaka kepada suaminya. Manakala Nusyuz dari
segi bahasa mempunyai beberapa maksud:
I. Menurut al-Fayruz, nusyuz membawa maksud: Bangkit dari tempatnya,4
sebagaimana firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
Dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, Bagaimana Kami menyusunnya
kembali kemudian Kami menyalutnya Dengan daging5
II. Ibnu Manzur pula berkata, ayat ini bermaksud: “ Kami membangkitkan
setengahnya ke atas setengah yang lain”.6 Manakala menurut ulama tafsir,
nusyuz disini ialah mengangkat atau membangkitkan (makhluk dari bumi
setelah dimatikan).7 Ibn Manzur juga berkata, nusyuz juga membawa erti:
‘Bangun’.8 Firman Allah s.w.t :
Maksudnya :
Apabila diminta kamu bangun, maka bangunlah.9
4 Al-Fayruz, Majd al-Din Muhammad Bin Ya’cub al fayruz Abadi,al Kamus al Muhit, Dar al-Fikr, Beirut, 1995/1415, hal. 474.
5 Al Quran, Al-Baqarah 2: 259
6 Ibn Manzur, Muhammad ibn Mukram ibn Manzur al-Afriqi al- Lisan al al Arab, Dar Sadir , Beirut, 1968/1388, Jilid kelima, hlm. 418
7 Al-Shaukani, Muhammad ibn ‘Ali ibn Muhammad Fath al-Qadir al jami’ Baina Fanna al Riwayat wal al-Dirayah min Ilm al Tafsir, al maktabah al- Asriyyah Beirut 1991/1411h, jilid pertama hlm.309 & Said Hawwa, al-asas fi al Tafsir, Dar al Salam, Beirut 1985/1405, Jilid pertama, hlm. 610.
8 Ibn Manzur, Muhammad ibn Mukram ibn Manzur al-Afriqi al- Lisan al al Arab, Dar Sadir ,
Beirut, 1968/1388, Jilid kelima, hlm. 418.9 Al quran, al-mujadalah 58 : 11.
11
III. Nusyuz juga membawa maksud: “tempat tinggi”.10 Selain itu juga nusyuz
membawa maksud: “ Suami isteri yang membenci antara satu sama lain”.11
IV. Menurut Ibnu Taimiyah menyebutkan nusyuz itu adalah” isteri membangkang
kepada suaminya seolah-olah tidak taat kepada suami jika diajak suami
ketempat tidur atau isteri keluar rumah tanpa izin suami dan juga bila isterinya
meninggalkan kewajipannya untuk mentaati suami.12
V. Nusyuz menurut terminologi adalah “perbuatan yang keluar dari ketaatan,
iaitu perbuatan isteri yang keluar dari mentaati suami ataupun sebaliknya”.
VI. Manakala Ibnu Tamiyah menyebutkan nusyuz itu adalah “ isteri
membangkang kepada suaminya seolah-olah tidak taat kepada suami jika
diajak ke tempat tidur atau isteri keluar tanpa izin suami dan demikian juga
halnya bila isteri meninggalkan kewajipannya untuk mentaati suami”.
VII. Terdapat banyak lagi pentafsiran para ulama dalam mendefinisikan makna
nusyuz. Antaranya apa yang diperkatakan oleh Ibnu Udamah iaitu maksiat
(penderhakaan) isteri terhadap suaminya daripada menunaikan hak-hak suami
yang telah ditetapkan melalui akad perkahwinan.
ii. Nusyuz dari segi istilah:
Menurut Abu Faris ialah “ Isteri yang tidak mentaati suaminya”. Menurut al Shirazi,
nusyuz membawa maksud “ isteri yang Menderhakai, angkuh serta ingkar dengan apa
yang dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t ke atas mereka terhadap suami mereka.
Manakala mengikut prof. Dr Harun Din, nusyuz diertikan sebagai, “ Tindakan isteri
10 Al-Fayruz, Majd al-Din Muhammad Bin Ya’cub al fayruz Abadi,al Kamus al Muhit, Dar al-Fikr, Beirut, 1995/1415, hal. 474.
11 Ibn Manzur, Muhammad ibn Mukram ibn Manzur al-Afriqi al- Lisan al al Arab, Dar Sadir , Beirut, 1968/1388, Jilid kelima, hlm. 418
12 Ibnu Taimiyah majmu a’ha al fatwa jilid 32 ,1998, hlm 145.
12
yang menentang kehendak suami dengan tanpa ada alasan-alasan syarak.” 13 Nusyuz
juga membawa maksud pembangkangan seorang isteri kepada suani di dalam sesuatu
yang diwajibkan oleh Allah s.wt. kepada si isteri berupa ketaatan kepada suaminy,
seakan-akan si isteri merasa tinggi dan menyombong diri kepadanya.
Manakala istilah fikih memberikan erti nusyuz, dengan: Durhaka, iaitu jika
isteri atau suami telah meninggalkan kewajipan-kewajipanya. Dari pihak isteri nusyuz
ialah jika isteri meninggalkan rumah tanpa izin suami (Q. S an-Nisa:128), dengan
maksud membangkang kepada suami. Dari pihak suami, nusyuz ialah bertindak keras
kepada isteri, tidak memberi nafkah dan tidak pula menggaulinya atau bersikap acuh
tak acuh kepada isteri. Jika isteri nusyuz hendaklah dinasihati dengan baik. Jika tidak
ada perubahan, maka boleh pukul tetapi tidak boleh membahayakan diri isteri (Q.S an-
Nisa:34). Dan jika tetap tidak ada perubahan juga, maka hendaklah diserahkan kepada
hakim dari kedua belah pihak untuk memutuskan cara terbaik (Q.S an-Nisa:35). Jika
suami yang nusyuz, hendaklah didamaikan keduanya, untuk kerukunan rumahtangga.
Jalan akhir, jika tidak dapat dicapai perdamaian, serahkan kepada hakim untuk
memutuskan.14
Nusyuz secara istilah Syara’ pula ialah meninggalkan kewajipan bersaumi
isteri atau acuh atau tidak acuh yang ditunjukkan oleh pihak suami atau isteri. Dalam
Bahasa Arab ditegaskan bahawa nusyuz dalam rumah tangga adalah sikap yang
menunjukkan kebencian seorang suami kepada isterinya atau sebaliknya. Namun
kebiasaanya nusyuz itu diertikan sebagai derhaka atau kederhakaan. Menurut
Muhammad Ali Ash Shabuni bahawa yang dimaksudkan dengan nusyuz
adalah :kederhakaan dan keegoan isteri dari mentaati suami”.
Nusyuz juga membawa maksud ingkar daripada menunaikan hak suami atau
derhaka kepadanya seperti isteri, yang menahan suami dari mengambil kesedapan
daripadanya seperti bermasam muka apabila mengadap suami atau berbuat dalih sakit
atau datang haid (bulan) dengan berdusta atau keluar rumah tanpa izin suami.
Sekiranya seorang isteri membuat sesuatu daripada yang tersebut di atas, nescaya
13 HarunDin. Al-Nafaqah wa al-Shiqaq wa ta’addadu al-zaujat, 1985/1405h, hlm.5614 Muhammad Mutawalli assy-Sya’rawi Fiqih Wanita, 2004, Jakarta:Pena Pundi Aksara, hlm.229.
13
gugurlah nafkah isteri itu, yakni suaminya tidak wajib memberinya nafkah hingga
isteri kembali taat kepadanya. Adapun sikap tidak peduli atau bahkan sampai
peringkat tidak mematuhi, timbulnya kebencian, pembangkangan suami atau isteri
terhadap hak dan kewajipan mereka dalam kehidupan berumahtangga dan terjadi pada
salah satu pihak disebut dengan nusyuz.15
Manakala bagi Mazhab Syafie pula, seseorang isteri hanya akan mendapat
nafkahnya apabila dia bersedia untuk menyerahkan dirinya kepada suaminya. Jika si
isteri membuat sesuatu yang menunjukkan keingkaran, maka gugurlah haknya untuk
mendapat nafkah.
Namun begitu, definisi-definisi yang telah diberikan adalah lebih banyak
menjuruskan kepada tindakan isteri. Perlu diingatkan bahawa nusyuz bukan setakat
berlaku kepada isteri, malah berlaku juga kepada suami. Ini kerana, dalil-dalil telah
membuktikan bahawa perbuatan nuysuz ini mungkin berlaku kepada isteri atau juga
pada suami. Sebenarnya, definisi nusyuz adaah lebih luas daripada yang telah
diberikan sebelum ini. Dengan kata lain, nusyuz bolehlah ditakrifkan sebagaai: “
Tindakan suami atau isteri yang cuai dari melaksanakan tanggungjawab mereka
sebagai suami isteri iaitu sebagaimana yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t ke
atas mereka, tanpa ada sebarang alasan yang disyaratkan untuk dikecualikan dari
melaksanakan amanah tersebut”.
2.3 NAS-NAS DARI AL-QURAN DAN SUNAH MENGENAI NUSYUZ
Syarak telah menjelaskan kaedah serta tindakan yang perlu diambil oleh suami untuk
menangani isteri yang nusyuz. Sebagaimana firman Allah s.w.t:
15 Muhammad Mutawalli assy-Sya’rawi Fiqih Wanita, 2004, Jakarta:Pena Pundi Aksara, hlm.230.
14
Maksudnya:
Perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka
(nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil)
pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil)
pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).
kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari
jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi
Maha besar.16
Namun begitu, nuysuz bukan sahaja berlaku pada pihak isteri sahaja
kadangkala ia juga berlaku pada pihak suami. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
Jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz"
(kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami
isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-
baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-
berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur)
itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. dan jika kamu berlaku
baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman),
maka Sesungguhnya Allah Maha mendalam pengetahuannya akan apa yang
kamu lakukan.17
16 Al- quran, al Nisa’ 4: 34.17 Al- quran, al Nisa’ 4: 128.
15
Selain itu, terdapat banyak Hadis menyatakan kaedah penyelesaian bagi isteri
yang nusyuz, antaranya ialah:
وقال النبي صلى الله عليه وس��لم روى عن الن��بى أن��ه
ق��ال فى الحج ال��وداع بع��د أن حم��د الل��ه واث��نى علي��ه
ووع��ظ اال واستوص��وا بالنس��اء خ��ير فإنم��ا هن ع��وان
عندكم ليس تملكون منهن ش��يأ غ��ير ذل��ك اال ان ي��أتين
بفاحش��ة مبين��ة ف��إن فعلن ف��اهجروهن فى المض��اجع
واض��ربوهن ض��ربا غ��ير م��برح ف��إن اطعنكم فال تبغ��ون
عليهن سبيال
Maksudnya:
Sabda Nabi ketika di dalam Haji Wida’ selelah Baginda memuji kepada Allah
dan menyanjugnya serta menasihati hadirin: Ingatlah pesananku ini berbuat
baiklah kepada para isteri. Isteri-isteri itu dapat diumpamakan sebagai
kawanmu yang berada di sampingmu, kamu tidak mampu memiliki apa-apa
dari mereka kecuali kamu (membangkang atau tidak taat) maka tinggallah
mereka bersendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang
tidak melukai mereka, kalau isteri-isteri itu taat kepada kamu janganlah kamu
mencari jalan untuk menyusahkan mereka.18
Baginda s.aw. telah ditanya oleh seorang sahabat r.a tentang hak suami ke atas
isterinya, Rasulullah s.a.w bersabda:
وقال الن��بي ص��لى الل��ه علي��ه وس��لم تطعمه��ا إذا كلت
وتكس��وها إذا اكتس��يب وال تض��رب الوج��ه وال تقبح وال
يهجر اال فى البيت
18Diriwayatkan oleh ibn Majah dan al-Tarmizi .Lihat al Mundhari, ‘Abd.Azim ibn ‘Abd al-Qawiyy, al Targhib wa al-Tarhib Min al-Hadith al- Sharif, Dar Maktabah al Hayah, Beirut 1991/1411h,Jilid kedua, hlm. 17
16
Maksudnya:
Suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan dan kamu
memberikan kepadanya pakaian jika ia berhajat kepada pakaian dan
jangan sekali-kali kamu memukul di muka serta kamu tidak boleh
memperolok-oloknya dan juga kamu tidak meninggalkannya
(berasingan tempat tidur) kecuali di rumah sendiri.19
2.4 Pendapat Ulama’ Tentang Nusyuz
Nusyuz menurut para Ulama’ juga mempunyai pendapat yang berbeza antara satu
dengan yang lain. Perbezaan ini tidak hanya dari sudut hukum tetapi dari sudut
makna setiap ulama’ yang mempunyai pandanan yang berbeza. Mazhab Hanafi
Mendefinisikan nusyuz sebagai:
خرخت الزوجة من بيت زوجها بغير حق
Maksudnya:
“Keluarnya isteri dari rumah suami tanpa hak”
Sedangkan mazhab Malik, Shafi’e dan Hanbali berpendapat bahawa nusyuz adalah
seperti berikut:
خرجت الزوجة عن الطاعة الوجبة للزوج
Maksudnya:
“Keluar isteri dari ketaatan yang wajib kepada suami”
Sedangkan perbuatan isteri yang termasuk kategori nusyuz terhadap suami menurut
pendapat mazhab terdapat beberapa perbezaan antaranya ialah:
19 Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ahmad dan Ibnu Majah. Lihat al- Sa’ani, Muhammad ibn Ismail Al Amir al Yamani al San’ani, Subul al Salam Bulugh al Muram Min Jam’ Adillah al Ahkam Dar al-Ma’rifah, Beirut, 1997/1417h, Jilid kedua, hlm. 221.
17
a) Mazhab Hanafi menyatakan bahawa suami tidak wajib memberikan nafkah
kepada isteri yang nusyuz ( dengan nusyuz sebagaimana di atas) kerana tidak
ada taslim (sikap tunduk/patuh) dari ieteri.
b) Mazhab Maliki menyatakan bahawa nusyuz terjadi jika isteri menolak “
bersenang-senang” dengan suami, termasuk juga keluar rumah tanpa izin
suami ke suatu tempat yang isteri suaminya tidak suka kalau isterinya pergi ke
situ, sedangkan suami tidak mampu untuk mencegahnya dari awal, Kemudian
mengembalikan isterinya untuk mentaatinya, jika suaminya mampu
mencegah/melarangnya dari awal (namun suami tidak melakukan) atau
mampu mengembalikannya dengan damai atau tanpa hakim, maka isteri tidak
tergolong melakukan nusyuz.
c) Mazhab Syafi’e menyatakan nusyuz adalah keluarnya isteri dari rumah tanpa
izin suaminya, juga termasuk nusyuz:
Menutup pintu rumah (supaya suami tidak boleh masuk)
Melarang suami membuka pintu, mengunci suami di dalam rumah
supaya tidak boleh keluar.
Menolak ajakan suami untuk melakukan persetubuhan pada hal pada
masa itu isteri tidak dalam keadaan haid, nifas atau sakit yang
memudharatkan.
Tidak mahu ikut suami (musafir) atau pergi dengan tanpa izin suami
atau suami melarangnya
Namum menurut mazhab Syafi’e yang dibolehkan keluar rumah tanpa izin suami dan
tidak termasuk perbuatan nusyuz adalah jika keluar tersebut kerana:
Berjumpa hakim atau qadi untuk mencari kebenaran.
Keluar untuk mencari rezeki jika suaminya susah atau tidak
memenuhi keperluan rumahtangga.
18
Menuntut ilmu jika suaminya jahil atau tidak mahir (sehingga
tidak mungkin suami dapat memberi pandangan tentang ilmu
agama)
Keluar membeli tepung atau roti atau keperluan yang lain yang
memang harus dibeli.
Keluar rumah kerana bimbang rumahnya akan runtuh (jangan
memilih mati tertimbus di dalam rumah kerana pesan suami
tidak boleh keluar ruamah).
Keluar menemui jiran tetangga untuk berbuat baik kepada
mereka
Membayar sewa rumah kerana penyewa rumah dating untuk
memungut duit rumah sewa (harus keluar tidak perlu
menunggu suami pulang).
d) Mazhab Hanbali pula, tanda-tanda nusyuz diantaranya ialah:
Isteri malas atau menolak ajakan suami untuk bersenang-senang
atau memenuhi ajakan suami namun isteri enggan atau
menrungut dan tidak baik adabnya terhadap suaminya.
Isteri juga dikira nusyuz sekiranya dia tidak mahu menunaikan
tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah Taala,
(ibadat, solat, puasa, menutup aurat dan sebagainya).
Isteri enggan atau tidak mahu jika di ajak ke tempat tidur
suaminya.
Keluar rumah suaminya tanpa izin suami.
2.5 Pembahagian Nusyuz
Sebelum penulis menghuraikan pembahagian nusyuz menurut Fiqh ia dapat
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama ialah golangan kepada
golongan isteri khususnya dan yang keduanya adalah untuk golongan suami amnya.
19
Kedua-dua bahagian ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran dan al
Hadis. Tetapi menurut Imam Ibn al Farra’, nusyuz terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu nusyuz isteri terhadap suami, nusyuz suami terhadap isteri dan nusyuz dari
kedua-dua belah pihak atau dinamakan sebagai Shiqaq.20
2.5.1 Nusyuz dari pihak isteri
Daripada definisi nusyuz yang telah diterangkan sebelum ini, dapatlah kita fahami
bahawa isteri yang nusyuz ialah: Isteri yang menderhakai, angkuh, sombong, serta
ingkar dengan apa yang dipertanggungjawabkan oleh Allah Taala s.w.t ke atas mereka
terhadap suami.21
Antara tindakan isteri yang dianggap sebagai nusyuz ialah seperti yang
dinyatakan oleh Imam al-Nawawi. “(Isteri yang disifatkan sebagai nusyuz) apabila
isteri menolak permintaan suami untuk melakukan persetubuhan, keluar rumah tanpa
keizinan, tidak membuka pintu ketika suaminya hendak masuk rumah dan isteri
meminta cerai dari suaminya.”22 Kenyataan Imam al-Nawawi tersebut, dikuatkan lagi
dengan sabda Rasulullah s.a.w mengenai isteri yang menolak permintaan suami untuk
melakukan persetubuhan tanpa ada sebarang alasan yang disyarakkan dianggap
sebagai nusyuz:
وقال النبي صلى الله عليه وسلم اذا دعا رج��ل امرائ��ه
إلى فراشه فلم تأته غضبان عليها لعتثها المالئكة حتى
تصبح.
Maksudnya:
20 Al-Farra’ Abu Muhammad al-Hussain ibn Mas’oud ibn Muhammad ibn al-Farra’ al-Tahdhib fi al-Fiqh al-Imam al-Shafi’i, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, Jilid Kelim, hlm. 545.
21Al- Shirazi Abu Ishaq Ibrahim ibn ‘Ali ibn Yusuf al-Fayruz Abadi, al-Muhadhab fi Fiqh al- Iman al- Shaffi’i, Dar al-Kutub al Ilmiyah,Beirut, 1995/1416h, Jilid kedua, hlm. 486.
22 Al Nawawi, Abu Zakaria Mahyuddin ibn Sharf al Nawawi al-Dimashqi, Majmu’ Syarh al-Muhadhab, Dar al Fikr, Beirut, 1996/1418h Jilid kelapan Belas, hlm.125.
20
Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur, namun isterinya enggan
sehingga membuatkan suaminya marah kepadanya, maka para malaikat akan
melaknatinya sampai waktu pagi.23
Hadis ini menunjukkan bahawa, haram bagi seorang isteri menolak ajakan
suaminya untuk bersetubuh padahal ketika itu ia tidak ada sebarang keuzuran seperti
kedatangan haid atau lain-lain keuzuran.24 Selain itu juga, tindakan isteri yang
berpuasa (sunat)25 tanpa keizinan suami atau mengizinkan tetamu masuk ke dalam
rumah tanpa kebenaran suami, juga dianggap sebagai nusyuz.26 Sesuai degan sabda
Rasulullah s.a.w:
وقال النبي ص��لى الل��ه علي��ه وس��لم اليح��ل الم��راة ان
تص��وم وزوجه��ا ش��اهد اال بإذن��ه والت��أذن فى بيت��ه إال
بإذنه.
Maksudnya:
Tidak halal ( tidak harus ) bagi seseorang perempuan (isteri) berpuasa
sedangkan suaminya ada bersamanya kecuali setelah mendapat keizinannya
(suami) dan tidak harus juga bagi isteri membenarkan orang lain masuk ke
rumahnya, kecuali dengan izinnya (suaminya).27
23 Muslim, Abu al-Hussain ibn Zakaria ibn al-Hajjaj, Sahih Muslim, Dar Sahnun, Istanbul, 1992/1413h, Jilid ketiga, hlm. 1060.
24 Al Nawawi, Abu Zakaria Mahyuddin ibn Sharf al Nawawi al-Dimashqi, Majmu’ Syarh al-Muhadhab, Dar al Fikr, Beirut, 1996/1418h Jilid kelapan Belas, hlm.125.
25 Al-Asha’ri, Muhammad ibn al-Siddiqi al- Al-Asha’ri al Makki, dalil al-Falihin bi Turuqi Riyad al-Salihin, Dar Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, 1995/1416h, Jilid Kedua,hlm. 89.
26 Zaydan, Abd Karim, al Mufassal Fi Ahkam al Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim fi Shari’at al-Islamiyyah, Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997/1417h, Jilid Ketujuh, hlm. 297-298.
27 Muttafakun ‘Alayh.Al-Asha’ri, Muhammad ibn al-Siddiqi al- Al-Asha’ri al Makki, dalil al-Falihin bi Turuqi Riyad al-Salihin, Dar Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, 1995/1416h, Jilid Kedua,hlm. 89.
21
Sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini, isteri merupakan amanah Allah
s.w.t yang dipertanggungjawabkan kepada suami untuk mendidik mereka. Lebih-lebih
lagi, sekiranya suami telah mendapati isterinya berlaku nusyuz pada mereka. Allah
s.w.t telah berfirman:
Maksudnya:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab
terhadap kaum perempuan.28
Menurut Ibn ‘Abbas: Perkataan Qawwamun di sini memberi maksud para
suami berkuasa mendidik isteri kearah kebenaran.”29 Begitu juga, sabda Rasulullah
s.a.w. jelas membuktikan amanah Allah s.w.t kepada kaum lelaki untuk memimpin
kaum wanita:
وقال النبي صلى الله عليه وسلم )كلكم راع وكلكم
مسئول عن رعيته، فاإلمام راع ومسئول عن رعيته،
والرجل راع في أهل بيته ومسئول عن رعتيه، والمرأة
راعية في بيت زوجها ومسئولة عن رعيتها، والخادم
راع في مال سيده ومسئول عن رعيته، وكلكم راع
ومسئول عن رعيته (
Maksudnya:
Tiap-tiap kamu adalah pemimpim dan bertanggungjawab ke atas orang yang
kamu pimpin dan suami adalah pemimpin kepada ahli keluarganya dan
bertanggungjawab ke atas yang dipimpinnya dan lelaki itu adalah ketua untuk
rumahnya dan bertanggungjawab ke atas yang dipimpimnya. Wanita (isteri) itu
gembala rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap kawanan beliau,
28 Al- quran, al Nisa’ 4: 34.29 Ibn al-Jawzi, ‘Abd Rahman Ibn al Jawzi, Zad al-Maysir fi ‘Ilm al-Tafsir, al Maktab al-Islami,
Beirut, 1965/1384h, Jilid Kedua, hlm. 74.
22
dan pelayan adalah pengembala untuk kekayaan sarjana dan bertanggungjawab
kawanan beliau, dan anda adalah seorang gembala dan
bertanggungjawabuntuk kawanan beliau.)30
Namun begitu suami tidak boleh bertindak sesuka hati. Sebaliknya, hendaklah
bertindak mengikut cara yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. Sekiranya suami
bertindak di luar batasan syarak, bukan dapat menyelesaikan permasalahan yang sedia
adeadaan. Sabda Rasulullah s.a.w:
استوص��وا بالنس��اءوقال النبي صلى الل��ه علي��ه وس��لم
خيرا فإن الم��رأة خلقت من ض��لع أع��وج وإن أع��وج م��ا
ف��أن ذهبت ثقيم��ه كس��رئه وان تركث��هفي الضلع أعاله
لم يزل اعوج وستوصوا بالنساء خيرا
Maksudnya:
Nasihati para isteri dengan cara yang baik, sesungguhnya mereka dijadikan
dari tulang rusuk yang bengkok dan tulang rusuk yang palin bengkok ialah
tulang rusuk yang paling atas. Jika sekiranya hendak diperbetulkan dengan
cara yang kasar, nescaya ia akan patah dan sekiranya dibiarkan maka akan
berterusanlah ia dengan keadaan bengkoknya. Maka nasihatilah isteri kamu
dengan baik.31
Allah s.w.t telah berfirman:
Maksudnya:
30 Al Bukhari abu Abdullah Muhammad ibn ismail, sahih al-bukhari, Istanbul 1992, jilid pertama, hlm.215.
31 Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, al- Sa’ani, Muhammad ibn Ismail Al Amir al Yamani al San’ani, Subul al Salam Bulugh al Muram Min Jam’ Adillah al Ahkam Dar al-Ma’rifah, Beirut, 1997/1417h, Jilid kedua, hlm. 218.
23
perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka
(nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil)
pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil)
pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).32
Berdasarkan pada ayat ini, jelas menunjukkan Allah s.w.t tidak membenarkan
sama sekali suami bertindak secara di luar batasan kemanusiaan terhadap isteri yang
nusyuz. Sebaliknya, hendaklah mengambil tindakan yang penuh dengan tolenransi
dan bertimbang rasa iaitu bermula dengan nasihat dan diikuti dengan permulaan
tempat tidur. Sekiranya cara yang pertama dan kedua tidak member kesan, maka
dibenarkan memukul mereka secara tidak melampau.
a. Kaedah yang pertama: Nasihat
Nasihat merupakan kaedah yang pertama bagi menghadapi dan menangani isteri yang
nusyuz. Sebagaimana firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan
derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka
Ibn Taimiyyah menyatakan nasihat disini member maksud: “ugutilah isteri-
isteri yang nusyuz dengan azab Allah swt disebabkan kederhakaaan mereka dan
ingatkanlah mereka dengan kewajipan terhadap suami iaitu supaya taat serta jangan
sekali-sekali menlanggari perintah suami. Al-Nasafi juga ada berkata “ takutkanlah
mereka dengan azab Allah swt.33
Segala bentuk nasihat, peringatan dan teguran hendaklah diberi dengan
berdasarkan kepada cara yang telah dianjurkan oleh al-Quran dan Hadis. Disamping
32 Al- quran, al Nisa’ 4: 34.
33 Al Nasafi, Abu al Barakat ‘Abdullah ibn Ahmad ibn Mahmud al Nasafi, Tafsir al Nasafi Madrik al Tanzil wa Haqaiq al Ta’wil, Dar al Kutub al Tayyib, Beirut 1998/1419h, Jilid pertama, hlm. 34
24
itu berilah kepada mereka penerangan secara bijaksana dan mudah difahami serta
diikuti dengan sikap tolenransi. Di antara nasihat-nasihat yang perlu diberi kepada
isteri yang nusyuz ialah dengan menyatakan darjat dan kelebihan serta ganjaran yang
dijanjikan oleh allah s.wt. bagi isteri yang taat dan patuh kepada suami mereka.34
Sesuai dengan Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat kepada Allah
( kepada Allah dan suamiya) dan memelihara (kehormatan diri dan apa jau
yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama dengan pemeliharaan
Allah dan pertolongannya.35
Menurut ulama’ tafsir ayat ini membawa maksud (isteri hendaklah) menjaga
perkara yang diwajibkan ke atasnnya ketika ketiadaan suami, termasuklah
kehormatannya, rumahtangga dan hartabenda suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w
mengenai kelebihan isteri yang taat dan patuh kepada suaminya:
أيم��ا ام��رأة م��اتت وقال النبي صلى الل��ه علي��ه وس��لم
.وزوجها عنها راض دخلت الجنة
Maksudnya:
Mana-mana isteri yang meninggal dunia dan suami redha terhadapnya, maka
ia akan dimansukkan ke syurga.
Selain itu juga, suami patut memberi peringatan pada isteri yang nusyuz
tentang ancaman daripada Allah s.w.t dan balasan yang bakal mereka terima
disebabkan perbuatan mereka itu. Nyatakan kepada mereka, diantara soalan pertama
34 ‘Uqlah Muhammad ‘Uqlah, Nizam al usrah fi al islam, Maktabah al risalah al hadithah, ‘amman, 1990/1410h, jilid 4:180.
35 Al-quran ,al-Nisa 4:34
25
yang akan ditanya kepada isteri ada hari pembalasan ialah tanggungjawab isteri
terhadap suami. Rasulullah s.a.w bersabda:
المرأة ما سأل وقال النبي صلى الله عليه وسلم اول
ن بعلهاالقيامة عن صالتها وع
Maksudnya:
Perkara pertama yang akan ditanya kepada isteri pada hari kiamat nanti ialah
mengenai solatnya dan juga mengenai suaminya (adakah dia menyatakan
tanggungjawab terhadap suaminya ataupun sebaliknya).
Lantaran itu, isteri yang mempunyai hati yang lembut, nasihat sudah memadai
untuk menyedarkan mereka dari segala kesilapan dan kecuaian yang dilakukan
sebelum ini, jadi para suami hendaklah bersedia untuk memaafkan isteri mereka dari
menjamin keharmonian didalam rumahtagga. Janganlah pula suami mengambil
tindakan yang berlebihan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sebagaimana firman
Allah Taala:
فال تبغوا عليهن سبيال فاءن
Maksudnya:
Kemudian jika mereka taat kepada kamu, janganlah kamu mencari jalan untuk
menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi Maha Besar.36
Menurut tafsir al-Alusi mengenai ayat ini (sekiranya isterinya telah kembali
melaksanakan perkara yang diwajibkan terhadap suami mencari jalan untuk
bermusuhan dengan mereka dan janganlah pula menzalimi mereka dengan perbuatan
atau perkataan serta pergaulilah mereka seolah-olah mereka tidak pernah nusyuz
sebelum ini.37 Sekiranya cara nasihat tidak dapat memberi kesan kepada isteri yang
36 Al-Quran Surah al-Nisa 4:34
37 Tafsir al-Quran al-Azim Wa al-Sab’u al-Mathanin,1994/1415h,hal.26
26
nusyuz, maka Allah s.w.t menganjurkan jalan yang kedua iaitu dengan cara
pemulauan tempat tidur.
b. Kaedah yang kedua : Pemulauan tempat Tidur
Ini adalah merupakan kuasa takdib kedua yang telah ditetapkan oleh syarak
kepada suami untuk menanggani isteri yang nusyuz. Tindakan ini akan memberi
impak terhadap isteri yang masih mempunyai kasihsayang terhadap suaminya,
setelah cara menasihati tidak memberi kesan. Biasanya seorang isteri akan merasai
tertekan jika suami tidak sudi tidur bersamanya. Maka Allah s.w.t membuka jalan
untuk memperbaiki keadaan tersebut dengan cara pemulauan tempat tidur untuk
sementara waktu. Firman Allah s.w.t :
Maksudnya:
Dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur.38
Para ulama secara amnya, mempunyai perbezaan pendapat dalam mentafsirkan
ayat ini sama ada pemulauan dari segi pemulauan dari segi perbuatan atau percakapan.
Hal ini cukup jelas, sebagaimana yang diteranagkan di dalam kitab-kitab tafsir
diantaranya ialah:
I. Telah berkata Ibnu Abbas Ikrimah, al Dihak dan al Saddiyy maksud
pemulauan disini ialah pemulauan dari segi percakapan manakala
pendapat Said Ibnu Jubayr pula; pemulauan dari segi perbuatan, serta
Mujahid dan Shaibi pula berpendapat pemulauan disini bermaksud
“pengasingan tempat tidur)
II. Pemulauan di sini bermaksud tidur bersamanya tetapi memalingkan
muka kea rah lain ( tidak kearahnya) dan tidak melakukan
persetubuhan denganya. Ini pendapat Ibnu Abbas dan ulama yang lain.
38 Al-Quran Surah al-Nisa 4:34
27
Mujahid pula berpendapat, pemulauan ialah menjauhi dari tempat
tidurnya (tidur berasingan). Manakala al-Alusi pula berpendapat
permulauan ialah “ tidur bersamadengannya, tetapi tidak di bawah satu
selimut dan tidak melakukan hubungan jenis serta tidak memalingkan
muka ke arahnya.
Hasil daripada pendapat para ulama dalam mentafsirkan ayat ini maka
pemulauan ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori iaitu pemulauan dari segi
perbuatan dan pemulauan dari sudut perkataan atau percakapan.
I. Pemulauan dari segi perbuatan
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa para ulama telahpun memberi
beberapa pentafsiran mengenai pemulauan dari segi perbuatan adalah: “pemulauan
bermaksud tidak melakukan persetubuhan dengannya, tetapi tidur sekatil dengan cara
tidak memalingkan muka ke arahnya. Menurut Imam Bukhari pula “ pemulauan boleh
dilakukan samaada di dalam rumah yang sama ataupun di rumah yang lain.
Pendapat yang telah dinyatakan oleh Ibnu Kathir adalah lebih tepat ini kerana
di dalam ayat ini menyebut kalimah “fi”, bermaksud tempat yang sama dan tidak
menggunakan kalimah “an” yang memberi maksud meninggalkan rumah dan pulang
ke rumah keluarga atau ke tempat lain. Malah dengan cara sedemikian buka dapat
menjernihkan keadaan, bahkan akan mengeruhkan lagi suasana yang sedia ada.
II. Pemulauan dari segi percakapan
Juga merupakan salah satu cara untuk mendidik isteri yang nusyuz seperti yang telah
dinyataka oleh Ibnu Abbas Al Dhak dan al Sadiyy bahawa ayat ini member maksud :“
pemulauan percakapan”. Begitu juga, kenyataan imam al Fakrurozi dalam tafsinya”
pemulauan tempat tidur ini termaksuklah pemulauan percakapan”.
28
Tempoh pemulauan percakapan pula ada batasannya, seseorang suami tidak
dibenarkan memulaukan percakapan dalam tempoh yang disukainya tanpa ada
hadnya. Tegasnya pemulauan ini adalah bermotifkan pendidikan bukannya untuk
mengundang permusuhan yang lebih hebat. Sementara itu, diharamkan sama sekali
tidak beregur sapa sesame muslim dalam tempoh lebih dari 3 hari. Muhammad ada
menyatakan di dalam al Siraj al Wahhaj “ pemulauan dari segi percakapan tidak lebih
dari 3 hari sama ada pemulauan isteri atau yang lainnya. Kenyataan ini terbukti
dengan sabda Rasulullah s.w.a yang mengharamkan pemulauan percakapan yang
lebih daripada 3 hari:
وقال النبي صلى الله عليه وسلم اليحل لمسلم
أن يهجر اخاه فوق ثالثة ايام.
Maksudnya :
Tidak halal (haram) bagi orang-orang islam yang tidak bertegur sapa
sesame islam lebih dari 3 hari.39
Sekiranya telah dilaksanakan kaedah pemulauan bagi tempoh lebih dari
daripada 3 hari namun, tidak ada tanda-tanda keinsafan pada isteri yang nusyuz.
Keadaan ini harus diteruskan lagi tempoh yang lebih panjang. Jika dipanjangkan lagi
tempoh tersebut, ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan dan terkeluar dari
matlamat pemulauan sebenar. Sekiranya pemulauan ini tidak dapat meredakan
keadaan, masih ada cara lain yang dapat menjernihkan keadaan. Oleh itu hendaklah
menggunakan cara ini sekadar yang patut dengan tujuan untuk meembetulkan isteri
yang nusyuz dan bukan untuk menyeksa atau menghina mereka.
c. Kaedah yang ketiga: memukul
Kaedah “memukul” merupakan cara ke3 yang ditunjukkan oleh syarak untuk
mendidik isteri yang nusyuz. Ini dijelaskan seperti firman Allah s.w.t.:
39 Al-Baihaqi, Abu Bakar Ahmad Ibnu al-Sunan al- kubra, Dar al-Fikr Beirut, jilid ketujuh,hlm.303
29
Maksudnya:
Pukullah (sekiranya kaedah nasihat dan pemulauan tidak member kesan).
Imam al Qurtubi menyatakan mengenai ayat ini dalam tafsirnya : “Allah s.w.t
mengajar kepada suami untuk menangani isteri yang nusyuz iaitu dimulakan dengan
nasihat. Sekiranya tidak berkesan, pulaukanlah mereka dan sekiranya nasihat dan
pemulauan tidak Berjaya mengubah sikap tersebut pukullah mereka kerana
sesungguhnya tindakkan trsebut bertujuan untuk mendidik mereka supaya
melaksanakan tanggungjawab terhadap suaminya.40 Terhadap golongan isteri seperti
ini Allahs.w.t.memerintahkan supaya suami bertindak dengan cara yang lebih tegas
dengan harapan ia dapat membuahkan hasil yang lebih berkesan. Diantara hadis-
hadisnya yang menyatakan pengharusan memukul isteri yang nusyuz oleh:
روى عن النبى أنه قال فى الحج الوداع بع**د أن
حم***د الل***ه واث***نى علي***ه ووع***ظ ووع***ظ اال
واستوصوا بالنساء خير فإنما هن ع**وان عن**دكم
ليس تملكون منهن ش**يأ غ**ير ذل**ك اال ان ي**أتين
بفاحش***ة مبين***ة ف***إن فعلن ف***اهجروهن فى
المض***اجع واض***ربوهن ض***ربا غيرم***برح ف***إن
اطعنكم فال تبغون عليهن سبيال
Maksudnya:
40 Al-qurtubi 1995/1416h jild kelima hlm 172.
30
Sabda Nabi ketika di dalam Haji Wida’ selelah Baginda memuji kepada Allah
dan menyanjugnya serta menasihati hadirin: Ingatlah pesananku ini berbuat
baiklah kepada para isteri. Isteri-isteri itu dapat diumpamakan sebagai
kawanmu yang berada di sampingmu, kamu tidak mampu memiliki apa-apa
dari mereka kecuali kamu (membakang atau tidak taat) maka tinggallah
mereka bersendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang
tidak melukai mereka, kalau isteri-isteri itu taat kepada kamu janganlah kamu
mencari jalan untuk menyusahkan mereka.
Sabda Rasulullah lagi:
وق**ال الن**بي ص**لى الل**ه علي**ه وس**لم اليس**أل
الرجل فيما ضربه إمرائه.Maksudnya:
Seseorang lelaki (suami) tidak akan dipersoalkan tindakkannya
memukul isteri (nusyuz)41
At Tibbi telah menyatakan “ apabila seseorang suami memukul isteri dengan
batasan-batasan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan, maka ia tidak dianggap
sebagai satu kesalahan atau dosa.42 Hadis-hadis di atas membuktikan bahawa syarak
membenarkan suami memukul isterinya dengan pukulan yang tidak mencederakan
bagi tujuan mendidik:
a) Cara memukul
Pukul yang dimaksudkan oleh al Quran bukanlah seperti memukul binatang, seorang
tuan memukul hambanya, tetapi cukup sekadar member pengajaran di atas perbuatan
yang telah dilakukan. Sekali pun ayat ii telah disebut secara mutlak tetapi ia telah
ditafsirkan oleh hadis-hadis tentang batasan-batasannya supaya ia tidak disalah
gunakan kenyataan ini telah ditegaskan oleh Rasulullah s.w.a semasa haji Wida’
41 riwayat ibnu majjah dan al-Tarmizi, jilid kedua hlm.1742Riwayatkan oleh ibnu al majah dan tarmizi jilid hlm.20
31
فإن فعلن فاهجروهن فى المضاجع واض**ربوهن
ضربا غير مبرح.
Maksudnya:
(Berbuat baiklah kepada para isteri) kecualilah isteri-isteri kamu berbuat tidak
baik (membakang atau tidak taat) maka tinggallah mereka bersendirian di
tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai mereka.
Dari hadis di atas, dapatlah difahami bahawa pukul yang dibenarkan oleh
syarak ialah tidak membawa kepada kecederaan iaitu tidak meninggalkan kesan pada
tempat yang dipukul sama ada luka, patah dan sebagainya. Said Ibnu Jubbayr ada
menyatakan bahawa “maksud pukul disini adalah pukulan yang tidak membawa
kecederaan. Sekiranya pukulan itu membawa kepada kecederaan, maka isteri berhak
untuk mengadukan hal tersebut kepada pihak kadi dan seterusnya suami tersebut akan
dikenakan ghanimah (denda). Ini kerana, keadaan tersebut telah terkeluar dari konsep
mendidik yang dikehendaki oleh syarak. Sebaliknya, bertukar kepada penderaan dan
penzaliman terhadap isteri.43
b) Pertembungan diantara al quran dan al Hadis mengenai pengharusan
memukul isteri yang nusyuz.
Setelah terbukti dengan adanya dalil-dalil yang menunjukkan suami berhak
memukul isterinya yang nusyuz, terdapat juga hadis yang menyatakan tegahan
Rasulullah s.w.a dari memukul isteri. Maka di sini telah berlaku pertembungan
diantara al-Quran dan Hadis yang membenarkan memukul isteri dengan Hadis
yang menegah tindakan tersebut. Hadis yang dimaksudkan ialah:
التضربوا ماء الله.
43 Abu Malik Ensiklopidi Fiqih Wanita. 2001/1422h. Jilid 2.hlm 373
32
Maksudnya:
Jangan sekali-kali kamu memukul hamba Allah.
Berdasarkan pada hadis di atas telah berlaku pertembungan diantara dalil-dalil
yang membenarkan memukul isteri yang nusyuz dengan hadis di atas namun begitu
pada hakikatnya tidak sedemikian kerana:
I. Dalil-dalil yang membenarkan memukul, sekiranya berlaku nusyuz
dan hadis menerangkan sekiranya memukul tanpa sebab. Oleh itu,
dibenarkan memukul kerana bersebab dan ditegah kerana tidak
bersebab.
II. Hadis yang tidak membenarkan memukul, telah dinasakhkan oleh
ayat dan hadis lain yang yang mengharuskan tindakan tersebut.
III. Larangan pada hadis tersebut membawa maksud dimakruhkan dan
bukannya membawa maksud diharamkan .
Berdasarkan pada hujah-hujah di atas menunjukkan tidak berlaku pertembungan
diantara ayat al Quran dengan hadis bahkan ia membawa maksud tersendiri: Wahbah
al Zuhaili menyatakan “ lafaz ‘nahyu’ membawa banyak maksud, adakalanya
membawa maksud haram dan kadang-kadang bermaksud makruh dan lain-lain lagi.
Sememangnya pada asal “nahyu” memberi maksud haram, kecuali ada dalil yang
memberi maksud selain daripada maksud haram. Di sini jelas membuktikan bahawa
hadis tersebut tidak membawa maksud haram kerana telah dikuatkan dengan hadis-
hadis lain yang membuktikan pengharusan memukul isteri yang nusyuz.
c) Adakah memukul itu lebih baik atau sebaliknya.
Para ulama bersepakat menyatakan bahawa memukul isteri yang nusyuz bukanlah
suatu yang wajib bahkan ia hanya diharuskan. Pendek kata, meninggalkan perbuatan
tersebut itu adalah terlebih baik. Namun begitu, Islam tidak menyatakan bahawa
memukul itu merupakan kaedah tunggal dalam menyelesaikan masalah nusyuz, tetapi
ia merupakan salah satu daripada cara penyelesaian. Malah di dalam al Quran, pukul
33
itu diletakkan di tempat yang terakhir bagi menyelesaikan masalah isteri yang nusyuz.
Maka ikutan terbaik kita adalah Rasulullah s.w.a. Baginda tidak perlu memukul isteri-
isterinya sebagaimna dalam sebuah Hadis yang berbunyi:
وقال النبي ص**لى الل**ه علي**ه وس**لم م**ا ض**رب
رس**ول الل**ه )ص( خادمال**ه والام**رة والض**رب
شيئا.Maksudnya:
Rasulullah s.w.a tidak pernah memukul hambanya, isteri-isterinya dan
sesiapapun.
Maka berdasarkan pada hadis di atas meninggalkan cara yang ketiga ini adalah
lebih baik, kerana Rasulullah s.w.a tidak pernah memukul isteri-isterinya dan hamba-
hambanya. Ini membuktikan bahawa tindakan memukul isteri adalah tidak digalakkan
sekalipun ia dibenarkan, oleh kerana itulah sesetengah ulama berpendapat pukul
adalah dianggap sebagai “makruh Tanzih”
d) Alat memukul dan kadarnya
Walaupun syarak membenarkan suami memukul isterinya yang nusyuz, tetapi
ia adalah terbatas. Batasan-batasan yang dimaksudkan seperti suami sama sekali
memukul di tempat yang boleh membawa kecacatan atau kematian seperti dibahagian
muka, kepala, perut dan sebagainya. Sekiranya suami memukul melampaui batasan
yang telah ditetapkan isteri berhak untuk adukan perkara tersebut kepada pihak kadi.
I. Alat untuk memukul.
Mengenai alat yang digunakan untuk memukul pula, al-Quran dan Hadis tidak
menghadkan alat-alat yang tertentu tetapi para ulama telah menyatakan iaitu tidak
memukul dengan menggunakan tongkat, rotan, atau dengan alat yang boleh
34
mencederakan. Sebaliknya dengan hanya menggunakan kain atau tuala yang
disimpulkan dihujungnya atau alat-alat yang tidak melibatkan kecederaan .
Kenyataan ini berdasarkan kepada kisah Nabi Ayub a.s yang bersumpah untuk
memukul isterinya setelah sembuh daripada penyakitnya sebanyak 100 pukulan. Akan
tetapi Allahs.w.t dengan sifatnya yang maha pengasih lagi maha penyayang
memerintah Nabi Ayub a.s memukul seratus pululan (dengan rumput) dengan
sekaligus sahaja. Kerana niat Nabi
Ayub a.s bukannya untuk menyeksa isterinya, sebaliknya bertujuan untuk mendidik.44
Sebagaimana firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
Ambillah dengan tanganmu seikat jerami, kemudian pukullah
(isterimu) dengannya dan janganlah kamu merosakkan sumpahmu itu.45
II. Kadar pukulan
Mengenai kadar pukulan pula, suami tidak dibenarkan memukul isterinya melebihi
dari sepuluh pukulan. Ini merupakan pendapat yang dipegang oleh mazhab Hanafi dan
juga Hambali. Sementara bagi mazhab Maliki dan Syafi’e pula, membenarkan lebih
dari sepuluh pukulan. Tetapi Mazhab Syafi’e menghadkan pukulan tidak lebih
daripada 40 pukulan.
Namun pendapat yang telah dinyatakn oleh mazhab Hanafi dan Hambali iaitu
tidak lebih dari sepuluh pukulan adalah lebih patut untuk diterima pakai Sabda
Rasulullah s.w.a:
44
45 Al-quran surah al-Sad 38:44
35
اليجل��د اح��دكموقال النبي صلى الله عليه وس**لم
فوق عشرة اسواط اال فى من حدود الله.
Maksudnya:
Jangan sekali-sekali kamu memukul lebih daripada sepuluh kali
sebatan, keculilah ketika kamu melaksanakan hukuman hudud.
Hadis di atas menunjukkan bahawa, suami tidak dibenarkan memukul isterinya lebih
daripada sepuluh kali pukulan, kerana orang yang layak untuk dikenakan lebih
daripada 10 pukulan ialah orang yang telah melakukan kesalahan yang akan
dikenakan hukuman mandap ke atasnya, jika disabitkan kesalahan seperti zina, qazaf
dan lain-lain lagi. Namun begitu kesalahan nusyuz tidaklah sampai keperingkat
tersebut. Maka dengan itu, suami tidak dibenarkan memukul isteri yang nusyuz lebih
daripada sepuluh pukulan berdasarkan pada hadis di atas.
III. Tindakan Selajutnya
Setelah melebihi 3 kaedah yang telah disebut (nasihat, pemulauan dan memukul)
suami tetap juga menemui jalan yang buntu untuk mengubah sikap isteri yang nusyuz
maka suami hendaklah menyerahkan urusan ini kepada orang tengah. Orang tengah
tersebut hendaklah terdiri daripada keluarga suami dan juga keluarga isteri, yang mana
mereka ini tidak menyebelahi mana-mana pihak suami atau isteri.46 Sebagaimana
firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
46 Abu Hassa al-Din, krisis rumah tangga dan cara mengatasinya, Dar al-Nu’mah, kuala lumpur, 1996,hlm.110
36
Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri)
maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang
dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. jika kedua-dua
"orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya
Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya
Allah sentiasa Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.
Berdasarkan pada ayat ini orang tengah diperlukan untuk menyelesaikan krisis
rumahtangga, setelah jalan sebelum ini menemui kegagalan. Suami tidak seharusnya
bertindak terburu-buru dengan menceraikan isterinya, tanpa membuat perudingan
dengan pihak yang sepatutnya, sebagaimana dilakukan semasa hendak mendirikan
rumahtangga. Telah berkata Ibnu al Arabi daripada kata-kata Said Ibnu Jubayr: “
hendaklah suami menasihati isterinya yang nusyuz. Sekiranya dia ingkar, maka
sekiranya tetap menemui jalan buntu, maka lantiklah pendamaidari pihak suami dan
juga dari pihak isteri. Maka melantik pendamai atau dengan perkataan lain hakim,
adalah jalan yang terakhir untuk menyelesaikan masalah nusyuz, sebelum suami
mengambil tindakan menceraikan isterinya.
2.5.2 Nusyuz Dari Pihak Suami47
Penulis telah pun menjelaskan, bahawa nusyuz bukan sahaja berlaku pada pihak isteri,
ia juga boleh berlaku pada pihak suami. Nusyuz bagi pihak lelaki bolehlah kita
sifatkan sebagai “ suami yang tidak menunaikan hak-hak isteri, yang diwajibkan ke
atasnya tanpa ada alasan yang disyarakkan. Manakala di dalam tafsir al-Azhar,
tentang nusyuz suami disebut sebagai “ Suami tidak suka atau senang atau sudah
bosan atau sudah benci kepada isterinya. Hal ini biasanya terjadi kepada suami yang
beristeri lebih dari satu. Firman Allah s.w.t telah membuktikan juga berlaku dari pihak
suami sebagaimana firmanNya:
47 Harun Din al-nafaqah wa al Shiqaq wa ta’adadu al-zaujat, percetakan watan, Kuala Lumpur 1985/1405h hlm.74
37
Maksudnya :
Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz"
(kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami
isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-
baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-
berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur)
itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. dan jika kamu berlaku
baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman),
maka Sesungguhnya Allah Maha mendalam pengetahuannya akan apa yang
kamu lakukan. 48
Di dalam ayat seterusnya Allah s.w.t memberi peringatan kepada para suami
supaya berlaku adil terhadap isteri-isteri mereka. Sebagaimana firmanNya:
Maksudnya:
Oleh itu janganlah kamu cenderung Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri
yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang
tergantung (di awangan).49
Dalam meseg yang sama Rasulullah s.w.a. juga memberi peringatan dan
amaran kepada para suami yang cuai didalam menunaikan hak-hak terhadap isteri
mereka, kerana ada setengah suami sangat sibuk dalam menguruskan pekerjaannya di
luar kadangkadang terbawa-bawa ke dalam rumahtangga, sehingga seakan-akan
isterinya tidak wujud dan tidak dipedulikan atau tidak memberi cukup nafkah zahir
dan batin sedangkan isteri cemburu dan cepat merasa dirinya tidak dihargai.
sebagaimana sabdanya:
48 Al-Quran, al-Nisa’ 4:12849 Ibid:129
38
وقال النبي صلى الله عليه وسلم من كانت له امرات��ان
فمال الى اح��دهما دون االخ��ر ج��اء ي��وم القيام��ة واح��د
شقيه ساقط.
Maksudnya:
Barang siapa yang mempunyai 2 orang isteri dan cenderung pada seorang,
tidak kepada seorang lagi, datang pada hari qiamat sebahagian daripada
badannya condong (senget sebelah badan).50
Sehubungan dengan itu, suami dikatakan nusyuz sekiranya tidak adil ketika
melayani isteri-isterinya, tidak memberi nafkah yang diwajibkan ke atas mereka atau
bertindak kasar keatas isteri-isteri mereka sama ada pada perbuatan atau perkataan. 51
Suami yang tidak memberi nafkah yang tidak memberi nafkah yang sepatutnya
kepada isterinya dianggap sebagai nusyuz. Ini bersandarkan kepada al Quran,sunah
dan ijmak para ulama bahawa nafkah terhadap isteri adalah diwajibkan ke atas suami.
Allah s.w.t.ntelah berfirman:
Maksudnya:
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan
sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari
apa yang diberikan Allah kepadanya.52
50 Al-Baihaqi, Abu Bakar Ahmad Ibn alHusin al Sunan alKubra Dar alFikr, Beirut, jilid tujuh,hlm.297.
51 Harun Din al-nafaqah wa al Shiqaq wa ta’adadu al-zaujat, percetakan watan, Kuala Lumpur 1985/1405h hlm.74
52 Al-Quran Surah al-Talak 65:7
39
Rasulullah s.w.a. juga menegaskan bahawa, suami wajib menunaikan nafkah
terhadap terhadap isterinya. Pada suatu ketika, Baginda s.w.a. telah ditanya oleh
seorang sahabat r.a tentang hak suami ke atas isterinya, lalu rasulullah s.w.a bersabda:
وقال النبي ص��لى الل��ه علي��ه وس��لم تطعمه��ا إذا اكلت
وتكس��وها إذا الس��يت وال تض��رب الوج��ه وال تقبح وال
يهجر اال فى البيت
Maksudnya:
Suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan dan kamu memberikan
kepadanya pakaian, jika ia berhajat kepada pakaian jangan sekali-kali kamu
memukul di muka dan kamu tidak boleh memperolok-olokannya dan jangan
kamu tidak meninggalkanya (berasingan tempat tidur) kecuali dirumah
sendiri.53
Ibnu Qudamah juga ada menyatakan “para ulama bersepakat bahawa nafkah
suami ke atas isterinya merupakan perkara yang diwajibkan kecualilah bagi isteri yang
nusyuz. Begitu juga, suami yang tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya juga yang
wajib bagi suami, sekalipun isteri mereka dalam keadaan uzur seperti sakit atau haid.
Kenyataan ini jelas, berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.w.a:
وقال النبي صلى الله عليه وسلم من كانت له امرات��ان
فمال الى احدها جأ يوم القيامة وشقيه مائل.
Maksudnya:
Selain yang mempunyai dua isteri maka ia lebih menyanyangi lebih salah seorang
daripadanya, ia akan datang bertemu dengan allah s.w.t pada hari qiamat nanti dengan
sebelah badanya condong (senget sebelah).
53 Abu Dawud dan ibnu majah ,jilid dua, hlm.221
40
Selain itu juga, suami berkata-kata dengan perkataan kasar, menghina serta
biadab terhadap isteri juga dianggap sebagai nusyuz. Rasulullah s.w.a telah bersabda:
وقال النبي ص��لى الل��ه علي��ه وس��لم والتض��ربوا الوج��ه
والتقبح والتجهر اال فى البيت
Maksudnya:
Jangan sekali-kali kamu memukul dimuka dan memperolok-oloknya dan juga kamu
tidak meninggalkannya (berasingan tepat tidur) kecuali di rumah sendiri.
Selain itu, tindakan memukul tanpa sebab juga dianggap suami tersebut telah
nusyuz. Sekalipun syarak membenarkan seorang suami memukul isterinya. Tetapi
suami tersebut hendaklah mempunyai alas an yang kukuh untuk berbuat demikian
seprti untuk mengajar isteri supaya melaksanakan tanggaungjawab yang telah
dijawabkan terhadap suami merka. Sebagaimana sabda Rasulullah s.w.a:
وقال النبي صلى الله عليه وسلم التض��ربوا ام��اء
الله
Maksudnya:
Jangan sekali-kali kamu (suami) memukul hamba Allah (isteri).
Syarak juga telah menjelaskan jalan penyelsaian bagi untuk menghadapi suami
yang nusyus. Perlulah dingatkan bahawa ada diantara kaedah yang digunakan pada
isteri yang nusyuz, juga boleh dilaksanakan ketika menghadapi suami nusyuz seperti
nasihat “pemulauan” dan beberapa cara yang lain seperti perdamaian. Tetapi tidak
dibenarkan sama sekali menggunakan kaedah yang ketiga iaitu “memukul”.
a. Nasihat dan Pemulauan
Nasihat adalah kaedah pertama yang dianjurkan oleh syarak. Maka suami dan isteri
mempunyai hak yang sama diantara satu sama lain kerana tugas menyuruh kepada
kebaikan dan menegah segala bntuk kemungkaran adalah tugas semua umat Islam,
termasukalah suami isteri. Sesetegah ulama menyatakan isteri mempunyai hak yang
41
sama ketika mengambil tindakan memulaukan atau tidak member layanan yang baik
kepada suami yang nusyuz.
Syarak tidak pula menjelaskan bentuk pemulaun yang patut dilakukan oleh
isteri terhadap suaminya yang nusyuz. Namun pemahaman dari nas-nas sebelum ini
pemulauan yang dibenarkan oleh isteri terhadap suaminya adalah terhad (khususnya
pemulauan bentuk perbuatan) berbanding dengan tindakan suami terhadap isterinya
yang nusyuz. Apa yang dimaksudkan pemulauan dari segi prcakapan adalah seperti
tidak bercakap dengan percakapan yang mesra berbanding dengan keadaan sebelum
ini atau tidak bercakap langsung (mendiamkan diri) yang tidak lebih dari tiga hari.
Pemulauan dari segi perbuatan seperti tidak memberi layanan yang istimewa
berbanding dengan keadaan sebelum ini adalah dibenarkan. Namun pemulauan
perbuatan dengan menolak ajakan suami untuk melakukan persetubuhan adalah
dibenarkan. Ini kerana permintaan suami untuk melakukan persetubuhan hendaklah
dipatuhi oleh isteri sekalipun suami tersebut telah nusyuz. Ini kerana berdasakan apa
yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.w.a:
إذا دعا الرجل امرأتهوقال النبي صلى الله عليه وسلم إلى فراشة, فلم تأته فبات غضبان عليها لعنتها
المالئكة حتى تصبح
Maksudnya:
Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur, namun isternya enggan
sehingga membuat suaminya marah kepada, maka para malaikat akan
melaknatinya sampai waktu pagi.
b. Perdamaian
Perdamaian di sini bolehlah kita sifatkan sebagai, isteri mengurangkan hak yang perlu
ditunaikan oleh suami, demi menjaga kemaslahatan di sisi suami seperti
42
mengurangkan haknya yang wajib ditunaikan oleh suami pada mahar, nafkah atau
hak-hak persamaan (bagi yang berpoligami). Tindakan perdamaian yang dibuat oleh
pihak isteri ini, adalah bertujuan untuk mengembalikan keadaan aman dan tenteram
dalam rumahtanga sebagaimana sebelum berlakunya nusyuz. Tindakan ini adalah
dibnarkan sekiranya ia mendatangkan kemaslahatan didalam menyelamatkan
ruamhtangga dari keruntuhan. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
Maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara
mereka berdua (secara Yang sebaik-baiknya).54
Imam al Nawawi ada berkata “apabila telah kelihatan tanda-tanda nusyuz pada
suami disebabkan umur isteri telah lanjut ataupun dalam keadaan sakit, sekiranya
isteri dapat merasakan dengan mengurangkan hak-haknya yang wajib ditunaikan oleh
suami mereka seperti hak kesamarataan dan lain-lainnya, akan mendatangakan
kebaikan kepada mereka, maka ia dibenarkan”.
c. Mengadu kepada pihak kadi
Sekiranya kesemua cara sebelum ini tidak dapat menyelesaikan permasalahan yang
berlaku, maka pihak isteri berhak untuk mengadu kepada kadi yang dapat
menyelesaikan masalahnya, ini kerana, isteri adalah yang lemah berbanding dengan
pihak lelaki. Mereka tidak mampu untuk memgambil tindakna yang lebih jauh selain
daipada apa yang dinyatakan sebelum ini. Maka tidak ada orang yang lebih kuat dan
lebih berkuasa untuk menegur seterusnya mengambil tindakan terhadap suami yang
nusyuz, melainkan pemerintah (kadi). Uqlah ada menyatakan “isteri tidak harus
berdiam diri sekiranya suami nusyuz kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan.
Sebaliknaya isteri hendaklah mengadukan perkara ini kepada ahli keluarga atau
54 Al-Quran Surah al Nisa’ 4:128
43
kepada mana-mana orang yang dapat menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya ini
juga tidak mendatangkan hasil, isteri hendaklah mengadukan perkara ini kepada pihak
kadi. Seterusnya pihak kadi bolehlah mengambil apa-apa tindakan yangsewajarnya
bagi menyelesaikan permasalahan ini”
2.5.3 Nusyuz dari kedua-dua belah pihak
Nusyuz peringkat yang ketiga ini adalah nusyuz yang telah sampai ketahap paling
kritikal, iaitu kedua-dua suami isteri adalah nusyuz . Nusyuz peringkat ini amat susah
untuk diselesaikan kerana suami isteri menzahirkan keegoan dan kesombongan
masing-masing. Setiap daripada mereka juga, menunjukkan sikap tidak mahu
mengalah dan bertolak ansur serta tidak mahu mengakui kesilapan. Nusyuz pada
peringkat ini juga dinamakan sebagai shiqaq.
2.5.4 Kesimpulan
Hasil dari perbincangan yang lepas dapatlah dibuat beberapa kesimpulan, iaitu nusyuz
merujuk kepada tindakan suami atau isteri yang cuai dari melaksanakan
tanggungjawab mereka sebagai suami isteri, sebagaimana yang telah digariskan oleh
Islam, tanpa ada sebarang alas an yang syarak untuk dikecualikan dari melaksanakan
nusyuz suami dan juga nusyuz dari kedua-dua belah pihak atau dikenali sebagai
shiqaq.
Bagi menghadapi isteri yang nusyuz, Islam telah menggariskan kaedah-
kaedah penyelsaian agar tidak bertindak secara teburu-buru, sebaliknya bertidak
dengan penuh hikmat dan bijaksana. Kaedah-kaedah yang dimaksudkan adalah
sebagaimana yang telah dinyatakan oleh al-quran dan Sunah iaitu bermula dengan
nasihat, pemulauan dan yang terahkir memukul. Sekiranya, ketiga-tiga kaedah
sebelum ini tidak berhasil, maka cara yang terakhir ialah menggunakan orang tengah
atau hakam iaitu mrerka yang telah dilantik khusus oleh pihak kadi.
44
Selain itu juga, syarak telah menggariskan penyelesaian bagi menghadapi
suami yang nusyuz. Antara kaedah yang digunakan oleh suami ketika menghadapi
isteri yang nusyuz, juga diterima pakai ketika isteri menghadapi suami yang nusyuz
seperti menasihati dan juga pemulauan. Namun pemulauan isteri trhadap persetubuhan
adalah tidak dibenarkan. Ini kerana, hadis telah jelas melarang perbuatan tersebut,
sekalaipun suami mereka telah nusyuz. Kaedah perdamaian juga boleh digunakan,
seperti mengurangkan haknya yang diwajibkan ke atas suami seperti mahar, nafkah
dan hak-hak persamaan bagi suami yang berpoligami. Sekiranya keadaan nusyuz
suami sudah tidak terkawal, maka isteri boleh mengadu hal tersebut kepada pihak kadi
untuk mengambi ltindakan selanjutnya.
BAB III
45
ANALISIS KES NUSYUZ DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI
MELAKA
3.1 Pengenalan
Kajian ilmiah ini mengandungi perbincangan yang dikhususkan kepada topik
masalah-masalah dan cabaran yang dihadapi dalam perbicaraan kes-kes nusyuz di
Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka. Dalam membincangkan tajuk tesis ini
penulis memilih untuk merujuk secara khusus kepada Undang-Undang Keluarga
Islam yang terpakai di Negeri Melaka iaitu Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
2002. Penulis juga memilih untuk merujuk kepada kes-kes yang dilaporkan yang
mana kes-kes itu diputuskan di mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka untuk
memudahkan penulis membuat kajian ilmiah.
III.2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka55
Undang-Undang berkaitan dengan kekeluargaan di Negeri Melaka ditadbir oleh
Enakmen Keluarga Islam 1983 dan melalui nama Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam 2002. Enakmen ini telah diwartakan oleh kerajaan mengikut Enakmen 12
Undang-Undang keluarga Islam Negeri Melaka pada tahun 2002 yang telah diluluskan
oleh Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 September 2002, dan telah diisytihar
untuk makluman umum. Berhubung dengan Enakmen ini dibahagikan kepada 10.
Bahagian yang mengandungi 136 seksyen pendetilannya adalah seperti mana berikut:
Bahagian pertama merupakan permulaan undang-undang Keluarga Islam
Negeri Melaka yang mengandungi 6 Seksyen yang terdiri dari Seksyen 1 hingga
Seksyen 6. Perbahasannya tentang enakmen perkahwinan yang masih berterusan yang
didaftarkan di bawah Seksyen 6 menyatakan perkahwinan yang masih berterusan yang
didaftarkan di bawah pasal hanya boleh dibubarkan mengikut enakmen undang-
undang Keluarga Islam Negeri Melaka sahaja.
55 Enakmen undang-undang keluarga negeri Melaka 2002.
46
Bahagian kedua mengatur tentang perkahwinan, ia mengandungi 18 Seksyen
yang dimulai dari Seksyen 7 hingga 24. Bahagian ini merupakan titik permulaan
sistem perkahwinan masyarakat negeri Melaka yang merangkumi permulaan kepada
perkahwinan. Pendetilan didalamnya terdapat beberapa prosedur tentang perkahwinan
samaada dari segi had umur lelaki dan perempuan, pertunangan, orang yang boleh
mengakadnikahkan perkahwinan dan lain-lain.
Bahagian ketiga merupakan pendaftran kepada perkahwinan, mengandungi10
Seksyen, yang dimulai dari Seksyen 25 hingga Seksyen 34. Perbahasan di dalamnya
terdapat Seksyen berkenaan dengan pendaftaran prkahwinan yang dijalankan,
perakuan nikah dan prakuan ta’lik dan sebagainya.
Bahagian keempat merupakan penalti dan peruntukan pelbagai yang
berhubung dengan akad nikah dan pendaftaran perkahwinan. Ia mempunyai 10
Seksyen yang dimulai dari Seksyen 35 hingga Seksyen 44. Perbahasan di dalam
bahagian ini terdapat beberapa tindakan yang diambil atas pesalah, pemeriksaan
pendaftaran perkahwinan dan pembuktiannya.
Bahagian kelima merupakan bahagian tentang pembubaran perkahwinan. Ia
mempunyai 15 Seksyen yang dimulai dengan Seksyen 45 hingga pasal 59. Antara
pendetilan terkandung didalamnya adalah perceraian-perceraian, takat kuasa untuk
membuat apa-apa perintah dan sebagainya.
Bahagian keenam tentang nafkah isteri, anak dan lain-lain. Ia mengandungi 22
Seksyen yang dimulai dengan Seksyen 60 hingga Seksyen 81. Perbahasan dalam
bahagian ini terkandung diantranya kuasa mahkamah memerintahkan nafkah bagi
isteri dan kesan nusyuz serta yang berkait dengan nafkah. Dalam bahagian ini terdapat
peruntukan Seksyen terhadap kesan nusyuz isteri.
Bahagian ketujuh tentang penjagaan. Ia mengandungi 27 Seksyen yang dimulai
dengan Seksyen 82 hingga Seksyen 108. Bahagian ini tertakluk kepada beberapa
bahagian lain antaranya hadhanah atau penjagaan kanak-kanak yang mengandungi 7
47
Seksyen, penjagaan ke atas orang dan harta mempenyai 20 Seksyen. Antara yang
terkandung dalam bahagian ini adalah berhak menjaga kanak-kanak, tempoh bagi
penjagaan, serta keputusan mahkamah terhadap penjagaan.
Bahagian kelapan tentang pelbagai yang mengandungi 15 Seksyen yang
dimulai dengan Seksyen 109 hingga Seksyen 123. Ia terbagi kepada beberapa
bahagian yang mempunyai 2 Seksyen yang dimulai dari Seksyen 109 hingga Seksyen
110, bahagian kesahtarafan anak yang mempunyai 10 Seksyen yang dari bermula dari
Seksyen 111 hingga Seksyen 120. Bahagian perintah supaya hidup bersama semula
terdapat iaitu Seksyen 121, bahagian pembahagian harta sepencarian terdapat 1 pasal
iaitu Seksyen 122, yang terakhir bahagian rayuan yang terdapat 1 bahagian iaitu
Seksyen 123. Perbahasan di dalam bahagian ini terdapat pengiktirafan perkahwinan
orang Islam yang dilakukan di luar Negeri Melaka dan di kedutaan, pengesahan
kesahtarafan anak, pembahagian harta sepencarian, rayaun dan perintah supaya hidup
bersama semula.
Bahagian kesembilan merupakan tentang penalti yang mempunyai 11 Seksyen
yang bermula dari Seksyen 124 hingga Seksyen 134. Perbahasan di dalamnya terdapat
tindakan yang diambil oleh mahkamah terhadap mereka yang melanggar perintah.
Bahagian kesepuluh mengatur tentang ketentuan umum yang mempunyai 2
Seksyen Perbahasannya dimulai dengan Seksyen 135bdan diakhiri dengan Seksyen
136. Perbahasan didalamnya terdapat kuasa bagi membuat kaedah-kaedah dan
pemansukhan Enakmen Keluarga Islam 1983.
Hurain di atas, menjelaskan Seksyen yang mengatur tentang perkahwinan
masyarakat Negeri Melaka Seksyen tersebut terdapat pada Warta Kerajaan Negeri
Melaka, dalam Enakmen undang-undang Kelurga Islam Tahun 2002. Oleh itu segala
permasalahan atau kekeliruan yang berlaku dalam masalah keluarga haruslah merujuk
kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam tahun 2002.
3.3 Peruntukan Undang-Undang Berkaitan Nusyuz
48
Sebelum penulis membahaskan tentang kes nusyuz yang berlaku di Mahkamah Tinggi
Syariah negeri Melaka ada eloknya penulis memperkenalkan peruntukan Enakmen
Undang-Undang Kelurga Islam Negeri Melaka. Terdapat beberapa peruntukan yang
berkaitan dengan nusyuz di dalam Undang- Undang Keluarga Islam Negeri Melaka
2002. Antaranya ialah:
1. Seksyen 60- kuasa mahkamah memerintahkan nafkah bagi isteri dan kesan
nusyuz.
Seksyen ini memperuntukkan tiga Seksyen kecil antara lain seperti berikut:
Seksyen 60 (1) tertakluk kepada hukum syarak, mahkamah boleh merintahkan
seseorsng lelaki membayar nafkah kepada isterinya atau bekas isterinya. Dalam
Seksyen ini, mahkamah mempunyai kuasa untuk membenarkan isteri mendapatkan
nafkah dari suaminya, sama ada isteri tersebut telah diceraikan ataupun tidak.
Keputusan ini berdasarkan dari tahap tindakan nusyuz isteri, serta tahap kesabaran
suami terhadap sikap isteri. Sekiranya keputusan suami adalah untuk menceraikan
isterinya maka suami harus membayar nafkah iddahnya, namun sekiranya tidak maka
mahkamah mmpunyai kuasa untuk membenarkan isteri mendapatkan nafkah dari
suaminya ataupun tidak. Segala peruntukan itu haruslah tertakluk kepada hukum
syarak.
Seksyen 60 (2) tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah,
seseorang isteri tidaklah berhak mendapat naafkah apabila ia nusyuz atau engan
dengan tidak munasabah menurut kemahuanbatau perintah sah suaminya iaitu antara
lain:
a. Apabila dia menjauhkan diri dari suaminya, yang dimaksudkan menjauhkan
diri disini adalah isteri enggan mendekatkan diri kepada suami seperti tidak
melayan suami dengan baik sepatutnya.
49
b. Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan
suaminya; yang dimaksudkan dengan meninggalkan rumah adalah isteri keluar
rumah tanpa izin suami.
c. Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu tempat atau ke
tempat lain, yang dimaksudkan dengan enggan berpindah bermaksud isteri
enggan mengikut perintah suami apabila diperintahkan melakukan sesuatu
pekerjaan termsuklah berpindah rumah. Tanpa ada apa-apa sebab yang sah
mengikut hokum syarak.
Dalam Seksyen di atas terdapatperuntukan berkenaan dengan nafkah bagi isteri
yang nusyuz, bagi isteri terhadap suaminya dengan tiada sebab-sebab yang munasabah
menurut kemahuan atauperintah sah suaminya antara lain sekiranya isteri menjauhkan
diri terhadap suami, meninggalkan rumah suami bertentangan dengan kemahuan
suami serta enggan berpindahbersama suaminya ke satu rumah atau ke tempat lain
tanpa ada alas an yang boleh diterima syarak. Sekiranya ternyata tanda-tanda seperti
di atas maka mahkamah berhak memerintahkan suaminya agar tidak member nafkah
kepada isteri, demikianlah peruntukkan pasal 60 (2) yang telah diperuntukkan dalam
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002.
Seksyen 60 (3) selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan
perintah sah suaminya, maka ieteri itu tidaklah lagi nusyuz. Dalam Seksyen ini,
mahkamah boleh memerintahkan suami dan membenarkan isteri mendapatkan nafkah
sekiranya isteri itu bertaubat dari kelakuan nusyuznya itu. Seksyen 60 dan
kurungannya mempunyai kaitan antara satu sama dengan yang lain kesemuanya
berdasarkan dengan ketentuan hukum syarak.
2. Seksyen 130 – Isteri tidak menurut perintah
Seksyen ini pula memperuntukkan denda bagi isteri yang nusyuz tidak menurut
perintah suaminya, pasal tersebut adalah seperti berikut:
50
Seksyen 130 yang memperuntukkan mana-mana perempuan dengan sengaja tidak
menurut mana-mana perintah yang diberikan suaminya yang sah mengikut hokum
melakukan suatu kesalahan syarak dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima
ratus ringgit. Demikianlah Seksyen bersangkutan dengan nusyuz yang terdapat dalam
enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002. Dari segi hukum,
nusyuz juga diputuskan berdasarkan Enakmen kerana Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam Negeri Melaka tertakluk kepada hukum Syarak yang telah ditetapkan.
III.4 KAJIAN KES NUSYUZ YANG DIPUTUSKAN DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA
III.4.1 Kes-Kes Nusyuz Dan Keputusan Mahkamah
Seterusnya dalam mengkaji kes-kes nusyuz isteri yang berlaku di Mahkamah Tinggi
Syariah Negeri Melaka, penulis telah melihat beberapa contoh kes diputuskan dari
mahkamah Tinggi Melaka. Terdapat beberapa contoh kes tuntutan nusyuz yang dibuat
dalam Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka iatu sebanyak 32 kes sahaja ada di
Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka dari tahun 2007-2011, kesemua kes selesai
manakala terdapat satu kes lagi yang tertangguh. Sebenarnya agak sulit penulis untuk
mendapat contoh-contoh kes kerana amat sedikit bilangan suami yang mengajukan
tuntutan melibatkan nusyuz isteri. Tetapi dengan bantuan pegawai pendaftar di
Mahkamah Tinggi Melaka penulis telah dapat meneliti fail-fail yang melibatkan kes-
kes penceraian yang disabitkan dengan nusyuz isteri. Oleh itu kes yang diperolehi dari
tahun 2007- 2011 hanya sebanyak 32 sahaja, serperti mana yang ditunjukkan pada
jadual di bawah:
51
Jadual 1
TAHUN KES
2007 2
2008 3
2009 10
2010 12
2012 5
JUMLAH 32
Diantara contoh-contoh kes yang dimaksudkan dan cara penyelesaian yang dibuat
(2007-2011) ialah:
III.4.2 Kes-Kes Nusyuz Tahun 2007
Kes nusyuz pada tahun 2007 hanya terdapat dua kes sahaja yang melibatkan kes
nusyuz di antaranya ialah:
a. Azaniraib b. bakar lawan Mariam bt Husin ( 1 April 2007 ), Kes Mal No
(04001-058-0565-2007)
i. Fakta Kes
1. Kes ini berkenaan dengan permohonan tuntutan penceraian antara Azaniraib
b. bakar lawan Mariam bt Husin.
2. Plantif dan defendan adalah suami isteri.
3. Plantif adalah seorang juruteknik di sebuah pasaraya.
4. Manakala defendan pula seoarang kerani di unit peperiksaan di Plaza malim
Melaka.
5. Hasil dari perkahwinan tersebut mereka telah mendapat seorang cahaya mata
iaitu anak lelaki yang berusia 4 tahun.
52
6. Dengan sebab perselisihan faham pada 23 Julai 2007 maka anak mereka di
bawah jagaan pantif.
7. Defenden juga tidak mahu mengikut plantif ke Mekah untuk menunaikan
ibadah umrah.
8. Manakala pada 29 November 2007 iaitu pada jam 10.15 malam defenden telah
ditagkap khaluwat dengan teman lelakinya oleh sepasukan pegawai dari
bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Melaka.
9. Kes ini didaftarkan pada 27.Oktober 2007 dalam kes ini suami menyatakan
bahawa isteri tidak bertanggungjawab terhadap rumahtangga.
ii. Keputusan Mahkamah
Maka dari permohonan cerai yang telah dibuat pada tarikh sebagaimana di atas maka
5 Desember 2007, isterinya telah dijatuhkan cerai dengan talak satu hasil persetujuan
daripada pihak suami.
Kes selesai, suami telah menjatuhkan talak satu dihadapan hakim . Dengan tidak
mendapat nafkah edah. Berdasarkan alasan-alasan hakim:
iii. Alasan Kehakiman
Di dalam perbicaraan suami membangkitkan isu bahawa isterinya tidak berhak
mendapat nafkah kerana telah Nusyuz, iaitu keluar meninggalkan rumah tanpa
keizinan dan telah ditangkap khalawat. Dalam penghakiman mereka, Mahkamah
Rayuan telah menyatakan:
“Keterangan yang diberi dalam kes ini menunjukkan walaupun isteri itu
tidak lagi tinggal bersama suaminya. Suaminya tidak membuat apa-apa
aduan kepada Mahkamah bahawa isterinya nusyuz dan tidak mengambil
langkah untuk mendapat perintah nusyuz dari mahkamah. Di atas alasan
ini juga kami berpendapat isteri berhak mendapatkan cerai takliknya
disabitkan”
53
Berdasarkan kes di atas, jelas bahawa apabila suami mendapati isterinya
Nusyuz, suami perlu memulakan tindakan proaktif iaitu dengan membuat aduan
ke mana-mana Pejabat Agama untuk satu sesi kaunseling untuk menasihati pihak-
pihak bagi menyelesaikan krisis yang dihadapi. Jika suami tidak mengambil
sebarang tindakan wajar, maka kemungkinan isteri tidak dapat disabitkan sebagai
Nusyuz.
Nusyuz ini biasanya akan dimulakan dengan tuntutan taat terlebih dahulu yang
dikemukakan oleh suami. Jika selepas perintah isteri taat dikeluarkan, isteri masih
lagi enggan, maka isteri boleh disabitkan Nusyuz.
iv. Ulasan Kes
Daripada kes ini jelas menunjukkan bahawa defenden telah berlaku nuysuz kepada
plaintif, kerana di dalam perbicaraan suami membangkitkan isu bahawa isterinya tidak
berhak mendapat nafkah kerana telah Nusyuz, iaitu keluar meninggalkan rumah tanpa
keizinan dan telah ditangkap khalawat. Kes ini selesai apabila hakim telah
mengarahkan defenden dengan talak satu iaitu pada 05. 12. 2007.
b. Izad bin Ahmad lawan Zurizah bt. Saad ( 11 Mei 2007 ), Kes Mal No
(04001-058-0814-2007)
i. Fakta Kes
1. Dalam kes Izad bin Ahmad lawan Zurizah bt Saad, plantif adalah seoarang
opretor kilang
2. Telah berkahwin pada 13.6.2005
3. Manakala defenden pula, juga seorang opretor kilang
54
4. Di mana mereka bekerja di tempat yang sama.
5. Hasil dari perkongsian hidup mereka telah mmperolehi seorang anak
perempuan.
6. Plantif telah mendakwa bahawa defenden telah keluar dari rumah tanpa
izinnya dengan pulang ke kampong defenden dengan alasan plantif telah
mengabaikan tanggungjawab sebagai suami.
7. Akhirnya mahkamah menerima permohonan plantif membatalkan
permohonan nusyuz isteri secara baik, kerana mengakui kesilapannya.
ii. Keputusan Mahkamah
Kes ini selesai apabila plantif menarik balik kes nusyuz kerana bersetuju bercerai
secara baik. hakim telah mengarahkan plantif menceraikan defenden dengan talak
satu.
iii. Alasan Kehakiman
1) Berdasarkan fakta kes, plaintif dan defendan yang telah berkahwin pada
13.6.2005.
2) Isteri bertindak keluar dari rumah kelamin tersebut tanpa alasan yang
munasabah selepas suami keluar bekerja.
3) Suami telah berusaha memujuk isteri untuk kembali kepadanya dengan pergi
ke rumah keluarga isteri di kampung tetapi tidak berhasil.
4) Akibat dari tindakan isteri itu, suami telah membuat cadangan supaya
menghadiri kaunseling di Pejabat Agama tetapi gagal kerana hanya suami
yang hadir.
5) Sementara itu kata hakim , isu yang dibicarakan dalam kes ini adalah
mengenai kesan jika isteri masih gagal kembali taat kepada suami dari segi
hukum syarak.
55
6) Hakim menjelaskan bahawa mengikut hukum syarak, isteri yang nusyuz tidak
berhak mendapat nafkah.
7) Sehubungan itu, kedudukan kesan nusyuz di dalam hukum syarak ini selari
dengan subseksyen 60 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri
Melaka) 2002.
8) Selain itu, seseorang isteri yang telah disabitkan nusyuz sebelum bercerai juga
tidak mempunyai hak untuk menuntut nafkah tertunggak.
9) Ia juga termasuk 'nafkah idah' seperti mana dinyatakan dalam kes Hasanah
Abdullah lawan Ali Muda (1999), dengan merujuk kenyataan kitab Kifayatul
Akhyar, Juzu' 2, muka surat 82 yang bererti;
''Jika seseorang menceraikan isterinya yang sedang nusyuz kepadanya
maka isteri tersebut tidak berhak mendapat tempat tinggal selama
dalam idah kerana isterinya itu tidak berhak mendapat nafkah dan
tempat tinggal menurut dasar pernikahan”.
10) Di dalam hukum syarak, suami boleh menceraikan isteri sekiranya isteri
nusyuz dan selepas pihak-pihak gagal dalam meneruskan perkahwinan
disebabkan faktor-faktor tertentu.
iv. Ulasan Kes
Dalam kes Izad bin Ahmad lawan Zurizah bt. Saad (04001-058-0814-2007) telah
selesai apabila hakim meminta plaintif menjatuhkan talak satu secara damai kerana
plaintif telah mengakui kesilapannnya telah mengabaikan tanggungjawab sebagai
suami. Kes ini selesai pada 26. 04. 2008.
III.4.3 Kes-Kes Nusyuz Tahun 2008
Kes nusyuz pada tahun 2008 hanya terdapat tiga kes sahaja yang melibatkan kes
nusyuz tetapi 2 sahaja yang ada di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka yang
satu lagi ada dalam simpanan mahkamah Rendah Daerah Jasin. Di antara kes yang ada
ialah:
56
a. Abdul Nasir bin Hj Abdullah lawan Fauziah bt Ismail ( 10 Oktober
2008 ), Kes Mal No (04001-058 -0218-2008)
i. Fakta Kes
1. Plantif ialah Abdul Nasir b. Hj, Abdullah (740824-0405345).
2. Berasal dari Melaka alamat tempat tinggal Bt 4 ½ Permatang Duyung 75460
Melaka.
3. Plantif bekerja sebagai pemandu lori dimana pendapatan bulanannya sebanyak
RM 1000.00.
4. Manakala defendan ialah Fauziah bt Ismail (796915-11-5180) berasal dari
Trengganu,1471-c Jln Kastam Lama 21600 Marang Trengganu.
5. Defenden bekerja sebagai jururawat di hospital Besar Melaka.
6. Pendapatan bulanan defenden sebanyak RM1600.00 sebulan
7. Hasil dari perkahwinan plantif dan defenden pada 30/06/2002 iaitu selama
enam tahun lebih kurang mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata
iaitu anak lelaki yang berumur 4 tahun dan 2 tahun.
8. Alasan nusyuz tidak ada persefahaman dan campurtangan orang kedua iaitu
ibu mertua (emak defenden).
9. Pada 25/03/2008 ibu mertua plantif datang untuk membawa anaknya
(defenden) pulang ke kampung dengan alasan untuk bercuti di kampong dalam
masa seminggu, Kerana sudah lama plantif dan defenden tidak pulang ke
kampung. Dengan rela hati plantif memberi keizinan kepada ibu mertuanya.
10. Seminggu sudah berlalu tetapi defenden tidak pulang-pulang apabila ditanya
plantif menyambung cuti dengan alasan tidak puas bercuti di kampong.
11. Bermula dari sinilah pertengkaran berlaku dan bermacam-macam perkara yang
timbul, kononnya plantif gaji kecil tidak sesuai dengan plantif ynag
mempunyai pendapatan lebih besar dari plantif.
12. Ibu mertua meminta supaya plantif menceraikan defenden dengan alasan tidak
lagi sesuai dengan plantif. Walaubagaimanapun plantif dapat rasakan bahawa
defenden masih saying akan rumahtangga mereka.
57
ii. Keputusan Mahkamah
Kes ini selesai di mana mahkamah telah memerintahkan isteri plantif kembali taat
kepada suaminya.
iii. Alasan Kehakiman
1) Kes ini adalah antara kes isteri yang meninggalkan rumah yang kini semakin
banyak dibicarakan di Mahkamah Syariah di negara ini.
2) Kes seperti ini pernah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri
Melaka di hadapan hakim
3) Kes ini telah difailkan bagi menuntut mahkamah supaya menggunakan bidang
kuasa mengikut Seksyen 60 (1) (2) dan (3) Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 dalam 'perkara yang berkaitan dengan
perhubungan suami-isteri'.
4) Mahkamah diminta supaya mengeluarkan perintah kembali taat kepada plantif
(suami) dan supaya kembali pulang ke rumah dan tingal dengan plantif
(suami).
5) Katanya (hakim), merujuk dalam Kitab Kifayatul Akhyar menyebut. ''Isteri
yang nusyuz tidak boleh diberi belanja, sekalipun suami mampu membuatnya
taat kembali” dan manakala kitab itu juga menjelaskan, kalau si isteri nusyuz
pada sebahagian siang maka ada dua pendapat iaitu pertama, ia,(isteri) tidak
berhak apa-apa pun, kedua wajib memberi belanjanya pada sebahagian waktu
yang ia taat. Sehubungan itu, kedudukan kesan nusyuz di dalam hukum syarak
ini selari dengan subseksyen 60 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
(Negeri Melaka) 2002.
6) Selain itu, seseorang isteri yang telah disabitkan nusyuz sebelum bercerai juga
tidak mempunyai hak untuk menuntut nafkah tertunggak.
58
7) Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka menjelaskan mengenai isu
kedua bagi kes itu sama ada boleh atau tidak isteri diperintahkan supaya
kembali taat kepada suaminya.
8) Oleh itu mahkamah berpandangan selagi pihak-pihak belum dibuktikan telah
bercerai maka mereka masih lagi dianggap sebagai pasangan suami isteri yang
sah.
9) Di dalam tempoh perkahwinan ini, plaintif selaku suami yang sah menurut
hukum syarak sudah tentu mempunyai kekuasaan mutlak ke atas defendan
sama ada ingin meneruskan perkahwinan atau sebaliknya.
10) Berdasarkan keterangan plaintif dan saksi-saksi, plaintif berhasrat ingin
meneruskan perkahwinan dengan defendan tetapi defendan enggan kembali
kepada plaintif.
11) Di dalam hukum syarak, suami boleh menceraikan isteri sekiranya isteri
nusyuz dan selepas pihak-pihak gagal dalam meneruskan perkahwinan
disebabkan faktor-faktor tertentu.
12) Maka mahkamah berpuas hati dengan segala keterangan dan membuat
keputusan di mana defenden (isteri) diperintahkan kembali taat kepada plaintif
dengan kembali hidup bersama-sama plaintif. Sekiranya isteri gagal untuk
kembali taat selepas 30 hari perintah ini dikeluarkan maka dianggap menghina
perintah mahkamah ini dan boleh disabitkan nusyuz kepada defendan.
iv. Ulasan Kes
Dalam Abdul Nasir bin Hj Abdullah lawan Fauziah bt Ismail telah selesai apabila
hakim meminta plaintif mengarahkan plantif kembali taat memandangakan defenden
itu berlaku nusyuz bukan dari kehendak dirinya sendiri tetapi dari ibu mertua plaitif.
Kes ini selesai pada 10 mei 2009.
b. Muhammad Nurul Syahniza bin Mat Yazid lawan Arnie bt Abdullah ( 15
Mac 2008 ), Kes Mal No (04001 - 058-0201 - 2008)
59
i. Fakta Kes
1. Plantif adalah Mohd Nurul Syahmiza b Mat Yazid (751027-05-5413). Block J,
Pintu 14k Rumah Awam Bukit Lintang Melaka. Berumur 34 tahun semasa
memfailkan kes ini.
2. Plantif bekerja sebagai supervisor dengan pendapatan bulanan RM 2425.00
sebulan.
3. Plantif berpendidikan sijil Diploma Elektronik Industri.
4. Tempat tinggal palantif dan defenden ialah di Bt 7, Ayer Molek Melaka.
5. Manakala defenden pula ialah Arnie bt Abdullah ( 770604-13-5370). 240
A&B Jalan Melaka Raya 1, Taman Melaka Raya 78000 Melaka.
6. Defenden berumur 31 tahun semasa kes ini di failkan.
7. Defenden bekerja sebagai kerani dengan pendapatan sebulan sebanyak RM
1500.00 dan berpendidikan setakat SPM.
8. Plaintif bekerja sebagai penyelia di Deihl Metall Malaysia Sdn Bhd. Manakala
defenden bekerja sebagai kerani di firma Guaman Swata Di Melaka Raya.
9. Plaintif menyatakan bahawa akhir-akhir ini hubungannya dengan defenden
amat dingin dimana defenden telah enggan menjalinkan hubungan suami isteri
secara baik.
10. Plaintif menyatakan diantara sikap defenden yang membawa kepada
keengganan hubungan suami isteri adalah seperti berikut:
I. Tidak mencampuri plaintif sebagai suami yang sah, baik dari segi
hubungan kelamin mahupun menjaga rumahtangga.
II. Sering keluar rumah tanpa kebenaran plaintif.
III. Defenden telah mempunyai teman lelaki.
IV. Defenden juga tidak bertanggungjawab danntidak mengendahkan
suami dan anak-anaknya.
11. Plaintif telah mengajak defenden berbincang tetepi defenden enggan tidak
mendapat reaksi yang prokaktif daripada defenden.
12. Plaintif telah hilang kepercayaan sebab defenden mempunyai teman lelaki oleh
itu plaintif memohon penghakimanseperti berikut:
I. Supaya defenden disabitkan telah nusyuz kepada plaintif.
60
II. Supaya membenarkan Plaintif melafazkan talak satu ke atas defenden.
ii. Keputusan Mahkamah
Kes ini selesai di mana kes ini disabitkan tuntutan sabitan nusyuz. Mahkamah telah
mengarahkan plaintif menceraikan defenden dengan talak satu tanpa nafkah idah. Kes
selesai pada 27.09.2008.
iii. Alasan Kehakiman
Permohonan ini yang telah didengar dihadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah
Melaka Tengah, Pembantu Undang-undang bagi pihak Pengarah Negeri, peguam yang
mewakili Plaintif dan Defendan sendiri. Setelah meneliti perakuan yang dibuat oleh
plantif dan saksi-saksi maka defenden telah disabitkan dengan kes nusyuz.
Di mana kes ini telah difailkan bagi menuntut mahkamah supaya
menggunakan bidang kuasa mengikut Seksyen 60 (1) (2) dan (3) Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 dalam 'perkara yang berkaitan dengan
perhubungan suami-isteri'.
iv. Ulasan Kes
Dalam Muhammad Nurul Syahniza bin Mat Yazid lawan Arnie bt Abdullah( 15 Mac
2008 ), Kes Mal No (04001 - 058-0201 - 2008) telah selesai apabila hakim
mengarahkan plaintif menjatuhkan talak satu memandangakan defenden itu telah
berlaku nusyuz dengan adanya bukti-bukti dan saksi-saksi yang menyakinkan dan
tidak ada bantahan dari defenden. Kes ini selesai pada 10 mei 2009.
III.4.4 Kes-Kes Nusyuz Tahun 2009
Kes nusyuz pada tahun 2009 hanya terdapat sepuluh kes sahaja yang melibatkan
kes nusyuz di antaranya ialah:
a. Azmer b. Abu lawan Lily Nurlina Bt. Norman (18 April 2009 ),
Kes Mal No (04001-058- 0590 -2009)
61
i. Fakta Kes
1. Plaintif adalah Azmer b. Abu (700910-04-5353) beralamat Aras 14,
Menara TMB Taman Melaka TMB No 2 Jalan Wisma Negeri 75450
Melaka Tengah, Melaka.
2. Defenden Lily Nurlina bt Norman (751213-04-5320) di alamat No 9952
Km 6 Taman Duyung 75460 Melaka.
3. Pasangan ini telah berkahwin pada 21.03.1998.
4. Dikurniakan empat cahaya mata iaitu 3lelaki dan seorang perempuan.
5. Plaintif bekerja sebagai penolong pengurus TMB dengan pendapatan
sebulan sebanyak Rm4500.00.
6. Manakala defenden sebagai suri rumahtangga.
7. Sebab-sebab Nusyuz ialah:
A. Defenden selalu meninggikan suara, membuat tindakan tanpa usul
periksa dan bertindak agresif semasa marah
B. Defenden juga keluar rumah tanpa izin dan membawa anak-anak
bersama.
C. Defenden tidak membenarkan plaintif berjumpa dengan anak-anak.
D. Sehubungan dengan itu plaintif memohon kepada mahkamah yang
mulia agar mengeluarkan satu perintah ke atas pihak defenden
dengan sabitan nusyuz.
E. Defenden telah melarikan diri bersama anak-anak dan plaintif telah
membuat laporan polis.
ii. Keputusan Mahkamah
Kes selesai dan plaintif menarik balik kes kerana defenden menyesal di hadapan
hakim dan berjanji akan kembali taat kepada plaintif.
iii. Alasan Kehakiman
62
Berdasarkan fakta kes di atas yang Tuan Arif telah memerintah kan kepada defenden
supaya kembali taat kepada plaintif memandangkan defenden sendiri yang membuat
pengakuan telah insaf dengan apa yang telah dilakukan.
iv. Ulasan Kes
Dalam kes Azmer b. Abu lawan Lily Nurlina Bt. Norman (18 April 2009 ),
Kes Mal No (04001-058- 0590 -2009) telah selesai apabila hakim mengarahkan
defendan kembali taat kepada plaintif. Kes ini selesai pada 19 0gos 2009.
b. Abdul Halim b. Alias lawan Fazlin Nisa bt M.S Mohamad Ali
(10.10.2009) Kes Mal No (04001-058- 0808 -2009)
i. Fakta Kes
1. Plaintif adalah Abdul halim b. Alias (730430-04-5255) beralamat 56,Jalan
Seri 4 Taman Ceng Baru 75250 Melaka.
2. Defenden Fazlin Nisa bt M.S mohamad Ali (750907-02-5058) di alamat
56,Jalan Seri 4 Taman Ceng Baru 75250 Melaka.
3. Pasangan ini telah berkahwin pada 06.09.2003 dengan pilihan keluarga.
4. Hasil dari perkahwinan plaintif dengan defendan telah dikurniakan dua
cahaya mata iaitu anak lelaki.
5. Plaintif adalah seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan makanan atau
restoren di Malaysia dan di luar Negara dengan anggaran pendapatan sebayak
RM15.000.00 sebulan.
6. Manakala defenden dalah suri rumah tangga seperti biasa.
7. Plaintif dan defenden tidak ada persefahaman dan sering bergaduh semenjak setahun
yang lepas.
8. Kemuncak pergaduhan pada 17.08.2009 iaitu lebih kurang jam 3 petang apabila
plaintif pulang ke rumah dari urusan kerja di Kelantan. Plaintif mendapati defenden
memakai bedak sejuk yang tebal dari leher kanan hingga leher kiri yang mana tidak
pernah dibuat oleh defenden selama perkahwinan mereka.
63
9. Plaintif dengan rasa yang tidak sedap hati telah meminta defenden membersihkan
lehernya dengan segera. Sebaik sahaja defenden membersihkan lehernya plaintif
dapati dengan terang dan jelas ada dua tanda merah “ love bite” yang masih baru dan
merah di kiri dan kanan leher defenden.
10. Apabila plaintif minta penjelasan, defenden hanya menafikan dan member alasan
yang tidak masuk akal bahawa badannya sering ada lebam-lebam kerana digigit oleh
hantu raya pada waktu tidur. Defenden juga mengatakan kepada plaintif bahawa
kakaknya tahu hal gigitan tersebut tetapi plaintif telah menyakan kakaknya tetapi
kakaknya menafikan dan tidak tahu menahu pun tentang masalah tersebut.
11. Plaintif pernah cuba membawa defenden ke klinik untuk mengesahkan tanda gigitan
merah pada leher defenden tetapi defenden enggan malah defenden mengatakan
doktor bukannya betul.
12. Plainti merasa amat kecewa dan sedih apabila plaintif melihat wajah defenden dan
terbayang betapa tergamaknya defenden melakukan curang terhadap plaintif.
13. Defenden juga sering membuat dan membuat panggilan atau SMS darippada seorang
lelaki yang mana plaintif tidak kenali.
14. Defenden juga adalah isteri yang tidak pernah melayan plaintif dari segi makan
minum dan pakaian yang mana dibuat oleh pembantu rumah plaintif.
15. Defenden juga telah tidak mengizinkan plaintif untuk tidur bersama sejak setahun
yang lalu dan sekiranya berlaku juga defenden akan menuduh plaintif menrogolnya
dan defenden telah tidur di bilik yang biasanya dengan plaintif.
16. Defenden tidak pernah ambil peduli tentang diri plaintif dan anak-anak kerana
defenden suka bersendirian, tidur, menonton tv dan telefon sahaja setiap hari.
17. Defenden bersikap kurang ajar, tidak menghormati dan sering meninggikan suara
terhadap plaintif.
18. Defenden juga gagal menjadi ibu yang baik dan tiada perasaan kasih saying terhadap
anak. Defenden juga akan bertukar menjadi bengis apabila anak-anak membuat bising
dan menangis kerana tidurnya terganggu. Defenden akan meminta pembantu rumah
membawa pergi anak-anak jauh-jauh dari defenden.
19. Segala urusan penjagaan anak-anak semuanya diuruskan oleh pembantu rumah.
Begitu juga dengan plaintif diuruskan oleh pembantu rumah.
64
20. Sekiranya anak-anak demam plaintif tidak ambil peduli. Semua urusan diurus oleh
pembantu rumah dan memaksa pembantu rumah member ubat kepada anak-anak
plaintif.
21. Anak-anak plaintif tidak mesra dengan defenden keran takut.
22. Anak-anak plaintif yang pertama pernah disiku oleh defenden di kepala dan benjol
yang amat besar keran adefenden tidak tahan dengan kerenah anak-anak.
23. Plaintif juga tidak pernah solat 5 waktu apatah lagi ibadah-ibadah lain.
24. Pada 05.09.2009 defenden pernah cuba untuk membunuh diri dengan menggunakan
pisau di dapur.
25. Berdasarkan fakkta-fakta di atas plaintif dengan rendah diri memohon kepada
mahkamah yang mulia untuk perintah:
a. Bahawa defenden di istiharkan nusyuz sebab-sebab di atas.
b. Plaintif dibenarkan menceraikan defenden dengan cerai talak satu.
c. Defenden tidak berhak terhadap nafkah edah atas sebab-sebab nusyuz di atas.
d. Bahawa lain-lain perintah yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.
ii. Keputusan Mahkamah
Kes ini selesai dengan cara baik dan di mana defenden dicerai dengan talak satu (1)
dan satu kali suci. Tidak ada nafkah edah diberikan kepada defenden.
iii. Alasan Kehakiman
Permohonan ini yang telah didengar dihadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah
Melaka Tengah, Pembantu Undang-undang bagi pihak Pengarah Negeri, peguam yang
mewakili Plaintif dan Defendan sendiri. Setelah meneliti perakuan yang dibuat oleh
plantif dan saksi-saksi maka defenden telah disabitkan dengan kes nusyuz.
Di mana kes ini telah difailkan bagi menuntut mahkamah supaya
menggunakan bidang kuasa mengikut Seksyen (2) iaitu Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 dalam 'perkara yang berkaitan dengan
perhubungan suami-isteri'.
65
Seksyen 60 (2) tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah,
seseorang isteri tidaklah berhak mendapat naafkah apabila ia nusyuz atau engan
dengan tidak munasabah menurut kemahuanb atau perintah sah suaminya iaitu antara
lain:
a. Apabila dia menjauhkan diri dari suaminya, yang dimaksudkan
menjauhkan diri disini adalah isteri enggan mendekatkan diri kepada
suami seperti tidak melayan suami dengan baik sepatutnya.
b. Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan
kemahuan suaminya; yang dimaksudkan dengan meninggalkan rumah
adalah isteri keluar rumah tanpa izin suami.
c. Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu tempat atau
ke tempat lain, yang dimaksudkan dengan enggan berpindah
bermaksud isteri enggan mengikut perintah suami apabila
diperintahkan melakukan sesuatu pekerjaan termsuklah berpindah
rumah. Tanpa ada apa-apa sebab yang sah mengikut hokum syarak.
Dalam Seksyen di atas terdapat peruntukan berkenaan dengan nafkah bagi isteri
yang nusyuz, bagi isteri terhadap suaminya dengan tiada sebab-sebab yang munasabah
menurut kemahuan atau perintah sah suaminya antara lain sekiranya isteri menjauhkan
diri terhadap suami, meninggalkan rumah suami bertentangan dengan kemahuan
suami serta enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau ke tempat lain
tanpa ada alasan yang boleh diterima syarak. Sekiranya ternyata tanda-tanda seperti di
atas maka mahkamah berhak memerintahkan suaminya agar tidak memberi nafkah
kepada isteri, demikianlah peruntukkan pasal 60 (2) yang telah diperuntukkan dalam
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002.
66
iv. Ulasan Kes
Abdul halim b. Alias lawan Fazlin Nisa bt M.S mohamad Ali (10.10.2009) Kes Mal
No (04001-058- 0808 -2009). Apabila ditelitikan tentang kes ini dapatlah disimpulkan
bahawa defenden benar-benar melakukan nusyuz. Dan tidak layak lagi digelar isteri
maka dengan mahkamah telah memerintahkan palintif menceraikan defenden dengan
talak satu tanpa nafkah edah. Hak penjagaan anak mahkamah telah menyerahkan di
bawah jagaan plaintif sepenuhnya. Defenden hanya dibenarkan untuk melawat mereka
sekiranya defenden mahu. . Kes selesai pada 20.06.2010.
c. Muhammad Lizah b Isnin lawan Zainon Bt Mustafa (05.11.2009) Kes Mal No (04001-058- 0693 -2009)
i. Fakta Kes
1. Plaintif ialah Mohd Lizah b Isnin (T109324) di alamat no JB 1225 Lorong
T.S.P 1D Saman Seri Pertam Air Tawar 77300,Merlimau Melaka.
2. Manakala defenden pula ialah Zainon Bt Mustafa (740822-06-5262) beralamat
No 25 Lorong 15 PRM Permatang Bandar Baru 25150 Kuantan Pahang.
3. Planitif dan defenden telah berkahwin pada 21.02.1997.
4. Hasil dari perkahwinan mereka telah dikurniakan 4 orang anak iaitu 2 lelaki
dan 2 perempuan.
5. Sabitan defenden nusyuz ialah perselisihan faham keluarga saya telah berlaku,
defenden tidak mahu dan tidak suka dibawa berbincang. Defenden juga tidak
suka mendengar teguran dan nasihat.
6. Defenden seorang yang panas baran setiap kali perselisihan faham berlaku
harta benda rosak dan musnah melibatkan kerugian.
7. Pada 1.6.2009 defenden telah balik kampong tanpa kebenaran plaintif dengan
membawa anak-anak, sijil kelahiran anak-anak dan kunci rumah sekali.
8. Semua anak-anak palintif seramai 4 orang tidak dapat ke sekolah. Palaintif
telah pergi ke sekolah untuk memberitahu guru kelas anak-anak plaintif anak-
anak mereka tidak dating ke sekolah kerana balik kampong , tetapi betapa
terkejutnya plaintif bahawa anak-anak mereka telah bertukar sekolah,
67
9. Defenden telah membuat lebih awal lagi iaitu pada 7.6.2009 tanpa
pengetahuan plaintif dan ada kebenaran dari plaintif.
10. Apabila plaintif menghubungi defenden tetapi tidak ada jawapan dari
defenden.
11. Sehubungan dengan itu plaintif memohon kepada mahkamah yang mulia ini
agar mengeluarkan satu perintah ke atas defenden perkara-perkar berikut:
a. Bahawa defenden di istiharkan nusyuz sebab-sebab di atas.
b. Plaintif dibenarkan menceraikan defenden dengan cerai talak satu.
c. Defenden tidak berhak terhadap nafkah edah atas sebab-sebab nusyuz di
atas.
d. Bahawa lain-lain perintah yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.
ii. Keputusan Mahkamah
Kes ini selesai dengan cara baik dimana mahkamah telah memerintahkan kepada
palintif supaya menceraiakan defenden dengan talak satu tanpa nafkah edah.
Manakala anak-anak di bawah jagaan plaintif. Manakala defenden dibenarkan untuk
datang melihat anak-anak pada bila-bila masa defenden suka.
iii. Alasan Kehakiman
Permohonan ini yang telah didengar dihadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah
Melaka Tengah, Pembantu Undang-undang bagi pihak Pengarah Negeri, peguam yang
mewakili Plaintif dan Defendan sendiri. Setelah meneliti perakuan yang dibuat oleh
plaintif dan saksi-saksi maka defenden telah disabitkan dengan kes nusyuz.
Di mana kes ini telah difailkan bagi menuntut mahkamah supaya
menggunakan bidang kuasa mengikut Seksyen (2) iaitu Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 dalam 'perkara yang berkaitan dengan
perhubungan suami-isteri'.
68
Seksyen 60 (2) tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah,
seseorang isteri tidaklah berhak mendapat naafkah apabila ia nusyuz atau engan
dengan tidak munasabah menurut kemahuan beliau atau perintah sah suaminya iaitu
antara lain:
a. Apabila dia menjauhkan diri dari suaminya, yang dimaksudkan
menjauhkan diri disini adalah isteri enggan mendekatkan diri kepada suami
seperti tidak melayan suami dengan baik sepatutnya.
b. Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan
kemahuan suaminya; yang dimaksudkan dengan meninggalkan rumah
adalah isteri keluar rumah tanpa izin suami.
c. Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu tempat atau ke
tempat lain, yang dimaksudkan dengan enggan berpindah bermaksud isteri
enggan mengikut perintah suami apabila diperintahkan melakukan sesuatu
pekerjaan termsuklah berpindah rumah. Tanpa ada apa-apa sebab yang sah
mengikut hokum syarak.
Dalam Seksyen di atas terdapat peruntukan berkenaan dengan nafkah bagi isteri
yang nusyuz, bagi isteri terhadap suaminya dengan tiada sebab-sebab yang munasabah
menurut kemahuan atau perintah sah suaminya antara lain sekiranya isteri menjauhkan
diri terhadap suami, meninggalkan rumah suami bertentangan dengan kemahuan
suami serta enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau ke tempat lain
tanpa ada alasan yang boleh diterima syarak. Sekiranya ternyata tanda-tanda seperti di
atas maka mahkamah berhak memerintahkan suaminya agar tidak memberi nafkah
kepada isteri, demikianlah peruntukkan pasal 60 (2) yang telah diperuntukkan dalam
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002.
iv. Ulasan Kes
Muhammad Lizah b Isnin lawan Zainon Bt Mustafa (05.11.2009) Kes Mal No
(04001-058- 0693 -2009). Apabila ditelitikan tentang kes ini dapatlah disimpulkan
69
bahawa defenden benar-benar melakukan nusyuz. Maka dengan ini mahkamah telah
membenarkan plaintif menceraikan defenden dengan talak satu tanpa nafkah edah.
Hak penjagaan anak mahkamah telah menyerahkan di bawah jagaan plaintif
sepenuhnya. Defenden hanya dibenarkan untuk melawat mereka sekiranya defenden
mahu. Kes selesai dengan cara baik pada 23.07.2010.
III.4.5 Kes-Kes Nusyuz Tahun 2010
Kes nusyuz pada tahun 2010 hanya terdapat duabelas kes sahaja yang melibatkan kes
nusyuz di antaranya ialah:
a. Ali bin Abu lawan Zainab bt Mat (18.7.2010) Kes Mal No (04001-058-
0675 -2010)
i. Fakta Kes
1. Plaintif ialah Ali bin Abu di alamat no 10 taman seri Duyung syeksyen 16
taman Seri Duyung 75460 Melaka. Manakala defenden pula ialah Zainab binti
Abu (740725-09-6252) beralamat No 18 Lorong 15 Taman Bertam Damai
76200 Melaka.
2. Plaintif bekerja sebagai oporeter kilang disalah sebuah kilang di Melaka.
3. Manakala defenden sebagai suri rumah sepenuh masa.
4. Planitif dan defenden telah berkahwin pada 22.06.1995.
5. Hasil dari perkahwinan mereka telah dikurniakan 6orang anak iaitu 2 lelaki
dan 4 perempuan.
6. Defenden tidak pedulikan plaintif sebagai ketua keluarga. Defenden juga tidak
menghiraukan tentang anak-anak serta tidak mempedulikan tentang
rumahtangga.
7. Plaintif sentisa tersinggung dengan peragai defenden yang selalu menguris hati
plantif malalui kata-kata atau perbuatan defenden.
8. Plaintif tidak tahan dengan peragai defenden yang semakin menjadu-jadi lalu
plaintif pergi berjumpa dengan Pegawai Tadbir Agama Daerah Melaka Tengah
bagi mendapat khidmat nasihat.
12. Setelah mendapat nasihat dari Pegawai Tadbir Agama namun defenden tetap
melakukan kesilapan yang lalu, ini menyebabkan plaintif memohon dengan itu
70
plaintif memohon kepada mahkamah yang mulia ini agar mengeluarkan satu
perintah ke atas defenden bagi perkara-perkara di atas.
ii. Keputusan Mahkamah
Setelah dibicarakan dengan alasan-alasan yang wajar maka mereka telah
diperintahkan oleh mahkamah supaya bercerai talak satu. Sebagai kesimpulannya kes
ini selesai dengan cara baik, dimana plaintif telah melafazkan talak satu dihadapan
hakim.
iii. Alasan Kehakiman
Permohonan ini yang telah didengar dihadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah
Melaka Tengah, Pembantu Undang-undang bagi pihak Pengarah Negeri, peguam yang
mewakili Plaintif dan Defendan sendiri. Setelah meneliti perakuan yang dibuat oleh
plaintif dan saksi-saksi maka defenden telah disabitkan dengan kes nusyuz.
Di mana kes ini telah difailkan bagi menuntut mahkamah supaya
menggunakan bidang kuasa mengikut Seksyen (2) iaitu Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 dalam 'perkara yang berkaitan dengan
perhubungan suami-isteri'.
Seksyen 60 (2) tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah,
seseorang isteri tidaklah berhak mendapat naafkah apabila ia nusyuz atau engan
dengan tidak munasabah menurut kemahuan beliau atau perintah sah suaminya iaitu
antara lain:
a. Apabila dia menjauhkan diri dari suaminya, yang dimaksudkan
menjauhkan diri disini adalah isteri enggan mendekatkan diri kepada suami
seperti tidak melayan suami dengan baik sepatutnya.
b. Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan
kemahuan suaminya; yang dimaksudkan dengan meninggalkan rumah
adalah isteri keluar rumah tanpa izin suami.
71
c. Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu tempat atau ke
tempat lain, yang dimaksudkan dengan enggan berpindah bermaksud isteri
enggan mengikut perintah suami apabila diperintahkan melakukan sesuatu
pekerjaan termsuklah berpindah rumah. Tanpa ada apa-apa sebab yang sah
mengikut hokum syarak.
Dalam Seksyen di atas terdapat peruntukan berkenaan dengan nafkah bagi isteri
yang nusyuz, bagi isteri terhadap suaminya dengan tiada sebab-sebab yang munasabah
menurut kemahuan atau perintah sah suaminya antara lain sekiranya isteri menjauhkan
diri terhadap suami, meninggalkan rumah suami bertentangan dengan kemahuan
suami serta enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau ke tempat lain
tanpa ada alasan yang boleh diterima syarak. Sekiranya ternyata tanda-tanda seperti di
atas maka mahkamah berhak memerintahkan suaminya agar tidak memberi nafkah
kepada isteri, demikianlah peruntukkan pasal 60 (2) yang telah diperuntukkan dalam
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002.
iv. Ulasan Kes
Ali bin Abu lawan Zainab bt mat (18.7.2010) Kes Mal No (04001-058- 0675 -
2010). Apabila ditelitikan tentang kes ini dapatlah disimpulkan bahawa defenden
benar-benar melakukan nusyuz hasil dari fakta kes di atas. Maka dengan ini
mahkamah telah memerintahkan plaintif menceraikan defenden dengan talak satu
tanpa nafkah edah. Hak penjagaan anak mahkamah telah menyerahkan di bawah
jagaan plaintif sepenuhnya. Defenden hanya dibenarkan untuk melawat mereka
sekiranya defenden mahu. Kes selesai dengan cara baik pada 6.11.2010.
72
b. Muhd Noh bin Kamal lawan Siti Hawa binti Salam (14.5.2010) Kes
Mal No (04001-058- 0365 -2010)
i. Fakta Kes
1. Plaintif ialah Mohd Noh bin Kamal di alamat lot 4 kampung Padang Temu
764500 Melaka.
2. Manakala defenden pula Siti Hawa Binti Salam di alamat no 12 Lorong 16
Taman Bukit Lintang Melaka.
3. Plaintif bekerja sebagai nelayan yang menangkap ikan pada siang hari dan
pada waktu malamnya plaintif berkerja sebagai tukang masak di restoren
makanan laut di Umbai. Manakala defenden seorang surirumah sepenuh masa.
4. Hasil dari perkahwinan mereka telah mendapat seorang cahaya mata
perempuan yang berusia 3 tahun.
5. Defenden tidak mahu melakukan hubungan suami isteri apabila diajak oleh
plantif.
6. Defenden juga telah keluar dari rumah tanpa izin plaintif dan tidak
mempedulikan anak.
7. Dengan bukti yang kukuh dan kuat pliantif telah ada teman lelaki yang baru
iaitu bangsa Bangladesh.
8. Pada suatu hari plaintif berpura-pura pergi kerja dan telah membuat intipan
maka benar apa yang dikatakan oleh kawan-kawan plaitif bahawa defenden
pergi berjumpa dengan teman lelakinya sambil berpegangan tangan.
9. Berdasarkan fakkta-fakta di atas plaintif dengan rendah diri memohon kepada
mahkamah yang mulia supaya defenden dikenakan tindakan berdasarkan
Enakmen Undang-Undang bagi memberi pengajaran dan peringatan kepada
defenden.
10. Dengan ini palaintif telah membuat permohonan perceraian dari yang
mulia .untuk perintah:
a. Bahawa defenden di istiharkan nusyuz sebab-sebab di atas.
b. Plaintif dibenarkan menceraikan defenden dengan cerai talak satu.
c. Defenden tidak berhak terhadap nafkah edah atas sebab-sebab nusyuz di
atas.
73
d. Bahawa lain-lain perintah yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.
ii. Keputusan Mahkamah
Dari permohonan di buat oleh plaintif di mahkamah, maka pihak defenden telah
diberi peringatan berdasarkan seksyen yang diperuntukkan berkenaan dengan nusyuz
isteri yang menghalang defenden mendapat nafkah dari plaintif. Walaubagaimanapun
defenden tetap berdegil. Atas persetujuan bersama satu permohonan lain di buat iaitu
permohonan cerai biasa , maka kes tuntutan penceraian pun dibuat dan mereka
bercerai dengan cara yang baik. Kesimpulan dari kes ini adalah keduanya bersetuju
berpisah dengan cara yang baik dan telah diputuskan oleh di mahkamah. Namun ia
dapat dikaitkan dengan kes nusyuz adalah defenden tidak menurut perintah plaintif
sebagai suami, tidak mahu digauli serta bersikap mengasingkan diri dari plaintif dan
keluar rumah tanpa izin suami serta mempunyai kekasih gelap.
Kes ini selesai dengan cara baik dimana mahkamah telah memerintahkan kepada
plaintif supaya menceraiakan defenden dengan talak satu tanpa nafkah edah.
Manakala anak di bawah jagaan plaintif. Manakala defenden dibenarkan untuk datang
melihat anak-anak pada bila-bila masa defenden suka.
iii. Alasan Kehakiman
Di mana kes ini telah difailkan bagi menuntut mahkamah supaya
menggunakan bidang kuasa mengikut Seksyen (2) iaitu Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 dalam 'perkara yang berkaitan dengan
perhubungan suami-isteri'.
Seksyen 60 (2) tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah,
seseorang isteri tidaklah berhak mendapat naafkah apabila ia nusyuz atau engan
dengan tidak munasabah menurut kemahuan beliau atau perintah sah suaminya iaitu
antara lain:
74
a. Apabila dia menjauhkan diri dari suaminya, yang dimaksudkan
menjauhkan diri disini adalah isteri enggan mendekatkan diri kepada suami
seperti tidak melayan suami dengan baik sepatutnya.
b. Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan
kemahuan suaminya; yang dimaksudkan dengan meninggalkan rumah
adalah isteri keluar rumah tanpa izin suami.
c. Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu tempat atau ke
tempat lain, yang dimaksudkan dengan enggan berpindah bermaksud isteri
enggan mengikut perintah suami apabila diperintahkan melakukan sesuatu
pekerjaan termsuklah berpindah rumah. Tanpa ada apa-apa sebab yang sah
mengikut hokum syarak.
Dalam Seksyen di atas terdapat peruntukan berkenaan dengan nafkah bagi isteri
yang nusyuz, bagi isteri terhadap suaminya dengan tiada sebab-sebab yang munasabah
menurut kemahuan atau perintah sah suaminya antara lain sekiranya isteri menjauhkan
diri terhadap suami, meninggalkan rumah suami bertentangan dengan kemahuan
suami serta enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau ke tempat lain
tanpa ada alasan yang boleh diterima syarak. Sekiranya ternyata tanda-tanda seperti di
atas maka mahkamah berhak memerintahkan suaminya agar tidak memberi nafkah
kepada isteri, demikianlah peruntukkan pasal 60 (2) yang telah diperuntukkan dalam
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002.
iv. Ulasan Kes
Muhd Noh bin Kamal lawan Siti Hawa bt Salam (14.5.2010) Kes Mal No
(04001-058- 0365 -2010). Apabila ditelitikan tentang kes ini dapatlah
disimpulkan bahawa defenden benar-benar melakukan nusyuz hasil dari
fakta kes di atas. Maka dengan ini mahkamah telah memerintahkan plaintif
menceraikan defenden dengan talak satu tanpa nafkah edah. Hak penjagaan
anak mahkamah telah menyerahkan di bawah jagaan plaintif sepenuhnya.
75
Defenden hanya dibenarkan untuk melawat mereka sekiranya defenden
mahu.
Kes selesai dengan cara baik pada10 07.2010.
c. Nawawi bin Hassan lawan Nurdiana binti Kamal (5.2.2010) Kes Mal
No (04001-058- 0417 -2010)
i. Fakta Kes
1. Plaintif ialah Nawawi bin Hassan
2. Manakala defenden ialah Nurdiana binti Kamal
3. Plaintif adalah seorang kontrak atau buruh kasar.
4. Manakala defenden adalah seorang pembantu atau tukang masak di tadika
swasta
5. Plaintif dan defenden telah berkahwin selama empat tahun hasil dari
perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan yang berusia
2 tahun.
6. Plaintif telah membuat permohonan perceraian disebabkan beberapa masalah
rumahtangga yang disebabkan oleh sikap defenden sendiri.
7. Di mana defenden selalu membenar atau membawa pulang orang yang bukan
muhrim masuk ke rumah.
8. Defenden juga selalu keluar rumah tanpa izin semasa plaintif ke laut.
9. Defenden selalu bercakap kasar, menengking dan memaki hamun plaintif
tanpa sebarang sebab.
10. Sekiranya plaintif mengajak defenden untuk bersama plaintif akan dimarahi
dan akan menolak dengan keras dan kasar.
11. Plaintif dapat merasakan bahawa mereka tidak serasi lagi serta tidak dapat
menjamin kebahagian dalam rumahtangga mereka.
12. Dengan ini plaintif telah membuat permohonan perceraian dari yang mulia
untuk perintah:
a. Bahawa defenden di istiharkan nusyuz sebab-sebab di atas.
b. Plaintif dibenarkan menceraikan defenden dengan cerai talak satu.
c. Defenden tidak berhak terhadap nafkah edah atas sebab-sebab nusyuz
di atas.
76
d. Bahawa lain-lain perintah yang difikirkan adil dan sesuai oleh
mahkamah.
ii. Keputusan Mahkamah
Dari permohonan di buat oleh plaintif di mahkamah, maka pihak defenden telah diberi
peringatan berdasarkan seksyen yang diperuntukkan berkenaan dengan nusyuz isteri
yang menghalang defenden mendapat nafkah dari plaintif. Hasil dari perbicaraan yang
dijalankan maka hakim telah membenarkan plaintif menceraikan defenden dengan
talak satu. Tanpa mendapatkan nafkah manakala anak diberi hak penjagaan kepada
plaintif memandang defenden mempunyai kekasih gelap kerana dibimbangi defenden
akan mengabaikan anaknya
.
iii. Alasan Kehakiman
Di mana kes ini telah difailkan bagi menuntut mahkamah supaya
menggunakan bidang kuasa mengikut Seksyen (2) iaitu Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 dalam 'perkara yang berkaitan dengan
perhubungan suami-isteri'.
Seksyen 60 (2) tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah,
seseorang isteri tidaklah berhak mendapat naafkah apabila ia nusyuz atau engan
dengan tidak munasabah menurut kemahuan beliau atau perintah sah suaminya iaitu
antara lain:
a. Apabila dia menjauhkan diri dari suaminya, yang dimaksudkan
menjauhkan diri disini adalah isteri enggan mendekatkan diri kepada suami
seperti tidak melayan suami dengan baik sepatutnya.
b. Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan
kemahuan suaminya; yang dimaksudkan dengan meninggalkan rumah
adalah isteri keluar rumah tanpa izin suami.
77
c. Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu tempat atau ke
tempat lain, yang dimaksudkan dengan enggan berpindah bermaksud isteri
enggan mengikut perintah suami apabila diperintahkan melakukan sesuatu
pekerjaan termsuklah berpindah rumah. Tanpa ada apa-apa sebab yang sah
mengikut hokum syarak.
Dalam Seksyen di atas terdapat peruntukan berkenaan dengan nafkah bagi isteri
yang nusyuz, bagi isteri terhadap suaminya dengan tiada sebab-sebab yang munasabah
menurut kemahuan atau perintah sah suaminya antara lain sekiranya isteri menjauhkan
diri terhadap suami, meninggalkan rumah suami bertentangan dengan kemahuan
suami serta enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau ke tempat lain
tanpa ada alasan yang boleh diterima syarak. Sekiranya ternyata tanda-tanda seperti di
atas maka mahkamah berhak memerintahkan suaminya agar tidak memberi nafkah
kepada isteri, demikianlah peruntukkan pasal 60 (2) yang telah diperuntukkan dalam
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002.
iv. Ulasan Kes
Nawawi bin Hassan lawan Nurdiana binti Kamal (5.2.2010) Kes Mal No (04001-058-
0417 -2010) Apabila ditelitikan tentang kes ini dapatlah disimpulkan bahawa
defenden benar-benar melakukan nusyuz hasil dari fakta kes di atas. Maka dengan ini
mahkamah telah memerintahkan plaintif menceraikan defenden dengan talak satu
tanpa nafkah edah. Hak penjagaan anak mahkamah telah menyerahkan di bawah
jagaan plaintif sepenuhnya. Defenden hanya dibenarkan untuk melawat mereka
sekiranya defenden mahu.
Kes selesai pada 20.7.2010.
III.4.6 Kes-Kes Nusyuz Tahun 2011
Kes nusyuz pada tahun 2011 hanya terdapat lima kes sahaja yang melibatkan kes
nusyuz di antaranya ialah:
78
a. Azmi bin Mustafa lawan Norhaslina bt Hussien Kes Mal No (04001-
058- 0340 -2011) Kes ini telah didaftarkan pada 26 Januari 2011
i. Fakta Kes
1. Plaintif ialah Azmi bin Mustafa.
2. Manakala defenden ialah Norhaslina binti Hussien.
3. Telah berkahwin lima tahun yang lalu pada 8.10.2006.
4. Selama perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
5. Dalam kes ini plaintif menyatakan bahawa defenden sudah tidak
bertanggungjawab lagi tentang rumah tangga.
6. Selalu keluar tanpa izin plantif. Ada satu kali defenden pergi bersama rakan-
rakannya tidak pulang hari ketiga baru pulang bila di tanya defenden hanya
mendiamkan diri dan memasamkan muka.
7. Apabila plaintif menegur kesilapan yang defenden lakukan beliau mengamuk
dan marah-marah.
8. Plaintif dapat merasakan defenden mempunyai kekasih baru.
9. Berdasarkan fakkta-fakta di atas plaintif dengan rendah diri memohon kepada
mahkamah yang mulia supaya defenden dikenakan tindakan berdasarkan
Enakmen Undang-Undang bagi memberi pengajaran dan peringatan kepada
defenden.
10. Dengan ini palaintif telah membuat permohonan perceraian dari yang
mulia .untuk perintah:
a. Bahawa defenden di istiharkan nusyuz sebab-sebab di atas.
b. Plaintif dibenarkan menceraikan defenden dengan cerai talak satu.
c. Defenden tidak berhak terhadap nafkah edah atas sebab-sebab nusyuz di atas.
d. Bahawa lain-lain perintah yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.
ii. Keputusan Mahkamah
Setelah dibicarakan dengan alasan-alasan yang wajar maka mereka telah
diperintahkan oleh mahkamah supaya bercerai talak satu. Sebagai kesimpulannya kes
79
ini selesai dengan cara baik, dimana plaintif telah melafazkan talak satu dihadapan
hakim
Kes selesai pada 5mei 2011
iii. Alasan Kehakiman
Berdasarkan hujah, saksi dan bukti-bukti serta pengakuanyang dibuat oleh defenden
sendiri maka dengan kuasa mahkamah telah mengarahkan plaintif menceraikan
defenden dengan talak satu.
Kes selesai dengan cara baik.
iv. Ulasan Kes
Azmi bin Mustafa lawan Norhaslina bt Hussien Kes Mal No (04001-058- 0340 -
2011) Kes ini telah didaftarkan pada 26 Januari 2011. Apabila ditelitikan tentang kes
ini dapatlah disimpulkan bahawa defenden benar-benar melakukan nusyuz hasil dari
fakta kes di atas. Maka dengan ini mahkamah telah memerintahkan plaintif
menceraikan defenden dengan talak satu tanpa nafkah edah.
Kes selesai dengan cara baik pada10 .07.2010.
b. Muhamamad Tamrim b Yaacob lawan Norlida bt Masra Kes Mal No
(04001-058- 0340 -2011) Kes ini telah didaftarkan pada 4 febuari 2011
i. Fakta Kes
1. Palintif adalah Muhamamad Tamrim b Yaacob berkerja sebagai pencatat
meter air.
2. Norlida binti Masra adalah defenden, bekerja sebagai pengurus disalah sebuah
hotel terkenal di negeri Melaka.
3. Selama perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak. Kerana defenden tidak
mahu mengandung kerana kalau ada anak susah untuk bersosial.
4. Untuk mengelak daripada mengandung defenden makan ubat perancang
walaupun dilarang oleh plaintif.
80
5. Dalam permohonan cerai plaintif mengatakan defenden tidak patuh kepadanya
sebagai seorang suami.
6. Plaintif merasa terhina apabila plaintif berada dikalangan kawan-kawan
defenden kerana defenden suka memperlekehkan plaintif.
7. plaintif merasakan rumahtangga mereka tidak bahagia dan tidak dapat
diselamatkan lagi.
ii. Keputusan Mahkamah
Setelah dibicarakan dengan alasan-alasan yang wajar maka mereka telah
diperintahkan oleh mahkamah supaya bercerai talak satu. Sebagai kesimpulannya kes
ini selesai dengan cara baik, dimana plaintif telah melafazkan talak satu dihadapan
hakim
Kes selesai pada 2April 2011
iii. Alasan Kehakiman
Berdasarkan kes di atas bahawa defenden telahpun berlaku nusyuz kepada plaintif.
Mahkamah telah meluluskan permohonan cerai tersebut dengan talak satu di hadapan
mahkamah mengikut hukum syarak menurut seksyen 60 (1) dan (2) iaitu Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002. Mahkamah meluluskan
permohonan tersebut dengan suami melafazkan talak.
iv. Ulasan Kes
Muhamamad Tamrim b Yaacob lawan Norlida bt Masra Kes Mal No (04001-058-
0340 -2011) Kes ini telah didaftarkan pada 4 febuari 2011 . Apabila ditelitikan tentang
kes ini dapatlah disimpulkan bahawa defenden benar-benar melakukan nusyuz. Hasil
dari fakta kes di atas. Maka dengan ini mahkamah telah memerintahkan plaintif
menceraikan defenden dengan talak satu secara baik.
Kes selesai pada 2April 2011
81
c. Mohd Hafiz bin Baharuddin lawan Hafizah bt Isnin Kes Mal No
(04001-058- 0340 -2011)
Kes ini didaftarkan pada 12.09.2011
i. Fakta Kes
1. Palaintif ialah Mohd Hafiz bin Baharuddin bekerja sebagai pemandu ambulans
di klinik Ayer Molek.
2. Manakala Hafizah bt Isnin adalah defenden, tidak bekerja suri rumah
sepanjang masa.
3. Hasil dari perkahwinan mereka telah mendapat 3 orang anak iaitu 2
perempuan dan seorang lelaki.
4. Anak pertama berumur 10 tahun, anak kedua berumur 7 tahun dan anak ketiga
berumur 5 tahun.
5. Defenden telah lari dari rumah tanpa pengetahuan plaintif dan membawa anak
ketiga sahaja.
6. Manakala dua orang anak lagi berada di sekolah.
7. Punca defenden lari dari rumah tidak diketahui kenapa.
8. Apabila disiasat plaintif lari bersama kekasih lama.
9. Dengan rendah diri memohon kepada mahkamah yang mulia supaya defenden
dikenakan tindakan berdasarkan Enakmen Undang-Undang bagi memberi
pengajaran dan peringatan kepada defenden.
10. Dengan ini palaintif telah membuat permohonan perceraian dari yang
mulia .untuk perintah:
a. Bahawa defenden di istiharkan nusyuz sebab-sebab di atas.
b. Plaintif dibenarkan menceraikan defenden dengan cerai talak satu.
c. Defenden tidak berhak terhadap nafkah edah atas sebab-sebab nusyuz di atas.
d. Bahawa lain-lain perintah yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.
ii. Keputusan Mahkamah
Berdasarkan kes di atas bahawa defenden telahpun berlaku nusyuz kepada plaintif.
Mahkamah telah meluluskan permohonan cerai tersebut dengan talak satu di hadapan
82
mahkamah mengikut hukum syarak menurut seksyen 60 (1) dan (2) iaitu Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002. Mahkamah meluluskan
permohonan tersebut dengan suami melafazkan talak.
iii. Alasan Kehakiman
Berdasarkan kes di atas bahawa defenden telahpun berlaku nusyuz kepada plaintif.
Mahkamah telah meluluskan permohonan cerai tersebut dengan talak satu di hadapan
mahkamah mengikut hukum syarak menurut seksyen 60 (1) dan (2) iaitu Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002. Mahkamah meluluskan
permohonan tersebut dengan suami melafazkan talak.
iv. Ulasan Kes
Mohd Hafiz bin Baharuddin lawan Hafizah bt Isnin Kes Mal No (04001-058- 0340 -
2011) Apabila ditelitikan tentang kes ini dapatlah disimpulkan bahawa defenden
benar-benar melakukan nusyuz. Hasil dari fakta kes di atas. Maka dengan ini
mahkamah telah memerintahkan plaintif menceraikan defenden dengan talak satu
secara baik. Hak penjagaan anak mahkamah telah menyerahkan di bawah jagaan
plaintif sepenuhnya. Defenden hanya dibenarkan untuk melawat mereka sekiranya
defenden mahu. Kes Selesai 2 november 2011 ceria secara baik dengan talak satu
3.4.7 kesimpulan
Dari masalah yang timbul dalam kes kes yang dikaji oleh penulis ialah terdapat
beberapa akibat nusyuz isteri yang menjadi salah satu punca kepada penceraian
rumahtangga. Antaranya adalah isteri keluar rumah tanpa izin suami, tidak
menghormati suami, membawa masuk orang yang bukan muhrim ke rumah, tidak
menghiraukan pergaulan suami isteri ketika mana suami kehendaki.memaki hamun
suami, lari dari rumah dan mempunyai kekasih gelap. Kesimpulan dari kajian yang
dibuat dan diperolehi dari contoh-contoh kes dari tahun 1007-2011 adalah meliputi
kes penceraian dalam Mahkamah Syariah Negeri Melaka, kerana dalam setiap
83
masalah penceraian yang berlaku biasanya akan terdapat beberapa kaiatan kes dengan
masalah nusyuz isteri.
Melalui kes-kes nusyuz yang berlaku diNegeri Melaka adalah tidak begitu
jelas penghukumannya. Ini kerana mahkamah hanya menyatakan keputusan yang
dicapai dan tidak menyatakan pihak yang disabitkan dengan kesalahn nusyuz.
Sekalipun Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam2002 ada memperuntukan
jawatan kuasa pendamai atau hakim.
84
BAB IV
PENUTUP
4.1 Pengenalan
Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian yang akan memberi tumpuan
kepada ringkasan kajian, perbincangan dapatan kajian, kesimpulan dapatan kajian dan
saranan yang dianggap releven dengan permasalahan.
4.2 Dapatan Kajian
Dalam pada penulis mengkaji kes-kes yang berkaitan dengan nusyuz isteri di
Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka, penulis juga telah merujuk kepada jumlah
kes pendaftaran permohonan tuntut taat dari penolong pendaftar di Mahkamah Tinggi
Syariah Negeri Melaka. Dengan kerjasama yang diberi penulis telah mendapat
statistik permohonan bagi kes ketidaktaatan isteri dan bebtuk-bentuknya bermula dari
tahun 2007-2011. Statistik permohonan seperti di bawah:
85
Jadual 2: Tuntut Taat
Tahun Bil.
Permohonan
Ketidaktaata
n Isteri
Keluar
Rumah
Tanpa
Izin
Mengasingkan
Diri Dari
Suami
Enggan
Mengikut
Suami
Isteri
Mempunyai
Kakasih
Gelap
Jumlah
Mengikut
Tahun
2007 2 - - 1 1 2
2008 3 1 1 - 1 3
2009 10 4 3 1 2 10
2010 12 6 2 3 1 12
2011 5 3 1 1 - 5
Jumlah 32 14 7 6 5 32
Daripada jadual 2 di atas dapatlah diketahui bahawa kajian penulis terhadap
nusyuz isteri terhadap ketidaktaatan isteri kepada suami bermula dari tahun 2007-
2011, jadual 2 diatas juag menunjukkan bentuk-bentuk ketidaktaatan isteri yang
dipohon oleh suami melalui Mahkamh Syariah Negeri Melaka. Antara bentuk-bentuk
ketidaktaan isteri itu yang pertama ialah seperti berikut:
1. Isteri keluar rumah tanpa izin suami.
2. Isteri suka mengasingkan diri dari suami.
3. Isteri enggan mengikut suami samaada dari sudut menurut perintah dalam
melaksanakan suruhan ataupun enggan untuk berpindah.
4. Mempunyai kekasih gelap.
Jumlah besar permohonan suami atas ketidaktaatan isteri bagi lima tahun adalah
sebanyak 32 kes. Permohonan ini dikira agak besar jumlahnya. Sebagai penulis
merasa amat sedih dan takut bagaimana dengan lima tahun akan datang.
Setelah penulis mengetahui bentuk-bentuk ketidaktaatan isteri, maka
selanjutnya akan dihuraikan oleh penulis degan lebih jelas lagi kes berdasarkan bentuk
dan tahunnya. Pada tahun 2007 hanya terdapat 2 kes sahaja permohonan. Daripada 2
86
kes tersebut yang melibatkan isteri enggan mengikut suami dan satu kes lagi
melibatkan isteri mempunyai kekasih gelap, maka jumlah keseluruhan permohonan
bagi tahun 2007 dalah 2 kes kesemuanya.
Manakala Pada tahun 2008 pula, terdapat sebayak 3 kes permohonan
ketidaktaatan isteri yang dipohon, dari 3 kes tersebut terdapat satu kes isteri keluar
rumah tanpa izin suami begitu juga dengan kes mengasingkan diri dari suami satu kes
dan satu kes isteri mempunyai kekasih gelap. Bagi tahun 2008 ini semuanya 3 kes
sahaja yang di mohon oleh suami tentang ketidaktaatan isteri.
Pada tahun 2009 pula jumlah kes agak banyak berbeza pada tahun 2007 hanya
2 kes sahaja, manakala tahun 2009 pula sebanyak 3 kes sahaja. Daripada sepuluh kes
itu 4 kes adalah isteri keluar tanpa izin suami, 3 kes yang melibatkan isteri
mengasingkan diri dari suami , satu kes isteri enggan mengikut suami dan 2 kes lagi
melibatkan isteri mempunyai kekasih gelap. Dalam tahun 2009 ini menunjukkan
suami memohon penceraian tentang isteri keluar rumah tanpa izin suami paling tinggi
iaitu sebanyak 4 kes mengatasi kes lain.
Setelah mengetahui jumlah kes dan bentuk-bentuk kes berdasarkan tahun
2007-20011, selanjutnya penulis membuat kajian berkenaan dengan kekerapan kes
yang berlaku dan jalan penyelesaiannya. Berdasarkan kajian 2007-2011 kes
permohonan melibatkan isteri keluar rumah tanpa izin suami adalah mencatatkan
keputusan yang kedua tinggi iaitu pada tahun 2010 paling tinggisebanyak 6 kes dan
ikuti dengan kes mengasingkan diri dari suami dan kes yang paling rendah ialah
sebanyak 5 kes iaitu kes isteri mempunyai kekasih gelap. Dari huraian jadual statistik
di atas dapatlah penulis membuat kesimpulan bahawa perbuatan nusyuz isteri ini
berlaku pada setiap tahun. Cuma, bezanya ia datang dalam bentuk-bentuk yang
berbeza.
Manakala pada tahun 2010 ialah sebayak 12 kes permohonan penceraian oleh
suami tentang ketidaktaatan isteri yang mana 6 kes pada kes isteri keluar rumah tanpa
izin suami, 2 kes pada mengasingkan diri dari suami, 3 kes pada isteri enggan
mengikuti suami apabila diajak oleh suami dan 1 kes pada isteri yang mempunyai
87
kekasih gelap dalam tahum ini juga menunjukan kes yang paling tinggi ialah isteri
keluar tanpa izin suami sebanyak 6 kes.
Pada tahun 2011 pula ialah sebanyak 5 kes permohonan suami yang
melibatkan kes sabitan nusyuz. Kes yang melibat isteri keluar rumah tanpa izin suami
ialah sebanyak 3 kes dan 1 kes pada mengasingkan diri dari suami dan 1 kes juga
pada kes isteri enggan mengikuti suami dan tidak ada permohonana kes penceraian
terhadap isteri mempunyai isteri yang mempunyai kekasih gelap.
Kesimpulan yang diperolehi dari hasil dapatan kajian yang dibuat oleh penulis
dari keputusan kes-kes nusyuz di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka melalui
contoh kes-kes penceraian dan statistik tuntut taat, penulis mendapati bahawa terdapat
keputusan kes nusyuz di Mahkamah Tinggi Negeri Melaka kebanyakkannya kes
selesai dengan cara baik iaitu melalui jalan permohonan penceraian yang diadili oleh
Mahkamah diantara kedua belah pihak. Namun demikian terdapat juga kes-kes yang
ditarik balik permohonannya, ada yang di selesaikan dengan cara baik tanpa berlaku
sebarang penceraian yakni keduanya kembali hidup bersama, selainitu juga kes yang
masih tertangguh dan belum dapat diselesaikan kerana pelbagai masalah yang
berpunca antara kedua pihak plaintif dan defenden.
4.3 Kesimpulan
Setelah penulis melakukan penelitian melalui beberapa kajian maka di sini dapatlah
penulis merumuskan atau membuat kesimpulan bahawa nusyuz adalah berupa
pengabaian terhadap tanggungjawab yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t kepada
pasangan suami isteri. Apabila isteri mengabaikan tanggungjawabnya, atau dia tidak
mentaati suaminya, maka ia telah melakukan nusyuz terhadap suaminya. Sebaliknya
apabila suami yang cuai, tidak melaksanakan tanggungjawab, atau menafikan hak-hak
yang diperuntukkan oleh undang-undang Islam untuk isteri, maka dalam keadaan
seperti ini, suami telah melakukan nusyuz terhadap isterinya.
88
Nusyuz adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dalam undang-undang Islam,
ia merupakan sebahagian dari dosa. Allah s.w.t dan RasulNya membenci perbuatan
nusyuz, sama ada ia dilakukan oleh isteri atau suami. Untuk memelihara agar hak
masing-masing suami isteri terpelihara, maka Islam meletakkan suatu undang-undang
khas yang berkaitan dengan masalah nusyuz. Kerana dengan adannya undang-undang
tersebut, maka masing-masing dapat melaksanakan tanggungjawabnya, disamping itu
masing-masing akan merasa terlindung dengan menggunakan undang-undang ini.
Apabila berlakunya nusyuz isteri maka Islam meletakan garis panduan untuk
menghidari terjadinya perpecahan rumahtangga. Kalau isteri yang nusyuz, untuk
peringkat pertama suami perlu menasihati isteri secara berulang-ulang, agar ia
menyedari bahawa nusyuz itub adalah sesuatu yang tidak baik dan dimurkai oleh
Allah s.w.t.
Seandainya nasihat itu tidak boleh menyedarkannya, maka suami boleh
mengajarnya dengan cara memisahkannya dari tempat tidur. Suami boleh mencari
bilik lain untuk tidur, atau isteri tersebut disuruh ke bilik lain. Dengan berpisahnya
tidur, kemungkinan isteri boleh menyedari kesalahannya. Tetapi kalua isteri masih
berdegil maka pengajarannnya adalah peringkat ketiga, dimana suami boleh memukul
isteri, dengan pukulan yang tidak membahayakan dan tidak membawa kepada
kecederaan. Hal ini dilakukan setakat untuk menyedarkan bukan untuk menzalimi.
Kalau pada peringkat ini tidak isteri masih berdegil, maka suami boleh membawa ke
mahkamah dan hakim akan melantik dua orang pendamai. Guna untuk mendamaikan
atau memisahkan.
Demikian juga sekiranya nusyuz itu melibatlkan suami, maka isteri perlu
mengingatkan suami denagan cara yang baik dan sabar. Kalau tidak berhasil
mengingatkannya, maka isteri boleh membawa kes ini ke mahkamah. Hakim akan
melantik dua orang pendamai untuk menyelesaikannya. Apa-apa keputusan perlu
diterima dengan ikhlas. Kalau keadaan boleh diperbaiki. Maka kewajipan mereka
untuk memtahankan kedamaian tersebut, tetapi berlaku sebaliknya, maka pendamai
boleh memisahkan pasangan tersebut demi untuk kemaslahatan.
89
Konsep nusyuz ada terdapat dalam perspektif hukum perkahwinan Islam yang
ditegaskan dalam al-Quran surah an-Nisa ayat 34 dan 128 serta Hadis. Maka konsep
nusyuz tidak hanya diletakkan atau berasal dari pihak isteri semata akan tetapi nusyuz
ini juga boleh berlaku dari pihak suami. Apabila salah satu dari pihak suami mahupun
isteri telah berlaku maka dicadangkan untuk melakukan perdamaian atau ishlah.
Walaupun terdapat beberapa ahli fiqh yang tidak meletakan istilah nusyuz ini kepada
suami ia hanya berlaku oleh pihak isteri sahaja.
Manakala dari penelitian kajian yang dibuat oleh penulis bahawa tidak pernah
ada keputusan hakim di mahkamah Tinggi Syariah di negeri Melaka yang menyatakan
dengan tegas telah mengadili keputusan sesuatu perkahwinan dengan alasan nusyuz
terutamanya nusyuz isteri atau suami secara eksplisit. Akan tetapi pada kebiasaannya
para hakim mengambil konsep dari nusyuz itu untuk memutuskan tali perkahwinan
iaitu suami tidak mahu melaksanakan hak dan tanggungjawabnya sebagaimana
semestinya terhadap isteri dalam berumahtangga dan dengan alasan nusyuz ini suami
dapat mengelak dari memberi nafkah semasa edah kerana alasan bahawa isteri nusyuz
tidak layak menerima nafkah edah sebagaimana perceraian yang biasa berlaku.
4.4 Cadangan
Daripada hasil kajian yang telah dijalankan terdapat beberapa cadangan yang
difikirkan dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan bagi mengurangkan masalah
kes nusyuz yang berlaku. Mungkin dengan cadangan penulis ini dapat memberi
pengetahuan dan dapat mengurangkan masalah nusyuz isteri. Antaranya ialah:
1. Enakmen undang-Undang keluarga Islam Negeri Melaka 2002, tidak memberi
takrifan yang lebih menyeluruh mengenai nusyuz sebalikya hanya
memfokoskan nusyuz dari pihak isteri. Selain itu juga, Enakmen tidak
menyatakan secara jelas tindakan atau perbuatan yang dianggap sebagai
nusyuz samada nusyuz dari pihak suami mahupun isteri. Berbanding Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam negeri2 lain khususnya Enakmen Undadn-
Undang keluarga Islam Perak 1984 dan Enakmen Keluarga Islam Selangor
1984.
90
2. Kadangkala mahkamah mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan
sesetengah kes pergaduhan antara suami isteri sehingga memakan masa
hampir setahun. Sepatutnya pihak perlu memikirkan kaedah yg lain supaya
Sesuatu kes dapat diselesaikan dalam tempoh yang singgkat.
3. Dalam usaha menangani masalah nusyuz isteri dari berlaku, pihak Jabatan
Agama Islam perlu mengadakan satu pendedahan awal terhadap masalah
rumahtangga kepada pasangan yang hendak berkahwin kerana dengan adanya
pendedahan tersebut maka dapatlah golongan muda-mudi yang akan
mendirikan rumahtangga dapat mempelajari kaedah-kaedah bagi
menyelesaikan masalah-masalah yang bakal timbul dalam rumahtangga.nanti.
4. Kursus perkahwinan harus dijalankan secara terus di Malaysia bagi setiap
pasangan yang akan berkahwin. Kursus ini harus diberi sokongan dan bantuan
kerana mampu memberi pendedahan awal kepada setiap pasangan tentang
seluk belok alam rumahtangga.
5. Hukuman yang dikenakan sekarang terlalu ringan menyebabkan sesetengah
pihak sanggup melakukan apa sahaja kesalahan dengan sewenang-wenangnya
tanpa ada perasaan gentar ataupun takut terhadap hukuman yang bakal
dijatuhkan keatas mereka. Hasil daripada itu matlamat untuk mengurangkan
sesuatu kes tidak akan tercapai.
6. Sepatutnya bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam Negeri
Melaka memainkan peranan secara agresif sebagai sebuah badan yang
bertanggungjawab kepada pembagunan keluarga dan tempat untuk suami isteri
mendapatkan khidmat nasihat. Mereka sepatutnya memperbayakkan program-
program kesedaran secara lebih teratur, seperti mengadakn seminar-seminar
kekeluargaan, forum dan sebagainya.
91
7. Penyeragaman segala bentuk peruntukan diantara Enakmen-Enakmen
Keluarga Islam bagi seluruh negeri2 di malaysia hendaklah dilaksanakan
dengan seberapa segera. Kerana peyeragaman yang dibuat dapat menjadikan
Pentadbiran Undang-Undang Keluarga lebih kemas dan praktikal serta
menjadi sebuah Undang-Undang yang dihormati dan dicontohi oleh Negara-
negara Islam yang lain.
8. Membekalkan masyarakat keupayaan untuk terus berkembang biak dengan
cara yang sesuai dan setaraf dengan darjat manusia di samping mengangkat
darjat manusia ke tahap kemuliaan paling maksima. Semua ini telah
diperincikan dalam satu sistem yang lengkap; Sistem Kekeluargan Islam.
Konsep kekeluargaan ini mengarahkan semua pihak kembali kepada hukum
Allah, bukan hukum adat, budaya, nafsu, tindakbalas emosi atau kecerungan
peribadi.
92
RUJUKAN
Al-Quran. Tafsir pimpinan Al-Rahman Kepada Pegertian Al-Quran 30 Juzuk. Terj.
Sheikh Abdullah Bin Muhammad Basmith. Kuala Lumpur : Darul Fikr.
Ashab al –fadhilah dr Mustafa al-khin, dr. Mustafa al –bugha& ali asy- syarbaji. 2000 .
Jilid 2. Al-fiqh al-manhaji mazhab al-syafie . Terj. dr.zulkifli bin mohamad al-
bakri & rakan-rakan.hlm.519.
Abu U’rwah ( 1989). Risalah Usrah. Jilid2. Wanita Dan Kekeluargaan. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam.
Abdul Rahman Rukhaini .2001.Munakahat ( Membina Keluarga Bahagia). Selangor:
Synerymate Sdn. Bhd.
Abdul Munir Yaacob. 1999. Undang –Undang keluarga Islam dan Wanita di Negara-
negara Asean. Kuala Lumpur: Ikim.
Abdul Kadi Djaelani.2001. Rumahku Syurgaku Sakinah. Selangor: Pustaka Dini Sdn
Bhd.
Akmal Haji Mhd Zain.1992. Kegoncangan Rumahtangga Mengikut al-Quran dan al-
Sunnah. Kuala Lumpur: Mahir Publication Sdn. Bhd.
Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. 1994. Tanggungjawab Ibu Bapa
Dan Anak Menurut al-Quran Dan as-Sunnah. Kuala Trengganu: Yayasan
Islam Trengganu Sdn Bhd.
Allahyarham Yang Di Muliakan Datu’ Seri Maharaja Abd. Aziz Dato’ Seri Utama, Dr
Haji Ismail bin Omar. 1997. Hukum Islam Mengenai Pertunangan,
93
Pernikahan dan Penceraian. Brunai Darussalam: Pusat Da’wah Islamiah
Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Dewan Bahasa Dan Pustaka (2005). Kamus Dewan Edesi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Drs. Kh. Miftah Farid. 1999. 150 Masalah Nikah Keluarga. Gema Insani: Darul Fikir.
Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2010. Naskah Buat Pengantin “Sistem Kekeluargaan
Dalam islam” Panduan Lengkap Ke arah Pembentukan Keluarga Bahagia.
Darul Syakir Enterprise: One Tuoh Creative Sdn Bhd.
Dr. Abdul BasirMohamad, Dr. Amir Husain Mohd Nor, Dr.Hailani Muji Tahir, Alwi
Hj. Abdul Rahman, Mohd Ridzuan Awang, Mat Noor Mat Zain, Dr. Jafri
Khalil.2006. Fiqh Ibadat Dan Munakahat. Pusat kembangan Pendidikan
UKM Bangi.
Fadhilah Asy-Syeikh Atiyah Sakar. 2005. Jilid 3. Ensiklopidea Keluarga Muslim
( Hak-Hak Suami Isteri). Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.
Fauziah Muhammad. 2004. Rahsia Kepimpinan Suami Dalam Rumahtangga. Johor
Bharu: Jahabersa t.t
Harun din. 1985/1405h. Cetakan pertama. . Al-Nafaqah wa al-Shiqaq wa ta’addadu
al-zaujat.. kuala lumpur: Jabatan kemajuan islam Malaysia perpustakaan
Negara Malaysia.Watan sdn bhd.
Harun din (1990). Cetakan pertama. Manusia dan Islam t.tp: Amiza Publishing.
Harun din (1990). Jilid 2. Manusia dan Islam. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Hajah Noresah bt Baharom. 2005. DKK, Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
94
Jauhari Isnani. 2000. Motivasi Keluarga, pasangan Impian Panduan dan Bimbingan
keluarga . Selangor: Pustaka Ilmi.
Mohd Isa Selamat. 1994. Rumah Idaman Syurga Impian (Suami Teladan). Kuala
Lumpur: Daril Nu’man.
Muhammd Zuhaili, 2005. 80 Kesilapan Suami Isteri Dalam berumahtangga. Kuala
Lumpur: Jasmin interprise.
Muhammad Abdul Hadi. 1997. Membina Keluarga Bahagia. Terj. Abu Noor Samah.
Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.
Muhammad al-Mansur.1998. Hukum Hakam Perkahwinan. Johor Bharu: perniagaan
Jahabersa.
Muhammad Thalib. 1997. 90 Tips Kedamaian Suami Isteri. Kuala Lumpur: Darul
Nu’man.
Mohammad Nidzam abdur Kadir. 2008. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Nikah
Kahwin Tapi Anda Malu Bertanya. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.
Prof.Dr. Wahbah Az-Zuhaili. Jilid 9. Fiqhislam wa adillatuhu. Pernikahan, talak,
khulu’, mengilla’isteri, li’an, zhihar, Masa iddah. Gema Insane: Darulfikir.
Hlm.294-309.
Ustaz Othman Haji Ibrahim.2002. Permata Perkahwinan dan Keluarga Bahagia.
Selangor: Pustaka Ilmi.
Nurzuhaili Mohd Ghazali, Wan Abdul Fatahb. Wan Ismail. 2007. Nusyuz, Shiqaq dan
Hukum Menurut al-Quran,as-Sunnah dan Undang-Undang Keluarga Islam.
Nilai Negeri Sembilan: Kolej Universiti Malaysia Bandar Baru.
95
Syeikh Kamil Muhammad ‘Uwaidah. 1998. Fikih Wanita. Buku Islam Utama Kuala
Lumpur: Pustaka Kausar.
Syeikh Hassan Ayub. 1999/1414h. Fikih Keluarga. Kuala Lumpur: Pustaka Kausar
hlm. 177.
Ustaz Abdul Aziz.1992. Kursus Dan Bimbingan Perkahwinan. Kuala Lumpur: Darul
Nu’man
Ustaz Ismail Haji Ali.2003. Bimbingan Perkahwinan.Darul Nu’man Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur.
Ustaz Hj.Shabudin AMP. 2005. Binbingan Lengkap Membina” Rumahku Syurgaku”.
Selangor: Pustaka Jasmin.
Wan Abdul Fattah Wan Ismail. 2002. Nusyuz Dan Shiqaq. Tesis Master. Universiti
Kebangsaan, Malaysia.
Warta Kerajaan Negeri Melaka. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri
Melaka 2002.
96
LAMPIRAN A
97