latar belakang sk senawang dah siap

Upload: zaazafiera

Post on 02-Mar-2016

205 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

description for those who coming for prakticum in sk senawang

TRANSCRIPT

LATARBELAKANG SEKOLAH

1.1 Profil Sekolah

1.1 Nama

: Sekolah Kebangsaan Senawang1.2 Alamat

: 70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.1.3 Kod Sekolah

: NBA 4031

1.4Gred Sekolah

: A1.5. Kategori Sekolah: Bandar1.6. No. Telefon

: 06-67768711.2Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Senawang, Seremban telah ditubuhkan pada tahun 1983. Bilangan murid-murid pada masa itu ialah seramai 65 orang iaitu murid hanya Tahun Satu dan cuma ada dua buah kelas sahaja. Bilangan tenaga pengajarnya seramai 4 orang termasuk Guru Besar. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Encik Hamzah bin Abd Hadi. Tenaga pengajarnya pula ialah Encik Jamil, Puan Khadijah dan Ustazah Hazizah bt Hj. Mohd Noh.

Oleh kerana ramai murid-murid yang tinggal di kawasan Senawang bersekolah di sekolah-sekolah di sekitar Bandar Seremban, maka Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah membenarkan sekolah ini menerima murid-murid tahun 2, 3 dan 4. Bilangan murid-murid ini telah meningkat kepada 150 orang dan tenaga pengajarnya pula seramai 9 orang.

Bilangan murid-murid ini terus meningkat dari semasa ke semasa. Pada tahun 1990, bilangan murid-murid telah meningkat kepada 1338 orang dan tenaga pengajarnya seramai 48 orang. Sehingga tahun 2005 bilangan murid-murid telah meningkat kepada 1757 orang dan tenaga pengajarnya seramai 83 orang. Pertambahan murid-murid ini disebabkan terbukanya banyak kawasan perumahan baru di sekitar kawasan Senawang.

Jadual 1: Senarai Nama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Senawang.BilNama Guru BesarTahun Berkhidmat

1Encik Hamzah bin Abd Hadi1983 1987

2Encik Mohd Jamil bin Sulaiman1987 1992

3Cik Saliha bt Yahya PJK1992 30 September 2003

4En. Baharin bin Hj. Mohd Sari1 Oktober 2003 hingga 15 Jun 2007

5En. Jamaludin Bin Jaapar16 Jun 2007 hingga 31 Mei 2013

6Tn. Syed Aazmi B. Syed Khaidzir1 September 2013 hingga sekarang

1.3Visi, Misi, Falsafah,Objektif, Matlamat, Piagam dan Lagu Sekolah.

1.3.1Visi

Melahirkan insan yang berkualiti dan bersahsiah gemilang.

1.3.2 Misi

Membentuk pelajar yang cemerlang, terbilang dan berdaya saing, hingga menjadi individu yang berketrampilan dan beretika bagi menghadapi dunia globalisasi.

1.3.3Falsafah SekolahTidak ada insan yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak boleh dididik. Oleh itu, anak-anak yang menjejak kaki ke sekolah ini akan keluar dengan mempunyai:

Kemahiran-kemahiran asas yang lengkap dan mantap untuk menghadapi cetusan ilmu selanjutnya, keyakinan teguh terhadap yang maha mencipta dan jiwa yang murni serta bersahsiah tinggi1.3.4 Objektif Sekolah

Meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan seimbang serta memperluaskan peluang mengembang potensi dan kemampuan insan bagi menghadapi cabaran masa hadapan.1.3.5Matlamat Sekolahi.Memupuk serta mengekalkan minat dalam segala bidang kegiatan atau aktiviti yang dijalankan di sekolah.

iiMengelakkan murid-murid daripada membuang masa dengan tiadamenentu dan melibatkan diri mereka dengan kegiatan yang berfaedah.

iii.Menghasilkan prestasi yang lebih memuaskan dalam bidang akademik dengan mengambil bahagian dalam pertandingan atau peraduan yang dianjurkan oleh persatuan atau kelab.

iv.Memberikan peluang kepada murid menyuburkan minat atau kebolehan dalam bidang Kokurikulum seperti menyertai pertubuhan unit beruniform atau sukan.

v.Melahirkan generasi yang bertanggungjawab, berkebolehan dan berkemampuan dalam bidang masing-masing seterusnya akan memberi perkhidmatan bermutu, berdikari dan berdisiplin.

vi.Mengekalkan semangat kerjasama yang unggul yang boleh dihasilkan melalui program persatuan, kelab atau rumah sukan. Kerjasama dalam unit beruniform atau kelab adalah diharapkan dapat diparaktikkan apabila mereka menjadi ahli masyarakat kelak.

viiMembina asas kepimpinan yang baik dan berkesan supaya dapat disalurkan ke dalam masyarakat apabila mereka dewasa nanti.1.3.6Piagam Sekolah

Kami warga SK Senawang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untk:-

a. Memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira sebelum melangkah ke sekolah menengah.

b. Memberikan pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum yang inovatif, bermutu tinggi dan bersahsiah bagi menyediakan pelajar-pelajar yang berwibawa dan berkualiti agar dapat mencapai kejayaan individu serta menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.

c. Mengutamakan kebersihan, keceriaan dan keselamatan di kawasan sekolah supaya pelajar dapat belajar dalam keadaan gembira dan selamat ketika berada di sekolah.

d. Berkhidmat dengan penuh tanggungjawab, muhibbah, mesra dan sentiasa mengambil kira cadangan yang diberi untuk mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah ini.

e. Memastikan semua maklumat yang diperlukan oleh Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri dihantar dalam tempoh yang ditetapkan.

1.3.7Lagu Sekolah.Berdiri megah indah,

Sekolah tercinta,

Ilmu murni dicurah,

Pada kami semua,

Kau tak mengenal jemu,

Tiap waktu dan masa,

Mendidik agar maju,

Harapan Ibu Bapa.

Wahai guru budiman,

Tak akan ku lupakan,

Tunjuk ajar mu,

Ku abadikan.

Jujur serta amanah, dan ikhlas diperjuang,

Kami muridSekolah Kebangsaan Senawang.1.3.8Lencana Sekolah

LENCANA SEKOLAH

WARNA MERAHWarna merah melambangkan keberanian di mana semangat berani dan kuat harus ada dalam jiwa setiap individu yang bernaung di bawah nama SEKOLAH KEBANGSAAN SENAWANG.

WARNA KUNINGKuning melambangkan warna kebesaran diRaja di mana perlembagaan ini dikaitkan dengan ketaatan, kesetiaan dan hidup bersatupadu.

WARNA HIJAUPerlembagaan yang ditunjukkan bagi warna hijau dlam logo ini mempunyai maksud yang agak luas. Hijau melambangkan agama di mana dalam apa juga perkara yang dilakukan agama adalah landasan utamanya. Hijau itu melambangkan kemakmuran, keseluruhan (akal fikiran) dan juga keharmonian.

LAMBANG BUKUBuku adalah sumber pengetahuan. Buku adalah teman yang paling utama bagi murid-murid.

LAMBANG OBOR DAN GEGELANGObor dan gegelang melambangkan semangat kesukanan. Selain dari menimba pengetahuan murid-murid harus bergiat cergas dalam bidang sukan di mana bidang ini boleh memberikan faedah yang besar kepada murid-murid.

COGAN KATA SEKOLAH

Adalah kata-kata ringkas yang menggambarkan matlamat, falsafah dan objektif sekolah secara keseluruhannya.

BERUSAHA BERJAYA BERJASA

Menggalakkan pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai pencapaian yang cemerlang. Dengan kejayaan yang membanggakan ini, pelajar akan menjadi seorang pemimpin yang berguna dan berjasa kepada bangsa dan Negara.

PAGE