latih tubi bahasa melayu pmr

7
LATIH TUBI BAHASA MELAYU PMR PENGIMBUHAN Sila jawab semua soalan berikut. Jika anda salah, anda akan diberi panduan tetapi jika jawapan anda betul, anda boleh teruskan latihan ini. 1. Lori yang dipandu oleh Ah Leong _____________ kerana terlanggar pembahagi jalan ketika melalui selekoh yang tajam itu. a) terbalik b) berbalik c) membalik d) membaliki 2. Abang kedua Amin bekerja sebagai ___________ tetamu di sebuah hotel terkemuka di Langkawi. a) menyambut b) penyambut c) bersambut d) sambutan 3. Penduduk Kampung Sentosa bergotong-royong _________ sungai di kampong mereka untuk mengelakkan banjir. a) mendalam b) kedalaman c) mendalami d) mendalamkan 4. Kamal _______ apabila disuruh oleh ibunya membersihkan halaman rumah. a) meradang b) merengek c) merenguh d) merungut 5. Beberapa ekor kerbau sedang ________ di dalam sawah.

Upload: gobi58605

Post on 30-Jun-2015

797 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: LATIH TUBI BAHASA MELAYU PMR

LATIH TUBI BAHASA MELAYU PMR

PENGIMBUHAN

Sila jawab semua soalan berikut. Jika anda salah, anda akan diberi panduan tetapi jika jawapan anda betul, anda boleh teruskan latihan ini.

1. Lori yang dipandu oleh Ah Leong _____________ kerana terlanggar pembahagi jalan ketika melalui selekoh yang tajam itu.

a)   terbalik

b)   berbalik

c)   membalik

d)   membaliki

2. Abang kedua Amin bekerja sebagai ___________ tetamu di sebuah hotel terkemuka di Langkawi.

a)   menyambut

b)   penyambut

c)   bersambut

d)   sambutan

3. Penduduk Kampung Sentosa bergotong-royong _________ sungai di kampong mereka untuk mengelakkan banjir.

a)   mendalam

b)   kedalaman

c)   mendalami

d)   mendalamkan

4. Kamal _______ apabila disuruh oleh ibunya membersihkan halaman rumah.

a)   meradang

b)   merengek

c)   merenguh

d)   merungut

5. Beberapa ekor kerbau sedang ________ di dalam sawah.

a)   berkabung

b)   berkubang

c)   bertelagah

d)   bergaduh

Page 2: LATIH TUBI BAHASA MELAYU PMR

6. "Walaupun bukan pada musim perayaan, rumah saya sentiasa _____________ kepada orang ramai," kata wakil rakyat di kampung saya kepada penduduk kampung.

a)   pembukaan

b)   membuka

c)   berbuka

d)   terbuka

7. Para pengunjung begitu tertarik oleh ________ air Perigi Hang Tuah itu.

a)   keputihan

b)   kekeruhan

c)   kejernihan

d)   keharuman

8. Ahmad ______________ seribu bahasa apabila ditanya oleh guru matematiknya.

a)   terbisu

b)   berbisu

c)   pembisu

d)   membisu

9. Sekolah yang mempunyai pelajar yang berbilang kaum disarankan supaya mengamalkan nilai saling __________ dalam kehidupan seharian.

a) mengasihi

b)   mengamati

c)   menyayangi

d)   menghormati

10.Pertandingan sayembara puisi di dewan itu ____________ hingga pukul 12.00 tengah malam.

a)   terlarut

b)   berlarut

c)   berlarutan

d)   dilarutkan

11.Mary telah dinobatkan sebagai _____________ yang paling cemerlang kerana berjaya menggondol sepuluh pingat emas yang dipertandingkan dalam acara balapan kegemarannya.

a)   olahragawan

Page 3: LATIH TUBI BAHASA MELAYU PMR

b)   olahragawati

c)   peragawati

d)   peragawan

12.Bubur gandum yang panas itu ___________ sehingga membasahi dapur.

a)   membuak

b)   melimpah

c)   merembes

d)   menumpah

13.Tan Sri Zulkarnain sangat ______________ akan nasib mangsa banjir yang terpaksa tinggal di khemah sementara.

a)   bersimpati

b)   berkasihan

c)   bersedihan

d)   bergusaran

14.Mak Limah sering __________ di sekeliling rumahnya supaya nampak cantik dan kemas.

a)   dirumputkan

b)   merumputkan

c)   merumput

d)   berumput

15.Setelah berlari 10 kilometer, para pelajar meminta agar guru mereka membenarkan mereka berehat kerana _______________.

a)   keletihan

b)   kelesuan

c)   kehausan

d)   kepanasan

16.Lagu 'Negaraku' dan lagu sekolah _____________ oleh pelajar setiap kali perhimpuan rasmi.

a)   nyanyian

b)   dinyanyikan

c)   nyanyi

d)   menyanyi

17.Kakak _____________ surat dari abang yang belajar di luar negara itu untuk ayah kerana mata ayah sudah kabur.

Page 4: LATIH TUBI BAHASA MELAYU PMR

a)   membaca

b)   dibaca

c)   membacakan

d)   bacaan

18.Tuan Pengetua mengucapkan ______________ tahniah kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan yang lalu.

a)   tinggi

b)   meninggikan

c)   ditinggikan

d)   setingi-tinggi

19.Pelbagai golongan ___________ telah menghadiri Simposium Intelek Melayu yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka hujung minggu lalu.

a)   hartawan

b)   dermawan

c)   bangsawan

d)   cendekiawan

20.Badan Pencegah Rasuah sentiasa berusaha untuk menangani ____________ rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan.

a)   penggiat

b)   kegiatan

c)   ketergiatan

d)   menggiatkan

Page 5: LATIH TUBI BAHASA MELAYU PMR

1. Jawapan anda betul. Anda menggunakan imbuhan yang tepat. Imbuhan 'ter-' selalu digunakan kepada kejadian atau perbuatan yang tidak disengajakan.

2. Jawapan anda betul. Syabas. Imbuhan 'pe-' boleh digunakan untuk orang yang melakukan sesuatu seperti pekerjaan

3. Syabas. Jawapan anda betul.Imbuhan 'meN-...-kan' sesuai untuk menunjukkan keadaan menjadikan atau menyebabkan.

4. Tahniah. Jawapan anda betul. Imbuhan 'meN-' merujuk kepada maksud membuat sesuatu

5. Jawapan anda betul. Berkubang bermaksud berendam atau bergolek di dalam air yang berlumpur.

6. Tahniah. Jawapan anda betul. Imbuhan 'ter-' sesuai untuk menunjukkan keupayaan atau kemampuan sesuatu.

7. Keadaan perihal jernih, keheningan dan kebeningan. Penggunaan imbuhan 'ke-...-an' paling sesuai menunjukkan perkara yang serupa atau seakan-akan. Syabas. Jawapan yang paling tepat

8. Jawapan anda tepat. Imbuhan 'mem-' sesuai digunakan untuk menunjukkan maksud membuat sesuatu

9. Kkk

10. Penggunaan imbuhan 'ber-...-an' sangat bertepatan dengan ayat di atas apabila ia dapat menunjukkan suatu jangka masa perlakuan.

11. Olahragawati adalah merujuk kepada individu perempuan yang mahir dan terlatih serta mengambil bahagian dalam olahraga. Imbuhan akhiran 'wati' adalah dalam kumpulan imbuhan sanskrit yang membentuk kata nama.

12. Imbuhan 'meN-' yang digunakan memberi maksud membuat sesuatu.

13. Imbuhan 'ber-' dalam ayat ini menunjukkan perbuatan bagi diri sendiri.

14. Penggunaan imbuhan 'me-' dalam ayat ini merujuk kepada perbuatan mengumpulkan sesuatu.

15. Imbuhan 'ke-...-an' sesuai digunakan bagi menunjukkan keadaan ataupun menunjukkan hasil bagi sesuatu perbuatan.

Page 6: LATIH TUBI BAHASA MELAYU PMR

16. Penggunaan imbuhan 'di-...-an' merujuk kepada pertukaran ayat aktif kepada ayat pasif.

17. Penggunaan imbuhan 'meN-...-kan' sesuai untuk menunjukkan perbuatan ke atas benda lain ataupun perbuatan untuk orang lain.

18. Penggunaan imbuhan 'se-' dengan pengulangan menunjukkan tahap yang paling atas dan penghabisan.

19. Cendekiawan merupakan orang yang terpelajar dan cerdik pandai serta tinggi tahap intelektualnya. Imbuhan 'wan' yang digunakan merupakan imbuhan sanskrit akhiran yang membentuk kata nama bagi invidividu yangbergiat dalam sesuatu bidang.

20. Penggunaan imbuhan 'ke-...-an' merujuk kepada hasil dari suatu perbuatan.