[d20111049740] latihan ilmiah

59
NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740 KEBERKESANAN PENGAJARAN PENULISAN BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH KOOPERATIF NORZAILA BT MUHAMMAD YUSOF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2015 1

Upload: azhelmi-helmi

Post on 01-Oct-2015

260 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

tesis

TRANSCRIPT

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

KEBERKESANAN PENGAJARAN PENULISAN BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH KOOPERATIF

NORZAILA BT MUHAMMAD YUSOF

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS2015

PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya dapat saya menyiapkan dengan jayanya kajian ilmiah ini dalam masa yang ditetapkan.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih, saya tujukan kepada pensyarah pembimbing, iaitu Dr.Abdul Talib Bin Mohamed Hashim yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar dan saranan kepada saya untuk menyiapkan kajian ilmiah ini.Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan rakan yang banyak membantu dan bekerjasama bagi menyiapakan kajian ilmiah ini. Segala pandangan, cadangan serta teguran anda semua, hanya Allah swt sahaja yang akan membalasnya.Akhirnya, penghargaan ini saya tujukan kepada semua ahli keluarga saya kerana dapat memahami suasana dan mengorbankan keselesaan yang sepatutnya dikecapi bersama sepanjang proses saya menyiapkan kajian ini. Saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua anak-anak saya kerana memahami bebanan ibu mereka dan sentiasa memberi kerjasama yang sangat baik hingga saya berjaya menyiapkan kajian ilmiah ini.

Sekian wasalam.

Norzaila Muhammad Yusof,D20111049740 KUMPULAN 11UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISTANJONG MALIM,PERAK.

ABSTRAK

Kajian ini membentangkan tentang pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain. Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran dimana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru. Guru menguji dan memberi gred berdasarkan pretasi kumpulan, kadang-kadang berdasarkan gred individu.Kumpulan dalam pembelajaran koperatif ini lazimnya terdiri daripada empat hingga enam orang ahli. Ahli-ahli dalam kumpulan ini biasanya kekal untuk tempoh tertentu misalnya dalam beberapa minggu (Sharan dan Sharan,1992). Semua kaedah pembelajaran koperatif memerlukan pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka selain daripada pembelajaran mereka sendiri.Selain daripada idea berkerjasama, kaedah pembelajaran pasukan pelajar memberi penekanan kepada penggunaan matlamat pasukan dan kejayaan pasukan, ianya boleh dicapai apabila semua ahli dalam pasukan memberi komitmen yang diperlukan (Slavin, 1990). Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar yang berada di dalam kelas sederhana serta kurang menunjukkan minat terhadap pelajaran Bahasa Melayu lebih lebih lagi dalam pembelajaran penulisan.Data kualitatif dan kuantitatif telah didapatkan melalui pengajaran di bilik darjah, borang maklum balas dan temubual dengan pelajar tersebut. Secara umum, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam sikap dan motivasi para pelajar ini terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga diharap dapat meninjau bagaimana kaedah ini berupaya memberikan satu suntikan semangat kepada para pendidik agar menggunakan Pembelajaran Kooperatif bagi menimbulkan keseronokan belajar dan dalam pada itu membantu menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menarik.

KANDUNGAN

PERKARAHALAMANBab 1PENGENALAN1.1Pendahuluan 6 - 71.2Latar Belakang Kajian 7 - 10 1.3Pernyataan Masalah 10 - 121.4Objektif Kajian 121.5Kerangka Konsep Kajian131.5Persoalan Kajian 131.6Kepentingan Kajian14 - 15 1.7Batasan Kajian 15 1.8Definisi Istilah 15 - 171.9Rumusan18 Bab 2TINJAUAN LITERATUR2.1Pengenalan 19 - 202.1.1 Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam penulisan bahasa Melayu.2.2Teori Dan Konsep20 - 212.3Kajian Lepas21 - 222.4 Rumusan22Bab 3METODOLOGI PENYELIDIKAN3.1Pendahuluan22 - 233.2Rekabentuk Kajian23 - 243.3Populasi Dan Persampelan243.4 Kajian Rintis24 - 253.5Instrumen Kajian25 - 263.6Pengumpulan Data26 - 273.7Analisis Data273.8Rumusan27 - 28

Bibliografi 29 30

Lampiran30 - 35

LAMPIRAN 1 : Pemerhatian situasi pembelajaran biasa sebelum kajian.

LAMPIRAN 2: Pemerhatian situasi pembelajaran kaedah koperatif selepas kajian.

LAMPIRAN 3:Maklumat Latarbelakang Pelajar.

LAMPIRAN 4:Ujian Pra.

LAMPIRAN 5:Ujian Pos

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PendahuluanPendidikan adalah proses dan aktiviti bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang. Sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu (Wan Zahid, 2000). Tugas guru semakin mencabar dan sebagai seorang pendidik adalah menjadi tanggungjawab untuk membantu setiap pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Perancangan pengajaran yang baik dan menarik serta pelbagai pendekatan yang digunakan adalah faktor untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan bermotivasi kepada pelajar. Pelajar juga digalakkan untuk membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina (Mohd.Fazli, 2001).

Salah satu pendekatan yang sesuai adalah pembelajaran secara berkumpulan atau pembelajaran koperatif. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka lebih berpeluang untuk memberikan idea, berbincang dan berinteraksi satu sama lain dan belajar melalui pengalaman mereka sendiri. Pendekatan ini merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Di peringkat sekolah rendah pelajar-pelajar yang baru memasuki peringkat ini perlu diajar dan diterapkan nilai pembelajaran kendiri dan berdikari agar mereka bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka. Kaedah kumpulan sama kebolehan membolehkan guru membimbing pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing. Kaedah kumpulan pelbagai kebolehan telah memberi peluang mengamalkan pengajaran rakan sebaya, memupuk semangat kerjasama dan bertimbangrasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial.

Banyak kajian mendapati pembelajaran koperatif mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah dapat meningkatkan potensi pelajar dari segi pencapaian akademik ,kepekaan positif kepada kepelbagaian dan pemantapan kemahiran sosial

Pembelajaran Koperatif menggunakan peraturan bilik darjah yang mampu mewujudkan satu pasukan yang berkesan. Singkatan KISSES mewakili peraturan bilik darjah seperti yang diterangkan di bawah:K Keep with the group (Sentiasa dalam pasukan)I Include everyone (libatkan semua ahli elakkan passenger)S Share ideas and feelings (sedia berkongsi idea dan perasaan)S Stay on task (Sentiasa melakukan tugasan yang diberi)E Encourage others (Memberi galakan kepada rakan sebaya)S Six inch Voices ( perbincangan mesra kumpulan berberdua /berempat dalam jarak lebih kurang 6 inci.)Oleh kerana itu, pendidik memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar untuk meningkatkan minat kecenderungan pelajar ke arah pembelajaran. Oleh yang demikian, sebagai pendidik, kita bertanggungjawab untuk membantu setiap pelajar meningkatkan minat dan kecenderungan mereka ke arah pelajaran. Pelajar juga digalakkan membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian ini adalah untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah koperatif dalam mengajar tajuk karangan jenis fakta untuk murid-murid Tahun 5 Inovatif demi meningkatkan pencapaian mereka dalam Bahasa Melayu. Kajian ini juga digunakan sebagai alat pengukur bagaimana kaedah ini boleh memantapkan pencapaian murid dalam Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan ke atas murid-murid di SK Slim River, Slim River,Perak dari kelas Tahun 5 Inovatif seramai 30 orang. Murid-murid dari kelas ini datangnya dari keluarga yang berpendidikan sederhana. Kebanyakan daripada mereka hanya mengharapkan pengajaran daripada guru semata-mata. Hasil temuramah yang dibuat terhadap murid-murid didapati kebanyakkan ibu bapa mereka tidak ada masa untuk mengajar anak mereka di rumah. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang mata pelajaran Bahasa Melayu dianggap tinggi arasnya berbanding semasa ibu bapa mereka di zaman persekolahan dahulu.

Banyak istilah-istilah yang tidak difahami oleh mereka. Daripada pemerhatian pengkaji murid-murid kurang mahir menulis karangan terutamanya karangan yang berbentuk fakta. Lantaran itu pengkaji sebagai seorang pendidik Bahasa Melayu merasakan tanggungjawab dalam membantu mereka untuk menguasai kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu. Dengan itu, pengkaji telah memilih kaedah koperatif untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran yang diajar di bilik darjah. Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai (Nik Safiah Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Kemahiran mengarang juga dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002).

Oleh yang demikian, proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran iaitu pemikiran sebelum menulis karangan, semasa menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006). Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan adalah aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan penyebaran ilmu. Untuk menguasai tujuan tersebut, pengajaran bahasa memerlukan masa dan peluang yang sesuai bagi menjadikan murid penulis terbaik. Dalam penghasilan penulisan karangan, murid-murid mengalami dua proses iaitu proses dalaman dan proses luaran (Siti Zaleha M. Hashim, 2005). Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk tujuan perbahasan, memujuk, memberi pendapat, atau untuk bercerita. Perkembangan isi dan huraian juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan. Oleh itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik semasa di bangku sekolah. Penguasaan kemahiran menulis juga dapat membantu memantapkan penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti yang terdapat dalam penulisan karangan fakta, naratif, sajak, pantun, dan sebagainya. Namun, kegagalan dalam menguasai kemahiran menulis mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan mesej dalam bentuk tulisan.Kemahiran mengarang mampu dikuasai oleh sesiapa sahaja kiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan juga penyediaan bahan pengajaran yang sesuai (Faridah Serajul Haq dan rakan-rakan, 2001).

Proses kognitif seperti yang terkandung dalam kurikulum dikembangkan melalui isi kandungan yang dipelbagaikan dari segi pendekatan, strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi. Dalam konteks pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), guru harus melakukan penerapan nilai murni, dan penggunaan bahan yang merentas pelbagai disiplin ilmu dalam proses pengajaran (Roselan Baki, 2003). Teknik pengajaran guru juga mesti sesuai dengan kebolehan murid dengan mengambil kira penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian masa depan, kecerdasan pelbagai dan konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid terhadap pelajaran.

Penggunaan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan satu daripada ciri pembelajaran konstruktivisme yang membolehkan murid memiliki lebih kemahiran sosial. Pembelajaran secara konstruktivisme juga membolehkan murid memperoleh beberapa kemahiran seperti lebih berfikir, lebih memahami, lebih mengingati, berkeyakinan, berinteraksi dan menyeronokan (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001). Kaedah yang digunakan di dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan. Oleh itu salah satu teknik yang dapat membantu guru dan murid dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK). KPK merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Salvin, 1982).

Sasaran utama adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif iaitu saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan. Pembelajaran koperatif menjadi popular pada tahun 1980-an kerana positifnya terhadap pencapaian iaitu yakin diri, kedinamikan pergaulan antara individu dan motivasi diri (Mahzan Arshad, 2003). Strategi ini juga menegaskan bahawa murid seharusnya tidak dibezakan dengan warna kulit, keturunan, agama, jantina mahupun mental masing-masing (Kamaruddin Tahir, 2005). Semangat kerjasama, tolong-menolong dan bertindak sebagai satu pasukan perlu dibajai dalam diri murid agar menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok untuk belajar (Johnson & Johnson, 1989).

1.3. Pernyataan Masalah

Bahasa Melayu juga sering dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar dalam kalangan pelajar Melayu apatah lagi pelajar bukan Melayu. Pemasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran memang tidak dinafikan. Hanya segelintir pelajar sahaja yang dapat menguasai dan mencapai prestasi yang baik dalam Bahasa Melayu. Ini adalah kerana kaedah pengajaran yang kurang efektif. Pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan memastikan kemahirannya dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik. Justeru itu, pengkaji menganggap bahawa Bahasa Melayu boleh menjadi satu mata pelajaran yang mudah dan digemari sekiranya pelajar diajar dengan menggunakan kaedah koperatif. Pelajar selalu menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran yang diajar di dalam bilik darjah kerana kebanyakannya telah membina satu konsep dan anggapan yang salah bahawa Bahasa Melayu adalah sukar.

Ada juga dalam kalangan pelajar yang tidak tahu apa tujuan sebenarnya mereka belajar Bahasa Melayu, sama ada untuk tujuan peperiksaan semata-mata atau untuk kegunaan penyelesaian masalah harian dalam kehidupan seharian mereka. Mereka sering beranggapan bahawa tidak perlu menguasai Bahasa Melayu dengan baik kerana bahasa pertuturan harian mereka sudah cukup untuk difahami untuk menyampaikan maklumat. Pelajar yang lemah selalu menghadapi masalah untuk memahami sesuatu kemahiran dalam pengajaran Bahasa Melayu. Perasaan takut dan bosan juga selalu menjadi tabiat, khasnya bagi subjek yang mereka tidak diminati.

Perkara seperti ini sering berlaku di dalam bilik darjah. Lantaran itu, untuk mengatasi masalah-masalah di atas, satu kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah kooperatif. Dalam proses penulisan, masalah yang sering dihadapi oleh seseorang ialah untuk memulakan penulisan. Memulakan penulisan bukanlah sekadar persoalan kebolehan semata-mata atau soal pengetahuan tentang sesuatu kerana pakar yang berpengetahuan dan berkemahiran pun turut menghadapi masalah yang serupa (Flower, 1985 dalam Roselan Baki, 2003).

Kelemahan dalam menulis karangan adalah salah satu punca murid gagal mencapai keputusan yang baik dalam peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah (PMR) mahupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penguasaan bahasa yang lemah dalam kalangan murid Cina menyebabkan pencapaian mereka dalam bidang akademik rendah kerana mereka tidak dapat menyatakan sesuatu dengan baik dan berkesan melalui tulisan. Penutur Bahasa Melayu keturunan Cina adalah yang paling banyak menghadapi masalah gangguan bahasa ibunda dan pengaruh dialek tempatan dalam penguasaan bahasa (Abdul Aziz Abd. Talib, 2000). Hal ini disebabkan struktur Bahasa Cina berbeza dengan Bahasa Melayu.

Selain itu, terdapat juga murid yang lemah dan berada pada tahap minimum dalam penulisan. Murid kurang mampu untuk mengarang dengan baik tanpa bantuan guru. Ini berlaku terutama bagi karangan berbentuk fakta dan karangan berbentuk naratif. Pemeriksaan terhadap beberapa buah buku karangan yang ditulis oleh murid dan dalam ujian di sekolah memperlihatkan bahawa pencapaian dalam penulisan karangan murid-murid tersebut tidak mencapai tahap yang memuaskan. Mereka kekurangan idea untuk menghasilkan karangan. Kemahiran penulisan dalam kalangan murid bukan Melayu kurang memuaskan dari segi ejaan, pemilihan kata (diksi), kosa kata, struktur ayat, jenis ayat dan sebagainya. Kelemahan murid dalam penulisan karangan juga tidak dapat dinafikan dengan kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar menulis dalam kelas.

Kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan (Roselan Baki, 2003). Cara dan gaya pengajaran guru dalam kelas lebih kepada memberi pendedahan secara menyeluruh tentang sesuatu tajuk dan mengamalkan pendekatan membincangkan isi untuk menghabiskan sukatan pelajaran Tambahan pula, suasana dalam kelas lebih berorentasikan peperiksaan iaitu memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata.

Kebanyakan guru memainkan peranan utama dalam pengajaran kemahiran penulisan khususnya dalam memberikan isi-isi karangan. Murid-murid kurang dilatih untuk meneroka maklumat sendiri melalui pelbagai bahan sumber. Selalunya guru mengawal dari segi isi, bukan berperanan membantu menyaring dan menyusun maklumat yang telah diterokai oleh mereka. Kawalan begini sebenarnya akan mendorong murid terlalu banyak bergantung kepada guru. Keadaan ini seterusnya menyebabkan murid kurang berkemahiran untuk mengarang.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk meneliti keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam pengajaran aspek kemahiran menulis karangan fakta. Objektif kajian secara terperincinya ialah ingin mencapai objektif berikut:-:

1. Untuk mengkaji sikap murid-murid Tahun 5 terhadap Bahasa Melayu selepas diajar dengan menggunakan kaedah koperatif. 2. Untuk mengkaji motivasi murid-murid Tahun 5 terhadap Bahasa Melayu selepas diajar dengan menggunakan kaedah koperatif. 3.Untuk mengkaji keberkesanan kaedah koperatif dalam meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 5 dalam penulisan karangan fakta bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

1.5 Kerangka Konsep Kajian

Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep kajian bagi pembelajaran koperatif yang mengandungi tujuh elemen pembelajaran berkumpulan iaitu saling bergantungan yang positif, bertanggungjawaban individu, kemahiran antara perseorangan dan kumpulan kecil, peruntukan dan pengurusan masa, pembentukan kumpulan dan heterogenous, arahan dan objektif pembelajaran yang jelas dan interaksi bersemuka. Daripada tujuh elemen tersebut pengkaji mengenalpasti penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif di dalam kelas. Seterusnya, di akhir kajian pengkaji dapat mengetahui sama ada tahap penglibatan pelajar berada pada tahap yang rendah atau tinggi dan dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran mereka.

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian (Stahl, 1994).

1.6 Persoalan Kajian

Persoalan kajian merupakan persoalan yang mana jawapannya akan dapat membantu dalam bidang kajian yang dilakukan kelak. Ia juga merupakan suatu pernyataan yang mengenalpasti fenomena kajian yang diselidik. Ia ditulis dalam bentuk soalan. Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, soalan kajian berikut telah digunakan :-

1. Apakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk mengubah sikap murid-murid Tahun 5 terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu? 2. Apakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk mengubah motivasi murid-murid Tahun 5 terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu? 3.Apakah Kaedah koperatif berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan karangan fakta bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 ?

1.7Kepentingan Kajian

Pembelajaran koperatif di dalam kelas murid-murid dapat mengembangkan minat mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Kaedah ini juga telah membantu mereka untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam menguasai kemahiran Bahasa Melayu yang diajar. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat membiasakan diri dalam perbincangan dan mengeluarkan idea-idea dan pendapat bersama. Murid-murid juga dapat membiasakan diri dengan berfikiran terbuka dan kreatif. Komunikasi dalam kumpulan telah melatih mereka menjadi lebih berani dan dapat berinteraksi dengan rakan lain tanpa rasa malu dan segan. Murid-murid dapat meneruskan sesi pembelajaran dengan lebih seronok tanpa bosan. Mereka juga dapat melibatkan diri dengan aktif dalam pembelajaran seterusnya. Ini sudah tentu dapat meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam peperiksaan.

Hasil kajian ini juga dapat memberikan maklumat kepada tenaga pengajar untuk menangani masalah dan tanggapan serta pendapat murid terhadap mata pelajaran bahasa Melayu. Disamping itu kajian ini juga dapat merintis jalan untuk menarik minat dan memotivasikan murid-murid terhadap Bahasa Melayu. Kemahiran menulis memberi peluang kepada murid menyampaikan buah fikiran mereka dengan berkesan kepada pembaca (Liew Siew Lin, 2003 dalam Yahya Othman 2005). Sekiranya kemahiran menulis tidak dikuasai sebaik-baiknya, tidak mustahil bahawa walaupun perkembangan teknologi maklumat bergerak dengan pantas, namun kita akan tertinggal tanpa keupayaan menulis yang tinggi, kemahiran dan kepakaran seseorang akan tenggelam kerana tidak dapat disebarkan, dibuktikan dan dikaji (Mahrom Mamat, 2000). Justeru, kajian ini diharap dapat memberi maklumat tentang keberkesanan kemahiran menulis karangan fakta kepada murid, guru-guru dan juga para penyelidik pada masa akan datang.

Hasil kajian ini penting untuk membantu para murid yang mempunyai masalah tidak berminat untuk belajar, prestasi merosot, murid tidak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan pelajar yang sering menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah. Oleh demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di SK Slim River, Slim River, Perak dalam penguasaan kemahiran menulis karangan fakta. Kepada guru-guru Bahasa Melayu, kajian ini mendedahkan kaedah pengajaran koperatif yang boleh dicuba dalam pengajaran menulis karangan Bahasa Melayu.

Justeru, kajian ini diharap akan menjadi satu amalan kepada guru-guru Bahasa Melayu dan mencuba kaedah baru dalam pengajaran penulisan. Dengan cara ini, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menjadi lebih menarik. Kajian ini juga diharap dapat menambah koleksi bahan rujukan tentang penyelidikan yang dijalankan dalam bidang penulisan pada masa akan datang yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada para penyelidik.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan murid-murid Tahun 5 seramai 30 orang. Kajian ini dijalankan di SK Slim River, Slim River, Perak. Semua aktiviti kajian dilaksanakan di dalam kelas. Kajian ini hanya tertumpu kepada kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran hanya melibatkan satu topik kemahiran iaitu kemahiran menulis karangan fakta. Soalan- soalan ujian diambil daripada topik yang diajar pada masa itu. Namun begitu ada beberapa aspek yang mungkin menjadi penghalang semasa kajian dijalankan. Antaranya ialah:-

1. Motivasi dan minat murid-murid berbeza.2. Pencapaian murid-murid dalam Bahasa Melayu adalah berbeza. 3. Waktu mata pelajaran Bahasa Melayu berbeza (pagi / tengahari ). 4.Pelajar mungkin mahir dalam kemahiran menulis jika telah mempelajarinya di kelas tambahan.

1.9 Definisi Pembolehubah

Kajian ini melibatkan penggunaan beberapa istilah dan konsep yang perlu dijelaskan. Antara istilah dan konsep yang perlu dijelaskan ialah:

a. Keberkesanan pembelajaran

Perkataan 'keberkesanan' berasal daripada 'kesan'. Kamus Dewan (2002:663) 'kesan' membawa maksud tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, bekas sama ada kebaikan atau keburukan. Manakala 'keberkesanan' membawa maksud berkesannya sesuatu tindakan atau perbuatan. Dalam kontek kajian ini 'keberkesanan' bermaksud hasil atau akibat yang terjadi daripada penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam proses penulisan karangan fakta dalam kalangan murid Melayu dan bukan Melayu.

b. Kaedah Pembelajaran Koperatif

Perkataan 'kaedah' mengikut Kamus Dewan (1993:513) bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu. Selain itu 'kaedah' merupakan cara keseluruhan mengajar bahasa bagi mencapai tujuan-tujuan yang tertentu melalui prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh satu-satu kaedah itu (Arbak Othman, 1989:13). 'Kaedah' juga membawa maksud langkah- langkah dan peringkat-peringkat yang diatur untuk mengajar sesuatu bahasa atau bahagiannya, sesuai dengan pendekatan yang dipegang (Abdullah Hassan, 1996:114).

Manakala Kaedah Pembelajaran Koperatif ialah strategi yang diperkenalkan dalam sistem pembelajaran dalam sistem pembelajaran bestari. Dengan strategi ini, murid-murid digalakkan berdikari dalam meneroka ilmu daripada pelbagai sumber. Kaedah pembelajaran ini membolehkan pelajar heterogen bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat bersama (Gan, 1999). Hal ini bermakna, pengelompokan murid kepada kumpulan kecil merupakan langkah awal yang mesti dipatuhi oleh seseorang guru dalam pelaksanaan kaedah ini. Langkah seterusnya diserahkan kepada kumpulan -kumpulan murid berkenaan untuk berbincang dan melantik ketua, pencatat, pelopor dan seumpamanya.

Aktiviti ini sangat penting kepada murid yang lemah menguasai literasi membaca dan menulis. Dalam konteks kajian ini, KPK merujuk kepada penggunaan teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat. Melalui KPK murid dapat belajar secara bekerjasama untuk mencapai matlamat pembelajaran dalam penulisan karangan. Teknik Putaran Giliran (Round Robin), setiap ahli dalam kumpulan akan mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan mengikut putaran giliran mereka (Kagen, 1994: Zawiyah Abd Shukor, 2001).

Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap ahli peluang mengemukakan idea masing-masing sambil menerima dan menolak idea yang lain secara diplomasi. Melalui teknik ini berlakulah proses bertukar-tukar idea dan pandangan agar idea yang diperuntukan itu akan menjadi lebih jelas dan bermakna. Manakala teknik Meja Bulat (Round Table) pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat secara bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. (Kagan, 1994; Zawiah Abd Shukor, 2001). Setiap ahli memerlukan tambahan idea untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang sangat bermakna. Akhirnya, menerusi teknik tersebut, mereka dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik.

Menulis karangan adalah menggunakan simbol visual yang berfungsi sebagai komunikasi (Yahya Othman, 2005). Huraian Sukatan Pelajaran (2003) menghuraikan kemahiran menulis sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang kemas. Menurut Byrne (dalam Robiah Kulop Hamzah, 1999) penulisan ialah urutan ayat-ayat yang disusun dalam susunan tertentu dan berkait rapat antara satu sama lain dengan cara-cara tertentu. Urutan ini mungkin panjang dan mungkin pendek.

Walau bagaimanapun, urutan ayat-ayat ini dapat membentuk satu kesatuan yang jelas maksudnya. Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkaikata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan penglahiran idea yang jelas dan tersusun. (Kamarudin Hj. Husin, 1998). Dalam konteks kajian ini, penyelidik membuat penilaian tentang karangan karangan fakta. Karangan fakta lebih memerlukan pernyataan fakta dan huraian yang mantap.

Segala tanggapan yang bertentangan sesuatu isu atau perkara haruslah disokong dengan hujah-hujah dan fakta sebagai pembuktian. Setiap fakta yang dinyatakan perlu diperkuat dengan huraian sokongan yang mengandungi keterangan, contoh, analogi, anekdot atau ungkapan berwibawa (Roselan Baki, 2003). Dalam konteks kajian ini, karangan fakta merujuk kepada suatu tajuk perbincangan atau pendapat yang memerlukan fakta atau hujah-hujah yang konkrit sebagai bukti untuk menyokong pernyataan.

10.0 Rumusan

Berdasarkan pernyataan-pernyataan yang dibincangkan dapatlah disimpulkan bahawa sebelum menjalankan sesuatu kajian kita perlulah menyelidik beberapa perkara terlebih dahulu seperti bidang kajian, sasaran, objektif kajian dan persoalan-persoalan yang perlu diketahui serta beberapa maklumat lain yang perlu terlebih dahulu agar kajian yang akan kita jalankan akan mendapat manfaatnya bersama.

Di dalam Bab 1 ini penyelidik telah menjelaskan pengenalan kepada kajian yang dijalankan. Seterusnya dijelaskan juga beberapa isu yang wujud di dalam pembelajaran koperatif bagi menyokong pernyataan masalah. Tumpuan diberikan kepada penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif bagi meningkatkan pencapaian akademik dan serta mengetahui masalah pelajar semasa menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan. Bab 1 ini juga menerangkan mengenai perangkaan awal bagi melaksanakan kajian, sebagai panduan bagi memastikan setiap langkah yang diambil dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

BAB 2

TINJAUAN LITERATURE

2.1 Pengenalan

Bab ini akan mempersembahkan hasil kajian-kajian yang terdahulu berkaitan dengan pembelajaran koperatif. Ia juga melihat kelebihan dalam menggunakan kaedah koperatif untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bab ini juga membincangkan aspek yang berkaitan tinjauan literature seperti teori yang mendasari pembelajaran koperatif dalam kemahiran menulis karangan, rajah pembelajaran koperatif, ciri-ciri karangan yang bermutu, prinsip-prinsip pembelajaran koperatif, kesan pembelajaran koperatif dan kajian-kajian yang pernah dijalankan berkaitan pembelajaran koperatif.

2.1.1 Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam penulisan bahasa MelayuDalam kajian Marohaini Yusoff (1999) mendapati bahawa sepanjang proses menulis karangan, murid seringkali berinteraksi dengan kawan-kawan walaupun guru tidak membenarkan mereka bercakap dan berkongsi pendapat ketika menulis karangan dalam bilik darjah. Sauders dalam Ahmad Zaini (2000) menegaskan tentang perlunya bekerjasama dengan rakan sebaya dalam pembelajaran menulis terutamanya untuk merangka, menulis bersama, membetulkan kesilapan bersama dan menerbitkan bersama.

Menurut Mahzan Arshad (2003), terdapat tiga kaedah menulis dalam Bahasa Melayu iaitu menulis bebas hanya memerlukan bantuan yang minima daripada guru dan sumber lain. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid bebas menggunakan kreativiti untuk menghasilkan karya yang diingini. Menulis berkolaboratif dilakukan secara berpasangan secara bergilir-gilir untuk berkongsi idea seperti bergilir-gilir menghasilkan perenggan dalam karangan untuk membantu murid yang kurang bermotivasi dalam menulis. Menulis berkoperatif ialah satu kaedah pengajaran menulis yang memerlukan guru memberi bantuan kepada murid. Guru dan murid akan sama-sama menulis di papan tulis. Cara lain ialah setiap ahli dalam kumpulan sama-sama mencari isi penting, membuat huraian dan mencari contoh yang sesuai bagi huraian. Kesimpulannya, bahasa memainkan peranan penting untuk menghubungkan orang yang lebih berkebolehan, iaitu guru dan murid-murid yang lebih pintar dengan pelajar yang sedang menjalani pembelajaran (Mercer N, 1994 dalam Roselan Baki 2003).

Interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid yang pelbagai kebolehan membawa memberi idea atau pendapat dalam penulisan karangan seperti yang terkandung dalam Kaedah Pembelajaran Koperatif. Berdasarkan teknik-teknik dan prinsip-prinsip Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK), pengkaji menggunakan teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat dalam penulisan karangan fakta. Dalam teknik ini setiap ahli kumpulan akan mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan mengikut giliran. Dengan proses ini berlakulah proses pertukaran pandangan antara satu sama lain untuk mendapat idea yang lebih jelas dan bermakna.

Aktiviti berkongsi maklumat ini dilaksanakan oleh ahli kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang boleh di bawa dalam bentuk penulisan. Menerusi teknik ini murid dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. Jika dijalankan dengan sempurna , setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk menguasai sesuatu topik serta berpeluang berkongsi pengetahuan dengan ahli kumpulan yang lain.

Untuk tujuan ini, pelajar perlu memahami topik dan bukan hanya sekadar menghafal sahaja. Ini akan mengakibatkan pemprosesan yang tinggi, yang meningkatkan daya ingatan dan seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang baik. Justeru, kumpulan murid yang diajar dengan pendekatan pembelajaran koperatif mencatat pencapaian yang lebih tinggi berbanding kumpulan yang diajar melalui kaedah tradisional (cheah dan Poon, 1998). Dengan menggunakan kaedah kumpulan kecil, pelajar-pelajar dapat berkongsi kekuatan dan membaiki kelemahan masing-masing.

Selain itu, kemahiran interpersonal dapat dibentuk selain daripada belajar menyelesai masalah bersama-sama. Khadijah Ahmad (2005) yang mengkaji tentang keberkesanan pembelajaran koperatif dalam menulis karangan Bahasa Melayu, mendapati bahawa terdapat perbezaan dan peningkatan dari segi penulisan karangan.Terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam menulis karangan sebelum dan selepas dirawat dengan kaedah pembelajaran koperatif. Hasil hubungan interaksi sesama ahli kumpulan atau rakan sebaya telah berjaya meningkatkan pengetahuan kebolehan pelajar dalam menulis isi karangan.

2.2.1 Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif

Menurut Mok Soo Sang (2002) terdapat beberapa ciri-ciri pembelajaran koperatif. Antaranya ialah :i. Pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan.

Pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar berfikir secara aktif. Pelajar digalakkan berfikir sendiri kemudian berbincang secara berkumpulan. Para pelajar juga diminta memberi pendapat atau pandangan dan banyak bertanyakan soalan mengenai topk pembelajaran yang telah dipelajari. Pelajar juga digalakkan mencari maklumat tambahan atau bahan rujukan lain bagi memantapkan lagi pemahaman dalam bahasa Melayu Penulisan.

ii. Pelajar dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab berkongsi.Dalam pembelajaran koperatif sikap akauntabiliti dan tanggungjawab berkongsi adalah tinggi. Pelajar yang lemah akan sentiasa dibantu oleh pelajar kumpualan koperatif lain. Antara ahli kumpulan akan berkongsi maklumat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

iii. Kemahiran sosial dapat dipupuk dalam pembelajaran koperatif.Pembelajaran koperatif merupakan satu sosial. Ini adalah disebabkan pembelajaran kopertif berupaya menghasilkan perasaan yang positif antara satu sama lain, mengurangkan rasa tersisih dan kesunyian, membina perhubungan saling membantu, meningkatkan pencapaian melalui aktiviti-aktiviti kognotif sera memperbaiki kemahiran sosial.

iv. Kesedaran bahawa pembelajaran koperatif adalah kunci pencapaian yang lebih baik daripada pembelajaran diri sendiri. Di dalam pembelajaran koperatif , kesedaran motivasi dapat ditingkatkan melalui perbincangan bersama ahli kumpulan yang lain. Pelajar akan mudah faham menerusi pembelajaran koperatif kerana jika maklumat atau konsep yang tidak fahami asalah seorang ahlli kumpulan, ahli kumpulan yang lain akan menolong menerangkannya.

2.2Teori Dan Konsep Rosni Yusof (1999) telah mengunakan kaedah pembelajaran koperatif STAD (Students Teams- Achievement Division) atau dikenali sebagai Kumpulan Pembahagian Pencapaian Murid, bagi melihat pencapaian pelajar tingkatan dua, Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri Melaka dalam aspek tersebut. Hasil eksperimen selama empat minggu mendapati bahawa pendekatan koperatif amat berjaya berbanding dengan kaedah tradisional.

Kajian yang serupa dilakukan oleh Suraya (1999) dalam Masitah Zainuddin (2005), di Negara Brunei Darul Salam. Beliau menggunakan kaedah pembelajaran koperatif STAD, ke atas pelajar tingkatan tiga dalam jangka masa enam minggu. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan pembelajaran koperatif begitu berkesan berbanding tradisional.

Ahmad Zaini Yaacob (2000) yang mengkaji tentang kesan pembelajaran koperatif dalam kalangan pelajar tingkatan empat di luar bandar. Beliau telah menyelidik cara pembelajaran koperatif dapat meningkatkan mutu penulisan pelajar. Enam aspek yang spesifik dalam penulisan karangan telah ditumpukan dalam kajian beliau iaitu kematangan fikiran, perbendaharaan kata, olahan, struktur kata, isi dan kesalahan bahasa. Beliau telah mendedahkan teknik koperatif kepada kumpulan rawatan. Mereka diajar cara bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan karangan. Pelajar yang didedahkan dengan kaedah ini didapati meningkat dari segi perancangan, penjanaan idea, mencari bahan, olahan dan struktur kata dalam karangan pelajar. Dapatan kajian beliau menunjukkan pembelajaran koperatif dapat meningkatkan aspek-aspek tersebut dalam mutu penulisan pelajar.

Mengikut Slavin (1990), fungsi utama STAD ialah kumpulan pelajar yang mengikuti kaedah PK memberi sokongan antara ahli kumpulan untuk pencapaian akademik yang cemerlang.Interaksi dalam kumpulan kecil membantu pelajar menganalisis, berbincang dan sintesis idea untuk meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman pelajar dalam konteks yang lebih bermakna.Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa terdapat dua teori yang menyumbang ke arah pencapaian kaedah PK iaitu teori motivasi dan teori kognitif.

Menurut perspektif motivasi, struktur insentif secara koperatif membentuk satu situasi di mana cara untuk seseorang pelajar mencapai matlamat sendiri ialah apabila kumpulannnya mencapai matlamat tersebut.Dengan itu pelajar adalah didorong untuk mengambil inisiatif diri dalam usaha membantu ahli kumpulannya untuk belajar dan berjaya bersama.

Dalam perspektif kognitif pula, pembelajaran dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pembinaan, pelajar akan terlibat secara aktif dalam proses integrasi pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada untuk mencapai objektif pembelajaran yang dijangkakan.Vygotsky (1978), menyatakan aktiviti kolaboratif antara kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan fikiran yang matang. Manakala Piaget (1926), percaya bahawa pengetahuan seperti bahasa, nilai dan sistem simbol hanya dapat dikuasai melalui interaksi antara satu sama lain.

Zakaria Kassim (2003) bersetuju bahawa kaedah pembelajaran koperatif dapat mengendalikan pelajar melaksanakan tugas-tugas secara bersemuka. Kaedah pembelajaran koperatif juga mendorong pelajar berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan sebaya secara harmoni. Dengan cara demikian, kaedah pembelajaran koperatif memupuk nilai-nilai murni seperti kejujuran, bekerjasama, saling menghormati, bertanggungjawab, bertolak-ansur berperikemanusiaan, sanggup berkorban sepakat dan berinisiatif. Pelaksanaan tugas secara berkoperatif dapat menumpukan pelakuan dan keyakinan diri murid

Walaupun dapat dilihat kesan Pembelajaran Kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran, kajian yang dijalankan terhadap para pelajar dan pengajaran Bahasa Melayu seperti ketandusan. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji keberkesanannya dari perspektif yang berbeza sebagai seorang guru Bahasa Melayu.

Secara ringkasnya, interaksi dalam kumpulan kecil membantu pelajar menganalisis, berbincang dan bersintesis idea untuk meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman pelajar dalam konteks yang lebih bermakna. Dengan menggunakan kaedah kumpulan kecil, pelajar-pelajar dapat berkongsi kekuatan dan membaiki kelemahan masing-masing. Selain itu, kemahiran interpersonal dapat dibentuk selain daripada belajar menyelesaikan masalah bersama-sama. Melalui penempatan ke dalam kumpulan dan memberi tugasan kepada mereka menyebabkan mereka perlu bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain. Tanggungjawab menyelesaikan tugasan merupakan kaedah yang amat baik untuk memberi peluang kepada pelajar memenuhi keperluan sosial mereka. Permuafakatan ini akan membantu dan menggalakkan pembelajaran yang aktif.

2.3 Kajian Lepas

Terdapat banyak kajian-kajian yang lepas yang ada berkaitan dengan pembelajaran koperatif yang dijalankan oleh penyelidik samada dari dalam negara dan luar negara. Kajian-kajian lepas yang telah dijalankan merupakan kajian yang berkaitan dengan tahap amalan pembelajaran kopertif di sekolah-sekolah.

2.3.1 Kajian Dalam Negara

Dalam konteks di Malaysia, hasil kajian S-L Gan (1992), menyatakan murid berpendapat pembelajaran serta aktiviti dalam Pembelajaran Koperatif adalah menyeronokkan. Beliau juga mendapati pendekatan Pembelajaran Koperatif dapat membantu dalam membentuk nilai murni, mengeratkan hubungan antara kaum yang berbeza dan meningkatkan pencapaian akademik di kalangan murid, maka Pembelajaran Koperatif adalah amat sesuai dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia.

Dalam kajian Zulkifli bin Abd Wahab daripada Universiti Putera Malaysia yang telah menjalankan kajian tentang keberkesanan pembelajaran koperatif dalam matapelajaran bahasa Melayu Penulisan adalah berkisar di tiga buah sekolah di sekitar Daerah Muar. Kajian ini dilakukan pada 2007. Menurut beliau,tahap amalan pembelajaran koperatif dikalangan murid adalah tinggi dan manakala menurut perspetif guru adalah sederhana. Bagaimanapun, pembelajaran ini dapat meningkatkan pencapaian murid.

Menurut Cheah dan June (1998/99), kelebihan dalam Pembelajaran Koperatif ialah murid dilatih untuk berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin dan membuat keputusan, semuanya merupakan kemahiran sosial yang amat penting dalam dunia bekerja pada masa depan.Kajian Cheah, Adlan, Baskaran dan Lim (2002), mendapati kesan kaedah Pembelajaran Koperatif dalam meningkatkan bacaan pemahaman teks dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil adalah ketara dan dicadangkan supaya sukatan pelajaran kursus Diploma Pendidikan Malaysia terus memberikan penekanan dalam kaedah Pembelajaran Koperatif .

Pelbagai kajian telah dijalankan oleh beberapa orang pengkaji mengenai Pembelajaran Kooperatif dan kesannya terhadap pembelajaran. Dalam kajian mereka, Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin dan Musa Daia (2001) mendapati bahawa Pembelajaran Kooperatif adalah kaedah yang menarik dan dapat menerapkan nilai-nilai murni.Selain itu, kajian mereka membuktikan Pembelajaran Kooperatif dapat menambahkan minat dan motivasi pelajar-pelajar terhadap pelajaran Sains.

Abdul Halim Mohd Noh (2000), dalam kajian kesnya terhadap Pembelajaran Kooperatif dalam Mata Pelajaran Sains di Selangor, mendapati terdapat persepsi yang baik terhadap penerapan nilai-nilai murni kemahiran belajar dan pencapaian serta sikap yang baik lagi positif terhadap subjek Sains dalam kalangan pelajar tingkatan satu. Kajian Abdul Halim ini disokong oleh Effendi Zakaria dan Zanaton Iksan (2007) dalam artikel yang menekankan bahawa Pembelajaran Kooperatif harus digunakan sebagai menggantikan kaedah mengajar Matematiks dan Sains yang tradisional di Malaysia. Ini dapat membantu mempertingkatkan pembelajaran di negara itu.

2.3.2 Kajian Luar Negara

Pate-Clevenger, R., Dusing, J., Houck, P., & Zuber, J. (2008) telah membuat kajian yang meninjau keberkesanan Pembelajaran Kooperatif dalam menangani masalah gangguan pembelajaran dalam kalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah di Chicago, Illinois pada tahun 2008. Dapatan kajian menunjukkan Pembelajaran Kooperatif merupakan strategi yang berkesan untuk mengurangkan masalah gangguan di bilik darjah serta berupaya meningkatkan kemahiran sosial yang positif.

Ini disokong oleh Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1999) yang mendapati Pembelajaran Kooperatif bukan sahaja membantu meningkatkan pencapaian akademik tetapi juga berkesan untuk memupuk kerjasama, minat pada sekolah, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi.Walaupun dapat dilihat kesan Pembelajaran Kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran, kajian yang dijalankan terhadap para pelajar dan pengajaran Bahasa Melayu seperti ketandusan.Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji keberkesanannya dari perspektif yang berbeza sebagai seorang guru Bahasa Melayu.

2.4Rumusan

Daripada tinjauan literatur yang dibuat, ketidakbolehan menguasai teknik menulis karangan memang merupakan suatu fenomena yang perlu diatasi sebelum murid mempelajari sesuatu ke peringkat yang lebih lanjut. Berdasarkan kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif mampu memberikan kesan yang positif terhadap murid. Ini adalah kerana pembelajaran koperatif ini dapat membentuk sifat keyakinan pada diri sendiri dan ini membantu para murid untuk mempertingkatkan lagi prestasi pelajaran. Guru juga dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Berdasarkan tinjauan dan kajian yang dijalankan, jelaslah bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran secara koperatif mendatangkan kesan yang positif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas rawatan.Sikap dan perlakuan mereka didapati mengalami perubahan menerusi pembelajaran koperatif.Mereka melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang dirancang oleh guru kerana mempunyai tanggungjawab untuk menaikkan imej kumpulan masing-masing.Semangat perpaduan, kerjasama dan saling membantu amat penting memandangkan kaedah pembelajaran yang menekankan persaingan. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa pembelajaran koperatif juga sesuai digunakan dalam apa jua mata pelajaran yang hendak diajarkan kepada pelajar. Kesimpulan yang dapat kita buat di sini ialah peningkatan pencapaian murid dalam bahasa Melayu Penulisan adalah bergantung kepada kesesuaian kaedah yang digunakan.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan dalam menjalankan kajian ini.Aspek-aspek yang dibincangkan ialah reka bentuk kajian, pemilihan sampel kajian, proses pengumpulan data, dan analisis data yang merupakan aspek-aspek penting yang menentukan kejayaan kajian ini.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk eksperimen yang merangkumi kajian kuantitatif dengan mencari frekuensi dan peratus.Bentuk kajian ini dipilih kerana pengkaji mudah mengumpul maklumat serta dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang dilakukan. Dengan menggunakan kaedah koperatif, pengkaji telah melihat sejauh mana keberkesanan kaedah tersebut dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid dalam bahasa Melayu. Pengkaji pada mulanya, telah memerhatikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang dijalankan di dalam bilik darjah.Selepas pemerhatian tersebut, pengkaji telah mengedarkan satu borang latar belakang kepada semua murid yang terlibat dalam kajian.

Tujuan utamanya adalah untuk memperolehi maklumat-malumat mengenai latarbelakang pengetahuan, minat terhadap bahasa Melayu dan juga cara pembelajaran mereka. Seterusnya satu ujian pra telah diberikan kepada murid untuk mengetahui pencapaian mereka. Setelah mendapat maklumat-maklumat yang diperlukan, pengkaji telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara koperatif. Sehabisnya pengajaran penulisan karangan fakta, pengkaji telah memberi satu lagi ujian pos kepada murid untuk mengetahui pencapaian mereka dengan menggunakan kaedah koperatif. Keputusan murid telah disemak dan dibandingkan dengan pencapaian mereka sebelum penggunaan kaedah koperatif.

3.3 Populasi dan PersampelanSample yang dipilih terdiri daripada murid Tahun 5 seramai 30 orang di SK Slim River, Slim River,Perak. Mereka dibahagikan kepada kumpulan kecil yang mempunyai tahap kepintaran, sikap dan motivasi yang lebih kurang sama. Murid-murid ini menghadapi masalah dalam pembelajaran khasnya dalam menguasai kemahiran menulis karangan jenis fakta. Oleh itu satu pendekatan telah diambil untuk mengatasi masalah ini. Kaedah pembelajaran koperatif digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kaedah pembelajaran koperatif digunakan untuk mengatasi masalah di mana murid-murid sukar untuk memahami kemahiran yang diajar. Kajian ini lebih berfokuskan kepada pembinaan minat dan motivasi pelajar terhadap penguasaan kemahiran menulis karangan jenis fakta. Jumlah sample hendaklah melebihi 30 unit kerana andaian taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sample melebihi 30 unit (Mohd Majid konting, 2005).

3.4 Kajian RintisSecara amnya kajian ini dijalankan dalam tiga peringkat. Pada peringkat pertama, pengkaji menjalankan aktiviti eksperimental seperti penerangan, pra ujian, kaedah belajar secara kumpulan. Tujuan perbincangan ini adalah untuk memberi gambaran kepada pelajar tentang kaedah pembelajaran secara koperatif. Peringkat kedua merupakan sesi rawatan. Jenis rawatan yang diberikan ialah menulis karangan secara kerjasama dan berkongsi idea atau menulis secara berkoperatif dengan menggunakan teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat. Dalam pengajaran dan pembelajaran menulis karangan fakta, murid dilatih untuk bekerjasama memberi pendapat, menghurai isi, memberi contoh bagi isi karangan, dan membaiki kesalahan bersama rakan dalam kumpulan. Disamping itu, murid dilatih untuk membanding hasil kerja sendiri dengan hasil kerja rakan-rakan dalam bilik darjah. Peringkat ketiga dalam eksperimen ialah setelah selesai menjalani pembelajaran menulis secara berkoperatif, satu ujian pos diberikan kepada pelajar. Data yang dikumpulkan melalui ujian ini dibandingkan dengan data yang diperolehi dalam pra ujian untuk melihat keberkesanan KPK ke atas pengajaran dan pembelajaran ke atas pengajaran penulisan karangan fakta.

3.5 Instrumen Kajian

Pengkaji dalam kajian ini menggunakan empat jenis instrumen untuk menyelidik masalah yang dihadapi. Ia adalah seperti di bawah:

3.5.1 PemerhatianDalam kajian eksperimen ini, pengkaji telah memerhatikan dulu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang dijalankan di dalam bilik darjah dengan menggunakan lampiran pemerhatian sebelum memulakan kajiannya. Pemerhatian juga dilakukan sepanjang kajian ini dibuat dari awal pembelajaran hinggalah di akhir pembelajaran.

3.5.2 Soal Selidik

Borang soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi murid tentang kaedah pembelajaran koperatif.Satu borang soal selidik telah diberikan kepada setiap kumpulan murid sebelum memulakan penyelidikan untuk mengukur sikap dan motivasi terhadap Bahasa melayu dan juga untuk mengetahui latar belakang mereka. Borang soal selidik kedua pula telah diberikan kepada murid setelah kaedah pembelajaran koperatif dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah. Cara ini telah membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat tentang keberkesanan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif.

3.5.3 Ujian Pra

Ujian pra ini diberikan untuk mendapatkan gambaran terhadap prestasi pelajar sebelum pembelajaran koperatif dimulakan dalam penulisan karangan jenis fakta.

3.5.4 Ujian Pos

Ujian pos ini telah diberikan setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan kaedah koperatif untuk mengetahui keberkesanan kaedah koperatif dalam pembelajaran. Ujian ini dapat membandingkan-bezakan pencapaian murid-murid tersebut.

3.6 Pengumpulan DataDalam kajian ini, seperti yang telah dinyatakan tadi, untuk pengumpulan data instrumen-instrumen pemerhatian, borang soal selidik, ujian pra dan ujian pos telah digunakan. Sebelum memulakan kajian, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap murid-murid yang hendak dijadikan sample. Hasil pemerhatian dicatatkan ke dalam borang pemerhatian(Lampiran 1).

Pemerhatian akan dibuat pada aspek-aspek tingkah laku sebelum guru masuk kelas, semasa guru mengajar, cara mereka menjawab soalan, perasaan apabila diberi kerja rumah dan juga tingkahlaku apabila guru meninggalkan kelas.

Kajian telah dimulakan dengan pengedaran borang soal selidik (Lampiran 3 & 4)untuk mengetahui latarbelakang pelajar dan juga minat dan motivasi mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Setelah mengetahui maklumat tersebut, pengkaji telah mula mengajar tajuk penulisan karangan jenis fakta kepada murid tersebut dengan menggunakan kaedah tradisional. Seterusnya satu set ujian pra (Lampiran 5)diberikan kepada mereka mengenai tajuk yang diajar.

Pencapaian dan prestasi mereka direkodkan Setelah memperolehi data prestasi murid sample, pengkaji memulakan eksperimennya iaitu penggunaan kaedah koperatif dalam pengajarannya bagi tajuk yang sama. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah koperatif dijalankan dalam bilik darjah. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 5 hingga 6 orang ahli. Ketua kumpulan telah dilantik bagi setiap kumpulan. Sehingga kajian ini selesai mereka telah berada dalam kumpulan yang sama semasa mata pelajaran Bahasa Melayu dijalankan. Pengkaji mengajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Pengkaji juga telah membuat pemerhatian sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlaku dan juga selepas pembelajaran koperatif (Lampiran 2).Pemerhatian ini termasuklah kerjasama murid, penglibatan diri dalam perbincangan, pengeluaran idea dan cara menyelesaikan masalah yang diberikan. Setelah selesai pengajaran tajuk tersebut, satu set ujian pos (Lampiran 6) telah diberikan kepada sampel kajian iaitu murid-murid kajian. Pencapaian mereka selepas penggunaan kaedah koperatif juga direkodkan. Pengkaji juga mengedarkan borang soal selidik yang sama sekali lagi kepada pelajar untuk mengetahui perubahan sikap dan motivasi mereka setelah penggunaan kaedah koperatif dalam pembelajaran. Dengan ini juga dapat dilihat reaksi murid terhadap cara pembelajaran dan juga kefahaman mereka tentang topik yang diajar.

3.7 Analisis Data

Pengkaji mesti memastikan semua murid menjawab kesemua soalan dalam borang soal selidik. Pengkaji harus merekodkan setiap aktiviti dan hasil dapatan. Semua ujian pra dan pos mesti diperiksa untuk mendapatkan markah supaya dapat dibuat perbandingan sebelum dan selepas kaedah pembelajaran koperatif dilaksanakan. Data yang diperolehi daripada ujian pra dan pos telah dianalisis secara kaedah kuantitatif dengan mencari frekuensi dan peratus. Perbandingan antara ujian pra dan ujian pos telah dibuat dengan menggunakan peratus dan telah dijelaskan dengan lebih terperinci. Dapatan daripada pemerhatian yang dijalankan telah dihuraikan secara diskriptif.

3.8 Rumusan

Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian eksperimen. Sampel kajian adalah terdiri daripada murid-murd Tahun 5 seramai 30 orang di SK Slim River, Slim River, Perak. Di antara instrumen kajian yang digunakan adalah pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Data dikumpulkan dan dianalisis dengan membandingkan keadaan sebelum dan selepas penggunaan kaedah pembelajaran koperatif. Pengumpulan dan penganalisisan data harus dilaksanakan dengan teratur dan sistematik supaya pengkaji mendapat maklumat yang tepat tentang kajiannya. Dapatan daripada soal selidik dan ujian pos adalah sangat penting untuk menunjukkan sama ada terdapat perbezaan prestasi dalam kalangan murid-murid ini.

BIBLIOGRAFI

Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah Dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication&Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Shukor Shaari (2001). Penulisan Karangan: Beberapa Proses Yang Harus. Dewan Bahasa. Februari, 1 (2): 24-27.

Ahmad Khair Mohd. Nor (2005). Menulis Membina Ketrampilan Berfikir. Pelita Bahasa. Julai, 18 (7): 12-14.

Ahmad Najdi. 2001. Keberkesanan pembelajaran secara koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi Tingkatan Empat. Projek Sarjana Pendidikan. UniversitiKebangsaan Malaysia.

Awang Ideris Awang Daud. 2000. Pembelajaran kooperatif : Strategi alternatif pengajaran-pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2001.UKM 14-15 November Bahagian Pendidikan Guru 2002. Pengurusan pembelajaran bestari. KementerianPendidikan Malaysia. Kuala LumpurKamaruddin Tahir (2005). Kesan Strategi Koperatif Dalam Meningkatkan Tahap Pemahaman Di kalangan Pelajar Tingkatan 1. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Khadijah Ahmad (2005). Keberkesanan Koperatif Dalam Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Di kalangan Pelajar Tingkatan 2. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2003). Kementerian Pelajaran Malaysia.Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2008). Skema Pemarkahan Karangan Respons Terbuka.

Mahzan Arshad (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributor Sdn. Bhd.

Marohaini Yusoff (2004). Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan UM.

Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nawi Ismail (2002). Permasalahan Dalam Penyampaian Isi Karangan. Pelita Bahasa, Ogos, 14 (08): 44-45.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2003). Teori Bahasa: Implikasi terhadap pengajaran tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit UPSI. Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu Sedekad Yang Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Robiah Kulop Hamzah. (1999). Kemahiran Menulis: Pengalaman penulis. Bengkel Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: 6-8 Jun.

Roselan Baki (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publicatins Sdn. Bhd.

Ruslim Mohd. Salleh (2005). Kesan pembelajaran koperatif ke atas pencapaian pelajar pendidikan mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Tingkatan 4 di sekolah dalam daerah Kulim. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Ramlah Ab Khalid. 2003. Penilaian pelaksanaan kaedah pembelajaran kooperatif disekolah menengah. Penyelidikan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia

LAMPIRANLAMPIRAN 1BORANG PEMERHATIANPemerhatian dibuat ke atas pelajar-pelajar di bilik darjah dalam situasi pembelajaran biasa sebelum kajian dilaksanakan untuk mengetahui ciri-ciri tingkahlaku terhadap pembelajaran.

Perkara

Nota Pemerhatian

Minat dan suka Neutral Tidak suka dan Benci

Pemerhatian tingkahlaku sebelum guru masuk ke kelas

Pemerhatian tingkahlaku selepas guru masuk ke kelas

Pemerhatian tingkahlaku bila ditanya soalan

Pemerhatian tingkahlaku bila diberi tugasan di dalam kelas

Pemerhatian tingkahlaku bila diberi kerja rumah

Pemerhatian tingkahlaku bila guru keluar dari kelas setelah pengajarannya

CATATAN : ___________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ Diperhati Oleh : Tarikh : _________________________________ Hari : ________________

LAMPIRAN 2BORANG PEMERHATIAN

Pemerhatian dibuat ke atas pelajar-pelajar di bilik darjah dalam situasi pembelajaran kaedah koperatif selepas kajian dilaksanakan untuk mengetahui ciri-ciri tingkahlaku terhadap pembelajaran.

Perkara

Nota PemerhatianMinat dan SukaNeutralTidak Suka dan Benci

Pemerhatian tingkahlaku sebelum guru masuk kelas

Pemerhatian tingkahlaku semasa guru masuk kelas

Pemerhatian tingkahlaku bila ditanya soalan

Pemerhatian tingkahlaku bila diberi tugasan di dalam kelas

Pemerhatian tingkahlaku bila diberi kerja rumah

Pemerhatian tingkahlaku bila guru keluar dari kelas setelah pengajarannya

LAMPIRAN 3Maklumat Latarbelakang Pelajar.

Sila tuliskan segala maklumat yang diminta di ruang yang disediakan dan jawab soalan-soalan di bawah.

Nama : _________________________________________________ Tahun : _________________________________________________ Jantina : ________________________________________________ Bangsa : _________________________________________________ Umur : _________________________________________________ Keputusan PKSR 1 dalam bahasa Melayu : __________________________________ Pekerjaan Bapa : __________________________________ Pekerjaan Ibu : __________________________________ 1. Adakah kamu minat terhadap mata pelajaran bahasa Melayu? A. Ya B. Tidak 2Siapakah yang akan memberikan sokongan dan galakan terhadap pembelajaran kamu? A. Ibu bapa B. Guru mata pelajaran C. Rakan D. Diri sendiri 3. Adakah kamu mengulangkaji bahasa Melayu di rumah setiap hari? A. Ya B. Tidak C. Jarang

LAMPIRAN 4UJIAN PRANama : _________________________________________________

Bahagian B [ Masa yang dicadangkan : 40 minit] [ 30 markah ] Arahan soalan : Pilih dan jawab satu soalan sahaja 1.1.Kawasan perumahan kamu mengalami pencemaran baru yang disebabkan oleh longgokan sampah yang tidak dikutip. Kamu diamanahkan untuk menulis sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan.Tulis surat selengkapnya.

2. Kamu turut serta dalam lawatan muhibbah ke sebuah sekolah. Tuliskan laporan hasil lawatan kamu itu.

LAMPIRAN 5UJIAN POS

Nama :___________________________________________________

Bahagian B [ Masa yang dicadangkan : 40 minit] [ 30 markah ] Arahan soalan: Pilih dan jawab satu soalan sahaja.

1.Kamu tidak dapat hadir ke sekolah beberapa hari kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Tulis sepucuk surat kepada Guru Besar menerangkan perkara berkenaan.

2. Kamu mengikuti lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah. Tuliskan laporan mengenainya.

31