kerjaya dalam bidang sains teknologi

28
Kerjaya Dalam Bidang Sains Teknologi Sains Botani untuk yang prihatin masalah sejagat SEPERTI yang diterangkan dalam rencana fokus di muka surat 6 dan 7, bidang botani mempunyai lebih daripada 17 cabang. Justeru mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini sebenarnya mempunyai peluang kerjaya yang pelbagai. Ditambah dengan pelbagai isu masyarakat dan persekitaran yang berlaku kini, keperluan kepada mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini semakin meningkat. Sebagai contoh, peningkatan populasi penduduk mempunyai kaitan rapat dengan masalah alam sekitar dan juga bekalan makanan yang mencukupi. Masalah-masalah ini memerlukan mereka yang berkelulusan Sains Botani untuk mencari pendekatan terbaik bagi memastikan isu-isu sebegini dapat diselesaikan dengan baik. Dalam berhadapan dengan isu-isu bekalan makanan contohnya, kita memerlukan saintis yang mahir dalam penyakit-penyakit tumbuh- tumbuhan dan penghasilan baka-baka baru, yang mana ia juga adalah antara cabang Sains Botani. Selain itu, antara kerjaya yang boleh diceburi oleh lulusan sains botani ialah ahli ekologi, ahli taksonomi, ahli biologi tumbuhan, pakar pemuliharaan alam sekitar dan sebagainya. Hampir semua universiti yang mempunyai program-program pengajian dalam bidang sains menawarkan kursus Sains Botani. Bagaimanapun, secara umumnya universiti yang menawarkan program pengajian dalam Sains Botani akan membahagikan jabatan atau fakulti masing-masing kepada beberapa bidang pengkhususan seperti agronomi (tanaman ladang), holtikultur (pokok-pokok hiasan, buah-buahan dan sayur-sayuran) mikrobiologi (mikrob seperti bakteria dan fungus) serta patalogi tumbuhan (penyakit-penyakit tumbuhan). Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah antara universiti terbaik yang menawarkan program Sains Botani.

Upload: rain-lee-rou-yu

Post on 09-Sep-2015

352 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

weg4h

TRANSCRIPT

Kerjaya Dalam Bidang Sains Teknologi Sains Botani untuk yang prihatin masalah sejagatSEPERTI yang diterangkan dalam rencana fokus di muka surat 6 dan 7, bidang botani mempunyai lebih daripada 17 cabang.Justeru mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini sebenarnya mempunyai peluang kerjaya yang pelbagai.Ditambah dengan pelbagai isu masyarakat dan persekitaran yang berlaku kini, keperluan kepada mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini semakin meningkat.Sebagai contoh, peningkatan populasi penduduk mempunyai kaitan rapat dengan masalah alam sekitar dan juga bekalan makanan yang mencukupi.Masalah-masalah ini memerlukan mereka yang berkelulusan Sains Botani untuk mencari pendekatan terbaik bagi memastikan isu-isu sebegini dapat diselesaikan dengan baik.Dalam berhadapan dengan isu-isu bekalan makanan contohnya, kita memerlukan saintis yang mahir dalam penyakit-penyakit tumbuh-tumbuhan dan penghasilan baka-baka baru, yang mana ia juga adalah antara cabang Sains Botani.Selain itu, antara kerjaya yang boleh diceburi oleh lulusan sains botani ialah ahli ekologi, ahli taksonomi, ahli biologi tumbuhan, pakar pemuliharaan alam sekitar dan sebagainya.Hampir semua universiti yang mempunyai program-program pengajian dalam bidang sains menawarkan kursus Sains Botani.Bagaimanapun, secara umumnya universiti yang menawarkan program pengajian dalam Sains Botani akan membahagikan jabatan atau fakulti masing-masing kepada beberapa bidang pengkhususan seperti agronomi (tanaman ladang), holtikultur (pokok-pokok hiasan, buah-buahan dan sayur-sayuran) mikrobiologi (mikrob seperti bakteria dan fungus) serta patalogi tumbuhan (penyakit-penyakit tumbuhan).Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah antara universiti terbaik yang menawarkan program Sains Botani.Selain itu ialah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM).Mereka yang berminat dalam bidang ini mestilah mempunyai kelulusan baik dalam subjek sains di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataupun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Kerjaya dalam bidang polimerMALAYSIA sebagai sebuah negara industri tidak mahu ketinggalan bersaing di peringkat antarabangsa untuk menghasilkan teknologi bagi mengeluarkan produk-produk berkualiti tinggi daripada bahan-bahan asas yang digunakan dalam kehidupan seharian.Terkini, teknologi kejuruteraan polimer antara bidang yang mula diterokai di negara ini.Ramai tidak tahu apa itu bidang kejuruteraan polimer. Mengapa ia perlu diterokai dan apa keuntungannya kepada pelajar yang menceburi bidang berkenaan.Perkataan polimer mungkin asing bagi sesetengah pelajar khususnya bagi yang mengikuti aliran sastera.Poly dalam bahasa Greek bermaksud banyak manakala perkataan `mer bermaksud bahagian.Dalam bahasa saintifik, ia adalah satu cabang ilmu yang mengkhususkan kajian tentang bahan kimia iaitu pencantuman ikatan karbon yang lebih panjang untuk membentuk polimer. Polimer dalam bahasa mudah ialah kajian mengenai pembuatan produk berkaitan getah dan plastik.Di kebanyakan negara maju, bidang kejuruteraan polimer kini semakin berkembang.Selain menyediakan prospek luas dalam kerjaya profesional, bidang berkenaan juga mampu menjana ekonomi negara menerusi penghasilan pembuatan produk getah dan plastik berkualiti. Dari segi peluang kerja, lulusan bidang kejuruteraan polimer tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada di sektor awam dan swasta.Antara jawatan yang boleh disandang termasuklah jurutera kawalan mutu, penyelidik, pegawai kawalan, perunding dan pegawai sains di syarikat perindustrian.Pelajar yang berminat dalam bidang ini mestilah lulus cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.Bagi lulusan SPM mereka perlu mengikuti program Matrikulasi atau diploma selama satu hingga tiga tahun sebelum diterima masuk ke program peringkat sarjana muda.Bagi lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula mereka boleh terus memasuki tahun pertama dengan kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Matematik dan juga subjek-subjek Sains yang berkaitan. Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi MARA antara institusi pengajian tinggi awam yang menawarkan pengajian dalam bidang ini. Ganjaran lumayan untuk lulusan fizikPADA masa ini Malaysia merupakan pengeksport terbesar dan pembuat ketiga terbesar peranti semikonduktor di dunia. Tetapi penglibatan Malaysia dalam industri semikonduktor adalah terhad kepada aktiviti-aktiviti pengujian dan pemasangan sahaja.Ini kerana Malaysia kekurangan tenaga profesional dalam bidang-bidang seperti reka bentuk, analisis dan pembuatan litar-litar bersepadu (Integrated circuits) serta pengendalian sistem fabrikasi wafer dan yang berkaitan; dan amnya dalam bidang kejuruteraan elektronik dan komputer. Bagi menampung keperluan tersebut, kursus mikroelektronik diadakan, antara lain menggabungkan bidang-bidang kejuruteraan elektronik, fizik semikonduktor dan kejuruteraan komputer.Di negara kita kursus-kursus berkaitan dengan bidang ini ditawarkan di universiti awam dan juga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan bidang pengajian Fizik dan juga Kejuruteraan.Sepanjang kursus, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan reka bentuk, reka bentuk berbantukan komputer (CAD), analisis dan pengujian, pengendalian dan pembuatan litar bersepadu. Selain itu, pelajar juga akan diperkenalkan dengan dunia-dunia fizik merangkumi mikropemproses, fizik semikonduktor, elektronik digit, kejuruteraan komputer, analisis kegagalan, CAD dan sebagainya. Seperti yang diketahui, mereka yang berminat menceburi bidang ini mestilah mempunyai kelulusan yang baik dalam bidang sains dan matematik.Ini kerana seperti mana yang diketahui, fizik adalah satu bidang bagaimana kita menggunakan sains dan matematik dalam menyelesaikan masalah seharian.Secara khusus, mereka mestilah mempunyai penguasaan yang baik dalam Matematik Tambahan dan Fizik.Graduan dalam bidang ini sesuai untuk bekerja di mana-mana syarikat dan fasiliti elektronik termasuk fasiliti fabrikasi wafer dan litar bersepadu (IC). Para graduan kursus ini secara amnya boleh mendapat pekerjaan sebagai jurutera di industri-industri antaranya seperti berikut:Firma-firma pembuatan dan pemasangan kenderaan; pembuatan peralatan rumah seperti mesin basuh, TV, radio dan periuk elektrik; pembuatan barangan elektronik seperti kamera dan mesin pendua; pembuatan Robot & sistem automasi; teknologi tinggi; perunding; kejuruteraan & pembangun-an produk; badan-badan penyelidikan & pembangunan seperti institusi pengajian tinggi, SIRIM dan MCRIA.Kerjaya sebagai jurutera bukan sahaja menawarkan ganjaran lumayan, malahan memberi peluang kepada mereka mendapat status Jurutera Profesional (P.Eng). Kerjaya luas dalam bidang sains nuklearSAINS nuklear adalah satu cabang ilmu yang mengkhususkan kajian untuk memanfaatkan sinaran yang terbit daripada nukleas radioaktif dan juga sinaran lain seperti sinar x dan alur elektron.Pendidikan sains nuklear memberi tumpuan kepada aspek teknologi dan gunaan di samping memperkukuhkan ilmu sains tulen. Ia bertujuan melengkapkan pelajar dengan ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknik-teknik nuklear dalam bidang-bidang pertanian, perubatan, industri, alam sekitar dan sains asas.Bagi membolehkan pelajar mempraktikkan ilmu yang dipelajari, program latihan industri diatur untuk setiap pelajar semasa cuti semester di sektor industri yang berkaitan, institusi penyelidikan dan hospital.Dari segi peluang kerjaya, lulusan bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada disektor awam dan swasta.Antara jawatan yang boleh disandang termasuklah jurutera kawalan mutu, penyelidik, pegawai kawalan alam sekitar, perunding, pegawai ujian tanpa musnah (NDT) pegawai saintis serta pegawai-pegawai di syarikat perindustrian.Mereka juga boleh berkhidmat di bidang industri rawatan sisa radioaktif, radiografi, perubatan serta institusi pengajian tinggi yang masih memerlukan tenaga mahir di bidang yang berkaitan teknologi sinaran.Pelajar yang berminat dalam bidang ini mestilah lulus cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelulusan yang baik dalam mata pelajaran-mata pelajaran Sains dan Matematik.Bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka perlu mengikuti program Matrikulasi selama satu hingga satu setengah tahun sebelum diterima masuk ke program peringkat sarjana muda.Bagi lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula mereka boleh terus memasuki tahun pertama dengan kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Matematik dan juga subjek-subjek Sains yang berkaitan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah satu-satunya universiti menawarkan pengajian dalam bidang ini. Sains Marin bukan sekadar di lautROHANA MANTIDAK ramai di kalangan pelajar tahu mengenai prospek kerjaya dalam bidang sains marin. Mungkin kerana bidang itu masih baru di negara ini maka prospek kerjayanya hanya dikaitkan dengan dunia laut.Hakikat sebenarnya ialah sains marin turut menjanjikan peluang kerjaya yang cukup luas meliputi pelbagai jenis pekerjaan.Prospek ini menjadi luas kerana para graduannya ketika masih di kampus institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang meneroka bidang selain sains marin seperti seperti pentadbiran; pengurusan; perniagaan; ekonomi atau komputer.Jadi tidak hairanlah apabila terdapat graduan sains marin kini menjadi pengurus Bata Holding, pegawai bank dan wartawan.Peluang itu terbuka luas apabila mereka mengikuti program ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan (MBA) sebaik sahaja berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Marin.Menurut pensyarah Institut Oceanografi, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem), Kuala Terengganu, Terengganu, Prof. Dr. Faizah Shaharom, skop kerjaya sains marin adalah luas dan para graduannya tidak perlu berasa risau tentang peluang pekerjaan.Katanya, kerjaya sebagai penyelidik di institusi penyelidikan yang mengkaji mengenai hidupan laut seperti ikan, batu karang dan lain-lain adalah biasa bagi graduan sains marin.Begitu juga kerjaya sebagai renjer taman laut; pegawai perikanan; pegawai di Jabatan Laut; juru laut fizikal dan pegawai akuakultur.Penyelidikan sains marin meliputi tiga bidang teras utama iaitu biologi; ekologi dan pengurusan sumber marin perikanan dan akuakultur bioteknologi marin.Selain kerjaya yang dinyatakan itu, graduan sains marin turut mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang ketenteraan.Ini kerana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut membuka peluang kerjaya kepada graduan sains marin untuk menjadi pegawai TLDM. Dr. Faizah juga berkata, terdapat bekas anak muridnya kini menjadi pegawai penyelidik perubatan atau ahli teknologi perubatan.Peluang graduan sains marin katanya turut terbuka luas dalam bidang pendidikan iaitu menjadi pensyarah di mana-mana IPT.Ini bermakna mereka perlu mengikuti program ijazah sarjana dan doktor falsafah (Ph.D) sebelum layak menjadi pensyarah universiti. Peluang kerjaya lulusan aeroangkasaBIDANG aeroangkasa di negara ini kini semakin berkembang pesat. Buktinya, Malaysia sudahpun mampu mengeluarkan pesawat ringannya sendiri yang dikenali sebagai Eagle ARV.Bidang ini memerlukan ramai tenaga mahir dalam bidang kejuruteraan, pengurusan penerbangan, kawalan trafik udara dan juruterbang.Pelajar yang berminat dalam bidang ini mestilah mempunyai kelulusan baik dalam subjek-subjek sains terutamanya Sains dan Matematik, selain minat mendalam dalam teknologi-teknologi penerbangan dan angkasa.Salah sebuah universiti tempatan yang menjadi perintis dalam menawarkan kursus seumpama ini ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Pada mulanya, ia dikelolakan secara bersama oleh UTM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). TUDM masih memerlukan tenaga manusia untuk mengendali, menyelenggara, membaikpulih, mengawas serta mengurus pesawat terbang. Manakala Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sentiasa memerlukan tenaga mahir untuk menyelia aktiviti penerbangan di Malaysia. Oleh itu pembantu teknik dan jurutera aeronautik juga boleh bekerja di Jabatan Penerbangan Awam. Organisasi-organisasi lain yang mengambil lulusan UTM termasuklah Penerbangan Malaysia (MAS), AIROD, Malaysian Helicopter Services (MHS) serta Police Wing. Di samping itu beberapa buah syarikat membuka banyak peluang pekerjaan di dalam industri penerbangan. Siswazah-siswazah dalam bidang kejuruteraan aeronautik ini juga boleh bekerja di dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Kepada mereka yang berminat dalam bidang akademik dan penyelidikan, peluang terbuka untuk mereka menjadi tutor/pensyarah di mana-mana institusi yang menjalankan kursus bidang aeronautik. Beberapa universiti dan institusi lain seperti Malaysia Airline Academy telah memulakan kursus bidang aeronautik. Universiti Putra Malaysia juga telah memulakan kursus dalam bidang aeronautik yang di beri nama aeroangkasa. Oleh kerana perkembangan industri penerbangan semakin pesat, banyak syarikat penerbangan, kelab penerbangan dan syarikat yang sedia melibatkan diri secara aktif di dalam industri penerbangan negara dengan membuka banyak peluang kerja kepada mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini. Ahli mikrobiologi kenali 'makhluk halus' secara saintifikBIDANG mikrobiologi adalah salah satu cabang dalam sains kaji hayat. Bidang mikrobiologi merangkumi makhluk halus dan seni seperti bakteria, virus, protozoa dan yis. Ia adalah satu ilmu untuk memberi manusia kefahaman tentang agen hayat yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.Lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana permintaan sumber manusia di bidang ini sangat memberangsangkan.Malah, peluang kerjaya bidang ini banyak terdapat di negara ini. Misalnya, anda boleh bertugas sebagai ahli kaji kuman di hospital-hospital atau pusat-pusat perubatan, sebagai penyelidik dalam bidang perlindungan tumbuh-tumbuhan dan mikrobiologi industri.

Selain itu ialah sebagai juru runding dalam industri rawatan air buangan, pengawal kualiti industri makanan serta dalam industri farmaseutikal.Lulusan ini juga boleh bekerja di bidang pendidikan seperti guru dan pensyarah universiti. Pada masa ini beberapa universiti tempatan menawarkan kursus ini di peringkat sarjana muda iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).Di UKM, bidang ini ditawarkan oleh Fakulti Sains Hayat; UM di Fakulti Sains; USM di Pusat Pengajian Sains Kajihayat dan UPM di bawah Program Bacelor Sains. Daripada segi syarat kemasukan, terdapat beberapa cara yang boleh diikuti.Cara pertama: Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anda boleh memohon mengikuti program diploma sains atau yang berkaitan di universiti tempatan yang disebut di atas selama tiga tahun.Anda perlu mendapat keputusan SPM yang baik serta mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk bahasa Melayu, matematik dan satu mata pelajaran sains.Tempoh pengajian di peringkat diploma mengambil masa tiga tahun. Selepas itu, anda boleh memohon untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di universiti seperti yang disebutkan di atas. Tempohnya di antara dua hingga tiga tahun.Cara kedua: Anda juga boleh melanjutkan pengajian terus ke peringkat sarjana muda sekiranya anda mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Anda perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal dalam pengajian am, biologi dan kimia. Anda juga perlu lulus SPM dan kepujian bahasa Melayu. Tempoh pengajian di peringkat sarjana muda ialah tiga tahun. Untuk menjadi seorang saintis dalam bidang ini, anda perlu memperoleh ijazah sarjana muda di bidang mikrobiologi serta perlu membuat banyak penyelidikan dan memberi sumbangan dalam bidang ini sebelum boleh diiktiraf sebagai saintis mikrobiologi. Kerjaya untuk penggemar makananJIKA anda seorang penggemar makanan dan dalam masa yang sama meminati subjek-subjek sains di sekolah, mungkin kerjaya yang paling sesuai untuk anda fikirkan ialah saintis makanan atau ahli teknologi makanan.Tugas utama seorang saintis atau ahli teknologi makanan adalah untuk mencari cara terbaik untuk memilih, menyimpan, memproses, membungkus dan mengedarkan hasil keluaran makanan.Selain itu, seorang saintis dan ahli teknologi makanan juga bertanggungjawab untuk memastikan bahan-bahan yang akan digunakan dalam makanan yang dihasilkan.Bersesuaian dengan kerjanya, seorang saintis dan ahli teknologi makanan perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai sifat-sifat semulajadi dan komposisi sesuatu makanan.Sebagai contoh, mereka perlu tahu apa akan terjadi kepada rasa, warna dan juga kandungan zatnya apabila sesuatu makanan itu dimasak atau disimpan.Untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran ini, mereka yang berhajat untuk menjadi ahli teknologi atau saintis makanan perlu mendalami bidang-bidang sains seperti biologi, mikrobiologi, kimia dan kejuruteraan.Pengetahuan dalam bidang ini akan memastikan makanan yang diperoleh pengguna adalah selamat dan berkualiti tinggi.Justeru, bagi yang berminat untuk mendalami bidang ini, mereka perlulah memilih aliran sains di peringkat sekolah dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti yang menawarkan bidang ini sama ada di peringkat diploma atau ijazah pertama.Antara universiti tempatan yang menawarkan bidang pengajian yang akan melayakkan seseorang itu menjadi ahli teknologi atau saintis makanan ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).Gaya hidup masyarakat kini yang semakin gemarkan kepada makanan-makanan yang diproses dan ditambah dengan perkembangan pesat industri makanan, masa depan mereka yang memiliki kelulusan dalam bidang ini sangat cerah.

Ahli farmasi pastikan bidang perubatan lancarRAMAI daripada kita hanya biasa dengan profesion doktor apabila bidang perubatan di bincangkan. Sebenarnya, selain doktor, satu lagi bidang yang sangat penting ialah farmasi. Farmasi atau bidang pengurusan serta penggunaan ubatan-ubatan penting dalam memastikan bidang perubatan berjalan lancar.Seorang ahli farmasi mempunyai peranan penting dalam menentukan ubat-ubatan digunakan secara rasional dan berkesan.Seorang ahli farmasi boleh bekerjasama sama ada di hospital, kedai, farmasi, komuniti, industri farmaseutikal, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, universiti atau bahagian Farmasi di Kementerian Kesihatan.Seorang ahli farmasi bertanggungjawab membekal dan menguruskan semua aspek yang berkaitan penggunaan ubat bagi pesakit dalam wad dan juga pesakit luar.Selain itu, seorang ahli farmasi juga perlu memberikan kaunseling kepada pesakit semasa memberikan ubat kepada pesakit. Dalam industri farmaseutikal pula, ahli farmasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, pengilangan dan jaminan mutu serta pendaftaran ubat serta permohonan.Sesungguhnya, bidang farmasi mempunyai cabang pekerjaan yang pelbagai kerana ia melibatkan banyak cabang sains. Mereka yang berminat dalam bidang ini perlu mempunyai kefahaman dan kelulusan yang baik dalam bidang sains.Pelajar mempunyai dua saluran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini iaitu sama ada menggunakan kelulusan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM).Bagi lulusan SPM, pelajar perlu menduduki program Matrikulasi atau A Level manakala lulusan STPM (aliran sains) boleh terus memohon untuk mengikuti ijazah pertama di universiti-universiti yang menawarkan program ini.Antara universiti-universiti tempatan yang menawarkan pengajian dalam bidang farmasi ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Arkitek untuk yang kreatifKERJAYA arkitek telah wujud sejak sekian lama. Dahulu, ia dikenali sebagai tukang rumah. Tukang rumah ketika itu membina rumah mengikut kemahiran tanpa menggunakan pelan khusus. Sekarang ia menjadi suatu kerjaya profesional yang memerlukan kelayakan tertentu.Untuk menjadi arkitek berjaya, seseorang itu perlu mempunyai pencapaian cemerlang dalam bidang pendidikan. Kemahiran asas yang diperlukan ialah penguasaan mata pelajaran Fizik, Matematik, Lukisan dan Lukisan Teknik. Siapa tidak berbangga apabila bangunan tersergam indah di ibu kota mendapat pujian dan pengiktirafan oleh masyarakat? Sebagai contoh, Malaysia boleh berbangga dengan pencapaian anak tempatan seperti Hijjaz Kasturi iaitu salah seorang arkitek terbilang di negara ini.Bangunan-bangunan seperti Menara Maybank, Tabung Haji, Suruhanjaya Sekuriti dan Menara Telekom (berbentuk rebung) merupakan hasil kerja seni bina Hijjaz. Kerjaya profesional tersebut merupakan amanah besar selain memikul tanggungjawab atas kepercayaan masyarakat ke atas keselamatan nyawa dan juga harta mereka.Penghormatan yang diberikan masyarakat bersandarkan kepada sembilan ciri yang meletakkan hak kepada profesionalisme itu sendiri. Kesemua sembilan ciri yang perlu dipenuhi ialah kawalan, pendidikan asas dan lanjutan, etika, peraturan dan piawaian, tindakan disiplin, pengekalan profesion, kesaksamaan praktis, kebebasan serta kepimpinan.Arkitek sekurang-kurangnya perlu memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni bina. Kemudian graduan terbabit perlu menimba terlebih dahulu pengalaman kerja dalam firma seni bina sekurang-kurangnya selama lima hingga 10 tahun. Graduan arkitek sebelum diterima untuk didaftarkan sebagai Arkitek Berdaftar perlu melalui satu tempoh pendidikan formal di universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau di luar negara.Arkitek diiktiraf pendaftarannya hanya apabila lulus peperiksaan Bahagian 3 yang diselenggarakan oleh Lembaga Arkitek Malaysia selain daripada keperluan lulus peperiksaan itu arkitek perlu melalui inisiatif peribadinya untuk berterusan mendalami pengetahuan yang berkaitan dengan kerjayanya.Pendidikan berterusan melalui program yang dipanggil Continued Profesional Development (CDP) yang dianjurkan oleh badan profesional serta diiktiraf adalah satu cara konsep pendidikan berterusan dapat dimanfaatkan.Sementara itu, rangkuman tugas-tugas arkitek ialah perancangan, reka bentuk bangunan, reka bentuk landskap, reka bentuk bandar, reka bentuk dalaman, mengetuai dan menyelaraskan kerja-kerja, memberi kelulusan dan pensijilan serta mengawasi kerja-kerja pembinaan.Individu yang paling layak menjadi arkitek ialah mereka yang mencintai kesenian, menghargai ruang serta reka bentuk dan menghargai warisan tradisi. Selain kreativiti, kerjaya ini menuntut kesabaran dan keazaman individu yang sangat tinggi bagi menyerlahkan bakat seorang arkitek berkaliber.

Prospek kerjaya sains alam sekitar Oleh: ROHANA MANTIDAK ramai pelajar mengetahui kerjaya di dalam bidang sains alam sekitar. Prospek kerjaya dalam bidang itu adalah luas terutama dalam mencari penyelesaian kepada masalah alam sekitar yang semakin banyak pada masa kini. Antara masalah alam sekitar yang pernah berlaku di negara kita ialah jerebu dan tanah runtuh.Sehubungan itu, bidang ini memerlukan banyak tenaga kerja bagi menjamin persekitaran alam yang lebih selesa untuk didiami.Banyak kursus sains alam sekitar ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) termasuk universiti di luar negara.Pensyarah kanan Jabatan Sains Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Pengajian Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Rosta Harun berkata, peluang kerjaya di bidang sains alam sekitar adalah luas.Di sektor awam, Jabatan Alam Sekitar memerlukan pegawai berkelulusan ijazah dalam bidang alam sekitar untuk melakukan kerja-kerja lapangan.Kerja-kerja itu melibatkan projek yang memerlukan kelulusan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA).Contohnya ialah menyediakan laporan EIA bagi projek Bakun di Sarawak, projek pembangunan Bandar Baru Pauh di Perlis dan projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang.Pegawai berkenaan perlu membuat tinjauan, kajian dan pemerhatian di tapak-tapak berkenaan untuk menyediakan laporan EIA sebelum kelulusan boleh diberi kepada pihak pemaju.Di sektor swasta pula, kebanyakan syarikat memerlukan pegawai alam sekitar untuk memantau operasi yang sedang dijalankan.Misalnya syarikat pengeluaran makanan dan pembinaan termasuk projek-projek perumahan yang memerlukan pemantauan dari segi kesesuaian tapak.Ada juga lulusan alam sekitar memilih untuk bekerja di pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai bidang tugasan berkaitan alam sekitar.Sementara itu, bahagian sains alam sekitar turut memberi fokus kepada proses memahami isu penting berkaitan persekitaran bumi dan sistem ekologi.Kakitangan di bahagian itu menjalankan penyelidikan mengenai asas saintifik untuk mengenal pasti masalah alam sekitar, panduan membuat dasar dan polisi serta menilai kejayaan sesuatu pendekatan yang telah digunakan.Mereka juga melakukan kajian untuk meneroka dan mewujudkan sumber alternatif tenaga.Selain itu, mereka turut mengetuai kajian mengenai sains alam sekitar yang mempunyai kaitan dengan bidang biokimia, persekitaran bioteknologi,kimia,pengajian ekosistem, geosains, hidrologi, penilaian alam sekitar, ekonomi dan analisis polisi.Mereka juga turut mengetuai kajian dalam bidang sains dan ekologi mikrobiologi, fungsi genomik dan proteomik, sistem kompleks biologikal dan bioteknologi. Kerjaya untuk graduan lulusan remote sensingApakah bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang 'remote sensing' dan universiti manakah yang menawarkan program pengajian ini?Bidang remote sensing semakin penting kini. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah antara universiti terunggul di negara ini yang menawarkan pengajian dalam bidang ini.Graduan hasil daripada program ini dijangkakan akan dapat berperanan sebagai Profesional Remote Sensing dan boleh menjawat jawatan-jawatan berikut di agensi kerajaan atau pun swasta:* Pengurus Remote SensingPengurus remote sensing adalah ketua satu kumpulan yang menggunakan teknologi remote sensing dan teknologi berkaitan di dalam sesuatu organisasi. Seorang pengurus remote sensing mestilah seorang yang fa-ham tentang bagaimana remote sensing dan teknologi berkaitan dapat digunakan untuk memberikan faedah yang besar kepada organisasi tersebut. * Saintis Remote SensingSaintis Remote Sensing adalah kumpulan pengguna remote sensing yang khusus, boleh mengguna pakai remote sensing dalam pelbagai bidang. Kepelbagaian guna pakai remote sensing dalam disiplin-disiplin yang meluas, memerlukan graduan yang berpengetahuan dan kemahiran dalam teknologi remote sensing. Saintis remote sensing akan bekerja seiring dengan profesional lain, dan beliau bertanggungjawab memberikan/menggerakkan aktiviti remote sensing dalam organisasi tertentu.* Penganalisa sistem imej berasaskan informasiPemprosesan imej berdigit dan keluaran maklumat daripada sistem pemprosesan imej ini memerlukan peralatan-peralatan dan sistem yang berkesan. Juruanalisa sistem ini bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara sistem, di samping membuat pe-rancangan penggunaan secara menyeluruh dalam sesuatu organisasi. Juruanalisa sistem juga bertanggungjawab pada spesifikasi keluaran maklumat.* Pegawai PenyelidikPenggunaan remote sensing dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan pelbagai bidang memerlukan graduan yang mempunyai pengetahuan mendalam bagaimana teknologi remote sensing boleh dimanfaat dalam sesuatu bidang. Kepekaan pada pembangunan semasa teknologi remote sensing, dan penyalurannya kepada operasi melalui penyelidikan adalah menjadi tanggungjawab pegawai penyelidik remote sensing.

Kerjaya dalam bidang biologiApakah peluang kerjayayang boleh diceburi oleh mereka yang berminat dalam bidang biologi?Sebenarnya, mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang biologi boleh menceburi pelbagai bidang kerjaya, bergantung kepada pengkhususan masing-masing.Selain menjadi penyelidik di universiti, ahli biologi juga mempunyai peluang kerjaya yang cerah di sektor-sektor swasta yang membuat penyelidikan dalam bidang pembangunan ubat-ubatan dan juga pemerosesan makanan.Ada juga ahli biologi yang menjalankan penyelidikan dengan badan-badan berkanun atau badan kerajaan bagi menjaga alam sekitar, menghasilkan benih-benih tanaman yang lebih baik, mengawal penyakit manusia dan binatang, menilai makanan dan keberkesanan ubat-ubatan.Bagi anda yang tidak gemarkan kerja-kerja penyelidikan dalam makmal seperti yang disebutkan di atas, terdapat juga kerjaya ahli biologi diluar pejabat seperti pakar hortikultur (kebun) yang bertanggungjawab membangunkan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan baru.Ahli biologi dalam bidang perikanan pula berpeluang bekerja dengan syarikat-syarikat akuakultur.Tidak terhad kepada bidang penyelidikan semata-mata, kini, mereka yang berkelulusan dalam bidang biologi juga telah berani untuk menggabungkan bidang itu dengan bidang-bidang lain yang berlainan.Sebagai contoh anda boleh menggabungkan bidang biologi dengan kewartawanan untuk menjadi penulis rencana-rencana sains yang berjaya.Begitu juga dengan kerjaya peguam. Anda pastinya menjadi peguam yang berjaya memperjuangkan isu-isu alam sekitar sekiranya anda mempunyai asas yang kukuh dalam bidang sains, terutamanya biologi.Untuk menceburi bidang ini, anda perlu mendapat keputusan yang baik dalam mata pelajaran sains terutamanya Biologi dan juga Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Keputusan ini adalah asas penting yang akan melayakkan anda memohon ke institusi pengajian tinggi (IPT) lain dalam bidang sains.Hampir semua universiti tempatan yang menawarkan kursus sains menawarkan pengajian dalam bidang biologi.Antaranya ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti

Menjadi seorang jurutera aeroangkasaSEJAK kanak-kanak, saya begitu kagum melihat kapal terbang di langit atau menonton kapal angkasa di televisyen. Saya bertanya-tanya bagaimana kapal itu dibuat, dan kerjaya yang berkaitan dengannya.

Noor Fairuz ImranBalik Pulau

Anda dapat memenuhi impian zaman kecil itu dengan menjadi seorang jurutera aeroangkasa.

Kerjaya ini sangat menarik dan mencabar kerana ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang teknologi.Jurutera aeroangkasa mempunyai kaitan rapat dengan industri aeroangkasa dan mereka mengaplikasikan kemahiran dalam penyelidikan, penyelenggaraan udara, pembuatan, juga isu awam dan ketenteraan.

Mereka bertanggungjawab dalam hal ehwal sesuatu penerbangan, reka bentuk kapal terbang, kuasa dan pengawalannya agar berada dalam keadaan selamat.

Dalam kejuruteraan aeroangkasa, ia turut meliputi pengajian berkaitan sistem satelit dan angkasa.Pelajar yang ingin menjurusi bidang ini perlu menyemai minat yang tinggi dalam bidang penerbangan dan kejuruteraan sendiri.

Mereka harus memiliki pengetahuan dalam matematik dan fizik.

Ini akan memudahkan mereka untuk menguasai mata pelajaran teras aeroangkasa seperti pengkomputeran, matematik, keupayaan penerbangan, aerodinamik di samping mempunyai pengetahuan dalam komunikasi, industri dan ekonomi.Pengajian dalam kejuruteraan aeroangkasa ditawarkan di universiti awam tempatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Fakulti Kejuruteraan masing-masing.

Pengajian dalam bidang ini bukan sahaja menarik dan mencabar tetapi juga melahirkan jurutera yang mempunyai pelbagai latar belakang dengan pengkhususan dalam aeroangkasa.

Apakah sebenarnya tugas seorang ahli geologiTUGAS utama ahli geologi ialah menyiasat struktur dalam bumi. Secara ringkas, geologi adalah satu bidang ilmu berkaitan sains bumi yang mengkaji kejadian, perkembangan dan kandungan bum

Antara yang menjadi kajian ialah tanah runtuh, tanah jerlus dan tanah atau jalan raya mendap. Ahli geologi akan mengkaji dan meneliti punca kejadian serta menyiasat dan menilai struktur bahan, kekuatan tanah dan keadaan bawah permukaan tanah. Aspek persekitaran yang terdapat di kawasan kejadian juga dikaji untuk mencari jawapan punca kejadian.

Selain itu, ahli geologi mengkaji mengenai evolusi kehidupan di planet bumi serta yang terkini, mereka turut membuat kajian mengenai cakerawala lain seperti planet dan satelit. Untuk menjadi ahli geologi, seseorang itu perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda Geologi yang ditawarkan di universiti awam antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beberapa universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada dan United Kingdom turut menawarkan program biologi.

Meminati profesion ini dan berminat melakukan penyelidikan, sanggup bekerja di lapangan tanpa mengira tempat dan masa merupakan antara syarat yang perlu ada pada seseorang untuk menjadi ahli geologi. Kerjaya ini menjanjikan pendapatan lumayan iaitu gaji permulaan antara RM2,000 dan RM3,000 sebulan. Syarikat petroleum dan cari gali petroleum seperti Petronas memerlukan ahli geologi. Sektor lain yang menjadi laluan kerjaya ini ialah kejuruteraan awam, perlombongan, pengkuarian dan geteknik.

Di sektor ini, ahli geologi akan terlibat dalam projek lebuh raya, lapangan terbang, empangan dan bangunan tinggi. Kita boleh membuka syarikat perunding sendiri jika tidak berminat bekerja dengan orang lain atau bekerja di muzium dan makmal penyelidikan, Di sektor awam pula, ahli geologi boleh berkhidmat dengan Jabatan Kajibumi atau sebagai pensyarah. Menjadi seorang juruteraSAYA kagum dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh jurutera. Bapa pula memberi sokongan kepada saya untuk menjadi seorang jurutera. Saya ingin tahu lebih lanjut bidang kejuruteraan dan apakah kelulusan yang perlu saya miliki untuk menjadi jurutera.

KEJURUTERAAN merupakan satu bidang yang sangat luas dan merangkumi berbagai skop ilmu. Dalam perkembangan sains dan teknologi terkini beberapa cabang baru dalam bidang kejuruteraan telah mula diperkenalkan seperti Kejuruteraan Genetik dan lain-lain.

Bidang ini sangat mencabar serta memerlukan seseorang yang tahan lasak serta mampu membuat kerja-kerja luar pejabat serta di dalam makmal. Antara bidang kejuruteraan yang sangat diminati dan sudah mantap dari segi kerjaya ialah kejuruteraan awam, elektrik, kimia, mekanik, aeronautikal, petroleum, CAD/CAM, telekomunikasi, bahan, pembuatan, alam sekitar, senibina, ukur (bahan), ukur (bangunan), ukur (pengurusan hartanah) dan sains kejuruteraan.

Boleh dikatakan semua institusi pengajian tinggi tempatan menawarkan kursus kejuruteraan. Mengikut perangkaan menjelang tahun 2020 Malaysia memerlukan lebih ramai jurutera bagi menampung keperluan negara yang sedang menuju ke arah sebuah negara maju.

Mata pelajaran yang pelajar perlu di beri tumpuan untuk mengikuti kursus ini di universiti adalah semua mata pelajaran sains dan matematik.

Bidang kejuruteraan semakin hari semakin mencabar dan justeru itu ia memerlukan kepakaran yang tinggi untuk mengaplikasikan teknologi kejuruteraan yang canggih serta menjimatkan masa, tenaga dan kos. Bidang-bidang baru dalam kejuruteraan pada masa kini ialah kejuruteraan genetik dan teknologi maklumat.

Ia merupakan cabang baru dalam dunia sains yang memerlukan kepakaran pada masa kini.

Lulusan bioteknologi kini laku di pasaranSAYA berminat dalam bidang bioteknologi. Apakah karier yang boleh saya ceburi nanti jika mempunyai kelulusan dalam bidang berkenaan.

Terdapat banyak peluang kerjaya dalam bidang bioteknologi iaitu dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pendidikan di universiti dan pengurusan kerajaan. Dalam sektor swasta pula, peluang kerjaya terbuka luas di syarikat-syarikat tempatan dan multi nasional, pertubuhan antarabangsa, pengurusan hartanah intelektual dan menubuhkan syarikat sendiri.

Pasaran kerja untuk graduan bioteknologi kini amat luas malah ada syarikat yang menanti-nantikan pelajar bioteknologi untuk menghabiskan pengajian mereka. Menurut satu laporan dari St. Louis Post-Dispatch pada 1 Januari tahun ini, enam tahun lalu, majikan-majikan tidak berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada graduan dari kursus juruteknik makmal bioteknologi. Tetapi kini mereka sendiri sibuk menghubungi pelajar berkenaan dan memerlukan beratus-ratus orang dalam bidang tersebut. Pasaran global yang berasaskan bioteknologi juga berkembang luas. Pada tahun 2000 barangan berkenaan di pasaran dunia bernilai RM221.16 billion dengan 27 peratus dari bidang kuasa, makanan (20 peratus), kimia (17 peratus), perkhidmatan kesihatan (15 peratus), pertanian (14 peratus) dan besi (7 peratus). Bioteknologi membantu dunia dengan kewujudan pelbagai teknologi baru seperti dalam perkhidmatan sokongan. Antaranya ialah instrumentasi iaitu pembangunan peralatan baru, reka bentuk perubatan yang rasional dengan menggabungkan farmaseutikal konvensional dan pembangunan ubat-ubatan berasaskan protein. Sementara dalam pembangunan produk pula ia menghasilkan terapeutik manusia dan vaksin seperti vaksin Hepatitis B.Ia menghasilkan benih baru untuk pertanian seperti kacang soya, produk-produk teknologi tinggi dan bawahan seperti klon kultur tisu pisang dan lain-lain. Manakala disiplin daripada bidang bioteknologi ialah molekular biologi iaitu keupayaan memanipulasi kod genetik.Selain itu ialah kimia protein iaitu memahami tugas-tugas protein dan penapaian iaitu menggunakan sel untuk menghasilkan produk pengkomersialan. Antara yang paling menonjol dalam bidang bioteknologi sekarang ialah penjujukan genom dan beras.Beras mempunyai genom paling kecil dalam pertanian bijirin dunia. Pemahaman lokasi dan struktur satu gen dalam genom beras boleh membantu kita mencari gen yang sama dalam hasil pertanian yang lain.

Kerjaya pegawai kadet TLDMSYARAT-SYARAT KEMASUKAN

UMUM- Warganegara Malaysia- Berumur antara 18 hingga 20 tahun (lelaki) dan 18 hingga 25 tahun (wanita) bagi calon-calon awam dan tidak melebihi 28 tahun bagi calon-calon askar-lasykar pada tarikh tutup permohonan- Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna- Tinggi / Berat Minimum : Lelaki - 157 cm/47.5kg Wanita - 147 cm /40.5kg- Bujang- Body Mass Index (BMI) - 17.9 hingga 27.9

TARAF KESIHATANSihat tubuh badan, tidak cacat anggota, penglihatan dan tidak rabun warna. Calon-calon akan melalui proses pemeriksaan kesihatan mengikut piawaian kesihatan yang ditetapkan oleh ATM.

TARAF PERKAHWINANCalon Awam : BujangCalon Askar Laskar : Bujang/Berkahwin

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

Syarat Am :Lulus SPM/SPMV atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan DUA (2) KEPUJIAN tambahan dalam mana-mana mata pelajaran berikut:- Prinsip Perakaunan- Ekonomi Asas- Perdagangan- Matematik Tambahan- Biologi- Sains Tambahan atau Sains- Fizik- Kimia- Teknologi Maklumat atau Reka Cipta- Geografi atau Sejarah- Teknologi Kejuruteraan atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Teknologi Automatif atau Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam atau Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara atau Teknologi Elektrik- Lukisan Kejuruteraan atau Lukisan Geometri & Automotif atau Geometri & Binaan Bangunan atau Lukisan Geometri & Fabrikasi Logam atau Lukisan Geometri & Elektronik atau Lukisan Geometri & Mesin atau Lukisan Geometri & Penyaman Udara atau Lukisan Geometri & Elektrik- Bahasa Inggeris atau English for Science & Technology- Pendidikan Seni atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam atau Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral