buku ilmiah

Upload: maslinda-linda-lenrren

Post on 19-Jul-2015

912 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Buku Ilmiah

Jurnal

Tempat Lawatan/Kajian

Nama Tempat : Kampung Budaya Sarawak Alamat : Kampung Budaya Sarawak, Pantai Damai, Santubong P.O Box 2632, 93725, Kuching, Sarawak, Malaysia. Tarikh : 23 Mac 2012

Elemen 2(Merekod Fakta Sejarah)

PRODUK TEMPATAN (IKS)

KRAFTANGAN PUA KUMBU (MASYARAKAT IBAN)

Kaedah KajianSemasa melaksanakan kerja kursus ini, saya telah menggunakan beberapakaedah untukmendapatkan maklumat. Antara kaedah yang saya gunakan ialah :

Kaedah Melayari Internet Saya telah melayari beberapa laman web dan Berjaya memperoleh banyak maklumat yang berguna untuk dijadikan sumber rujukan. Maklumat tersebut dianalisis dan diolahsemula untuk dimasukkan sebagai hasil kajian. Antaralaman web yang saya Berjaya layari ialah : 1. http://www.journeymalaysia.com/MCUL_pua.htm 2. http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm//news_lite.php?id=548557 3. http://www.museum.sarawak.gov.my/textilefile/mid.htm 4. http://maps.google.com.my/maps?rlz=1C1ASUT_enMY467MY467&ix=sea&q=google&um =1&ie=UTF-8&hl=en&sa=N&tab=wl 5. http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:http://malaysiana.pnm.my/04/0407puakumbu.htm

Kaedah Lawatan. Sekolah saya telah mengadakan lawatan ke Kampung Budaya Sarawak pada 23 Mac 2012. Seramai 290 orang pelajar tingkatan 3 dan 20 orang guru pengiring telah menyertai lawatan tersebut. Di sana, kami berpeluang melawat ke Rumah Orang Iban untuk mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai pua kumbu. Saya juga telah merakam gambar yang berkaitan sebagai bukti dan dijadikan bahan untuk lampiran.

Kaedah analisis dokumen Saya juga telah mendapatkan beberapa maklumat mengenai pua kumbu melalui buku GoingPlaces dan Sarawak Gazette.

1.3. Nama Pengusaha/Syarikat/Status Hak Milik

Penenun Pua Kumbu di Kampung Budaya Sarawak, Fiorita Sylvester ,42. Pua kumbu yang saya jadikan bahan kajian ini terdapat di Kampung Budaya Sarawak. Pua kumbu ini diusahakan oleh pengusaha individu di rumah tradisi Kaum Iban iaitu, rumah panjang yang terdapat Kampung Budaya. Pua kumbu ini ditenun di bahagian ruai rumah panjang untuk pameran sambil menjual hasil produk mereka kepada para pelancong

.

1.4. Lokasi

Perkampungan Budaya Sarawak (SCV) yang terletak di kaki bukit Gunung Santubong, lebih kurang 40 minit perjalanan memandu dari Kuching, kini merupakan tempat penting bagi industri pelancongan Sarawak. Lokasi kajian saya ialah Kampung Budaya yang terletak lebih kurang 20 km dari Bandaraya Kuching. Jarak lokasi kajian saya dan sekolah saya lebih kurang 40km. Kampung Budaya terletak di kawasan Santubong. Kenderaan yang boleh digunakan untuk ke Kampung Budaya ialah pengangkutan darat seperti bas, kereta dan lain-lain. Kampung Budaya merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong yang terkenal di Sarawak.

Bab 2 : Latar Belakang

2.1 Sejarah KewujudanPua Kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kaum Iban, dihasilkan dan digunakan di Sarawak, Malaysia. Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan dianggap objek suci. Ia digunakan dalam upacara dan peristiwa penting termasuk kelahiran anak, sampai usia, menerima barangan penting kepada rumah panjang, dan bagi tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang sebelum pengkebumian.Selain Pua Kumbu, terdapat juga Pua Sungkit dan Pua Karap.

2.2 Punca Dan Jumlah ModalMengikut orang sumber kami, punca modal adalah secara individu. Ada antara bahan yang digunakan untuk menenun disediakan oleh Kampung Budaya. Jumlah modal bergantung pada saiz dan corak pua kumbu.

2.3 Pendaftaran Perniagaan/LesenLesen tidak diperlukan kerana perusahaan ini di bawah Kementerian Pelancongan. Segala pendaftaran perniagaan adalah urusan pihak pengurusan Kampung Budaya. Puan Fiorita Sylvester adalah kakitangan yang bertugas di Kampung Budaya sebagai penenun Pua Kumbu untuk menerangkan beberapa maklumat mengenai Pua Kumbu.

2.4 Tujuan/Kepentingan ProdukTujuan pua kumbu dalam mayarakat Iban di Sarawak adalah warisan budaya kaum yang harus diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Pua kumbu merupakan kain adat orang Iban, digunakan sebagai barang hantaran perkahwinan, tempat menyambut bayi yang baru lahir, pengebumian, perubatan dan upacara bercucuk tanam. Untuk kepentingan komersial pua kumbu telah menjadi identiti budaya Iban di Sarawak. Pua kumbu telah dikomersialkan menjadi bermacam produk perlancongan, alas meja, beg tangan, hiasan dinding, anyaman gelang, malah kain batik basahan dan banyak produk yang telah menjadi tarikan para pelancong ke Sarawak.