kertas kerja - ifolio.ukm.my · pelajar tahun 1 juga dapat mengetahui tentang bidang-bidang kerjaya...

15
PROGRAM CAREER TALK 2014/2015 1 | Page KERTAS KERJA CAREER TALK TARIKH 8.11.2014 TEMPAT PUSAT AKTIVITI MAHASISWA FST (PMFST) ANJURAN KELAB OLEOKIMIA

Upload: phamkhanh

Post on 12-Jul-2019

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PROGRAM CAREER TALK 2014/2015

1 | P a g e

KERTAS KERJA

CAREER TALK

TARIKH 8.11.2014

TEMPAT

PUSAT AKTIVITI MAHASISWA FST (PMFST)

ANJURAN

KELAB OLEOKIMIA

PROGRAM CAREER TALK 2014/2015

2 | P a g e

KERTAS KERJA

CAREER TALK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SESI 2014/2015

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bagi mendapatkan kelulusan dan pertimbangan serta bantuan

dana daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Program Career

Talk sesi 2014/2015, anjuran Kelab Oleokimia.

2.0 PENGENALAN

Career Talk merupakan suatu program yang memberikan pendedahan kepada para

mahasiswa khususnya pelajar tahun 1 Oleokimia untuk sesi 2014/2015 yang diadakan di

Pusat Aktiviti Mahasiswa (PMFST) pada 8 November 2014. Tujuan program ini

diadakan untuk memberi pendedahan yang lebih meluas kepada pelajar tentang kos

subjek yang diambil iaitu Oleokimia. Kebanyakan pelajar baru masih belum megenali

atau faham secara mendalam tentang kos yang mereka minta atau dapat di UKM

mahupun di Universiti lain. Melalui program sebegini, mereka akan lebih memahami kos

yang mereka ambil dan tahu akan hala tuju mereka di sini. Di samping itu, ia juga

bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dalam Kelab Oleokimia bagi tahun 2

yang mengajurkan program ini sebagai Majlis Tertinggi mahupun ahli-jawatankuasa.

Pelajar tahun 1 Oleokimia dapat mengenali dengan senior-senior mereka khususnya

tahun 2 dan tahun 3 yang kebanyakkan akan turut hadir bagi menjayakan program ini.

Tidak lupa juga, mereka juga dapat mengenali pensyarah-pensyarah Oleokimia di UKM

dan meminta pendapat mereka bagi jurusan yang telah diambil. Seterusnya, dapat

menaikkan semangat pelajar tahun 1 melalui kata-kata azimat dari pelajar-pelajar senior

dan juga para pensyarah agar mereka memperoleh kejayaan untuk kos yang diambil.

PROGRAM CAREER TALK 2014/2015

3 | P a g e

Pelajar tahun 1 juga dapat mengetahui tentang bidang-bidang kerjaya yang mereka boleh

tempuhi setalah bergelar graduan dalam jurusan Oleokimia. Oleh yang demikian, adalah

diharapkan agar program ini berjalan dengan lancar dengan sedikit huluran bantuan

kewangan daripada pihak JPPEL demi memastikan segala masalah yang berbentuk wang

ringgit dapat diselesaikan.

3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, menjadi tanggungjawab untuk memastikan

kelancaran program ini dengan :

Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya

dapat membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dan berdisiplin.

Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang

ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.

Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas

pelaksanaan program.

4.0 MATLAMAT PROGRAM

Pihak jawatan kuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran majlis adalah

Memberi pendedehan kepada pelajar tahun 1 tentang jurusan Oleokimia yang

diambil serta pekerjaan yang menanti mereka.

Menjadikan majlis ini sebagai salah satu platform bagi setiap pensyarah serta

pelajar senior Oleokimia berinteraksi dan mengenali ahli-ahli baru.

Memberi peluang kepada pelajar tahun 2 membentuk organisasi bagi menjayakan

sesuatu program.

PROGRAM CAREER TALK 2014/2015

4 | P a g e

5.0 OBJEKTIF

Selari dengan 8 Kontrak Pembelajaran pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana

menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai :

Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan

kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang

sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan

cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai

keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya.

Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada

pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus,

memberi arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi

dimensi , membantu rakan-rakan secara proaktif serta membina kerja berpasukan

untuk mencapai matlamat yang disepakati.

Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan

pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka

isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri.

Mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar seperti mencadangkan

idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh

menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan

rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial dan

sebagainya.

PROGRAM CAREER TALK 2014/2015

5 | P a g e

Mendedahkan kepada pelajar kemahiranpengurusan dan keusahawanan dalam

mencari dana bagi melancarkan majlis.

Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar

melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah,menunjukkan tingkah

laku profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan.

Melahirkan sifat sosial dan kebertanggungjawaban dengan melahirkan

kepekaan terhadap alam sekitar dan situasi sosial seperti perpaduan dan

kebajikan pelajar.

Menilai tahap pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan

saintifik setiap ahli jawatankuasa dalam mengenal pasti masalah tersurat dan

tersirat serta mensintesiskan masalah dengan tepat.

6.0 TEMA

“Oleokimia : antara prospek dan cabaran”

7.0 ANJURAN

Kelab Oleokimia,

Sesi 2014/2015,

Fakulti Sains dan Teknologi,

Universiti Kebangsaan Malaysia

PROGRAM CAREER TALK 2014/2015

6 | P a g e

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 8 November 2014

Hari : Sabtu

Masa : 9.00-12.00 tengahari

9.0 TEMPAT PROGRAM

Perjalanan program ini bertempat di Pusat Aktiviti Mahasiswa FST (PMFST)

10.0 PUBLISITI

Bagi menghebahkan program ini, publisiti yang dicadangkan ialah menerusi

Banner

11.0 CADANGAN PENCERAMAH

Cadangan penceramah bagi program career talk sesi 2014/2015 adalah seperti berikut :

1. Dr. Muhammad Rahimi Bin Yusop

Ketua Program Oleokimia

Fakulti Sains dan Teknologi UKM

PROGRAM CAREER TALK 2014/2015

7 | P a g e

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Bilangan ahli yang terlibat:

Pelajar Oleokimia :

Tahun 1, Tahun 2, sesi 2014/2015

Barisan tenaga pengajar Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan.

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

15.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

16.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat ,sila hubungi :

Ketua Pengarah Program,

Nama : Muhammad Hilman Bin Abdul Mustapa

No Tel : 014-7575866

Email : [email protected]

PROGRAM CAREER TALK 2014/2015

8 | P a g e

17.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja Program Career Talk sesi 2014/2015 ini mendapat

kelulusan dan juga amat diharapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan permohonan bantuan kewangan seperti

yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah menjadi harapan agar program ini dapat dijayakan

dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran majlis

seumpama ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada barisan Jawatankuasa yang

akan sedaya upaya memerah tenaga dan buah fikiran yang juga merupakan suatu

pengalaman yang sememangnya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Melalui program ini juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama pelajar tahun 1

dan tahun 2 dan tidak lupa terhadap para pensyarah yang akan hadir ke program yang

bermanfaat sebegini. Secara tidak langsung, pihak Universiti akan dapat melahirkan

pemimpin yang berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap dalam segala

tindakan. Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan pengembelengan tenaga daripada semua

pihak amat dialu-alukan. Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat

dipraktikkan sepenuhnya pada sesi 2014/2015 dapat dijayakan dengan sempurna.

PROGRAM CAREER TALK 2014/2015

9 | P a g e

Disediakan Oleh,

………………………………………………………………… ( Norhida binti Risman ) Sentiausaha , Program Career Talk Oleochemistry, Sesi 2014/2015 , Universiti Kebangsaan Malaysia. Disemak Oleh,

……………………………………………………………..

(Muhammad Hilman bin Abdul Mustapa ) Ketua Pengarah , Sesi 2014/2015 , Universiti Kebangsaan Malaysia

PROGRAM CAREER TALK 2014/2015

10 | P a g e

Disokong Oleh ,

……………………………………………………………………. (Dr. Muhammad Rahimi bin Yusop)

Penasihat Career Talk ,

Ketua Program Oleokimia ,

Sesi 2014/2015 ,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

PROGRAM CAREER TALK 2014/2015

11 | P a g e

LAMPIRAN A

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM CAREER TALK

Ketua Pengarah

Muhammad Hilman Bin Abdul Mustapa

FST/2 (A145954)

014-7575866

Timbalan Pengarah I

Nur Athirah Binti Nor Azam

FST/2 (A145950)

019-4460726

Setiausaha

Norhida Binti Risman

FST/2(A145952)

017-7364690

Bendahari

Noribtisam binti Rosli

FST/2(A145942)

017-4393403

PROGRAM CAREER TALK 2014/2015

12 | P a g e

Penyelaras

Pemasaran: Ketua- Noorsyahirah binti Ahmad

FST/2(A145925)

Pen. Ketua- Nabila binti ruslan

FST/2(A145941)

Program & Protokol: Ketua- Norhakimah binti Norhman

FST/2(A145926)

Pen. Ketua- Nurul Saadah binti Mohamad Zaid

FST/2(A145933)

Tugas-tugas Khas: Ketua-Fatin Nabilah Binti Sharifuddin

FST/2(A145951)

Kebajikan & Jamuan: Ketua- Nursyaza Damia binti Zainal

FST/2(A145939)

Pen. Ketua- Nik Muslihuddin bin Nik Sulaiman

FST/2(A145931)

Jemputan: Ketua- Nor Asmira binti Mamat @ Razali

FST/2(A145943)

Pen. Ketua- Hafizah binti Ishak

FST/2(A145922)

Publisiti: Ketua- Syarifudin Bin Saroni

FST/2(A145955)

Cenderamata: Ketua- Teh Chia Huei

FST/2(A145936)

Pen. Ketua- Nadhirah bt Ahmad Kamal

FST/2(A145940)

PROGRAM CAREER TALK 2014/2015

13 | P a g e

LAMPIRAN B

TENTATIF CAREER TALK

Tarikh : 8 November 2014

Hari : Sabtu

Masa : 9.00 pagi-12.00 tengahari

Masa Perkara Tempat

9.00 pagi -Kedatangan para peserta.

-Sarapan pagi.

PMFST

9.30 pagi -Majlis dimulakan

-Nyayian Lagu Negaraku

-Nyayian Lagu Varsiti Kita

9.45 pagi -Bacaan Doa

-Ucapan Ketua Pengarah

-Ucapan Penasihat Program

10.15 pagi - Ceramah Career Talk

11.00 pagi - Sesi Soal Jawab

11.20 pagi -Jamuan makanan tengahari

12.00 tengahari Bersurai

PROGRAM CAREER TALK 2014/2015

14 | P a g e

LAMPIRAN C BELANJAWAN CAREER TALK Anggaran Pendapatan

BIL. PERKARA RM

1. Sumbangan

Jabatan Perkhidmatan Pelajar ( JPPel )

Pemasaran dan Sumbangan

Falkulti

150.00 120.00 300.00

2. Bayaran Pelajar ( RM 6 X 59 orang ) 354.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 924.00

Anggaran Perbelanjaan

BIL. PERKARA HARGA ( RM ) UNIT RM

1. Jamuan Tengahari

Mahasiswa/i

Pensyarah

Vip Sarapan pagi

6.00 7.00 10.00 3.10

59 5 2 66

354.00 35.00 20.00 204.60

613.60

2. Publisiti

Banner

50.00

1

50.00

50.00

PROGRAM CAREER TALK 2014/2015

15 | P a g e

3. Cenderamata

Penceramah Jemputan

Sijil

30.00 3.50

1 59

30.00 206.50

524.00

4. Protokol

Kad Jemputan Pensyarah

3.00

5

15.00

15.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 915.10