latihan bola baling

Upload: agnes-chong

Post on 07-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Latihan Bola Baling

    1/3

    Latihan Menangkap & Membaling

    Latihan menghantar dan menangkap

    Oleh sebab gerakan menghantar dan menangkap dianggap sebagai satu

    kemahiran, maka latihan untuk kedua-dua gerakan ini adalah wajar diadakan

    bersama. Setiap pemain harus diberi kesempatan memegang bola atau cuba

    bermain dengan bola di peringkat awal khusunya untuk sesi latihan. Bola plastik

    yang saiznya hampir sama dengan bola sebenar boleh digunakan untuk tujuan

    ini.

    Latihan dalam kedudukan duduk

    Kaedah ini untuk mengembangkan teknik yang betul adalah dengan kedudukan

    duduk, iaitu kaki direngggangkan ke depan, dan pelatih berhadapan antara satu

    sama lain atau mengahadap dinding pada jarak 2 meter. Tangan diangkat lurus

    dan tubuh ditolak ke belakang. Bola dipegang menggunakan tapak tangan, dan

    dihantar ke arah dinding atau kepada rakan menggunakan lengan depan, jari

    serta pergelangan tangan. Teknik dan kekuatan ditingkatkan dengan

    menjauhkan jarak.

    Latihan dalam kedudukan berdiri dan berlari

    1) Dua orang pemain menggunakan sebiji bola setiap seorang dalam

    kedudukan berdepan dengan dinding.

    a. Jarak antara kedua-dua pemain dengan dinding ialah 3 meter.

    b. Hantaran dan tangkapan bola dilakukan antara kedua-dua pemain

    dengan membuat lontaran ke dinding.

    c. Pelbagai jenis hantaran dilakukan oleh kedua-dua pemain.

    2) Dua pemain menggunakan satu bola.

    a. Hantaran dan tangkapan mudah bola dibuat secara berpasangan

    dengan menggunakan pelbagai jenis hantaran dan tangkapan.

    b. Pemain menghantar bola tanpa henti antara satu sama lain dalam

    kedudukan berjalan, seterusnya diikuti kedudukan berlari dengan cara

    bergerak ke depan dan ke belakang.

  • 7/21/2019 Latihan Bola Baling

    2/3

  • 7/21/2019 Latihan Bola Baling

    3/3

    LATIHAN ANSUR MAJU

    Jaringan Lompat

    a. Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.

    b. Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri

    melonjak, angkat tangan kanan).

    c. Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol).

    Tangan kanan (bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu.

    d. Ulang latihan (a),(b) dan (c) dengan memegang bola tanpa

    melemparkannya.

    e. Latihan berpasangan - berlari, melonjak dan melempar bola kepada

    kawan di hadapan.

    f. Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini

    memerlukan 3 orang).

    g. Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol).

    Jaringan jaringan Lain

    a. Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.

    b. Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.

    c. Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)

    d. Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)

    e. Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.

    http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kkbi-bola-baling-kemahiran-asas-

    bola.html

    http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kkbi-bola-baling-kemahiran-asas-bola.htmlhttp://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kkbi-bola-baling-kemahiran-asas-bola.htmlhttp://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kkbi-bola-baling-kemahiran-asas-bola.htmlhttp://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kkbi-bola-baling-kemahiran-asas-bola.htmlhttp://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kkbi-bola-baling-kemahiran-asas-bola.html