latih tubi lompat tinggi

4
Latih Tubi 1 – Larian Selekoh Larian dalam bentuk selekoh melalui kon- kon sepanjang 3 hingga 4 meter. Latih Tubi 2 – Larian Bulatan 8 Larian membentuk nombor lapan Latih Tubi 3 – Larian Landas Lari menggunakan penanda lurus dan selekoh Mula berlari secara perlahan- lahan dengan badan ditegakkan, langkah besar, tangan dihayunkan secara bebas dan lutut diangkat pada paras 90 . Berlari pantas beberapa langkah ke hadapan dan kemudian melengkok beberapa langkah ke kiri ( jika melonjak dengan kaki kiri ). Sekiranya pelompat melonjak dengan kaki kanan , dia haruslah melengkok ke kanan.

Upload: thilaga-arumugam

Post on 21-Feb-2016

286 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

langkah dan latihan

TRANSCRIPT

Page 1: Latih Tubi Lompat Tinggi

Latih Tubi 1 – Larian Selekoh Larian dalam bentuk selekoh

melalui kon- kon sepanjang 3

hingga 4 meter.

Latih Tubi 2 – Larian Bulatan 8 Larian membentuk nombor lapan

Latih Tubi 3 – Larian Landas Lari menggunakan penanda lurus

dan selekoh

Mula berlari secara perlahan-lahan

dengan badan ditegakkan, langkah

besar, tangan dihayunkan secara

bebas dan lutut diangkat pada

paras 90◦.

Berlari pantas beberapa langkah ke

hadapan dan kemudian melengkok

beberapa langkah ke kiri ( jika

melonjak dengan kaki kiri ).

Sekiranya pelompat melonjak

dengan kaki kanan , dia haruslah

melengkok ke kanan.

Page 2: Latih Tubi Lompat Tinggi

Latih tubi 4 – Larian Selekoh Dengan Lonjakan

Buat penanda lurus dan selekoh.

Guna 4 – 6 langkah.

Kelajuan bertambah ketika langkah-

langkah akhir.

Melonjak untuk mencapai palang

yang digantung

Latih Tubi 5 – Melentikan Badan Berdiri dengan kaki seluas bahu

selangkah dari tilam secara

membelakangi tilam.

Bengkokkan lutut dan lonjak ke

belakang dengan tangan

dihayunkan ke atas.

Angkat kedua-dua kaki ke atas

semasa berada di udara.

Mendarat dengan menggunakan

bahagian bahu terlebih dahulu

diikuti dengan belakang badan.

Latih Tubi 6 – Melentikan Badan Menggunakan Bangku

Berdiri di atas bangku dengan kaki

seluas bahu secara membelakangi

tilam.

Bengkokkan lutut dan lonjak ke

belakang dengan tangan

dihayunkan ke atas.

Angkat kedua-dua kaki ke atas

semasa berada di udara.

Mendarat dengan menggunakan

bahagian bahu terlebih dahulu

diikuti dengan belakang badan.

Page 3: Latih Tubi Lompat Tinggi

Latih Tubi 7 – Lonjakan MenggunakanGetah

Membuat lonjakan ke atas tilam

dengan menggunakan getah

sebagai halangan

Sampai di titik lompatan, lonjak

dengan menggunakan kaki kiri dan

tangan dihayun ke atas,

Bengkokkan badan ke belakang

semasa di udara dan kaki diangkat

ke atas.

Mendarat dengan bahagian bahu

dahulu dan diikuti dengan bahagian

belakang badan.

Latih Tubi 8 – Melonjak Dengan Palang Sebenar

Membuat lonjakan ke atas tilam

dengan menggunakan palang

sebagai halangan

Pelompat berdiri membelakangkan

tali atau palang yang direntangkan.

Pelompat melonjak dengan kedua-

dua belah kaki ke belakang sambil

melentikkan badan dan melepasi

palang.

Pelompat mendarat di atas

bahagian bahu atau belakang

badan.

Latih tubi 9 – Membuat Lompatan Mengikut Fasa-Fasa Lompat Tinggi

Pelompat berlari lima hingga tujuh

langkah dan terus melompat

Page 4: Latih Tubi Lompat Tinggi

dengan gaya Fosbury Flop.

Mulakan larian awal dengan

langkah besar dan lutut tinggi dan

lari pecut pada tiga langkah terakhir

sebelum melakukan lompatan.

Latihan ini merupakan latihan berlari

pantas dan menentukan tempat

yang sesuai melonjak.