latar belakang bidang kerjaya

36
PENGHARGAAN Kami dapat menyiapkan Folio Kerjaya ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja ini.Saya Shalini a/p rames ingin menjulang sekalung penghargaan kepada GURU KAUNSELING kerana telah memberikan banyak tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan folio ini.Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ayah saya Rames yang telah banyak membantu saya untuk menyiapkan Folio Kerjaya ini dan juga ibu saya jejeyanthi yang telah memberikan galakan dan dorongan untuk saya menyiapkan kerja ini dengan lebih awal . Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada rakan kumpulan saya omilla yang telah banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses dalammerealisasikan pembuatan Folio Kerjaya ini.Sekian, terima kasih.

Upload: shalini-rames

Post on 16-Apr-2016

1.132 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

PENGHARGAANKami dapat menyiapkan Folio Kerjaya ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja ini.Saya Shalini a/p rames ingin menjulang sekalung penghargaan kepada GURU KAUNSELING kerana telah memberikan banyak tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan folio ini.Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ayah saya Rames yang telah banyak membantu saya untuk menyiapkan Folio Kerjaya ini dan juga ibu saya jejeyanthi yang telah memberikan galakan dan dorongan untuk saya menyiapkan kerja ini dengan lebih awal . Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada rakan kumpulan saya omilla yang telah banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses dalammerealisasikan pembuatan Folio Kerjaya ini.Sekian, terima kasih.

“ Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi lebih berguna daripada kesenangan yang

terus-menerus. “

Isi kandungan

LATAR BELAKANG BIDANG KERJAYA

Apa maksud kerjaya yang sebenarnya? Menurut Tolbert (1994), kerjaya didefinisikan sebagai rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sepanjang hidupnya dan ada juga individu yang gemar bertukar-tukar pekerjaan. Kerjaya menurut Super (1957, 1972) pula merangkumi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh seseorang individu sebelum bekerja dan juga peranan lain yang dilakukan selepas bersara.

Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg

- merupakan hasil usaha 4 orang pakar dalam bidang ekonomi, sosiologi dan psikologi.

- Seseorang bergerak mengikut beberapa peringkat yang kait-mengait antara satu sama lain.

- Proses pemilihan kerjaya merupakan sesuatu yang penting dan menjadi fokus dalam teori ini.

- Nilai, keadaan persekitaran sebenar, atribut psikologi dan peluang pendidikan serta pencapaian memberi kesan kepada proses pemilihan ini.

Unsur-unsur Teori Ginzberg

1.Pemilihan kerjaya ialah satu proses perkembangan secara tipikal berlaku dalam satu jangka masa yang lebih daripada 10 tahun.

2. Proses perkembangan ini merupakan proses yang tidak boleh berpatah balik.

3. Proses pemilihan kerjaya berakhir apabila telah berlakunya kompromi antara minat,kebolehan, nilai dengan peluang yang ada.

4. Terdapat 3 peringkat perkembangan kerjaya iaitu peringkat Fantasi (6-11 tahun), peringkat Percubaan (11-18 tahun), dan peringkat Realistik (17-20 tahun). Namun, proses pemilihan kerjaya tidak terhenti setakat umur 20 tahun sahaja tetapi proses ini berlaku sepanjang hayat individu

Memahami Jenis-Jenis KerjayaSecara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:

1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah

2. Bidang penulisan dan komunikasi

3. Bidang saintifik/perubatan

4. Bidang perkeranian dan pentadbiran

5. Bidang seni reka dan kreatif

6. Bidang teknikal

7. Bidang keusahawanan

8. Bidang perkhidmatan

Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan:1. Kewangan/Perniagaan

(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, sukabergaul dan mempengaruhi orang ramai)

Pentadbiran dan pengurus bank

Perancang dan pengurus kewangan

Pengurus dan agen insurans

Eksekutif jualan dan pemasaran

Pengurus pengiklanan

Eksekutif akaun

Akauntan/juruaudit

Aktuari

Pegawai bank

Pemerosesan data

Penganalisis data

2. Penulisan dan Komunikasi

(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)

Wartawan

Editor

Jurubahasa

Penterjemah

Penerbit rancangan radio/televisyen

Pengacara radio/televisyen

Penulis skrip

Perunding komunikasi

3. Perubatan/Sains

( Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat )

Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)

Doktor haiwan

Jururawat

Ahli biologi/kimia

Pakar nuclear

Ahli geologi/geofizik

4. Perkeranian dan Pentadbiran

(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan danmerekod maklumat )

Pengurus perjawatan

Pegawai sumber manusia

Pegawai tadbir

Pembantu undang-undang

Kerani

Setiausaha

5. Seni Reka dan Kreativiti

(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif )

Pelukis

Pelukis grafik/batik

Pereka fesyen/barang kemas/seramik

Pereka bentuk dalaman

Jurugambar

Juru solek

6. Teknikal

(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesindan perkara teknikal lain)

Arkitek

Perancang Bandar dan Wilayah

Juruteknik

Juruukur

Mekanik Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)

Pakar runding

7. Keusahawanan

(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)

Perniagaan runcit

Perusahaan Kilang

Pemborong

Kontraktor Pengusaha hotel

Perusahaan bengkel

Perusahaan butik

8. Perkhidmatan

(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)

pensyarah/guru

Pustakawan

Pegawai Perhubungan Awam

Peguam/pendakwaraya/hakimPolis/askar

Pemandu pelancong

Kaunselor

Pramugari/pramugara

Tukang masak professional

LIMA PEKERJAAN DALAM BIDANG PERUBATAN

1.Pembantu makmal/pembantu perubatan

2.Juru radiologi

3.Ahli farmasi

4.Juru terapi

5.Saintis

LATAR BELAKANGDOKTOR PERUBATAN

Doktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga danmengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit .

Walau bagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah. Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan (profesi medis).

Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur

sosial kumpulan manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit.

Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat).Sistem rawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina Tradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat). Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagai - bagai sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan .

Dalam konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik , penyelidikan perubatan , pembedahan , lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i)Berminat dengan profesion ini

(ii)Sentiasa membantu pesakit

(iii)Menguasai bidang sains dan matematik

(iv)Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris

(v)Tidak takut dengan darah

vi)Berkeupayaan melakukan pemeriksaan dan pembedahan

(vii)Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat

(viii)Berkemahiran berkomunikasi dan mengorganisasi dengan baik

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INIUntuk menjadi seorang doktor, individu itu harus sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Perubatan daripada universiti yang diiktiraf kerajaan. Siswazah kedoktoran yang akan berkhidmat sama ada di sektor awam atau swasta adalah tertakluk kepada Medical Act.1971. Bakal doktor perlu memohon kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk Provisional  Registration dan seterusnya menjalani latihan amali selama tidak kurang daripada 12 bulan di hospital yang diluluskan. Selepas tamat latihan amali barulah siswazah layak untuk memohon Full Registration dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai perubatan dan dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan di bawah Perkhidmatan Wajib (Compulsory Service)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN IPT YANG

MENAWARKAN KURSUS PERUBATAN

Syarat Kemasukan

A. Syarat Am

1.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan baik

2.Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkatSPM

3.Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang –kurangnya PNGK 2.00.

ATAU

Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya NGMP 2.00 (Gred C) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan NGMP 2.00 (Gred C) dalam dua (2) mata pelajaran lain

4.Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

B. Keperluan Khas Program

1.Matrikulasi Sains Hayat

a) Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50; dan

b) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+mata pelajaran Biologi di peringkat Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dan Kepujian mata pelajaran Kimia di peringkat SPM

c) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ mata pelajaran Kimiadi peringkat Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dan Kepujian mata pelajaran Biologi di peringkat SPM.

2.Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

a) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ dalam mata pelajaran Biologi pada peringkat STPM/A Level dan Kepujian mata pelajaran Kimia pada peringkat SPM/O level

b) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ dalam mata pelajaran Kimia pada peringkat STPM/A Level dan Kepujian mata pelajaran Biologi pada peringkat SPM/O level,dan

c) Lulus peperiksaan amali seperti disyaratkan pada peperiksaan mata pelajaran 2(a) atau 2(b).

C. Kelayakan lain sebagai ganti STPM

Diploma dalam bidang yang sesuai dari UPM atau institusi yang diiktiraf

D.Lain-Lain Syarat Kemasukan

1.Fasih dalam Bahasa Malaysia

2.Mencapai umur 17 tahun pada tahun kemasukan

3.Taraf kesihatan yang memuaskan

4.Memenuhi lain-lain syarat yang ditetapkan oleh Universiti

SARJANA MUDA1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada A Level dalam mata pelajaran berikut :

· Kimia

· Biologi

· Fizik atau Matematik

ATAU

2. Lulus penuh peperiksaan International Baccalaureate dengan agregat tidak kurang daripada 35 dalam bidang Sains dan Matematik

ATAU

3. Lulus South Australian Matriculation / AUSMAT / NSW HSC dengan TER 85 dan ke atas

ATAU

4. Lulus Program Canadian International Matriculation / Canadian Pre University dengan CGPAtidak kurang daripada 3.50

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM

Syarat Am Universiti

Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kertas Julai;

dan

Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test(MUET)

Senarai ipt yang menawarkan kursus perubatan

= Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

= Universiti Malaya (UM),

= Universiti Sains Malaysia (USM)

= Universiti Putra Malaysia (UPM),

= Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

= Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Skop bidang kerjayaDoktor PerubatanDoktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tandayang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikaluntuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentangcara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.

Keterangan Tugas

Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau

kecederaan yang telah didiagnosis Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-

jenis penyakit, gangguan ataukecederaan yang tertentu Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah

dan rawatan ubat pencegahan Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan

undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum

Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain

Menyediakan dokumen dan laporan saintifik Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan Menyelia pekerja lain

Ciri-Ciri Peribadi

Perihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka

Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah;

Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah perubatan;

Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis; Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk membuat

keputusan dalam waktukecemasan; Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal boleh

menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya;

Berkemahiran berkomunikasi; Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana ubat-ubatan boleh

memperbaiki hidup ; dan Kemahiran dalam kebolehan pengurusan

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,884.30

ETP RM 165.00

EKA RM 170.00

Elaun Kritikal : RM 500.00

Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,500.00

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri.

Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain.

Institusi Pengajian Tinggi Awam yang menyediakan kursus tersebut :-

Selepas lulus MBBS mereka perlu menamatkan setahun Kursus Klinikal sebelum berdaftar sepenuhnya dengan Majlis Perubatan.

Latihan dalam bidang perubatan boleh didapati dari Institut Pengajian Tinggi Sektor Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Sektor Swasta (IPTS).

Universiti Malaya Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Sains Malaysia Universiti Putra Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-

Sedaya College, International Medical University (IMU)

Risiko yang dihadapi oleh doktor yang akan menjadi doktor perubatan Ramai lulusan perubatan tidak jadi doktor

PUTRAJAYA 2 April � Sebanyak 150 pelajar atau 10 peratus daripada 1,500 siswazah perubatan yang menamatkan pengajian mereka mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kerjaya sebagai seorang doktor perubatan bertauliah pada setiap tahun.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, keputusan tersebut dibuat kerana mereka tidak menyangka kerjaya sebagai seorang doktor bertauliah memerlukan komitmen yang mendalam, selain tekanan kerja yang teruk.

Beliau berkata, ia juga mungkin disebabkan faktor usia di kalangan pelajar berkenaan yang terlalu muda ketika mereka berjaya menamatkan pengajian perubatan masing-masing.

Keputusan tersebut dibuat selepas pelajar berkenaan melalui latihan praktikal di mana-mana hospital atau klinik kesihatan milik kerajaan seluruh negara.

Ini kerana semasa latihan berkenaan, para pelajar didedahkan dengan suasana dan budaya kerja seorang doktor walaupun belum ditauliahkan oleh kerajaan, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian Penggunaan Kemudahan Kesihatan di Hospital/Klinik di bawah Kementerian Kesihatan antara kementerian itu dengan Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Allianze College of Medical Science (ACMC) di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor UM, Prof. Dr. Amin Jalaluddin; Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Datuk Dr. Lokman Saim dan Pengerusi ACMC, Datuk Dr. Zainuddin Wazir.

Dr. Abd Latiff memberitahu, walaupun peratusannya itu tidak begitu serius tetapi tindakan pelajar berkenaan dilihat telah mempersia-siakan sokongan dan bantuan yang kerajaan berikan sepanjang tempoh pengajian mereka.

Tetapi jika keputusan itu dibuat sebelum atau semasa pengajian, kita mungkin boleh menggantikan tempat mereka dengan pelajar lain yang berminat, katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kementerian menyambut baik langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendedahkan bakal pelajar perubatannya terhadap suasana kerja seorang doktor selama tiga hari yang bermula tahun lalu.

Ini kerana, tambahnya, bakal pelajar perubatan perlu memahami budaya dan suasana kerja seorang doktor sebelum meneruskan pengajiannya itu.

Kita mahu pelajar perubatan yang benar-benar mahu menjadi seorang doktor dan bukannya mereka yang sekadar dipengaruhi oleh desakan pihak lain,katanya.

Stail kehidupan,ciri-ciri,personalia doctor perubatan

kesimpulanSecara keseluruhannya, Folio Kerjaya ini telah banyak membantu saya dalam memilih bidang kerjaya dan kursus yang bersesuaian dan bertepatan dengan personaliti saya. Selain itu,tugasan ini juga turut memberi rangsangan kepada saya untuk meneruskan cita-cita yang sayaidam-idamkan sejak kecil lagi sehingga saya berjaya mendapatkannya.

Oleh yang demikian, saya akan memastikan saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap terbaik dalam peperiksaan SPM bagi membuka peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Selain itu, tugasan ini juga telah membuka matasaya menyiapkan diri saya untuk memenuhi syarat-syarat kelayakan ke universiti bagimeneruskan cita-cita saya dalam bidang perubatan dan seterusnya mengecapi matlamat hidup saya.

Kepentingan peranan sians dan teknologi dalam bidang perubatan

Teknologi dalam bidang perubatan telah pesat berkembang dan telah memberikan sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang menderita. Teknologi-teknologi baru dan terkini dalam bidang perubatan seperti teknologi MRI, Computer Tomography, Mata Bionik, Teknologi Llizarov serta implikasi-implikasi yang terlibat samada dari aspek positif mahupun negatif. Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Teknologi moden membawa begitu banyak manfaat kepada pengguna. Dalam konteks bidang perubatan, teknologi mampu memberi rawatan yang lebih efektif dan cekap kepada para pesakit. Pesakit-pesakit yang serius seperti Tubercolosis, Polio, Leprosy dan lain-lain dapat diubati dengan perkembangan teknologi. Seiring dengan perkembangan teknologi, sesetengah pesakit kancer dapat juga dapat diubati contohnya dengan melalui sesi kemoterapi yang ternyata menggunakan teknologi moden.

Sumbangan doktor perubatan terhadap pembangunan Negara

SEJAK enam tahun lepas, Program Angkasawan Negara (PAN) mencatatkan beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan.

Satu daripadanya potensi sumbangan dalam ekonomi menerusi penyelidikan mikrograviti telah membawa kepada pembangunan antibodi baru khusus untuk industri farmaseutikal.

Malaysia juga telah menghasilkan satu tanda dagangan iaitu 1-RAP-NHOst (re-adapted normal human Osteoblast) hasil daripada penyelidikan tersebut melibatkan bidang pleokimia yang dikenal pasti berpotensi untuk dikomersialkan dan sedang dalam proses peningkatan skala untuk kegunaan industri.

Pada masa sama, sebanyak lapan paten telah difailkan di Malaysia dan antarabangsa melalui pelaksanaan PAN dalam Rancangan Malaysia Ke-9 itu.

Selain itu beberapa perbandingan kemajuan dapat disenaraikan sebelum dan selepas program berkenaan.

Dalam PAN, para penyelidik dari pelbagai institusi penyelidikan tempatan seperti universiti termasuk Angkasa/MOSTI juga telah memperoleh pengalaman dan keupayaan mengurus, merangka, menilai dan melaksana program penyelidikan sains mikrograviti.

Sebagai contoh, sebelum itu saintis tempatan tidak mempunyai akses ke angkasa lepas dan ISS manakala selepas PAN, akses untuk menjalankan penyelidikan di angkasa lepas diperoleh melalui kerjasama dua hala dan antarabangsa.

Pada masa sama, Malaysia tidak mempunyai program penyelidikan sains mikrograviti dan jika ada sekali pun hanya terhad kepada bidang astronomi sahaja.

Menerusi PAN, program penyelidikan sains angkasa khususnya sains mikrograviti bermula dan berkembang

Pada masa sama. Jawatankuasa Kerja Sains Mikrograviti Kebangsaan dan pengenalan Program Sains Mikrograviti Kebangsaan telah diwujudkan dan kumpulan penyelidik nukleus telah dibentuk dan mulai melahirkan penyelidik muda

Begitu juga mengenai peralatan asas dan makmal mulai diwujudkan dan kini sedang dikembangkan.

Dalam pada itu, salah satu teras dan objektif dalam program pembangunan sains angkasa RMK-9 adalah melaksanakan aktiviti pendidikan dan kesedaran umum.

Program itu bertujuan menanam minat generasi muda khususnya remaja dan pelajar sekolah dalam bidang sains angkasa di samping menanam semangat patriotik serta penerapan nilai-nilai kerohanian di kalangan rakyat Malaysia.

Dalam RMK-9, sebanyak 217 aktiviti yang berupa program pendidikan, seminar, bengkel, latihan dan ceramah kesedaran awam mengenai kepentingan program sains angkasa telah dijalankan di seluruh negara seperti di bawah.

Sehingga penghujung 2010, sasaran peserta telah mencapai lima juta.