kerjaya luas dalam bidang sains nuklear

Upload: rain-lee-rou-yu

Post on 01-Mar-2016

164 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

d

TRANSCRIPT

Kerjaya luas dalam bidang sains nuklearSAINS nuklear adalah satu cabang ilmu yang mengkhususkan kajian untuk memanfaatkan sinaran yang terbit daripada nukleas radioaktif dan juga sinaran lain seperti sinar x dan alur elektron. Pendidikan sains nuklear memberi tumpuan kepada aspek teknologi dan gunaan di samping memperkukuhkan ilmu sains tulen. Ia bertujuan melengkapkan pelajar dengan ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknik-teknik nuklear dalam bidang-bidang pertanian, perubatan, industri, alam sekitar dan sains asas.

Bagi membolehkan pelajar mempraktikkan ilmu yang dipelajari, program latihan industri diatur untuk setiap pelajar semasa cuti semester di sektor industri yang berkaitan, institusi penyelidikan dan hospital. Dari segi peluang kerjaya, lulusan bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada disektor awam dan swasta.

Antara jawatan yang boleh disandang termasuklah jurutera kawalan mutu, penyelidik, pegawai kawalan alam sekitar, perunding, pegawai ujian tanpa musnah (NDT) pegawai saintis serta pegawai-pegawai di syarikat perindustrian.

Mereka juga boleh berkhidmat di bidang industri rawatan sisa radioaktif, radiografi, perubatan serta institusi pengajian tinggi yang masih memerlukan tenaga mahir di bidang yang berkaitan teknologi sinaran. Pelajar yang berminat dalam bidang ini mestilah lulus cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelulusan yang baik dalam mata pelajaran-mata pelajaran Sains dan Matematik. Bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka perlu mengikuti program Matrikulasi selama satu hingga satu setengah tahun sebelum diterima masuk ke program peringkat sarjana muda. Bagi lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula mereka boleh terus memasuki tahun pertama dengan kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Matematik dan juga subjek-subjek Sains yang berkaitan.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah satu-satunya universiti menawarkan pengajian dalam bidang ini.

Kerjaya untuk penggemar makanan

JIKA anda seorang penggemar makanan dan dalam masa yang sama meminati subjek-subjek sains di sekolah, mungkin kerjaya yang paling sesuai untuk anda fikirkan ialah saintis makanan atau ahli teknologi makanan.Tugas utama seorang saintis atau ahli teknologi makanan adalah untuk mencari cara terbaik untuk memilih, menyimpan, memproses, membungkus dan mengedarkan hasil keluaran makanan.

Selain itu, seorang saintis dan ahli teknologi makanan juga bertanggungjawab untuk memastikan bahan-bahan yang akan digunakan dalam makanan yang dihasilkan.Bersesuaian dengan kerjanya, seorang saintis dan ahli teknologi makanan perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai sifat-sifat semulajadi dan komposisi sesuatu makanan.Sebagai contoh, mereka perlu tahu apa akan terjadi kepada rasa, warna dan juga kandungan zatnya apabila sesuatu makanan itu dimasak atau disimpan.

Untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran ini, mereka yang berhajat untuk menjadi ahli teknologi atau saintis makanan perlu mendalami bidang-bidang sains seperti biologi, mikrobiologi, kimia dan kejuruteraan.Pengetahuan dalam bidang ini akan memastikan makanan yang diperoleh pengguna adalah selamat dan berkualiti tinggi.

Justeru, bagi yang berminat untuk mendalami bidang ini, mereka perlulah memilih aliran sains di peringkat sekolah dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti yang menawarkan bidang ini sama ada di peringkat diploma atau ijazah pertama.

Antara universiti tempatan yang menawarkan bidang pengajian yang akan melayakkan seseorang itu menjadi ahli teknologi atau saintis makanan ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).Gaya hidup masyarakat kini yang semakin gemarkan kepada makanan-makanan yang diproses dan ditambah dengan perkembangan pesat industri makanan, masa depan mereka yang memiliki kelulusan dalam bidang ini sangat cerah.

Sains Marin bukan sekadar di laut

ROHANA MAN

TIDAK ramai di kalangan pelajar tahu mengenai prospek kerjaya dalam bidang sains marin. Mungkin kerana bidang itu masih baru di negara ini maka prospek kerjayanya hanya dikaitkan dengan dunia laut.Hakikat sebenarnya ialah sains marin turut menjanjikan peluang kerjaya yang cukup luas meliputi pelbagai jenis pekerjaan.

Prospek ini menjadi luas kerana para graduannya ketika masih di kampus institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang meneroka bidang selain sains marin seperti seperti pentadbiran; pengurusan; perniagaan; ekonomi atau komputer.Jadi tidak hairanlah apabila terdapat graduan sains marin kini menjadi pengurus Bata Holding, pegawai bank dan wartawan.

Peluang itu terbuka luas apabila mereka mengikuti program ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan (MBA) sebaik sahaja berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Marin.Menurut pensyarah Institut Oceanografi, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem), Kuala Terengganu, Terengganu, Prof. Dr. Faizah Shaharom, skop kerjaya sains marin adalah luas dan para graduannya tidak perlu berasa risau tentang peluang pekerjaan.Katanya, kerjaya sebagai penyelidik di institusi penyelidikan yang mengkaji mengenai hidupan laut seperti ikan, batu karang dan lain-lain adalah biasa bagi graduan sains marin.

Begitu juga kerjaya sebagai renjer taman laut; pegawai perikanan; pegawai di Jabatan Laut; juru laut fizikal dan pegawai akuakultur.Penyelidikan sains marin meliputi tiga bidang teras utama iaitu biologi; ekologi dan pengurusan sumber marin perikanan dan akuakultur bioteknologi marin.Selain kerjaya yang dinyatakan itu, graduan sains marin turut mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang ketenteraan.Ini kerana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut membuka peluang kerjaya kepada graduan sains marin untuk menjadi pegawai TLDM.

Dr. Faizah juga berkata, terdapat bekas anak muridnya kini menjadi pegawai penyelidik perubatan atau ahli teknologi perubatan.Peluang graduan sains marin katanya turut terbuka luas dalam bidang pendidikan iaitu menjadi pensyarah di mana-mana IPT.Ini bermakna mereka perlu mengikuti program ijazah sarjana dan doktor falsafah (Ph.D) sebelum layak menjadi pensyarah universiti.Ahli farmasi pastikan bidang perubatan lancarRAMAI daripada kita hanya biasa dengan profesion doktor apabila bidang perubatan di bincangkan. Sebenarnya, selain doktor, satu lagi bidang yang sangat penting ialah farmasi. Farmasi atau bidang pengurusan serta penggunaan ubatan-ubatan penting dalam memastikan bidang perubatan berjalan lancar.Seorang ahli farmasi mempunyai peranan penting dalam menentukan ubat-ubatan digunakan secara rasional dan berkesan.Seorang ahli farmasi boleh bekerjasama sama ada di hospital, kedai, farmasi, komuniti, industri farmaseutikal, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, universiti atau bahagian Farmasi di Kementerian Kesihatan.Seorang ahli farmasi bertanggungjawab membekal dan menguruskan semua aspek yang berkaitan penggunaan ubat bagi pesakit dalam wad dan juga pesakit luar.

Gambar seorang ahli farmasi

Selain itu, seorang ahli farmasi juga perlu memberikan kaunseling kepada pesakit semasa memberikan ubat kepada pesakit.Dalam industri farmaseutikal pula, ahli farmasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, pengilangan dan jaminan mutu serta pendaftaran ubat serta permohonan.Sesungguhnya, bidang farmasi mempunyai cabang pekerjaan yang pelbagai kerana ia melibatkan banyak cabang sains. Mereka yang berminat dalam bidang ini perlu mempunyai kefahaman dan kelulusan yang baik dalam bidang sains.

Pelajar mempunyai dua saluran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini iaitu sama ada menggunakan kelulusan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM).Bagi lulusan SPM, pelajar perlu menduduki program Matrikulasi atauA Levelmanakala lulusan STPM (aliran sains) boleh terus memohon untuk mengikuti ijazah pertama di universiti-universiti yang menawarkan program ini.Antara universiti-universiti tempatan yang menawarkan pengajian dalam bidang farmasi ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

AHLI VIROLOGI :)

Hai semua!!!Anda semua pernah tak mengalami penyakit seperti demam dan selesema? Mesti pernah kan...Pernah tak anda terfikir siapa yang mengkaji penyakit seperti ini dan mengenalpasti tahap bahaya virus yang membawa penyakit ini?Ha, kali ini, mari kita lihat apa tugas AHLI VIROLOGI dalam memastikan kesihatan kita semua...

VIROLOGI adalah kajian yang merangkumi pelbagai aspek virus yang boleh menyebabkan berbagai-bagai jenis penyakit pada manusia dan haiwan.Virologi adalah salah satu cabang dalam sains bioperubatan.Terdapat banyak virus dari yang ringan seperti selsema kepada yang berat seperti AIDS dan yang terbaru coronavirus yang menyebabkan penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).Ahli virologi adalah mereka yang mempunyai kelulusan dan kepakaran dalam bidang biologi.Memandangkan virologi melibatkan bidang kajian dan penyelidikan, persekitaran kerja bagi seorang saintis virologi kebanyakannya melibatkan kerja-kerja makmal.

Malah pengalaman di dalam makmal-makmal kajian sebenarnya sangat penting bagi seorang saintis virologi.Selain bekerja di dalam makmal-makmal penyelidik, seorang saintis yang mempunyai kepakaran dalam bidang virologi ini juga diperlukan di Bahagian Epidemiologi dan Kawalan Penyakit di Kementerian Kesihatan.Peranan penting seorang saintis virologi di bahagian ini ialah untuk memantau dan mengawal merebaknya penyakit-penyakit berjangkit.Satu lagi elemen penting dalam bidang virologi ini ialah epidemiologi iaitu kajian bagaimana penyakit berjangkit daripada seseorang kepada seseorang.Tanpa pengetahuan dalam bidang ini, seseorang saintis itu tidak boleh memahami bagaimana mengawal sesuatu virus atau bakteria.

Seperti biasa, jika anda berminat untuk menceburi bidang ini, anda perlulah mempunyai asas yang kuat dalam bidang sains terutamanya dalam bidang biologi.Terdapat banyak universiti awam di negara ini yang menawarkan pengajian dalam bidang ini.Antaranya ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Sains Malaysia (USM).Kebanyakan program virologi ini ditawarkan sama ada di bawah fakulti sains hayat, sains biologi ataupun sains bioteknologi.Ha, bagaimana? Berminat untuk menjadi ahli virologi?Bidang kerja mereka juga unik dan mencabar dan memerlukan ketelitian yang tinggi untuk mengenalpasti jenis virus yang mereka temui.Apa-apapun, semoga berjaya untuk mencapai cita-cita anda!!!

AHLI FORENSIK:)Hai, bertemu kembali!!!Anda semua pernah tak berangan untuk menjadi seorang AHLI FORENSIK seperti dalam cerita CSI?Prospek kerjaya mereka kelihatan menyeronokkan walaupun agak mencabar emosi, mental dan fizikal.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita sama-sama membaca artikel di bawah ini...

Melihat siri televisyen berbentuk penyiasatan, Crime Scene Investigation (CSI) nyata sangat mengujakan, terutama bagi yang meminati bidang sains kerana memperlihatkan keupayaan sekumpulan pakar dalam merungkai pelbagai jenis kes jenayah. Sejak siri itu disiarkan, bidang penyiasatan saintifik atau lebih dikenali sebagai forensik semakin dikenali dan diminati, sekali gus ramai yang mengidamkann kerjaya Ahli Forensik sebagai cita-cita masa depan mereka.Ahli Forensik adalah individu yang bertanggungjawab menyiasat jenayah dengan mengumpul dan menganalisis bukti fizikal seperti cap jari, bekas tapak kasut, kesan laluan tayar kenderaan dan juga autopsi.

Perkataan "forensik" bermaksud "yang berkaitan dengan hukum". Yang mana sains forensik menyelesaikan masalah hukum dengan menerapkan prinsip-prinsip saintifik. Ahli forensik melakukan komprehensif saintifik kimia dan analisis tentang bukti fizikal yang diajukan oleh lembaga penguatkuasa undang-undang. Pekerjaan mereka seringkali berperanan dalam menangkap dan membasmi jenayah. Walaupun kebanyakan tumpuan sains forensik adalah berkenaan tentang kes-kes jenayah dan kadang-kala disebut sebagai criminalist, mereka turut bekerja di dalam sistem penghakiman sivil, contohnya melakukan perbandingan tulisan tangan untuk menentukan kesahihan tanda tangan terhadap surat wasiat.

Kerjaya forensik boleh dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu di makmal dan lapangan. Setiap satu daripadanya saling kaitan antara satu sama lain. Kesukaran sesuatu kes adalah bergantungan kepada jumlah bahan bukti yang ditemui di tempat kejadian, sebelum dikumpulkan untuk dianalisis.

Lapangan. Penyiasatan terhadap kes jenayah yang berlaku di tempat kejadian seperti kebakaran, letupan, dan pembunuhan. Segala bukti-bukti di tempat kejadian seperti cap jari, bekas tapak kasut, kesan laluan tayar kenderaan, tompokan darah, kesan kebakaran atau letupan direkodkan dan dikumpulkan untuk dianalisis. Kerjaya Forensik ini memerlukan penglihatan yang tajam kerana sehelai rambut yang melekat pada kertas hitam di dalam kawasan yang hitam dan gelap boleh dijadikan bukti yang sahih untuk membawa penjenayah yang terlibat ke muka pengadilan. Makmal. Segala bahan bukti yang telah dikumpulkan semasa di tempat kejadian di perhalusi dan dianalisis untuk mendapatkan kaitan terhadap kes.

Berikut merupakan 4 skop utama bidang kerja ahli forensik Merakam jejak penemuan dan mengumpul bukti daripada adegan-adegan jenayah atau kemalangan. Menganalisis sampel seperti rambut, cairan tubuh, kaca, cat dan ubat-ubatan di makmal. Mengaplikasi pelbagai teknik yang sesuai seperti perbandingan DNA profil, menjangka masa kejadian, serta deduksi terhadap kes. Memberikan bukti di mahkamah, sebagai bukti sahih untuk mensabitkan tertuduh bersalah.Antara skop-skop bidang tugasan kerja ahli forensik yang lain adalah Memeriksa, menguji, dan menganalisis sampel rangkaian, zat kimia, fizikal bahan, dan bukti balistik. Merakam, mengukur, dan membuat pengujian data-data dan bukti-bukti jenayah di tempat kejadian dengan menggunakan peralatan khas. Menginterpretasikan penemuan-penemuan makmal dan keputusan ujian untuk mengenalpasti dan mengelaskan bahan, material, dan bukti-bukti lain yang dikumpulkan di tempat kejadian. Mengumpul dan mengekalkan bukti-bukti jenayah yang digunakan untuk menyelesaikan kes-kes. Membuat perbandingan balistik, cap jari, tulisan tangan, dokumen, elektronik, perubatan serta bahan kimia, mengenai bukti dan deduksi terhadap bagaimana jenayah dilakukan. Melakonkan semula jenayah di tempat kejadian untuk menentukan hubungan di antara bukti-bukti sedia ada. Menyiapkan laporan kes, deduksi penemuan, kaedah penyiasatan, serta hasil daripada kajian makmal.Seorang ahli forensik perlulah mempunyai ciri-ciri krediabiliti seperti berkemahiran berkomunikasi dengan lancar, mempunyai daya fokus dan pemerhatian yang tajam, bekerja secara logikal dan berstruktur, berkebolehan untuk bekerja dalam suasana yang tegang, berkemahiran untuk membuat deduksi bayangan serta mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

Oleh itu, bagi adik-adik yang berminat untuk menjadikan kerjaya forensik ini sebagai satu profession, adik-adik bolehlah mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) sebelum melanjutkan pengajian ke bidang Sarjana Sains (Sains Forensik) yang mana ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia. Melalui kursus ini juga, adik-adik berpeluang untuk merasai suasana kerja ahli forensik yang sebenar melalui penempatan praktikum makmal (Lab Practicium) di Makmal Forensik Polis DiRaja Malaysia(PDRM) semasa Latihan Industri serta merasai sendiri suasana di dalam mahkamah sebagai saksi pakar melalui sesiMoot Court.

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest13 ulasan:1. Rohana Rahman13 November 2012 3:55 PGAmboi banyaknya tugas ahli farmasi ye cikgu. Tak kesahlah tu cikgu ,yang penting maklumat yang saya dapati daripada blog cikgu.Tambahkan lagi informasi cikgu untuk rakan-rakan pembaca blog yang lain.Balas